The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku ini mengisahkan tentang saat kewafatan Nabi Sulaiman yang hanya disedari oleh anai-anai selepas habis memakan tongkat Nabi Sulaiman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by emurabbikpm, 2021-06-19 04:52:24

Kisah Anai-anai dan Tongkat Nabi Sulaiman

buku ini mengisahkan tentang saat kewafatan Nabi Sulaiman yang hanya disedari oleh anai-anai selepas habis memakan tongkat Nabi Sulaiman

Keywords: Tongkat Nabi Sulaiman,Anai-anai

KISAH ANAI-ANAI
DAN TONGKAT
NABI SULAIMAN

KISAH Nabi Sulaiman yang mempunyai mukjizat boleh
bercakap dengan haiwan dan menjadi tuan kepada
golongan jin telah diceritakan dalam al-Quran.
Sulaiman yang merupakan putera kepada Nabi Daud
pada zaman kanak-kanaknya merupakan seorang budak
yang bijak.
Baginda telah dilatih oleh ayahandanya untuk
menggantikan tempat sebagai pemerintah walaupun ia
tidak disenangi oleh abangnya yang merampas takhta
daripada Daud.
Akhirnya si abang mati dibunuh oleh tentera Nabi Daud
yang membuat serangan balas selepas rampasan kuasa.
Selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulaiman menjalankan
tugas sebagai pemerintah untuk menegakkan syiar
Islam.

Selain boleh menundukkan jin dan haiwan, Allah memberi
kelebihan kepada Nabi Sulaiman dengan mengalirkan tembaga
di bawah tanah untuk membolehkan baginda membangunkan
kotanya yang dilakukan oleh jin.

Jin sentiasa patuh dan taat dengan perintah Nabi Sulaiman dan
mereka sesekali tidak akan mengengkarinya kerana takut
diseksa.

Kelebihan bercakap dengan haiwan ini turut diceritakan
bagaimana Nabi Sulaiman bersama pengikutnya melalui satu
lembah dikenali sebagai Lembah Semut di satu tempat bernama
Asgalan.

Ketika melihat kedatangan Nabi Sulaiman bersama pengikutnya
itu, salah seekor semut meminta rakan-rakannya agar masuk ke
sarang kerana bimbang dipijak baginda Sulaiman dan tentera
secara tidak sengaja.

Mendengar perkara itu, Nabi Sulaiman ketawa
melihat semut yang berada dalam ketakutan.

Kekayaan Nabi Sulaiman turut diceritakan
ketika baginda menerima tetamu iaitu Puteri
Balqis.

Semasa beliau dibawa berjalan dalam satu
kawasan istana yang dibangunkan oleh jin,
Puteri Balgis telah menyelak kainnya kerana
disangkakan beliau telah memijak kawasan
kolam air yang dikhuatiri akan basah.

Namun berkata Nabi Sulaiman kepada Puteri
Balqis, yang dipijaknya itu ialah kaca-kaca
putih yang dibina pada lantai dan dinding
ruangan itu bagi menyambut kedatangannya.

Nabi Sulaiman antara raja yang terkaya di
muka bumi ini dengan lantai dan bumbung
istananya terdiri daripada emas.

Namun semasa baginda wafat, tiada sesiapapun mengetahuinya melainkan
seekor anai-anai.

Diceritakan seekor anai-anai yang terbang bersama kumpulannya telah ditimpa
musibah apabila sayapnya patah lalu dia telah terjatuh dalam istana Nabi
Sulaiman.

Haiwan itu kemudian bergerak ke kawasan mihrab yang terdapat Nabi
Sulaiman.

KAGUM KEKAYAAN NABI

Anai-anai yang kelaparan ketika itu kagum melihat kekayaan Nabi Sulaiman
dengan kayu manis berbalut emas permata iaitu hiasan tempat ibadat
baginda.

Sesungguhnya kayu manis ialah antara makanan kesukaan haiwan itu.

Anai-anak melihat Nabi Sulaiman meletakkan dagu pada tongkatnya yang
sangkaan anai-anai, baginda sedang khusyuk berzikir kepada Allah.

Ketika itu anai-anai memberanikan diri mendekati baginda dan memberi
salam dengan memberitahu sayapnya patah dan perutnya lapar kerana
sudah beberapa hari tak makan.

Anai-anai mahu meminta izin untuk mencari jalan keluar dari istana
baginda.

Malangnya Nabi Sulaiman berdiam menyebabkan anai-anai terus
mendekati tubuh baginda dan melihat mata baginda yang tidak berkelip
dengan memandang ke lantai.

MINTA IZIN MAKAN TONGKAT

Anai-anai terus meminta izin untuk memakan tongkat Nabi Sulaiman
yang diperbuat daripada kayu manis kerana kelaparan yang tidak boleh
dibendung namun terus tiada jawapan daripada baginda.

Akhirnya selepas malam berlalu, anai-anai hinggap pada bahagian bibir
dan melihat bibir baginda menjadi putih. Ketika berada di kawasan
hidung pula, anai-anai tidak merasai hembusan nafas baginda.

Lalu mengertilah anai-anai bahawa Nabi Sulaiman telah wafat dan sebab
itulah bagnida tidak menjawab salamnya.

Anai-anai terus berdoa kepada Allah sambil dia memakan tongkat kayu
manis nabi menyebabkan tongkat tersebut menjadi rapuh dan patah
sehinggakan Nabi Sulaiman terjatuh dari tempatnya.

Ketika itulah baharulah seluruh pembesar istana, jin-jin dan rakyat jelata
mengetahui Nabi Sulaiman sudah wafat.

Hal itu turut diceritakan dalam al-Quran
yang maksudnya; Setelah Sulaiman
Kami wafatkan, maka tiadalah yang
menunjukkan kematiannya melainkan
binatang bumi (anai-anai) yang
memakan tongkatnya. Setelah dia
tertelengkup, baharulah jelas bagi jin-
jin bahawa jika mereka mengetahui
benda yang ghaib tentu mereka tidak
akan tinggal dalam seksaan yang
menghinakan itu.

- Surah As-Saba (ayat 14)

Diceritakan anai-anai memakan tongkat itu
selama setahun dan disebabkan jin-jin tidak tahu

perkara yang ghaib iaitu kewafatan Nabi
Sulaiman, mereka terus bekerja mendirikan

mahligai seperti diarahkan.

Jika mereka mengetahui kewafatan baginda,
nescaya jin-jin tersebut akan berhenti melakukan

pekerjaan yang dianggap satu seksaan dan
pekerjaan yang hina bagi mereka.

Kesimpulan

Pengajaran daripada kisah ini dapat
disimpulkan agar kita tidak memandang
rendah kepada semua makhluk.
Ini kerana anai-anak yang dilihat lemah dan
kecil itu turut berperanan menjadi penyebab
untuk orang lain mengetahui akan wafatnya
Nabi Sulaiman yang tidak boleh direndahkan
peranannya.
Dalam masa yang sama kisah ini memberi
erti walau setinggi mana darjat seseorang,
pengakirannya ialah mati manakala jin pula
tidaklah sebijak mana.


Click to View FlipBook Version