2
3
Assalammualaikum dan salam sejahtera
kepada semua. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
membantu saya untuk menyiapkan projek ini.
Saya juga ingin bersyukur kepada Tuhan
kerana telah mengizinkan saya untuk
menyiapkan projek ini.
4
NAMA: NURUL IMAN BTMOHD HANAFYIEH
KELAS: 5 IMAN
TARIKH LAHIR: 2/8/2010
TEMPAT LAHIR: SEGAMAT, JOHOR
ALAMAT RUMAH : NO.11, LORNG SUNGAI
ISAP DAMAI 14, 25150 KUANTAN
CITA-CITA : GURU
HOBI : MENUNGGANG BASIKAL
MAKANAN KEGEMARAN : COKLAT
MINUMAN KEGEMARAN : AIR SEJUK
WARNA KEGEMARAN : KUNING
5
6
1. NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARA MEMBUAT NASI MINYAK
BAHAN- BAHAN:
5 pot beras Basmathi – basuh dan tos
1-2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin Planta
3 bunga lawang, 1 kayu manis, 3 buah pelaga
5 biji bawang merah - hiris
2 inci halia - kisar dan ambil jus
1 sudu besar jus Sunquick
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
Sedikit susu cair
7
CARA CARA MEMASAK NASI MINYAK:
Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga
lawang.
Kemudian masukkan bawang merah hiris.
Nota: boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.
Apabila bawang telah wangi dan keperangan, tuang air yang telah disukat mengikut sukatan
beras. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam.
Nota: sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air
Bila air telah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata. Biarkan
seketika.
Masukkan air halia dan sunquick. Tutup periuk dan masak seperti biasa.
Apabila nasi telah hampir kering, tuangkan susu cair ke atas nasi. Gaulkan nasi hingga sebati.
Titiskan beberapa titis pewarna kuning di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaulkan nasi.
Tutup periuk dan bila nasi telah masak, baru dikacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng.
8
2. AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK AYAM MASAK MERAH
Bahan bahan:
2 ekor ayam - lumur garam kunyit
2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan 2 buah pelaga
2 biji bawang besar - hiris
4 batang serai - ketuk
1 botol kecil sos cili jenama Kimball
3 sudu besar gula atau secukup rasa
2 sudu kecil garam
Minyak - untuk menumis
Bahan kisar:
10 sudu besar cili kisar
3-4 biji bawang besar - saiz besar
6 ulas bawang putih
4 inci halia
Bahan lain - opsyenal:
2 biji bawang besar - hiris bulat
1 tin kecil kacang peas
1/4 tin susu cair
Daun ketumbar - tabur
9
CARA CARA MEMASAK:
Ayam digoreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan. Jangan terlebih goreng, kerana ayam akan
liat.
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, bunga
lawang sehingga wangi. Nota: Minyak boleh diceduk keluar selepas siap.
Masukkan bahan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing
dan pecah minyak. Setelah terbit minyak, masukkan sedikit air dan biarkan terbit minyak sekali
lagi.
Masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih serta
terbit minyak. Jika perlu, masukkan sedikit air lagi.
10
3. ICE BLENDED OREO
BAHAN-BAHAN :
SATU- kiub ais
DUA- oreo
TIGA- susu pekat
EMPAT- Milo
LIMA- air masak
CARA-CARA MEMBUAT ICE BLENDED :
1. Mula-mula letak kiub ais hingga penuhi 1/4 blender (dlm 2 cawan). Kemudian
tuangkan sedikit air. Jangan terlalu banyak, nanti jadi cair sangat ice -blended tu.
2.Kemudian letak dalam 4 keping oreo yang sudah dipatah-patah jadi kepingan
kecil ke dalam blender, boleh letak lebih kalau nak lebih rasa atau lebih manis.
Tuang 2 sudu besar susu pekat dan 2 sudu besar Milo dalam blender, kemudian
blendlah sampai halus dan ais tak berketul. Tuang ke dalam gelas dan siap untuk
dihidang.
11
Alhamdulillah, syukur kepada Allah
kerana dengan limpah kurniaNya saya
berjaya menyiapkan buku skrap ini pada
masa yang ditetapkan. Saya telah mendapat
banyak manfaat dan sesuatu yang baru
untuk dipelajari sepanjang proses
menyiapkan projek ini.
Pada peringkat permulaan ketika saya
menyiapkan tugasan projek ini, saya telah
berbincang bersama dengan rakan-rakan
yang berlainan mengenai tugasan yang
perlu kami siapkan. Hasilnya saya mudah
untuk mendapat maklumat kerana kami
bekerjasama dalam mencari maklumat dan
menyelesaikan masalah-masalah yang
timbul.
12
Semasa membuat buku skrap ini,
terdapat beberapa masalah yang dihadapi.
Saya mempunyai masalah untuk mencari
sumber-sumber lain kecuali untuk sumber
Internet tetapi maklumat yang diperolehi
adalah terhad. Alhamdulillah dengan usaha
yang gigih akhirnya saya berjaya juga
mendapat maklumat dan saya berjaya juga
menyiapkannya.
Selain itu juga, saya juga mempunyai
kekangan masa semasa proses menyiapkan
tugasan ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila
saya perlu menghadiri Kelas KAFA pada
waktu petang telah menyebabkan saya letih
untuk menyiapkan tugasan ini pada waktu
malam disamping perlu menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh guru.
13
Kesimpulan yang saya dapat setelah
menyiapkan projek ini ialah saya berupaya
untuk menghasilkan sebuah buku skrap
yang sedikit sebanyak menerangkan perihal
diri saya dan sekolah saya..
Akhir kata, terima kasih sekali lagi
kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam penghasilan
buku skrap ini. Saya berharap agar hasil
projek ini dapat memberi manfaat kepada
semua.
14