The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK PENULISAN ESEI TUGASAN 2.4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyah09-438, 2022-05-13 13:08:03

PENULISAN AKADEMIK

EBOOK PENULISAN ESEI TUGASAN 2.4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

NAMA DISEDIAKAN OLEH:
SITI AISYAH BINTI MUHAMMAD RAPI

ANGKA GILIRAN 2020192340210

NO. KAD PENGENALAN 010729-03-0538

KUMPULAN PISMP F11

KOD DAN BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NAMA KURSUS (EDUP3073)

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

NAMA PENSYARAH PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFELI
12 MEI 2022
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA MAKLUM

BALAS

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 PENGENALAN………………………………………………………………………………2
2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN MESRA BUDAYA………………………....2-5

2.1 Aspek Fizikal
2.2 Aspek Emosi
2.3 Aspek Sosial
2.4 Aspek Sosiolinguistik
3.0 KESIMPULAN………………………………………………………………………………5-6
RUJUKAN…………………………………………………………………………………….....7-8
LAMPIRAN……………………………………………………………………………………….9

PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat ialhi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan
tugasan yang diamanahkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Puan Nor Rul Azlifah binti Zulkafali selaku pensyarah kursus Budaya dan
Pembelajaran atas tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang saya menyiapkan kerja
kursus ini.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana telah banyak
memberi sokongan dan dorongan kepada saya sehingga tugasan ini selesai dan sentiasa
mendoakan keberkatan saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup berkongsi
ilmu dan tunjuk ajar khususnya dalam menghasilkan tugasan ini.

Akhir sekali, saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dan
kekurangan dalam tugasan ini.

1

1.0 PENGENALAN
Bilik darjah berperanan besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdPc) berjalan dengan lancar khususnya bilik darjah mesra budaya. Hal ini kerana,
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki kelompok masyarakat berbilang kaum
dan etknik misalnya Melayu, India, Cina mahupun kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta
kaum minority orang asli (Mohd Anuar Ramli, 2011). Maka, jelaslah bahawa wujud
perbezaan dan kepelbagaian budaya dalam masyarakat terutamanya di peringkat sekolah
rendah. Bagi mengatasi masalah ini, guru yang berperanan sebagai agen sosialisasi
haruslah mengaplikasikan langkah-langkah bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah
mesra budaya sehingga di peringkat nasional dan global. Hal ini kerana menurut Syed
Ismail Syed Mustafa et. al (2010), pengalaman pembelajaran mesra budaya akan menjadi
tunjang bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman misalnya nilai-nilai sivik
hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang, semangat patriotik dan sebagainya yang
diterapkan dalam bilik darjah.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Mesra budaya bukan hanya melibatkan aspek fizikal sahaja malah mencakupi aspek
fizikal, emosi, sosial serta sosiolinguistik. Menurut Noriati A. Rashid et. al (2011), mesra
budaya dapat ditafsirkan sebagai perlakuan atau amalan yang memberi keselesaan dan
kegembiraan terhadap individu. Dalam konteks bilik darjah, guru dan murid berperanan
dalam mewujudkan keselesaan menerusi amalan positif semasa proses PdPc.

2.1 Aspek Fizikal
Pengurusan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal adalah perkara utama untuk
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif serta mesra budaya khususnya dalam
membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Hal ini dibuktikan dengan
kenyataan daripada Marinah Awang et. al (2018), iaitu penyediaan bilik darjah yang
selesa menjadikan persekitaran pembelajaran yang selesa kepada murid-murid.
Langkah pertama yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah memastikan susunan
kerusi dan meja murid bersesuaian untuk mengembangkan pergaulan murid serta
memenuhi kapasiti yang sepatutnya. Perkara ini bertujuan mengelakkan rasa kurang
selesa dalam diri murid apabila susunan kerusi dan meja terlalu rapat dan
menyukarkan pergerakan. Contohnya, guru boleh menyusun atur kerusi dan meja
mengikut susunan abad ke 21 seperti susunan the hybrid (rujuk lampiran 1) iaitu
susunan secara berkumpulan dengan mempelbagaikan murid yang terdiri daripada
pelbagai gaya pembelajaran atau kaum dalam satu kumpulan serta melalui susunan
ini juga guru dan murid dapat bergerak dengan lebih bebas. Kajian Bhavani

2

Somasundram et. al (2017) membuktikan keberkesanan pembelajaran secara
berkumpulan berupaya meningkatkan prestasi murid kerana memudahkan murid
untuk bekerjasama antara satu sama lain dan mempelajari gaya pembelajaran serta
budaya kaum lain dengan lebih terbuka. Guru juga perlu memastikan perubahan ahli
kumpulan bagi setiap aktiviti untuk memberi peluang murid bergaul dengan rakan
sekelas yang lain dan bukan hanya tertumpu pada rakan kumpulan asal sahaja.
sebagaimana yang dinyatakan oleh Nor Rizan et. al (2014), guru harus memupuk
persefahaman budaya lain untuk membolehkan generasi muda berada dalam komuniti
yang lebih harmoni. Pernyataan ini menjelaskan bahawa, langkah penyusunan kerusi
dan meja dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal amatlah
berkesan kerana murid berupaya untuk berkerjasama dalam satu kumpulan walaupun
memiliki perbezaan dari segi budaya pembelajaran, amalan, komunikasi dan
sebagainya.

Langkah kedua bagi menguruskan bilik darjah mesra budaya aspek fizikal ialah
mewujudkan suasana ceria dan bersih agar suasana mesra budaya dapat diwujudkan.
Hasliza Hamzah et. al (2016) berpendapat bahawa fizikal bilik darjah yang ceria
mampu memberi semangat kepada murid untuk belajar. Guru perlu kreatif dalam
menghias bilik darjah bertemakan mesra budaya seperti mempamerkan contoh-
contoh pakaian tradisional setiap kaum, makanan perayaan etknik-etknik, model
rumah dan sebagainya. Menerusi langkah ini, murid yang berasal daripada kaum dan
etnik minoriti dalam bilik darjah tersebut tidak akan berasa terasing dan rakan-rakan
kaum majoriti yang lain juga akan menyedari kepentingan budaya kaum dan etknik
lain apabila bilik darjah mereka dihias dengan kepelbagaian budaya dan etnik yang
menandakan bahawa, budaya dan etnik rakan lain juga perlu dihormati.

2.2 Aspek Emosi
Perbezaan budaya yang wujud dalam persekitaran bilik darjah berupaya memberi
impak terhadap emosi murid. Menurut Rizalina Mad Radzi (2014), perkembangan
emosi terutamanya kanak-kanak merupakan keupayaan individu dalam menunjukkan
tindak balas emosi terhadap sesuatu perkara. Hal ini membuktikan bahawa, aspek
emosi berperanan besar dalam menjamin bilik darjah yang mesra budaya. Antara
langkah yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah dengan mewujudkan sebuah
pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini kerana, pembelajaran yang
menyeronokkan dapat mencetuskan emosi gembira dan menyeronokkan dalam diri
murid sewaktu belajar. Tamsilnya, mengaplikasikan teknik didik hibur seperti bersajak
yang bertemakan patriotisma dalam proses PdPc serta menggunakan bahan bantu

3

mengajar (BBM) yang bersesuaian seperti memakai pakaian tradisional semasa
mendeklamasikan sajak. Menurut Abdul Rashid Jamian (2016), amalan pengajaran
guru yang berkesan dapat dilihat menerusi kepelbagaian kaedah pengajaran,
menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) serta mendalami kandungan pelajaran
yang akan diajar. Perkara ini membuktikan pelaksanaan langkah ini bukan sahaja
menyeronokkan sehingga dapat mencetuskan emosi positif dalam diri murid malah,
bilik darjah yang mesra budaya juga dapat diwujudkan kerana, murid tanpa mengira
budaya akan bersajak dan mendalami puisi moden ini. Impaknya murid akan berasa
bertanggungjawab terhadap kemakmuran tanah air termasuklah menjaga
keharmonian walaupun berbeza budaya sepertimana yang dinyatakan oleh Lim Swee
Tin (2007), tema kebangsaan dalam sajak digunakan bagi menyedarkan generasi
muda untuk tidak leka dan memastikan kemerdekaan negara kekal.

2.3 Aspek Sosial
Aspek sosial adalah perkara yang paling dekat dengan setiap murid. Hal ini kerana,
proses perkembangan sosial bermula sejak alam kanak-kanak lagi sehingga
mempengaruhi kehidupan mereka (Zakaria Stapa et. al, 2012). Jika dilihat dalam
konteks bilik darjah, guru berperanan dalam membentuk perkembangan sosial murid
terutamanya dalam aspek mesra budaya. Maka langkah yang dapat dilaksanakan oleh
guru ialah membentuk pengaruh sosial yang positif antara rakan di dalam kelas.
Langkah ini dilaksanakan dengan melibatkan semua murid tanpa mengira latar
belakang mereka. Contohnya, melalui aktiviti perkongsian pendapat atau pengalaman
murid mengenai makanan kegemaran mereka. Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja
dilatih untuk yakin bercakap malah, mereka dapat melibatkan diri secara aktif dalam
proses PdPc kerana setiap murid memiliki makanan kegemaran sendiri khususnya
murid yang berlainan kaum untuk diceritakan kepada guru dan rakan sekelas. Selain
menarik minat murid untuk mendengar pengalaman rakan mereka, murid juga dapat
belajar secara aktif. Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2012), aktif di dalam kelas adalah
apabila murid mampu berbincang, berbicara, berinteraksi dan sebagainya. Pernyataan
ini membuktikan bahawa aktiviti ini juga berupaya melatih murid lain menerima dann
menghormati pendapat dan pengalaman orang lain yang berupaya membentuk
keyakinan dalam diri murid. Kesannya secara tidak lansung mereka akan saling
memberi motivasi terhadap sesama mereka.

Langkah kedua ialah memberi pemahaman kepada murid mengenai
perbezaan yang wujud disebabkan oleh perbezaan agama dan budaya. Contohnya
tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam Islam. Walaupun guru

4

yang mengajar bukanlah guru mata pelajaran Pendidikan Islam namun, langkah ini
wajib dilaksanakan oleh semua guru tanpa mengira mata pelajaran yang diajar
sebagaimana yang dinyatakan oleh Nor Adilah Najwa Hassan et. al (2019),
pemahaman murid mengenai perbezaan agama ini berupaya menimbulkan nilai
menghormati agama lain. Jelaslah, langkah guru dalam membantu murid untuk
memahami perbezaan yang wujud disebabkan oerbezaan agama antara murid
membolehkan bilik darjah mesra budaya diwujudkan.

2.4 Aspek Sosiolinguistik
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan
bangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik sehingga mewujudkan variasi
bahasa dalam pertuturan rakyat Malaysia terutamanya di peringkat sekolah rendah.
Maka, guru berperanan besar dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya
dalam aspek sosiolinguistik yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di Malaysia. Jeniri Amir (2013) menyatakan bahawa untuk membentuk
bangsa Malaysia, bahasa Melayu merupakan tunjang bagi mencapai perkara tersebut
sehingga mampu menghakis etnisisme yang berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia
yang dikhuatiri berlaku juga di peringkat sekolah rendah. Antara langkah menguruskan
bilik darjah mesra budaya ialah melaksanakan aktiviti berbahasa. Contohnya aktiviti
teka-teki pantun bertemakan budaya. Menerusi aktiviti interaktif ini, guru dapat
memartabatkan bahasa kebangsaan di samping menyelitkan unsur-unsur
kebudayaan yang dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid lain tentang
kepelbagaian budaya di Malaysia. Guru juga dapat memanfaatkan kepelbagaian
budaya ini dalam bilik darjah menerusi aktiviti seperti cerita etknik Iban dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Jelaslah menurut Noriati A. Rashid et. al (2017),
melaksanakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam bilik darjah berupaya
membentuk jati diri murid yang menghormati perbezaan bahasa dan budaya rakan-
rakan yang lain. Kesannya, murid tidak akan tersisih walaupun memiliki kepelbagaian
budaya kerana wujudnya bilik darjah mesra budaya.

3.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah dalam menguruskan bilik darjah mesra budaya
namun bergantung kepada seseorang guru itu untuk bijak dan kreatif dalam
mengaplikasikan langkah yang bersesuaian pada masa kini. Pada era modenisasi ini,
kewujudan bilik darjah mesra budaya berperanan besar bagi merealisasikan hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang berfokuskan perpaduan sebagai
salah satu aspirasi sistem pendidikan negara. Maka, guru haruslah menitikberatkan

5

kewujudan bilik darjah mesra budaya ini kerana selain mendidik, tugas guru juga adalah
bagi memastikan setiap murid tanpa mengira latar belakang mereka berupaya
memperoleh kejayaan khususnya dalam bidang akademik. Jelaslah, guru perlu lebih
proaktif bagi mewujudkan bilik darjah mesra budaya sehingga mampu melahirkan
generasi yang holistik selaras dengan keinginan Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK).

6

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2016). Amalan pengajaran guru bahasa Melayu dalam pembelajaran
menurut perspektif pelajar. Universiti Putra Malaysia.

Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan pembelajaran koperatif
terhadap pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 11-23.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan bilk darjah dan tingkah laku.
Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu: suara dari bawah. Penerbit Universiti Malaysia Sarawak.

Kamarul Azmi Jasmi, Osmawadi Talip, Mohd Faeez llias. (2012). Strategi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam berpusatkan pelajar. Seminar Antarabangsa
Perguruan dan pendidikan Islam [SEAPP12012]. Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-
2025 (pendidikan prasekolah hingga lepas menengah).

Lim Swee Tin. (2007). Cakerawala Kemerdekaan. Citra Kurnia Enterprise.

Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan persekitaran fizikal
bilik darjah dan kesejahteraan dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran
(relationship between classroom physical environment and teaching and learning
comfortness and well-being). Management Research Journal Vol. 8, No. 1, 86-99.

Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. (2011). ‘Uruf majmuk: Konsep dan
amalannya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Fiqh, No 8, 45-64.

Nor Adilah Najwa Hassan, Hamdi Ishak & Sabri Mohamad. (2019). Adab pergaulan dan
kesannya sesama manusia menurut al-Quran dan al-Sunnah terhadap pelajar. Tinta
Artikulasi membina Ummah, 5 (1), 1-8.

7

Nor Rizan Mohd Maasuma, Nooreiny Maarof, & Manisah Mohd Ali. (2014). Addressing student
diversity via culturally responsive pedagogy. Procedia - Social and Behavioral
Sciences 134,101 – 108.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2011). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rizalina Mad Radzi. (2014). Peranan guru dan ibu bapa merangsang perkembangan
sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti bermain. Tesisi tidak diterbitkan, 1-355.

Rosfazila Rahman. (2019). Kesepaduan Sosiobudaya dalam Kepentingan Masyarakat
Majmuk. Jauhar, 44-50.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Budaya dan pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor persekitaran sosial
dan hubungannya dengan pembentukan jati diri (social environmental factors and their
relation to identity formation). Jurnal Hadhari Special Edition, 155-172.

8

LAMPIRAN
Susun Atur Bilik Darjah

9


Click to View FlipBook Version
Previous Book
SAMBUTAN HARI GURU & HARI RAYA AIDILFITRI SMK PEKAN BARU MUAR
Next Book
Buku Program Hari Guru SJK (TAMIL) TUTA 2022 FLIP