SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
PERUMAHAN ISKANDAR MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
NOR YUSRINA BINTI ABDULLAH
TINGKATAN:
2 PEARL
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
25/12/2022
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN
1) PENGHARGAAN M/S
2) PENDAHULUAN 3
3) OBJEKTIF KAJIAN 4
5
KAJIAN KES 6
4) KAWASAN KAJIAN 7
8
5) JADUAL KERJA
9-10
6) KAEDAH KAJIAN
11
7) HASIL KAJIAN 12
i)menjelaskan konsep dan definisi teknologi hijau 13-17
ii) mengenal pasti 3 jenis contoh teknologi yang terdapat di kawasan
kajian perumahan Iskandar Malaysia
iii) menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
iv) menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian
v) mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat
bagi meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang sesuai
8) KESIMPULAN / KONKLUSI / RUMUSAN
9) BAHAN/SUMBER RUJUKAN
10) LAMPIRAN
i)RESPONDEN KAWASAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran geografi saya iaitu puan
Hanifah Binti Jamaluddin yang sudi memberikan imu pengetahuan kepada kami yang belajar di kelas
2 pearl. Jasa cikgu amat dihargai bagi penyiapan kerja lapangan kerja khursus tingkatan 2 ini.
Selain itu, selaku murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sulltan Ismail saya juga ingin membuka kecil
tapak tangan tetapi nyiru saya tadakan kepada pengetua sekolah iaitu encik Razali bin Tamadi.
Tanpa usaha beliau dalam mentadbir sekolah, saya pasti kami tidak dapat melaksanakan aktiviti yang
seronok seperti ini.
Akhir sekali, menghormati ibu bapa merupakan antara ikrar hidupan saya oleh sebab merekalah
yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan seeloknya dengan harapan kita dapat berjaya
serta menjadi seorang yang berguna dalam masyarakat ini. Kelahiran saya juga merupakan kurniaan
tuhan dengan adanya kawan- kawan yang sudi menolong saya apabila saya memerlukan bantuan.
PENDAHULUAN
Saya Nor Yusrina Binti Abdullah dari kelas 2 pearl. Saya akan menjalankan kerja
khusus saya di kawasan kediaman saya iaitu Perumahan Iskandar Malaysia saya telah
menggunakan tempoh selama seminggu untuk menyiapkan kerja khusus ini
Kerja khusus ini meliputi penggunaan teknologi hijau yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah alam sekitar yang dihadapi di kawasan kediaman mereka.
Sebagai contoh, pemasangan panel solar di atas bumbung rumah untuk menjimatkan
kebanyakan tenaga eletrik yang digunakan. Usaha ini bukan sahaja boleh mendatang
kebaikan kepada alam sekitar bahkan juga kepada kita sendiri juga. Kita tidak dapat
menafikan bahawa bumi kita sedang menghadapi cabaran yang akan mengundang
kemusnahan semua benda hidup tidak kira kecil atau besar. Bumi yang berusia 4.54
bilion tahun ini haruslah dilindungi sehingga akhirat. Setiap usaha yang dilakukan
pasti akan berbuah juga jika kia bersatu dan memiliki matlamat yang sama. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang
penduduk bumi dalam menjaga bumi dengan seeloknya agar berkekalan.
OBJEKTIF KAJIAN
SAYA TELAH MENETAPKAN LIMA OBJEKTIF KAJIAN YANG PERLU SAYA
CAPAI UNTUK MELENGKAPKAN KETJA LAPANGAN SAYA IAITU:
1) MENJELASKAN KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU
2) MENGENAL PASTI 3 JENIS DAN CONTOH TEKNOLOGI HIJAU YANG
TERDAPAT DI KAWASAN PERUMAHAN ISKANDAR MALAYSIA
3) MENYENARAIKAN 4 KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
4) MEGHURAIKAN 4 PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK
DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
5) MENCADANGKAN 4 LANGKAH-LANGKAH ATAU STRATEGI YANG
BOLEH DIBUAT BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
HIJAU YANG SESUAI
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian iaitu Perumahan Iskandar Malaysia merupakan kawasan perumahan saya.
Kawasan ini terdapat beberapa sekolah antaranya SMK gelang patah. Kawasan ini berdekatan
dengan stadium Sultan Ibrahim. Kawasan ini sesuai untuk menjalankan kajian teknologi
hijau. Oleh itu, kawasan ini sesuai untuk menjadi kawasan kajian kerja lapangan ini
PETA KAWASAN KAJIAN
JADUAL KERJA Patah. AKTIVITI CATATAN
Mendengar arahan yang *mendapat bimbingan
BIL TARIKH diberikan oleh guru mata daripada cikgu Hanifah
1 29/11/2022 pelajaran geografi untuk melakukan kerja
berkaitan dengan penulisan lapangan ini
Selasa tugasan kerja lapangan ini.
Membuat persediaan awal *berbincang dengan rakan-
2 12/12/2022 dan merancang jadual kerja rakan mengenai jadual
Isnin dengan teratur kerja
Mengenal pasti objektif *membuat analisis untuk
3 13/12/2022 kajian dan menentukan menentukan kaedah kajian
Selasa kaedah kajian yang sesuai.
Menyediakan borang soal *membuat google form
4 14/12/2022 selidik (google form ) sebagai soal selidik
Rabu Mula mengumpul *melayari laman web
maklumat daripada untuk mencari maklumat
5 15/12/2022 pelbagai sumber seperti amalan teknologi hijau
Khamis internet,buku teks, buku
rujukan,majalh dan akhbar *berbincang dengan guru
6 18/12/2022 Menganalisis maklumat tentang maklumat yang
Ahad yang telah diperolehi ke telah diperolehi
dalam bentuk peta dan
7 19/12/2022 tafsiran dengan bimbingan *mengenal pasti konsep
Isnin dan tunjuk ajar guru teknologi hijau di
Mengenal pasti takrif dan perumahan Iskandar
8 20/12/2022 konsep teknologi hijau Malaysia
Selasa yang dilakukan di kawasan *mengenal pasti contoh
kajian produk yang diamalkan di
9 21/12/2022 Menjelaskan amalan perumahan Iskandar
Rabu berkonsepkan teknologi Malaysia
hijau dan contoh produk
10 22/12/2022 yang sesuai dilakukan di *menjelaskan kepentingan
Khamis kawasan kajian teknologi hijau
Menjelaskan 3 kepentingan
11 25/12/2022 amalan teknologi hijau *mengenal pasti masalah
Ahad dikalangan penduduk di yang dihadapi oleh
kawasan kajian penduduk untuk
Menghuraikan halangan melaksanakan amalan
pelaksanaan amalan teknologi hijau
teknologi hijau ini *menghantar tugasan
dikalangan penduduk di
kawasan kajian
Menyemak dan
menghantar tugasan
KAEDAH KAJIAN
Saya akan menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang amalan
teknologi hijau dalam kalangan penduduk di Perumahan Iskandar Malaysia
5.1 PEMERHATIAN
Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu Perumahan Iskandar Malaysia. Saya
mengumpul data dan maklumat yang terdapat di kawasan kajian melalui pemerhatian saya
5.2 SOAL SELIDIK
Saya membuat soal selidik terhadap 10 orang responden di Perumahan Iskandar Malaysia
untuk mengenal pasti bilangan yang melakukan amalan teknologi hijau di rumah masing-
masing atau di kawasan tempat tinggal mereka.
5.3 SUMBER RUJUKAN INTERNET DAN BUKU RUJUKAN
Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari maklumat tentang
amalan teknologi hijau di kalangan penduduk serta sebagai maklumat tambahan.
HASIAL KAJIAN
i)definisi dan konsep teknologi hijau
- teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan pengaplikasian produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar da alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
- Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kota menggunakan sumber-sumber seperti
tenaga,air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk.
- teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan
teknologi sedia ada.
- produk teknologi hijau selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih
baik untuk semus hidupan selaras dengan pembangunan lestari,iaitu pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa
depan
ii) contoh amalan teknologi hijau yang terdapat di kawasan kajian
antara contoh amalan yang terdapat ialah:
a) Perkongsian kenderaan serta berjalan atau berbasikal untuk pernjalanan yag jarak
pendek
b) Amalan 5R merupakan amalan yang efektif dan senang untuk semua lapisan
masyarakat untuk melaksanakan. Amalan 5R termasuk rethink ( fikir semula), repair
(baik pulih), reuse (guna semula), recycle (kitar semula), dan reduce (kurangkan).
Antara contoh amalan 5R ialah menggunakan tong kitar semula yang betul.
ii) kepentingan teknologi hijau
-apabila masyarakat menggunakan teknologi hijau,kesan negatif terhadap alam sekitar akan
dikurangkan seperti meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup.
-teknologi juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara seperti
mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan.
-industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat
menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.
-teknologi hijau juga dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat serta
mengurangkan masalah infrastruktur tempatan.
iv) punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam kehidupan
-kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat dan industri mengenai perkara ini.
-ramai beranggapan bahawa kos pelaburan permulaan untuk teknologi hijau sangat tinggi
-kekurangan data dan maklumat menyebabkan pihak bank tempatan beranggapan projek
teknologi hijau berisiko tinggi.
v) langkah-langkah atau strategi yang sesuai untuk dilakukan untuk meningkatkan
penggunaan teknologi hijau
-melaksanakan program latihan atau pendidikan untuk mengajar generasi muda supaya
menggunakan teknologi hijau untuk kehidupan yang lebih baik.
-pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran untuk meningkatkan kesedaran penduduk
supaya kehidupan yang lebih baik
-pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran untuk meningkatkan kesedaran penduduk
supaya menggunakan teknologi hijau
-pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak swasta untuk mempromosikan produk
teknologi hijau.
-kecekapan dalam pentadbiran untuk mempromosikan produk teknologi hijau.
RUMUSAN
Rumusan dapat dilihat disini sokongan masyarakat dan juga kerajaan dalam menerapkan
teknologi hijau ini perlu dilihat dari 2 aspek. Pertama ialah aspek inovasi iaitu usaha
mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang
komplikated dan kompleks. Produk yang mudah mesra alam serta praktikal untuk negara
boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah
lagi untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh
menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-
sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh
dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport. Keduanya ialah
penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau
amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan teknologi hijau sebanyak yang
boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah yang boleb kita lakukan. Contohnya, kita
boleh membawa air minum dalam bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita
membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan
sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau plastik yang tidak mesra alam. Bawalah
beg sendiri ketika membeli-belah. Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan
elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan demikian
akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap tenaga mahal sedikit
berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan
alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah
dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus menunjukkan teladan
yang baik kepada anak-anak supaya mereka turut terdorong untuk mengamalkan budaya
hijau.
SUMBER/ BAHAN RUJUKAN
1.https://anyflip.com/ybgsy/aopk/basic
2.http://online.anyflip.com/vthh/jyrs/mobile/
3.buku rujukan geografi tingkatan 2 (masterclass)
LAMPIRAN
i)Responden kawasan