NAMA PENSYARAH : MOHD LOKMAN BIN AHMAD MPU23052-SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM TAJUK TUGASAN : KESAN KAEDAH FIQH MENGIKUT SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT (E-FOLIO) NAMA AHLI KUMPULAN : NUR KHADIJAH BINTI ZAZALI 14DKA23F1807 NUR EDLYNNA RANIA BINTI MUHAMMAD NAJIB 14DKA23F1113 FATIN WAHIDA AMALIN BINTI ABDULLAH 14DKA23F1086
1.0 PENGENALAN Kaedah fiqh merupakan satu prinsip utama yang boleh dijadikan sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum Islam terutamanya apabila terdapat masalah-masalah baharu yang memerlukan keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan sesuatu masalah baharu yang timbul diselesaikan dengan mudah mengenai hukumnya yang sebenar melalui rujukan kepada sumber-sumber hukum lain. Kaedah fiqh merupakan salah satu sumber yang menjadi panduan dan dasar untuk mengeluarkan pecahan atau cabang hukum dalam Islam dan dijadikan sebagai sumber hukum dan hujah sokogan bagi sesuatu permasalahan. Pengunaan kaedah fiqh tidak akan menafikan nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua sumber utama tersebut amat penting untuk memahami syariat dan muamalat manusia. Kaedah fiqh ini dapat memberikan hukum secara cepat apabila sesuatu permasalahan timbul seperti hukum membunuh ular yang berbisa. Hukum membunuh haiwan yang berbisa seperti ular adalah dibenarkan kerana berbahaya kepada manusia. Bidang sains, teknologi dan kejuruteraan amat memerlukan kaedah fiqh untuk diaplikasihkan kedalam setiap kajiannya. Pengaplikasian ini bertujuan untuk memastikan bahawa setiap kajian yang dilakukan adalah berlandaskan panduan yang telah ditetapkan oleh syarak serta mengutamakan kemaslahatan umum.
2.0 MENERANGKAN PENGERTIAN KAEDAH FIQH: Kaedah Tapak, asas rumah dan prinsip Fiqh Suatu kefahaman Kaedah fiqh Koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu isu tertentu
3.0 Membincangkan peranan kaedah fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan Memudahkan pemahaman terhadap hukum-hakam untuk diguna pakai dalam persoalan sains teknologi dan kejuruteraan 1. Kaedah fiqah telah menetapkan formula teras atau asas untuk diguna pakai sebagai rujukan sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Setiap persoalan baharu yang timbul dalam kajian sains, teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada al-Quran dan hadis serta kaedah fiqah bagi menentukan sesuatu hukumnya yang timbul. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah fiqah adalah sebagai garis panduan kepada para saintis dan teknokrat dalam melaksanakan uji kaji mereka. 2. Membantu manusia khususnya para saintis, teknokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan. Kaedah fiqah telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka. Isu-isu dalam sains teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini supaya perasi dalam penyelidikan dan inovasi mendapat keberkatan Allah SWT. 3. Menyediakan keperluan hukum-hukum yang menyeluruh bagi menangani isu-isu kecil dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan Hukum-hukum yang sudah ditetapkan dalam kaedah fiqah sangat sesuai ntuk menjawab segala persoalan tentang cabang atau sampingan yang timbuk dalam perkara berkaitan bidang sains teknologi dan kejuruteraan .Isu-isu yang berkaitan sains teknologi dan kejuruteraan amat luas dan memerlukan kaedah ini bagi membantu mencari jalan keluar dan menyelesaikan masalah hukum dari sudut syarak,Pelbagai kajian,ciptaan dan inovasi telah dilakukan oleh para saujana dunia yang memerlukan penyelesaiaan dan jawapan terhadap isu dan permasalahan yang timbul berdasarkan hukum menurut perspektif.
Membezakan ibadat dengan adat Membezakan ibadat dengan ibadat lain Menahan diri dari mekan kerana puasa atau menguruskan badan Ibadat fardhu atau sunat Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat 4.0 KONSEP ASAS KAEDAH FIQAH YANG BERTEPATAN DENGAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 4.1 SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT Hadith daripada Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya, “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Segala amalan itu berdasarkan kepada niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka (ganjaran) hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin perolehinya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia hijrahkan (niatkan niat bermaksud suatu lintasan dalam hati untuk melaksankan sesuatu perkara 4.1.1Fungsi disyariatkan niat
4.1.2 KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN SYAK Kaedah ini sebenarnya diambil daripada hadis NABI MUHAMMAD SAW yang bermaksud:- Jika seseorang dari kamu ragu ragu ketika sembahyang, dia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukan, maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan baharu Penerangan kaedah : Keyakinan mestilah berdasarkan sandaran atau sumber yang jelas dan tiada keraguan padanya. 1. Keyakinan kepada ilmu yang dimilki secara benar mampu menghasilakn keputusan dan tindakan yang benar dan penuh keyakinan. 2. Segala usaha hendaklah memenuhi tujuan syariat iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. 3. Hasil kerja seharusnya dapat memberikan impak terbaik bagi keselesaan dan kesempurnaan hidup manusia. 4. Keyakinan tersebut mestilah berdasarkan kepada sandaran atau sumber yang nyata dan sahih tanpa wujud keraguan atau was was. Ragu ragu dan was was pula merupakan musuh manusia yang diilhamkan oleh syaitan dengan asas keyakinan yang tidak kukuh. Gangguan hati datangnya daripada diri dan hasutan syaitan sehingga menjadikan sesuatu perkara itu tidak pasti. Kelemahan inilah berpunca daripada pendirian manusia berbubah2 dan berlakunya pergeseran antara manusia.
DALIL-DALIL YANG BERKAITAN DENGAN KAEDAH MASYAQQAH TAJLIBU AL-TAISIR Al-Quran Berdasarkan kepada firman Allah SWT Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran”. Firman Allah SWT lagi : Maksudnya: “Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya”. Kesimpulannya berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di atas ialah Allah SWT tidak menginginkan kesukaran kepada umat ini , sebaliknya mereka disuruh melaksanakan sesuatu tanggungjawab sekadar termampu atau mengikut kemampuan seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu perkara . KEKURANGAN Merujuk kepada kegilaan hingga sulaiman, kanakkanak sehingga umur bakigh dan orang yang tidur sehingga ia sedar. JAHIL Hilangnya kewarsan biasa sebagai seorang manusia SAKIT Diberikan kemudahan untuk memilih kaedah lain untuk melunaskan kewajipan. 4.1.2 KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ( masyaqqah tajlibu al taisir ) ialah masyaqqah yang melampaui batas kemampuan yang ditanggung oleh manusia bahkan boleh memudaratkan diri dan menghalang seseorang dari melakukan amal seperti puasa oranng yang sakit boleh membawa kepada bahaya , maka islam memberi kemudahan dan keringanan untuk meninggalkannya tetapi mereka wajib menqadakannya . Namun begitu , ada juga musyaqqah yang tidak boleh dijadikan sebab bagi mendapatkan keringanan iaitu kesusahan dan tidak membawa kemudaratan kepada diri . Contoh , meninggalkan puasa kerana letih bekerja . Ada beberapa sebab kesukaran dan kesusahan yang dapat meringankan pelaksanaan hukum syarak . Antaranya ialah musafir , sakit , dipaksa , lupa , jahil , perkara yang tidak dapat dielakkan dan mengalami kekurangan . Antara kesukaran yang boleh menjadi sebab berlakunya kemudahan dan keringanan
Pengguguran Digugurkan ssuatu hukum atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya, dibenarkan meninggalkan puasa ramadan disebabkan kesakitan yang berat Pengurangan Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu tujuan sesuatu perkara Contohnya dibenarkan mengurangkan solat fardhu emat rakaat menjadi dua rakaat sahaja penggantian Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh digantu dengan sesuatu yang lain Contohnya, bertayyamum untuk menggantikan wuduk Konsep rukhsah (kelonggaran) yang dibenarkan oleh syarak merangkumi perkara-perkara berikut:
Adat am • Kebiasaan yang diterima umum • Contohnya, sembahyang merujuk kepada solat bukan bermaksud yang lain seperti difahami oleh agama lain. Adat khusus • sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakag atau negeri di kalangan golobgan tertentu • Conthonya, kesarjanaan merujuk kepada kepandaian dan kecendekiawan seseorang Adat sahih • sesuatu adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat. • Contohnya, pemberian hantaran dalam majlis perkhawinan tidak termasuk dalam mas khawin Adat fasit @ rosak •sesuatu adata yang belawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat • Contohnya menjual barang secara bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai 5.0 Adat dijadikan sbagai rujukan hukum Adat : sesuatu yang sudah menjadi satu kelaziman dilakukan oleh manusia Uruf : sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat hingga menjadi amalan kebiasaan. Kaedah ini memberi maksud adat dan uruf boleh dijadikan rujukan bagi menetapkan sesuatu hukum bagi satu satu isu atau kes dengan syarat ketiadaan nas syarak dalam permasalahan tersebut. Andai terdapat nas syarak, maka penggunaan kaedah ini akan terbatal 5.1 Pembahagian adat/uruf
RUMUSAN Penggunaan kaedah fiqah dalam sains teknologi dan kejuruteraan merupakan sesuatu yang perlu diambil kira oleh setiap saintis, teknokrat dan jurutera. Pengaplikasian sains dan teknologi serta kejuruteraan oleh manusia perlu dilihat terlebih dahulu kesan langsung dan sampingan ketika pelaksanaannya. Pemakaian kaedah fiqah dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan juga haruslah didasari dengan kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu kaedah yang akan diguna pakai. Hal ini perlu bagi memastikan segala kajian dan tindakan yang akan dilakukan menepati kehendak syarak dan tidak bertentangan dengan tujuan utama syariat, iaitu untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta serta kemaslahatan lain.