The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thungsuling, 2021-10-05 19:18:22

Penyediaan Sabun

Penyediaan Sabun

Keywords: sabun,kimia,kssm,tingkatan 5

Penyediaan Sabun

Bahan utama yang digunakan untuk membuat sabun ialah:
• Lemak haiwan atau minyak tumbuhan.
• Larutan alkali seperti natrium hidroksida atau kalium
hidroksida.

Proses saponifikasi (saponification) ialah tindak balas penghasilan
sabun. Dalam proses saponifikasi, lemak atau minyak dipanaskan
dengan larutan alkali seperti natrium hidroksida. Lemak atau minyak
terurai kemudian membentuk garam natrium bagi asid lemak itu
(sabun).

Jika alkali yang digunakan dalam proses saponifikasi ialah kalium
hidroksida, sabun yang terbentuk ialah garam kalium bagi asid
lemak itu.

Proses saponifikasi ialah gabungan dua tindak balas:
• Hidrolisis ester (minyak atau lemak) yang dimangkinkan
oleh larutan beralkali.
• Tindak balas peneutralan antara asid lemak yang
terbentuk dalam tindak balas hidrolisis dengan larutan
beralkali.

Dalam proses hidrolisis, lemak atau minyak terurai menjadi gliserol
dan asid lemak (perhatikan bahawa tindak balas hidrolisis ester
merupakan songsangan bagi tindak balas pengesteran).

Asid lemak yang terbentuk kemudian dineutralkan oleh larutan alkali
untuk membentuk garam asid lemak (sabun) dan air.

Tindak balas keseluruhan ialah proses saponifikasi: (I) + (II):

Sebagai contohnya,

a) Asid palmitik C15H31COOH ialah sejenis asid lemak yang
terkandung dalam minyak kelapa sawit. Sabun yang dibuat melalui
proses saponifikasi minyak kelapa sawit ialah garam bagi asid
palmitik, iaitu natrium palmitat, C15H31COOHNa, atau kalium
palmitat, C15H31COOK.

Formula struktur natrium palmitat, C15H31COONa.

b) Lemak kambing mengandungi asid stearik. Sabun yang terhasil
melalui proses saponifikasi lemak haiwan ini ialah garam asid
stearik, iaitu natrium stearat, C17H35COONa, atau kalium
stearat, C17H35COOK.

Formula struktur natrium palmitat, C17H35COONa.

Jadual di bawah menunjukkan jenis lemak atau minyak yang
digunakan untuk membuat sabun.

Asid lemak Contoh sumber Nama Formula
Minyak zaitun, sabun sabun
Asid oleik, minyak jagung,
C17H33COOH kacang tanah, lemak Natrium C17H33COONa
oleat
Asid palmitik, ikan paus
C15H31COOH Minyak kelapa sawit Kalium C15H31COOK
Asid laurik, palmitat C11H23COOK
C11H23COOH Minyak kelapa Kalium C17H35COONa
Asid stearik,
C17H35COOH Lemak kambing laurat
Natrium
stearat

Contoh penyediaan sabun natrium stearat adalah seperti berikut:

a) Molekul gliseril tristearat dalam lemak haiwan dipecah kepada
molekul gliserol dan molekul asid stearik (asid lemak) dalam tindak

balas hidrolisis. Tiga molekul asid stearik terhasil daripada satu
molekul gliseril tristearat. Tindak balas hidrolisis ini dimangkinkan
oleh natrium hidroksida.

b) Asid stearik yang terbentuk ini kemudiannya bertindak balas
dengan larutan natrium hidroksida dalam tindak balas peneutralan
untuk membentuk air dan garam natrium stearat, iaitu sabun.

Tindak balas keseluruhan ialah proses saponifikasi: (1) + (2)

c) Sabun yang terbentuk kemudiannya dicampurkan dengan bahan
tambahan seperti minyak wangi dan pewarna sebelum
dibungkuskan untuk dijual.


Click to View FlipBook Version