The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Langkah-Langkah Memelihara Kebersihan Sungai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qurratuainin13-542, 2021-07-27 02:53:58

MEMELIHARA KEBERSIHAN SUNGAI

Langkah-Langkah Memelihara Kebersihan Sungai

Memelihara
Kebersihan

Sungai

PENGENALAN

Sungai merupakan ciptaan Tuhan yang
sungguh bermakna dalam kehidupan kita. Hal

ini kerana sungai yang bersih berfungsi
sebagai sumber makanan, sumber air
mentah, dan sumber eknonomi. Oleh itu,

menjaga kebersihan sungai adalah
tanggungjawab segenap lapisan masyarakat
kerana sungai yang tercemar boleh memberi
kesan negatif kepada semua kehidupan di

muka bumi ini.

LANGKAH-LANGKAH
MEMELIHARA KEBERSIHAN

SUNGAI

Tidak membuang
sampah ke dalam

sungai

Menjalankan
kegiatan gotong-

royong

Mengadakan
ceramah dan
kempen kesedaran

Memperkasa
penguatkuasaan
undang-undang

LANGKAH 1

Tidak Membuang Sampah Ke Dalam
Sungai

Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kebersihan
sungai dengan tidak membuang sampah sarap sesuka
hati ke dalam sungai kerana perbuatan tersebut hanya
menyebabkan sungai kita kian dicemari dengan
sampah-sarap. Sebaliknya, kita perlu bijak bertindak
dengan membuang sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan. Sekiranya kita berada di kawasan sungai
dan mendapati bahawa tiada kemudahan tong sampah
yang disediakan, perkara tersebut bukan menjadi alasan
untuk kita membuang sampah merata-rata. Kita perlu
menitipkan sikap tanggungjawab menjaga kebersihan
sungai dengan memastikan sampah yang kita hasilkan
dibuang mengikut cara yang betul. Dengan ini, senario
sampah sarap terapung-apung di permukaan sungai
tidak lagi berlaku.

LANGKAH 2

Menjalankan Kegiatan Gotong-Royong

Masyarakat perlulah bekerjasama dengan menjalankan
kegiatan gotong-royong untuk membersihkan kawasan
sungai yang telah dicemari dengan sampah sarap.
Contoh kegiatan gotong-royong yang boleh dilakukan
seperti mengutip sampah sarap yang terdapat di
kawasan persekitaran sungai. Kegiatan ini disarankan
dilakukan secara beramai-ramai supaya kerja
pembersihan kawasan sungai dapat dilakukan dengan
cepat. Tuntasnya, kegiatan gotong-royong ini perlu
dilakukan secara kerap supaya dapat mengelakkan
berlakunya pencemaran sungai yang hanya mengancam
hidupan akuatik.

LANGKAH 3

Mengadakan Ceramah Dan Kempen
Kesedaran

Pihak kerajaan perlu mengadakan ceramah dan kempen
supaya dapat meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai.
Antara ceramah dan kempen yang boleh diadakan dari
masa ke masa seperti Ceramah Sungai Permata Dunia,
Kempen Jagalah Kebersihan Sungai, Kempen Keindahan
Sungai dan sebagainya. Dengan itu, pihak kerajaan
dapat menyalurkan ilmu tentang langkah penjagaan
sungai kepada masyarakat. Ilmu pengetahuan yang
didapati menerusi ceramah dan kempen tersebut
sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat
untuk mencintai dan menjaga keindahan sungai.

LANGKAH 4

Memperkasa Penguatkuasaan Undang-
Undang

Pihak kerajaan perlu memperkasakan penguatkuasaan
undang-undang untuk memastikan kebersihan sungai
terjamin. Misalnya, pihak kerajaan perlu memastikan
bahawa pihak berkuasa dapat mengenakan tindakan
yang setimpal terhadap individu yang menyumbang
kepada pencemaran sungai seperti melakukan aktiviti
tuba ikan. Malah, pemantauan kebersihan sungai juga
perlu dilakukan secara kerap supaya kebersihan sungai
sentiasa berada di tahap optimum. Dengan ini, pihak
kerajaan dapat mengelakkan risiko pencemaran untuk
mewujudkan sungai bersih dan indah. Tuntasnya,
integriti dan komitmen daripada pihak berkuasa perlu
dititiberatkan supaya kes pencemaran sungai dapat
diatasi dengan baik.

Oleh itu, marilah kita
bersama-sama
memelihara

khazanah alam ini
daripada tercemar.


Click to View FlipBook Version