The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadnasir, 2021-09-26 13:29:34

slide-anyflips

slide-anyflips

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

SEMINAR ANTARABANGSAKENEGARAAN DAN KETAMADUNAN 2021

1

ANJURAN

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

INTERNATIONAL SEMINAR ON GOVERNMENT AND CIVILISATION 2021

2

27/09/2021

3

PANEL PENYUNTING

Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff
Prof.Madya Dr Ratna Roshida Ab Razak
Dr. Normala Othman
Dr. Arfah Ab. Majid
Dr. Mohd Sabri Md. Nor
Encik Ahmad Faathin Mohd Fadzil

Hakcipta©Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan
Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM & YADIM

Semua hakcipta terpelihara, Kecuali untuk tujuan
Pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil. Mana-
mana bahagian dari buku abstrak ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh
diperbaiki, atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau
dengan mana-mana alat, elektronik, mekanikal, fotokopi,
perakam, atau sebaliknya tanpa keizinan daripada
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,
Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Serdang, SELANGOR &
YADIM

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021

4 Prakata

Buku Abstrak ini merupakan koleksi kajian yang dibentangkan pada
Seminar Antarabangsa Kenegaraan dan Ketamadunan III atau
ISOGOC III 2021, anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan
Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Serdang, Selangor
dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
ISOGOC III berlangsung pada 29 dan 30 September 2021 bertujuan
untuk membincangkan isu berkaitan nilai kemanusiaan dalam
masyarakat menerusi perspektif politik dan kerajaan, dan perspektif
falsafah dan ketamadunan, mewujudkan platform diskusi untuk
pemegang taruh (stakeholder) berkongsi idea dan pendapat
mengenai isu-isu berkaitan, mencambahkan ilmu dalam bidang
berkaitan pengajian kenegaraan dan ketamadunan dan
menerbitkan hasil penyelidikan berkaitan dakwah melalui
penerbitan Jurnal. Tema Seminar ini adalah “Mengembalikan Roh
Ketamadunan” (Restoring the Soul of Civilisation) dan kertas kajian
disumbangkan oleh pelbagai ahli akademik daripada pelbagai
Universiti Awam, dan pelajar siswazah berdasarkan sub –tema-sub-

tema yang meliputi bidang-bidang berikut antaranya :

Sub Tema:
1. Agama, Spiritualiti dan Etika (Religion, Spirituality and Ethics)
2. Falsafah dan Ketamadunan (Philosophy and Civilisation)
3. Dakwah dan Kemasyarakatan (Da’wah and Society)
4. Politik, kerajaan dan kenegaraan (Politics, Government

and Nationhood)
1. Etnisiti dan Kepelbagaian (Ethnicity and Diversity)
2. Ekonomi dan Kewangan (Economy and Finance)
3. Pendidikan dan Teknologi (Education and Technology)
4. Kesejahteraan di Era Pandemik COVID-19 (Well-being

during Pandemic COVID-19)
1. Isu Semasa Berkaitan (Other related Current Issues)

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021

Isi Kandungan

5

Prakata
Isi Kandungan

01 Penerimaan Dan Keberkesanan Mooc Titas Dalam Penyampaian Ilmu Peradaban Di Universiti Awam 11
Adlina Ab. Halim
Norasyikin Azri 11
Normala Othman,
Arfah Ab. Majid 12
Ahmad Nasir Mohd Yusof 12
13
02 Ethics And Civilization In Malaysia’s Multi Racial Society
Amini Amir Abdullah 13
Mohd. Daud Awang 14
Nidzam Abdul Kadir 15
Ahmad Faathin Mohd. Fadzil 15
Dayang Hazieqa Hamzani 16

03 Islam In Malaysia: Finding A Balance Between Exoteric And Esoteric Dimension
Arfah Ab. Majid

04 Idea Politik Syeikh Ahmad Al-Fatani Dalam Historiografi Hadiqat Al-azhar Wa Al-Rayahin
Ahmad Faathin Mohd Fadzil

05 Parti Dominan Dan Rakan Setara Dalam Politik Malaysia: Analisis TerhadapPengalaman Barisan Nasional
(BN) Dan Pakatan Harapan (PH)
Mohd Izani Mohd Zain
Mohd Mahadee Ismail,
Mohd Sabri Md Nor
Hairul Anuar Mak Din

06 Aspirasi Golongan Belia Terpelajar Terhadaptadbir Urus Pembangunan Pasca Pru14 Di Malaysia
Mohd Mahadee Ismail
Zatul Himmah Adnan
Mohd Sabri Md Nor

07 Pendekatan Pemerintahan Negara-bangsa Dalam Thamarat Al-mahammah Karya Raja Ali Haji
Mohd Mahadee Ismail

8imbangan Antara Maslahat Dan Mafsadah: Pembukaan Ekonomi Dan Kawalan Pergerakan
Mohammad Nidzam Bin Abdul Kadir

9 Bahasa Dan Budaya Politik: Variasi Istilah Dalam Hegemoni Kuasa
Nidzam Sulaiman

10 Falsafah Sejahtera Dalam Logoterapi Viktor Frankl
Ratna Roshida Ab Razak (Dr, Prof. Madya)

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021

Isi Kandungan

6

Prakata
Isi Kandungan

Nilai Integriti Kepimpinan Politik Malaysia: Isu Dan Cabarannya Dalam Pentadbiran Kerajaan 16
Perikatan Nasional
Mohd Sabri Md. Nor 17
Mohd Mahadee Ismail 17
Mohd Izani Mohd Zain 18
Murni Wan Mohd Nor
18
Peranan Dan Kepentingan Institusi Masjid Katanning Dalam Kelangsungan Identiti Masyarakat Melayu Cocos 19
Di Australia Barat
Sri Rahayu Ismail, 19
Awang Azman Awang Pawi 20
Maizira Abdul Majid 20
21
Malu Melakukan Perbuatan Tidak Bermoral Dalam Kalangan Remaja Melayu Dan Cina
Zarina Muhammad

A Story Of National Transformation Policy: The Viewpoint Of Klang Valley’s Community
Zatul Himmah Adnan
Haslinda Abdullah
Siti Rahah Harun,
Alia Shuhada Marjuni
Wan Nor Azilawanie Tun Ismail

15 Perbahasan Tentang Falsafah Epistemologi Ilmu Dan Pembahagiannya
Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff

16 Chinese’s Perspective Towards Malaysian National Identity: A Comparison Of Chinese Communities In
Klang Valley And Kota Bahru
Lee Yok Fee
Ku Hasnita Ku Samsu
Mohd Mahadee Ismail
Zatul Himmah Adnan
Siaw Bing

17 Pendekatan Dan Cabaran Dalam Pemindahan Pengetahuan Peribumi Dari Perspektif Masyarakat Dusun Dan Bajau
Di Kota Belud, Sabah
Anis Amalina Adam
Normala Othman
Adlina Ab. Halim

18 An Outline Of Fazlur Rahman’s Islamic Ethics:A Critical Analysis Of A Neo-Modernist Project In The 20th Century
Muhammad Syafiq Bin Borhannuddin

Pembangunan Dan Pengujian Instrumen Naratif Negara Bangsa Berasaskan Naratif Bangsa Integrasi Dan
Naratif Malaysian Malaysia
Mohd Sobhi Ishak
Mansor Mohd Noor
Pue Giok Hun
Beh Sang How

20 Doktrin Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah: Tinjauan Penguasaan Dalam Kalangan Mahasiswa Muslim Di Negeri Johor
Shakila Ahmada
Farahwahida Mohd Yusofb
Sharifah Khadijah Syed Abu Bakara
Ahmad Sharifuddin Mustaphaa
Mohd Hisyam Abdul Rahima
Faisal Husen Ismaila

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021

Isi Kandungan

7

Prakata
Isi Kandungan

21 The Influence Of Scientist Engagements In The Issuance Of Halal Fatwa In Malaysia 21
Mohd Daud Awang
Muhamad Miziazam Yahya 22
Mohd Kamal Azmah Jusoh
Kamarulzaman Ismail 22
Amini Amir Abdullah
Nur Bahirah Binti Baharum 23
23
22 Pengaruh Pembentukan Kerjasama Politik Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Di Malaysia 24
Nur Ayuni Mohd Isa 24
Zaid Ahmad 25
Ahmad Tarmizi Talib
Jayum Jawan 25
26
23 Political Commitment For Development Initiatives In Adamawa State, Nigeria: A Literature Review
Mohammed C. Abubakar
Adlina Ab. Halim
Mohd Izani Mohd Zain
Murni Wan Mohd Nor

24 Perbandingan Agama Untuk Dakwah: Konsep Dan Prinsip
Dr. Mohd Faizal Abdul Khir

25 Pengamalan Solat Fardu Dalam Kalangan Pelajar Kolej Profesional Mara Indera Mahkota
Nor Aini Salleh
Adlina Ab. Halim

26 Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Ngo Islam Di Malaysia: Kajian Ke Atas Haluan Di Perlis
Muhammad Suhaib Bin Ahmad Zahir
Syed Muhammad Asyraf Bin Syed Kamil
2mohd Mukhlis Bin Mohd Nasri

27 Hubungan Tentera Dan Awam Di Malaysia: Pengukuhan Melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan
Burhanuddin Jalal

28 Karavanserai: Daripada Persinggahan Sementara Kepada Destinasi Pelancongan
Roziah Sidik @ Mat Sidek
Aina Zafirah Samsuddin
Ermy Azziaty Rozali
Dalbir Singh A/L Valbir Singh
Hanif Md Lateh @ Junid

29 Konsep Karavanserai Dalam Tamadun Islam
Aina Zafirah Samsudin
Roziah Sidik @ Mat Sidek

30 Perbandingan Teori Kitaran Ibn Khaldun Dan Malek Bennabi: Suatu Kajian Literatur
Abdul Qayuum Bin Abdul Razak
Prof Madya Dr Adlina Ab. Halim
Prof Dr Zaid Ahmad
Dr Normala Othman

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021

Isi Kandungan

8

Prakata
Isi Kandungan

31 Tinjauan Mengenai Amalan Chaplaincy Muslim Di Hospital Pakar Al-Islam 26
Ishak Mas’ud
Surina Mohamad Shafi 27
Mohd Zulkifli Awang
Nurul Aisyah Amir Ramli 27
28
32 Filantropi E-Pembelajaran Melalui Aplikasi MOOC TITAS 28
Adlina Ab. Halim 29
Normala Othman 29
Ahmad Nasir Mohd Yusoff, 30
Arfah Ab. Majid 30
Norasyikin Azri
31
33 Facilitating Interethnic Understanding Among University Students:The Use Of Malaysian Independent
Film Gadoh (2009) As A Pedagogical Tool
Fatimah Binti Mohd Tajuddin

34 Faktor Bahan Bantu Mengajar (Bbm) Yang Menyokong Pengamalan Pemikiran Kritis Gpi
Untuk Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21
Siti Fatihah Osman
Wan Hassan Wan Embong

35 Dua Peringkat Dalam Berinteraksi Dengan Nas Mutasyabihat
Dr. Mohammad Nidzam Bin Abdul Kadir

36 Asnaf Care Sebagai Satu Strategi Bantuan Kepada Asnaf Negeri Kedah Ketika Pandemik Covid 19
Mohamad Khadafi Hj. Rofie
Norazita Marina Bt. Abdul Aziz
Syahrina Bt. Abdullah

37 Perspektif Masyarakat Sabah Berkaitan Dengan Katak Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16
Mohd Hishamuddin Bin Amid

38 Sinkretisme Dalam Amalan Sogit Tanah Masyarakat Dusun Ranau Sabah: Satu Tinjauan.
Mohammad Firdaus Bin Hasmin

39 Tamadun Hijau: Gagasan Dan Prinsip Menurut Perspektif Islam
Anhar Ansyory
Nusairah Ramli
Zulkiflee Haron
Ahmad Faizuddin Ramli

40 Protes Tanpa Keganasan Generasi Muda: Analisis Elemen Strategik Pihak Luar Dalam Menggugat
Kestabilan Kedaulatan Negara
Zafari Zulkifli
Mohd Sobhi Ishak

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021

Isi Kandungan

9

Prakata
Isi Kandungan

41 Persoalan Syarat Izin Suami Kepada Isteri Bekerja Di Luar Rumah Dan Hubungan Dengan Nafkah 31
Untuk Isteri: Suatu Perbincangan
Mansor Bin Sulaiman
Nur Izwan Bin Irsal Usnur

42 Pembentukan Sikap Pelajar Universiti Awam Melalui Aplikasi MOOC TITAS 2.0 32
Norasyikin Azri
Adlina Ab. Halim
Normala Othman

43 Reformasi Institusi Parlimen Dan Cabaran Pelaksanaannya Di Malaysia, 2018-2020 32
Mohd Izzuddin Nazaruddin

44 Pengaruh Etnisiti Dan Kepelbagaian Dalam Membentuk Keharmonian Hidup 33
Masyarakat Di Sabah
Sharifah Darmia Binti Sharif Adam

45 Kaedah Rawatan Kesihatan Mental Oleh Kerajaan Seljuk Pada Abad Ke-12m Sehingga Abad 33
Ke-14M.
Siti Nur Adilah Awang
Ermy Azziaty Rozali
Roziah Sidik @ Mat Sidek

46 Isu Pembayaran Dalam Perniagaan Francais Dobi Layan Diri Dari Perspektif Hukum Syarak 34
Mohd Huefiros Efizi Bin Husain
Noor Naemah Binti Abdul Rahman
Nor Fahimah Binti Mohd Razif

47 Advokasi Pembendungan Perkahwinan Kanak-Kanak: Satu Kajian Literatur 34
Muhammad Al-Ghazalli Abdol Malek
Mohd Al Adib Samuri

48 Hubungan Agama Dengan Akhlak Pemerintah Berdasarkan Pemikiran Raja Ali Haji Dalam 35
Tuhfat Al-Nafis
Annuar Ramadhon Kasa

49 Cabaran Dan Permasalahan Usahawan Kecil Dan Sederhana (PKS) Ketika Pandemik Covid 19: 35
Satu Tinjauan Awal 36
Syahrina Bt. Abdullah
Ahmad Fuad Bin Mat Hassan
Mohamad Khadafi Hj. Rofie

50 Two 17th Century Intellectual Giants: A Comparison Of Descartes And Al-Raniri’s
Metaphysical And Scientific Framework
Dayang Nurhazieqa Hamzani

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021

Isi Kandungan

10

Prakata
Isi Kandungan

51 Penerimaan Golongan Elit Muslim Terhadap Amalan Wakaf Pendidikan Di Negeri Pahang 36
Mohd Daud Awang
Nur Amalina Binti Mohamad Rosly 37
Amini Amir Abdullah 37
Hasri Mustafa
Kamarulzaman Ismail 38
38
52 World Reaction And The Role Of Turkey, Iran And Asia Countries In Maintaining Qatar Sovereignty: 39
A Case Study Of Gulf Crisis 39
Nur Atika Hairi 40

53 Coordination As A Dimension Of Governance In The Management Of Political Violence In Nigeria 41
Kabiru Bello Ilelah
Adlina Ab Halim 42
Mohd Mahadee Ismail
Mohd Sabri Md. Nor 43

54 The Justifications Of Saddam Invated Kuwait And The World Reaction 44
Nur Atika Hairi

55 Ideological And Political Theory Course: What And Why?
Liu Bin

56 Identity Of Islam In Global Politics
Shaikh Mariya

57 Islam As The Religion Of The Federation And The Basis Of Malay Culture
Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Mohd Daud Awang

58 Persepsi Belia Mengenai Media Sosial Yang Paling Mempengaruhi Belia Malaysia Untuk Terlibat Dengan Keganasan
Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Mohd Daud Awang
Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

59 Analisis Persepsi Belia Malaysia Mengenai Ancaman Keganasan Dan Extremisme
Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Mohd Daud Awang
Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

60 Belia Dan Keganasan: Satu Kajian Literatur
Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Mohd Daud Awang
Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

61 Kajian Belia Dan Terorisme Di Malaysia – Penggubalan Soal Selidik Dan Cabaran
Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Mohd Daud Awang
Dr. Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

62 Persepsi Belia Malaysia Mengenai Punca Dan Faktor-Faktor Penglibatan Belia Malaysia Dalam Aktiviti Keganasan
Dan Ekstremisme.
Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Mohd Daud Awang
Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI

01 PENERIMAAN DAN KEBERKESANAN MOOC TITAS DALAM PENYAMPAIAN

11 ILMU PERADABAN DI UNIVERSITI AWAM

Adlina Ab. Halim*, Norasyikin Azri, Normala Othman,
Arfah Ab. Majid & Ahmad Nasir Mohd Yusof

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Abstrak

Kaedah penyampaian ilmu merupakan salah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kursus. Selari
dengan perubahan digital di era Revolusi Industri 4.0 ini, transformasi dan inovasi dalam pendidikan memberikan impak yang
positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran terutama bagi kursus yang berunsurkan pengajian ketamadunan dan
peradaban di peringkat institusi pengajian tinggi. Justeru, makalah ini bertujuan untuk meneliti penerimaan dan keberkesanan
terhadap aplikasi MOOC TITAS dalam penyampaian ilmu peradaban di universiti awam. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif dengan menggunakan teknik survei melalui pengedaran instrumen soal selidik secara google form. Seramai 1373 orang
mahasiswa universiti awam (5 zon) terlibat sebagai responden kajian melalui persampelan berkelompok dan rawak mudah. Nilai
Cronbach Alpha bagi bahagian penerimaan dan keberkesanan aplikasi MOOC TITAS ialah 0.947dan 0.972. Dapatan kajian
menunjukkan penerimaan dan keberkesanan terhadap aplikasi MOOC TITAS berada pada tahap yang baik dengan min 4.04 dan
4.06. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perkaitan di antara penerimaan dan keberkesanan aplikasi MOOC TITAS
dalam penyampaian ilmu peradaban di universiti awam dengan nilai signifikan 0.01. Kajian ini merumuskan bahawa aplikasi
MOOC TITAS merupakan salah satu alternatif terbaik bagi penyampaian ilmu peradaban di universiti awam yang
mengadaptasikan konsep e-pembelajaran yang menarik, informatif dan kreatif. Inovasi dan transformasi ini menjadikan proses
pembelajaran ilmu peradaban di universiti awam menjadi lebih aktif, informatif dan interaktif.

Kata kunci: Penerimaan, Keberkesanan, MOOC TITAS, Peradaban

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

02 ETHICS AND CIVILIZATION IN MALAYSIA’S MULTI RACIAL SOCIETY

Amini Amir Abdullah
Mohd. Daud Awang
Nidzam Abdul Kadir
Ahmad Faathin Mohd. Fadzil
Dayang Hazieqa Hamzani

Abstract
This paper is a comprehensive study of one of the important elements and topics in the compulsory course of public universities in
Malaysia, namely Internalization of Ethics and Civilization which was first introduced in 2020. We argue that the concept of
"Bangsa Malaysia" that we aspire will not become a reality if the Malaysian people not focusing on the development of ethics and
civilization which are key features of development and progress. Malaysia has long struggled in its ability to manage ethnic
diversity towards the formation of an integrated and united “Bangsa Malaysia” in a broad sense that encompasses socio-cultural,
socio-economic and socio-politic aspects. This is Malaysia's national agenda that has remained unfinished since Merdeka in 1957.
The fact is that the phenomenon of ethnic diversity is a legacy of British colonialism where Malaysia does not have much choice,
but to accept and manage it as best as possible. Therefore, the formation of a national identity that can unite Malaysians of various
ethnicities is very important for Malaysia. Efforts to form a national identity often collide with a strong ethnic identity in the
society. We need to produce a Malaysian nation that can be united and live in harmony. Unity is the main prerequisite for creating a
peaceful, developed and prosperous Malaysia. We need to foster inter-racial ties and forge stronger unity regardless of religious,
racial and ethnic backgrounds. The fundamental value that must be present in every ethnic group is mutual respect, mutual
understanding and mutual trust in each other attitudes

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

03 ISLAM IN MALAYSIA: FINDING A BALANCE BETWEEN EXOTERIC AND ESOTERIC DIMENSION

Arfah Ab. Majid

12 Abstract

In recent years, Malaysian Muslims seem to have experienced an upsurge in religious awareness and practices. The increasing
religious trends could be seen from the way of dressing especially among the Muslim women such as the wearing of hijab and
niqab; the use of Arabic words to replace the Malay words in daily conversation and greeting such as solat to replace
sembahyang, iftar to replace buka puasa and Eid Mubarak to replace Selamat Hari Raya and the mushrooming of religious
programs and events such as World #QuranHour and Malam Cinta Rasul. Unfortunately, despite these inspiring Islamic
awareness and practices, issues related to morality, crimes, discrimination, corruption and other immoral and unethical conducts
associated with the Muslims are also on the rise. This is due to the fact that what seems to have increased are only the exoteric
dimension of the religion i.e. the exterior rules and regulations and visible practices, not the esoteric part i.e. the interiority and
the spirituality. This paper aims at exploring the phenomenon of the pervasiveness of the exoteric aspect of religion compared
to the esoteric aspect and assessing the consequences of the imbalance between these two dimensions. The display of exoteric
dimensions solely without the insertion of the esoteric part has rendered bad impression and misrepresentation of the true
Islamic teaching. The balance of exoteric and esoteric dimension is crucial in order to preserve the purity and beauty of Islam.

Keywords: Exoteric; esoteric; Islam; Malaysia

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

04 IDEA POLITIK SYEIKH AHMAD AL-FATANI DALAM HISTORIOGRAFI HADIQAT AL-AZHAR WA AL-RAYAHIN

Ahmad Faathin Mohd Fadzil

Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Abstrak
Penulisan sesebuah karya sejarah secara amnya mencerminkan pemikiran, idea dan hasrat seseorang sejarawan dalam usaha
mereka menyampaikan naratif dan maklumat sejarah kepada pembacanya. Sepertimana Ibn Khaldun, Syeikh Ahmad al-Fatani
turut memuatkan sebahagian besar konsep dan naratif pelbagai bidang keilmuan merangkumi politik, fikah, sejarah, akidah,
ilmu kalam, tasawuf dan sebagainya menerusi karya monumentalnya Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin. Oleh yang demikian,
artikel ini berhasrat untuk menganalisis idea politik Syeikh Ahmad al-Fatani dalam kerangka historiografi Hadiqat al-Azhar wa
al-Rayahin sebagai manifestasi kepada falsafah lanturan (digression / istitrad) yang diadaptasikan dalam penulisan karya ini.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis kandungan dan kajian historiografi terhadap kitab Hadiqat al-
Azhar wa al-Rayahin sebagai teks sasaran. Hasil kajian mendapati idea politik Syeikh Ahmad sedikit sebanyak adalah
berdasarkan kepada konsep politik yang digariskan Aristotle dalam hal peribadi seseorang pemimpin. Terdapat 40 perkara atau
panduan digariskan Syeikh Ahmad yang perlu dihayati dan difahami seseorang pemimpin agar pemerintahannya aman dan
makmur. Selain itu, turut digariskan 20 perkara sebagai panduan kepada pembantu pemimpin iaitu para menteri dalam
melengkapkan dan menjalankan semak imbang terhadap sesebuah pemerintahan. Praktikaliti garis panduan ini dipersembahkan
Syeikh Ahmad dalam fasal yang berbeza iaitu apabila beliau membahaskan mengenai sejarah Kerajaan ‘Uthmaniyyah. Oleh
yang demikian, dapat dikenalpasti bahawasanya perletakan konsep politik ini adalah sebahagian daripada manifestasi falsafah
lanturan sebagai penyempurnaan kepada historiografi Hadiqat al-Azhar yang beliau ingin sampaikan kepada anak bangsanya.

Kata kunci: Syeikh Ahmad al-Fatani, Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin, historiografi, pemikiran politik, lanturan, ulama Melayu

27/09/2021

.

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

05 PARTI DOMINAN DAN RAKAN SETARA DALAM POLITIK MALAYSIA: ANALISIS TERHADAP
PENGALAMAN BARISAN NASIONAL (BN) DAN
PAKATAN HARAPAN (PH)

13

Mohd Izani Mohd Zain, Mohd Mahadee Ismail,
Mohd Sabri Md Nor, Hairul Anuar Mak Din

Abstrak
Sejak kemerdekaan, negara diperintah oleh Perikatan dan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh parti tonggak, iaitu
UMNO. Kedudukan UMNO sebagai parti tonggak adalah berasaskan kepada formula perkongsian kuasa dan realiti politik
Melayu sebagai asas kepada politik Malaysia. Fungsi parti tonggak sangat penting kerana ia boleh mengimbangi kedudukan
politik Melayu dengan bukan Melayu yang dapat mewujudkan kestabilan politik yang tempoh masa yang panjang. Namun
begitu, pendekatan parti dominan atau parti tonggak ini disanggah oleh parti pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat (PR) yang
kemudiannya menjadi parti kerajaan melalui penjenamaan semula sebagai Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum
ke-14. PR dan PH berusaha memperkenalkan konsep rakan setara bagi menggantikan konsep parti dominan atau parti tonggak.
Asas pengenalan rakan setara ini adalah bagi mengelakkan dominasi satu-satu parti politik yang boleh membawa kepada amalan
politik berat-sebelah dan tidak adil kepada semua pihak. Walau bagaimanapun, pendekatan rakan setara ini masih gagal
mewujudkan kestabilan politik apabila semua parti mahu menonjolkan kepentingan masing-masing sehinggalah mencetuskan
kemelut politik yang mengakibatkan kerajaan PH jatuh pada Februari 2020. Jangka usia kerajaan PH hanya 22 bulan turut
membuktikan bahawa konsep rakan setara bukanlah model terbaik yang boleh menggantikan konsep parti dominan dalam
politik Malaysia. Artikel ini berusaha untuk menganalisis kedua-dua konsep parti dominan dan rakan setara ini dan amalan
berdasarkan pengalaman dalam BN dan PH dalam konteks politik Malaysia.

Kata kunci: Parti dominan, rakan setara, Barisan Nasional, Pakatan Harapan

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

06 ASPIRASI GOLONGAN BELIA TERPELAJAR TERHADAPTADBIR URUS PEMBANGUNAN
PASCA PRU14 DI MALAYSIA

Mohd Mahadee Ismail, Zatul Himmah Adnan & Mohd Sabri Md Nor

Abstrak
Makalah ini membincangkan tentang aspirasi golongan belia terpelajar terhadap tadbir urus pembangunan pasca Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) di Malaysia. Golongan belia adalah tonggak dan tunjang pembangunan negara pada masa akan datang.
Kejayaan membangunkan golongan belia hari ini menjadi indikator yang secara relatifnya signifikan kepada kejayaan
pembangunan negara pada masa hadapan. Dari itu pandangan dan harapan golongan belia perlu diambil kira dalam apa jua
agenda pembangunan negara yang dirancang, dilaksana mahupun yang ditambah baik. Dengan itu, tujuan utama makalah ini
ialah untuk mengupas tentang aspirasi golongan belia dalam konteks tadbir urus pembangunan yang diberikan perhatian khusus
terhadap belia terpelajar. Bagi mencapai tujuan tersebut, satu kajian telah dilaksanakan dalam kalangan mahasiswa universiti
awam di Semenanjung Malaysia yang melibatkan seramai 800 orang responden. Pendekatan kajian ini adalah melalui teknik
survey menggunakan borang soal selidik yang diedarkan secara bersemuka. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan
bahawa golongan belia terpelajar mempunyai aspirasi yang tinggi terhadap pihak pemerintah pasca PRU14 dalam tadbir urus
pembangunan ke arah yang lebih baik. Berdasarkan statistik lanjut, golongan belia terpelajar ini didapati mendokong nilai-nilai
masyarakat sivil yang mahukan pihak pemerintah melaksanakan tadbir urus pembangunan yang dapat memenuhi keperluan asas
rakyat dan bukannya terpusat pada agenda pemimpin tertentu sahaja. Implikasi kajian ini jelas menunjukkan bahawa golongan
belia terpelajar mempunyai prinsip jati diri yang kuat dalam harapan dan aspirasi untuk melihat penambahbaikan terhadap
pendekatan pemerintahan negara secara holistik dan lebih telus.

Kata kunci: Belia, PRU14, Tadbir Urus dan Pembangunan.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

07 PENDEKATAN PEMERINTAHAN NEGARA-BANGSA DALAM

14 THAMARAT AL-MAHAMMAH KARYA RAJA ALI HAJI

Mohd Mahadee Ismail
Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang pendekatan pemerintahan negara-bangsa cetusan pemikiran
Raja Ali Haji menerusi karya agung terpilihnya Thamarat al-Mahammah. Raja Ali Haji adalah
seorang tokoh ilmuwan Melayu yang banyak melahirkan pandangan kritis melalui pelbagai bentuk
karya kesusasteraan, luahan ilham yang bernas untuk mendorong pemerintah melaksanakan
tanggungjawab pemerintahan berteraskan syariat dan hukum syarak, serta menjadi landasan ke
arah pembentukan sebuah negara-bangsa yang aman, selamat, adil dan sejahtera. Kehebatan Raja
Ali Haji terserlah apabila beliau diangkat menjadi penasihat kepada Yang Dipertuan Muda Riau ke-
8, Raja Ali Raja Jaafar dan telah bekerjasama dengan Yang Dipertuan Muda Raja Ali Raja Jaafar
dalam mewujudkan suasana pentadbiran, pusat pengajian dan pengamalan agama Islam yang
unggul di Kepulauan Riau. Apa yang menarik beliau mempunyai wawasan masa depan yang jauh
melangkaui zamannya khususnya dalam memperbaiki kelemahan bangsa Melayu, mahukan
bangsanya terus berjuang meningkatkan kualiti hidup dari pelbagai sudut pandang. Menerusi karya
Thamarat al-Mahammah, Raja Ali Haji memberikan penekanan terhadap etika dan adab yang perlu
dipatuhi oleh seseorang yang diamanahkan untuk melaksanakan pemerintahan khususnya dalam
menegakkan keadilan berdasarkan hukum syarak. Cetusan pemikiran tersebut menjadi panduan
kepada pemerintahan negara-bangsa di alam Melayu suatu ketika dahulu khususnya di Kepulauan
Riau. Ironinya, ketokohan beliau membawa makna yang cukup mendalam tentang kehebatan
pemikiran ilmuwan tempatan yang setanding dengan para sarjana Barat.
Kata kunci: Raja Ali Haji, Negara-bangsa & Thamarat al-Mahammah.

.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

EKONOMI DAN KEWANGAN

8 IMBANGAN ANTARA MASLAHAT DAN MAFSADAH: PEMBUKAAN EKONOMI DAN KAWALAN PERGERAKAN

Mohammad Nidzam Bin Abdul Kadir

15 Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia

Abstrak
Kes Covid yang meningkat membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana PKP ini menghadkan pergerakan
manusia. Natijahnya adalah kesan negatif kepada perkembangan ekonomi. Ini dapat dinilai dengan kadar pengangguran yang
makin meningkat, permohonan pengeluaran wang KWSP melalui i-sinar dan kerugian syarikat. Kajian ini menganalisa konsep
maslahat dan mafsadah (keburukan). Juga membuat penilaian imbangan antara maslahah dan mafsadah dalam aspek ekonomi
dan kesihatan. Pembukaan semula ekonomi adalah maslahat namun mempunyai mafsadah terhadap aspek kesihatan. PKP
mempunyai maslahat dalam mengawal kes Covid namun mempunyai mafsadah dalam aspek ekonomi. Hasil kajian ini
mendapati bahawa perlu ada imbangan antara maslahat dan mafsadah dalam aspek ekonomi dan kesihatan.

Kata kunci : maslahat, mafsadah, perintah kawalan pergerakan, pembukaan ekonomi

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

9 BAHASA DAN BUDAYA POLITIK: VARIASI ISTILAH DALAM HEGEMONI KUASA

Nidzam Sulaiman
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan

Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia.

Abstrak
Hubungan bahasa dan budaya ternyata erat, sukar dipisah dan saling mencermin sifat yang satu kepada yang lain. Penggunaan
istilah dalam politik juga mencerminkan budaya politik masyarakat dan struktur kuasa yang terdapat di dalamnya serta darjah
kebebasan yang dimiliki orang ramai. Dengan itu kebijaksanaan pemimpin boleh dilihat dalam penggunaan bahasa serta
pemilihan istilah dalam ucapan, pidato mahupun untuk media serta warta rasmi. Dengan autoriti yang dimiliki sang penguasa
menguasai media dan tidak setakat itu tetapi berkuasa mempengaruhi media untuk menggunakan istilah tertentu yang boleh
memberi kesan kepada pengukuhan kuasa. Perbincangan akan cuba menjelaskan bagaimana istilah tertentu secara sengaja
dipilih dan dimanipulasi secara meluas bagi mencerminkan penguasaan dan hegemoni politik sang penguasa dan ia berlaku
secara senyap tanpa disedari masyarakat awam. Sebagai contoh selama ini penggunaan istilah ‘orang ramai’ dan ‘masyarakat’
adalah lazim bagi merujuk kepada masyarakat atau public, tetapi sedekad yang lalu media perdana mula mempopularkan istilah
‘rakyat’. Orang ramai atau pengguna pula menurut sahaja kemudian, tanpa menyelami istilah rakyat secara asalnya
menggambarkan masyarakat yang lebih feudal yang merujuk khusus hubungan ‘raja dengan rakyat’. Sudah tentu hubungan
kuasanya berbeza yang sarat dengan lambang kesetiaan, keakuran, kedudukan hak yang subordinat dan tingkat kebebasan yang
berbeza. Media perdana yang dikuasai secara perlahan-lahan memperkukuh penggunaan istilah ini hingga orang ramai turut
menggunakannya tanpa menyedari ia hanya meletak kedudukan mereka yang semakin dikuasai. Kajian ini dilakukan secara
pemerhatian khusus kepada media perdana dan sosial serta juga temubual informal dengan pakar bahasa dan akhirnya
mendapati bahasa tidak sahaja menjadi alat perhubungan tetapi boleh juga menjadi alat hegemoni sang penguasa terhadap orang
ramai.

Kata kunci : Hegemoni, Budaya Politik, Kuasa, Rakyat, Media

27/09/2021

.

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

10 FALSAFAH SEJAHTERA DALAM LOGOTERAPI VIKTOR FRANKL

Ratna Roshida Ab Razak (Dr, Prof. Madya)
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan

Fakulti Ekologi Manusia

16 Universiti Putra Malaysia.

Abstrak

Makalah ini bertujuan untuk menilai falsafah sejahtera yang tersirat dalam teori Logoterapi Viktor E. Frankl. Prinsip asas yang
terdapat di dalam kedua aspek ini iaitu falsafah sejahtera dan Logoterapi dikupas secara terperinci bagi mencari penjelasan
setiap satunya dan elemen persilangan yang wujud antara keduanya. Fokus utama perbincangan ini ialah pada prinsip utama
dalam Logoterapi iaitu makna, tujuan dan nilai hidup dan bagaimana persilangan yang wujud dalam falsafah sejahtera. Intipati
yang terdapat dalam teori Logoterapi telah dikenalpasti berada di atas landasan yang sama dengan ajaran Islam. Sehubungan
dengan itu, makalah ini juga memberi laluan baru untuk membina pengetahuan tentang falsafah sejahtera yang merupakan nilai
induk yang ada dalam masyarakat Malaysia, khususnya pada bangsa Melayu dengan mengenegahkan kepentingan falsafah
sejahtera dalam pembangunan manusia yang menekankan tentang persoalan makna, tujuan dan nilai, khususnya untuk
memenuhi dua peranan hakiki manusia yang diterjemahkan melalui peranannya dalam pembinaan tamadun. Dengan
menggunakan kaedah analisis tekstual, makalah ini akhirnya akan menjelaskan bagaimana pengembangan domain
kebolehgunaan logoterapi sebagai satu teori yang menyediakan laluan untuk mencapai kefahaman yang lebih mendalam tentang
falsafah sejahtera kepada setiap individu, tentang keberadaan dan peranan yang seharusnya dimainkan. dan diaplikasikan dalam
kehidupan seharian bagi mencapai keberhasilan yang diharapkan iaitu satu kehidupan yang sejahtera.

Kata Kunci: Falsafah sejahtera, Logoterapi, Makna, Tujuan, Nilai Hidup

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

11 NILAI INTEGRITI KEPIMPINAN POLITIK MALAYSIA: ISU DAN CABARANNYA DALAM
PENTADBIRAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

Mohd Sabri Md. Nor, Mohd Mahadee Ismail, Mohd Izani Mohd Zain & Murni Wan Mohd Nor

Abstrak
Umumnya, kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa selama 61 tahun di peringkat Persekutuan pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-2018) kepada Pakatan Harapan (PH) dikaitkan dengan isu integriti dalam kalangan pemimpin
terutamanya daripada parti UMNO. Justeru, rakyat telah memberi mandat baru kepada Pakatan Harapan (PH) yang dilihat
mampu menyelamatkan Malaysia dengan membawa negara ke arah yang lebih baik. Perubahan pemerintahan daripada BN
kepada PH menandakan satu era baharu dalam landskap politik Malaysia sehingga wujudnya satu slogan ‘Malaysia Baharu’.
Namun begitu, bagi menjayakan aspirasi dengan bentuk kepemimpinan dan pemerintahan negara yang lebih telus, bersih dan
berintegriti, pentadbiran kerajaan PH hanya dapat berpeluang memerintah selama 22 bulan sebelum digantikan dengan
pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 1 Mac 2020. Ironinya, pertukaran kerajaan daripada BN kepada Pakatan
Harapan dan seterusnya Perikatan Nasional telah memberi peluang kepada semua parti politik untuk menjadi sebahagian
daripada kerajaan. Pada masa kini di bawah pentadbiran kerajaan PN, menerapkan budaya integriti yang tinggi adalah isu yang
perlu menjadi keutamaan sekiranya PN tidak mahu dihukum oleh rakyat pada pilihan raya akan datang. Dengan kata lain, di
bawah pentadbiran kerajaan PN, nilai integriti kepimpinan politik Malaysia seharusnya lebih baik kerana harapan rakyat
terhadap pemerintahan yang berlandaskan prinsip integriti adalah tinggi. Pada masa sama, menjadi iktibar bagi semua pihak
agar tidak memandang ringan isu integriti dalam segala tindakan. Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, semestinya
perlu kepada pemimpin politik yang beintegriti bagi memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan dan ditegakkan. Melihat
kepada senario dan perkembangan nilai integriti kepimpinan politik Malaysia pada masa kini, persoalan utama yang timbul
adalah (1) sejauh manakah nilai integriti wujud dalam kepimpinan politik Malaysia? (2) Apakah isu-isu integriti yang berlaku
dalam kepimpinan politik Malaysia dan (3) apakah cabaran yang dihadapi bagi membudayakan integriti dalam kalangan
pemimpin politik? Justeru itu, objektif penulisan ini adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan yang telah
diketengahkan.

Kata kunci: Integriti, Politik berintegriti, Kepimpinan politik, Politik Malaysia, Perikatan Nasional

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ETNISITI DAN KEPELBAGAIAN

12 PERANAN DAN KEPENTINGAN INSTITUSI MASJID KATANNING DALAM KELANGSUNGAN
IDENTITI MASYARAKAT MELAYU COCOS DI AUSTRALIA BARAT

17 Sri Rahayu Ismail, UPM
Awang Azman Awang Pawi, UM
Maizira Abdul Majid, UM

Abstrak
Masyarakat Melayu Cocos merupakan kelompok Melayu Diaspora yang kini bermastautin di beberapa daerah di Australia Barat
setelah berhijrah dari Pulau Cocos dan Pulau Krismas. Pada tahun 1827, mereka dibawa ke Pulau Cocos dari Tanah Melayu,
Singapura, Pulau Jawa dan kepulauan lain di Indonesia serta Papua New Guinea dan Afrika Selatan oleh peniaga Bristish dari
Scotland, untuk memenuhi keperluan sebagai tenaga buruh yang diperlukan di Pulau Cocos. Pada awal tahun 1970-an, berlaku
perpindahan secara besar-besaran masyarakat ini dari Pulau Cocos ke penempatan baharu di Australia Barat khususnya di
Katanning yang merupakan penempatan terbesar masyarakat Melayu Cocos di Australia Barat. Kini setelah lebih empat dekad
bersosialisasi dengan masyarakat tempatan, persoalan yang timbul, adakah masyarakat Melayu Cocos ini mampu untuk
mempertahankan budaya Melayu-Islam yang menjadi identiti kelompok mereka? Bagaimanakah sikap mereka untuk
mengekalkan budaya Melayu-Islam ini? Persoalan-persoalan tersebut cuba dirungkaikan dengan memfokuskan kepada
kedudukan dan peranan institusi Masjid Katanning. Masjid merupakan institusi terpenting dalam masyarakat Islam. Masyarakat
setempat merupakan keutamaan terbinanya sesebuah masjid. Masjid Katanning dengan organisasinya yang teratur telah dibina
atas semangat dan iltizam masyarakat setempat telah menjadikannya pada hari ini sebagai institusi yang sangat signifikan dalam
kelangsungan masyarakat Melayu Cocos. Ianya bukan sahaja berfungsi sebagai rumah ibadah semata-mata, malah telah menjadi
tempat untuk masyarakat Melayu Cocos menjalani aktiviti sebagai pusat pendidikan, pusat pentadbiran komuniti dan pusat
aktiviti sosial. Malah Masjid Katanning telah memainkan peranan yang cukup penting sebagai institusi yang paling berkesan
dalam konteks komunikasi silang budaya. Dengan adanya masjid ini, masyarakatnya boleh mempraktiskan serta menghayati
ajaran Islam walaupun mereka merupakan golongan minoriti di Australia Barat. Hal ini telah menjadikan Masjid Katanning
sebagai platform terpenting dalam menjamin kelangsungan identiti dalam kalangan masyarakat Melayu Cocos.

Kata kunci : Melayu Diaspora, institusi masjid, identiti, kelangsungan.

ETNISITI DAN KEPELBAGAIAN

13 MALU MELAKUKAN PERBUATAN TIDAK BERMORAL DALAM KALANGAN REMAJA MELAYU DAN CINA

Zarina Muhammad
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM

[email protected]

Abstrak
Setiap bangsa dan agama khususnya Melayu dan Cina dikesan menjadikan sifat malu sebagai sebahagian daripada karakteristik
pembendung daripada melakukan tingkahlaku yang salah dan tidak bermoral di sisi masyarakat mereka. Namun begitu statistik
masalah moral termasuklah perbuatan jenayah dalam kalangan remaja yang semakin meningkat dan menggerunkan saban tahun
secara tidak langsung menunjukkan sifat malu dalam melakukan perbuatan tidak bermoral dalam masyarakat sudah semakin
terhakis.Justeru itu kajian ini bertujuan bagi mengesan tahap sifat malu remaja Melayu dan Cina dalam melakukan perbuatan
tidak bermoral. Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan ini akan menumpukan kepada remaja Melayu dan Cina dari empat
daerah tertinggi peratusan keterlibatan belia dalam tingkahlaku devian di Selangor mengikut pemetaan yang dilakukan terhadap
belia Malaysia. Daerah tersebut adalah daerah Petaling, Ulu Langat, Kelang dan Gombak.

Kata kunci: Malu; Perbuatan tidak bermoral; Remaja; Melayu; Cina

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

14 A STORY OF NATIONAL TRANSFORMATION POLICY: THE VIEWPOINT OF KLANG VALLEY’S COMMUNITY

Zatul Himmah Adnan, Haslinda Abdullah, Siti Rahah Harun,

18 Alia Shuhada Marjuni, Wan Nor Azilawanie Tun Ismail

Abstract

National Transformation Policy (NTP) was one of the major policies introduced by the sixth PM, Dato Seri Najib Tun Razak
(2009-2018). The policy started in 2011 and planned to execute until 2020 under the Tenth and Eleventh Malaysian Plan. The
policy aimed at taking Malaysia out of the middle-income trap and drive the country to be a high-income economy by 2020.
Few studies and official annual reports highlighted the success and positive achievement of various programmes under the
transformation policy. However, how the community, especially the urban community perceived the programmes? Did the
community aware of all the offered programmes? Were all the programmes delivering well to the target group? Identifying the
community's opinion on any policy is crucially important as part of assessing the policy delivery and implementation. Whilst
the policy ended with the end of the Barisan Nasional government, the assessment of the policy remains important for a policy
lesson. This article aims to share some viewpoints of the Klang Valley community towards the 16 programmes under the NTP.
This study was conducted in 2018 involved two phases of data collection i.e. six interviews and a survey using questionnaires
with 450 respondents from four districts of Klang Valley. The data shows that some community received well some
programmes, whereas a significant number of respondents were not aware of the existence of some of the programmes. Despite
having some good programmes, the government might fail to fully utilise the government machinery to reach the community in
delivering the programmes.

FALSAFAH DAN KETAMADUNAN

15 PERBAHASAN TENTANG FALSAFAH EPISTEMOLOGI ILMU DAN PEMBAHAGIANNYA

Dr Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Abstrak
Universiti Awam mula memperkenalkan dua kursus baharu bagi mengantikan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau
singkatannya TITAS dan Kursus Hubungan Etnik. Kursus Falsafah dan Isu Semasa bagi mengantikan kursusTITAS dan Kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban bagi mengantikan Kursus Hubungan Etnik. Kedua-dua kursus baharu ini mula diperkenalkan
pada sesi 2019/2020. Kursus ini meliputi perbahasan tentang hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Rukun Negara dalam menjelaskan isu-isu semasa termasuk perbahasan berkaitan aliran pemikiran utama dan perbandingan
falsafah sebagai asas bagi menjalinkan dialog antara budaya. Antara tajuk-tajuk yang menjadi keutamaan dalam kandungan
kursus Falsafah dan Isu Semasa ini, seperti Pengenalan Ilmu Falsafah, Falsafah Dalam Kehidupan,Seni Dan Kaedah Berfikir,
Konsep Insan,Hubungan Insan,Sistem Metafizik,Epistemology, Epistemology Dan Isu Semasa ,Etika Sebagai Isu Kefalsafahan,
Analisis Isu Semasa, Ideologi Dan Dekolonialisasi. Artikel ini akan memfokuskan perbahasan berkaitan dengan falsafah
epistemologi ilmu dan pembahagiannya meliputi juga ontologi dan axiologi. Berdasarkan tajuk di atas, apa yang menjadi fokus
perbahasan ini adalah melakukan penyelidikan berkaitan persoalan-persoalan tentang definisi dan maksud ‘epistemologi’,
sumber ilmu, kaedah perolehan ilmu, kebenaran ilmu, jenis dan klasifikasi ilmu serta sejarah awal pengembangan ilmu. Kajian
ini bertujuan untuk : 1. menghuraikan konsep dan makna epistemologi ilmu berdasarkan pandangan sarjana Barat dan Islam dan
2. menghuraikan pembahagian epistemologi ilmu serta pengembangan epistemologi ilmu. Manakala kaedah atau metodologi
penyelidikan ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif, melalui penyelidikan perpustakaan (library research), iaitu dengan
meneliti dan mendalami bacaan terhadap bahanbahan perpustakaan yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan ilmiah ini.
Sumber perpustakaan untuk kajian ini diambil daripada sumber jurnal, buku, manuskrip, tesis, makalah, laporan penelitian, dan
lain-lain. Sumber primer pengkaji adalah hasil-hasil penelitian atau tulisan-tulisan karya penyelidik lepas atau teori yang
dihasilkan penyelidik terdahulu dan juga menggunakan sumber sekunder. Penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data
dalam penyelidikan ini menggunakan teknik dokumentasi, iaitu mendapatkan bahan-bahan bacaan di perpustakaan yang
berkaitan dengan tajuk pembahasan yang dikehendaki.Proses pencarian data dilakukan dengan melakukan kajian terhadap
buku-buku dan juga sumber internet antaranya Google Scholar, Scopus yang berkaitan dengan tajuk kajian.

Kata kunci : perbahasan, falsafah, epistemologi ilmu, pembahagian

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ETNISITI DAN KEPELBAGAIAN

16 CHINESE’S PERSPECTIVE TOWARDS MALAYSIAN NATIONAL IDENTITY: A COMPARISON OF CHINESE
COMMUNITIES IN KLANG VALLEY AND KOTA BAHRU

19 Lee Yok Fee, Ku Hasnita Ku Samsu, Mohd Mahadee Ismail, Zatul Himmah Adnan and Siaw Bing

Department of Government and Civilization Studies, Faculty of Human Ecology, University Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Abstract
The issue of national identity is always important in nation building, particularly in a multi-ethnic society likes Malaysia. What
is Malaysian’s priority in their self-identification, whether to emphasize on own ethnic interest or country’s? This is a frequent
argued question in the discourse of national identity and unity. Some previous studies show that different ethnic groups have
different perspectives on the meaning of national identity in Malaysia. Therefore, the researchers conducted an intra-ethnic
study and tried to understand how different Chinese communities understand the meaning of the national identity and its
characteristics. By employing a qualitative approach, the data were collected by using Nominal Group Technique (NGT). A total
of sixteen Chinese Malaysians were recruited and participated in the two sessions of data collection which were conducted in
Klang Valley and Kota Bharu respectively. The findings reveal the informants from both groups shared similar idea regarding
the definition of national identity, which the aspect of citizenship is their main concern. For the characteristics of Malaysian
national identity, the informants from both communities also shared the agreement that characteristics such as friendly,
respectful, and helpful among ethnics should be the most significant element. To them, without the element, disunity would
occur and not only destroys the good relationship among the people but also brings tragedy to the country.

Key words: National identity; Chinese in Malaysia; national unity; Nominal Group Technique; characteristics of national
identity

ETNISITI DAN KEPELBAGAIAN

17 PENDEKATAN DAN CABARAN DALAM PEMINDAHAN PENGETAHUAN PERIBUMI DARI PERSPEKTIF
MASYARAKAT DUSUN DAN BAJAU DI KOTA BELUD, SABAH

Anis Amalina Adam, Normala Othman*, Adlina Ab. Halim
Jabatan Pengajian Kenegeraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang,

Selangor, Malaysia
Emel: [email protected], *Penulis koresponden: [email protected], [email protected]

Abstrak
Makalah ini membincangkan mengenai pemindahan pengetahuan peribumi berkaitan kelestarian alam sekitar dalam kalangan
masyarakat Dusun dan Bajau di Kota Belud, Sabah. Pengetahuan peribumi merupakan satu set pengetahuan yang dimiliki oleh
sekumpulan masyarakat peribumi. Ciri utama pengetahuan peribumi adalah sifatnya yang menyeluruh, merangkumi pelbagai
rangkaian ilmu antaranya alam sekitar, pertanian, perubatan dan perhutanan. Pengetahuan peribumi dapat disifatkan sebagai
pengetahuan tersirat dan diwarisi dari generasi ke generasi melalui tradisi lisan dan tindakan. Secara tradisi, pemindahan
pengetahuan peribumi berlaku melalui cerita-cerita dongeng, lagu dan tarian tradisional, mitos, dan ritual. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk meneroka perspektif masyarakat Dusun dan Bajau dalam pemindahan pengetahuan peribumi di Kota
Belud. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan teknik temu bual semi struktur dalam pengumpulan data kajian.
Kajian ini melibatkan enam orang informan dari beberapa buah kampung di daerah Kota Belud, Sabah. Data kajian
kemudiannya dianalisis secara tematik menggunakan perisian komputer Nvivo 8. Dapatan kajian ini mendapati bahawa
masyarakat Dusun dan Bajau mengambil pelbagai pendekatan dalam pemindahan pengetahuan peribumi seperti menjalinkan
kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan, menguatkuasakan hukum adat, menjalankan pertunjukan budaya, dan peranan ibu
bapa. Dapatan kajian turut menunjukkan halangan yang dihadapi oleh masyarakat Dusun dan Bajau dalam usaha pemindahan
pengetahuan peribumi seperti perubahan sistem ekonomi tradisi, pertukaran agama, hubungan dengan masyarakat luar, dan
kekurangan inisiatif daripada organisasi peribumi. Akhir sekali, kajian ini merumuskan dengan mengusulkan cadangan
berkenaan pengurusan pengetahuan peribumi yang menyokong usaha pelestarian alam sekitar.

Kata kunci: Bajau, Dusun, pemindahan pengetahuan, pengetahuan peribumi

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

FALSAFAH DAN KETAMADUNAN

18 AN OUTLINE OF FAZLUR RAHMAN’S ISLAMIC ETHICS:
A CRITICAL ANALYSIS OF A NEO-MODERNIST PROJECT IN THE 20TH CENTURY

Muhammad Syafiq Bin Borhannuddin

20 Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM)
[email protected]

Abstract
In 20th century scholarship and discourse on Islamic philosophy or Islamic thought, Fazlur Rahman (1911-1988) was a
noteworthy participant from the neo-Modernist strand of thought. Yet, a critical analysis on the thrust of his thought—chiefly,
ethics and morality—have escaped the detailed scrutiny of past researchers. Thus this article aims to provide a systematic
presentation and analysis of Fazlur Rahman’s stance on ethics vis-à-vis other schools of thought in the intellectual and spiritual
tradition of Islam, and reasons for adopting such stance. By attempting to situate his ideas in the history of intellectual tradition
of Islam (or history of ideas), the article brings into light the similarities and differences of his exposition in relation to
authoritative Muslim theologians, metaphysicians and philosophers. Drawing from Fazlur Rahman’s books, published and
unpublished articles, letters and proposals to Muslim governments, this study attempts to better understand his ethical system
derived from the Qur’an, and its relationship with the practical domains of education, economy, politics, and medicine. While
this study complements previous studies and furthers the inquiry, it parts ways in several directions. First, it gives greater
treatment and attention to the central concerns of Fazlur Rahman on ethics in all of his main books and articles, which has not
received been scrutinized systematically. Second, while taking the broader intellectual, social and historical contexts into
consideration, this study mainly examines the conceptual and practical dimensions of Fazlur Rahman’s discussions, which have
hitherto not been examined at length. Third, it examines Fazlur Rahman’s judgements on the various strands of schools of
thought, which would shape his own stance ethics. Finally, a critical evaluation of the neo-modernist project of Fazlur Rahman
in the context of restoring the soul of civilization will be presented.

Keywords: Islamic Philosophy, Ethics, Education, Economic Principles & Justice, Political Principles, Health & Medical Ethics

ISU SEMASA BERKAITAN

19 PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN INSTRUMEN NARATIF NEGARA BANGSA BERASASKAN NARATIF
BANGSA INTEGRASI DAN NARATIF MALAYSIAN MALAYSIA

Mohd Sobhi Ishak1 (Penulis Koresponden: [email protected])
Mansor Mohd Noor, Pue Giok Hun, Beh Sang How

Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Abstrak

Naratif Negara Bangsa berdepan pergelutan takrifan konsep sejak sekian lama dalam usaha membentuk hubungkait bangsa dan negara.
Pengungkapan idea dan perbahasan konsep masih berterusan di mana pelbagai pihak mengusulkan Naratif Negara Bangsa mengikut acuan dan
perspektif masing-masing. Artikel ini tidak memfokuskan kepada perbahasan konsep Naratif Negara Bangsa, tetapi bergerak selangkah ke hadapan
melalui usaha membangun dan menguji instrumen pengukuran Naratif Negara Bangsa berdasarkan pencirian daripada Naratif Malaysian Malaysia
dan Naratif Bangsa Integrasi. Sebanyak 18 item soalan dibentuk meliputi kedua-dua naratif dalam konteks identiti anak watan, ekonomi, pendidikan,
undang-undang, kebajikan rakyat dan pasaran. Kajian tinjauan menggunakan borang soal selidik dikemukakan kepada 585 responden yang dipilih
secara cabutan rawak dari satu Kawasan Rukun Tetangga setiap negeri dan Wilayah Persekutuan. Ujian analisis faktor penerokaan diaplikasi untuk
menentukan pembentukan faktor berdasarkan cerapan data. Hasil analisis mendapati dua faktor terbentuk iaitu Naratif Bangsa Integrasi (8 item,
pemuatan faktor (0.528-0.759, alfa cronbach=0.849) dan Naratif Malaysian Malaysia (8 item, pemuatan faktor (0.657-0.744, alfa cronbach=0.848).
Kajian ini diinovasi dengan menjalankan pengujian analisis faktor pengesahan kepada kedua-dua naratif mengikut pecahan etnik Melayu, Cina, India
dan Bumiputera Sabah & Sarawak. Hasil analisis memperolehi dapatan lebih menarik yang memperlihatkan arah sokongan etnik sebenar kepada
naratif berbeza. Semua etnik didapati telah terbuka menerima elemen kedua-dua naratif. Walau bagaimanapun, etnik Melayu dan Bumiputera Sabah
& Sarawak kekal cenderung mempertahankan elemen identiti anak watan serta mendapat sokongan etnik Cina dan India dalam Naratif Bangsa
Integrasi. Kebebasan bersuara, pendidikan dan bantuan kepada golongan miskin adalah tiga elemen penting yang disepakati oleh semua etnik untuk
diuruskan oleh pemerintah negara. Kesimpulannya, instrumen Naratif Negara Bangsa ini memperlihatkan kecenderungan rakyat memilih kombinasi
elemen yang akan memberi manfaat kepada semua bukan lagi berkisar kepada mana-mana etnik tetapi kepada nilai-nilai sepunya. Instrumen ini akan
melalui beberapa siri kajian lanjutan sebelum menjadi instrumen pengukuran Naratif Negara Bangsa yang baik.

Kata kunci : Naratif Negara Bangsa, Naratif Malaysian Malaysia, Naratif Bangsa Integrasi, Analisis Faktor, Etnik

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

20 DOKTRIN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: TINJAUAN PENGUASAAN DALAM KALANGAN
MAHASISWA MUSLIM DI NEGERI JOHOR

21

Shakila Ahmada, Farahwahida Mohd Yusofb, Sharifah Khadijah Syed Abu Bakara,
Ahmad Sharifuddin Mustaphaa, Mohd Hisyam Abdul Rahima, Faisal Husen Ismaila
Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Ko-Kurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja,

Batu Pahat, Johor
bPusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor

Email koresponden: [email protected]

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan mahasiswa terhadap doktrin akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pengukuran dibina berdasarkan kandungan akidah yang telah disusun oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari dan Imam Abu Mansur
al-Maturidi. Aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah tidak asing dalam kalangan umat Islam di Malaysia dan telah dijadikan
dasar dalam penggubalan kurikulum pendidikan dan pengajaran akidah di Malaysia. Mahasiswa Islam telah melalui fasa
pendidikan dan pengajaran akidah yang panjang dari pra sekolah, sekolah rendah dan menengah. Maka menjadi keperluan
untuk diukur penguasaan mereka terhadap doktrin akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah agar kesinambungan pendidikan dan
pengajaran akidah yang lebih sesuai dan berkesan di peringkat universiti dapat dilaksanakan. Justeru kajian ini dijalankan
dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrument soal selidik bagi mencapai objektif kajian. Seramai 236 orang
pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di negeri Johor terlibat dalam kajian ini. Analisis kekerapan peratus dan min
digunakan bagi menganalisa data kajian. Tiga komponen besar dalam pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu ilahiyat
(ketuhanan), Nubuwwat (kenabian) dan ghaibiyat (perkara ghaib) telah dijadikan panduan dalam pembinaan item soal selidik.
Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik dan diedarkan melalui platform google form. Hasil kajian
menunjukkan secara keseluruhan penguasaan pelajar terhadap pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berada pada tahap
sangat tinggi (min=4.504). Bagaimanapun terdapat lima item yang menujukkan penguasaan berada di tahap tinggi (min antara
3.41 – 4.20) yang melibatkan empat komponen ilahiyyat dan satu komponen ghaibiyyat. Ini menunjukkan terdapat segolongan
mahasiswa yang perlu diberikan penerusan pendidikan dan pengajaran bagi meningkatkan penguasaan terhadap beberapa item
penting dalam pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hasil kajian ini dijangka dapat memberi maklumat kepada pihak
yang melaksanakan program pemantapan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan mahasiswa agar modul yang
dibangunkan lebih mantap dan berfokus.

Kata kunci: Akidah, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Al-‘Asya’irah, al-Maturidiyah

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

21 THE INFLUENCE OF SCIENTIST ENGAGEMENTS IN THE ISSUANCE OF HALAL FATWA IN MALAYSIA

Mohd Daud Awang, Muhamad Miziazam Yahya
Mohd Kamal Azmah Jusoh, Kamarulzaman Ismail,
Amini Amir Abdullah and Nur Bahirah binti Baharum

.
Abstract
This article is regarded as the collaboration between the scientist and fatwa management in handling halal products issues in
Malaysia. This study has analysed the statements of Muzakarat in halal issues in terms of science matters. Science experts are
participating in the Committee of the National Fatwa Council (NFC). Scientists are responsible to research the product in the
science lab. Their roles include the permissibility of DNA in food, the consumption of fish oil, and other significant
consumerism issues. This study used the qualitative method, by referring to files or documents, journals, and interviews. This
study found that the fatwa has been made by referring to not only the fiqh but also the science information obtained through the
lab work.

Keywords: Scientist, National Fatwa Committees, Halal Fatwa.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

POLITIK, KENEGARAAN DAN KERAJAAN

22 PENGARUH PEMBENTUKAN KERJASAMA POLITIK PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DI MALAYSIA

Nur Ayuni Mohd Isa, Zaid Ahmad, Ahmad Tarmizi Talib, Jayum Jawan

22 Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,

Fakulti Ekologi Manusia,
Universti Putra Malaysia

Abstrak
Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem pelbagai parti yang mana tiada satu parti pun mampu
untuk membentuk kerajaan pemerintah secara bersendirian. Oleh itu, parti-parti politik memerlukan kerjasama politik untuk
membentuk kerajaan pemerintah. Penyertaan PAS dalam menjalin kerjasama politik juga tidak terkecuali. PAS telah
menjalinkan kerjasama politik dengan pelbagai parti yang berbeza dasar dan latar belakang sebanyak lima (6) kali bermula
dengan BN, HAK, APU, BA dan PR, MN, dan PN dari tahun 1974 hingga terkini 2021. Oleh itu, objektif kajian ini adalah
untuk menjelaskan pengaruh terhadap pembentukan kerjasama politik PAS. Kaedah analisis kandungan dan analisis
perbandingan berasaskan kualitatif digunakan hasil daripada data temubual mendalam dengan pemimpin utama PAS, UMNO,
PKR, dan DAP dan teks-teks Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan dari tahun 1974 hingga 2020. Dapatan
kajian ini menunjukkan proses kerjasama politik PAS adalah melalui rundingan berasaskan titik pertemuan dan matlamat
bersama. Kajian ini membuktikan tingkahlaku politik PAS terhadap pembentukan kerjasama politik yang disertainya adalah
berasaskan tiga pertimbangan utama iaitu pertama, pertimbangan dasar (policy seeking) yang dibuktikan apabila PAS
menjalankan kerjasama politik untuk mencapai matlamat dasar partinya melaksanakan negara Islam dan hukum-hukum Islam
dalam pentadbiran negara. Kedua, adalah berasaskan pertimbangan untuk mendapatkan kuasa (office seeking) dan dibuktikan
dengan matlamat untuk menumbangkan kerajaan pemerintah BN dan PH, perebutan jawatan dalam kabinet di antara PAS dan
parti komponen lain, serta beberapa pemanfaatan yang diambil daripada perpecahan parti lawan. Ketiga, pertimbangan
sosiologikal iaitu perubahan konteks semasa dan masyarakat massa. Apa yang jelas dengan penemuan ini, kajian ini
menyumbang kepada khazanah ilmu politik, iaitu dengan menjelaskan pengaruh terhadap keputusan yang dibuat oleh sesebuah
parti politik dalam tindakan kerjasama politik.

Kata kunci: kerjasama politik, pengaruh, parti politik, PAS

POLITIK, KENEGARAAN DAN KERAJAAN

23 POLITICAL COMMITMENT FOR DEVELOPMENT INITIATIVES IN ADAMAWA STATE, NIGERIA:
A LITERATURE REVIEW

Mohammed C. Abubakar, Adlina Ab. Halim, Mohd Izani Mohd Zain,
Murni Wan Mohd Nor

Department of Government and Civilisation Studies, Faculty of Human Ecology, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

In the context of the role of politics in development, researchers have generally accepted that the political commitment of governments and other key
stakeholders is significant for the success or failure of development initiatives. However, what elements indicates the presence, extent or absence of
stakeholders’ commitment remains a subject of debate among students of politics. Consequently, political and interdisciplinary researchers hold
differing views over indicators/criteria for measuring political commitment hence, the existence of numerous frameworks. The objective of the
review is to synthesize ideas, highlight significant contributions, and identify gap(s) and consistencies in the body of literature on existing indicators
in order to improve the framework for measuring stakeholders’ commitment for development initiatives in heterogenous contexts such as Adamawa
state, Nigeria. This paper conducted a narrative review of the literature on existing efforts at measuring political commitment. Based on the
components identified by the review, this study proposes an additional element to assist researchers in studying political commitment in the context
of redressing problems generated by religious and cultural factors. The review identified several frameworks developed to measure political
commitment to reform agendas focusing on different but in some cases, related elements of commitment, such as, the Stakeholder Analysis and
Political Strategy Design, the Brinkerhoff Framework, and the PCOM-RAT Model. These measurement frameworks differ in terms of applicable
methods, intended use, and contextual relevance. The existing indicators of political commitments are suitable for multiple purposes such as
development research, policy evaluation and advocacy. However, this study posits that political commitment to redressing a perceived problem that
was produced and is sustained by some religious and cultural beliefs in heterogenous settings will not be adequately measured without expanding
existing indicators.

Keywords: Development; Indicators; Political Commitment; Political Will; Reform; Stakeholders.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

DAKWAH DAN KEMASYARAKATAN

24 PERBANDINGAN AGAMA UNTUK DAKWAH: KONSEP DAN PRINSIP

Dr. Mohd Faizal Abdul Khir

23 Abstrak.

Artikel ini membincangkan tentang konsep dan prinsip ilmu perbandingan agama bagi tujuan dakwah. Ia bertujuan untuk
menjelaskan konsep dan prinsip bagi ilmu ini sebagai suatu disiplin khusus yang merupakan gabungan antara prinsip
perbandingan agama dan prinsip dakwah. Perbahasan dimulakan dengan latar belakang berkaitan perbandingan agama dan
dakwah sebagai disiplin yang tersendiri. Ia diikuti dengan perbahasan-perbahasan tentang konsep dan prinsip bagi perbandingan
agama bagi tujuan dakwah. Penelitian adalah berasaskan kepada metode analisis deskriptif, induktif dan komparatif. Manakala
data dikumpul melalui metode perpustakaan. Dapat disimpulkan bahawa perbandingan agama bagi tujuan dakwah mempunyai
konsep dan prinsip tersendiri dibandingkan dengan ilmu perbandingan agama dan dakwah yang memberikan laluan yang amat
jelas bagi pewujudan sebuah bidang ilmu yang tersendiri.

Kata kunci : Perbandingan Agama, dakwah, konsep, prinsip, pengetahuan

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

25 PENGAMALAN SOLAT FARDU DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA
MAHKOTA

Nor Aini Salleh1 & Adlina Ab. Halim*2

1 Kolej Profesional Mara (KPM), Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
2 Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Abstrak
Solat merupakan ibadah paling utama berbanding ibadah lain dalam kehidupan muslim. Menunaikan solat fardu merupakan
kewajipan bagi menegakkan agama dalam diri individu muslim. Solat yang sempurna menjauhkan manusia daripada perbuatan
keji dan mungkar. Meninggalkan solat fardu mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada kehidupan individu dan
masyarakat. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan tahap pengamalan solat fardu dalam
kalangan pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan teknik survei
melalui pengedaran borang soal selidik. Persampelan menggunakan persampelan rawak mudah yang melibatkan seramai 320
orang responden dalam kalangan pelajar Kolej Profesional MARA Indera Mahkota. Data dianalisis secara diskriptif untuk
mendapatkan nilai min, frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan pelajar terhadap kepentingan
solat adalah tinggi manakala tahap pengamalan solat fardu pelajar masih di tahap sederhana. Kajian mencadangkan agar
ibubapa, kawan, guru dan rakansebaya agar memainkan peranan untuk sentiasa memantau, mengawasi dan mengambil berat
terhadap anak-anak, para pelajar atau rakan sebaya yang menggunakan gajet, telefon pintar, internet, media sosial supaya
mereka tidak terleka sehingga mengabaikan kewajipan solat fardu dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Kata kunci: pengamalan, pengetahuan, pelajar, solat fardu

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

KESEJAHTERAAN ERA PENDEMIK COVID 19

26 KESAN PANDEMIK COVID-19 TERHADAP NGO ISLAM DI MALAYSIA: KAJIAN KE ATAS HALUAN DI PERLIS

Muhammad Suhaib Bin Ahmad Zahir

24 Syed Muhammad Asyraf Bin Syed Kamil
2mohd Mukhlis Bin Mohd Nasri

Jabatan Usuluddin, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis 02400 Beseri, Perlis. 2Jabatan Syariah,
Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis 02400 Beseri, Perlis.

Abstrak
Pertubuhan Himpunan Lepasan Pendidikan Institusi Malaysia atau HALUAN merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang berorientasikan dakwah dan pendidikan telah memainkan peranan dalam masyarakat Malaysia sejak tiga dekad
lalu. Wabak COVID-19 telah menyerang dunia sehingga mengubah cara manusia berinteraksi dan bekerja begitu juga aktiviti-
aktiviti dakwah. Pandemik ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pelaksanaan dakwah di lapangan. Oleh itu, kajian
ini bertujuan mengukur sejauh mana pandemik yang melanda dunia ini memberi kesan kepada HALUAN dalam pelaksanaan
dakwah lapangan di negeri Perlis. Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji menggunakan metode kualitatif melalui kajian
kepustakaan dan kaedah deduktif dalam menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa pandemik memberi kesan kepada
keupayaan pelaksanaan dakwah dan perubahan strategi oleh HALUAN di negeri Perlis.

Kata kunci: Dakwah, COVID-19, HALUAN, NGO, Gerakan Dakwah

POLITIK KERAJAAN DAN KENEGARAAN

27 HUBUNGAN TENTERA DAN AWAM DI MALAYSIA: PENGUKUHAN MELALUI STRATEGI
LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

Burhanuddin Jalal
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]

Mohd Kenali Basiron
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Abstrak
Dalam usaha pembinaan negara bangsa yang hebat, hubungan antara awam dan tentera (civil military relation) merupakan
aspek yang amat penting khususnya untuk mewujudkan organisasi angkatan tentera yang mampu menjamin keamanan serta
mengatasi ancaman keselamatan dari luar. Hubungan awam dan tentera dalam konteks Malaysia amat baik dengan pelbagai
pendekatan dan strategi seperti konsep HANRUH (Pertahanan menyeluruh) konsep KESBAN (Keselamatan dan pembangunan)
dan juga melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (Blue Ocean Strategy). Konsep strategi Lautan Biru Kebangsaan menerusi
pendekatan pentadbiran awam di Malaysia telah mula dilaksanakan pada tahun 2009 hingga 2018. Kertas ini membincangkan
dan menghuraikan pelaksanaan Strategi lautan Biru yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dan juga Angkatan Tentera
Malaysia telah berjaya melaksanakan 22 inisiatif. Kajian perpustakaan, penelitian dokumentasi, temu bual dan juga pemerhatian
telah digunakan memperoleh data dan selanjutnya dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi Lautan Biru
Kebangsaan ini telah berjaya mengukuh hubungan awan dan tentera di Malaysia sekali gus mengukuh sistem demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan yang wujud di Malaysia.

Kata kunci: Hubungan tentera, keselamatan, pertahanan, strategi, pentadbiran awam

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

DAKWAH DAN KEMASYARAKATAN

28 KARAVANSERAI: DARIPADA PERSINGGAHAN SEMENTARA KEPADA
DESTINASI PELANCONGAN

25

Roziah Sidik @ Mat Sidek, Aina Zafirah Samsuddin1, Ermy Azziaty Rozali
Dalbir Singh A/L Valbir Singh dan Hanif Md Lateh @ Junid

Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia , Institut Islam
Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia , Pusat Kajian Teknologi & Pengurusan Perisian, Fakulti Teknologi dan Sains

Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sultan Zainal Abidin

Emel: [email protected]

Abstrak
Karavanserai merujuk kepada tempat penginapan bagi pengembara di mana mereka boleh beristirehat dan menikmati
perkhidmatan yang disediakan. Pada asasnya, ia merupakan satu kemudahan yang dibangunkan oleh kerajaan secara percuma
untuk memberi peluang kepada pedagang atau pengembara dan orang yang mahu menunaikan ibadah haji berehat sebelum
meneruskan perjalanan mereka. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti tempat beristirehat, makanan dan hiburan secara
percuma selama tiga hari. Peredaran zaman menyaksikan fungsi karavanserai turut berubah. Ia mula menjadi destinasi tumpuan
pelancong dan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Apatah lagi apabila UNESCO memilih sendiri
beberapa karavanserai untuk diwartakan sebagai tempat pelancongan untuk dikomersilkan. In termasuk Akhan, Ertokus Han
dan Saadettin Han. Kesemua karavanserai ini terletak di Turki. Dengan menggunakan pendekatan kajian sejarah dan analisis
dokumen, kajian ini meneliti transformasi karavanserai daripada fungsi asal kepada destinasi pelancongan. Hasil kajian
menunjukkan transformasi karavanserai berlaku secara beransur-ansur selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa.
Faktor yang boleh dikaitkan meliputi kedudukan karavanserai di jalan utama seperti di Laluan Sutera yang menghubungkan
lebih daripada 50 buah negara termasuk China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Turki, India dan Mesir. Ia juga menjadi
tumpuan ramai pedagang dalam dan luar negara. Usaha menaiktaraf karavanserai kepada pusat pelancongan budaya dan
ekotourism dengan mewujudkan aktiviti jualan kraftangan dan cenderamata juga menyumbang kepada transformasi
karavanserai. Selain itu, pengiktirafan UNESCO terhadap karavanserai juga telah meningkatkan nilai komersil sehingga
menjadi daya tarikan pelancong.

Kata kunci : Karavanserai, Laluan Sutera, Pelancongan, Perdagangan, Tamadun Islam

FALSAFAH DAN KETAMADUNAN

29 KONSEP KARAVANSERAI DALAM TAMADUN ISLAM

Aina Zafirah Samsudin & Roziah Sidik @ Mat Sidek

Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected] & [email protected]

Abstrak

Karavanserai dalam tamadun Islam dibangunkan dengan menonjolkan keindahan dan kesenian seni bina tersendiri mengikut zaman. Karavanserai
yang dibina pada zaman pemerintahan Saljuk di Turki misalnya memaparkan ukiran dan hiasan berlambangkan singa pada patung dan pancur air.
Pada asasnya, karavanserai merupakan sebuah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan secara percuma kepada pedagang atau pengembara dan
jemaah haji untuk berehat sementara sebelum meneruskan perjalanan mereka. Terdapat pelbagai kemudahan di dalamnya seperti masjid, kedai,
kandang, gudang dan bilik tidur. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan konsep karavanserai dalam tamadun Islam yang akan menyentuh definisi
karavanserai dalam tamadun Islam, fungsi karavanserai dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di karavanserai. Kajian ini merupakan kajian
kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa karavanserai bukan sahaja
berfungsi sebagai tempat penginapan sementara tetapi juga berfungsi sebagai benteng pertahanan bagi menjamin keselamatan para pedagang dan
pengembara yang singgah dan menginap di karavanserai serta ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh caravan di
sekitar halamannya.

Kata kunci: Fungsi Karavanserai; Karavanserai; Kesenian Islam; Konsep Karavanserai; Tamadun Islam.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

FALSAFAH DAN KETAMADUNAN

30 PERBANDINGAN TEORI KITARAN IBN KHALDUN DAN MALEK BENNABI: SUATU KAJIAN LITERATUR

Abdul Qayuum Bin Abdul Razak*, Prof Madya Dr Adlina Ab. Halim, Prof Dr Zaid Ahmad,

26 Dr Normala Othman

*Penulis Korenponden: Calon Siswazah (GS58446), [email protected]
Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Dalam pengajian falsafah ketamadunan, terdapat beberapa sudut pandang yang dikemukakan oleh para sarjana, iaitu teori mendatar (linear view) dan
teori kitaran (cyclical view). Setiap sarjana mempunyai asas dan idea tersendiri dalam membahaskan teori mereka. Sebagai contoh Georg Wilhelm
Friedrich Hegel (1770-1831) dan Karl Marx (1818-1883) melihat bahawa sejarah bergerak ke depan dan bersifat menuju ke sejarah yang rasional.
Manakala sejarawan seperti Giambattista Vico (1668-1744) dan Arnold Tonybee (1889-1975) melihat bahawa sejarah bersifat kitaran, iaitu
pengulangan peristiwa atau fasa dalam sesebuah tamadun. Dalam hal ini, para penyelidik mendapati terdapat persamaan dan perbezaan antara teori-
teori yang telah dikemukakan terutamanya antara Ibn Khaldun dan Malek Bennabi. Teori kitaran yang diasas oleh Ibn Khaldun dilihat mempunyai
persamaan dengan teori kitaran Malek Bennabi, terutamanya dalam ‘bentuk kitaran’. Oleh itu, makalah ini akan membincangkan kajian literatur
berkenaan perbandingan teori kitaran Ibn Khaldun dan Malek Bennabi. Selain itu, ia turut mengenal pasti pandangan-pandangan umum para sarjana
khususnya dalam bidang falsafah sejarah dan teori perubahan sosial. Metodologi kajian ialah menggunakan pendekatan kualitatif melalui penilaian
berbentuk induktif dan deduktif terhadap buku-buku dan artikel-artikel berkaitan. Kesimpulannya, makalah ini mendapati bahawa kajian-kajian
berkaitan falsafah ketamadunan yang dikemukakan oleh sarjana dan penyelidik mempunyai pelbagai idea, asas dan dimensi masing-masing yang
mana mengikut konteks zaman mereka. Di samping itu, penemuan dari kajian lepas seperti Fawzia Bariun (1993) dan Berghout (2015) menunjukkan
bahawa terdapat hubungan persamaan yang signifikan antara Ibn Khaldun dan Malik Bennabi sekaligus menunjukkan kajian ini wajar dijalankan. Ini
kerana kedua teori yang dibincangkan relevan dengan persoalan dan isu yang berlaku pada masa kini

Kata kunci: falsafah tamadun, falsafah sejarah, teori kitaran, Ibn Khaldun, Malik Bennabi

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

31 TINJAUAN MENGENAI AMALAN CHAPLAINCY MUSLIM DI HOSPITAL PAKAR AL-ISLAM

Ishak Mas’ud 1, Surina Mohamad Shafi *, Mohd Zulkifli Awang ,
Nurul Aisyah Amir Ramli

Hospital Pakar Al-Islam, No. 85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia, 2 Akademi Hospital Mesra Ibadah, Hospital Pakar Al-Islam,

No. 85, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia

* Correspondence author: [email protected]

Abstrak

Chaplaincy merupakan para profesional di bidang kesihatan yang dapat memberikan panduan tentang pengurusan dan penjagaan pesakit dari sudut
kemahiran mendengar dan bimbingan spiritual. Praktis chaplaincy merupakan amalan yang telah lama berkembang di negara Barat dan permintaan
untuk chaplaincy Muslim semakin meningkat saban tahun. Amalan ziarah oleh Pegawai Agama atau sukarelawan hospital yang membantu pesakit
ketika menjalani rawatan di wad hospital telahpun mula diamalkan di hospital kerajaan dan hospital swasta di Malaysia. Namun, pendedahan
mengenai Chaplaincy Muslim di kalangan pesakit atau keluarga pesakit masih lagi kurang selain tiada suatu latihan khusus atau garis panduan yang
tepat bagi petugas kesihatan. Satu usaha berterusan perlu dibuat untuk menyebar luaskan amalan chaplaincy ini bagi memenuhi keperluan spiritual
pesakit. Kajian oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) mendapati hanya 20 peratus daripada pesakit beragama Islam yang menunaikan
solat ketika berada di wad. Manakala kajian yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mendapati 48 peratus pesakit
menyatakan tiada petugas perubatan yang membimbing mereka tentang cara melakukan solat dan cara mengambil wudhu ketika berada di wad
hospital. Atas kesedaran untuk memenuhi keperluan kepada pesakit ini telah membawa Hospital Pakar Al-Islam bersama dengan Akademi Hospital
Mesra Ibadah (HMI) memperkenalkan program chaplaincy Muslim yang diadaptasi dan disesuaikan dengan konsep asas Islam dan praktikal yang
sesuai diamalkan di Malaysia. Terdapat tiga tahap bimbingan spiritual yang digunakan dalam usaha membantu proses penyembuhan pesakit iaitu
khidmat nasihat, bimbingan tunjuk cara serta pengukuhan emosi dan psikologi (psikoterapi). Program Chaplaincy Muslim diharap dapat diperluaskan
di setiap hospital kerajaan dan swasta bagi membantu pesakit yang memerlukan panduan dalam aspek penjagaan kesihatan secara holistik yang
merangkumi empat elemen besar iaitu fizikal, psikologi, mental dan spiritual.

Kata kunci : chaplaincy, Hospital Mesra Ibadah (HMI), islamisasi, perkhidmatan perubatan Islam, spiritual

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI

32 FILANTROPI E-PEMBELAJARAN MELALUI APLIKASI MOOC TITAS

Adlina Ab. Halim*, Normala Othman, Ahmad Nasir Mohd Yusoff,

27 Arfah Ab. Majid & Norasyikin Azri

Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Abstrak
Filantropi boleh disinonimkan dengan sifat kedermawanan, amal jariah, amal kebajikan dan kesukarelawanan demi
kemaslahatan umum. Pembangunan satu-satu aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) secara sukarela bukanlah satu
perkara yang mudah kerana memerlukan semangat filantropi yang tinggi. Ini kerana penyediaan kandungan e-pembelajaran dan
papan cerita aplikasi MOOC memerlukan pengorbanan masa dan tenaga, sumbangan sukarela, tanggungjawab sosial serta sifat
kedermawaan daripada pasukan pembangun. Justeru, makalah ini bertujuan membincangkan filantropi e-pembelajaran yang
dilaksanakan melalui aplikasi MOOC Tamadun Asia dan Tamadun Islam (TITAS). Makalah ini juga akan meneliti respon
pelajar terhadap kemudahgunaan dan kebolehgunaan aplikasi MOOC TITAS dalam sebagai satu bentuk filantropi e-
pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan teknik survei melalui pengedaran
instrumen soal selidik secara google form. Seramai 1373 orang mahasiswa universiti awam (5 zon) terlibat sebagai responden
kajian. Persampelan kajian adalah secara berkelompok dan rawak mudah. Nilai Cronbach Alpha bagi keseluruhan item adalah
0.985 dan data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 25.0 bagi mendapatkan analisis deskriptif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa aplikasi MOOC TITAS memudahkan pelajar, mempunyai paparan yang menarik, interaktif serta
mempunyai kandungan yang bermanfaat. Hasil pembangunan aplikasi MOOC TITAS ini membolehkan proses P&P dapat
dilaksanakan secara aktif dalam talian norma baharu di era pendemik COVID-19. Aplikasi MOOC ini juga secara tidak
langsung dapat merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat, bertepatan dengan konsep filantropi yang mengutamakan
kemaslahatan masyarakat umum.

Keywords: amal jariah, e-pembelajaran, filantropi, MOOC, sukarela

PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI

33 FACILITATING INTERETHNIC UNDERSTANDING AMONG UNIVERSITY STUDENTS:
THE USE OF MALAYSIAN INDEPENDENT FILM GADOH (2009) AS A PEDAGOGICAL TOOL

Fatimah binti Mohd Tajuddin

UKM, Institute of Ethnic Studies
[email protected]

Abstract
This paper investigates the use of Malaysian indie films as a pedagogical tool to facilitate interethnic understanding by
evaluating the process of the thinning, thickening or dissolution of ethnic boundaries among university students. The concept of
ethnic boundaries by Mansor (2012) is applied to evaluate the thickness and the shifting of ethnic boundaries. There is a lack of
pedagogical strategies involving the use of Malaysian films that provide the opportunity for meaningful interethnic dialogues
with the objective to thin and dissolve their ethnic boundaries, hence creating a thick ethnic boundary, hampering interethnic
understanding. There are two research objectives. Firstly, to explore the positive aspects and the challenges of the students on
the use of a Malaysian Indie film, Gadoh (2009) as a pedagogical tool in discussing sensitive and critical issues relating to
interethnic relations in Malaysia. Secondly, to evaluate the changes in the thickness of their ethnic boundaries based on their
opinions. Five participants consisting of social science students from different ethnic backgrounds and fields of studies have
participated in a focus group discussion. The responses gathered suggests that Gadoh is perceived as a positive platform for
experiential learning, understanding the issues of ethnic representation and typification and lastly, to explore conflict and
reconciliation suggestions provided by the filmmakers alongside with contributions from political administrators. Participants
were able to thin and dissolve their ethnic boundaries due to being exposed to different standpoints going beyond one’s ethnic
preferences.

Key words: Independent Malaysian Film, Interethnic Relations, Ethnic boundaries Pedagogical Tool, Focus Group Discussion

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI
34 FAKTOR BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) YANG MENYOKONG PENGAMALAN PEMIKIRAN KRITIS GPI
UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

28 Siti Fatihah Osman, Wan Hassan Wan Embong
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak
Penggunaan BBM merupakan perkara asas yang perlu ada dalam pengajaran guru untuk meningkatkan keberkesanan
pengajaran dalam PdPc abad ke-21. Tanpa adanya BBM pengajaran GPI menjadi lesu, kaku dan hambar kerana pelajar merasa
bosan dan tidak berminat untuk mengikuti pengajaran GPI yang lebih cenderung berpusatkan guru. Kajian ini bertujuan untuk
meneroka faktor BBM yang menyokong Amalan Pemikiran Kritis GPI Dalam Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Abad
Ke-21. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya yang berbentuk kajian kes. Sampel dipilih
berdasarkan persampelan bertujuan dengan memilih 7 orang GPI yang mengajar subjek pendidikan Islam tingkatan 4 di
sekolah menengah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menjawab persoalan kajian. Data dikumpulkan melalui temu
bual separa berstruktur, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Seterusnya data dianalisis menggunakan perisian Nvivo
12.0 untuk memudahkan pengkaji menganalisis, mengekod dan mengkategorikan tema-tema. Dapatan kajian menunjukkan
BBM yang menyokong amalan pemikiran kritis GPI dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 terbahagi
kepada dua komponen utama iaitu BBM maujud dan BBM maya. Kajian ini juga mendapati pengajaran GPI menjadi lebih
berkesan dengan adanya penggabungjalinan kedua-dua BBM tersebut. Hal ini demikian kerana penggabungjalinan BBM boleh
merangsang semangat dan minat GPI untuk lebih kritis dalam PdPc abad ke-21 dan pelajar menjadi lebih berdikari, kritis dan
kreatif dan seterusnya dapat melahirkan kemenjadian pelajar yang seimbang daripada segi kognitif, afektif dan psikomotor.
Dapatan kajian ini telah menghasilkan model yang boleh menjadi panduan kepada GPI untuk mengamalkan amalan pemikiran
kritis dalam PdPc abad ke- seiring dengan arus globalisasi masa kini untuk menjadikan pengajaran lebih berkesan.
Kata kunci : Faktor Bahan Bantu Mengajar, Pemikiran kritis, Guru Pendidikan Islam, sekolah menengah

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA
35 DUA PERINGKAT DALAM BERINTERAKSI DENGAN NAS MUTASYABIHAT
Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir
Abstrak

Nas mutasyabihat dalam al-Quran dan riwayat sunnah bermaksud nas yang kesamaran dan tidak jelas maksudnya. Nas
mutasyabihat membawa para ulama untuk mengkaji nas ini. Wujud sikap menyesatkan (tadhlil) bahkan mengkafirkan (takfir)
aliran yang lain. Penyesatan dan pengkafiran sesama umat Islam adalah satu sikap ekstrem. Bagi menyelesaikan isu ini,
dicadangkan dua peringkat untuk memahami nas mutasyabihat. Peringkat pertama ialah peringkat beriman terhadap nas
mutasyabihat. Peringkat ini adalah peringkat paling penting untuk menentukan keimanan atau tidak. Manakala peringkat kedua
ialah peringkat pemahaman terhadap nas mutasyabihat. Perbezaan pemahaman wujud dalam peringkat kedua ini. Perbezaan
pada peringkat ini tidak seharusnya membawa kepada sikap penyesatan atau pengkafiran.
Kata kunci: nas mutasyabihat, tadhlil, takfir, harmoni

27/09/2021

.

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

KESEJAHTERAAN ERA PANDEMIK COVID19

36 ASNAF CARE SEBAGAI SATU STRATEGI BANTUAN KEPADA ASNAF NEGERI KEDAH
KETIKA PANDEMIK COVID 19

29 Mohamad Khadafi Hj. Rofie1

Norazita Marina bt. Abdul Aziz2
Syahrina bt. Abdullah3

Universiti Utara Malaysia
Sintok, Kedah

Abstrak
Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah memainkan peranan yang efektif dan efisyen dalam memberikan bantuan kepada
asnaf terutama ketika pandemik Covid 19. Asnaf Care merupakan satu strategi yang digunakan oleh pihak LZNK dalam
mengumpul dana dan mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Apabila Covid 19 melanda negara, maka
berlaku penambahan dari aspek bantuan namun kutipan berada pada kedudukan yang masih berkurangan. Maka, pihak LZNK
telah mengambil inisiatif mewujudkan tabung Asnaf Care untuk membantu asnaf ketika Covid 19. Objektif kertas kerja ini ialah
untuk melihat sejauh mana tabung Asnaf Care memainkan peranan dalam mengumpul dana dan mengagihkan kepada golongan
asnaf di negeri Kedah. Bagi mendapatkan data daripada kajian ini, kaedah temubual bersama pihak LZNK telah dilaksanakan.
Temubual ini dijalankan kepada dua orang pegawai LZNK yang mengurus tabung Asnaf Care ini. Hasil dapatan menunjukkan
bahawa pihak LZNK telah berjaya mengutip dana tambahan dan dapat menyalurkan bantuan tambahan kepada golongan asnaf
dan ahli masyarakat yang memerlukan ketika pandemik Covid 19. Justeru strategi yang diguna pakai oleh pihak LZNK dalam
membantu golongan yang memerlukan ini berpotensi untuk diketengahkan kepada mana-mana insititusi yang menjalankan
aktiviti bantuan kepada ahli masyarakat yang memerlukan.

Kata kunci: Asnaf care, bantuan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), pandemik Covid 19

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

37 PERSPEKTIF MASYRAKAT SABAH BERKAITAN DENGAN KATAK DALAM PILIHAN RAYA NEGERI SABAH
KE-16

Mohd Hishamuddin Bin Amid

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
[email protected]

Abstrak
Sabah merupakan antara 14 buah negeri yang bersama-sama membentuk negara Malaysia. Hal ini berlaku pada 16 September
1963 apabila Sabah bersama Sarawak bersetuju untuk membentuk Malaysia yang sebelum ini hanya dikenali sebagai
Persekutuan Tanah Melayu. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dimana kerajaan akan
dipilih oleh rakyat ataupun lebih dikenali sebagai kerajaan rakyat. Melalui wakil parti yang dipertandingkan, calon yang
menang akan berada di blok kerajaan manakala calon yang kalah akan berada di blok pembangkang. Namun begitu, setelah 16
kali Sabah terlibat dengan Pilihan Raya Negeri, tidak ada satupun undang-undang yang melarang seseorang calon untuk
bertindak menjadi Katak. Hal ini kebiasaannya berlaku apabila kedudukan sesebuah parti itu ibarat telur di hujung tanduk, maka
calon itu akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya. Oleh sebab itulah wujudnya Katak. Maka dengan itu
penulisan pada kali ini akan melihat bagaimanakah persepsi ataupun perspektif masyarakat Sabah terhadap calon yang menjadi
Katak sebelum ini ? Dalam melengkapkan penulisan ini, pengkaji akan menggunakan data borang soal selidik yang telah
diedarkan di beberapa kawasan. Hasil daripada dapatan borang soal selidik tersebut, didapati bahawa masyarakat di Sabah
masih lagi terbuka untuk menerima calon yang menjadi Katak sebelum ini. Meskipun jumlah yang menerimanya tidak besar,
akan tetapi calon yang menjadi Katak sebelum ini masih lagi memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Kata Kunci : Katak, Pilihan Raya Negeri, persepsi, Sabah, undang-undang.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ETNSITI DAN KEPELBAGAIAN

38 SINKRETISME DALAM AMALAN SOGIT TANAH MASYARAKAT DUSUN RANAU SABAH: SATU TINJAUAN.

Mohammad Firdaus Bin Hasmin

30 Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah,
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
[email protected]

Abstrak
Masyarakat Dusun merupakan etnik yang paling besar di Sabah. Majoritinya telah menganut agama Islam. Masyarakat Dusun
boleh di dapati, di hampir keseluruhan bahagian negeri Sabah. Kehidupan masyarakat Dusun dihiasi dengan pelbagai khazanah
warisan silam sama ada dalam bentuk material mahupun bukan material. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk memfokuskan
unsur sinkretisme di antara ajaran Islam dengan Pra-Islam dalam amalan sogit tanah yang diamalkan oleh masyarakat Dusun di
Kampung Purakogis Ranau. Subjek kajian terdiri daripada penduduk kampung Purakogis. Pemilihan lokasi kajian ini adalah
kerana penduduk Dusun di kampung Purakogis majoritinya telah memeluk agama Islam, dalam masa yang sama masih
mengamalkan amalan sogit tanah ini. Dalam proses pengumpulan data, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu
pemerhatian, temu bual dan dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa, dalam amalan sogit tanah didapati banyak berlaku
sinkretisme di antara ajaran Islam dan Pra-Islam.

Kata kunci : Amalan, tradisi, sogit, sinktesime, Dusun.

FALSAFAH DAN KETAMADUNAN

39 TAMADUN HIJAU: GAGASAN DAN PRINSIP MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Anhar Ansyory, Nusairah Ramli, Zulkiflee Haron, Ahmad Faizuddin Ramli

Fakultas Agama Islam, Universitas Ahmad Dahlan, Yogyakarta, Indonesia.
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Centre for Research in Fiqh Science and Technology (CFiRST), Ibnu Sina Institute for Scientific & Industrial Research,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Corresponding author: [email protected]

Abstrak
Gagasan Tamadun Hijau mula dibincangkan bermula pada tahun 1960-an di Barat sebagai maklum balas terhadap aktiviti
perindustrian yang mengancam alam sekitar. Gagasan yang bermatlamatkan penghijaun alam sekitar dan pemberdayaan sumber
ini kemudiannya diterima pakai oleh ramai pihak sehingga diangkat sebagai suatu wacana sehingga ke hari ini. Kertas kerja ini
membahaskan gagasan dan prinsip Tamadun Hijau menurut perspektif Islam. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan
menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan terhadap sumber-sumber utama daripada Islam meliputi al-Qur’an, al-
Hadith serta pandangan ilmuwan Islam. Kajian mendapati gagasan dan konsep Tamadun Hijau di dalam Islam berpaksikan
kepada konsep tauhid. Kajian juga mendapati gagasan Tamadun Hijau menurut Islam tidak terhad kepada sikap cakna terhadap
alam semata-mata sebagaimana pandangan Barat, sebaliknya turut menekankan peranan manusia dalam memakmurkan alam,
sesuai dengan taklifan seorang khalifah.

Kata kunci: ekosentrisme, egocentrisme, peradaban ekologi, revolusi industri, tamadun hijau

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

40 PROTES TANPA KEGANASAN GENERASI MUDA: ANALISIS ELEMEN STRATEGIK PIHAK LUAR DALAM
MENGGUGAT KESTABILAN KEDAULATAN NEGARA

31 Zafari Zulkifli1 ([email protected])
Mohd Sobhi Ishak2 ([email protected])

Institut Kajian Etnik,
Universiti Kebangsaan Malaysia
1Pembentang, 2Penulis Koresponden

Abstrak
Sejak penghujung 1990-an hingga kini, gerakan protes generasi muda semakin meningkat dalam negara. Jika dahulu, generasi
muda hanya menyertai, kini mereka mula menjadi penggerak. Pelbagai matlamat yang diperjuangkan oleh generasi muda ini
dilaksanakan menggunakan strategi-strategi yang kelihatan cukup terancang. Daripada laporan media, kebanyakan protes tanpa
keganasan seringkali memfokus kepada isu-isu politik peringkat federalisme yang boleh menggugat kestabilan dan kedaulatan
negara. Kertas kerja ini membincangkan hasil penelitian terhadap elemen-elemen yang telah dirakam dan dipaparkan dalam
beberapa protes gerakan terkini generasi muda dan dipadankan dengan 198 kaedah tindakan tanpa keganasan yang dicadangkan
oleh Gene Sharp dalam bukunya From Dictatorship to Democracy (2002). Buku ini telah diterjemah ke dalam lebih 30 bahasa,
diadaptasi ke bentuk filem dan video yang memaparkan strategi yang menjadi inspirasi gerakan menggulingkan kerajaan
diktator di seluruh dunia. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti kandungan buku, video, penulisan dan sumber
dalam media platform Internet mengenai kaedah tindakan tanpa keganasan berdasarkan beberapa protes generasi muda terkini.
Hasil analisis mendapati terdapat perkaitan dan peningkatan penggunaan kaedah tindakan tanpa keganasan protes berkenaan.
Dapatan ini juga menunjukkan kejayaan usaha menggugat kestabilan dan kedaulatan negara kita sedang bergerak dari dalam
melalui generasi muda. Sebagai kesimpulan, generasi muda kita hari ini bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa depan.
Jika bakal pemimpin yang terbentuk melalui siri protes tanpa keganasan seumpama ini, negara berkemungkinan akan memiliki
pemimpin yang cenderung mengambil tindakan sedemikian sebagai kaedah menyelesaikan permasalahan negara nanti. Lebih
menakutkan lagi, jika generasi ini berjaya diikat dalam acuan strategi pihak luar berkepentingan yang bertujuan menggugat
kedaulatan negara. Maka negara kita dan negara lain juga akan hilang kedaulatan melalui satu lagi episod penjajahan acuan
baharu.

Kata kunci : demokrasi, gene sharp. generasi muda, kedaulatan negara, protes tanpa keganasan

ISU SEMASA BERKAITAN

41 PERSOALAN SYARAT IZIN SUAMI KEPADA ISTERI BEKERJA DI LUAR RUMAH DAN HUBUNGAN DENGAN
NAFKAH UNTUK ISTERI: SUATU PERBINCANGAN

Mansor Bin Sulaiman & Nur Izwan Bin Irsal Usnur
Prof Madya di Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang. [email protected], correspondent author

Pelajar master di Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang. [email protected]

Abstrak
Tulisan ini membicarakan berkenaan persoalan syarat izin suami kepada isteri bekerja di luar rumah dan hubungannya dengan
nafkah untuk isteri. Topik ini dibincangkan memandangkan terdapat pelbagai persepsi terhadap ‘kuasa izin’ suami terhadap
isteri khususnya dalam perkara berkaitan izin untuk keluar bekerja sehingga menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap
syariat Islam itu sendiri. Oleh itu tulisan ini dikemukakan dengan tujuan untuk mengupas ruang lingkup keizinan tersebut dan
kaitannya dengan nafkah untuk isteri. Bagi mencapai objektif ini, maka metodologi yang digunakan adalah menggunakan kajian
perpustakaan sepenuhnya dengan rujukan terhadap tulisan-tulisan yang berkaitan dengan tajuk ini seperti persoalan hukum
wanita bekerja, konsep izin dan syarat dalam Islam, nafkah isteri dan sebagainya. Hasil daripada penulisan ini mendapati
bahawa persoalan yang dibincangkan ini adalah suatu yang berlegar dalam lingkungan maslahah dan uruf yang secara tidak
langsung memberikan keluasan dalam penetapan hukum. Diharapkan tulisan ini dapat memberikan gambaran awal kepada
kajian lanjut berkenaan persoalan yang dilontarkan ini.

Kata kunci: Isteri dan kerjaya, Keizinan suami, nafkah, syarat wanita bekerja, syariat Islam

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

TEKNOLOGI DAN PENDIDIKAN

42 PEMBENTUKAN SIKAP PELAJAR UNIVERSITI AWAM MELALUI APLIKASI MOOC TITAS 2.0

Norasyikin Azri1Adlina Ab. Halim2*Normala Othman3

32 1 Calon MA (Falsafah dan Pengajian Ketamadunan), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

2 Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
3 Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Abstrak

Perkembangan teknologi pendidikan dalam era Revolusi Industri 4.0 ini telah membawa transformasi yang strategik dan efektif kepada proses
pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di peringkat institusi pengajian tinggi awam Malaysia. E-
pembelajaran yang diintegrasikan dengan pembelajaran konvensional merangsang pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar di mana para pelajar
berupaya untuk menyusun jadual, menentukan kandungan dan hala tuju pelajaran mereka dalam suasana yang selamat dan selesa. Aplikasi MOOC
TITAS 2.0 yang dibangunkan ini merangkumi pendekatan pembelajaran yang interaktif dan efektif serta mempunyai metod dan model yang dapat
menjadikan pembelajaran kursus TITAS lebih aktif. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kuantitatif iaitu teknik survei dengan mengedar borang
soal selidik sebagai instrumen kajian melalui platform google form. Seramai 1373 orang pelajar universiti awam merangkumi 19 universiti awam di
Malaysia terlibat sebagai responden kajian. Pensampelan kajian ini adalah secara berkelompok dan rawak mudah. Data kajian ini dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS 25.0 bagi mendapatkan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran kursus TITAS melalui
aplikasi MOOC TITAS 2.0 berupaya untuk merangsang pembentukan sikap pelajar daripada sudut pemikiran dan pengetahuan serta interaksi dan
dialog. Kajian merumuskan bahawa pengintegrasian platform e-pembelajaran (MOOC TITAS 2.0) dalam pembelajaran konvensional kursus TITAS
ini merupakan langkah yang strategik dan efektif bagi menarik minat para pelajar universiti awam untuk mempelajari, memahami, mendalami dan
menghayati ilmu ketamadunan dan peradaban demi melestarikan kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Kata kunci: Aplikasi MOOC TITAS, Inovasi E-pembelajaran, Revolusi Industri 4.0, Pemikiran dan Pengetahuan, Interaksi dan
Dialog

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

43 REFORMASI INSTITUSI PARLIMEN DAN CABARAN PELAKSANAANYA DI MALAYSIA, 2018-2020

Mohd Izzuddin Nazaruddin
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: [email protected]

Mohammad Agus Yusoff
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14 dijalankan, Pakatan Harapan menjanjikan reformasi parlimen dilaksanakan sekiranya
mereka diberikan mandat untuk menjadi kerajaan persekutuan. Ini kerana, banyak kelemahan yang wujud dalam institusi
parlimen ketika era pemerintahan Barisan Nasional antaranya kawalan institusi eksekutif terhadap institusi parlimen.
Menggunakan konsep reformasi politik dan institusi politik sebagai alat analisis, objektif artikel ini adalah untuk
membincangkan reformasi institusi parlimen yang dijalankan ketika era pemerintahan Pakatan Harapan pada tahun 2018 hingga
2020. Sumber utama kajian adalah melalui temu bual dan juga sekunder sumber seperti buku, jurnal, dan akhbar. Artikel ini
berhujah, sekali pun kerajaan Pakatan Harapan memerintah Malaysia dalam masa yang singkat iaitu 22 bulan, namun beberapa
reformasi institusi parlimen berjaya dilakukan selari dengan manifesto yang telah dijanjikan mereka di dalam Buku Harapan.
Antara reformasi institusi yang berjaya dilakukan ialah pembaharuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),
penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen rentas parti, dan juga penstrukturan pembiayaan pembangunan Ahli-Ahli Parlimen.
Reformasi yang dijalankan ini telah mengakibatkan proses pendemokrasian negara berjalan dengan baik. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa reformasi institusi parlimen yang masih gagal dilaksanakan seperti pengenalan semula Akta Perkhidmatan
Parlimen 1963 dan ketua pembangkang diberikan status sama dengan menteri. Kegagalan tersebut berpunca daripada dua
cabaran utama iaitu tempoh pemerintahan yang singkat dan wujudnya halangan undang-undang.

Kata kunci: institusi parlimen, reformasi institusi, institusi politik, Pakatan Harapan, Malaysia

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ETNISITI DAN KEPELBAGAIAN

44 PENGARUH ETNISITI DAN KEPELBAGAIAN DALAM MEMBENTUK KEHARMONIAN HIDUP
MASYARAKAT DI SABAH

33 Sharifah Darmia Binti Sharif Adam
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah
[email protected]

Abstrak
Sabah merupakan salah sebuah negeri yang telah menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia yang diisytiharkan secara
rasmi pada 16 September 1963. Dari segi keluasan, Sabah yang terletak di kepulaua Borneo merupakan negeri kedua terbesar di
Malaysia. Sabah dihuni oleh puluhan kumpulan etnik dan subetnik yang mempunyai amalan budaya, bahasa dan kepercayaan
yang pelbagai. Dengan pluraliti etnik dan kepelbagaian tersebut menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang unik dan
mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun begitu, perkara ini juga sudah tentu akan menimbulkan cabaran terhadap
mewujudkan suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan tentang pengaruh
etnisiti dan kepelbagaian dalam membentuk keharmonian hidup masyarakat di Sabah. Masyarakat Sabah seringkali dijadikan
contoh sebagai sebuah negeri yang mempunyai pluraliti etnik yang saling hormat menghormati dan hidup aman damai.
Walaupun terdapat perbezaan ketara dalam amalan budaya, bahasa, agama dan kepercayaan tetapi kesemuanya ditangani
dengan cara berhemah supaya keharmonian antara etnik terus terpelihara. Dengan erti kata lain, perbezaan antara kumpulan
etnik atau subetnik tidak menjadi halangan untuk mewujudkan suasana harmoni. Kajian kertas kerja ini dibuat menggunakan
pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber
maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan atau panduan yang dapat
menambahbaik polisi khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap usaha mengekalkan keharmonian antara
etnik di Sabah.

Kata kunci: Etnisiti dan kepelbagaian, Sabah, Harmoni.

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

45 KAEDAH RAWATAN KESIHATAN MENTAL OLEH KERAJAAN SELJUK PADA ABAD KE-12M SEHINGGA ABAD
KE-14M.

Siti Nur Adilah Awang, Ermy Azziaty Rozali & Roziah Sidik @ Mat Sidek
Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia

Abstrak
Darussifa merupakan antara institusi sosial terawal yang dibangunkan oleh Kerajaan Seljuk bagi menyediakan khidmat
perubatan kepada masyarakat. Menariknya, Darussifa dalam Kerajaan Seljuk turut menggunakan terapi muzik sebagai salah
satu kaedah rawatan bagi kesihatan mental. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejarah perkembangan institusi
Darussifa dalam Kerajaan Seljuk pada abad ke-12M sehingga abad ke-14M. Selain itu, kajian ini juga turut meneliti konsep
terapi muzik yang digunakan oleh Kerajaan Seljuk dalam rawatan kesihatan mental di Darussifa sekaligus menganalisis kaedah
pelaksanaan rawatan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan reka bentuk kajian sejarah
berpandukan pelbagai sumber berautoriti dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis teks serta deduktif. Dapatan
kajian ini jelas menunjukkan bahawa kaedah rawatan kesihatan mental melalui terapi muzik telah digunakan secara meluas di
kebanyakkan hospital dalam wilayah Islam termasuklah Kerajaan Seljuk di Anatolia. Ia pertama kali diaplikasikan di Gevher
Nesibe Darussifa sekitar abad ke-12M melalui persembahan oleh pemuzik dengan menggunakan instrumen dan makam yang
bersesuaian bertujuan untuk memberi ketenangan kepada pesakit mental. Kaedah rawatan kesihatan mental melalui terapi
muzik yang dibangunkan oleh Seljuk tidak hanya berakhir pada awal abad-14M malahan kesinambungan kaedah tersebut turut
dapat dilihat pada era seterusnya iaitu dalam Kerajaan Uthmaniyyah.

Kata kunci : Darussifa, Rawatan Kesihatan Mental, Pesakit Mental, Perubatan Kerajaan Seljuk, Terapi Muzik. Perhubungan

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ETNISITI DAN KEPELBAGAIAN

46 ISU PEMBAYARAN DALAM PERNIAGAAN FRANCAIS DOBI LAYAN DIRI DARI PERSPEKTIF HUKUM
SYARAK

34 Mohd Huefiros Efizi bin Husain, Noor Naemah binti Abdul Rahman &
Nor Fahimah binti Mohd Razif
Siswazah, Jab. Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya,
Profesor Madya, Jab. Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Pensyarah Kanan, Jab. Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islan, Universiti Malaya

Email : [email protected]

Abstrak
Pembayaran dalam perniagaan francais merupakan syarat utama francais dibenarkan beroperasi seperti yang ditawarkan dalam
kontrak. Setiap kadar pembayaran perniagaan francais ditemui secara berbeza bergantung kepada kos produk dan prasana yang
disediakan dalam outlet. Begitu juga terhadap perniagaan francais dobi layan diri, kadar pembayaran yang perlu ditunaikan
merangkumi pelbagai keperluan seperti yuran pendahuluan, pembelian fasiliti outlet dan yuran sokongan. Setiap jenis dan kadar
pembayaran wajar diketahui dan dipersetujui untuk dipatuhi ketika kontrak didirikan. Kedudukan kontrak akan terjejas
sekiranya aspek pembayaran gagal dilaksanakan. Walaubagaimanapun, timbul isu terhadap pelaksanaan pembayaran sebaik
sahaja kontrak telah berlangsung melibatkan tanggungjawab pemberi francais dan penerima francais mengikut penilaian hukum
syarak. Sedangkan, hukum syarak merupakan peraturan umum yang berfungsi memandu kehidupan manusia dengan sejahtera
berteraskan al-Qur'an, al-Sunnah dan ijtihad fuqaha. Bahkan, ia sesuai untuk diamalkan sepanjang zaman tanpa dibatasi oleh
faktor agama dan bangsa. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan meninjau isu pembayaran dalam perniagaan francais dobi
layan diri yang terpaksa dihadapi sebelum tempoh kontrak berakhir mengikut pertimbangan hukum syarak. Bagi mencapai
objektif kajian, kaedah kualitatif diaplikasikan berdasarkan metod perpustakaan dan metod temu bual terhadap pihak yang
berkenaan. Hasil kajian menemui empat isu pembayaran dalam perniagaan francais dobi layan diri yang dapat diukur mengikut
panduan hukum syarak sama ada melibatkan tempoh masa dan kadar keseluruhan pembayaran yang perlu ditunaikan. Keempat-
empat isu berkenaan menimbulkan pertikaian apabila ia berlaku secara berterusan dan tiada jalan penyelesaian yang berkesan
menanganinya. Maka, berdasarkan analisis yang dilakukan, isu pembayaran dalam perniagaan francais dobi layan diri akan
berupaya ditangani dengan baik dan terpelihara dari kesan kemungkiran berdasarkan cadangan yang dikemukakan dalam kajian
ini berlandaskan hukum syarak.

Kata kunci: Muamalat Islam, kontrak, pembayaran, francais,Bank Negara Malaysia

ISU SEMASA BERKAITAN

47 ADVOKASI PEMBENDUNGAN PERKAHWINAN KANAK-KANAK:
SATU KAJIAN LITERATUR

Muhammad Al-Ghazalli Abdol Malek & Mohd Al Adib Samuri
Pembantu Penyelidik Siswazah & Calon Ijazah Sarjana, Jabatan Syariah,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Timbalan Pengarah, Institut Islam Hadhari & Profesor Madya, Pusat Kajian Syariah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]

Abstrak
Perkahwinan kanak-kanak mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai impak negatif kerana hak mereka telah dieksploitasi pada usia muda. Kanak-
kanak yang tidak bersedia dari sudut fizikal dan mental sebagai seorang isteri akan menghadapi kemudaratan yang lebih besar seperti risiko kesihatan
seksual dan reproduktif serta keganasan rumah tangga. Usaha menyampaikan naratif ini semakin dipergiatkan oleh komuniti antarabangsa, namun
reaksi negatif yang diterima dari beberapa segmen masyarakat terutamanya golongan konservatif didapati menjejaskan agenda pembendungan
perkahwinan kanak-kanak. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui rujukan dan data daripada hasil kajian kepustakaan daripada sumber
primer dan sekunder, serta temu bual tokoh akademik, sarjana institusi Islam dan pengamal undang-undang. Artikel ini menunjukkan perspektif
sesetengah masyarakat terhadap realiti perkahwinan kanak-kanak perlu diperbetulkan melalui advokasi dan wacana akademik dalam memahami
faktor pendorong, justifikasi perkahwinan dan risiko perkahwinan agar masyarakat tidak memandang enteng kepada perkahwinan kanak-kanak masa
kini yang kebanyakannya didominasi oleh isu eksploitasi seksual. Justeru, cadangan pembaharuan undang-undang dalam membendung perkahwinan
kanak-kanak wajar dilaksanakan demi menjamin perlindungan dan kepentingan terbaik demi masa depan wanita dan kanak-kanak.

Kata kunci: advokasi, hak kanak-kanak, pembaharuan undang-undang, perkahwinan kanak-kanak, risiko kesihatan

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

48 HUBUNGAN AGAMA DENGAN AKHLAK PEMERINTAH BERDASARKAN PEMIKIRAN
RAJA ALI HAJI DALAM TUHFAT AL-NAFIS

35 Annuar Ramadhon Kasa*
Pelajar Tahun Akhir Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

*Correspondence author: [email protected]

Abstrak
Agama Islam tidak hanya tertakluk kepada pengibadatan semata-mata sebaliknya merangkumi gaya hidup manusia secara
holistik. Salah satu matlamat agama Islam pula ialah membentuk akhlak manusia yang baik melalui perintah serta tegahannya.
Dalam konteks pemerintah, akhlak merupakan suatu hal yang fundamental memandangkan golongan elit ini menduduki kerusi
tertinggi dalam hierarki pentadbiran sesebuah negara. Kepimpinan politik yang ideal mesti menjunjung tinggi etika-etika positif
seperti bertanggungjawab serta beramanah dalam menjalankan urus-tadbir dan hal demikian adalah terkait secara langsung
dengan pegangan agama serta akhlak pemerintah. Memandangkan Raja Ali Haji merupakan seorang tokoh polymath yang
masyhur di Alam Melayu khususnya pada abad ke-19M, hal ini mendapat perhatian beliau secara tidak langsung dalam
pensejarahan magnum opus-nya yang berjudul Tuhfat al-Nafis. Karya sejarah ini memuatkan peristiwa-peristiwa sejarah dari
abad ke-17M sehingga pertengahan abad ke-19M khususnya dalam Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Justeru, kertas kerja ini
bertujuan untuk menganalisis hubungan di antara agama dengan akhlak pemerintah menurut pemikiran Raja Ali Haji dalam
Tuhfat al-Nafis. Kertas kerja ini merupakan kajian berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah dokumentasi dan
kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian merumuskan bahawa signifikasi agama adalah pembentuk sisi zahir serta batin
pemerintah yang lebih baik. Manakala, pengabaian nilai agama sebagai pemandu arah bagi akhlak golongan pemerintah
mengakibatkan sejumlah kehancuran, kekacauan bahkan polemik berdarah. Peranan agama bagi pemerintah dapat dilihat
melalui pengamalan agama dalam diri pemerintah sendiri atau melalui peranan golongan ulama. Ringkasnya, Raja Ali Haji
memaparkan peranan agama secara implisit dan eksplisit sebagai kontraktor perilaku dan sisi dalaman pemerintah yang lebih
baik, membendung pemerintah daripada perbuatan zalim serta menyedarkan pemerintah akan tanggungjawab yang digalas.

Kata Kunci: Akhlak pemerintah, hubungan agama, pemikiran Raja Ali Haji, Tuhfat al-Nafis.

KESEJAHTERAAN ERA PANDEMIK COVID 19

49 CABARAN DAN PERMASALAHAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)
KETIKA PANDEMIK COVID 19: SATU TINJAUAN AWAL

Syahrina Bt. Abdullah
Ahmad Fuad Bin Mat Hassan
Mohamad Khadafi Hj. Rofie

Jabatan Tamadun dan Falsafah
Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah

Universiti Utara Malaysia

Abstrak
Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka usahawan harus merancang,
mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan dengan efisyen, cekap dan berkesan. Ketika pandemik Covid-19
melanda dunia, Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini sehingga berlakunya krisis ekonomi yang mencabar. Bagi
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula, keadaan pandemik ini sudah pasti memberi cabaran utama terhadap aliran
pendapatan perniagaan kerana terpaksa menutup operasi perniagaan ketika tempoh PKP (Peraturan Kawalan Pergerakan) yang
dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung wabak ini. Kerta kerja ini akan membincangkan cabaran dan permasalahan
yang dihadapi oleh usahawan ketika tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif
telah dijalankan melalui temubual secara atas talian terhadap lima (5) usahawan kecil di negeri Kedah. Hasil dapatan mendapati
usahawan kecil menyatakan tempoh pandemik Covid-19 memberi impak negatif terhadap jualan dan aliran pendapatan
usahawan PKS. Justeru, usahawan PKS haruslah bijak menangani dan menguruskan perniagaan ketika wabak pandemik
terutama dari aspek pengurusan pemasaran dan kewangan.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

FALSAFAH DAN KETAMADUNAN

50 TWO 17TH CENTURY INTELLECTUAL GIANTS: A COMPARISON OF DESCARTES AND AL-RANIRI'S
METAPHYSICAL AND SCIENTIFIC FRAMEWORK

36 Dayang Nurhazieqa Hamzani
Universiti Putra Malaysia
[email protected]

Abstract
One of the curious instances in history of ideas is the different outcome seen with regards to the intellectual traditions in the
West and the Muslim world in the 17th century. In Europe, the new Cartesian and mechanistic philosophy of science paved the
way for the Enlightenment period and industrialization in the 18th and 19th century, respectively. One of the chief engineers
who prepared this foundation is René Descartes who charted a new epistemological approach on which modern science stands.
However, little mention is placed on similar intellectual revolution in history of ideas in the Malay world. A contemporary of
Descartes, Nūr al-Dīn al-Rānīrī managed to elucidate the holistic metaphysical system of Islam in the Malay Language and in
so doing, injected a new scientific spirit into the language and the knowledge tradition of the Malay people. This paper aims to
compare and contrast Descartes’ and al-Rānīrī’s intellectual project in the 17th century and seeks to answer the question on why
do the two projects have vastly different outcome; a secular scientific revolution in Descartes’s case but not in al-Rānīrī’s case.
A brief historical survey of these two figures and their times will be attempted followed by a philosophical analysis of their
metaphysical-epistemological systems to give an understanding on what account for their differences/similarities. It will be
shown that the difference was a result of different epistemological assumptions that form their framework of science. This paper
also places al-Rānīrī in the wider discussion of intellectual traditions of both the West and the East. The paper concludes by
drawing attention to the need for a cogent philosophy of science drawn from Islamic metaphysical worldview to prepare
Malaysian Muslims for the 21st century, following the steps of al-Rānīrī which did the same in the 17th century.

Keywords: al-Rānīrī, Descartes, epistemology, metaphysics, philosophy of science

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

51 PENERIMAAN GOLONGAN ELIT MUSLIM TERHADAP AMALAN WAKAF PENDIDIKAN DI NEGERI PAHANG

Mohd Daud Awang, Nur Amalina binti Mohamad Rosly,
Amini Amir Abdullah, Hasri Mustafa dan Kamarulzaman Ismail

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan golongan elit terhadap amalan wakaf pendidikan di Kuantan Pahang.
Seramai 127 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 77 orang lelaki dan 50 orang wanita dengan julat
umur 30 hingga 69 tahun dari kalangan golongan elit. Bagi kajian ini, pemilihan responden adalah berdasarkan pemilihan
rawak di kawasan Bukit Istana, Kuantan. Data kajian kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statical Package for the
Social Science 22. Kesemua responden adalah beragama Islam dan terdiri daripada pegawai kerajaan, pegawai swasta dan ahli
perniagaan dengan majority adalah ahli perniagaan (55.1%), diikuti pegawai swasta (24.4%) dan pegawai kerajaan (20.5%).
Sebanyak 50.4% atau 64 orang telah mengetahui kewujudan amalan wakaf pendidikan di Malaysia dan selebihnya sebanyak
49.6% atau 63 orang menyatakan tidak. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara latar
belakang dengan aspek penerimaan konsep wakaf pendidikan (r= -0.069, p=0.439. Manakala Faktor latar belakang dengan
aspek pengamalan wakaf pendidikan responden mempunyai perkaitan yang signifikan (r= -0.069**, p=0.000). Kesimpulannya,
kajian ini menunjukkan bahawa Umat Islam yang mempunyai harta yang lebih akan cenderung berwakaf berdasarkan
responden adalah golongan elit di Kuantan, Pahang.

Kata kunci : Wakaf Pendidikan, Muslim, Golongan Elit, Kuantan

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

52 WORLD REACTION AND THE ROLE OF TURKEY, IRAN AND ASIA COUNTRIES IN
MAINTAINING QATAR SOVEREIGNTY: A CASE STUDY OF GULF CRISIS

37 Nur Atika Hairi

PhD student
Sakarya University Middle East Institute, Turkey

Email: [email protected]

Abstract
This study examines the world reaction on the Qatar gulf crisis as well as studying the role of Turkey, Iran and Asia countries in
helping Qatar maintaining its sovereignty. The crisis had prompted responses not only from countries in the Middle East, but
had also gained the attention of the United States. The actions of Anti-Terror Quartet, consisted of Kingdom of Saudi Arabia,
Bahrain and Egypt are analyzed in this study by chronology as they play an important factor in the crisis. Countries that provide
assistance to Qatar in terms of political, social and economy will also be reviewed in terms of its impacts on Qatar and that
respective countries. This research will conducted by qualitative method and content analysis. Analysis indicated that Turkey
and Iran already cooperate with Qatar and play the role very efficient and aggressive. Although Asia countries far away distance
from Qatar but they very help Qatar maintaining its sovereignty. Asia countries willingness to work with Qatar rather than
support Anti-Terror Quartet (ATQ) countries. This issue will settle if ATQ countries have processional action with Qatar. If this
issues still unsettle, it will affect the development and the growth of the Gulf region in future.

Keywords: gulf, Asian, crisis, block, terrorist, border, sovereignty, action.

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

53 COORDINATION AS A DIMENSION OF GOVERNANCE IN THE MANAGEMENT OF POLITICAL VIOLENCE IN
NIGERIA

Kabiru Bello Ilelah,,2 Adlina Ab Halim,1 Mohd Mahadee Ismail,1 and Mohd Sabri Md. Nor

Department of Government and Civilizational Studies, Faculty of Human Ecology, University Putra Malaysia.
Department of Political Science, Faculty of Social Sciences, Bauchi State University.

Abstract
Coordination in the management of political violence explains the relationship among different actors, decision-makers, units,
departments, and implementors towards achieving the desired goal. In Nigeria, governance is impeded by a lack of coordination
related to information sharing among the security agencies and the government which, affects security governance. This current
study examines coordination in managing political violence by reviewing related studies to identify gaps that needed to be
addressed. The study adopted the coordination theory as a theoretical framework. Articles related to coordination in managing
political violence are classified into two. The first focused on the relationship among the state and federal authorities. The
second focused on the relationship among the security agencies. It is concluded that coordination is lacking among the security
agencies due to rivalry and unclear roles in security functions. Therefore, based on the findings, the study recommends in-depth
research to explore the factors leading to rivalry among security agencies. The study will benefit governmental and non-
governmental organizations, institutions and policy makers.

Keywords; coordination, governance, management, political violence, Nigeria

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

54 THE JUSTIFICATIONS OF SADDAM INVATED KUWAIT AND THE WORLD REACTION

38 Nur Atika Hairi
PhD student
Sakarya University Middle East Institute, Turkey

Abstract
This study examines the justification of Saddam in the Gulf War I. After settled war with Iran, Saddam continue his action with
invasion of Kuwait by Iraqi forces. This actions got many reaction and response especially from Arab states, Iran, Libyan
Revolutionary Command Council (RCC), United States (US) and United Nations (UN). The reaction towards the violence
afflicted on the Kuwait as well as examine the UN role to overcome the this conflict. The reasons why Saddam invaded Kuwait
was also analyzed and dares to criticize this issue. The impacts of this war will be highlighted in terms of domestic, global and
the way forward. The highlighted chronology this war assist the researcher to evaluate and justify situation of the war as well as
the impact to Iraq’s economy, rebellions of ethnics, political in Middle East, international economics and the relationship
between Iraq and Iran. Finally, the consequences from this war also explained by the researcher with spotlight the post war in
the detail. This research using the qualitative method of content analysis. Analysis indicated that the factors behind the Iraqi
invasion of Kuwait are closely related to the economic problems after the eight-year war with Iran. Therefore, by invading
Kuwait, Saddam Hussein hopes to take a shortcut to immediately recover the poor economic situation in Iraq. However, this
step taken by Saddam Hussein was actually a disaster for Iraq. United Nations (UN) very slow action in order to put pressure on
this war and insisting Iraq to stop all of this.

Keywords: Saddam, Iraq, Kuwait, invasion, war, gulf, economy, United Nations (UN), United States (US), middle east

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

55 IDEOLOGICAL AND POLITICAL THEORY COURSE: WHAT AND WHY?
LIU BIN

Faculty of Human Ecology
UPM

Abstract
The Course of Ideological and Political Theory is one of the basic compulsory courses of general education and also an
important platform to cultivate political quality and professional ability in China. The Course of Ideological and Political
Theory is the main channel of ideological and political education for college students. However, the integration of the meaning
of life, an important concept in philosophy, has not done much, and the integration of the meaning of life under marxist theory
into the teaching of Ideological and Political Theory is not systematic and comprehensive. On the basis of marxist philosophy,
this study adopted qualitative exploratory research and quantitative research method of combining the form and content of
ideological and political theory course learning research, discusses the necessity of learning adaptation, and relevant principles
of ideological and political theory, the challenge for the ideological and political theory course teaching in colleges and
universities are discussed in this paper, and put forward the corresponding improvement strategy, It is an attempt of ideological
and political theory teaching in colleges and universities. The existence of Ideological and Political Theory Courses aims to
construct and pursue the value dimension of life meaning. To explore how to integrate the meaning of life into IPTC strategy, to
maximize the role of meaning of life, is conducive to the cultivation of political morality and professional ability, and through
the teaching process to cultivate self-cultivation.

Key words: ideological and political theory course; The meaning of life; Attempt to merge; Structure; Value dimension

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

POLITIK, KERAJAAN DAN KENEGARAAN

56 IDENTITY OF ISLAM IN GLOBAL POLITICS

Shaikh Mariya

39 Ph.D. Scholar
Centre for African Studies
University of Mumbai

Abstract
Religion and politics are thought to be difficult to reconcile. Religion has been a controversial issue since September 11, 2001.
Later, political groups imposed their own understanding of Islam, which is diametrical to Islam. These misinterpretations have
damaged the identity of religion in a political context, and Islam is now widely misrepresented as a source of violence across
the world. Islam is a peaceful religion. In Islam, there is no racism, casteism, or discrimination; everyone is considered equal. It
is the responsibility of a Muslim to look after others and ensure that their behavior should not hurt others. It is the way of a
Muslim and the teachings of Islam. However, there is a lack of comprehension and communication: the purpose could be
societal, politicised, or used to demonstrate authority. The role of religion in politics and society has been fiercely debated, with
Islam being viewed as particularly incompatible. Understanding Islam has never been crucial, but nowadays every Muslim has
been judged by the character of a terrorist. Politicians, media, and even people began rhetoric about ‘good’ and ‘bad’ Muslims.
As a result, catastrophic circumstances emerged, propelling the Muslim world into global politics. Islamophobia, hate crimes,
and racism are not topics that encapsulate in a single tweet or hashtag. This study examines how Islam and Muslims are viewed
in the context of politics and peace. The research accentuates the space for Islam in globalised politics and references of
Muslims and how compatible Islam is in the shade of peace.

Keywords: Islam, Muslim, Politics, Peace, Globalisation, Identity

AGAMA, SPIRITUALITI DAN ETIKA

57 ISLAM AS THE RELIGION OF THE FEDERATION AND THE BASIS OF MALAY CULTURE

Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Mohd Daud Awang

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Abstract
This paper discusses about Islam as the religion of the federation, which became the basis of the Malay culture. As far as we are
corncerned, no other scholars have debated this matter academically. The Federal Constitution is a written constitution that
contains 15 Chapters, 183 Articles and 13 Schedules that touch on the legislative, judicial and executive jurisdiction. It also
touches on aspects of language, religion, citizenship, Malay Special Privileges and so on. Islam as the federal religion is clearly
stated in Article 3 (1), Federal Constitution. The definition of Malays are clearly defined by the Constitution, namely Article
160 which states that a Malay is a person who embraced Islam, speak the Malay language and practice Malay customs and
culture. Culture refers to the values, lifestyles, practices and traditions that are based on the Islamic religion and customs of the
Malay-Muslim community that does not contradict Islamic law. We all understand what is written about the provisions related
to Islam in the Federal Constitution. What is important is that what is implied about the privilege of Islam in the Federal
Constitution is inexhaustibly debated. The paper argued that the letter and spirit of Islam as the federal religion that underlie the
formation of Malay culture.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ISU SEMASA BERKAITAN
58 PERSEPSI BELIA MENGENAI MEDIA SOSIAL YANG PALING MEMPENGARUHI BELIA MALAYSIA
UNTUK TERLIBAT DENGAN KEGANASAN

40 Dr. Amini Amir Abdullah
Dr. Mohd Daud Awang
Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani
Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]
Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]
Bekas Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.
Calon Ijazah Sarjana, Falsafah dan Pengajian Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor,
Malaysia.
Abstrak
Kertas ini membincangkan mengenai persepsi belia mengenai media sosial yang paling mempengaruhi belia Malaysia untuk
terlibat dengan keganasan. Kertas ini adalah sebahagian kecil daripada dapatan kajian yang bertajuk “Punca Dan Faktor-Faktor
Penglibatan Belia Malaysia Dalam Aktiviti Keganasan Dan Ekstremisme Dan Persepsi Belia Malaysia Mengenai Ancaman
Keganasan Dan Ekstremisme”. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik yang
diedarkan secara rambang melibatkan 1500 responden dari 13 negeri dan 2 Wilayah Persekutuan. Di antara media sosial yang
disenaraikan ialah Facebook, Twitter, Telegram, Whatsapp, WeChat, YouTube, LinkedIn, laman sesawang, blog, Yelp, Qype,
Tumblr, Fishbrain, Instagram, WhatsApp, Google+, Myspace, Pinterest, Snapchat, Viber, VK, Weibo, Baidu, Tieba dan Wikia.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat sepuluh medium media sosial yang paling mempengaruhi belia untuk terlibat dengan
keganasan berdasarkan peratusan tertinggi. 61.5% responden telah memilih Facebook sebagai medium media sosial yang paling
berpengaruh dalam menggalakkan belia untuk terlibat dengan keganasan, diikuti 54.1% responden memilih Youtube, 51.6%
responden memilih Whatsapp, 48.6% responden memilih Twitter, 40.8% responden memilih Instagram, 37.0% responden
memilih laman sesawang, 33.3% responden memilih Google, 30.2% responden memilih Wechat, 29.9% responden memilih
Telegram dan 29.5% responden memilih blog. Kajian ini mengesahkan kajian yang terdahulu (Weimann, 2010, Softness, 2016,
Mckeown, 2017) tentang pengaruh Facebook berkaitan terorisme. Kajian ini juga mengesahkan kenyataan-kenyataan oleh
Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan pihak berkuasa keselamatan serta laporan-laporan berita sebelum ini sejak 2013
bahawa pengganas boleh direkrut di mana-mana sahaja dengan sebarang medium media sosial kesan daripada globalisasi dan
teknologi digital hari ini.

.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ISU SEMASA BERKAITAN

59 ANALISIS PERSEPSI BELIA MALAYSIA MENGENAI ANCAMAN KEGANASAN DAN EXTREMISME

Dr. Amini Amir Abdullah

41 Dr. Mohd Daud Awang
Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Mantan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

Calon Ijazah Sarjana, Falsafah dan Pengajian Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor,
Malaysia.

Abstrak
Kertas ini membincangkan tentang persepsi belia Malaysia terhadap ancaman keganasan dan extremisme berdasarkan satu
penyelidikan ilmiah. Pemahaman tentang apa yang mendorong pengganas menggunakan kekerasan dan keganasan terhadap
sasaran awam atau bukan pejuang sangat penting untuk menilai fenomena tersebut. Walaupun penyebab utama keganasan harus
ditangani untuk mengurangkan jumlah pengganas, namun pemahaman mengenai faktor keaktifan pengganas juga diperlukan
untuk mengurangkan keupayaan mereka untuk bertindak. Ini semua perlu kerana mengurangkan motivasi di sebalik keganasan
adalah tugas untuk satu generasi atau lebih, dan mengurangkan kemampuan mereka menuntut perhatian berterusan buat
sementara waktu. Perdebatan mengenai apa yang mendorong pengganas, bagaimanapun, mengabaikan faktor-faktor yang
membolehkan pengganas melakukan aktiviti pengganas. Jika kawalan yang lebih baik dapat dicapai terhadap motivasi
ekstremis untuk keganasan, maka usaha pencegahan akan menjadi lebih berkesan. Jarang-jarang orang melakukan penyelidikan
mengenai persepsi belia terhadap keganasan. Apa persepsi belia Malaysia terhadap keganasan? Hal ini akan dibongkarkan
dalam kertas ini. Penyelidik berpendapat bahawa kaedah kuantitatif adalah kaedah yang sesuai digunakan dalam kajian ini
kerana ia memberikan ruang dan peluang untuk penyelidik mendalami dan menerokai persepsi responden mengenai isu isu dan
cabaran radikalisme dan ekstremisme di Malaysia.Di samping itu, ianya bersesuaian bagi menjawab segala persoalan yang telah
ditetapkan dan mencapai objektif kajian. Lokasi kajian yang dipilih melibatkan lima zon di seluruh negara. Untuk memenuhi
objektif kajian, penyelidikan ini memilih prosedur persampelan mudah dan selesa. Menggunakan sampel populasi secara selesa
diperlukan apabila kita tidak dapat merangkumkan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Tidak mungkin kita dapat
merangkumkan semua belia sebagai sampel kajian kerana jumlah mereka yang terlalu ramai. Oleh itu, pemilihan kaedah
pensampelan yang sesuai dapat mengatasi masalah tersebut. Kami mendapat lebih daripada 1650 sampel kajian. Selepas
disaring kami mengambil 1500 sampel untuk dianalisis di mana 100 sampel mewakili setiap negeri dan Wilayah Persekutuan.
Sebanyak 109 soalan ditanya melalui soal selidik untuk menyelidik persepsi belia Malaysia mengenai ancaman keganasan dan
extremisme. Soalan ini dirangka khas untuk mendapatkan persepsi belia Malaysia mengenai ancaman keganasan dan
extremism. Di antara persepsi belia Malaysia yang positif ialah respons yang membawa maksud bahawa belia boleh
mewujudkan keamanan dan keharmonian sejagat dan belia perlu dilihat sebagai berpotensi besar terutamanya dalam mencari
keamanan sejagat. Pernyataan-pernyataan yang positif dan memberangsangkan pula menyentuh persoalan untuk tidak terlibat
dengan sebarang pertubuhan pengganas, tidak menyokong sebarang aktiviti terorisme dan keganasan adalah sesuatu yang
menjijikkan. Persepsi yang menyentuh mengenai ancaman terorisme dan ekstremisme pula ialah terorisme dan ekstremisme
mampu menggugat keselamatan negara, menggugat perpaduan nasional, dan merupakan satu ancaman kepada kedaulatan
negara. Kebanyakan responden juga menyatakan bahawa keganasan adalah perlakuan yang bertentangan dengan agama dan
norma setiap masyarakat.

.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ISU SEMASA BERKAITAN

60 BELIA DAN KEGANASAN: SATU KAJIAN LITERATUR

Dr. Amini Amir Abdullah

42 Dr. Mohd Daud Awang
Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Bekas Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

Calon Ijazah Sarjana, Falsafah dan Pengajian Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor,
Malaysia.

Abstrak
Terlalu banyak kajian berkaitan dengan belia dan keganasan kerana belia adalah kelompok sasaran utama. Ulasan literatur
memberikan gambaran umum mengenai apa yang diketahui tentang topik tertentu. Kami selaku penyelidik telah menilai bahan
bahan yang terdiri daripada artikel jurnal, buku, bab dalam buku, laporan kerajaan, monograf dan akhbar.
Apa yang kami selaku penyelidik lakukan ialah bukan sekadar menyatakannya semula, tetapi kaedah yang digunakan untuk
melakukan ini biasanya melibatkan pencarian secara menyeluruh mengenai subject matter dan isu fundamental kajian kami.
Kami juga telah melakukan ulasan naratif. Ulasan literatur yang kami aturkan menggunakan pendekatan topikal dan
diketengahkan dalam bentuk perbincangan. Kami juga telah cuba menunjukkan kelebihan, kekurangan, ketepatan, pemahaman
dan meringkaskan kajian-kajian terdahulu. Hasil atau kesimpulan tinjauan literatur telah diketengahkan dengan menggunakan
kata-kata dan bukannya kaedah statistik.Kami telah cuba menulis beberapa bentuk kajian literatur yang boleh dianggap
bahagian penting dalam penyelidikan akademik ini. Kajian literatur ini menjadi panduan yang berguna dalam penggubalan soal
selidik. Ia juga dapat digunakan untuk mengenal pasti jurang dalam literatur dan keperluan untuk mengisinya dengan
penyelidikan baharu. Usaha melakukan kajian literatur ini melibatkan pendekatan tematik dan tiada kriteria khusus yang
ditetapkan. Kesimpulan yang disampaikan mungkin dipengaruhi oleh pandangan penyelidik sendiri. Kami selaku penyelidik
juga cuba untuk bersikap profesional di samping mengelakkan sifat bias dan melencong.Keganasan telah memberi kesan yang
besar kepada banyak negara dengan mewujudkan suasana kacau bilau, ketakutan, kebimbangan dan ketidakstabilan. Oleh itu,
isu keganasan perlu ditangani sebelum negara-negara di dunia terbeban dengan akibat keganasan. Kami juga mendapati bahawa
salah faham terhadap ajaran agama amat berperanan berperanan besar sebagai pencetus keganasan. Pengganas mengeksploitasi
fahaman agama yang luhur sebagai medium dan batu loncatan untuk mempengaruhi orang lain. Dalam konteks Islam, tafsiran
ayat-ayat Al-Quran dan Hadis diselewengkan demi mempengaruhi belia untuk terlibat dengan agenda perjuangan songsang
mereka. Kami percaya punca dan faktor penyebab berlakunya keganasan adalah isu yang melibatkan pelbagai aspek yang saling
mempunyai kaitan antara satu sama lain berdasarkan kajian literatur ini. Kami mengenal pasti enam pembolehubah dalam
konteks keagamaan, sosio-ekonomi, pendidikan, kepemimpinan, politik, dan sosial yang mempunyai pengaruh terhadap
kewujudan aktiviti keganasan global. Artikel ini membahaskan kajian literatur mengenai punca punca belia terlibat dengan
keganasan. Kami telah melakukan analisis melibatkan sekurang-kurangnya 40 literatur yang berkait rapat dengan punca
berlakunya keganasan dan keganasan per se. Penyelidikan-penyelidikan sebelum ini telah mengenal pasti beberapa
kemungkinan penyebab berlakunya keganasan. Dengan mengenal pasti penyebab ini, kerajaan-kerajaan di dunia boleh
meramalkan dan mengurangkan kejadian keganasan pada masa hadapan, sekaligus mengurangkan insiden keganasan pada
peringkat nasional dan global.

.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ISU SEMASA BERKAITAN

61 KAJIAN BELIA DAN TERORISME DI MALAYSIA – PENGGUBALAN SOAL SELIDIK DAN CABARAN

Dr. Amini Amir Abdullah

43 Dr. Mohd Daud Awang
Dr. Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Mantan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

Calon Ijazah Sarjana, Falsafah dan Pengajian Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor,
Malaysia.

Abstrak
Kertas ini membincangkan proses dan prosedur penggubalan soal selidik berkaitan kajian yang bertajuk punca dan faktor-faktor
penglibatan belia Malaysia dalam aktiviti keganasan dan ekstremisme dan persepsi belia Malaysia mengenai ancaman
keganasan dan ekstremisme. Proses penggubalan soal selidik ini mengambil masa dua bulan. Soal selidik ini digubal
menggunakan dwi bahasa bermula dengan muka hadapan, logo UPM, tajuk penyelidikan, pernyataan mengenai objektif kajian,
pernyataan mengenai maklumat yang diperoleh adalah sulit dan penghargaan kepada para responden yang menjawab soal
selidik. Borang soal selidik yang disediakan mengandungi lima bahagian. Bahagian A ialah Profil Responden. Bahagian ini
menjelaskan profil demografik para responden yang terlibat dalam kajian ini. Antara yang ditanya pada bahagian ini ialah umur,
jantina, tahap pendidikan responden, latar belakang etnik, asal negeri, lokaliti (sama ada kawasan bandar, luar bandar atau
pinggir bandar), tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa dan pekerjaan bapa. Bahagian B pula berkaitan persepsi belia
Malaysia mengenai ancaman keganasan dan ekstremisme. Bahagian ini mempunyai 109 soalan. Para responden diminta untuk
membaca pernyataan dalam soal selidik dengan teliti dan menandakan (/) pada ruang yang disediakan. Responden juga diminta
memilih satu jawapan sahaja dan menyatakan jawapan terhadap setiap soalan yang diberikan berdasarkan skala 1 – “Sangat
Setuju”, 2 – “Setuju”, 3 – “Berkecuali”, 4 – “Tidak Setuju” dan 5 – “Sangat Tidak Setuju”. Bahagian C pula berkaitan
pandangan mengenai punca dan faktor-faktor penglibatan belia Malaysia dalam aktiviti keganasan dan ekstremisme. Bahagian
ini mempunyai 43 soalan. Para responden diminta untuk membaca pernyataan dalam soal selidik dengan teliti dan menandakan
( / ) pada ruang yang disediakan. Responden juga diminta memilih satu jawapan sahaja dan menyatakan jawapan terhadap
setiap soalan yang diberikan berdasarkan skala 1 – “Sangat Setuju”, 2 – “Setuju”, 3 – “Berkecuali”, 4 – “Tidak Setuju” dan 5 –
“Sangat Tidak Setuju”. Setiap soalan diberikan kod mengikut urutan bermula dengan C1 hingga C43 untuk memudahkan
perekodan. Bahagian D pula menyelidik berkaitan media sosial, belia dan kumpulan pengganas. Bahagian ini bertujuan
meninjau pendapat responden mengenai media sosial yang paling mempengaruhi belia untuk terlibat dengan keganasan. Para
responden diminta menandakan nombor 1 (satu) untuk paling berpengaruh dan nombor 10 (sepuluh) untuk paling tidak
berpengaruh. Skala jawapan nombor lima (nombor tengah) menunjukkan kepada pendirian yang sederhana. Bahagian E
bahagian komen bertulis. Bahagian ini bertujuan mendapatkan pandangan responden secara bertulis. Semestinya apa yang
ditulis oleh responden merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian. Proses penggubalan soal selidik merupakan satu
proses yang rumit, rencam dan berstrategi demi untuk mencapai objektif penyelidikan. Apa yang penting ialah kertas ini
mendedahkan kepada para penyelidik yang lain akan teknik yang betul dalam menggubal soal selidik.

.

27/09/2021

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM

ISU SEMASA BERKAITAN

62 PERSEPSI BELIA MALAYSIA MENGENAI PUNCA DAN FAKTOR-FAKTOR PENGLIBATAN BELIA
MALAYSIA DALAM AKTIVITI KEGANASAN DAN EKSTREMISME.

44 Dr. Amini Amir Abdullah

Dr. Mohd Daud Awang
Amaluddin Ab. Rahman
Mohd. Ashraf Galtani

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. [email protected]

Mantan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.

Calon Ijazah Sarjana, Falsafah dan Pengajian Ketamadunan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor,
Malaysia.

Abstrak
Kajian ini membahaskan persepsi belia Malaysia mengenai punca-punca dan faktor-faktor penglibatan belia Malaysia dalam
aktiviti keganasan dan ekstremisme berdasarkan satu kajian empirikal yang mempunyai pendekatan kuantitatif. Pemahaman
tentang punca dan faktor-faktor penglibatan belia Malaysia dalam aktiviti keganasan dan ekstremisme sangat penting untuk
menilai fenomena terorisme. Pemahaman mengenai punca-punca dan faktor-faktor penglibatan belia Malaysia dalam aktiviti
keganasan dan ekstremisme sangat penting demi untuk menangani isu keganasan hingga ke akar umbinya dan usaha
pencegahan akan menjadi lebih berkesan. Apakah persepsi belia Malaysia terhadap punca-punca dan faktor-faktor penglibatan
belia Malaysia dalam aktiviti keganasan dan ekstremisme? Hal ini akan dibongkarkan dalam kertas ini. Walaupun ramai
penyelidik di dunia yang telah mengkaji punca-punca dan faktor-faktor penglibatan belia dalam aktiviti keganasan dan
ekstremisme, namun demikian kajian dalam konteks Malaysia tidaklah banyak. Kajian ini telah mengisi ruang kosong ini.
Lokasi kajian yang dipilih melibatkan lima zon di seluruh negara. Untuk memenuhi objektif kajian, penyelidikan ini memilih
prosedur persampelan mudah dan selesa. Menggunakan sampel populasi secara selesa diperlukan apabila kita tidak dapat
merangkumkan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Tidak mungkin kita dapat merangkumkan semua belia sebagai
sampel kajian kerana jumlah mereka yang terlalu ramai. Oleh itu, pemilihan kaedah pensampelan yang sesuai dapat mengatasi
masalah tersebut. Kami mendapat lebih daripada 1650 sampel kajian. Selepas disaring kami mengambil 1500 sampel untuk
dianalisis di mana 100 sampel mewakili setiap negeri dan Wilayah Persekutuan. Berdasarkan persepsi belia, majoriti belia
menyatakan salah faham terhadap agama adalah faktor utama yang menyebabkan radikalisasi belia diikuti oleh salah faham
terhadap konsep perjuangan dalam Islam, ketiadaan didikan agama yang kukuh, salah faham terhadap konsep jihad, salah faham
terhadap konsep perang dalam Islam, salah faham terhadap konsep mati syahid, terpengaruh dengan media sosial dan
terpengaruh dengan ideologi pengganas.

.

27/09/2021

45

Disediakan oleh :

Dr. Hj Ahmad Nasir Mohd Yusoff (UPM)
Exco Teknikal Dan Pengurusan Teknologi Maklumat
Seminar Antarabangsa Kenegaraan dan Ketamadunan
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan

Fakulti Ekologi Manusia
UPM, 43900, Serdang
SELANGOR D.E

ISOGOCIII/2021/29-30 Sept/JPKK/FEM/UPM/YADIM 27/09/2021


Click to View FlipBook Version