nilai etika Yang menjadi teras polisi pembangunan madani di malaysia KUMPULAN 2
MUHAMMAD DANIEL IKHWAN BIN SHAHUDDIN 207331 MUHAMMAD IRFAN BIN MOHAMAD ZAIDI 212428 MUHAMMAD HAIKAL RAZIQ BIN RIDHUAN 213482 FARHAN HAZIQ BIN AMRAN 213051 Ahli kumpulan
Pendahuluan Malaysia Madani merupakan dasar kepemimpinan negara yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dasar ini bertujuan memastikan Malaysia terus maju dengan nilai-nilai seperti kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan. Ia menggantikan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh pentadbiran Perdana Menteri ke-9, Ismail Sabri Yaakob . Dalam konteks Malaysia Madani, beberapa aspek yang diberi penekanan termasuklah: Keharmonian Masyarakat Majmuk: Dasar ini menggalakkan perpaduan dan saling hormat antara pelbagai kumpulan etnik, agama, dan budaya di Malaysia. Pembangunan Mampan: Malaysia Madani berusaha untuk mencapai pembangunan ekonomi yang lestari, memperkasa rakyat, dan memastikan kesejahteraan sosial. Tadbir Urus Baik: Dasar ini menekankan integriti, akauntabiliti, dan ketelusan dalam pentadbiran negara.
objektif kajian Mengenal pasti nilai etika Yang menjadi teras polisi pembangunan madani di malaysia berserta dengan contoh dan dapatan kajian.
Integriti Apakah Integriti? Integriti merujuk kepada kejujuran, ketelusan, dan tanggungjawab dalam semua aspek kehidupan, termasuk pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam. Nilai ini penting dalam memastikan setiap tindakan dan keputusan yang diambil adalah berlandaskan prinsip kejujuran dan ketelusan, sekaligus memupuk kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Penubuhan SPRM dan penguatkuasaan undangundang anti-rasuah yang ketat telah membantu dalam mengurangkan insiden rasuah dalam sektor awam dan swasta. Kes-kes rasuah yang didakwa dan dihukum oleh SPRM memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menegakkan integriti. Pegawai awam tertinggi, termasuk menteri dan timbalan menteri, dikehendaki mengisytiharkan harta mereka kepada SPRM. Ini membolehkan pengesanan sebarang peningkatan kekayaan yang tidak munasabah dan memastikan pegawai awam berkhidmat dengan integriti. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), “Fungsi SPRM”. Retrieved from https://www.sprm.gov.my/index.php? id=21&page_id=75&articleid=399 Contoh nilai integriti dalam kerajaan madani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pengisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam Sistem Pelaporan Ketidakpatuhan (Whistleblowing) Penubuhan talian aduan khas dan portal dalam talian untuk melaporkan kesalahan dan amalan tidak beretika dalam organisasi kerajaan atau syarikat. Individu yang melaporkan kesalahan dilindungi di bawah undang-undang whistleblower, memastikan mereka tidak dikenakan tindakan balas. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Pengisytiharan Harta". Retrieved from SPRM Pengisytiharan Harta Whistleblower Protection Act 2010, Malaysia. RUJ UKAN
Keadilan sosial Apakah Keadilan Sosial? Keadilan sosial menekankan kesaksamaan dan keadilan dalam pengagihan sumber dan peluang kepada semua lapisan masyarakat. Ini termasuk memastikan tiada golongan yang terpinggir atau tertindas dalam arus pembangunan negara.
Contoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1971 adalah salah satu contoh utama keadilan sosial. DEB bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia supaya tiada lagi identifikasi kaum mengikut fungsi ekonomi Program Perumahan Rakyat (PPR) Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu inisiatif kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Program ini bertujuan untuk memastikan semua rakyat, tanpa mengira latar belakang ekonomi, mempunyai akses kepada tempat tinggal yang selesa dan selamat. STR bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan meningkatkan kuasa beli mereka bagi memenuhi keperluan asas. Program ini selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan naratif ekonomi Madani, yang fokus kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan yang inklusif.
Rujukan PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH PADA PERTENGAHAN RAMADAN - PM ANWAR - Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2023, March 14). Pmo.gov.my. https://www.pmo.gov.my/ms/2023/03/pembayaransumbangan-tunai-rahmah-pada-pertengahan-ramadanpm-anwar/ Dasar-Dasar Malaysia. (n.d.). https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/0 3DASAR_EKONOMI_BARU.pdf TEDUH - Sistem Bank Data Perumahan - Jabatan Perumahan Negara, KPKT. (n.d.). Teduh.kpkt.gov.my. https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/ppr_dimiliki
KELESTARIAN Apakah itu Kelestarian? Kelestarian merujuk kepada keperluan menjaga alam sekitar dan sumber asli agar pembangunan yang dilakukan tidak mengorbankan keseimbangan ekologi dan mampu diwarisi oleh generasi akan datang. Ini termasuk pembangunan yang mesra alam dan penggunaan sumber secara bertanggungjawab.
Contoh kelestarian Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen(HETR) Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) Merupakan pelan induk untuk transformasi perindustrian Malaysia. Memajukan ekonomi, teknologi, dan keselamatan rantaian bekalan. Menitikberatkan kelestarian, termasuk pelepasan ‘net zero’ dan inisiatif hijau. mendorong industri berinovasi dan penghasilan produk canggih untuk meningkatkan daya saing negara di pasaran global. memajukan ekonomi hidrogen negara melalui ekosistem yang inovatif dan komprehensif. Dengan dipacu oleh teknologi tinggi, HETR membolehkan transisi kepada penggunaan hidrogen bagi mencapai sasaran penyahkarbonan dalam agenda pembangunan sosio-ekonomi yang lebih lestari. HETR diharapkan dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG), menjana peluang pekerjaan, dan memberikan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin yang membuka peluang pelaburan antara RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050. Inisiatif ini mencakupi sektor tenaga, termasuk penggunaan hidrogen dan teknologi hijau. Menyasarkan 10,000 stesen pengecasan elektrik bagi kenderaan elektrik di sepanjang lebuhraya dan bangunan komersial menjelang tahun 2025. membuka pintu masuk bagi penggunaan hidrogen di Sarawak dan melaksanakan rangka kerja penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS). Ini bertujuan memastikan projek pemangkin dapat dilaksanakan dalam dua tahun dan Sarawak menjadi hub tenaga hidrogen di Malaysia.
Rujukan Asilah, W. N. (2023, October 28). Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (Hydrogen Economy and Technology Roadmap – HETR) - Portal. Portal Rasmi Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi. https://www.mosti.gov.my/en/berita/pelan-hala-tujuteknologi-dan-ekonomi-hidrogen-hydrogen-economyand-technology-roadmap-hetr/ NETR Garis 10 Inisiatif Buka Potensi Pelaburan hingga RM1.85 Trilion Menjelang 2050. (2023, August 2). Malaysia MADANI. https://malaysiamadani.gov.my/2023/07/netr-garis10-inisiatif-buka-potensi-pelaburan-hingga-rm1-85- trilion-menjelang-2050/ Hisham, H. (2023, September 1). Empat misi NIMP 2030 pacu tranformasi perindustrian negara. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2023/09/01/empatmisi-nimp-2030-pacu-tranformasi-perindustriannegara/#google_vignette%E2%80%8C
kesepaduan sosial Apakah itu Kesepaduan Sosial? Kesepaduan sosial menekankan kepentingan perpaduan dan keharmonian antara pelbagai kaum, agama, dan budaya di Malaysia. Nilai ini adalah asas kepada kestabilan dan keamanan negara, di mana setiap rakyat Malaysia merasa diterima dan dihormati tanpa mengira latar belakang mereka.
Contoh Kesepaduan sosial Program Komuniti Madani Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merasmikan majlis prapelancaran Komuniti Madani di Pulau Pinang pada 3 Jun 2023. Sebanyak 1,878 Komuniti Madani bakal ditubuhkan secara berfasa sebagai badan sukarela pelbagai kaum menjadi inisiatif untuk memperkukuh perpaduan sosial berlandaskan nilai-nilai etika, seperti keadilan, perpaduan, patriotik dan kenegaraan. Inisiatif ini merangkumi program dialog komuniti, pendidikan dan latihan, kempen kesedaran sosial, dan sukarelawan, dengan matlamat untuk menjadi aspirasi membina sebuah negara yang bersatu padu, maju, dan adil, di mana setiap individu dapat hidup dengan aman dan sejahtera, saling menghormati dan bekerjasama dalam mengejar kemajuan bersama. Hari Kebudayaan dan Kesenian Madani Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani Program tahunan yang mempamerkan kekayaan budaya dan kesenian daripada pelbagai etnik di Malaysia. Bertujuan untuk memperkukuh perpaduan sosial melalui penghayatan dan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan seni negara. Menjadi platform yang adil, menggalakkan kekitaan dan memupuk sikap toleransi dan saling menghormati kerana setiap komuniti berpeluang sama rata untuk berkongsi dan meraikan kebudayaan mereka. Hari Kebangsaan 2023 yang disambut di Putrajaya pada 31 Ogos mempamerkan Kontijen Malaysia dalam acara pembarisan yang merupakan gabungan 1,000 peserta pelbagai etnik dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia juga persembahan tarian yang menunjukkan kekayaan seni budaya di Malaysia. Menteri perpaduan negara Datuk Aaron Ago Dagang melancarkan program di Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya, memupuk toleransi dan penghormatan dan menyemarakkan semangat Malaysia Madani dalam kalangan masyarakat. Program ini memayungi tiga kluster program iaitu Program Semarak Kenegaraan (usaha memasyarakatkan Rukun Negara), Program Semarak Perpaduan (bertemakan Merakyatkan Perpaduan) dan Program Komuniti RAHMAH (pembinaan komuniti) melibatkan kerjasama semua pihak termasuklah pemimpin, agensi kerajaan, pihak swasta , pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Civil Society Organisation (CSO) dan masyarakat.
Rujukan Sinar Harian. (20 Ogos, 2023). Sambutan Hari Kebangsaan 2023 terjemah konsep Malaysia Madani. Bahan diakses pada 11 Jun, 2024, daripada https://www.sinarharian.com.my/article/274698/berita/na sional/sambutan-hari-kebangsaan-2023-terjemahkonsep-malaysia-madani Komuniti Madani Bakal Ditubuhkan Bawa Tiga Teras Utama. (2024, Jun 10). Portal Rasmi Kementerian Komunikasi. https://www.kkd.gov.my/program-semasa/24199- komuniti-madani-bakal-ditubuhkan-bawa-tiga-terasutama Essa Abu Yamin. (2023, 1 Mac). Program Kembara Perpaduan Malaysia MADANI perkasa agenda perpaduan negara. Berita Harian. Bahan diakses pada 11 Jun 2024, daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1070 825/program-kembara-perpaduan-malaysia-madaniperkasa-agenda-perpaduan
kesimpulan Kesimpulannya, dasar Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan empat nilai etika utama yang menjadi teras kepada polisi pembangunan negara. Pertama, integriti adalah asas kepada tadbir urus yang baik, memastikan pentadbiran yang telus dan akauntabiliti dalam semua aspek. Kedua, keadilan sosial menjamin bahawa setiap individu mendapat peluang yang sama dan layanan yang adil, tanpa mengira latar belakang. Ketiga, kelestarian menekankan pembangunan ekonomi yang mampan dan mesra alam untuk kesejahteraan jangka panjang. Akhirnya, kesepaduan sosial menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk, membina sebuah negara yang bersatu dan saling menghormati. Dengan mengamalkan nilai-nilai ini, Malaysia Madani beraspirasi untuk membawa negara ke arah kemajuan yang lebih inklusif dan holistik.
Terima kasih