NILAI YANG DITERAPKAN DALAM PENTADBIRAN MADANI BAGI PEMBANGUNAN NEGARA. Disediakan oleh : Kumpulan 3 FEM 3301-2: ETIKA DAN NILAI DALAM PEMBANGUNAN
Pentadbiran madani memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kemakmuran dan kestabilan sesebuah negara. Pentadbiran madani - amalan pentadbiran yang mengutamakan nilainilai murni seperti integriti, akauntabiliti dan ketelusan. Asas kepada tadbir urus yang baik dan efektif - memupuk kepercayaan rakyatterhadap kerajaan serta memastikan kelancaran sistem pentadbiran. UPM | 2024 PENGENALAN 2
Dalam pelbagai sektor pentadbiran - penerapan nilai-nilai ini adalah penting untuk mencapai pembangunan yang mampan dan inklusif. Penekanan terhadap integriti, akauntabiliti dan ketelusan - pentadbiran madani dapat mengelakkan amalan rasuah, memperbaiki sektor awam, dan meningkatkan ketelusan dalam mengambil keputusan. Berikut akan menjelaskan bagaimana nilai-nilai ini diterapkan dalam pelbagai sektor pentadbiran bagi memacu pembangunan negara. UPM | 2024 PENGENALAN - CONT. 3
OBJEKTIF Menghuraikan nilai-nilai yang diamalkan dalam pentadbiran madani seperti integriti, akauntabiliti dan ketelusan bagi pembangunan negara 1 Mengenalpasti nilai yang diterapkan dalam pentadbiran madani bagi pembangunan negara Menghuraikan Nilai-nilai dalam pelbagai sektor pentadbiran. 2 U P M | 2 0 2 4 4 Menghuraikan contoh-contoh nilai yang diterapkan dalam pelbagai sektor pentadbiran. 3
OBJEKTIF PENTADBIRAN MADANI UPM| 2024 Membangunkan semula ekonomi dengan pendekatan inklusif yang memastikan pertumbuhan yang seimbang dan berterusan Penguatkuasaan Ekonomi Menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan setiap individu melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan sosial yang berkualiti Kesejahteraan Insan 5
UPM | 2024 Memastikan setiap tindakan dan keputusan pentadbiran dibuat dengan integriti dan amanah untuk membina kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Pentadbiran Beramanah Menjadikan dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi dengan menghormati hak asasi manusia dan menggalakkan perpaduan nasional Nilai Kemanusiaan 6 OBJEKTIF PENTADBIRAN MADANI
NILAI-NILAI PENTADBIRAN MADANI DAN CONTOH PENERAPAN DALAM PELBAGAI SEKTOR PENTADBIRAN
INTEGRITI 1 2 Integriti merujuk kepada kualiti jujur dan mempunyai prinsip moral yang tinggi(Mark S. Putnam). Dalam pentadbiran madani, integriti adalah penting untuk memastikan bahawa pegawai awam dan pemimpin bertindak dengan jujur dan tidak terlibat dalam amalan yang meragukan atau korup. Contohnya, dalam sektor kewangan, integriti diterapkan melalui audit yang telus dan berkala bagi memastikan tiada penyelewengan dalam pengurusan dana awam. Pegawai yang terbukti bersalah dalam penyelewengan dana akan dikenakan tindakan tegas, yang seterusnya akan meningkatkan kepercayaan rakyatterhadap kerajaan. U P M| 2 0 2 4 7
AKAUNTIBILITI 1 2 Akauntabiliti merujuk kepada tanggungjawab individu atau organisasi terhadap tindakan mereka dan kesanggupan mereka untuk menerima akibat daripada tindakan tersebut(Rob Lebow dan Randy Spitzer). Dalam sektor pendidikan, akauntabiliti diterapkan melalui penilaian prestasi sekolah dan guru secara berkala.Ini memastikan bahawa guru dan pentadbir sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi akademik pelajar dan memastikan sumber pendidikan digunakan dengan berkesan. Selain itu, mekanisme aduan awam juga membolehkan rakyat menilai dan memberi maklum balas terhadap perkhidmatan yang diterima. U P M| 2 0 2 4 8
KETELUSAN 1 2 Ketelusan merujuk kepada keterbukaan dalam tindakan dan keputusan pentadbiran, yang membolehkan rakyat mendapat maklumat yang jelas dan tepat. Pemimpin boleh mencipta budaya ketelusan dalam organisasi mereka dan mengapa ketelusan penting untuk keberhasilan jangka panjang (Bennis,et al., 2008) Dalam sektor kesihatan, ketelusan diterapkan melalui penyebaran maklumat yang jelas mengenai peruntukan bajet, perolehan ubat, dan perkhidmatan kesihatan kepada awam. Penggunaan teknologi maklumat, seperti portalrasmi kerajaan yang menyenaraikan perbelanjaan dan projek yang sedang dijalankan, juga membantu meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran. U P M| 2 0 2 4 9
10 DAYA CIPTA (INNOVATION) Menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam semua aspek kehidupan, termasuk ekonomi dan teknologi, untuk memastikan negara terus maju dan kompetitif di peringkat global. Dalam merealisasikan kerangka ini, Mohd Azizuddin mencadangkan supaya kerajaan turut memberikan tumpuan ke arah bersaing dengan kuasa dunia lain melalui perdagangan dan teknologi di dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 ini. "Pelaburan yang besar daripada segi penyelidikan diperlukan bagi menjadikan Malaysia hub kepada pelbagai sektor seperti pendidikan, teknologi hijau, dan pelbagai lagi, " . - Mohd Azizuddin
INKLUSIVITI 1 2 3 Sektor pendidikan Institusi pendidikan menyediakan program khas untuk pelajar berkeperluan khas, memastikan mereka mendapat pendidikan yang setara dengan pelajarlain. Sektor Kesihatan Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat termasuk golongan kurang mampu, warga emas, dan penduduk luar bandar. Contohnya, klinik bergerak yang berkunjung ke kawasan terpencil. Sektor pengangkutan Sistem pengangkutan awam yang boleh diakses oleh semua golongan termasuk OKU. Contohnya, bas dan kereta api yang dilengkapi dengan ramp,tempat duduk khas, dan pengumuman audio. U P M| 2 0 2 4 11 merujuk kepada usaha memastikan semua golongan masyarakat,tanpa mengira latar belakang, mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan dan peluang yang disediakan oleh pihak berkuasa. Contoh dalam pelbagai sektor pentadbiran :
UPM | 2024 12 HIDUP BERSAMA SECARA AMAN Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa, dan budaya. Hidup secara aman damai/harmoni antara satu sama lain Mementingkan kesejahteraan dan kedamaian hidup Tiada pertelingkahan /perbalahan/ konflik/ pergaduhan/ peperangan Contoh: Sektor Ekonomi merujuk kepada cara kita menguruskan sumber-sumber kewangan negara. Terdapat pelbagai sektor ekonomi yang ada di Malaysia seperti sektor perindustrian, pertanian dan lain-lain. Oleh itu, kita perlu memastikan bahawa semua kaum mempunyai peluang yang sama dalam sektor ekonomi. Kita juga perlu memastikan bahawa kita tidak mengambil kesempatan untuk memperlekehkan kaum lain yang mempunyai pendapatan yang rendah.
KEMAMPANAN 1 2 3 Kemampanan merujuk kepada amalan dan proses yang memastikan sumber alam dan sosial yang ada dapat memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan kemampuan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Pembangunan negara perlu dilakukan secara mampan untuk memenuhi keperluan semasa tanpa mengorbankan keperluan generasi akan datang. Ini melibatkan keseimbangan dalam pembangunan ekonomi, sosial, demografi, dan alam sekitar. Sektor Alam Sekitar: Melaksanakan dasar pemeliharaan alam sekitar dengan ketat seperti melarang pembalakan haram dan mempromosikan kitar semula serta penggunaan bahan-bahan yang mesra alam. U P M| 2 0 2 4 13
UPM| 2024 14 KESIMPULAN Dengan menerapkan nilai-nilai ini secara menyeluruh dalam pelbagai sektor, pentadbiran Madani dapat memastikan pembangunan negara yang seimbang, mampan, dan berasaskan keadilan sosial, seterusnya memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat. Pendekatan ini menjadikan setiap sektor saling melengkapi dalam usaha membina sebuah negara yang maju dan harmonis.
THANK YOU