BAB 4-
TAMADUN INDIA
DR HJ AHMAD NASIR MOHD YUSOFF
PENSYARAH KANAN
PENGENALAN
• Perkembangan awal tamadun India dikatakan bermula di sekitar Mohenjo-Daro di Harappa
(kini Pakistan), lembah Sungai Indus.
• Tamadun ini berkembang sejak 2,500 SM. Pencapaian tamadun ini adalah sama dengan
tamadun purba seperti Mesir dan Babylon.
• Masyarakat lembah Sungai Indus pada masa itu telah mencapai kemajuan dalam aspek
kehidupan seperti agama, budaya, kemajuan kebendaan, nilai dan kepercayaan. Bukti
menunjukkan bandar besar yang maju telah wujud di tebing Sungai Indus. Ia meliputi kawasan
tanah hampir satu batu persegi dengan lorong dalam bandar raya berbentuk 90 darjah.
• Rumahnya kukuh dan diperbuat daripada batu-bata dan hampir setiap rumahnya mempunyai
bilik mandi. Tempat mandi awam juga telah ditemui, mempunyai taraf kesihatan yang baik dan
terdapat juga sistem tali air yang sempurna. Sesetengah pengkaji pula berpendapat bahawa
tamadun Hindu dikesan bermula 4,000 tahun dahulu.
PEMBENTUKAN
TAMADUN INDIA
8.1.1 Zaman • Mengikut tulisan Azharudin Mohd Dali (2004), tamadun
Lembah Indus India pada awalnya ditemui di sekitar Lembah Indus (Rajah
8.2).
(1500 SM)
• Terdapat banyak pemerintahan pada zaman tersebut yang
terdiri daripada kerajaan Vedik, Maurya, Gupta, Sangam,
Palava dan Chola. Apabila kerajaan tersebut runtuh,
tamadun India tidak lagi menyerlah di Lembah Indus
sebaliknya telah berpindah ke kawasan lain terutama di
Gujarat.
• Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan tembikar 8.1
Copyright © Open University Malaysia (OUM) 150 TOPIK
8 TAMADUN INDIA merah yang pernah ditemui di Lembah
Indus juga ditemui di Gujerat, begitu juga pelbagai jenis
periuk dan benda logam. Penemuan dari galian di
Ankamedu dan Adichanallur di India Selatan juga
menunjukkan unsur yang sama dengan tamadun Indus
ZAMAN
VEDIK
SAMB.
Zaman Vedik • Zaman Vedik yang terkemudian (dari 600 SM hingga 320 SM) ialah penubuhan
sebuah republik dan negeri beraja di kawasan utara India telah membawa sejarah
tamadun India ke satu tahap yang penting. Pemerintahan secara republik pada
zaman kerajaan Vedik terletak di kawasan kaki Gunung Himalaya dan di barat laut
Punjab, manakala negeri yang mengamalkan sistem beraja terletak di kawasan
Sungai Ganges.
• Pemerintahan secara republik terdiri daripada beberapa puak seperti Shakya, Koliya
dan Malla atau gabungan puak seperti Vriji dan Yadava. Corak pemerintahan dibuat
dalam bentuk kerjasama antara pihak kerajaan dengan rakyat. Biasanya pihak
kerajaan akan bertemu dengan wakil puak atau ketua keluarga untuk
membincangkan perkara penting. Salah seorang wakil akan mempengerusikan
pertemuan itu dan wakil tersebut diberi gelaran ÂrajaÊ dan pangkat ini bukan secara
turun-temurun.
• Sumber pendapatan sesebuah republik adalah daripada cukai tanah, perindustrian
dan perdagangan. Bandar perindustrian dan perdagangan pada zaman Vedik
antaranya Shravasti, Champa, Rajagriha, Ayodhya, Kaushambi dan Kashi. Bandar
terpenting adalah Vaishali, Ujjain, Taxila dan Bharukachcha di sebelah barat India
yang mengadakan hubungan ekonomi yang lebih luas.
• Semasa zaman Vedik tidak ada sekatan atau tentangan terhadap pandangan individu
yang berbeza dan ini menyebabkan kemunculan Copyright © Open University
Malaysia (OUM) 152 TOPIK 8 TAMADUN INDIA pemimpin dan pemikir yang
membawa pandangan bukan ortodoks seperti Siddharta Gautama (Buddha) daripada
puak Shakya dan Vardhamana (Mahavira) dari puak Jnatrika (Azharudin Mohd Dali,
2004)
VEDIK • Semasa pemerintahan kerajaan Magadha dan Bimbisara
dikatakan sebagai zaman keemasan bagi zaman Vedik kerana
rajanya merupakan seorang yang gigih serta berwawasan politik.
• Baginda berkahwin dengan puteri Kosala dan Vaishali, menakluki
kawasan di barat dan utara, mendirikan dan menyusun
pentadbiran dengan cekap, membina jalan raya, melantik pegawai
untuk mengukur tanah dan menggalakkan pembangunan dalam
bidang pertanian.
• Kegemilangan zaman Vedik tidak dapat bertahan lama apabila
berlaku perebutan kuasa dan wilayah jajahan antara rajanya.
Contohnya peperangan antara kerajaan beraja Kashi, Kosala dan
Magadha dan republik Vriji yang berlaku selama 100 tahun dan
akhirnya Magadha dapat mengekalkan kuasanya di India Utara.
• Pada tahun 413 SM, Mahapadma Nanda mendirikan kerajaan
dinasti bukan Kshatriya yang pertama. Baginda mewarisi kerajaan
Magadha, mengenakan cukai tanah yang tinggi, membina saluran
air dan sebagainya. Namun begitu, perkembangan ini tersekat
kerana Chandragupta Maurya dapat mengalahkan Nanda dan
menerajui kerajaan pada tahun 321S M (Azharudin Mohd Dali,
2004).
VEDIK • Manakala kawasan yang terletak di barat laut India berada di bawah
pengaruh Cyrus dari Persia (Iran) (dari 558 M hingga 520 SM) dan
puak dari Kemboja. Kerajaan India di bawah Gandhara dan kawasan
Indus dikehendaki membayar ufti kepada kerajaan Cyrus. Pengaruh
Persia ini dapat dilihat pada duit syiling India dan skrip kesusasteraan
lama India seperti Kharoshti mempunyai unsur skrip Aramaic yang
digunakan di Persia.
• Pada tahun 519 SM Wilayah Hindush dianggap sebagai wilayah kedua
puluh empayar Persia dan terdapat askar India yang bertugas dalam
tentera Persia. Pada tahun 330 SM, Maharaja Alexander dari
Macedonia (Greece) telah menewaskan Darius III, kemudian mara ke
Punjab, berperang dengan Raja Poros (Puru) di Jhelum, kemudiannya
menakluki puak tempatan dan melantik gabenor untuk mentadbir
wilayah tersebut.
• Oleh sebab tenteranya tidak ingin meneruskan dasar perluasan kuasa,
Alexander akhirnya terpaksa membatalkan rancangannya untuk
menakluki seluruh India. Dasar perluasan kuasa dan serangan
Maharaja Alexander telah menyebabkan terbentuknya beberapa
petempatan orang Greek di Punjab. Pergerakan tentera Greek ini
telah merintis dan membuka beberapa jalan perdagangan antara
barat laut India melalui Afghanistan dan Persia ke Laut Mediterranean
(selatan Eropah) (Azharudin Mohd Dali, 2004)
(b) Zaman
Kerajaan
Maurya (dari
321 SM hingga
185 SM)
(c) Zaman
Kerajaan Gupta
(dari 300 Masihi
hingga 600
Masihi)
(d) Zaman
Kerajaan
Sangam (dari
300 SM hingga
200 Masihi)
(e) Zaman
Kerajaan
Pallava (dari
600 M hingga
900 Masihi)
(f) Zaman • Zaman ini dikatakan bertapak di tepi Sungai Kaveri. Chola merupakan sebuah
Kerajaan kerajaan yang tidak begitu penting dan memerintah di kawasan yang dikenali
Chola (dari sebagai Rayalaseema. Penawanan Tanjore oleh Vijayalaya dan pembinaan sebuah
850 SM hingga kuil untuk Dewi Durga (Nishumbhasudini) pada 850 SM merupakan langkah pertama
1200 SM) ke arah kebangkitan semula kerajaan Chola. Kerajaan Chola muncul semula daripada
kemerosotan dan berkembang menjadi satu kuasa imperialis selama tiga ratus lima
puluh tahun.
• Raja yang termasyhur dalam dinasti Chola adalah Raja Rajendra I dan Kulotangga
dan pemerintahnya menggunakan gelaran Chakravarthigal. Kerajaan Chola melalui
dasar perluasan kuasa, meluaskan wilayahnya sehingga meliputi seluruh kawasan
India Selatan.
• Walaupun Tanjore dipilih sebagai ibu negeri utama tetapi selepas penaklukan
kerajaan Pallava, Kanchi menjadi ibu negeri yang kedua pentingnya dalam empayar
Chola. Pemerintah Chola begitu giat terlibat dalam pembinaan kuil, reklamasi tanah,
menggalakkan kerja talian air, menyelenggarakan sekolah dan hospital. Mereka juga
menjalinkan hubungan perdagangan luar dengan Gugusan Kepulauan Melayu dan
negeri lain di rantau Asia Tenggara.
• Penemuan inskripsi Tamil di Takuapa, membuktikan kegiatan persatuan pedagang
iaitu Manigaman bergiat dalam perdagangan di negeri Siam (Thailand). Ekspedisi
ketenteraan dan serangan Rajendra Chola I pada tahun 1025 SM terhadap empayar
Srivijaya membuktikan sebelum ini, sudah terbentuk hubungan erat dengan empayar
Copyright © Open University Malaysia (OUM) 156 TOPIK 8 TAMADUN INDIA itu
yang menunjukkan dasar luar kerajaan China (Azharudin Mohd Dali, 2004). Pada
SAMB
ZAMAN
PERTENGAHAN
Z.PERTENGAHAN • Selepas Akhbar, politik dan kerajaan India telah dipegang Jahangir (dari
1605 M hingga 1627 M). Jahangir tidak meneruskan dasar serta polisi
pentadbiran yang telah diperkenalkan oleh Akhbar. Jahangir mula
memusuhi agama Sikh dengan membunuh ketua mereka. Begitu juga
halnya semasa zaman pemerintahan Shah Jahan (dari 1628 M hingga 1658
M) yang tidak membenarkan pembinaan kuil Hindu.
• Semasa pemerintahan Aurangzeb (dari 1658 M hingga 1707 M) baginda
tidak membenarkan masyarakat India yang telah memeluk Islam untuk
keluar memeluk agama Hindu serta menukarkan pegawai kerajaan yang
beragama Hindu kepada pegawai-pegawai Muslim.
• Tindakan yang sedemikian telah mendapat tentangan dalam kalangan
kaum Hindu seperti Rajput, Peshwa, Maratha juga daripada etnik Sikh
yang tidak lagi memberi sokongan moral kepada kerajaan Islam India. Hal
ini dapat dibuktikan apabila kedatangan British ke India untuk menyerang
kerajaan Islam, kaum Hindu, Sikh dan etnik lainnya membantu Inggeris
untuk menggulingkan kerajaan Islam.
• Islamisasi India telah memberi kesan dalam pelbagai sektor seperti
agama, politik, ekonomi, budaya, seni, bahasa dan intelektual. Terdapat
percampuran dalam bidang tersebut khususnya dari segi bahasa Urdu
dengan bahasa Arab, seni muzik Vinai Hindu dengan seni muzik gambus
Arab, seni bina HinduTurki-Afghan, juga termasuk pakaian Farsi-Hindu.
Kedatangan Islam ke India juga telah melahirkan tamadun baharu India
yang unik dengan integrasi unsur Islam, Hindu, Jaina dan Sikh.
SAMB
NILAI
TAMADUN
INDIA
KEPERCAYAAN
KEPADA
TUHAN
KARMA
AHIMSA
SATYA
PERPADUAN DAN
SISTEM
KEKELUARGAAN
CIRI
TAMADUN
INDIA
CIRI
TAMADUN
INDIA
CIRI
TAMADUN
INDIA
KEISTIMEWAAN
TAMADUN INDIA
KEISTIMEWAAN
TAMADUN INDIA
SUMBANGAN
PENGENALAN
SUMBANGAN
KASTA
KASTA
KESUSASTERAAN
EPIK
MASYHUR
DRAMA &
BAHASA
SASTERA
SASTERA
FALSAFAH
FALSAFAH
BAHASA
BAHASA
SAINS
SAINS
ASTRONOMI (b) Ilmu Astronomi dan Kalendar Jyotisa ialah salah satu
bahagian utama Veda.
la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada
zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara
pengorbanan.
Dari sudut astronomi orang India menggunakan kalendar
matahari.
Pada zaman awal, orang India berjaya menemui tujuh planet
tanpa bantuan teknologi peralatan.
Planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid,
Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet
ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada
pada arah bertentangan 180. 27 bintang (nakshatra) turut
dikenali dan mempercayai 27 bintang dan sembilan planet ini
mempengaruhi kehidupan manusia.
Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu
menilik (astrologi).
FIZIK &
LOGAM