The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurzuriati48, 2024-06-21 11:35:23

BUKU PROGRAM PIBG SKMa 2024

BUKU PROGRAM PIBG 2024

1 dirasmikan oleh: YB. EN. MOHD SHARIM BIN MD ZAIN Ahli Dewan Undangan Chini SK Mambang


2 ISI KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. SENARAI KANDUNGAN 2 2. ATURCARA PROGRAM 3 3. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 2024 4 4. KATA PENGHARGAAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 5 5. KATA ALU-ALUAN GURU BESAR 6 6. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 7 7. SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG TAHUN 2023/2024 8 8. JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 9 9. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 46 10-13 10. SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2023 14-15 11. LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023 16 12. JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 17 13. CATATAN 18 14. PENGHARGAAN 19


3 Aturcara program 8.30 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Penjaga 8.45 pagi : Ketibaan tetamu 9.00 pagi : Ketibaan Perasmi 9.05 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku Lagu Negeri Pahang Bacaan Doa 9.10 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG, SK Mambang En. Mohd Fairuz bin Mohd Yusof 9.20 pagi : Ucapan Tuan Guru Besar SK Mambang Pn. Maliniazura binti Misron 9.30 pagi : Ucapan Perasmian ADUN Chini YB. En. Mohd Sharim bin Md Zain : Cabutan bertuah 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG SK Mambang dimulakan. : Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Mambang. : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-46. : Pembentangan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. : Pelantikan Pengerusi Sementara. : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024. : Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025. Yang Dipertua Naib Yang Dipertua 10 Ahli Jawatankuasa (5 wakil ibu bapa dan 5 wakil guru) Melantik dua orang ( 2 ) pemeriksa kira-kira luar. : Ucapan Penangguhan : Cabutan bertuah 11.00 pagi : Jamuan 11.30 pagi : Bersurai


4 Agenda mesyuarat agung pibg 2024 1. Ucapan YDP PIBG. 2. Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke 46. 3. Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023. 4. Pelantikan Pengerusi Sementara. 5. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024. 6. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025. 7. Hal-hal lain. 8. Ucapan penangguhan.


5 Serangkai Madah Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 ini. Bersyukur juga kerana Allah SWT telah mengerakkan hati tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir dalam majlis ini. Semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ini dapat menyemarakkan semangat ibu bapa dan guru untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program pendidikan di sekolah ini. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG merupakan agenda penting yang diadakan setiap tahun. Penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah. Perkara ini dilaksanakan melalui pemuafakatan, perancangan yang teliti dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Sering diingatkan bahawa sudah menjadi tanggungjawab kita ahli PIBG untuk hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat ini bertujuan untuk berbincang, mencari kata sepakat, mencari idea dan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dengan kecemerlangan anak-anak kita. Jawatankuasa PIBG sehingga hari ini telah cuba melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya. Kepentingan dan kebajikan anak-anak sentiasa dititikberatkan. Sumbangan ibu bapa melalui yuran PIBG telah digunakan sebaiknya untuk membantu melancarkan program-program sekolah ke arah meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah murid. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memperkenalkan Sarana Ibu bapa yang merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak. Sarana ibu bapa dilaksanakan demi kecemerlangan murid secara keseluruhan samada di dalam dan di luar sekolah. Lebih jelas lagi, sarana ibu bapa dapat menyokong pembelajaran anak-anak kita serta membawa perubahan ketara ke arah kejayaan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak 100 peratus kepada pihak sekolah. Perlu kita sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam sehari manakala masa mereka di rumah dan dibawah pengawasan ibubapa adalah lebih baik kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding jari menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak. Saya juga menyeru agar tuan-tuan dapat bersama-sama guru menangani masalah displin anakanak. Disarankan agar ibu bapa boleh menerapkan sikap saling hormat-menghormati, menghargai masa dan bersopan santun supaya mereka dapat menjadi manusia yang berguna kelak. Anak-anak yang dididik dengan sempurna dilihat dapat menerima ilmu dengan lebih mudah. Hal ini akhirnya akan melahirkan generasi yang berkualiti dan berdisiplin tinggi. Hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti akan mewujudkan pemuafakatan yang erat dan saling memerlukan ibarat aur dengan tebing. Akhir kata, saya berdoa agar sekolah ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua bidang dan mampu mencapai visi dan misi sekolah. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, selamat bersidang. “SEGERAK KOMUNITI MEMBINA ASPIRASI” (MOHD FAIRUZ BIN MOHD YUSOF) Yang DiPertua PIBG SK MAMBANG


6 Sekapur Sirih Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmatnya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 Sekolah Kebangsaan Mambang pada tahun ini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih yang tidak terhingga kepada YB En Mohd Sharim bin Md Zin, Ahli Dewan Undangan Chini yang telah sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para jemputan khas, ibu bapa dan waris yang sudi menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah ini untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. Dengan permuafakatan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu kualiti murid di sekolah, seterusnya dapat menghasilkan kualiti sekolah yang lebih baik. Ibu bapa dan guru berpisah tiada, mempunyai peranan saling lengkap melengkapi, bersatu hati, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada jawatankuasa PIBG dan semua yang telah banyak memberi sumbangan dalam melaksanakan program dan aktiviti untuk sekolah. Semoga kejayaan ini akan dapat diteruskan untuk kecemerlangan sekolah dan komuniti setempat. Justeru itu, saya berharap agar pemuafakatan yang terjalin akan terus padu antara ibu bapa, guru dan masyarakat. `Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai`. Oleh itu, marilah sama sama kita bersatu hati mengambil peranan dan tanggungjawab membimbing dan mendidik bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang akhlak, akademik dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta menjamin kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Ibu bapa dan guru berpisah tiada. Budaya muafakat prestasi meningkat. Kesatuan hati kerja menjadi. Sekian, terima kasih “SEGERAK KOMUNITI MEMBINA ASPIRASI” MALINIAZURA BINTI MISRON Guru Besar SK MAMBANG.


7 JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 Penasihat : PN. MALINIAZURA BINTI MISRON Yang DiPertua: EN. MOHD FAIRUZ BIN MOHD Naib Yang DiPertua: PN. YON RAFIDAH BT HAMID Timbalan Penasihat: GPK 1 : PN. EMMA AZLINA BINTI ALIAS GPK HEM : EN. SHAIPUDDIN BIN MD HASHIM GPK KO : EN. ZULKEFLI BIN JUNIDI Setiausaha: PN. SITI NORZALIFAH BTE KAMISAN Penolong Setiausaha: PN. SITI HUZAIPAH BINTI MOHD NOOR Bendahari: PN. ASMAK BINTI HASSAN AJK AJK dikalangan Ibu Bapa/Waris AJK dikalangan Guru ~ EN. SUHAIMI BIN SANUSI ~ EN. MOHD IZZUDIN BIN ZAINUR ~ PN. HASNAH BT ABDUL RAHIM ~ EN. MOHD SANIY BIN JUSOH ~ PN. HERNIARWINA A/P SULONG ~ EN. AHMAD HARIRI BIN ISHAK ~ PN. NORLIZA BINTI OMAR ~ PN. WARDAH SYAFIQAH BINTI SHAMSUL HUDA ~ PN. ZAKIAH BINTI ABDUL LATIF ~ PN. NUR ZURIATI BINTI CHE MUDA Pemeriksa Kira-kira EN. BURHANUDDIN BIN AB. TALIB EN. SYED KADIR BIN SD HUSAIN


8 Senarai kehadiran mesyuarat ajk Pibg tahun 2023/2024 TARIKH BIL NAMA 07.07.2023 02.08.2023 17.10.2023 08.05.2024 20.6.2024 1 YDP PIBG : EN. MOHD FAIRUZ BIN MOHD YUSOF / / / / / 2 PENASIHAT : PN. MALINIAZURA BINTI MISRON / / / / / 3 NYDP PIBG : PN. YON RAFIDAH BT HAMID / / / / 4 GPK 1 : PN. EMMA AZLINA BINTI ALIAS / / / / 5 GPK HEM : EN. SHAIPUDDIN BIN MD HASHIM / / / / 6 GPK KO : EN. ZULKEFLI BIN JUNIDI / / / / / 7 SETIAUSAHA : PN. SITI NORZALIFAH BTE KAMISAN / / / / 8 N. SETIAUSAHA : PN. SITI HUZAIPAH BINTI MOHD NOOR / / / / 9 BENDAHARI : PN. ASMAK BINTI HASSAN / / / / / AJK PIBG (IBU BAPA) : 10 EN. SUHAIMI BIN SANUSI / / / / 11 PN. CIK HASNAH BT ABDUL RAHIM / / / / / 12 PN. HERNIARWINA A/P SULONG / / / / / 13 PN. NORLIZA BINTI OMAR / / / / / 14 PN. ZAKIAH BINTI ABDUL LATIF / / / / AJK PIBG (GURU) : 15 EN. AHMAD HARIRI BIN ISHAK / / 16 EN. MOHD IZZUDIN BIN ZAINUR / / / 17 EN. MOHD SANIY BIN JUSOH / / / / / 18 PN. NUR ZURIATI BINTI CHE MUDA / / / / / 19 PN. WARDAH SYAFIQAH BINTI SHAMSUL HUDA / / / PEMERIKSA KIRA-KIRA : 20 EN. BURHANUDDIN BIN AB. TALIB / / 21 EN. SYED KADIR BIN SD. HUSAIN / / / /


9 JAWATANKUASA KERJA Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Sambutan En. Mohd Fairuz bin Mohd Yusof (YDP) Pn. Yon Rafidah bt Hamid (NYDP) Pn. Maliniazura binti Misron (GB) Pn. Emma Azlina binti Alias (GPKP) En. Shaipuddin bin Md Hashim (GPK HEM) En. Zulkefli bin Junidi (GPK KO) Pendaftaran & Nombor Bertuah Pn. Norma binti Kamil (K) Pn. Nur Husnayaty binti Ab Rahman Pn. Herniarwina a/p Sulong Pengacara Majlis Pn. Mariaulfa binti Hassan(K) Cik Nurul Afiqah binti Amin Nordin Hadiah, Cenderamata & Cabutan Bertuah Pn. Sakilah binti Mohd Din (K) Pn. Noor Zaeema binti Md Zaki Pn. Iznawati binti Ahmad Pn. Junalian binti Razali Pn. Juliana binti Abdul Karim Jamuan VIP Pn. Zakiah binti Abdul Latif (K) Pn. Asmak binti Hassan Pn. Nik Marniwati binti Jusoh Pn. Norliza binti Omar Pn. Cik Hasnah binti Abd Rahim Persiapan Tempat En. Muhammad Muzhafar bin Izamuddin (K) En. Gajil bin Mariul En. Abdullah bin Ahmad Guru–Guru Kafa Pekerja Swasta Bacaan doa En. Mohd Saniy bin Jusoh Pencatat Minit Pn. Wardah Syafiqah binti Shamsul Huda (K) Pn. Umi Hareesa binti Rozlan Pn. Siti Norzalifah bte Kamisan Buku Program Pn. Nur Zuriati binti Che Muda (K) Pn. Nor Habibah binti Muhammad Siaraya/Teknikal En. Mohd Saniy bin Jusoh (K) En. Burhanuddin bin Ab. Talib En. Suhaimi bin Sanusi En. Syed Kadir Fotografi En. Muhammad Zaki Amani bin Zawil Anuar Backdrop & Banner En. Muhammad Zaki Amani bin Zawil Anuar (K) Pn. Siti Aishah binti Mustapar Dokumentasi Pn. Siti Huzaipah binti Mohd Noor


10 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) Sekolah Kebangsaan Mambang 26650 Pekan, Pahang. Tel: 011-65566542 Email: [email protected] Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Tarikh : 15 Jun 2023 (Khamis) Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan Ibnu Khaldun Kehadiran : 123 Orang 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PIBG 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang menghadiri mesyuarat PIBG secara bersemuka di Dewan Ibnu Khaldun, SK Mambang. 1.2 Meminta ibu bapa supaya dapat bekerjasama dalam memberi pendapat dan menyumbang idea untuk memajukan SK Mambang dengan memberi semangat kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah. 1.3 Beliau juga meminta guru-guru dan ibu bapa sama-sama menjayakan anak-anak dari segi akademik dan juga kokurikulum. 1.4 Beliau memaklumkan peletakan jawatan sebagai YDP PIBG di atas faktor kesihatan dan memberi peluang kepada golongan muda dalam memberi komitmen. 1.5 Beliau berharap agar pelantikan AJK PIBG yang baharu nanti dapat memberikan komitmen yang baik terhadap tugas yang diberikan. Tindakan : Makluman 2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG 2.1 Penasihat PIBG mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama daripada ibu bapa menghadiri mesyuarat PIBG. 2.2 Beliau memaklumkan tujuan mesyuarat PIBG adalah medium untuk sama-sama meningkatkan prestasi pelajar di sekolah. 2.3 Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat PIBG adalah medan interaksi antara ibu bapa dan pihak sekolah. 2.4 Beliau meminta ibu bapa memberi atau menyumbang idea pada bila-bila masa sahaja untuk penambahbaikan sekolah. Tindakan : Makluman


11 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 3.1 Minit mesyuarat dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, Pn. Siti Norzalifah bte Kamisan. 3.2 Pembentangan minit seperti muka surat 12-14 di dalam buku mesyuarat. 3.3 En Suhaimi bin Sanusi mencadangkan minit mesyuarat disahkan. 3.4 Minit mesyuarat disokong sebulat suara. Tindakan : Setiausaha 4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 4.1 Pn. Siti Norzalifah bte Kamisan membentangkan laporan aktiviti tahunan yang dilaksanakan di sekolah sepanjang sesi 2022/2023. 4.2 Berjaya melahirkan murid yang berpotensi dari segi kokurikulum dan juga bidang akademik. 4.3 Aktiviti tidak dapat dijalankan dengan lancar jika murid tidak hadir ke sekolah. 4.4 Pn. Norafidah binti Hamid mengesahkan laporan aktiviti tahunan. 4.5 Laporan aktiviti tahunan disokong sebulat suara. Tindakan : Makluman 5.0 PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN 5.1 Bendahari PIBG, Pn. Asmak binti Hassan membentangkan penyata kewangan seperti yang terdapat di dalam buku mesyuarat muka surat 15. 5.2 YDP PIBG meminta penyata kewangan disemak dan disahkan. 5.3 En. Mohd Fairuz bin Mohd Yusof mencadangkan penyata kewangan disahkan. 5.4 Laporan kewangan disokong sebulat suara. Tindakan : Bendahari 6.0 USUL DAN CADANGAN 6.1 Usul 1 : En. Mohd Fairuz bin Mohd Yusof mengusulkan menaikkan kadar sumbangan PIBG dari RM20 kepada RM30 bagi aktiviti sekolah untuk pelbagai aktiviti dan kecemerlangan sekolah. Respon : YDP PIBG meminta pandangan ahli PIBG sama ada ingin dikekalkan kadar sumbangan sebanyak RM20 untuk satu keluarga atau dinaikkan. Ibu bapa sebulat suara bersetuju untuk menaikkan sumbangan sebanyak RM30. 6.2 Keputusan mesyuarat mengekalkan sumbangan sebanyak RM75 setiap tahun. Sumbangan PIBG RM 30 Tabung Kebajikan RM 5 Sumbangan Kelompok RM 2 Hari Anugerah RM 8 Sukan Sekolah RM 10 Peperiksaan Dalaman RM 20 JUMLAH RM 75


12 6.3 Usul 2 : En. Mohd Fairuz bin Mohd Yusof mengusulkan memberikan imbuhan murid yang cemerlang kepada bentuk yang lebih menarik serta imbuhan kepada ibu bapa di atas usaha mendidik murid. Respons : Guru Besar memaklumkan imbuhan murid yang cemerlang akan diberikan pada program anugerah kecemerlangan murid pada akhir tahun sesi persekolahan. 6.4 Usul 3 : En. Zulkefli bin Junidi, GPK Kokurikulum mengusulkan waktu perjumpaan kokurikulum pada sesi petang ditukarkan kepada sesi persekolahan pagi. Usul ini perlukan persetujuan ibu bapa untuk mengelakkan masalah kehadiran murid terutama murid asli yang tinggal berjauhan dan tiada pengangkutan disediakan. Respon : Semua ibu bapa menyokong sebulat suara dan bersetuju waktu kokurikulum dilaksanakan pada sesi pagi. Tindakan : Makluman 7.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2023/2025 YDP : En. Mohd Fairuz bin Mohd Yusof NYDP : Pn. Yon Rafidah bt Hamid AJK Ibu Bapa : En. Suhaimi bin Sanusi Pn. Norliza bt Hamid Pn. Cik Hasnah bt Abdul Rahim Pn. Herniarwina a/p Sulong Pn. Zakiah bt Abd. Latif Pemeriksa Kira-kira : En. Syed Kadir En. Burhanuddin bin Ab. Talib 8.0 HAL-HAL LAIN Tiada 9.0 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Harapan supaya guru-guru dan ibu bapa dapat bersama-sama bekerjasama untuk membantu anak-anak dalam akademik dan kokurikulum. 9.2 YDP PIBG juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa serta berharap agar dapat dipertingkatkan lagi dari segi kehadiran murid ke sekolah. 9.0 PENUTUP Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 5.15 petang.


13 Disediakan oleh : Disahkan oleh : (SITI NORZALIFAH BTE KAMISAN) (MOHD FAIRUZ BIN MOHD YUSOF) SETIAUSAHA PIBG PENGERUSI PIBG SK MAMBANG SK MAMBANG 26650 PEKAN, PAHANG 26650 PEKAN, PAHANG


14 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG TAHUN 2023 1. Rahmat 2. Nadia 3. Sabariah a/p Zahari 4. Bidin a/l Alias 5. Kamalia a/p Kani 6. Atan a/l Baba 7. Raninorazira a/p Long 8. Rizal a/l Samed 9. Rohaidah a/p Long 10. Ester a/p Daud 11. Norehan a/p Jusoh 12. Melor binti Abd Aziz 13. Mazzila binti Mustapa 14. Normala binti Mustapa 15. Tanti Suria binti Juniriy 16. Siti Sarah binti Mat Lenon 17. Nor Shamsuha binti Mohd Sharif 18. Ernawati 19. Nurani a/p Awang 20. Rosnani a/p Rosli 21. Samsiatul Ashikin Abdullah 22. Afifah Abd Manan 23. Yusnita a/p Dolah 24. Sakri a/l Meu 25. Zulkifli bin Shahidan 26. Herniarwina a/p Sulong 27. Elitia binti Faizal 28. Elya Mastura binti Mohd Kusaireri 29. Khairiah binti Abidin 30. Salinah bt Mohd Saad 31. Ahmad Hariri bin Ishak 32. Helinda Faizal 33. Mohd Izzudin bin Zainur 34. Siti Huzaipah binti Mohd Noor 35. Halifa Mastura binti Ab Malik 36. Norain binti Noor 37. Salmiza binti Fakarudin 38. Mohd Suhaimi 39. Abu Bakar 40. Redzuan bin Mohd Zubi 41. Nurul Farhana bt Anuar 42. Burhanuddin Ab Talib 43. Norliza Omar 44. Zakiah bt Abd Latif 45. Azlina 46. Juliana 47. Norita 48. Zarina 49. Heidawati a/p Tahir 50. Yati a/p Jahara 51. Noriah a/p Lee Yoon Chin 52. Remah a/p Akob 53. Nur Kartini binti Akob 54. Rosita a/p Rosli 55. Azinah a/p Ah Leng Keong 56. Norsilawati Hashim 57. Siti Fatimah 58. Norfaizan bt Muhammad 59. Khariah Abdullah 60. Syed Kadir 61. Mohd Fairuz 62. Noni 63. Fauziah 64. Hasnah 65. Norasita 66. Aliya 67. Milah a/p Samad 68. Ain a/p Busu 69. Hamdan a/l Awang 70. Sofiah a/p Ismail


15 71. Misa a/p Mohamad 72. Sainah a/p Akob 73. Normi a/p Idris 74. Jeffery bin Sarif 75. Muhamad Rawi a/l Midi 76. Sarip bin Kasim 77. Jamilah a/p Ismail 78. Shahril bin Tahir 79. Lohan a/p Jusoh 80. Long bin Kadir 81. Wari a/p Jipura 82. Amir a/p Hasim 83. Borhan a/l Awang 84. Rosila a/p Mohamad 85. Sutini a/p Ali 86. Juliana Zariyana 87. Junalian bt Razali 88. Haryani bt Razali 89. Nurul Amirah Ahamad 90. Zulkifli bin Daud 91. Asmak bt Hassan 92. Johari bin Ibrahim 93. Zulkefli bin Junidi 94. Maliniazura bt Misron 95. Nur Fatihah bt Mohd Said 96. M. Norhizal bin Ab. Majid 97. Suhaimi bin Sanusi 98. Jefri bin Lambak 99. Iznawati bt Ahmad 100. Mazlina Mad Sah 101. Ema a/p Amig 102. M. Sam 103. Hidayah Rahmat 104. Muhammad Muzhafar bin Izamuddin 105. Norma binti Kamil 106. Shaipuddin bin Md Hashim 107. Nur Husnayaty binti Ab. Rahman 108. Nur Ainatul Mardhiah binti Johari 109. Nur Zuriati binti Che Muda 110. Mariaulfa binti Hassan 111. Nor Habibah binti Muhammad 112. Siti Aishah binti Mustapar Kamal 113. Sakilah binti Mohd Din 114. Nurul Ikmal Izzati binti Hanifha 115. Zulkefli bin Junidi 116. Siti Norzalifah bte Kamisan 117. Cik Hasnah binti Ab. Rahim 118. Nur Amanda Voon binti Abdullah 119. 119. Muhammad Amirul Asyraf bin Mohd Roslin 120. 120. Muhammad Zaki Amani bin Zawil Anuar 121. 121. Mohd Saniy bin Jusoh 122. 122. Syarifah Maizura binti Syd Mohamad 123. 123. Yon Rafidah Hamid


16


17 JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025 1. Yang DiPertua …….………………………………… 2. Naib Yang DiPertua ………………………………… 3. Setiausaha 4. Penolong Setiausaha 5. Bendahari AJK ……………………………………………………………. (AJK GURU) ……………………………………………………………. (AJK GURU) ……………………………………………………………. (AJK GURU) ……………………………………………………………. (AJK GURU) ……………………………………………………………. (AJK GURU) ……………………………………………………………. (AJK IBU BAPA) ……………………………………………………………. (AJK IBU BAPA) ……………………………………………………………. (AJK IBU BAPA) ……………………………………………………………. (AJK IBU BAPA) ……………………………………………………………. (AJK IBU BAPA) ……………………………………………………………. (AJK IBU BAPA) ……………………………………………………………. (AJK IBU BAPA)


18 CATATAN


19 PENGHARGAAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA: YB EN. MOHD SHARIM BIN MD ZAIN AHLI DEWAN UNDANGAN CHINI EN. MOHD FAIRUZ BIN MOHD YUSOF YDP PIBG SK MAMBANG PN. MALINIAZURA BINTI MISRON GURU BESAR SK MAMBANG SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG KALI KE-47 SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SKMA WARGA SK MAMBANG DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK MAMBANG KALI KE-47


20


Click to View FlipBook Version