The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

4MAWARDI -MUHD AIMAN NABIL BIN MOHD NASRIL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilaiman161, 2022-06-11 02:01:09

4MAWARDI -MUHD AIMAN NABIL BIN MOHD NASRIL

4MAWARDI -MUHD AIMAN NABIL BIN MOHD NASRIL

8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4
DAN 5 ZON DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD AIMAN NABIL
BIN MOHD NASRIL

NO.MAKTAB: PB190066

HOMEROOM: SIR HILMI

NAMA GURU: SITI NOR HARYANI BINTI
CHE NORDIN

ISI KANDUNGAN
1) PENGHARGAAN

2) PENGENALAN SETIAP NOVEL

a) CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
b) BIOGRAFI SETIAP PENULIS
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

3) SINOPSIS 8 NOVEL

a) SINOPSIS KESELURUHAN
b) SINOPSIS SETIAP BAB

4) 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL

5) 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL

6) 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

7) RUJUKAN

PENGHARGAAN

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA KEDUA IBU BAPA YANG
SENTIASA MEMBANTU DAN MENDORONG SAYA WALAUPUN IBU DAN AYAH
SAYA SENDIRI MEMPUNYAI MASALAH MASING-MASING.TERIMA KASIH
KERANA SANGGUP MENGORBANKAN MASA TERHADAP SAYA YANG INGIN
BERUSAHA UNTUK MEMBANGGAKAN ANDA BERDUA.SETERUSNYA, SAYA
JUGA AMAT BERTERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU YANG SERING
MEMANTAU SAYA DALAM MELAKUKAN KERJA YANG DIBERIKAN SERTA
MENDIDIK SAYA DARI SEGI AKEDEMIK,AGAMA DAN SASIAH.SELAIN
ITU,SAYA JUGA SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA SAHABAT,RAKAN-

RAKAN DAN KAWAN-KAWAN YANG SENTIASA ADA BERSAMA SEWAKTU
SUSAH DAN SENANG SERTA SALING BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI
MESKIPUN KAUM YANG BERBEZA.AKHIR SEKALI,SEPENUH PENGHARGAAN
KEPADA PIHAK-PIHAK YANG PERNAH MENOLONG SAYA ATAU MEMBERIKAN
ILMU KEPADA SAYA YANG MASIH DALAM SESI PELAJARAN INI.

PENGENALAN SETIAP NOVEL
NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
CERITA RINGKAS
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.
Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu
yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
BIOGRAFI ABDUL LATIP BIN TALIB

Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis yang aktif dan
terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera
bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel
sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam. Abdul Latip
Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu
Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954. Novel-novel sejarah yang ditulis oleh
Abdul Latip sering kali dipuji kerana gaya bahasanya yang mudah dibaca selain berupaya
menarik minat remaja mendalami sejarah Islam. Karya beliau juga pernah mendapat ulasan
yang baik daripada pengulas dari Singapura.

Namun yang demikian, banyak novel karyanya dikritik oleh beberapa pihak.
Mereka mempertikaikan kesahihan fakta sejarah yang dimasukkan dalam tulisan beliau dan
mempertikai penulisan dialog yang diungkapkan oleh baginda Nabi Muhammad dengan

menyatakan bahawa adalah haram berbuat demikian. Antara novel yang ditarik ialah novel
Hijrah atas sebab-sebab yang dinyatakan sebelum ini.

Kebiasaannya beliau akan menjawab kritikan yang diberikan dengan menyatakan
sumber yang digunakan beliau untuk mendapatkan maklumat seperti buku-buku ternama
yang diiktiraf dan diyakini kesahihannya. Pada November 2010 dalam blog rasmi beliau
abdullatip.blogspot.com, beliau menyiarkan surat memohon maaf yang diterima daripada
seorang pembaca (nama dirahsiakan) yang pernah mengkritik karya beliau. Dalam jawapan
beliau terhadap surat itu, Pak Latip mengakui ada kekurangan dalam penulisannya yang
boleh diperbaiki dan menyatakan kesediaannya menerima teguran daripada mana-mana pihak.

Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik
minat golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah
Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-
karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah
pencapaian ujian sejarah Islam.

Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-
masing telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya
Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005. Ketika penyampaian Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2005 bagi kategori Novel Remaja, beliau memenangi tempat
ketiga dengan novel Beraraklah Awan Pilu. Pak Latip meraih hadiah RM3,000 dan sijil.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar di Hotel
Renaissance, Kuala Lumpur pada 19 Julai 2006.

Pada tahun 2007, beliau telah dikurniakan Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat
(PMC) oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Selain itu, novel beliau Perang Jementah dan Datuk
Moyang Saleh telah merangkul hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2007.[perlu
rujukan]

Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau
menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku
beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang
Benar, Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih
sejuta ringgit. Dua yang pertama daripada tiga kompilasi novel itu pula tersenarai dalam 'Top
10 Judul Buku Paling Tinggi Sepanjang Tahun 2011 Berdasarkan Perolehan Ringgit'.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

NOVEL DI SEBALIK DINARA

CERITA RINGKAS

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya
kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.
Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang
banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi
menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok
komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek
Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta
oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka
manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu
Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi
berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan
bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha
menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan
tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat
Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar. 25 Semasa meneliti kontrak yang
diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha
dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di
bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan
mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi
Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan
jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai. Keesokan pagi,
Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk
mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa

mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti
Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid
dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan
berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan
Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Keesokannya, Shida
menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan
sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan.
Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain,
Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy)
telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan
diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal. Di hospital,
Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha memaklumkan
Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar dari
hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke
dalam Dinara akan diaktifkan lalu 26 memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam
perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan
kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan
pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang
diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses
seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab
semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia
selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida
yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara
sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl
yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan
Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina /
mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl
yang sebenar sedang nazak. Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang
untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat
pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di

Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang
terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak
sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
BIOGRAFI DAYANG NOOR

Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang, Malaysia) ialah
seorang penulis novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan
Elektronik dan Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah satu syarikat
penyepaduan sistem IT terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2 novel fiksyen
pulpa dalam bahasa Melayu – Jerat (2011) dan Hilang (2012). Beliau tinggal di Selangor,
Malaysia bersama suami dan 3 anak lelaki.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
CERIA RINGKAS

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya
di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya
lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang
membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak
belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan
moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada
ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan
ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari
bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak
diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan
anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga

pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

BIOGRAFI RUHAINI MAT DARIN

Dia adalah Kadazan mengikut kewarganegaraan. Anak sulung daripada tiga anak
dalam keluarga. Pada tahun 2003, beliau lulus dari Fakulti Pengurusan Kewangan Universiti
Sains Malaysia di Pulau Pinang. Dia pernah bekerja sebagai juruaudit di beberapa syarikat.
Sejak 2016, dia menjadi pekerja bebas untuk mempunyai masa lapang untuk menulis dan
menjalankan perniagaannya. Ahli seumur hidup Kesatuan Penulis Malaysia.

Beliau mula menulis sebagai pelajar Kolej Sabah pada tahun 2000. Beliau segera
menceburi dunia sastera. Debut pada 2007 dengan novel "The Self-Right Girl", dia
menerbitkan lebih 30 buku dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, termasuk novel dan
koleksi cerpen, serta cerita dongeng Sabah yang diproses sastera. Pada masa yang sama,
banyak karya beliau telah dianugerahkan anugerah berprestij, termasuk Anugerah Sastera
Sabah yang beliau perolehi berkali-kali. Nampaknya kelebihan buku-bukunya adalah dalam
keupayaannya untuk menggambarkan apa yang berlaku pada masa kini di Malaysia dengan
humor, dan kadang-kadang dengan sindiran yang tidak terselindung, menggunakan paradoks

sebagai maksud artistik, mengubah persepsi kehidupan yang biasa. Beliau muncul sebagai
nama penting dalam kesusasteraan era peralihan di Malaysia dan salah seorang novelis
terbaik di Malaysia. Beberapa cerpennya diterjemahkan ke dalam bahasa Rusia oleh Victor A.
Pogadaev.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

NOVEL PANTAI KASIH
CERITA RINGKAS

Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum
berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam

perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung
wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan
itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang
serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada
pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya
memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat
hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam
bidang perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang
adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur
surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi

berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.

BIOGRAFI AZMAH NORDIN

Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan
pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat pendidikan
rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau berpindak
ke Sabah dan menetap di sana.

Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-an, iaitu dalam
penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera bermula pada awal
tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL



NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS
CERITA RINGKAS

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan
disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak
sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari
dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk
menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

BIOGRAFI KHAIRUDDIN AYIP

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya

pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di
SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke
tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984
beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan
Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun
1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh
tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20,
Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik,
Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi Khairuddin dalam bidang penulisan.
Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong, merupakan kampung tradisi masyarakat
berketurunan Jawa yang letaknya empat kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui
kehidupan sebagai warga kampung, penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu
mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya
banyak berubah semasa bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak
menteri, kerabat raja, datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu,
beliau melihat pelbagai ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan
pelacur. Hidup di kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara
tidak langsung membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan.

Khairuddin mendapat dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca buku
dan novel bersiri Dewan Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya
Shamsuddin, Zainuddin dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada
tahun 1975, beliau mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian
semasa beliau di tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi
rencana yang tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan

SPM, Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight
Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya
dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang
diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP,
beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku Jua),
yang berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11, 1982.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

NOVEL TIRANI
CERITA RINGKAS

IRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai
kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi
menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan
rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu

menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang
jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin
kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet
yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda
dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
BIOGRAFI BEN SABARIAH

BEB SABARIAH atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung
Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road
Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan
Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre
cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya Kuching, Beb
Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan

Karyawan Sastera Sarawak).

Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah antologi cerpen iaitu KEPEZI
SATU, KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan Zaharah Nawawi) dan
Memori Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar
Raya 2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA 2000, Pelagus-
Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003.

Selain itu cerpen dan puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan
Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak
serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita.

Beliau juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP
Cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis
Cerpen sempena sambutan 50 tahun DBP-2006 dari bahagian Penerbitan dan Penulisan
Sastera Kreatif DBP Cawangan Sarawak.

Mendapat tempat ketiga rencana kritikan sastera Hari Guru dalam Antologi Guru ke-XX
tahun 2007. Kini bergiat dalam penulisan novel dan novel pertama berjudul Tirani kini di
pasaran. Dalam proses penerbitan adalah sebuah kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

NOVEL BIMASAKTI MENARI

CERITA RINGKAS

Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul
Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau
dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik
dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu
cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah
mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah
yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui
kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya
dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa
menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan

pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip
tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK
Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur
rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita
kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki
kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi
mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

BIOGRAFI SRI RAHAYU MOHD YUSOP

Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar dalam jagat
kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya yang suka
bercerita.‘Sebagai kakak sulung, saya suka bercerita kepada adik-adik saya. Apabila saya
remaja saya mula menulis sekadar suka-suka. Apabila memasuki universiti, saya belajar
teknik penulisan dengan membaca buku-buku panduan penulisan,” katanya menghimbau
kenangan berjinak-jinak dalam dunia penulisan.Apabila melanjutkan pelajaran di New
Zealand, beliau menemukan keistimewaan negara sendiri sebagai latar belakang cerita.
Hanya ketika berusia 24 tahun, barulah beliau menemui jati diri sebagai penulis. Setelah
berkahwin, suami merupakan penyokong kuat yang memberikan bantuan dari segala segi di
samping galakan. Di samping itu, ibu beliau tidak putus-putus mendoakan kejayaannya.

Sri Rahayu menyukai genre fiksyen sains kerana tidak banyak saingan di peringkat
kebangsaan. Di samping itu, katanya, genre fiksyen sains sentiasa memerlukan penulisnya
mengikuti perkembangan terkini tentang teknologi.“Hal ini memberikan cabaran dan
keseronokan kepada saya,” katanya yang mempunyai dua orang anak.Menjadi pengarang
yang prolifik, berkeluarga dan berkerjaya sebagai guru tentunya memberikan cabaran yang
bukan sedikit kepada beliau untuk membahagikan masa. Walau bagaimanapun Sri Rahayu
mengutamakan kerjaya terlebih dahulu.“Saya sentiasa mementingkan pekerjaan saya sebagai
guru terlebih dahulu. Kemudian mementingkan anak-anak, suami dan ibu saya. Hobi menulis
sebenarnya mengambil tempat yang terakhir dalam hidup saya,” katanya lagi.Walau
bagaimanapun apabila mengarang, beliau akan memberikan komitmen yang bersungguh-

sungguh. Contohnya, beliau akan menyediakan segala buku rujukan dan komputer hampir
dengan dapur supaya beliau boleh memasak sambil menulis. Beliau menjaga anak-anak
sambil menulis; tidur sekejap-kejap sekadar untuk mendapatkan mimpi dan bangun semula
untuk menulis. Apabila ke mana-mana, beliau membawa buku nota untuk menulis sambil
menunggu anak-anak pulang.Secara umum, Sri Rahayu boleh menulis bila-bila masa apabila
beliau mempunyai sasaran atau tarikh hantar manuskrip. Walau bagaimanapun beliau
mempunyai tempoh paling selesa untuk menulis.

“Saya berasa paling selesa menulis pada waktu malam dari pukul 9.00 hingga 12.00
tengah malam. Waktu pagi pula dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi selepas saya berjoging
sejauh dua kilometer,” kata Sri Rahayu yang mementingkan kesihatan.Sri Rahayu yang kerap
menang sayembara penulisan mempunyai alasan tersendiri untuk bertanding.“Saya akui
bahawa tindakan saya itu merupakan suatu strategi. Saya tidak mempunyai wadah penerbitan
selain sayembara. Saya memilih sayembara kerana saya tidak perlu akur pada sebarang garis
panduan penerbitan. Sayembara membolehkan saya menulis tentang isu yang tidak
konvensional (dan tidak berapa laris di pasaran) dan karya itu akan diterbitkan. Saya tahu jika
saya tidak menulis kisah cinta muda-mudi, rumahtangga, atau seram, novel saya tiada tempat
di pasaran,” akui Sri Rahayu.Umum mengetahui novel popular mendapat tempat dalam
kalangan pembaca, terutamanya golongan muda. Walaupun menyedari kecenderungan
tersebut, Sri Rahayu tidak berminat.“Saya tidak berminat untuk menulis novel popular buat
masa ini. Walau bagaimanapun, genre novel popular baik untuk merancakkan industri buku
dan menggalakkan rakyat untuk membaca, selagi tidak mengandungi unsur-unsur lucah atau
yang merosakkan akidah atau yang mengupas sentimen perkauman. Namun begitu, saya
berharap bahawa pembaca suatu hari nanti akan menjinak-jinakkan diri untuk membaca
karya yang lebih kompleks dan tinggi nilai intelek dan budi selepas puas membaca novel
popular,” Sri Rahayu menaruh harapan.Dunia penulisan tidak dapat dipisahkan dengan
kegiatan berpersatuan. Melalui persatuan, pengarang dapat mencambahkan kreativiti dan
bertukar-tukar pandangan. Walau bagaimanapun, Sri Rahayu tidak dapat melakukannya
kerana kekangan masa dan komitmen sebagai penjawat awam di samping ibu kepada dua
orang anak yang masih kecil.
Hal di atas mungkin berkait dengan karakternya seorang yang introvert. Beliau lebih suka
mendengar daripada berbicara. Namun hal itu tidak bermakna beliau tidak prihatin tentang
keadaan sekeliling. Beliau mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengambil tahu tentang
seseorang atau sesuatu walaupun tidak menyuarakannya.Sebagai pengarang, Sri Rahayu

mempunyai rujukan untuk berkarya. Beliau menjadikan karya Shakespeare Romeo &
Juliet, Hamlet dan Macbeth sebagai rujukan. Beliau juga menggemblengkan sumber
daripada Hikayat Panji Semirang, Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu untuk banyak
novelnya. Beliau memodelkan cerita berdasarkan kisah pari-pari Barat (fairy tales).

“Bagi saya, cerita yang seronok dibaca mesti ada putera dan puteri yang mempunyai
kelemahan masing-masing tetapi berhati suci. Cerita yang baik mempunyai raksasa atau
kuasa jahat yang kejam, ahli sihir yang mungkin jahat atau baik, sumpahan, rakan-rakan yang
pelik tetapi sentiasa ikhlas memberi pertolongan, dan cabaran yang datang satu demi satu.
Dan di akhir cerita, apabila keadaan menjadi begitu genting dan seolah-olah tidak
mempunyai harapan lagi, kebaikan akhirnya menang dan kejahatan kembali ke tempat
gelapnya,” beliau bercerita panjang.Dunia penulisan tanah air “dikuasai” oleh orang lelaki.
Pengarang wanita yang aktif dapat dikira dengan jari. Tetapi hal ini tidaklah mendatangkan
masalah kepada Sri Rahayu.“Selama melibatkan diri dalam bidang penulisan, banyak penulis
lelaki memberikan kata-kata perangsang kepada saya. Tiada seorang pun yang merendah-
rendahkan saya. Jika ada yang menyatakan perasaan iri hati, itu adalah gurauan untuk
memotivasikan diri masing-masing supaya sama-sama bersaing,” katanya sambil
tersenyum.Sebagai pengarang, Sri Rahayu mempunyai sasaran dalam dunia penulisan. Beliau
berhasrat untuk menghasilkan satu judul buku setiap tahun. Beliau tidak berharap
untuk memenangi apa-apa anugerah kerana baginya itu rezeki yang ditentukan oleh Allah
SWT. Tetapi beliau yakin mampu melakukannya. Setelah berusaha, beliau hanya berdoa dan
bertawakal. Tetapi yang paling penting adalah mesti menulis dahulu sebelum boleh
mengharapkan apa-apa.

Walaupun sudah memahatkan namanya dengan kukuh dalam dunia kesusasteraan,
beliau mahu terus menulis. Impian beliau seterusnya adalah mencurahkan ilmu penulisan
kepada yang berminat.“Jika ilmu saya sudah tinggi dan saya dianggap sudah layak, saya
mahu mengajar orang lain pula menulis,” katanya mengakhiri perbualan.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

NOVEL SILIR DAKSINA

CERITA RINGKAS

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis
berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip
yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat
walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama
Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya.
Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang

yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip
lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan
beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di
kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan
keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan
kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu
menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

BIOGRAFI NIZAR PARMAN

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31
Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan
Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah
Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
pada tahun 1992.

Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan
Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of
Malaysia.

Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau
terdorong untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan
Negara dan penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan
meminjam buku di perpustakaan.Bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto
Terakhir, Rimba Harapan, Seorang Tua di Kaki Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala, beliau

mula terfikir, sampai bilakah harus membaca karya orang lain? Lantaran pertanyaan itu,
beliau mula memberanikan diri menulis puisi dan kemudiannya cerpen. Karyanya berupa
cerpen, puisi, dan rencana tersiar dalam pelbagai media, seperti Berita Harian, Mingguan
Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan
Wanita dan URTV. Beliau juga menulis novel.Isu dan tema yang ingin disampaikan dan
menjadi keutamaan dalam karya beliau ialah kisah kehidupan masyarakat di luar bandar dan
marhaen. Baginya, kelompok ini cukup penting untuk mengimbangi sosiobudaya masyarakat
di negara kita.Seperti kebanyakan penulis, ketika berkarya, Nizar Parman memilih untuk
menulis dalam suasana yang cukup aman dan tenang. Lantaran itulah beliau memilih waktu
menulis pada larut malam, iaitu dari jam 12.00 tengah malam hingga dinihari.Sebelum
berkarya, Nizar Parman lazimnya banyak melakukan perkara yang digemarinya, seperti
bergaul dengan kelompok masyarakat sama ada dalam majlis keramaian seperti kenduri-
kendara ataupun di warung. Baginya, cerita atau perbualan dengan rakan atau sesiapa sahaja
yang dikenalinya banyak memberikan ilham dalam penulisan. Namun begitu, ada masanya
juga Nizar Parman mengakui bahawa beliau lebih gemar menyendiri untuk mencari idea,
terutama pada saat-saat yang kritikal sehingga tidak menghiraukan orang lain.Ditanya
mengenai konsep atau slogan penulisannya, Nizar Parman menyatakan, “Hidup sebagai
pengarang atau penulis ialah perjuangan yang tidak akan berakhir. Malah, saya cukup
terkesan dengan kata-kata seorang teman, iaitu ‘sastera itu berkeringat’.”Nizar Parman juga
mengaku bahawa bengkel penulisan yang disertainya pada peringkat awal hanyalah setelah
beliau melanjutkan pengajian di MPKI. Di sana, dalam satu program Bahasa Melayu, beliau
telah dibimbing secara peribadi oleh pensyarah yang juga dianggap mentor olehnya, iaitu
Allahyarham Raja Sabaruddin Abdullah.Bagi Nizar Parman, Raja Sabaruddin merupakan
insan yang bertanggungjawab membuka ruang dan memberikan dorongan kepadanya untuk
terlibat dalam bidang penulisan ini. Beliau mengaku bahawa Raja Sabaruddin, yang juga
pensyarah Bahasa Melayu di MPKI, bertanggungjawab membuka ruang untuknya dalam
bidang penulisan ini.
Kemudian, selepas bergelar pengarang, Nizar Parman berpeluang mengikuti beberapa
bengkel penulisan yang lain. Setiap bengkel ini, menurut Nizar Parman, meninggalkan kesan
yang positif kepadanya kerana setiap fasilitator yang dikenali melalui setiap bengkel itu
membawa gaya atau cara penulisan yang tersendiri.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan sejak tahun 1995 sehingga kini, Nizar
Parman telah menghasilkan puluhan puisi dan cerpen yang tersiar dalam pelbagai media
cetak. Beliau juga telah menghasilkan dua buah novel, iaitu Silir Daksina (2009) terbitan

Utusan Publication and Distributors, dan Jajahan Bonda (2014) terbitan Institut Terjemahan
dan Buku Malaysia (ITBM). Di samping itu, antologi cerpennya, Rinduku ke
Syurga diterbitkan oleh ITBM pada tahun 2015.

Hasil kegigihannya menulis dan berkarya. Nizar Parman telah meraih pelbagai
anugerah. Pada tahun 1995, beliau meraih gelaran johan sayembara mengarang cerpen guru
peringkat negeri Perak, tempat ketiga mengarang cerpen guru anjuran Bahagian Pendidikan
Guru dan Dewan Bahasa dan Pustaka peringkat kebangsaan (1998), hadiah sagu hati
Sayembara Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka kategori cerpen (2007), tempat kedua
Hadiah Sastera Karya Utusan kategori novel remaja (2009), Anugerah Penulis Muda Johor
PPJ (2010), Anugerah Khas Sasterawan Parlimen Ayer Hitam (2010), hadiah sagu hati
Sayembara Penulisan ITBM-PENA-Berita Harian kategori novel (2014) dan Anugerah
Tokoh Kepimpinan Hari Guru Daerah Kluang (2014). Mulai tahun 2016, Silir
Daksina terpilih menjadi teks sastera KOMSAS bagi negeri Johor, Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketika ditanya tentang harapan dan situasi sastera masa ini, Nizar Parman
berpendapat betapa sastera kini sebenarnya agak mencabar kerana kelahiran penulis muda
yang mempunyai potensi besar bagi meneruskan kesinambungan penulis karya sastera yang
sedia ada. Nizar Parman berpendapat bahawa penulis sedia ada perlu cekal dan konsisten
dalam berkarya.Namun begitu, dalam kelompok penulis sendiri, masih ada yang keliru antara
istilah karya sastera dengan karya popular. Ada pula golongan penulis yang mahu karya
popular diangkat setaraf dengan karya sastera. Bagi Nizar Parman, jika tidak diimbangi dan
ditangani dengan sewajarnya, hal ini pasti akan mencetuskan konflik besar dalam dunia
kesusasteraan negara kita.Di samping itu, Nizar Parman berpendapat bahawa kebanyakan
penulis muda hari ini cuba untuk menghasilkan karya berbentuk eksperimen yang baginya
seperti salah satu cara untuk cepat kelihatan menonjol dalam kalangan penulis. Harapannya,
penulis muda perlulah rajin mengkaji dan menghayati karya penulis terdahulu (veteran) atau
yang lebih berpengalaman sebelum mengorak langkah lebih jauh dalam arena ini.

KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL

SINOPSIS 8 NOVEL

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA

SINOPSIS KESELURUHAN

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7
pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.
Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu
yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak
lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu
dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang,
Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol
Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-
hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’
masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka.
Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2

Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia sangat
mengemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita mengenai
kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa anak sulungnya ke
tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar 37 anaknya itu mengenai betapa susahnya
untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah
tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber pendapatan kepada Pak Saidi untuk menyara
keluarganya. Penduduk kampung Sungal Ramal bergantung hidup kepada aktiviti pertanian
sepenuhnya. Mereka akan mengusahakan sawah padi dan menoreh getah untuk mendapatkan
sumber pendapatan. Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka
menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad yang terletak di
persimpangan kampung. Pak Saidi dan Adnan singgah sebentar di warung tersebut untuk
melepaskan lelah. Warung itu tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah suara penduduk
kampung yang menjamu selera sambil berbual dan ada juga yang bermain dam.

Bab 3

Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari menoreh getah. Hatinya
gembira apabila melihat gelagat anak-anaknya itu. Sambil duduk berehat di atas pangkin
kayu, Pak Saidi melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat. Adnan mengajak
adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu melibatkan dua lawan
satu, namun Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua adiknya kerana sikapnya yang
tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat, Adnan yang selalu menang. Pak Saidi
dapat melihat semangat pahlawan yang ada dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun tidak

berpelajaran, tetapi Pak Saidi mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi terhadap
masa depan anak-anaknya.

Bab 4

Pak Saidi bersama anak sulungnya, Adnan pergi ke dusun durian untuk
membersihkan kawasan dusun tersebut. Setelah selesai membersihkan dusun, mereka
melepaskan penat dengan berehat di sebuah pondok yang terdapat dalam dusun tersebut.
Sambil berehat di pondok, Adnan mengambil peluang untuk bertanya ayahnya mengapa
dusun itu terletak berdekatan dengan kawasan kubur. Ayahnya telah menceritakan tentang
asal usul kawasan dusun tersebut. Adnan juga telah bertanya mengenai asal usul keluarganya
yang berasal daripada keturunan Minangkabau.Pak 38 Saidi juga telah bercerita kepada
Adnan mengenai penentangan orang Melayu terhadappihak penjajah.

Bab 5

Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya, Mak Milah. Mak
Milah mempelawa Pak Saidi untuk makan tengahari. Pak Saidi mengajak anakanaknya
unttuk makan tengahari bersama. ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk memberi nasihat
kepada anak-anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada ayahnya untuk bersekolah pada
tahun hadapan. Mak Milah telah bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk menghantar Adnan
samada di sekolah melayu, sekolah inggeris ataupun di sekolah pondok. Akhirnya, Mak
Milah akur dengan keputusan yang diambil oleh Pak Saidi.

Bab 6

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk
kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi
murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang
berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar
Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Tengahhari dia menjemput anaknya dari
sekolah.

Bab 7

Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai heboh bercerita
mengenai Pak Saidi yang menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris.Ramai penduduk
tidak bersetuju.Pak Saidi orang pertama yang berbuat demikian.Mereka khuatir anak Saidi
akan dipengaruhi oleh Orang Putih.Lebai Pian menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan atas
perbutan Saidi. Namun, Tok Ketua membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak
Lebai Pian mencuri buah rambutan dan durian orang kampung.Nordin iaitu anak Lebai Pian
membuat rancangan uuntuk mengenakan Pak Saidi. 39

Bab 8

Pak Saidi berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim
datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah.Kemudian, Karim
memberitahu kepada Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil
tindakan ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim
inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar anaknya ke sekolah
Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua Kampung, Lebai Pian,
Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi. sedikit perbalahan telah berlaku antara
Pak Saidi dengan Lebai Pian.Akhirnya Lebai Pian kehilangan kata apabila telah dibidas oleh
Pak Saidi.

Bab 9

Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk melepaskan penat setelah
bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad serba sedikit perkataan bahasa
Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah dicerobohi mencuri.Adnan dan Pak Saidi
telah cuba untuk mengejar pencuri itu, Pak Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki
Adnan. Tayar basikal Pak Saidi telah dibocorkan oleh pencuri itu.Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar yang rajin dan pintar. Dia amat disenangi teman dan guru-gurunya.

Bab 10

Adnan merupakan pelajar yang rajin dan disayangi gurunya seorang lelaki Inggeris
bernama Anderson. Tambahan pula apabila Adnan mengatakan dia bercitacita menjadi
seorang askar. Adnan berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak lama lagi.
Selepas berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan sebuah basikal baharu.

Bab 11

Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan dalam bahasa inggeris,
rakan-rakannya telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah tertarik dengan kesungguhan
Adnan. Selepas itu, ramai rakannya yang lain turut ingin menyahut cabaran dafripada Cikgu
Nazri. Mak Milah menguji sikap anaknya yang berkobar-kobar dan berkeyakinan 40 tinggi.
Pak Saidi memberikata-kata semangat supaya menguatkan lagi semangat Adnan untuk
menang. Adnan telah menjuarai pertandingan tersebut.

Bab 12

Adnan dan Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan telah
bertikam lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati atas
kemenangan yang berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam perlawanan bola
sepak . Pada hari itu, telah diadakan perlawanan tinju antara kampung Sungai Ramal dan
Kampung Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat dalam pertandingan itu.Para
penyokonh telah menyokong dengan kegahirahan. Kemudian penonton terkejut apabila
melihat Budin dan Adnan berpelukan dan bersalaman

Bab 13

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi
seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawanpahlawan Melayu. Dari situ timbulnya
semangat untuk menjadi askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada
masa itu telah mula bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama di
kalangan guru-guru.

Bab 14

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil
anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak
menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota
tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan
Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus

menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah. 41

Bab 15

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke
kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang
lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah
diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.

Bab 16

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal
dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling
mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah
dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke
Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu
rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih
menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi
dari London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih
Muda

Bab 18

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan
kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan.
Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi
ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. 42 Mereka tinggal

di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen
Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

Bab 19

Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini
merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.
Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anakanaknya pulang ke kampung mereka di
Kajang.

Bab 20

Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu kerana bukit itu penting
untuk dipertahankan. Sekiranya pertahan di bukit Candu dapat ditembusi maka musuh boleh
menguasai Singapura dengan mudah. Sampai ke bukit Candu. Leftenan Adnan mengarahkan
anggota tenteranya menggali lebih banyak parit untuk dijadikan kubu serta berjumpa dengan
penghulu Sidek bagi membincangkan masalah mengenai penduduk kampung yang enggan
berpindah.

Bab 21

Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat
mengadakan persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart,
pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan Laksamana
Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh. Mereka membincangkan
mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia termasuk Tanah Melayu dan Filipina.
Masing-masing yakin serangan tentera Jepun itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan
adanya askar Melayu yang diberi tugas bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah
Melayu.

Bab 22

Sebuah pesawat peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan di lapangan
terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, 43 Indochina
Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada

mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah
kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap
dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai
kapal tempur). Pada pendapatnya, kapalkapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang
berkecuali, atau ke Tanah Melayu. Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua
laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu bertindak dengan segera.
Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan agar belayar
ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan Panglima Besar Phillips
menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke
Darwin, Australia, dan kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan
mengenai konvoi Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak
penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca
buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang, angkatan
penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.

Bab 23

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita
mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada
takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam
angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu.
Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap
risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
=adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi
tanah air. 44

Bab 24

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British
mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa
tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan
pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja
pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit

Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai
digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan
membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang
mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis
dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan
dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami
terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah
kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah
mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun
berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa
pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani
tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun,
sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan
mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak
dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur. 45

Bab 25

Pada pagi 8 Disember 1941, bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota
Bharu suatu mesyuarat tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera
menghubungi Ibu Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk Siam
mendapati adanyanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkla dan Pattani. Tetapi Ops
Matador tidak dapat d dilakasanakan kerana Jeneral A. E. Percival yang bertanggungjawab
dengan Ops Matador sedang menghadari mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat.
Mereka mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di Kota Bharu. Keadaan di Barat, nasi
sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham
memaklumkan perkara tersebut barulah Ops Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu
kemaraan tersekat di Sungai Kelantan. Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan
yang kuat.

Bab 26

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh Tentera Jepun
dalam masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan telah pun musnah. Empat buah kapal
pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak dapat berbuat apa-apa kerana maereka juga

diserang oleh kapal terbang Jepun. Jener A.E Percival mengarahkan tentera India British
menyerang tentera Jepun. Dalam keadaan kelam kabut, berubdur dari Nongka, Panglima Brid.
Jen. Garret dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan.
Pada masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun
menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad sudah
tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah terkorban di medan
perang. Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad.

Bab 27

Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai Tentera Jepun. Mereka tiba
di Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di Kota Bharu.Pertempuran demi
pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi satu negeri-negeri di Semananjung Tanah
Melayu dalam masa yang singkat Pihak British terpaksa berputih mata dan terpaksa
mengundurkan tenteranya ke Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. 46 Panglima
Tertinggi British di Timur Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan
digantikan oleh LT. Jen. Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung
Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar
berkerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju dengan
tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang sedang melanda.
Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat pemeriksaan kedudukan
pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut. Kapten Rix dan Adnan mengatur
persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang.

Bab 28

Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera diraja British. Serangan balas
tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan bedilan yang bertubi-tubi. Pasukan tentera
India dan tentera British yang bertahantidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan
terpaksa berundur. Kejayaan tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral Yamashita.
Jeneral Yamashita telah menghantar surat kepada Jeneral A. E. Precival supaya menyerah
kalah. Leftenan Adnan akan mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa
cara sekalipun.

Bab 29

Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang terdiri daripada pengawal
kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan mereka untuk menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar Melayu menentang Tentera Jepun.
Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan pertahanan di satu rabung dipanggil
dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral Yamashita berang apabila tiga pengintipnya mati
ditembak Askar Melayu. Berita penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B" meresahkan
Leftenan Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang
terakhir. 47

Bab 30

Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur
ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah
menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan penggempur memerintahkan
orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan.
Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia
mahu pasukannya mencari jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera
Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk mengelirukan musuh. Dua puluh
orang tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat.

Bab 31

Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera
Jepun telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu, tentera Jepun
telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu secara besar-besaran.
Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan
serangan pasukan artileri.

Bab 32

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran
berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak
musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah
tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke

titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya
untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya
menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan
lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan
Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. 48 Kerana meradang akibat kehilangan
ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di
bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh
Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat
oleh Koperal Yaakob.

Bab 33

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah
kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan
Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu
memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang
putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam.
Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob
pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah
terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.

Bab 34

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,
Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat
tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan
Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi
menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang
pendudukan Jepun di tanah Melayu.

Bab 35

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan
Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat
terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi 49 alas perut. Sophia dan

anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah
kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oelh British. Rakyat telah kembali memulakan
kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia
bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah
Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula mengajar di
sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan
Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri
yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia
disahkan menghidap penyakit leukimia.

NOVEL DI SEBALIK DINARA

SINOPSIS KESELURUHAN

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya
kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.
Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang
banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi
menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok
komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek
Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta
oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka
manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu

Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi
berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan
bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk
menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha
menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan
tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat
Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar. 25 Semasa meneliti kontrak yang
diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha
dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di
bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan
mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi
Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan
jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai. Keesokan pagi,
Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk
mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa
mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti
Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya
sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid
dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan
berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan
Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Keesokannya, Shida
menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan
sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan.
Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain,
Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy)
telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan
diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal. Di hospital,
Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha memaklumkan
Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar dari
hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke
dalam Dinara akan diaktifkan lalu 26 memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam
perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan

kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan
pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang
diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses
seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab
semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia
selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida
yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara
sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl
yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan
Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina /
mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl
yang sebenar sedang nazak. Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang
untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat
pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di
Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang
terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak
sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem, baru sahaja
selesai bermesyuarat di Nusa Jaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha
berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapal
terbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang
merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya,
Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat 27 pintunya juga telah terpasang retinal scanner.
Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan
JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana
besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama
rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal
terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr. Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

Bab 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah
simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam
Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur
kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha
berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui
hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini
Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di
makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan
penetrator berupa sebatang pen berwarna perang. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki
oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram.
Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk
menyelamatkan Dinara.

Bab 3

Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek,
Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara
itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi
peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5
juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum
pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah.
Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit. 28

Bab 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di
Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul
Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang
canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan
beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya
apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan
data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan

mereka pulang bersamasama. Namun, dalam masa yang sama Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul
Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha
dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat
perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan
untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh
Farisha. Pada malam itu juga Dr. Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan
Alia, sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk
Farisha dan Shida.

Bab 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Shida dibawa oleh
Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod
program yang ada dalam Soth Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat
kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi
hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah
berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan
masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 juta yang dia
perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada
petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya
bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah
menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal. Farisha bersetuju. Farisha
pulang 29 dengan kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini
bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab pula, Alia bertengkar dengan Dr. Maxi kerana
banyak data pengetahuan dan perasaannya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga
menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain
yang ada hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa
Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi
syarikat di Senawang itu untuk membesarkan skop kerjanya. Pada malam itu Shida
mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.

Bab 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu.
Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan
mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl. Dalam komunikasi


Click to View FlipBook Version