The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haiqalzamani92, 2021-08-31 10:59:26

KESULTANAN JOHOR RIAU

KESULTANAN JOHOR RIAU

KESULTANAN
JOHOR

RIAU

NAMA : Muhammad Zamani Haiqal bin Mohd Zamri
KELAS : 2Bristol
NO.MAKTAB : CP201083
SUBJEK MATAPELAJARAN : Sejarah
GURU SUBJEK MATAPELAJARAN : Cikgu Norahima

BIL TARIKH JADUAL KERJA
1. 23/7/2021
PERKARA
2. 1/8/2021 Menerima taklimat daripada guru subjek Sejarah berkaitan
3. 14/8/2021 penulisan tugasan.
Membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk tugasan.
4. 25/8/201 Menulis maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan.
Mengemas kini projek.
5. 31/8/2021 Menyemak dan menghantar tugasan.

OBJEKTIF KAJIAN

1) Untuk mengkaji pengasasan dan perkembangan Kesultanan Johor Riau.
2) Untuk memahami lebih lanjut tentang Kesultanan Johor Riau.
3) Untuk mengetahui kegemilangan Kesultanan Johor Riau.

KAEDAH KAJIAN

1. Melayari Internet.
2. Bahan Bacaan.
3. Media.

PENGENALAN

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu
Melaka .Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta
wilayah jajahan takluk dan naungan Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan
Johor Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keangungan kerajaan
awal di Alam Melayu.

LATAR BELAKANG PENGASASAN KESULTANAN JOHOR RIAU

Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit
sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1262-1511) yang mana negeri Johor
menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai
oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri
ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh
Sultan Alauddin Riayat Shah I, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun
1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah Johor, Riau, wilayah
yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu
Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung
Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru,
Kampar dan Siak di Sumatera.

Pada tahun 1946, Johor telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union dan Dua
tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya
persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

I. PENGUASAAN KERAJAAN

II. PUSAT PEMERINTAHAN KOTA KARA,PEKAN TUA

III. PUSAT PEMERINTAHAN KOTA SAYONG,SAYONG PINANG
IV. PUSAT PEMERINTAHAN KOTA BATU,JOHOR LAMA

Cabaran Ke Arah Kegemilangan

Kesultanan Johor Riau menghadapi pelbagai cabaran untuk mempertahankan
kedaulatannya.Antara cabaran tersebut termasuklah persaingan Johor-Acheh-Portugis,
Perang Johor-Jambi,kontlik pembesar dan ancaman Raja Kechil.

1. Persaingan Johor-Acheh-Portugis
2. Perang Johor-Jambi
3. Konflik Pembesar
4. Ancaman Raja Kechil

Strategi Menghadapi Cabaran

Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran yang menggugat
kedaulatannya dengan menggunakan beberapa strategi.Antaranya termasuklah
memindahkan pusat pemerintahan,membina kota pertahanan serta menjalinkan
hubungan persahabatan dengan Belanda.

1. Pemindahan Pusat Pemerintahan
2. Membina Kota Pertahanan

3. Menjalinkan Hubungan dengan Belanda

KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU

1. Kedudukan Strategik
 Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal

besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.
 Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya mengawal

lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.
 Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik

menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

2. Tumpuan Para Pedagang
 Tumpuan pedagang dari China, Gujerat,Belanda dan pedagang Inggeris.
 Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan tidak

berminat berdagang dengan Portugis di Melaka.
 Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras.
 Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan

lain di Alam Melayu.

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang Dagangan
Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan keluaran
Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab.

 Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor
ialah lada hitam, bijih timah dan emas.

 Bijih timah dibawa masuk dari Klang,Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau
Bangka, Sumatera.

 Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula dari Inderagiri.
 Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak,sagu,

pinang, ikan masin, periuk belanga,lilin dan garam yang didatangkan dari
Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning dan
Rembau.
 Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat perdagangan untuk barangan yang
dibawa dari China.
 Antaranya termasuklah benang emas,kain sutera putih, barang tembikar,seramik,
kuali besi, teh dan tembaga.
 Pedagang Jawa membawa beras.
 Pedagang Gujerat pula membawa kain, wangian dan manik.
 Johor juga mendapat bekalan beras yang diniagakan oleh pedagang Siam.

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
 Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di

pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau.
 Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris

dan pulau-pulau di Alam Melayu.

PENGURUSAN PELABUHAN

Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau mengendalikan barang dagangan dan
kemampuannya membekalkan semula kapal dengan cepat dan murah, merupakan
antara faktor utama yang menjadikan pelabuhannya sebagai pelabuhan entrepot.

1) Kemudahan Pelabuhan
 Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan barangan bagi

mengelakkan daripada kebakaran.
 Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan.
 Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan

rempah-ratus.

2) Urusan Jual Beli
 Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata wang.
 Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang emas yang dikenali

sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang timah sebagai katun.
 Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico

dan duit Belanda turut digunakan.
 Syahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab mengurus sistem

jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan yang dikenakan terhadap
pedagang adalah berpatutan. Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat
timbangan barangan.

3) Sistem Naungan
 Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan daripada

Bendahara,Temenggung,Laksamana dan Raja Indera Bongsu.
 Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan

naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan.
 Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada

Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

4) Peranan Orang Laut
 Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang,

penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat
Melaka.
 Orang Laut juga terlibat mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan
menjadi tentera angkatan laut.

5) Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal
 Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal

bersaiz kecil.
 Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal.Mereka membuat kapal pesisir pantai

seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang. Kemahiran ini telah
membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.

PUSAT PERSURATAN

Penghasilan karya persuratan membuktikan Kesultanan Johor Riau juga tidak
ketandusan dengan karya agung dan tokoh persuratan yang berkaliber. Batu Sawar
dan Pulau Penyengat, Riau memainkan peranan penting dalam perkembangan
penulisan karya persuratan berkaitan kerajaan Melayu.

Karya Agung

Kesultanan Johor Riau banyak menghasilkan karya agung. Karya agung bermaksud
karya yang tertulis dalam bahasa Melayu yang mampu mencetuskan unsur pemikiran,
sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu. Karya
agung juga melambangkan pencapaian unggul dalam tamadun Melayu yang
mencerminkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu.

Sulalatus Salatin

i. Bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja.
ii. Naskhah asal karya ini bernama Hikayat Melayu telah disusun dan ditulis semula

oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612.
iii. Kandungannya menceritakan asal usul keturunan raja-raja Melaka, adat istiadat

kerajaan dan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

Hikayat Hang Tuah

i. Sejarawan menyatakan bahawa naskhah ini dihasilkan oleh pengarang dari
Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada tahun 1641.

ii. Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentas sepanjang
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

iii. Kandungannya juga berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan Hang Tuah
kepada raja dan Kesultanan Melayu Melaka.

Tokoh Persuratan

 Tun Seri Lanang
i. Nama sebenar Tun Seri Lanang ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka

Raja.
ii. Dilahirkan di Bukit Seluyut, Kota Tinggi pada tahun 1565.
iii. Menjadi Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II.

iv. Menyusun dan menulis semula Sulalatus Salatin atas titah Raja Abdullah, adinda
Sultan Alauddin Riayat Shah II.

v. Dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda, Acheh dan menjadi Raja
Uleebalang di Samarlanga.

Karya Lain

-Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari.

-Karya ini merupakan antara karya persuratan yang tersohor dihasilkan pada zaman
Kesultanan Johor Riau.

-Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan Gurindam Dua Belas dikarang oleh
Raja Ali Haji.

-Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai.

-Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MEMARTABATKAN KARYA-
KARYA PERSURATAN MELAYU KE PERINGKAT ANTARABANGSA.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memartabatkan karya-karya persuratan
melayu ke peringkat antarabangsa ialah menggunakan bahasa melayu yang betul
ketika upacara rasmi seperti mesyuarat.Hal ini kerana,ia menunjukkan bahawa Bahasa
Malaysia adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan yang melibatkan
pentadbiran di dalam negara Malaysia.Selain itu,Menguatkuasakan Bahasa Melayu
dalam penyiaran dan pengiklanan siaran serta dalam penjenamaan produk supaya
dikenali di luar negara ketika produk mahupun iklan ditayangkan di luar negara
Malaysia.Akhir sekali,menggunakan bahasa Melayu ketika bertutur serta berkomunikasi
bersama sama dengan rakyat senegara ketika di luar negara bagi menunjukkan
bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa utama bagi negara Malaysia.

MENGAPAKAH GENERASI MUDA HARI INI PERLU MEMELIHARA KEDAULATAN
AGAR KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN NEGARA TERUS TERJAMIN?
Generasi muda hari ini perlu memelihara kedaulatan agar kemakmuran dan kemajuan
negara terus terjamin kerana generasi ini akan meneruskan legasi untuk
memartabatkan bahasa melayu pada masa akan datang.Ini juga penting bagi
melahirkan pemimpin untuk memimpin Malaysia supaya terusb maju serta aman pada
masa hadapan.Selain itu,memelihara kedaulatan merupakan perkara penting supaya
Malaysia terus maju serta dikenali dalam menghormati pemimpin serta tanah air di
mata dunia.Akhir sekali,memupuk semangat patriotik terhadap negara Malaysia sejak
dari kecil lagi,bak kata pepatah melayu “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” .

SUMBER RUJUKAN

I. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2,Bab 6.
II. Laman web Wikipedia

RUMUSAN

Saya Muhammad Zamani Haiqal bin Mohd Zamri telah pun menyiapkan kajian kes bagi
tahun 2021.Saya bersyukur kerana berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat
beberapa halangan sepanjang melakukan tugasan ini.

Antara pengetahuan yang saya perolehi ialah mengetahui cabaran yang dihadapi oleh
Kesultanan Johor Riau untuk mempertahankan kedaulatanya.Walaupun pelbagai
cabaran dihadapi,Kesultanan Johor Riau tetap menjadi pusat perdangangan yang
unggul.Nilai`nilai murni yang saya perolehi semasa membuat kajian ialah,kebijaksanaan
dan keberanian oleh pemimpin-pemimpin Kesultanan Johor Riau dalam menghadapi
serta menjadikan Kesultanan Johor Riau mencapai kegemilangannya walaupun
terdapat beberapa perang sepanjang pengasasan Kesultanan Johor Riau.

Kesimpulannya,sepanjang membuat tugasan ini,pelbagai ilmu dan maklumat tentang
Kesultanan Johor Riau telah saya memperolehi.Saya berharap agar saya terus
mengingati serta mencontohi sikap pemimpin Kesultanan Johor Riau untuk
Kegemilangan Johor Riau.


Click to View FlipBook Version