The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liyanaikups, 2022-07-06 23:32:33

Tugasan 3: E-MAJALAH SBLM1023 | SEMESTER SESI 2021/2022

Tugasan 3 E-MAJALAH

Keywords: PERMAINAN TRADISIONAL

SBLM1023 | SEMESTER
SESI 2021/2022

TRADISI
MELAYU

GROUP 1

MAJALAH TRADISI MELAYU

ISI
KANDUNGAN

1 Tinta Editor
2- Artikel Utama
3- Artikel Sampingan

4- Ruangan Kreatif
- Pantun teka-teki
- Berita Semasa

5- Ruangan Iklan
6 Kesimpulan

AFNAN SYAMIL BIN MOHAMMAD ZAMRI
267716

SITI RABIAH ADAWIYAH BT MD ZAKRI
273038

SAHIRA BINTI DIN
279295

NUR LIYANA IZZATI BINTI MARZUKHI
280844

Assalamualaikum w.b.t dan salam
sejahtera. Di kesempatan ini kami
sekumpulan ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah
kami bagi subjek SBLM1023 iaitu Dr.
Ahmad Fuad bin Mat Hassan, yang
telah banyak membimbing dan
mengajar kami dengan pelbagai ilmu
baharu iaitu kemarihan menghasilkan
majalah secara maya atau lebih
dikenali sebagai E-majalah. Setinggi
perhargaan jugak kepada ahli
kumpulan untuk menjayakan
E-majalah ini.

Untuk tugasan diberi ini, kami Di antara permainan itu
sekumpulan memilih tajuk adalah tingting, wau,
tentang permainan congkak, galah panjang,
tradisional di Malaysia. batu seremban, main guli,
Permainan tradisional telah main lidi dan sebagainya.
banyak membentuk
sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita semua.
Ada diantara permainan ini
sekarang tidak lagi dimainkan
tetapi hanya diketahui oleh
ibu bapa mahupun nenek
moyang kita sahaja.

Asal UTsaudlisPionaerlmainan

oleh : Sahira Din

Warisan kebudayaan Malaysia adalah sangat unik dan pelbagai. Namun, dek kemajuan
teknologi pada hari, keistimewaan warisan terdahulu semakin terkubur. Semakin
menyentuh hati apabila anak muda tidak mengetahui kewujudan permainan-permainan
tradisional seperti congkak, wau, guli, kho-kho, mahjong dan pelbagai lagi. Permainan
tradisional daripada pelbagai kaum ini telah disia-siakan tanpa dipeduli dengan nilai
sentimental yang ditinggalkan. Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi
dengan permainan-permainan ini seperti dapat mencergaskan tubuh dan mengeratkan
hubungan antara sesama kaum. Ia juga menjadi satu tarikan bagi pelancong-pelancong
yang datang ke Malaysia. Malangnya, anak Malaysia terlalu asyik dengan perubahan
teknologi sehingga melupakan segala warisan yang perlu dijaga.Dalam mengelakkan
warisan kita semakin dilupakan, anak muda perlu memainkan peranan dalam
membangkitkan kembali keseronokan bermain permainan tradisional ini.

KHO-KHO

Kho-kho merupakan satu permainan yang popular di

kalangan kaum india. Permainan ini berasal daripada

Maharashtra. Permainan ini merupakan satu permainan

‘lari dan kejar’ di mana seorang pemain akan berlari

dan mengejar dan seterusnya menyentuh pemain lain.

Setiap kumpulan mempunyai 12 pemain tetapi hanya 9

daripadanya yang akan bermain bagi satu perlawanan.

Setiap giliran akan berlangsung selama 7 minit. Bagi

kumpulan pengejar, 8 pemain akan berasa di tengah

setiap kotak. Mereka akan berdiri secara bertentangan

dan berselang-selang. Seterusnya kejar-kejaran akan

berlangsung sehingga pihak lawan tersingkir.

Permainan ini memerlukan kecergasan fizikal serta

peserta yang fleksibel.

MAHJONG
Mahjong adalah permainan yang berasal dari China
dan popular dalam kalangan masyarakat cina di
Malaysia. Ia merupakan permainan untuk 4 pemain.Ia
dimainkan menggunkan keping kad atau plastik tebal
yang berbentuk segi empat bujur. "Buah" mahjong ini
dibahagikan kepada 3 jenis iaitu "Bing", "Tiao" dan
"Wan". Terdapat 4 set sejenis buah mahjung ini
dengan bunga yang serupa dan dinomborkan dari
satu hingga sembilan, dan menjadikan jumlahnya 108
biji. Selain itu, terdapat 36 lagi buah tambahan dan
gantian. Matlamat utama permainan ini adalah untuk
membentuk satu set gabunban sebanyak 14 biji buah
mahjong. Ianya memerlukan kemahiran dan
kecekapan dalam mengatur strategi dalam
membentuk gabungan biji mahjong tersebut.

Wau

oleh Siti Rabiah Adawiyah

Permainan layang-layang, juga dikenali Jenis-jenis wau yang terdapat di Malaysia
dengan nama wau merupakan satu aktiviti
menerbangkan layang-layang tersebut di Wau Bulan
udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal Wau bulan merupakan antara jenis wau yang
dari perkataan kerajaan Melayu Pattani paling popular di Malaysia. Kepopularannya
(Thai) memandangkan negeri seperti didominasi oleh rakyat pantai timur
Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diSemenanjung Malaysia. Bentuk jenis wau ini
menggunakan perkataan tersebut. menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan
dan separa bulatan pada bahagian ekornya.
Perkataan layang-layang pula digunakan di Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan
kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai yang terbit di angkasa apabila diterbangkan Dari
barat dan selatan Semenanjung Malaysia segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz
seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang
dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi
Lanang yang menyatakan bahawa Raja 3.5 meter.
Ahmad bermain layang-layang bersama
pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Wau Kucing
Selain itu kemunculan nama wau juga Wau Kucing dikatakan mendapat nama
dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur daripada bentuknya yang menyerupai seekor
yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke kucing yang sedang duduk dari sudut belakang,
udara, daun ibus yang dipasang pada busur bermula dari bahagian kepala, badan dan
tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" seterusnya ekor kucing. Pada kebiasaannya,
secara berirama. wau Kucing akan dipasang dengan degung atau
busur pada bahagian atasnya.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi
untuk pelbagai peringkat umur. Permainan berdengung yang terhasil apabila angin melalui
wau juga diadakan untuk pertandingan. tali busur yang direntang. Ketika diterbangkan
Pertandingan yang melihat bentuk ke udara, Busur wau Kucing dikatakan akan
kecantikannya diukur dari segi mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti
keindahannya kepada bentuk, corak kucing.
ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan
ukurannya.

Wau Jala Budi Wau Kangkang
Wau Jala Budi merupakan sejenis jenis layang- Wau Kangkang merupakan sejenis jenis
layang yang popular di negeri Kedah. Ia layang-layang yang popular di Kelantan,
merupakan wau tradisional yang telah dimainkan Malaysia. Ia merupakan wau tradisional yang
secara turun-temurun di Malaysia. Wau Jala Budi telah dimainkan secara turun-temurun di
dikatakan mendapat nama daripada bentuknya Malaysia. Wau kangkang menyerupai bentuk
yang menyerupai daun budi manakala perkataan wau jala budi tetapi memiliki corak ekor yang
jala pula wujud dari kerangka ekor Wau Jala mencapah.
Budi.

Wau Merak Wau Puyuh
Wau Merak merupakan sejenis jenis layang- Wau Puyuh merupakan sejenis jenis layang-
layang yang popular dikalangan keturunan Bugis layang yang popular di Kelantan, Malaysia. Ia
di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Layang- merupakan wau tradisional yang telah
Layang Kipasdan dipercayai berasal dari dimainkan secara turun-temurun di Malaysia
Sulawesi, Indonesia. Ia memiliki rekabentuk Wau Puyuh menyerupai bentuk wau bulan
bercirikan burung Merak dan tidak terikat kepada tetapi memiliki corak ekor yang lebih
saiz yang tertentu. Wau merak biasanya melengkung..
mempunyai ekor yang panjang yang
membezakannya dengan wau helang.

Wau Dodo Helang Wau Kapal
Wau Dodo Helang merupakan sejenis jenis Wau kapal merupakan sejenis jenis layang-
layang-layang yang popular di Terengganu, Ia layang yang popular di Selangor. Ia
tergolong dalam kategori wau burung. Wau dodo merupakan wau tradisional yang telah
helang ini mempunyai rupa yang sama dengan dimainkan secara turun-temurun di
wau helang kecuali hiasan pada dada layang- Malaysia.Wau kapal tradisional menerapkan
layangnya yang berbeza. hiasan meng­gunakan teknik telepuk, tebuk
dan tampal manakala wau kapal moden lebih
mudah untuk dihasilkan kerana tiada motif
hiasan seni tradisional.

Tokoh Permainan Gasing

oleh Sahira Din

KOH KIM BOK TOKOH

GASING

Encik Koh Kim Bok merupakan seorang anak jati Bukkit
Rambai, Melaka. Beliau lahir lada 11 Ogos 1942. Beliau
meminati permainan gasing ini sejak berumur 12 tahun.
Bakat beliau kemudiannya semakin terserlah dan mula
menyertaii pertandingan. Pertandingan pertama yang
dimenangunya adakah di Kejohanan Gasing Merdeka
1957.
Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Gasing Bukit
Rambai pada tahun 1968. Menerusi persatuan ini, banyak
perlawanan-perlawanan persahabatan antara kampung
dan negeri dijjalankan. Encik Koh Kim Bok ini juga banyak
memegang jawatan sepanjang hayatnya. Antaranya
ialah Pengerusi Persatuan Gasing Negeri Melaka dan
Pengerusi Pengadil Gasing Malaysia.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang penceramah
yang hebat dallam menyampaikan ilmu permainan
gasing. beliau mampu untuk menghasilkan gasing dan
merupakan pakar dalam membuatnya dan kemahiranny
telah diiktiraf oleh PerbadanannKemajuan Krafttangan
Malaysia dan dikurniakan beberapa anugerah.

ABDUL RAZAK B. HJ ALI

TOKOH GASING

Salah seorang tokoh permainan gasing yang
disegani ialah Abdul Razak b. Hj Ali atau lebih
dikenali sebagai Pak Teh. Beliau merupakan
anak jati Kampung Kubang Telaga.
Penglibatan beliau di dalam industri permainan
gasing ini tidak dapat disangkal lagi. Beliau
terlibat dengan pembuatan gasing sejak
berumur 18 tahun dan berkerja sebagai petani.
Beliau juga mahir dalam pembuatan gasing
terutamanya Gasing Uri.
Gasing Uri popular di Kelantan dan biasanya
dibingkai dengan timah, besi plumbum (zat
logam berwarna putih kebiru-biruan. Dapat
dilihat bahawa Pak Teh sebagai tokoh amat
telah memberi banyak inspirasi kepada anak
muda pada hari ini.

BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.
Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan
kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat
orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-
ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak
dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai
buah.

Cara Bermain : Buah Tiga:

Buah Satu: Buah tiga ada sedikit perbezaan.
Pada lambungan pertama, hanya
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, satu biji buah akan dikutip.
berkeadaan semua buah tidak Lambungan yang kedua pula, tiga

menyentuhi satu sama lain. biji buah akan dikutip dengan

Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu serentak.

itu harus dilambungkan ke udara. Buah Empat:

Dalam masa yang sama, sebiji buah di Buah ibu akan dilambungkan ke
atas lantai harus dikutip.
udara.
Perlakuan begini akan berterusan Pada masa yang sama, pemain

sehingga semua buah di atas lantai harus mengutip kesemua empat

sudah dikutip, biji buah yang berada di lantai

Buah Dua: dengan serentak.

Cara buah dua dimainkan ialah

sama seperti buah satu.

Hanya dua biji buah harus dikutip

dengan masa yang sama.

Ini bermakna, ibu akan

dilambungkan sebanyak dua kali

sahaja.

BATU
SEREMBAN

Buah Lima:

Buah lima akan dimainkan

seperti buah empat.

Pemain harus melambungkan

buah ibu ke udara dan

mengutip keempat-empat biji

buah diatas lantai dengan

serentak.

Selepas itu, buah ibu harus

dilambungkan ke udara dan

pada masa yang sama, empat Buah Tujuh:

biji buah yang ada di dalam

tangan pemain harus Buah tujuh adalah urutan

diletakkan di atas lantai

supaya hanya buah ibu sahaja daripada buah enam.
Dua biji buah yang ada di
yang akan disambut.

Buah Enam: dalam tangan harus
dengan
dilambungkan

Pada peringkat yang ke-enam, serentak.
pemain akan pendapat sedikit Selepas itu, hanya satu biji
perbezaan.
Pada peringkat ini, pemain buah yang akan dikutip.
akan mendapat bahawa dua Buah ibu hendaklah disambut
biji buah akan menjadi buah
ibu. dengan kedua-dua belah
Apabila sebiji daripadanya tangan.
dilambung ke atas udara, sebiji
lagi buah ibu harus ditukar Satu di tangan kiri, dan lagi
dengan buah yang lain yang satu di tangan kanan.
terdapat di atas lantai hingga
selesai. Pada akhirnya, buah ibu yang
dilambung terakhir juga akan

disambut.

.

PANTUN TEKA-TEKI

Jalan berliku juga beronak,
Duri terpijak tidaklah asing;
Zaman riang kanak-kanak,
Bermain congkak bermain gasing.

Pergi kedah melihat bendang,
Singgah sebentar diwarung kopi,
Bersama teman bermain layang
layang,
Indah sungguh kenangan hati..

Makan nasi kedai cik tipah.
Duduk bersandar di atas pangkin.
Zaman dulu suka baling selipar.
Tak lupa jugak tutup oren.

Tarian zapin sudah diisi
Jangan diisi tarian celaru
Kuda kepang permainan tradisi
Gagah kah lagi di zaman yang
baru

Bunyi rebana sudah bergema
Cepatlah adik nanti terlambat
Wau, gasing permainan lama
Bagaimana mungkin mahu
dimartabat

Lupakan gajet buat sekitika

NEGARA kita kaya dengan pelbagai
jenis permainan tradisional yang tak
lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Permainan tradisional seperti congkak,
gasing, galah panjang, batu seremban,
teng-teng, tarik upih dan konda-konde
diamalkan masyarakat dahulu sebagai
pengisi masa lapang.

Malah permainan tradisional semakin
dilupakan kerana perkembangan pesat
teknologi gajet dan penambahan
aplikasi permainan secara maya.

“Pada tahun ini corak karnival berbeza Dalam usaha mengekalkan tradisi
sedikit berbanding penganjuran rakyat ini, Kelab Anak-Anak Hebat
sebelumnya apabila kami turut Ikatan Muslimin Malaysia (Nazim)
membuka penyertaan kepada orang mengambil inisiatif menganjurkan
dewasa. Pembabitan ibu bapa ini Karnival Sukan Tradisional secara dua
diharapkan mampu berinovasi untuk tahun sekali untuk memberi
mewujudkan atau melahirkan idea pendedahan kepada generasi muda
riadah cara tradisional,” katanya. terutama kanak-kanak.

“Secara umumnya, permainan
tradisional bukan sahaja memberi
hiburan, malah ia memberi manfaat
terhadap kecerdasan rohani dan
jasmani ketika bermain terutama di luar
rumah.

Julai 31, 2019

RUANGAN
IKLAN

Hari demi hari negara kita semakin
maju kehadapan dengan
perkembangan dari segi gadjet
elektronik dan pelbagai lagi namun
permainan tradisional kini semakin
dilupakan dengan adanya teknologi
yang maju sekarang. Bagaimanapun,
dengan bantuan kerajaan mahupun ibu
bapa haruslah menperingatkan anak-
anak kita tentang permainan
tradisional agar permainan ini
diteruskan dan diingati sampai bila-bila.
Pihak sekolah jugak boleh adakan
kokurikulum dengan adanya
pengajaran tentang permainan
tradisional ini agar semua pelajar dari
kecil akan serap dalam dirinya dan
akan mengingati permainan tradisional
ini agar ia menjadi suatu tradisi dalam
silibus kokurikulum mahupun di mana-
mana sahaja. Tidak lupa juga dengan
adanya teknologi yang canggih
sekarang mampu menyebarkan
maklumat tentang permainan
tradisional ini di media social yang sedia
ada bagi memeriahkan lagi permainan
tradisional ini di kalangan masyarakat
malaysia mahupun di mana sahaja,
tidak lupa juga dengan adanya
permainan ini dapat jugak untuk kita
bersama menyatukan rakyat malaysia
dengan pelbagai bangsa dan negara
untuk menikmati permainan tradisional
ini.


Click to View FlipBook Version