Disediakan oleh :
Ustazah Zalilah
SK Jalan Kuantan 2
Semoga anak-anak semua
berada dalam keadaan sihat
sejahtera dan dirahmati Allah
selalu… Tajuk kita hari ini
ialah ibadah puasa.
PENGERTIAN PUASA
Ustazah, apakah maksud
puasa ?
Puasa ialah menahan diri daripada
perkara-perkara yang membatalkan
puasa bermula daripada terbit fajar
hingga terbenam matahari disertai
dengan niat.
DALIL NAQLI
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu
diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa.
HUKUM PUASA
Ustazah, apakah HUKUM
puasa ?
Berdasarkan dalil dari Surah Al-
Baqarah tadi, adalah WAJIB bagi
semua umat Islam yang mampu
menunaikan puasa pada bulan
Ramadan.
RUKUN PUASA
Kawan-kawan…
Rukun puasa ada
2 sahaja iaitu…
Niat
Tidak melakukan perkara
yang membatalkan puasa
LAFAZ NIAT PUASA
Maksud :
Sahaja aku berpuasa esok
hari untuk menunaikan fardu
Ramadan tahun ini kerana
Allah Taala
SYARAT WAJIB PUASA
Islam
Tidak wajib bagi orang kafir
Baligh
Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa
Beraqal
Orang gila tidak diwajibkan berpuasa
Mampu
Tidak uzur dan tidak sakit
SYARAT SAH PUASA
Islam Suci daripada haid,
Orang yang bukan nifas & wiladah
Islam tidak sah
puasa. Khusus bagi wanita
Beraqal (mumayyiz) Bertepatan dengan
Tidak sah puasa waktu
orang gila, pengsan Tidak berpuasa pada
dan belum mumayyiz hari yang diharamkan
PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA
Bersahur
Melewatkan sahur
Memperbanyakkan amalan sunat
(contoh: tadarus, bersedekah &
iktikaf)
Menyegerakan berbuka
Berbuka dengan tamar
Memberikan makanan kepada orang
lain untuk berbuka puasa
PERKARA YANG MEMBATALKAN BERPUASA
Memasukkan sesuatu Haid, nifas dan wiladah
melalui rongga terbuka
Muntah dengan sengaja Mengeluarkan air mani
dengan sengaja
Pengsan dan mabuk Berjimak di siang hari
sepanjang hari, gila
walaupun sekejap
KEPENTINGAN PUASA RAMADAN
ROHANI JASMANI MASYARAKAT
Mendekatkan diri Menghindarkan Mengikis sifat
kepada Allah penyakit yang kedekut dan
Melatih diri agar berpunca daripada sombong
bersifat ikhlas, perut
amanah dan sabar. Merehatkan organ Mendidik
dalaman badan. masyarakat agar
tidak boros dan
membazir.
Menyemai
perasaan kasih
sayang sesama
manusia
Sekian sahaja untuk kali ini.
Ustazah harap murid-murid
semua faham nota yang
diberikan. Jika ada sebarang
persoalan sila ajukan di ruangan
komen Google Classroom.
Jaga diri dan jaga kesihatan.
Jangan lupa solat dan baca Al-
Quran. Sehingga bertemu lagi.
#stayhome
#staysafe