The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AINISAA MOHAMAD, 2022-03-21 11:42:03

HANTARAN PB SOALAN 1

HANTARAN PB SOALAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU – PENGHASILAN PRODUK

Nama : SITI NORAINISAA BINTI MOHAMAD
030217-08-0986
No. K/P : 2021242310219
PPISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X9
Program : EN. ABDUL RANI BIN HASSAN
14 MAC 2022
Ambilan :

Unit :

Nama Pensyarah :

Tarikh Hantar :

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: Tarikh : 14 MAC 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
IPOHPENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022

Program : PPISMP Nama Pelajar: SITI NORAINISAA BINTI MOHAMAD

Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: SEMESTER II / TAHUN 2022
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan JUN 2021
DAN
KEBUDAYAAN : X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
MELAYU Kumpulan

TUGASAN X9,X10 DAN X11.
:
PENGHASILAN PRODUK
TARIKH MULA TARIKH HANTAR
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012;
BMM1014; BMM1024; dan 22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
BMM1034 (30 minit)
14 MAC 2022 08 APRIL 2022

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi
akal budi dalam puisitradisional. (C2, HPP1)

2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan
Melayu, kebudayaankebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4,
HPP2, KKG2)

3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya
sastera. (C3, A3, HPP2,HPP5, KKG1, KIK2 )

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

serta manifestasi akalbudi dalam puisi tradisional dalam bentuk
penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui
persembahan kumpulan.

I

TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan
fikiran pengarangnya.Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir
pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu
terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk
iaitu e-book dengan menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu
serta memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah syair,
sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti
masing-masing yang merangkumitajuk-tajuk berikut:

• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan

kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.

1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk
mengaplikasikan ciri-ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya
sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja

2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan
aspek kandungan dan elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi
yang berkesan dan berhemah melibatkan penggunaan pelbagai alat
kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitisserta
mempunyai nilai akademik yang tinggi.

3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli
kumpulan semasa simulasikumpulan dipersembahkan.

4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri
kesantunan bahasa dan sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu
BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi danrumi; BMMB 1144 –
Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.

II

Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk
iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau
maklumat. Namun anda perlu memastikan bahawa setiap data atau
maklumat yang digunakan mestilah merangkumi jurnal, buku rujukan
dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar
sendiri dari iTEMS, IPG Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA
(American PsychologicalAssociation)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta
lampirkan senarai rujukandalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa
dan tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab
yang kukuh boleh menjejaskan gred pencapaian.

4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam
satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.

5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:

2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.

III

3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat
menyokong hujah-hujah yang anda kemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan
sokongan ilmiah.

5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan
hujah dalam menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi

kehendak tugasan (sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi
buku, sumber Internet, jurnal dan bahan- bahan bercetak yang lain).
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran
yang disediakan.

IV

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Tarikh: 28 JANUARI 2022

Disahkan oleh:

.......................................

(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Tarikh: 04.02.2022

JKA/Jun2019 V

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya saya dapat menyiapkan tugasan
pentaksiran berterusan penghasilan produk bagi subjek BMMB1104 dalam masa yang
telah ditetapkan dan ribuan penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh yang telah memberikan saya ruang dan peluang untuk mengejar cita-cita
sebagai seorang pendidik.
Sekalung penghargaan saya hadiahkan kepada Encik Abdul Rani bin Hassan
selaku pensyarah bagi subjek ini kerana telah memberikan kefahaman yang
mendalam untuk saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau, tiadalah
kejayaan di sebalik penghasilan tugasan saya. Tunjuk ajar serta kuliah yang
dijalankan amat bermanfaat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, sebesar-besar penghargaan saya berikan kepada ibu dan bapa
saya sebagai tulang belakang yang sentiasa memberi semangat, nasihat dan tunjuk
ajar atas setiap apa yang saya lakukan. Sokongan yang tidak terhingga telah
menjadikan saya lebih bersemangat untuk belajar dan mengajar suatu hari nanti.
Selain itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberi dorongan juga tunjuk ajar dalam menjayakan tugasan ini. Nasihat yang
diberikan serta bimbingan rakan-rakan tidak akan dilupakan.
Akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah
membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Segala budi yang dicurahkan akan saya kenang selamanya

JKA/Jun2019

ISI KANDUNGAN

BILANGAN TAJUK MUKA SURAT
Soalan Tugasan I-V
1
1 Pengenalan 2-4

Konsep Kesusasteraan Melayu 5-6
2.1Takrif
2 2.2 Jenis 7 - 12
2.3 Bentuk 13
2.4 Ciri-ciri 14

Fungsi Kesusasteraan Melayu
3.1 Aspek Hiburan
3 3.2 Aspek Pendidikan
3.3 Aspek Dakwah
3.4 Aspek Kritikan Sosial

Manifestasi Akal Budi
4.1 Pantun
4 4.2 Syair
4.3 Seloka
4.4 Gurindam

5 Rumusan

6 Rujukan

JKA/Jun2019

PENGENALAN

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Begitu juga dengan sastera Melayu yang
semakin hanyut dibawa arus kemodenan. Jika kita menjaga sastera dengan baik,
maka makin mekarlah seni di tanah air. Tetapi dalam menyusur arus globalisasi yang
semakin moden dengan pembangunan dan alatan canggih telah menyebabkan
kesusasteraan Melayu semakin tidak dipandang masyarakat disebabkan wujudnya
cara komunikasi lain bagi masyarakat (Jamian & Md Radzi, 2015). Malahan,
beberapa buah karya sastera zaman kini telah menyebabkan kemerosotan karya
sastera terutamanya dalam sastera genre novel. Keindahan bahasa dalam penulisan
karya sastera Melayu telah menunjukkan sebuah kesenian yang lahir daripada
pemikiran masyarakat. Nilai keindahan sastera wujud dalam beberapa aspek seperti
gaya bahasa, teknik dan deskripsi dalam ciptaan sesebuah karya kesusasteraan
tersebut (Ali, 2011). Kesusasteraan Melayu merangkumi pelbagai bidang seperti puisi
moden, prosa tradisional, prosa moden dan puisi tradisional.

JKA/Jun2019 1

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU

Kegiatan penghasilan karya sastera telah banyak membuka mata masyarakat kini
tentang keistimewaan dan keunikan bahasa Melayu. Setiap bait yang ditulis
mempunyai maksud yang tersendiri sama ada dalam bentuk tersurat mahupun tersirat.
Walau bagaimanapun, penghasilan karya sastera pada zaman ini makin berkurang
kerana masyarakat kini terutamanya golongan muda tidak berminat dengan sastera
disebabkan kurang penghayatan untuk memahami sesebuah karya tersebut kerana
sastera merupakan hasil karya orang dahulu (Mat Piah, 1989/1990). Konsep
kesusasteraan Melayu terdiri daripada takrif sastera, jenis dan bentuk kesusasteraan
Melayu serta ciri-cirinya yang tersendiri.

2.1 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Keindahan sering dikaitkan dengan karya sastera yang dihasilkan daripada inti
pemikiran penulis Melayu sejak dahulu (Ali, 2011). Malahan takrif bagi kesusasteraan
yang umum dan selalu didengar ialah bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa (Rajali, 2013). Tuntasnya, kesusasteraan Melayu didefinisikan sebagai
sebuah hasil karya masyarakat Melayu yang menggunakan kata-kata indah,
menyampaikan mesej dan maklumat, dapat menggambarkan perasaan serta keadaan
atau situasi tertentu yang mempunyai kaitan dengan diri sendiri atau masyarakat
(Rahmat et al., 2022/2022).

2.2 JENIS KESUSASTERAAN MELAYU
Sastera Melayu terbahagi kepada empat bidang umum iaitu prosa moden, prosa

tradisional, puisi tradisional dan puisi moden dan setiap bidang terdiri daripada pelbagai
jenis karya.

JKA/Jun2019 2

Memetik bidang pertama iaitu puisi tradisional yang merupakan sastera terawal
bagi masyarakat terbahagi kepada empat jenis karya iaitu pantun, syair, nazam dan
seloka.Karya ini dikatakan sastera terawal kerana kesusasteraan telah digunakan
sebagai alat perantaraan yang memainkan peranan penting untuk mengertakan
hubungan masyarakat (Harun, 2004). Setiap jenis karya ini mempunyai keistimewaan
dan kriterianya yang tersendiri. Pantun ialah hubungan antara pembayang dan maksud
dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat yang meliputi unsur estetik dan
kebiasaannya mengikut tema sesuatu. Syair sejenis puisi yang berlagu manakala
seloka bermaksud berseloroh, jenaka dan menyindir.

Seterusnya, prosa tradisional yang terbahagi kepada dua iaitu sastera rakyat (lisan)
dan sastera istana (tulisan). Sastera rakyat (lisan) terbahagi kepada dua iaitu naratif
lisan dan naratif tulisan serta sastera bukan naratif. Naratif lisan yang berunsurkan
rakyat merangkumi tiga bidang iaitu mitos yang terdiri daripada karya pembomohan,
kejadian, kedatangan Islam dan pembukaan kerajaan negeri manakala yang kedua
iaitu legenda yang terdiri daripada memorat, pendosa dan tokoh ternama. Bagi cerita
rakyat pula adanya cerita binatang, cerita jenaka dan cerita dongeng. Naratif tulisan
pula berkait dengan istana semasa zaman pra-Islam seperti cerita panji, hikayat
ramayana dan epik mahabrata. Seterusnya, zaman Islam wujudnya sastera tatanegara,
sejarah, agama, undang-undang, hikayat, epik dan bingkai. Dalam konteks bukan
naratif pula, adanya sastera kitab, sastera ketatanegaraan, sastera undang-undang dan
sastera sufi.

Selain itu, prosa moden yang merangkumi novel, cerpen, filem dan drama. Novel
ialah penghasilan karya rekaan yang panjang untuk membentuk sebuah perjalanan
kehidupan dan kebiasaannya mengisahkan tentang kehidupan manusia. Cerpen ialah
singkatan bagi cerita pendek di mana karya ini dicipta untuk menggambarkan emosi,
perasaan, situasi dan sebagainya yang hanya terikat kepada satu tema sahaja. Selain
itu, drama ialah karya sastera yang disampaikan melalui lakonan dan dialog. Bagi
menjayakan drama, pementasan dalam drama merupakan perkara terpenting untuk
menjayakan penghasilan drama yang berkualiti.

Puisi moden hanya mengandungi satu karya iaitu sajak. Sajak merupakan sebuah
puisi yang terikat pada suatu pola yang khusus dalam menghasilkan irama, rentak dan
rima yang cantik. Puisi moden iaitu sajak tidak terikat kepada peraturan seperti
pemilihan kata, rangkap, baris dan sebagainya seperti puisi tradisional.

JKA/Jun2019 3

2.3 BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU

Terdapat pelbagai bentuk kesusasteraan Melayu. Contohnya bagi prosa tradisional,
sastera rakyat merangkumi cerita binatang seperti asal usulnya, epik dan kisah sambut
menyambut. Selain itu, adanya sastera yang berbentuk mitos iaitu cerita yang dianggap
benar dan memberi kesan kepada masyarakat dan seterusnya sastera berbentuk
legenda yang dipercayai benar-benar berlaku. Bagi karya bukan naratif, adanya sastera
berbentuk kitab, undang-undang, sufi dan ketatanegaraan manakala bagi karya naratif
tulisan, adanya sastera berbentuk cerita panji, epik serta hikayat dan sebagainya.

2.4 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

Antara ciri utama kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa yang indah.
Keindahan bahasa tersebut dianggap seni kerana gaya bahasa yang digunakan sangat
halus dan mampu membuatkan pembaca terbuai dalam lamunan sastera tersebut.
Selain itu, mencerminkan pengalaman di mana setiap karya sastera pasti mempunyai
perkaitan dengan kehidupan manusia. Pembaca dan pendengar dapat membayangkan
hasil karya yang dibaca berdasarkan pengalaman yang telah dilalui oleh mereka.
Tambahan lagi, pengalaman seni iaitu penghayatan yang baik untuk memahami setiap
bait karya yang dicipta oleh pengarang untuk mencapai tahap pemahaman yang
maksimum. Akhir sekali, karya seni itu sendiri yang dapat melambangkan sesebuah
karya sastera seperti mementingkan penggunaan bahasa, variasi fiksyen, nilai-nilai
estetik dan gaya bahasa yang digunakan.

JKA/Jun2019 4

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Masyarakat pada zaman dahulu gemar menggunakan bahasa untuk melambangkan
sesuatu seperti menggambarkan situasi, keadaan semasa, menyampaikan mesej dan
nilai, mengajak membuat amal baik dan sebagainya. Keunikan sesebuah karya sastera
dapat dilihat dengan maklumat yang ingin disampaikan seperti perbezaan zaman
dahulu dan kini. Berikut merupakan fungsi-fungsi karya sastera Melayu :

3.1 ASPEK HIBURAN

Penghasilan sesebuah karya sastera mestilah mempunyai intipati yang dapat
menarik perhatian masyarakat untuk membacanya. Fungsi sastera yang pertama ialah
sebagai hiburan. Karya sastera bukan hanya tertumpu kepada menyampaikan mesej
dan maklumat tetapi sastera juga berfungsi sebagai hiburan terutamanya dalam sastera
kanak-kanak. Hal ini dapat memberikan kegembiraan dan keseronokan kepada
pembaca. Hiburan dapat dilihat daripada aspek gaya bahasa yang digunakan, irama
dan rentak yang tersusun, kemampuan karya untuk mendalami emosi pembaca dan
pendengar, unsur-unsur kelucuan dan lain-lain (Rahmat et al., 2022/2022). Antara
contoh karya sastera hiburan ialah cerita jenaka Pak Kaduk dan seloka Pak Pandir.
Karya sastera hiburan dapat memberikan rasa geli hati kepada pembaca tetapi tidak
semua pembaca dapat mesej hiburan tersebut. Mana-mana karya sastera dapat
memberikan hiburan kepada pembaca yang betul-betul dapat mentafsir bait-bait ayat.
Tambahan lagi, sastera hiburan dapat mengisi waktu lapang untuk menghilangkan
kebosanan. Misalnya, sastera hiburan yang disampaikan dengan lisan lebih mencuit
hati para pembaca dan pendengar kerana adanya irama, rentak, gaya dan emosi
yang digunakan semasa menyampaikan sastera.

3.2 ASPEK PENDIDIKAN

Aspek pendidikan bukan hanya tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran
semata-mata, malahan dapat diaplikasikan dalam sastera Melayu. Pendidikan dalam
sastera merangkumi pelbagai bidang seperti ekonomi, politik sosiologi dan agama yang
mengandungi pengajaran atau nilai-nilai murni yang dapat disampaikan kepada para
pembaca dan pendengar. Menurut Rahmat et al., (2022), mendidik secara tidak
langsung akan meninggalkan kesan yang lebih baik daripada pendidikan secara
langsung. Hal ini kerana, masyarakat khususnya pelajar sudah terbiasa dengan
keadaan di sekeliling dan mereka dapat menerima pengajaran secara tidak langsung
yang berkait rapat dengan persekitaran daripada belajar mengikut sukatan
pembelajaran yang diterima dengan hati yang terbuka mahupun terpaksa. Jika diteliti
dan diberikan penghayatan yang lebih mendalam, kita dapat lihat adanya nilai dan
pengajaran yang disampaikan dalam sesebuah karya sastera secara tersirat mahupun

JKA/Jun2019 5

tersurat (Malik, 2015). Jika kita mengimbau kembali masyarakat zaman dahulu, mereka
gemar berkias dalam memberikan nasihat dan pengajaran supaya tidak mengguris hati
mana-mana pihak. Contohnya karya sastera kanak-kanak iaitu Sang Kancil dan Buaya
memberikan pengajaran dan nilai yang baik untuk pembacanya. Misalnya, kita
hendaklah sentiasa memberikan pertolongan untuk orang yang memerlukan dan
menghargainya budi mereka.

3.3 ASPEK DAKWAH

Dakwah merupakan antara fungsi terpenting sesebuah sastera kerana setiap karya
yang dihasilkan pasti membawa mesejnya yang tersendiri. Tambahan lagi, fungsi
dakwah ini dapat diambil dalam karya yang mengajak ke arah kebaikan. Hal ini kerana,
dakwah dalam sastera dikatakan proses penyampaian mesej baik kepada manusia
untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan diri sendiri dan masyarakat. Karya sastera
berunsurkan dakwah lebih bersifat ketuhanan terutamanya dalam ajaran agama Islam
kerana masyarakat Melayu beragama Islam. Tetapi, tidak semestinya karya tersebut
hanya mengajak untuk beribadah, malah karya yang mengajak masyarakat untuk
membuang sampah ke dalam tong sampah dengan rapi juga dianggap dakwah kerana
kebersihan melambangkan perwatakan diri dan sekeliling kita. Sastera dakwah selalu
disampaikan dalam bentuk syair seperti Syair Dagang dan Syair Perahu.

3.4 ASPEK KRITIKAN SOSIAL

Fungsi yang terakhir ialah sastera sebagai kritikan sosial. Karya sastera
semestinya tidak lari daripada gambaran kehidupan masyarakat Melayu atau situasi
sesuatu dari zaman dahulu sehingga kini. Kritikan sosial dalam sastera telah membuka
mata masyarakat bahawa terdapat pelbagai jenis manusia di dalam dunia ini sama ada
yang baik, sederhana mahupun kurang baik. Para sasterawan selalunya
menggambarkan situasi masyarakat dalam karyanya sama ada dari perspektif positif
mahupun negatif (Gaisun, 2015). Maka, para pembaca dan pendengar karya sastera
dapat mengetahui pelbagai susun lapis masyarakat, hubungan persaudaraan,
perbezaan pangkat dan wujudnya jurang kemasyarakatan.

JKA/Jun2019 6

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI

Karya sastera amat penting bagi masyarakat Melayu zaman dahulu kerana dengan
sastera, mereka dapat mengungkapkan sebuah pemikiran dan akal budi orang
Melayu. Kebiasaannya, bahasa yang digunakan lebih berpuitis, gaya bahasa yang
indah dan tidak kasar, mementingkan kehalusan bahasa dan sentiasa berlapik
supaya dapat menghasilkan sebuah seni yang berkualiti serta tidak mengguriskan
hati mana-mana pihak. Hal yang demikian memerlukan pembaca sastera untuk
berfikir dan mentafsir pemikiran masyarakat Melayu dalam penghasilan sesebuah
karya (Zakaria, 2014). Akal budi yang diketengahkan mencerminkan beberapa
aspek penting seperti perbuatan, pemikiran dan sikap masyarakat yang
mementingkan keindahan dan kesenian berbahasa. Para pembaca perlu mencari
makna dan pemahaman dengan penghayatan untuk memahami sesebuah karya
sastera dengan menggunakan akal manakala budi membawa maksud pertuturan,
perlakuan dan kehalusan berbahasa dalam menghasilkan karya sastera. Dalam
memanifestasikan akal budi masyarakat Melayu dalam karya puisi tradisional,
terdapat beberapa ciri penting yang perlu diberikan perhatian iaitu dari segi pemikiran,
pertuturan, perlakuan, gaya hidup dan kehalusan berbahasa.

JKA/Jun2019 7

4.1 PANTUN

Kata tua kata bermanfaat,
Banyak manfaat dapat dirasa,

Hina bangsa tiada muafakat,
Tidak muafakat umat binasa.

Kata tua kata bertuah,
Tuah melekat seisi alam,

Hina bangsa kerana lemah,
Lemah akibat tidak sefaham.

Dalam pantun adat di atas, kita dapat lihat pemikiran masyarakat Melayu
berkenaan tingginya kedudukan suatu adat. Rangkap pertama, kata tua kata
bermanfaat bererti setiap pertuturan orang-orang tua, pasti mempunyai kebaikannya.
Banyak manfaat dapat dirasa ialah daripada kata orang-orang tua, kita dapat
manfaatnya dan kelebihan manfaat tersebut dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan.
Hina bangsa tiada muafakat bermaksud jika masyarakat tidak bersatu padu dalam
mengukuhkan hubungan antara suatu kaum, pasti akan membawa kepada
perbalahan. Tidak muafakat umat binasa bermaksud jika masyarakat sudah tidak
bersatu padu, pasti akan berlaku pergaduhan dan wujudnya jurang antara
masyarakat.

Bagi rangkap kedua, kata tua kata bertuah membawa maksud, setiap pertuturan
orang tua pasti terselitnya nasihat yang boleh membawa kepada sebuah rezeki. Tuah
melekat seisi alam ialah walaupun di mana kita berada, pasti adanya rezeki di sekitar
persekitaran kita. Hina bangsa kerana lemah bermaksud kelemahan sesebuah
masyarakat dapat dilihat pada perpaduan yang dibina sama ada baik atau buruk.
Lemah akibat tidak sefaham ialah di persekitaran kita adanya rezeki tetapi
disebabkan kelemahan masyarakat, kita tidak dapat menikmati rezeki hidup
bermuafakat.

Pemikiran yang telah digunakan sesuai dengan situasi masyarakat Melayu yang
hidup bersama kaum lain. Kita hendaklah hidup bermuafakat kerana tanpa muafakat,
kehidupan bermasyarakat akan menjadi kucar kacir. Gaya bahasa dan pertuturan
yang digunakan menunjukkan keindahan dan kehalusan bahasa telah diaplikasikan.
Hal ini kerana, pengarang tidak mahu mengguris hati mana-mana pihak dan menegur
secara halus.

JKA/Jun2019 8

4.2 SYAIR

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati.

Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat bernilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan.

Kuasanya besar sukar digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Berdasarkan baris pertama, ilmu itulah gemala sakti yang membawa maksud
segala gerak geri dan perbuatan yang ingin dilakukan hendaklah menggunakan ilmu
kerana tanpa ilmu, manusia tidak dapat berfikir pun. Sinarnya cerah cahaya sejati
bermaksud apabila adanya ilmu pengetahuan yang luas, kita dapat beroleh masa
depan yang lebih cerah seperti menjadi orang yang berilmu. Asal puncanya lamun
didapati bermaksud semakin kita berilmu, semakin luas penghayatan terhadap ilmu
manakala sukar bercerai sehingga mati bermaksud, apabila kita adanya ilmu
pengetahuan, kita tidak akan terpisah dengannya kerana ilmu akan bersama
sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir. Seterusnya, harganya tidak
dapat bernilaikan bermaksud harga ilmu pengetahuan tidak mampu dijual beli.
Sebuah dunia belinya bukan ialah ilmu pengetahuan tidak boleh didagangkan
walaupun di seluruh dunia kerana kita hanya dapat menimba ilmu apabila kita
mempelajari sesuatu. Kuasanya besar sukar digunakan bermaksud seseorang yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas akan membandingkan keperluan dan
keutamaan dalam kehidupannya. Akhir sekali, di laut di darat di rimba di pekan
membawa maksud apabila kita memperoleh ilmu pengetahuan yang tinggi, kita dapat
menggunakannya walau di mana kita berada.

Pemikiran syair ini telah membawa ke arah kebaikan di mana pengarang
menekankan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Kehalusan bahasa sastera
dalam syair ini menunjukkan seni bahasa yang berilmu dan setiap barisnya
mengandungi mesej yang jelas. Bertepatan dengan gaya hidup masyarakat Melayu
yang sentiasa menimba ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu sangat dipandang
tinggi dalam masyarakat Melayu.

JKA/Jun2019 9

4.3 SELOKA

Sudah bertemu kasih sayang,
Duduk terkurung malam siang,
Hingga setapak tiada renggang,
Tulang sendi habis bergoncang.

Berdasarkan seloka di atas, sudah bertemu kasih sayang bermaksud terjalinnya
sebuah hubungan yang rapat antara dua insan yang membawa kepada rasa sayang.
Duduk terkurung malam siang bermaksud dua insan tersebut dilamun rasa bahagia
sehingga tidak memikirkan hal-hal yang lain. Hingga setapak tiada renggang
bermaksud apabila berjumpa, hubungan tersebut menjadi semakin rapat sehingga
tidak mahu berpisah dan baris yang terakhir tulang sendi habis bergoncang
bermaksud hubungan tersebut telah masuk ke alam percintaan sehinggakan
wujudnya debaran ketika berjumpa.

Pemikiran pengarang dalam seloka di atas menunjukkan perjalanan sebuah
kisah hubungan cinta antara lelaki dan perempuan. Seloka tersebut jelas
menunjukkan gaya hidup masyarakat yang belum berpasangan manakala dalam
konteks pertuturan pula, pengarang telah menggunakan bahasa yang baik dan
menunjukkan wujudnya penghormatan antara dua pihak yang belum berkahwin.

JKA/Jun2019 10

4.4 GURINDAM - Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga

Apabila terpelihara mata, Apabila perut terlalu penuh,

Sedikitlah cita-cita. Keluarlah fi’il yang tidak senonoh.

Apabila terpelihara kuping, Anggota tengah hendaklah ingat,

Khabar yang jahat tiadalah damping. Di situ banyak orang hilang semangat.

Apabila terpelihara lidah, Hendaklah peliharakan kaki,

Nescaya dapat daripadanya faedah. Daripada berjalan yang membawa rugi.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

Berdasarkan rangkap pertama, apabila terpelihara mata, sedikitlah cita-cita
bermaksud kita hendaklah memelihara mata daripada melihat perkara-perkara yang
dilarang oleh Tuhan. Bagi rangkap kedua, apabila terpelihara kuping, khabar yang
jahat tiadalah damping. Kuping membawa maksud telinga di mana kita hendaklah
menjaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak baik supaya dapat
mengelakkan timbulnya fitnah dan mengelakkan diri daripada hasutan yang
membawa ke arah negatif. Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya
faedah bermaksud jika seseorang dapat menjaga pertuturan dan bahasanya, dia
akan terpelihara daripada mendapat dosa dan lebih banyak memperoleh kebaikan.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, daripada segala berat dan
ringan membawa pengajaran bahawa kita perlu menjaga tangan daripada mengambil
sesuatu yang bukan hak milik kita supaya dapat dijauhkan daripada azab yang berat
dan ringan. Seterusnya, apabila perut terlalu penuh, keluarlah fi’il yang tidak senonoh
bermaksud jika kita makan sehingga terlampau kenyang, berkemungkinan kita tidak
dapat mengawal perbuatan yang buruk kerana fi’il bermaksud perbuatan dalam
bahasa Arab. Maka, kita hendaklah menjaga nafsu makan supaya dapat mengawal
segala gerak geri daripada melakukan perkara yang tidak baik. Anggota tengah
hendaklah ingat, di situ banyak orang hilang semangat bermaksud kita hendaklah
memelihara anggota tengah iaitu hati supaya sentiasa bersemangat dalam menjalani
kehidupan dan tidak mudah berputus asa manakala rangkap terakhir hendaklah
pelihara kaki, daripada berjalan yang membawa rugi yang bermaksud kita hendaklah
menjaga setiap langkah supaya tidak berjalan di tempat yang membawa kerugian
seperti melangkah ke tempat-tempat yang dilarang.

Gurindam dua belas merupakan puisi tradisional yang memberikan nasihat dan
teladan kepada masyarakat. Pemikiran pengarang menekankan tanggungjawab

JKA/Jun2019 11

sebagai seorang manusia untuk menjaga diri sendiri daripada segala keburukan.
Perlakuan dan tingkah laku yang disisipkan dalam gurindam tersebut memberikan
nilai pengajaran kepada masyarakat untuk sentiasa membuat amalan baik supaya
tidak terjerumus ke jalan yang salah. Gaya hidup yang ditunjukkan merangkumi
semua peringkat umur kerana tiada masa yang terhad untuk kita berubah menjadi
lebih baik

JKA/Jun2019 12

RUMUSAN

Sebagai menggulung wacana akhir, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan
Melayu merupakan seni yang teramat indah yang disampaikan melalui bahasa (Saludin,
2020). Tambahan lagi, karya sastera dapat menjana perkembangan minda ke tahap
maksimum dalam memanifestasikan akal budi sama ada dalam pemikiran, pertuturan,
perlakuan, gaya hidup dan kehalusan bahasa yang digunakan. Sebagai masyarakat
Melayu yang mencintai keindahan bahasa, kita hendaklah memelihara karya sastera
yang sedia ada daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta
menggiatkan diri dalam menghasilkan karya-karya terbaru yang berkualiti tinggi supaya
tidak pupus ditinggalkan zaman serba canggih. Seterusnya, kita hendaklah menyemai
rasa cinta kepada kesusasteraan Melayu dalam kalangan generasi globalisasi agar
dapat mengangkat karya sastera Melayu di seluruh pelosok dunia dan
memperkenalkan sastera kepada generasi akan datang supaya mereka tidak hanya
dapat mendengar tetapi dapat merasa keindahan sastera itu sendiri. Pepatah Melayu
ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. Intihannya, kitalah yang bertanggungjawab
untuk mengangkat karya sastera Melayu supaya dapat memperkenalkannya ke seluruh
dunia.

JKA/Jun2019 13

RUJUKAN
Ali, A. H. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan melayu tradisional. PENDETA

Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 99–117.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1109
Gaisun, I. Z. (2015). Penilaian esei-esei kritikan drama dalam dewan sastera tahun 2000-2010
[Master]. http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56951/1/FBMK%202015%2012RR.pdf
Harun, J. (Ed.). (2004). Ilmu kesusasteraan abad ke-21. Universiti Sains Malaysia.
Jamian, M. N., & Md Radzi, S. B. (2015). Kesusasteraan melayu tradisional sebagai wadah
komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of
Communication Jilid, 31(2), 183–194.
http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf
Malik, A. (2015). Nilai-nilai budi pekerti dalam karya raja ali haji. Jurnal Peradaban Melayu, 10,
96–107. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/2009
Mat Piah, H. (1990). Puisi melayu tradisional satu pembicaraan genre dan fungsi. Dewan
Bahasa Dan Pustaka. (Original work published 1989)
Rahmat, A., Zainuddin, M. N., Abu Bakar, S., Hassan, A. R., & Awang, H. (2022). Pengenalan
kesusasteraan & kebudayaan melayu. Pustaka Al-Ehsan. (Original work published
2022)
Rajali, M. H. (2013). Keunikan dan keistimewaan kesusasteraan. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU
Saludin, M. R. (2020). Puisi melayu tradisional. Jurnal Peradaban Melayu.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/download/3227/2212/
Zakaria, N. (2014). Peranan pengarang tradisi dalam melahirkan masyarakat pemikir. Procedia
- Social and Behavioral Sciences 134, 134, 259–269.
https://doi.org/https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.247

JKA/Jun2019 14


Click to View FlipBook Version