DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
MEDIA SOSIAL DAN KELESTARIAN PENGGUNAAN MENURUT ISLAM
OLEH
NORSYAZWANI FARHANAH BINTI SABTU (33DTM18F2004)
NURFARHANA BINTI ABD KADIR (33DTM18F2002)
SITI NUR ADILLAH BINTI MOHD NOR (33DTM18F2003)
HANIS FARHANA BINTI ALIAS (33DTM18F2008)
PENSYARAH
PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL
PENGENALAN
Pada era globalisasi, perkembangan teknologi internet telefon bimbit
dan komputer riba juga semakin bertambah. Ini memberi kesan besar
terhadap perkembangan media sosial yang telah membawa fenomena
besar kepada kemodenan teknologi maklumat bukan hanya di negara
maju, tetapi juga di negara kita, Malaysia. Contohnya media sosial kini
boleh melayari Facebook, Twitter, Whatsapp dan Instagram dengan
mudah kira masa dan tempat dengan telefon bimbit. Ini membincangkan
beberapa kepentingan media sosial kepada masyarakat, terutamanya
masyarakat Islam dan kesannya yang menyumbang keruntuhan nilai
akhlak seseorang muslim sekiranya menggunakan medium ini kearah
negative. Salah satu makna penting media sosial yang dapat memberi
manfaat kepada masyarakat Islam ialah memberi pemahaman kepada
masyarakat tentang Islam berdasarkan Al-Quran dan sunnah Nabi.
Media sosial adalah media yang berkesan untuk menyampaikan mesej
Islam. Di dunia ini,sifat teknologi yang maju ini memudahkan orang
untuk mendapatkan maklumat atau pemahaman tentang islam, kerana
orang sekarang sering menghabiskan masa dengan media sosial di
mana sahaja dan untuk mengukuhkan keyakinan umat Islam untuk
menjalankan aktiviti dakwah. Kesimpulannya, media social memainkan
peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat terutama yang
berkaitan dengan Islam, agar masyarakat islam sentiasa memahami
dan tidak mudah terpesong dalam menerima pengetahuan agama dari
umum yang tidak diketahui kesahihannya.
DEFINISI MEDIA SOSIAL
Media social ini adalah elemen penting dalam kehidupan sosial masa
kini. Media ditakrifkan sebagai alat komunikasi atau perantaraan dalam
hubungan sosial ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan
masyarakat, mengambil berat tentang masyarakat atau suka
berinteraksi dengan masyarakat. Penggunaan media sosial mempunyai
banyak kebaikan dan juga keburukan. Sebagai umat Islam kita wajib
menjauhi perkara yang tidak diredhai oleh Allah ketika menggunakan
media social. Oleh yang demikian, kebaikan dan keburukan yang
mewarnai focus perbincangan akan diterangkan dengan lebih terperinci
demi kebaikan bersama.
ADAB PENGGUNAAN MEDIA
SOSIAL MENURUT ISLAM
Pada zaman kini media sosial menjadi salah satu platform yang
boleh memudahkan masyarakat untuk berhubung antara satu
sama lain untuk tujuan bertanyakan khabar tanpa perlu
berjumpa ataupun mengirim surat. Dengan media sosial ini,
semuanya dapat dicapai. Sebagai contoh, dapat bertemu
dengan rakan baru, belajar tentang pelbagai budaya, dan
berkongsi pelbagai maklumat yang berkesan untuk diri mereka
sendiri dan masyarakat. Dalam konteks Islam, media sosial
juga penting dalam penyebaran Islam, tetapi masyarakat Islam
itu sendiri harus bijak dan berdisiplin ketika menggunakan
media sosial. Ini bermaksud semua maklumat isi yang
disampaikan mesti berdasarkan rujukan sebenar, semua
dialog mesti dijaga, dan tidak menyinggung perasaan orang
lain. Sebagai contoh, jika seseorang ingin menulis status atau
memuat naik gambar di mana-mana media sosial seperti
Twitter atau Facebook, orang ramai harus berfikir secara logik
untuk mempertimbangkan sama ada status atau gambar yang
dimuatkan sesuai untuk keadaan di sekitarnya, ataupun
adakah status yang ditulis itu tidak merujuk tentang seseorang
yang kita tidak suka yang boleh menimbulkan fitnah dan rasa
tidak puas hati dalam kalangan umat Islam. Oleh itu, terdapat
beberapa adab penggunaan media sosial yang berlandaskan
perspektif Islam yang akan dibincangkan agar masalah-
masalah komunikasi dapat dibendung dalam kalangan
masyarakat Islam.
MENYAMPAIKAN PERKARA
YANG BAIK
Media sosial adalah platform untuk masyarakat berkongsi dan menyampaikan maklumat
tentang perkara penting justeru dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang ramai.
Hal ini kerana, perkara baik yang disampaikan akan mendapat ganjaran pahala oleh Allah
SWT justeru dapat melindungi hati masyarakat Islam dari perkara buruk yang akan
mempengaruhi akhlak dan kepercayaan umat Islam. Oleh itu, masyarakat Islam harus
mengelak daripada melakukan fitnah, mengadu domba, membuka akaun palsu untuk
menghina dan memperlekehkan orang lain, serta menghantar tulisan berbaur lucah hingga
menimbulkan perselisihan dan konflik antara sesama manusia. Oleh hal yang demikian, kita
mestilah menghindari daripada melakukan ini kerana boleh mendatangkan hal yang buruk
pada hati serta dapat meningkatkan dosa-dosa yang besar dalam diri kita sendiri.
MAKLUMAT YANG SAHIH
Sebagai seorang pengguna media sosial yang berhemat, kita perlulah
memastikan dahulu kesahihan sesuatu maklumat sebelum ingin
disampaikan kepada orang lain. Hal ini kerana, setiap individu
bertanggungjawab untuk memastikan dahulu kesahihan sesuatu maklumat
agar orang lain yang membacanya dapat meningkatkan kesedaran diri serta
memberi impak yang positif kepada masyarakat. Walaupun maklumat palsu
yang disampaikan itu bukannya datang daripada tulisan kita sendiri akan
tetapi perkara itu menjadi dosa disebabkan oleh penyebaran maklumat yang
tidak sahih dan boleh menjatuhkan nama baik Muslim itu sendiri. Perkara ini
dijelaskan oleh Allah SWT seperti mana firman-Nya dalam surah Qaf:
Oleh itu, maklumat yang ingin disebarkan atau disampaikan itu perlulah
sahih agar tidak berlaku fitnah antara sesama manusia dan tindakan wajar
akan dapat dijalankan daripada maklumat yang diterima.
BATAS PERGAULAN
Batas pergaulan adalah salah satu perkara yang amat penting dan perlu dijaga terutama sekali dalam
hal bekomunikasi antara bukan muhrim. Bukan itu sahaja, perbualan dalam media sosial seperti
Facebook, Twitter dan seumpama dengannya juga perlu mempunyai batas pergaulan yang perlu dijaga.
Hal ini kerana ikhtilat bersama bukan muhrim secara berlebihan dapat menimbulkan kemudaratan justeru
perlu diambil serius bagi mengelak kemudaratan di kemudia hari. Contohnya, semasa sesi
berkomunikasi di media sosial, elakkan diri daripada berbual terlalu mesra sehingga boleh menimbulkan
fitnah dan menjejaskan hubungan sesama masyarakat terutama sekali jika seseorang itu sudah berumah
tangga dan boleh menyebabkan pergaduhan (JAIS, 2018) Fseks. Maklumat atau perkara yang ingin
disampaikan perlulah jelas dan nyata serta tidak disalah erti kan maksudnya. Pergaulan yang tidak dapat
dikawal dengan baik semasa menggunakan media sosial dapat menimbulkan permasalahan hati dimana
boleh meruntuhkan akhlak dan akidah seseorang Muslim. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya
menjaga batas pergaulan di media sosial dengan sebaiknya agar dapat emngurangkan berlakunya
zaman fitnah dalam kalangan masyarakat.
MENJAGA AIB
Media sosial mempunyai banyak faedah kepada diri tetapi terdapat juga segelintir masyarakat yang mudah
dipengaruhi dengan trend masa kini sehingga menyebabkan menimbulkan masalah kepada diri disebabkan
oleh penyalahgunaan media sosial kearah yang tidak baik seperti menipu orang ramai (scammer),
menyampaikan racism, menyebarkan fitnah, pergaduhan politeik dan sebagainya. Sebagai contohnya, jika
seseorang itu ingin menulis atau menyampaikan sesuatu maklumat, mereka perlulah memastikan
maklumat yang dikongsikan itu tidak membuka sebarang aib seseorang secara langsung atau tidak
langsung. Pada zaman kini, masyarakat sekarang lebih gemar untuk membuka aib pasangan sendiri
kepada umum terutama sekali pasangan yang berumah tangga dimana mereka sering menceritakan hal
pergaduhan yang berlaku sesama mereka. Hal ini secara tidak langsung boleh mencemarkan nama baik
keluarga serta diri dan boleh mendatangkan fitnah oleh masyarakat yang membacanya.
Kesimpulannya, adab menggunakan media sosial bertujuan bukan untuk menghalang kebebasan
seseorang untuk bersosial tetapi adalah untuk mengajar diri seseorang Muslim itu bagaimana ingin
menjadi Muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT, sekali gus menjadi teladan dan menunjukkan imej
yang baik sebagai seorang Muslim yang berakhlak mulia terhadap masyarakat sekeliling. Seseorang
Muslim itu juga adalah merupakan penyebar kepada semua golongan masyarakat kerana Muslim itu
merupakan khalifah di muka bumi ini untuk meneruskan perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW
dalam menyebarkan Islam sehingga hari kiamat. Sebagai contoh, baginda Nabi Muhammad SAW
sentiasa bermuamalat dengan kaumnya yang menentang baginda.Baginda bersahabat dengan
semua orang dan sentiasa menolong sesiapa sahaja tidak kira Islam atau bukan Islam. Sekiranya
baginda berurusan dengan kaum wanita, baginda sentiasa menghormati mereka dan berurusan
dengan penuh tertib dan penuh dengan tatasusila kerana sesungguhnya pada diri baginda itu wujud
serba serbi contoh yang perlu menjadi ikutan buat semua umat di muka bumi ini. Tambahan lagi,
umat Islam dilarang menyampaikan maklumat yang tidak dikaji lagi akan kebenaran atau
kesahihannya berketepatan dengan ayat al-Quran dibawah:
Selain itu, umat Islam haruslah menggunakan media sosial pada perkara yang baik dan tidak
menjatuhkan maruah agama Islam. Seterusnya, umat Islam haruslah memelihara dan tidak membuka
aib seseorang dalam apa juga keadaan kerana Allah SWT pun melindungi aib kita sendiri, jadi
janganlah kita sesuka hati menyebarkan keburukan orang lain kepada umum. Akhir sekali, umat Islam
haruslah yakin bahawa segala tingkah laku dan kegiatan yang dilakukan di dunia ini akan
dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Media sosial adalah elemen penting dalam sistem komunikasi hubungan masyarakat dunia pada ahad
ini. Penggunaan media sosial sangat mempengaruhi kehidupan seseorang masyarakat (Mustari, M.I
& Jasmi, K.A.,2008, TamEuKri O&NJOasMmI i, 2009). Islam menggariskan nilai murni dan Batasan yang mesti
diterapkan dalam menggunakan media sosial sebagai media komunikasi (Jasmi, Kamarul Azmi. 2017).
Masyarakat Islam mesti sedar dengan kesan positif dan negatif media sosial dalam kehidupan mereka.
POLITIK
Pada masa kini, media sosial merupakan elemen penting dalam penyebaran maklumat.Peranan
media sosial sangat penting untuk pembangunan sosio-politik Islam di Malaysia (Abu Bakar, 1993;
Jusoh & Jasmi, 2006; Buchori, 2009; Abdullah, dll.,2012). Salah satu pengaruh media sosial terhadap
politik masyarakat Islam di Malaysia ialah berlakunya maklumat tersebar dengan cepat dan pantas,
dan berita penyebaran itu disebarkan mengenai suasana dan isu semasa di seluruh negara (Sara,
2018). Ini jelas terbukti dengan jenis ledakan maklumat yang relevan dimuat daripada pelbagai
sumber dan jumlah maklumat berkaitan yang dimuatkan dalam platform berkenaan. Tambahan lagi,
melalui "kemas kini masa nyata" ataupun makna lainnya “live update” yang digunakan di media
sosial ini, mereka dapat menyebarkan atau menyiarkan secara langsung semua ucapan dan keratan
pernyataan di aplikasi Twitter dan WhatsApp yang dimuat naik ke Facebook dan mendapat banyak
komen dari netizen.
Sebagai contoh, media sosial mempunyai impak amat kuat pada PRU-14 berbanding PRU-13
ketika penggunaan media baharu masih pada peringkat awal dan aplikasinya masih dalam proses
adaptasi penggunaan. Hampir keseluruhan parti politik mempunyai 'page' tersendiri, seperti juga
calon yang bertanding, selain kandungan debat manifesto antara parti serta emosi penyokong dan
pengundi dimuat naik segera dalam Facebook. Seterusnya, kita sudah mencapai ke satu tahap di
mana calon politik matang dalam penggunaan platform media sosial untuk hujahan politik.
Tambahan lagi dengan kehadiran media sosial bahawa mereka menyedari betapa kuatnya media
sosial untuk meraih sokongan pengundi serta bagaimana ia boleh mencorakkan pendapat awam ke
dalam bentuk bilangan 'likes' dan 'shares' yang kemudian seterusnya menjadi faktor pemilihan
undian.
EKONOMI
Media sosial melibatkan banyak elemen yang agak penting dan terdiri daripada
sekumpulan laman, perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan. Proses yang terlibat
adalah proses kolaborasi, perkongsian dan demokrasi di kalangan pengguna
Internet. Media sosial adalah platform Interaksi sosial yang melibatkan satu cabang
komunikasi baru. Cabang komunikasi ini terhasil disebabkan oleh persekitaran
komunikasi yang tidak asing lagi. Berkomunikasi melalui media sosial adalah tidak
terbatas, kerana angkara fenomena ini telah mengubah cara komunikasi yang
berbeza dalam sesuatu organisasi, komuniti, dan individu. Media sosial adalah
merupakan aplikasi internet yang merupakan pilihan yang ideal untuk pengusaha
industri kecil dan sederhana. Melalui media sosial mereka boleh melakukan
pemasaran, perniagaan, promosi jenama, dan sebagainya. Selain itu, media sosial
juga dapat merapatkan dan merapatkan jurang antara strategi yang dirancang
dengan melaksanakan strategi yang akan dilaksanakan secara terancang dan
lancar.
Bagi konteks pemasaran pula, C. Chung dan Austria (2010) menyatakan dalam
kajiannya, media sosial merupakan jaringan maya yang menyediakan kepada
pengguna untuk menyatakanpendapat, berbincang, dan dapat mengirim serta
mengawal mesej di mana jua. Perubahan tatacara komunikasi ini menunjukkan satu
perubahan yang berlaku terhadap bidang komunikasi di dunia. Tambahan lagi, media
sosial juga mempunyai peranan penting terhadap sesuatu organisasi, kumpulan,
individu untuk berhubung antara satu sama lain. Selain itu, peranan media sosial juga
dapat menjadikan hubungan antara peringkat pentadbiran ini dapat ditadbir dengan
cara yang lebih mudah. Maklumat daripada peringkat strategik hingga ke peringkat
operasi dapat dihubungkan dengan lebih mudahdan cepat tanpa mengambil masa
yang lama, tenaga dan kos yang banyak. Model komunikasi pemasaran berintegrasi
merupakan bahagian dalaman organisasi yang penting pada masa ini. Integrasi
media sosial dan kaedah tradisional yang bergabung mampu meningkatkan aspek
pemasaran dan perhubungan dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana, kewujudan
dalam laman bisnes adalah merupakan elemen yang utama yang diperlukan oleh
usahawan untuk memulakan perniagaan dengan menggunakan medium media sosial
ini. Elemen ini merupakan inisiatif syarikat sebagai langkah pertama untuk memasuki
komuniti pengguna internet. Dalam erti kata lain, elemen ini adalah syarat utama bagi
memastikan pengguna mendaftarkan diri dalam dunia media sosial.
Beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan semasa mendaftarkan laman
bisnes adalah maklumat asas syarikat. Maklumat asas ini merupakan berkenaan
dengan nama, logo, alamat dan latar belakang syarikat yang perlu jelas dinyatakan
dan amat penting bagi memastikan maklumat perniagaan diketahui pelanggan
khususnya mengenai perniagaan apa yang hendak dijalankan. Pada era globalisasi
ini, pengguna internet masa kini bertindak secara pantas dengan mencari maklumat
mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu, maklumat tersebut
mestilah mudah untuk difahami mengenai sesebuah syarikat yang dapat menarik
perhatian pengguna internet untuk mencapai laman bisnes yang dibangunkan.
Melalui ini, pengguna media sosial akan memahami hasrat dan tujuan syarikat ini
dibangunkan. Secara kesimpulannya, sebuah laman media sosial yang baik perlu
mempunyai beberapa kriteria yang boleh menarik minat dalam kalangan pengguna
internet untuk mengunjungi laman tersebut.
SOSIAL
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi turut memberikan pengaruh negatif yang
boleh mengubah minda serta gaya hidup masyarakat (Anom, 2003; Siron, 2010; Sharif &Mohamad
Roslan, 2011; Jasmi, Kamarul Azmi, Hong, Foo Chee, et al., 2012; Jasmi, Kamarul Azmi, Razi, Mohd.
Rafeez, et al., 2012; Mohd Noor, A. F. et al., 2013; Muna & Astuti, 2014;Mustafah & Megat Ibrahim,
2014; Ayun, 2015; Abadi et al., 2016; Khairuni, 2016; Putri et al.,2016; Sherlyanita & Rakhmawati, 2016;
Watie, 2016; Anwar, 2017; Fitri, 2017; Azman, 2018). Selain itu, sekiranya ia tidak dikawal, ia boleh
menghakis dan mengubah paradigma tauhid (Awang, 2007; Jasmi, Kamarul Azmi & Tamuri, 2011;
Ismail, A. M. & Jasmi, 2016; Wan Embong & Jasmi,2019), syariah serta akhlak sehingga
meruntuhkan nilai keinsanan dan pelbagai cabaran perlu ditempuh kanak-kanak dan remaja
membabitkan alam siber iaitu sebagai pengguna Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi.
Namun jika dibiarkan tanpa kawalan, penggunaannya boleh beri kesan buruk. Ini dinyatakan
dalam Berita Harian (2017) mendedahkan kira-kira 70 peratus daripada 6,000 pelajar sekolah
menengah dan institusi pengajian tinggi yang pernah mengikuti program kesedaran jenayah
siber mengakui pernah terbabit atau menjadi mangsa penjenayah di dunia maya. Hal ini kerana,
peratusan itu dilihat amat membimbangkan berikutan kurangnya pendedahan dan pemahaman
dalam kalangan pelajar terhadap dunia tanpa sempadan ini. Keterujaan masyarakat kini mengikut
peredaran zaman dengan membuka akaun dalam media sosial dan kebergantungan terhadap
kemudahan alat telekomunikasi ini tanpa disedari, dapat mendedahkan diri mereka kepada
peningkatan risiko menjadi mangsa jenayah siber (Pandie & Weismann, 2016). Hal ini disebabkan,
kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keselamatan dalam melindungi gajet atau
telefon pintar menyebabkan ramai yang mudah menjadi mangsa jenayah siber.
Selain itu, minat dan tabiat melawati laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi
kesan negatif terhadap perkembangan minda dan fizikal manusia termasuk mendatangkan
ketagihan. Ketagihan internet ini banyaknya tertumpu kepada seks siber dan judi (Abdul Rahman,
1995; Amin,2008; Ayun, 2015; Hasbullah, 2016; Jabatan Kesihatan Negara, 2014; Jasmi,
KamarulAzmi, 2017a; Sarnon et al., 2012; Sharif & Mohamad Roslan, 2011; Siron, 2010; Subhi et
al., 2012). Kewujudan berbagai-bagai bentuk laman web negatif mencabar nilai dan gaya hidup
insaniah seperti yang diajar oleh Islam. Sebagai seorang Muslim, mereka perlulah menjauhi perkara
yang tidak bermoral dan meninggalkan larangan Allah SWT(Jasmi, Kamarul Azmi, 2017). Allah SWT
berfirman:
Secara keseluruhannya, akibatnya dari perbuatan ini mereka mudah terjerumus dalam perhubungan
seks bebas, pelacuran, homoseksual, lesbian termasuk sumbang mahram. Sewajarnya, semua
pihak perlu berperanan dalam mengatasi masalah ini agar tidak meluas secara berleluasa. Selain
daripada pihak berkuasa, ibu bapa, guru dan pihak sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan juga
turut bersama-sama dalam mengawasi tingkah laku anak, pelajar dan anak jiran yang menjalankan
aktiviti dalam talian.
PENDIDIKAN
Kewujudan pelbagai aplikasi berasaskan media sosial menawarkan satu perkara yang baik untuk
para pengajar bagi memaksimumkan penggunaan aplikasi tersebut dalam pendidikan (Ilias, M. &
Jasmi, K. A., 2011a, 2011b; Ilias et al., 2013; Ilias, M. F. & Jasmi, K. A.,2011; Ismail, A. M. & Jasmi, 2016;
Ismail, M. F. et al., 2012; Jasmi, Kamarul Azmi, 2010,2011, 2013; Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2011; Jasmi,
Kamarul Azmi et al., 2012; Jasmi,Kamarul Azmi & Nawawi, 2012; Jasmi, Kamarul Azmi & Salleh, 2013;
Jasmi, Kamarul Azmi & Tamuri, 2007). Seterusnya, peranan media sosial dalam satu konteks
pendidkan amat penting dalam penyebaran sesuatu maklumat. Penyebaran maklumat menjadi
lebih berkesan dengan adanya media sosial.
Selain itu, menurut Sarabatin (2019), Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian sepanjang penutupan sekolah akibat jerebu atau keadaan
dimana Negara menghadapi krisis wabak penyakit berjangkit dan menyebabkan pelajar perlu
mempraktikan norma baharu dengan belajar ssecara atas talian sebagai contoh bagi memastikan
persiapan pelajar untuk menduduki peperiksaan supaya tidak terjejas dan pengajaran dan
pembelajaran mengenai sesuatu silibus mata pelajaran dan subjek tidak akan ketinggalan.
Keputusan Kementerian Pendidikan membenarkan guru mengajar dari rumah sepanjang
penutupan sekolah akibat jerebu atau keadaan Negara menghadapi wabak penyakit berjangkit
seperti COVID-19 adalah wajar demi memastikan kesihatan guru dan pelajar berada pada tahap
baik. Guru boleh mengaplikasi Facebook (FB) Live, WhatsApp atau aplikasi atas talian yang lain
seperti Google Meet dan Google Teams dapat membantu pelajar meneruskan pengajaran dan
pembelajaran seperti biasa walau dalam keadaan “online” atau atas talian kerana pelajar era ini
mampu membantu pelajar menggunakan perantaraan teknologi maklumat dan komunikasi itu
dengan mudah.
Di peringkat pengajian tinggi pula menurut Mohd. Noorhadi Mohd. Yusof dan Tahir(2017),Penggunaan
media teknologi di kalangan pendidik dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai
keperluan utama bagi pendidik dan pelajar itu sendiri.. Perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) kini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan pendidik untuk meneroka
maklumat dan pengetahuan. Perkembangan teknologi maklumat ini juga mampu menyebabkan
pengaruh media sosial digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di peringkat di IPTA. Tambahan lagi, teknologi kini mempunyai manfaat motivasi yang berupaya
untuk menarik golongan pendidik dan pelajar agar turut aktif dalam proses P&P. Penggunaan media
teknologi turut mendorong minat para pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan mereka akan
lebih terdedah dengan pembelajaran kendiri. Melalui media sosial, para pelajar dapat mengakses
bahan sedia ada, maklumat terkini dan berkongsi info bersama rakan juga pendidik dengan mudah
dan pantas.
Disamping itu, pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
memerlukan pendidik yang mempunyai daya kreatif dan inovatif supaya
memupuk minat belajar di kalangan pelajar. Seterusnya, kesungguhan guru
dalam mengajar mengunakan alternatif teknologi terkini mampu meningkatkan
P&P yang berkesan dan secara tidak langsung ia membantu mempercepatkan
proses penghayatan pelajar. Penggunaan media teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) akan mendorong minat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keadaan ini akan menjadikan proses
pembelajaran lebih menyeronokkan.
Kesimpulannya, Azwan et al (2005) menyatakan dalam konteks pendidikan masa
kini, teknologi maklumat ICT merupakan satu rangkaian elektronik untuk
mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai
maklumat secara efektif, efisien, pantas dan meluas bagi membantu proses P&P.
Akhir kata,penggunaan media sosial bagi tujuan pendidikan bagi proses
pengajaran dan pembelajaran atau proses perjumpaan secara atas talian ataupun
secara “online” atau apa-apa sahaja berkaitan atas talian kini digunakan di
kebanyakkan pelajar-pelajar secara meluas.
USAHA MELESTARIKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
Kelestarian penggunaan media sosial pada zaman kini sudah menjadi 1 aplikasi
yang amat penting bagi menjamin kesinambungan sesebuah masyarakat. Oleh itu,
untuk melestarikan penggunaan media sosial, pelbagai pihak perlulah mengambil
bahagian agar dapat merealisasikan kebaikan bersama.
1) PEMANTAUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TERHADAP ANAK-ANAK
Peranan ibu bapa dalam menggunakan media sosial bagi memantau anak - anak mereka
sangat penting untuk membentuk keperibadian anak – anak kearah yang lebih baik. Hal ini
disebabkan ibu bapa yang akan membentuk keperibadian anak mereka kerana anakanak
dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan naif. Maka, mereka tidak tahu membezakan mana yang
baik dan mana yang buruk. Jadi, kita yang mempunyai tanggungjawab sebagai ibu bapa perlu
membentuk keperibadian anak-anak, kerana mereka seperti kain putih.
Untuk memantau anak-anak, ibu bapa perlu mempunyai
pengetahuan Teknologi internet bagi memastikan
penggunaan alat dan telefon pintar kanak-kanak untuk
mencegahnya daripada mengalami gejala negatif termasuk
pornografi. Menurut Shamsuddin (2018) melalui temu
ramahnya bersama ibu bapa berhampiran ibu negara, banyak
anak yang dibenarkan menggunakan dan memiliki alat dan
telefon pintar sendiri. Tindakan ini akan memudahkan anak
anak mereka terdedah kepada pornografi sekiranya tiada
kawalan dan pemantauan ibu bapa. Perkara ini akan menjadi
lebih sukar untuk mengawal dan melihat aktiviti yang
dilakukan anak sewaktu menggunakan komputer, gajet dan
telefon pintar yang mempunyai akses jaringan Internet apabila
ibu bapa tiada pengetahuan dan tidak mahir dalam
menggunakan teknologi. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu
memahirkan diri dan belajar cara penggunaan teknologi
maklumat kerana dengan hanya menggunakan hujung jari
sahaja, semua maklumat boleh diperoleh.
1) PEMANTAUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL TERHADAP
ANAK-ANAK
Langkah - Langkah yang boleh diambil untuk memantau adalah aplikasi
dan perisian yang disediakan khas kepada ibu bapa boleh digunakan
untuk mengawal penggunaan gajet dan telefon pintar anak mereka
seperti “Parental Control”, “Kid Mode” dan “Kid YouTube”. Bukan itu
sahaja, kerana ada beberapa buah syarikat telekomunikasi yang
menyediakan tapisan bagi ibu bapa yang ingin menyaring penggunaan
internet sekiranya tidak mahu anak mereka mengakses kepada laman
keganasan dan pornografi. Kata laluan gadjet dan telefon pintar anak
juga perlu diketahui oleh ibu bapa bagi membolehkan mereka melakukan
pemeriksaan terhadap kandungan yang disimpan dalam alat peranti itu
untuk mengetahui kegiatan dilakukan mereka terutama dalam
menggunakan media sosial dan aplikasi sembang.
2) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN MEDIA SOSIAL
Undang-undang merupakan satu sistem peraturan
yang cuba diikuti oleh lapisan masyarakat. Kebiasaanya, peraturan ditujukan untuk sesuatu negara.
Maka, sekiranya peraturan-peraturan ini dilanggar, hukuman dan denda akan dikenakan oleh
mahkamah kepada orang-orang yang melanggar peraturan. Peraturan juga biasanya dibuat oleh
pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh bekerja, hidup dan bersosial antara satu sama
lain. Undang-undang juga akan berbeza-beza mengikut negara masing masing. Kadangkala, setiap
negeri juga akan berbeza undang-undangnya. Jadi, dengan wujudnya undang- undang, media sosial
akan digunakan dengan berhati-hati oleh masyarakat. Bagi memastikan peruntukan undang-undang
terbabit terus kekal relevan dan selaras peredaran semasa, langkah-langkah penambahbaikkan dan
pengemaskinian undang-undang berkaitan penyalahgunaan media sosial akan dijalankan secara
berterusan. Bukan itu sahaja kerana mana-mana pengguna media sosial yang menggugat
keselamatan, kestabilan dan keharmonian negara khususnya mereka yang menghina institusi diraja,
perkauman dan agama tidak akan sama sekali dapat mencapai persetujuan dnegan kerajaan. Hak
kepada kebebasan bersuara yang tidak bersifat mutlak akan dan tertakluk kepada peruntukan undang-
undang sedia ada. Maka, perlakuan seperti cacian dan fitnah di media sosial juga hendaklah ditetapkan
oleh undang-undang mengenainya kerana ianya merupakan kesalahan yang besar bagi umat islam
yang melakukannya. Hal ini dapat dibuktikan oleh Sinar Harian (2019). Ada juga dalil Al-Quran yang
menyatakan bahawa bahawa perbuatan ini amat dikeji oleh Allah SWT seperti dalil yang ditunjukkan
di bawah:
Terdapat peruntukan undang-undang yang sudah sedia ada seperti
Kanun Keseksaan. Kanun keseksaan ini adalah salah satu instrument
perundangan khusus bagi menangani penyalahgunaan yang berupa
provokasi dan penghinaan terhadap kaum dan agama serta institusi
diraja. Dengan wujudnya undang-undang undang sebegini
diharapkan masyarakat lebih berhati-hati dalam menggunakan media
sosial. Tambahan lagi, agensi kementerian telah sentiasa
menjalankan kempen kesedaran yang dibuat secara terus kepada
masyarakat bagi tujuan mendidik dan menyedarkan. Salah satu
perkara sensitif yang perlu sentiasa diambil berat untuk diletakkan
dalam kedudukan yang stabil supaya tidak wujud elemen-elemen
yang boleh memecahkan perpaduan dalam kalangan rakyat adalah
seperti perkara-perkara yang melibatkan apa jua agama tanpa
mengira kaum tertentu. Terdapat aspek lain juga turut dikaji ialah
mekanisme terbaik bagi memantau aktiviti yang didalangi individu
tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi sosial media.
Contohnya, seperti mempunyai had bagi menerusi penggubalan
perundangan dengan menilite cadangan yang berkaitan. Setiap
bahan berita yang diperolehi di media sosial sebaiknya disahkan
mengikut sumber rasmi sebelum dikongsi atau mempercayainya.
Contoh media sosial yang disekat apabila
melanggar peraturan
3) ILMU PENGETAHUAN YANG TINGI
DALAM BIDANG IT
Kemahiran seseorang dalam menggunakan
komputer sebagai kemahiran asas adalah amat
penting dalam kehidupan seharian. Kesedaran untuk
menguasai ilmu dalam bidang IT juga perlu ditanam
dalam kalangan masyarakat kerana terdapat banyak
kelebihanya. Sebagai seorang muslim, ilmu yang
berkaitan teknologi ini perlu dicari kerana ianya
merupakan salah satu daripada fardu kifayah dan jika
ada umat Islam yang mengabaikanya akan berdosa.
Pengguna hendaklah memiliki ilmu supaya
penggunaannya membawa kepada kebaikan dan
memberi faedah. Hal ini kerana, penggunaan media
sosial adalah terbuka serta memberi kebebasan
kepada pengguna untuk menggunakannya kearah
lebih baik atau lebih buruk. Dengan ilmu- ilmu yang
ada ini adalah untuk memastikan media sosial tidak
menguasai kehidupan seseorang. Hal ini demikian
kerana, penggunaan media sosial untuk tujuan
kebaikan akan memberi manfaat kepada
penggunanya manakala ianya akan mendatangkan
mudarat sekiranya digunakan bagi tujuan keburukan
dan kejahatan.Justeru itu , penting untuk kita
menanganinya supaya penggunaan media sosial
tidak membawa kepada kemudaratan.
CABARAN MELESTARIKAN PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL
1) PENYEBARAN FITNAH DAN GOSIP
Selain daripada kebaikan yang ada di dalam media sosial, ia juga mempunyai banyak
cabaran yang harus dihadapi sekiranya dipandang dari sudut yang negatif. Hal ini boleh
berlaku sekiranya media sosial ini disalahgunakan, ia akan merosakkan akidah dan akhlak
masyarakat terutama sekali golongan remaja muslim zaman sekarang yang sering
mengamalkan sikap terlalu terbuka dalam kegiatan bersosial. Perkara utama yang berlaku
di media sosial ini adalah menyampaikan maklumat sehingga boleh menimbulkan fitnah
dan menjadi buah mulut di mana boleh menjatuhkan maruah dan memburukkan diri
seseorang pihak dari pihak yang lain. Dalam Islam, penyampaian maklumat yang berbaur
fitnah dan memburuk – burukkan orang lain adalah satu dosa besar yang mana lebih besar
daripada membunuh.
Firman Allah SWT dalam al-Quran menyatakan bahawa:
Oleh itu, penyebaran maklumat yang boleh mendatangkan fitnah dan yang berbaur
fitnah adalah cabaran yang terbesar untuk pengguna media sosial zaman sekarang.
Penyebaran fitnah sesama manusia berlaku dengan sangat pantas sehingga boleh
membawa kematian dan sifat rasa dendam dalam diri seseorang individu yang
mendekati fitnah.
2) PELAYARAN WEB NEGATIF
Laman web yang tidak bermoral atau tidak elok dan berunsur negatif ini boleh menyebabkan
perkembangan minda dan fizikal manusia terbantut. Hal ini kerana, ketagihan laman web
negatif dapat meruntuhkan maruah diri, nilai keperibadian, masalah perundangan,
pembaziran wang dan masa serta dapat mendorong diri seseorang itu kearah jenayah
seksualiti (Munzir, 2013). Dengan adanya laman web lucah, hal ini dapat memberi kesan yang
amat buruk terhadap nilai dan gaya hidup seseorang individu itu dan juga mencemarkan
akhlak seseorang yang mana berketepatan dengan firman Allah SWT:
Hal ini kerana, Pendidikan Islam jelas menerangkan bahawa umat Islam wajib untuk tidak
melibatkan diri dalam kegiatan tidak bermoral seperti melayari web lucah ini. Sekiranya
seseorang individu itu menjadikan Islam sebagai tujuan untuk melahirkan akhlak yang dipuji
oleh orang ramai maka semestinya ia dapat membentuk jiwa dan rohani Muslim itu kearah
menjauhi perkara durjana atau tidak baik seperti ini. Hal ini kerana, kesan yang buruk akan
timbul sekiranya individu itu terus ketagihan melayari laman web lucah. Sebagai contoh,
pelbagai penyakit sosial yang akan berlaku seperti aktiviti pelacuran, tularnya penyakit seperti
HIV dan AIDS, kegiatan LGBT, penyakit kelamin, kerosakkan rumah tangga dan sebagainya.
Oleh yang hal demikian, aktiviti pelayaran web negatif ini amatlah dilarang sama sekali oleh
Islam terhadap semua masyarakat sekeliling tidak kira Muslim dan bukan Muslim dan boleh
memburukkan akhlak seseorang muslim.
3) AKTIVITI PERJUDIAN
Pada zaman kini, internet dan media sosial boleh dijadikan medium untuk aktiviti perjudian.
Di zaman yang serba moden ini telah banyak pusat judi yang berasaskan internet sehingga
boleh dapat menjana wang sebenar dengan banyak adalah sangat berleluasa dalam
kalangan remaja dan kanak-kanak seperti kasino atau penerima taruhan dalam talian, tapak
atau slot, pembelian tiket loteri, kad gores dan menang, pertaruhan sukan dalam talian dan
terdapat banyak lagi pusat judi internet yang lain. Bukan setakat itu saja malah permainan
video zaman terkini juga boleh dijadikan pusat berjudi dimana satu permainan video itu perlu
menggunakan wang atau barangan yang boleh dipertaruhkan sebagai penukaran untuk
memenangi wang atau hadiah berdasarkan keputusan permainan tersebut. Salah satu contoh
permainan video yang boleh dijadikan aktiviti perjudian adalah seperti poker online, sportbook,
blackjack dan lain-lain lagi. Sudah terang lagi bersuluh, Islam telah menjelaskan di dalam al-
Quran bahawa berjudi itu adalah haram disisi hukum Islam kerana kegiatan itu boleh
menyebabkan kesan buruk terhadap seseorang individu seperti wang dan pembaziran masa,
keruntuhan rumah tangga serta yang paling terkesan adalah akan mencalarkan nama baik
keluarga seperti dalam firman Allah SWT:
Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah bersatu padu dalam mencegah
perkara ini dari berleluasa agar kehidupan masyarakat setempat lebih aman dan damai
daripada kegiatan tidak bermoral ini.
Contoh aktiviti perjudian
online
4) PERUBAHAN GAYA HIDUP
Faktor yang menyebabkan perubahan pada gaya hidup adalah
disebabkan oleh ketagihan masyarakat terhadap penggunaan
media sosial. Jelas, ini telah mempengaruhi budaya sosial dalam
kehidupan masa kini terhadap manusia, terutamanya di Malaysia.
Berlaku sejak zaman penjajahan British dari tahun 1950-an hingga
1960-an, dan budaya hidup orang Eropah mempengaruhi semua
jenis orang dal pelbagai aspek kehidupan di negara ini, seperti
berpakaian, tabiat makan, tingkah laku dan hiburan. Ini secara tidak
langsung mempengaruhi gaya hidup masyarakat Malaysia dan
mengancam identitinya terhadap budaya Malaysia. Sebagai contoh,
pakaian tradisional oleh setiap bangsa dan kaum hanya akan
disarungkan pada acara tertentu sahaja seperti hari perayaan.
Malahan pakaian tersebut merupakan pakaian tradisional yang patut
dibanggakan bagi kaum tersendiri agar masyarakat luar dapat
mengagumi akan semangat kebangsaan yang terdapat di negara ini.
Dalam konteks media sosial yang boleh dibincangkan adalah
melalui pencemaran bahasa yang sering berlaku ketika
penggunaannya. Sebagai contoh, bahasa ibunda iaitu Bahasa
melayu merupakan bahasa yang patut digunakan di negara ini
jarang diguna pakai dalam komunikasi harian khususnya bagi
golongan remaja.
RUMUSAN
Kesimpulannya, agama Islam adalah sebuah agama yang
harus dijadikan kayu pengukur dan garis panduan bagi
menentukan segala standard etika penggunaan internet pada
zaman kini. Hal ini kerana,dengan adanya agama Islam ianya
dapat mendidik dan memberi panduan yang betul untuk
perubahan yang menyeluruh terhadap masyarakat sekeliling
dari segi politik, sosial, ekonomi dan lain-lain lagi. Selain itu,
ianya juga sekali gus dapat meningkatkan daya pemikiran
seseorang individu itu untuk memperkasakan penggunaan
media sosial secara kolektif. Malah, apabila agama Islam itu
dijadikan sebagai garis panduan ketika masyarakat
menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian ianya
akan dapat mengelakkan masyarakat daripada terus
menerus menyebarkan unsur negatif yang boleh membawa
kepada keruntuhan akhlak dan akidah seseorang individu.
Oleh itu, pelbagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab
untuk membendung masalah ini haruslah bekerjasama bagi
mengelakkan masalah ini daripada terus berleluasa terutama
sekali terhadap generasi muda yang amat mudah
terpengaruh akan perubahan gaya hidup zaman kini. Individu
itu sendiri juga wajib memainkan peranan penting untuk
meningkatkan kesedaran diri sendiri. Hal ini kerana, gejala
negatif dalam kehidupan masyarakat amatlah sukar untuk
dicegah, tetapi dengan mengutamakan beberapa peranan
penting dalam penggunaan media sosial adalah merupakan
alternatif yang amat baik dan boleh diambil oleh setiap
inidvidu yang kerap menggunakan media sosial ini. Akhir
sekali, media sosial dan kelestarian penggunaan menurut
islam perlu dititikberatkan dari segi positif dan negatifnya agar
dapat melahirkan generasi anak muda yang lebih berguna di
masa akan dating serta dapat meningkatkan permodenan
dan pembangunan negara bangsa Malaysia.
RUJUKAN
1. Abdul Halim, Zainab Zakirah, Azmi, Dania Salsabila, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
2. Abdul Razak, A., Mohd Khairil Anwar, A., & Ezry Fahmy, E. (2010). Isu dan Cabaran
Institusi Masjid dalam Pembentukan Sahsiah Remaja di Era Globisasi dan Cadangan
Penyelesaiannya. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajaran
Dan Pembelajaran Berasaskan Masjid, Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
3. Harian, Berita. (2017, 14 september 2017). Media sosial beri kesan terhadap minda, gaya
hidup masyarakat. Berita Harian.
4. Ilias, Mohd, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2011b). Persediaan Pengetahuan dan Kemahiran
dalam Mengatasi Fenomena Tekno Fobia dan Tekno Stress Guru-guru Pendidikan
Islam. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Kebangsaan Silang Budaya,
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
http://eprints.utm.my/41062/1/KamarulAzmiJasmi2011_PersediaanPengetahuan
KemahiranMengatasiFenomena.pdf
5. Muhammad Azrin, Muhammad Fiqri, Moorthy, Vishnukumar Krishna, & Jasmi,
Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Perhubungan Sesama
Manusia Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM Johor.
LAMPIRAN
Rajah 1 menunjukkan tinjauan penggunaan digital di dalam Malaysia pada
tahun 2018
Rajah 2 menunjukkan tinjauan Rajah 3 menunjukkan purata bulanan
penggunaan internet pada tahun 2020 pengguna aktif salah satu aplikasi
media sosial iaitu Instagram
berbanding jumlah populasi.