PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
KERETA HIBRID/
HEV (HYBRID
ELECTIC
VEHICLE)
NUR AMANINA SAFIAH BINTI HAMIDI
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
1.2 KRITERIA TEKNOLOGI HIJAU
1.3 DASAR TEKNOLOGI HIJAU DI MALAYSIA (DTHN)
2.0 ISU PENCEMARAN UDARA
3.0 PENGENALAN KEPADA PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
3.1 KONSEP KERETA HIBRID / HEV
3.2 CONTOH PRODUK KERETA HIBRID / HEV
4.0 ANALISIS KERETA HIBRID / HEV
4.1 SPESIFIKASI UTAMA
4.2 KEBAIKAN
4.2.1 MESRA ALAM DAN PENGURANGAN KEBERGANTUNGAN TERHADAP BAHAN API FOSIL
4.2.2 PENGENDALIAN KESTABILAN
4.2.3 KECEKAPAN MINYAK
4.2.4 KETAHANAN YANG TINGGI
4.3 KELEMAHAN
4.3.1 KOS PENYELENGGARAAN TINGGI
4.3.2 LEBIH BERAT DARI KERETA
4.3.3 BERISIKO KETIKA KEMALANGAN
4.4 CADANGAN
4.4.1 MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN KETIKA KEMALANGAN
4.4.2 PENINGKATAN KECEKAPAN
4.2.3 PENGGANTIAN PETROL DENGAN SUMBER TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
5.0 PENUTUP
RUJUKAN
1.0 Pengenalan
1.1 Konsep Teknologi Hijau
Menurut Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu,
Kecekapan Tenaga & Teknologi Hijau (CETREE), Teknologi Hijau
merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan
meminimumkan atau megurangkan kesan negatif daripada aktiviti
manusia. Pembangunan mapan merupakan teras kepada teknologi alam
sekitar. Ia hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa
mengabaikan keperluan generasi akan datang.
1.2 Kriteria Teknologi Hijau
Teknologi Hijau ini adalah merujuk kepada peralatan, produk, atau
sistem yang memeuhi kriteria-kriteria berikut:
Ia meminimumkan degrasi persekitaran.
Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah
atau sifar.
Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan
lebih baik untuk semua hidupan.
Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
1.3 Dasar Teknologi Hijau di Malaysia
(DTHN)
Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan
mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Julai
2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan
ekonomi negara dan pembangunan mapan. (Iskandar Hasan
Tan Abdullah, 2015). Terdapat empat tonggak DTHN iaitu
tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek
tenaga, Teknologi Hijau mencari kaedah bagi mengurangkan
penggunaan tenaga dan pada masa yang sama
mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam
sekitar pula, pemuliharaan dan meminimumkan kesan
kepada alam sekitar. Dari aspek ekonomi, pembangunan
ekonomi negara dapat ditingkatkan melalui penggunaan
teknologi dan dari aspek sosial, kualiti hidup untuk semua
masyarakat dapat dipertingkatkan.
Terdapat lima objektif yang digariskan di dalam Dasar
Teknologi Hijau Negara iaitu :
Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan
tenaga dalam masa yang sama meningkatkan
pembangunan ekonomi
Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi
Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi
negara
Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam
pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya
saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa
Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara
alam sekitar untuk generasi akan datang
Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam
terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan
yang meluas
2.0 Isu pencemaran udara
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
pencemaran membawa maksud perbuatan
mencemarkan (men gotorkan), pengotoran
alam, perbuatan mencemarkan kebersihan
alam sekeliling dengan sampah-sarap dan
sebagainya. Pencemaran udara merujuk kepada
perubahan dalam kandungan bahan kimia, jirim
zarahan atau wujudnya bahan pencemar dalam
udara atau atmosfera yang berbahaya kepada
kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan.
(Haliza Abdul Rahman, 2021). Benda asing yang
ada di udara wujud dalam bentuk habuk, asap,
kabus, wap dan gas. Pencemaran udara ini
berpunca daripada beberapa faktor dan ianya
memberi kesan yang negatif kepada hidupan
dan alam sekitar. Berdasarkan laporan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1992,
dinyatakan di kawasan bandar 90 peratus
daripada CO di udara berasal dari emisi
kenderaan bermotor. (Haliza Abdul Rahman,
2020).
Terdapat pelbagai punca berlakunya pencemaran udara dan
antaranya ialah pelepasan ekzos dan bukan ekzos kenderaan bermotor.
Pelepasan ekzos adalah hasil daripada pembakaran enjin fosil yang
dilepaskan oleh kereta, lori, bas serta kenderaan berat yang lain serta
bukan ekzos adalah seperti debu daripada brek dan tayar. (Nor Eliani
Ezani, 2019). Pendedahan terhadap pencemaran udara ini
mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan terutamanya golongan
yang berisiko termasuklah kanak-kanak, warga tua, pesakit asma dan
pengidap penyakit paru paru dan sebagainya.
Selain itu, pelepasan gas toksik oleh kenderaan seperti ozon, nitrogen
dioksida, karbon monoksida dan karbon dioksida juga menyebabkan
berlakunya pencemaran udara. The Telegraph London menyatakan
bahawa 4 daripada 10 orang pelajar terdedah kepada udara bertoksik
hasil pelepasan enjin kenderaan yang tidak dimatikan dan melebihi piawai
yang telah di tetapkan oleh WHO. (Nor Eliani Ezani, 2019). Penggunaan
dan pengeluaran kenderaan bermotor semakin meningkat dan ianya
menggunaan bahan api fosil seperti minyak petrol, diesel dan sebagainya.
Pembakaran bahan api fosil yang berpunca daripada kenderaan
bermotor ini yang menghasilkan gas toksik telah yang menyumbang
kepada pencemaran udara yang berlaku di seluruh dunia. Sehubungan
itu, pelbagai inisiatif perlu diambil dalam usaha mengurangkan
pencemaran udara.
3.0 Pengenalan kepada
produk Teknologi Hijau
Konsep Teknologi Hijau ini sangat penting dalam
mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar,
mengurangkan pengeluaran karbon, meningkatkan
tahap kesihatan manusia serta menjimatkan
penggunaan sumber asli negara dengan
menggunakan sumber tenaga boleh baharu. Produk
Teknologi Hijau perlu mempunyai kriteria berikut:
Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R
Penghasilan produk telah melalui proses inovasi
teknologi bagi menjaga keharmonian manusia
dan persekitaran
Reka bentuk yang berdasarkan pengalaman
lepas untuk membantu manusia
Mudah digunakan dan selamat digunakan
Kadar pembebasan gas rumah hijau adalah
rendah atau sifar
Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber
bahan api
Bagi membendung pencemaran udara dari
semakin parah, penghasilan produk Teknologi Hijau
perlu dihasilkan. Tenologi Hijau dalam pengangkutan
melibatkan peralihan penggunaan kenderaan
berasaskan bahan api fosil kepada penggunaan
pengangkutan hijau yang mesra alam. Ia juga
menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui
seperti elektrik, solar, hidro dan sebagainya. Antara
kenderaan yang telah dicipta menggunaan konsep
produk Teknologi Hijau ialah kereta hibrid.
3.1 Konsep kereta hibrid / HEV
Bagi menangani masalah pencemaran udara, pengeluar
automotif mengambil inisiatif dengan membangunkan teknologi
kenderaan elektrik yang mesra alam. Namun, teknologi tersebut
mempunyai pelbagai kekurangan dari segi keupayaan bateri kereta.
Sehubungan itu, pengeluar menggabungkan sistem enjin
pembakaran dalaman dan motor elektrik di mana kenderaan
dengan dua sistem yang dipanggil hibrid. (Talib, 2020). Secara
ringkasnya, kereta hibrid atau kereta HEV (Hybrid Electic Vehicle)
berbeza dengan kenderaan enjin biasa. Kereta hibrid merupakan
sebuah kereta yang menggunakan lebih daripada satu sumber
tenaga untuk bergerak. Kereta ini dikuasakan oleh enjin
pembakaran (petrol/diesel) dan motor elektrik (bateri hibrid) untuk
bergerak.
Kereta hibrid sering disalah erti sebagai kereta elektrik. Hal ini
demikian kerana sesetengah kereta hibrid disertakan soket kuasa
untuk mengecas bateri. Ia disebut sebagai Plug-In Hybrid Vehicle
(PHEV). Sebagai makluman, jika sesebuah kereta hanya
mempunyai sistem pengecasan bateri sahaja, ia dipanggil kereta
elektrik dan bukan hibrid kerana kereta hibrid masih boleh diisi
minyak. (Talib, 2020).
3.1 Konsep kereta hibrid / HEV
Teknologi kereta hibrid ini bukanlah suatu
yang baru dan ia merupakan teknologi yang
sedang berkembang pesat dalam dunia
automotif. Terdapat pelbagai jenama yang
mengeluakan kereta hibrid dan Toyota
merupakan salah satu daripadanya. Malah,
Toyota merupakan jenama terawal yang
komersialkan kereta hibrid secara meluas di
seluruh dunia pada tahun 19997 dengan model
Toyota Prius. Kejayaan siri Prius yang
ditambahbaik telah memberi peluang kepada
Toyota berinovasi dengan teknologi terkini dan
menawarkan teknologi hibrid yang canggih.
Toyota menawarkan siri
kereta yang baharu iaitu Toyota
Corolla Cross Hybrid. Kereta ini
telah diperkenalkan di Malaysia
pada Mac tahun lepas. (Syafia
Hani, 2022). Kereta segmen C ini
adalah jenis crossover yang telah
menggantikan Toyota C-HR dan
merupakan kereta TNGA (Toyota
New Global Architecture) pertama
yang dipasang secara tempatan
(CKD) di kilang Toyota Bukit Raja.
(Syafia Hani, 2022).
4.0 Analisis kereta hibrid / HEV
4.1 Spesifikasi utama
Dalam pembinaan kereta hibrid
perlu ada beberapa komponen dan
spesifikasi utama seperti enjin kereta
konensional, tangki minyak, bateri,
motor elektrik dan generatordan
sistem transmisi. Bagi kereta hibrid
yang dikeluarkan oleh Toyota iaitu
Toyota Corolla Cross Hybrid,
spesifikasi utama kereta tersebut telah
diperbaharui selaras dengan kemajuan
dunia automotif.
Yang pertama ialah persediaan enjin Toyota Corolla Cross Hybrid,
gabungan enjin petrol dengan dua motor elektrik yang dipasangan
dengan kotak gear jenis e-CVT (electronic continuously variable
transmission) telah digunakan. (Nicholas King, 2022). Penjana motor
elektrik mempunyai output maksimum 53kW dan 163Nm, dan bateri
hidrida nikel-logam mempunyai kapasiti 201.6V dan 6.5(3) Amr(jam).
Dalam semua rangkaian kuasa mempunyai jumlah output 122PS. Fungsi
motor elektrik dan generator adalah untuk mengambil tenaga daripada
bateri traksi dan menggerakkan kereta. (Talib, 2020). Kedua bahagian ini
berfungsi dalam menghasilkan tenaga elektrik daripada putaran tayar
ketika sistem brek berfungsi. Hal ini demikian kerana kereta hibrid tidak
mempunyai soket untuk pengecasan semula. Bateri hibrid dicas semula
melalui proses brek regeneratif (regenerative braking). Apabila brek
ditekan, tenaga daripada kelajuan kenderaan akan ditukar kepada tenaga
untuk pengecasan bateri tersebut. (Carput, n.d.).
Perubahan telah dilakukan pada Corolla Cros Hybrid Electric iaitu
dikuasakan oleh Sistem Elektrik Hibrid Toyota Generasi Ke-4 (4th
Generation Toyota Hybrid Electric System). Sisitem baharu ini telah
dipertingkatkan dan menawarkan kecekapan bahan api yang
mengagumkan, pengendalian, kestabilan, ketahanan, ruang tanpa
krompomi, senyap dan pecutan reponsif. (UMW Toyota Motor Sdn.
Bhd, 2022). Sistem elektrik hibrid ini disampaikan secara automatik
semasa bergerak dengan kombinasi terbaik antara motor elektrik dan
enjin petrol. Sistem ini juga secara automatik mematikan enjin petrol
untuk mengelakkan pembaziran bahan api. Semua fungsi ini seiring
untuk menghasilkan kecekapan bahan api yang jauh lebih baik.
Selain itu, Sistem Elektrik Hibrid Toyota (Toyota Hybrid Electric
System) memberi banyak kelebihan untuk mencapai “brighter future”
(F.U.T.U.R.E.). (UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., 2022).
Fuel Efficiency
Dengan motor elektrik,Corolla Cross Hybrid Electricserba baharu
menjimatkan kos dengan mengurangkan penggunaan bahan api.
Unmatched Comfort
Dalam EV MODE, hanya silent electric motoryang menjalankan kereta
yang mengurangkan bunyi kabin, yang membawa kepada peningkatan
keselesaan penumpang. Keadaan sistem bateriHybrid Electric
mempengaruhi sama ada motor elektrik boleh menjalankan keseluruhan
kereta atau tidak, serta kelajuan dan jarak yang boleh dilalui.
Tomorrow-Driven
Pelepasan CO2Corolla Cross Hybrid Electric: 98g/km
Penggunaan petrol yang kurang menyebabkan pelepasan CO2 yang lebih
rendah, ini akan mengubah dunia menjadi lebih baik untuk tahun-tahun
akan datang.
Unrivalled Technology
Bateri Elektrik Hibrid Generasi Ke-4 kini bertahan lebih lama berbanding
sebelum ini dengan menggunakan:
·Perisian Hybrid Electricyang canggih
·Penapisan udara yang cekap
·Sistem penyejukan bateri yang lebih baik
Reassurance
Peneraju membawa kepada pasaranHybrid Electric Warranty. Waranti 8
tahun dari tarikh pendaftaran dengan perbatuan tanpa had meliputi
bateri Kenderaan Elektrik Hibrid atauHybrid Electric Vehicle(HEV),
penyongsang dan ECU kawalan pengurusan kuasa.Hybrid Electric
Warranty boleh dilanjutkan selama 2 tahun lagi. Tertakluk kepada terma
dan syarat.
Excitement
Pusat graviti yang lebih rendah membolehkan pengendalian yang lebih
baik, serta perjalanan yang lebih stabil dan selesa.
4.2 Kebaikan
4.2.1 Mesra alam dan pengurangan
kebergantungan terhadap bahan api fosil
Pelepasan gas toksik oleh
kereta hibrid lebih rendah
berbanding kereta lain yang
membuatkan kereta ini lebih
mesra alam. Penggunaan enjin
pembakaran (petrol/diesel) dan
motor elektrik (bateri hibrid)
dapat mengurangkan bahan bakar
dan menjimatkan tenaga. Seperti
yang kita ketahui, pencemaran
udara adalah berpunca daripada
pelepasan asap ekzos adalah hasil
daripada pembakaran enjin petrol
yang dilepaskan oleh kenderaan
konvensional.
Kereta hibrid sememangnya sesuai digunakan untuk mengganti
penggunaan kenderaan konvensional yang menjadi punca utama
berlakunya pencemaran udara. Penggunaan dua enjin pada kereta
hibrid dapat mengurangkan penggunan bahan api lebih daripada
separuh. Ini dapat membantu memulihara sumber tidak boleh
diperbaharui di samping mengurangkan pelepasan asap toksik.
Sebagai contoh, menurut UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., pelepasan
gas karbon (CO2) oleh Corolla Cross Hybrid Electric hanya 98g/km
kerana penggunaan petrol yang kurang menyebabkan pelepasan
CO2 yang lebih rendah. Ini menunjukkan bahawa kereta hibrid
dapat mengurangkan pencemara udara.
4.2.2 Pengendalian kestabilan
Melalui reka bentuk yang
dihasilkan oleh TNGA (Toyota New
Global Architecture) ini, ia sedikit
sebanyak dapat menjadikan pusat
graviti menjadi lebih rendah dan
seterusnya memberikan lebih
kestabilan kepada kereta. (Syafia
Hani, 2022). Perkara ini
membolehkan kereta ini untuk
memberikan pengalaman pemanduan
yang lebih baik dan seronok.
4.2.3 Kecekapan minyak
Sistem akan mematikan enjin secra automatik untuk
mengelakkan pembaziran minyak ketika dalam keadaan pegun.
(Ludfi Mohamed, 2021). Sistem ini bekerja dengan lancar dan
menghailkan kecekapan minyak yang jauh lebih baik berbanding
kenderaan enjin petrol dalam kelas yang sama.
4.2.4 Ketahanan yang tinggi
Kereta hibrid mempunyai ukuran enjin yang lebih kecil.
Namun, ia masih boleh menampung kapasiti yang sama seperti
kereta konvensional. Ia juga mengalami proses brek regeneratif
(regenerative braking) terutamanya ketika pemanduan yang sering
berhenti dan apabila menyusuri bukit. Enjin petrol juga tidak
berbunyi dan kabin kereta yang menyerap bunyi memberi
keselesaan semasa pemanduan.
4.3 Kelemahan
4.3.1 Kos penyelenggaraan tinggi
Walaupun kereta hibrid kurang
memerlukan penyelenggaran
biasa seperti kereta lain. Namun,
kos penyeleggaraan yang tinggi
perlu ditanggung sekiranya
berlaku sebarang kerosakan
terutamanya isu sistem voltan
tinggi. Penggantian bateri voltan
tinggi yang mati atau rosak
memerlukan kos yang tinggi
bergantung kepada jenama kereta
tersebut. (Firestone Complete
Auto Care, 2021).
4.3.2 Lebih berat daripada kereta
konvensional
Kereta hibrid dikatan lebih berat kerana ia memerluan enjin
petrol dan elektrik yang membuatkan ia bertambah berat. Oleh
sebab itu, pengeluar kereta hibrid menngunakan enjin pembakaran
dalaman yang lebih kecil dan dibina dengan bahan-bahan ringan
dan binaan luar yang aerodinamik dalam usaha untuk
memaksimumkan kecekapan kereta hibrid. (Nadhirah Rashid,
2022). Ini menyebabkan kereta hibrid tidak boleh bergerak dengan
kepantasan yang maksimum.
4.3.3 Berisiko ketika kemalangan
Kereta hibrid dangat bersiko
ketika berlakunya kemalangan.
Teknologi yang digunakan dalam
pembuatan kereta hibrid itu
sendiri yang menyebabkan ia
berisiko tinggi iaitu bateri voltan
tinggi. Hal ini demikian kerana
risiko untuk berlakunya kejutan
elektrik apabila kemalangan
sangat tinggi. Pengelamat juga
akan berhadapan risiko ketika
menyelamatkan pemandu dan
penumpang keluar daripada
kereta hibrid kerana bahaya
voltan tinggi di dalam kereta
tersebut.
Mekanik Troy Cummings memberi amaran bahawa komponen
sama yang membuatkan bahan api kereta menjadi cekap akan
berpotensi menjadi perangkap maut apabila terlibat dalam
kemalangan yang serius. (Local 3 News, 2022). Cummings berkata isu
itu berpunca daripada kabel voltan tinggi yang mengalir melalui
bingkai kereta, yang disambungkan ke bateri. Ini membuktikan
bahawa kereta hibrid tidak selamat sekiranya berlaku kemalangan.
4.4 Cadangan
Kereta hibrid sememangnya terkenal dengan
kecanggihan teknologi. Namun, ia masih mempunyai
kekurangan dan perlu penambahbaikan. Antara
cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat ialah:
4.4.1 MEMPUNYAI CIRI KESELAMATAN
KETIKA KEMALANGAN
Memastikan kereta hibrid selamat
daripada risiko elektrik. Langkah
keselamatan perlu dititik beratkan supaya
tidak membahayakan nyawa pemandu dan
penumpang. Pihak berkuasa yang terlibat
ketika menguruskan kemalangan perlu
didedahkan dengan cara pengendalian yang
betul supaya terhindar daripada terkena
renjatan elektrik.
4.4.2 Peningkatan
kecekapan
Selain, itu, pengurangan berat kereta
hibrid juga perlu dibuat bagi
meningkatkan kecekapan dan
kepantasan yang maksimum. Dengan
pengubahsuaian yang dilakukan dalam
usaha meningkatkan kecekapan kereta
hibrid, ia pasti menjadi tarikan ramai jika
kecekapannya setanding kereta
konvensional.
4.2.3 Penggantian petrol dengan
sumber tenaga boleh diperbaharui
Walaupun kereta hibrid telah
mengurangkan pencemaran udara dengan
meminimumkan penggunaan petrol.
Namun, ia masih perlu dipertingkatkan
kerana petrol merupakan sumber tenaga
tidak boleh diperbaharui. Oleh itu,
penggantian petrol dengan sumber seperti
hidrogen dan sebagainya perlu
dipertimbangkan. Kereta hibrid akan
menjadi kenderaan yang 100% bebas
daripada pelepasan gas karbon.
5.0
Penutup
Kesimpulannya, produk Teknologi Hijau sememangnya dapat
memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan
atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Antara
contoh produk Teknologi Hijau yang telah dianalisis ialah kereta hibrid
atau HEV (hybrid electic vehicle). Kereta hibrid ini mampu mengatasi isu
pencemaran udara dengan pengurangan pelepasan gas toksik sejurus
menjimatkan penggunaan petrol (sumber tenaga tidak boleh
diperbaharui). Namun, pembangunan kereta hibrid masih memerluka
penambahbaikan dari segi keselamatan dan kecekapan kelajuan. Walau
bagaimanapun,ia masih memabantu dalam usaha merealisasikan hasrat
dunia dalam membendung pencemaran udara.
Rujukan
Carput. (n.d.). Kereta EV : Beza HEV, PHEV & BEV. The Battery
Shop Sdn. Bhd. https://carput.my/my/kereta-ev-beza-hev-
phev-bev/
Firestone Complete Auto Care. (2021, Desember 17). The pros
and cons of hybrid vehicles.
https://www.firestonecompleteautocare.com/blog/maintena
nce/hybrid-electric-cars-advantages-and-disadvantages/#
Haliza Abdul Rahman. (2020, September 23). Karbon
monoksida, gas bertoksik yang membunuh. Tinta Minda.
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?
id=1882121
Haliza Abdul Rahman. (2021, September 21). Risiko pencemaran
udara. Sinar Karangkraf.
https://premium.sinarharian.com.my/article/153408/mediasi-
kritis/cetusan/risiko-pencemaran-udara
Ibrahim Ahmad, Azizah Supardi, Saidah Kamin, Aziah Tajudin,
Salmah Jabbar, Hairani Mohd Khalid & Rodziah Abdullah. (2021).
Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Iskandar Hasan Tan Abdullah. (2015, Mac 13). Teknologi hijau
tingkat kualiti hidup, pacu ekonomi negara. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/40
615/teknologi-hijau-tingkat-kualiti-hidup-pacu-ekonomi-
negara
Local 3 News. (2022, Mac 23). Hybrid cars pose danger for
first responders. https://www.local3news.com/hybrid-cars-
pose-danger-for-first-responders/article_6286b43c-0a62-
5be1-81ab-34d9cfc005cb.html
Ludfi Mohamed. (2021, Oktober 11). Toyota terus mara dengan
teknologi Hibrid Elektrik di Malaysia. Suara Merdeka.
https://suaramerdeka.com.my/toyota-terus-mara-dengan-
teknologi-hibrid-elektrik-di-malaysia/
Nadhirah Rashid. (2022, Mac 16). Kereta Hibrid: Fungsi,
Kelebihan dan Kekurangan. Qoala Technology Sdn. Bhd.
https://www.qoala.app/my/blog/gaya-
hidup/automotif/kereta-hibrid/
Nicholas King. (2022, Februari 9). Corolla cross hybrid – Match
made in heaven. New Straits Times.
https://www.nst.com.my/news-cars-bikes-
trucks/2022/02/770006/corolla-cross-hybrid-match-made-
heaven
Nor Eliani Ezani. (2019, November 29). Zon pelepasan rendah,
suatu inisiatif menangani pencemaran udara. Universiti Putra
Malaysia.
https://upm.edu.my/article/zon_pelepasan_rendah_suatu_inisi
atif_menangani_pencemaran_udara-53429
Noraini Abdullah, Nor Mazliana Abdul Hashim, Mohammad Amirul
Adnan, & Shamsulikram Abdul Hamid. (2019). Buku teks sains
KSSM tingkatan 4. Odanata Publising Sdn. Bhd.
https://anyflip.com/phexa/rpxa
Pusat pendidikan dan latihan tenaga boleh baharu, kecekapan
tenaga & teknologi hijau (CETREE). (n.d.). Teknologi hijau.
http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-
teknologi-hijau
Syafia Hani. (2022, Januari 21). Mencari kereta baharu? Ini
kereta hibrid terkini daripada Toyota. Amanz.
https://amanz.my/2022320945/
Talib. (2020, Julai 21). TahukahAnda : Tentang kereta hibrid
yang perlu anda tahu. PanduLaju.
https://pandulaju.com.my/tahukahanda-tentang-kereta-
hibrid-yang-perlu-anda-tahu/
UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (2022). All-New toyota corolla
cross hybrid electric.
https://toyota.com.my/vehicles/suv/corolla-cross-hybrid