The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by red_laili2005, 2022-06-15 02:32:53

PERTANDINGAN E-NILAM PPKI

PPKI SK JIMAH TAHUN 2022

TAJUK : SI BELANG TIDAK BERSALAH

PENGARANG : RUBIAH JUSOH

TERBITAN : PUSTAKA FUHUA

Di sebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri yang bernama

Lamin dan Salmah. Mereka ada memelihara beberapa haiwan peliharaan yang

jinak. Antara haiwan yang dipelihara adalah anak harimau yang dijumpai di

hutan ketika mencari kayu api dan telah diberikan nama sebagai ‘Si Belang’.

Si Belang merupakan haiwan yang bijak kerana memahami setiap

arahan Lamin dan isterinya. Lamin akan menjaga rumah tuannya apabila

mereka keluar ke kebun sebagai membalas jasa kerana memeliharanya sejak

kecil lagi.

Tidak lama kemudian, tuannya Salmah telah melahirkan seorang

bayi yang sangat comel. Si Belang juga sangat sayang akan bayi itu dan sering

barmain dengannya.

Setiap pagi, Lamin dan Salmah akan meninggalkan bayi mereka di

dalam buaian di rumah dan di jaga oleh Si Belang. Mereka memberikan

kepercayaan dan sangat menghargai kesetiaan Si Belang untuk menjaga anak

mereka.

Pada suatu hari, Lamin dan Salmah berasa terkejut apabila melihat

mulut Si Belang berdarah ketika pulang dari kebun. Si Belang mengaum seolah

ingin memberitahu sesuatu. Akan tetapi, Lamin dan isterinya menyangkakan

Si Belang telah memakan anak mereka.

Lamin berasa sangat berang. Tanpa berfikir panjang, Lamin telah

menghunuskan parang dan menangkap Si Belang yang cuba melarikan diri.

Lamin telah menetak kepala Si Belang sehingga darah terpancut keluar

walaupun Si Belang cuba merintih meminta simpati.

Dalam pada itu, Salmah telah mendapati bahawa anaknya masih

berada di dalam buaian tanpa sebarang kecederaan. Rupa-rupanya darah

pada mulut Si Belang adalah darah ular sawa yang di bunuhnya. Tersentak dari

itu, Lamin tersedar bahawa dia telah melakukan kesalahan yang besar dengan

membunuh Si Belang yang tidak bersalah dan setia menjaga anaknya. Lamin

berasa sangat menyesal kerana bertindak terburu-buru tanpa usul periksa

terlebih dahulu.

Pengajaran yang dapat kita pelajari daripada cerita ini adalah jangan
bertindak terburu-buru tanpa usul periksa.

50


Click to View FlipBook Version