The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1074 TUGASAN INTERAKSI LAIN-LAIN BM6 Peranan & Pemikiran Tokoh 27.12.2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 375-21-bess, 2021-12-30 21:26:18

BMMB1074 TUGASAN INTERAKSI LAIN-LAIN BM6 Peranan & Pemikiran Tokoh 27.12.2021

BMMB1074 TUGASAN INTERAKSI LAIN-LAIN BM6 Peranan & Pemikiran Tokoh 27.12.2021

Peranan dan Pemikiran
Tokoh dalam

Memartabatkan Bahasa
Melayu

KELAS: PPRBMM1-6

PUAN HAJAH AINAH BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 2021

W. G. Shellabear

William Girdlestone Shellabear
(1862-1947)

● Beliau dilahirkan di Holkham Hall di
Norfolk, England pada 27 August 1862.

● Beliau merupakan seorang “perintis”
sarjana dan mubaligh di British Malaya.

Peranan dan sumbangan

● Beliau menghasilkan 6500 perkataan Melayu-Inggeris dan telah diterbitkan pada tahun 1902.
● Beliau bekerjasama dengan seorang ulama Melayu iaitu Sulaiman bin Muhammed Nur untuk

menerbitkan bahan-bahan bacaan bersama seperti Kitab Kiliran Budi dan Hikayat Hang Tuah.
● Beliau terus membantu ulama-ulama yang lain sebagai persediaan penerbitan buku selepas beliau

bersara pada tahun 1938.
● Beliau menghasilkan sekurang-kurangnya 55 buah karya sastera dalam bahasa Melayu. Contohnya,

Sejarah Melayu (1924), Hikayat Musa (1949), Hikayat Yusuf (1949), Tafsir Yahya (1949), Hikayat Beni
Israel (1949), Tafsir Injil Lukas (1949), Cherita yang Sempurna (1949), kamus dan tatabahasa Melayu
dan sebagainya. Beberapa hasilnya telah ditujukan kepada orang Melayu Kristian, beberapa untuk
orang Melayu Islam, beberapa untuk mubaligh yang datang ke Tanah Melayu, dan beberapa untuk
ulama.
● Beliau telah mempromosikan sekolah-sekolah bahasa Melayu dan menyebabkan perselisihan faham
berlaku dengan mubaligh yang suka mengatur dan mengajar di sekolah-sekolah bahasa Inggeris.
● W.G. Shellabear telah memperkenalkan dan membimbing perubahan sikap terhadap orang Melayu
dan orang Islam.
● Beliau meninggalkan buku-buku yang mengenai pentadbiran kata Melayu, kamus, buku teks dan
kerja-kerja keagamaan bagi Misi Kristian.
● Beliau telah membuat kajian khas tentang bahasa dan dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Contoh Karya Sastera:

Sejarah Melayu (1924) The Triglot
Vocabulary, Sixth
Edition

Munsyi Abdullah

MONDAY ● OCTOBER 2 ● 2021 NEWSPAPER CLIPPING STYLE FOR HISTORY CLASS EDITION Nº 001

sumbangan

- Faktor kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu.
Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal
mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang
membawa perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah
Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti
rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri pantai Timur.

- Faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah barat.
Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah memungkinkan karya-karya
yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu
pertama yang karyanya dicetak. Antara karyanya yang terawal dicetak ialah Kisah Pelayaran Abdullah
(1838).

-Faktor bakat dan kebolehan semulajadi dalam bidang tulis menulis.

Beliau memang berbakat dalam tulis-menulis, idea yang diberikan kreatif. Olahan cerita yang

disampaikannya juga menarik serta terperinci. Idea dan pemikiran dalam karya-karyanya yang

berbentuk autobiografi seperti Syair Singapura terbakar (1830) Kisah Pelayaran Abdullah (1838)

membuktikan beliau memang berbakat dalam bidang penulisan yang melayakkannya berada dalam

zamannya sendiri. EDITION Nº 001

sumbangan

-Faktor zaman Abdullah Munsyi adalah zaman pergolakkan
Huraian/Contoh: Abdullah Munsyi berada dalam dua situasi iaitu menjelang keruntuhan kuasa politik
kaum bangsawan Melayu dan bermulanya kegemilangan pengaruh asing. Senario itu telah
memungkinkan Abdullah membawa pembaharuan dalam karya-karyanya yang tidak terikat lagi pada
tradisi istana. Ini jelas dalam kebanyakkan karyanya tidak lagi memberi penekanan pada golongan
feudal seperti dalam Hikayat Abdullah.

- Faktor penyebaran agama kristian.

Huraian/Contoh: Penyebaran agama kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari barat turut
membawa masuk ilmu-ilmu barat yang mula berkembang dan mula melemahkan kuasa golongan
feudal orang Melayu. Abdullah Munsyi yang turut belajar dengan beberapa orang paderi seperti
Thomson dan juga Milne telah menerima tempias keilmuan barat sehingga memungkinkannya
mencipta pembaharuan dalam karya-karya beliau ini terbukti melalui penggunaan istilah-istilah
Inggeris dalam karya beliau seperti Hikayat Abdullah Munsyi. Antaranya police dan college.

EDITION Nº 001

Asmah Haji Omar

Asmar Haji Omar

- dilahirkan pada 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah,Darul Aman
- Beliau merupakan pakar nahu bahasa Melayu dan tokoh penting

dalam bidang perancangan bahasa Melayu
- Beliau merupakan ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963

sehingga persaraan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti
Malaya pada tahun 2000.
- Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Bahasa dan
Linguistik, dan kemudian Pengarah Pusat Bahasa di Universiti
Malaya, Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan
Sultan Idris dan Profesor serta Penyandang Kerusi Tamadun Melayu
Za’ba di universiti yang sama.
- Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Universiti Utara Malaysia.

Peranan Asmah Haji Omar

❏ Dalam bidang bahasa Melayu, Asmah Haji Omar telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku.
❏ Antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Essays on Malaysian Linguistics (DBP 1975), Susur

Galur Bahasa Melayu (DBP 2007) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (DBP 2008).
❏ Dalam buku Ensiklopedia Bahasa Melayu, Asmah Haji Omar memberikan susur galur dan pemahaman

tentang bahasa Melayu yang lengkap. Buku ini memperihalkan perkembangan bahasa Melayu dari
sudut sejarah, tulisan, ejaan, fonetik, fonologi, nahu, morfologi, sintaksis, ragam bahasa dan
etimologinya.
❏ Beliau turut memberikan sumbangan dalam pengajian bahasa Melayu dalam manuskrip lama atau karya
agung bangsa Melayu.
❏ Karya agung yang dikaji oleh beliau ialah “Aqaid al-Nasafi”. Beliau mengemukakan gambaran tulisan
jawi abad ke-16 yang mencirikan keutuhan bahasa Melayu yang wujud sebagai bahasa yang maju.
❏ Dalam teks ini telah wujud huruf yang memberikan bunyi nya, ga, pa, nga dan ca yang digunakan bagi
bunyi dalam bahasa Melayu yang tidak ada bahasa Arab.
❏ Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah wujud sebagai bahasa dominan dan maju sejak abad
ke-16 lagi dan ciri-ciri penggunaan imbuhan dalam teks ini memperlihatkan penggunaan imbuhan dalam
bahasa Melayu sekarang.

Pemikiran Asmah Haji Omar

● Pemikiran tentang susur galur sejarah bahasa Melayu
❏ Asmah Haji Omar pada tahun 2008 menyatakan susur galur serta pemahaman tentang bahasa

Melayu yang lengkap melalui Ensiklopedia bahasa Melayu.
❏ Menurut Asmah Haji Omar, bahasa Melayu sebagai bahasa rumpun Austronesia terbahagi

kepada empat keluarga: Indonesia, Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. Keluarga Melanesia,
Mikronesia dan Polinesia terletak di Lautan Pasifik, sedangkan keluarga Indonesia
terletak jauh sedikit dari Lautan Pasifik. Kelihatan ada garis yang memisahkan keluarga
Indonesia di satu pihak dan keluarga yang tiga lagi di pihak lain.
❏ Oleh itu, bahasa-bahasa dalam keluarga Indonesia dikenali sebagai bahasa-bahasa Austronesia
Barat dan keluarga tiga yang lain itu dikenali sebagai bahasa-bahasa Austronesia Timur atau
juga dikenali sebagai bahasa Oceania kerana terdapat di kawasan lautan.
❏ Bahasa-bahasa yang terdapat di wilayah Nusantara seperti di Filipina, Indonesia, Malaysia dan
Brunei termasuk dalam keluarga bahasa Indonesia atau bahasa-bahasa Austronesia Barat.

Pemikiran Asmah Haji Omar

Pemikiran tentang bahasa dan alam Melayu
● Asmah Haji Omar (1993) meneroka alam pemikiran Melayu dan

pengalaman-pengalaman orang Melayu yang terakam dalam bahasanya, melalui
penelitian terhadap bahasa kanak-kanak, khususnya dalam penuturan bahasa itu
sebagai bahasa pertama dan bahasa orang Dewasa.
● Dalam memperkatakan bahasa orang dewasa, beliau melihat pemikiran orang Melayu
dalam penghitungan, konsep-konsep ruang dan waktu serta cara mengeluarkan arahan
dalam bahasa tulisan, iaitu dalam soal peperiksaan. Baik bagi bahasa orang dewasa
mahupun bagi bahasa kanak-kanak, beliau melihat gejala-gejala yang berlaku dari kaca
mata prinsip kerelatifan bahasa (principle of linguistic relativity), yang menyatakan
bahawa bahasa adalah teropong untuk mengenal alam sekeliling dan bahawa
sistem-sistem yang berbeza dari satu bahasa ke bahasa yang lain itu menyebabkan
penglihatan dunia yang berlainan pula.

Pemikiran Asmah Haji Omar

Pemikiran tentang nahu dan tatabahasa

● Asmah Haji Omar pada tahun 1976 mengesan beberapa prinsip fonologi yang melandasi analisis Za’ba tentang sistem ejaan bahasa
Melayu seperti:

- Keutamaan ucapan di atas tulisan (kewujudan bunyi mendahului tulisan)

- Huruf sebagai lambang untuk bunyi
- Hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa
● Asmah merupakan penulis bahasa Melayu yang menerapkan nahu struktural. Sebagai contoh melalui bukunya, Nahu Melayu
Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008) telah menghuraikan tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Hal ini
jelas berbeza dengan acuan nahu tradisional yang mementingkan makna semata-mata.
● Asmah mempunyai pemikiran yang tersendiri dalam mendefinisikan ayat. Menurut Asmah Haji Omar (2008): “Ayat adalah unit yang
paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni yang
dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai”.
● Menurut Asmah daripada pernyataan tersebut, ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa bahasa Melayu. Ayat mestilah dimulakan
dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap. Ayat juga mempunyai intonasi bagi menggambarkan
maksud ayat tersebut.

Abdullah Hassan

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

● Dilahirkan di Teluk Anson,Perak pada 20 Mac 1942

● Beliau pernah berkhidmat di Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang; Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur; Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim; dan
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
● Beliau antara ahli bahasa yang terkenal di Malaysia.

Sumbangan

● Di bawah pimpinannya beliau meneruskan usaha mengadakan persidangan penterjemahan

antarabangsa, iaitu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-7 (1999), Ke-8 (2001), Ke-9
(2003), ke- 10 (2005), dan yang terakhir Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-11 (PPA-11)
yang diadakan pada 21-23 November 2007.

● Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik
Malaysia (PLM).

● Beliau mengarang banyak buku dalam bidang bahasa Melayu, komunikasi, terjemahan, dan

perkamusan.

● Di samping itu beliau juga bergabung dengan isterinya, yang juga adalah seorang cendekiawan

terkenal di Malaysia, bagi menulis banyak buku ilmu lain.

● Prof. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi mengekalkan nilai dan jati diri melalui
himpunan memori bangsa yang dipindahkan hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina
kreativiti peribumi.

Karya-karya dan Hasil Penulisan

1970: Pola-Pola Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Terjemahan: Ruth Benedict, Patterns of Culture, 1934) (tiada ISBN)

1974: The Morphology of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka DBP
(tiada ISBN)

1976: Bimbingan Bahasa Malaysia I untuk HSC. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. ISBN 0195808959

1977: Sivik Menengah Baru Buku 4. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
(Terjemahan: Goon Fatt Chee et al. Civic for Secondary Schools, Book
4, Penerbit Fajar Bakti, 1977) ISBN 0195809203

O.T DUSSEK

O.T DUSSEK

● Dilahirkan di Surrey, England;
lebih dikenali dengan nama
O.T. Dussek.

● Dilantik sebagai pengetua di
Maktab Latihan Melayu
Melaka pada tahun 1914.

Pandangan/Pemikiran:
“Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih

daripada 70 juta manusia. Ia merupakan satu
daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia
ini. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa
kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya
yang layak dalam kalangan bahasa-bahasa dunia.
Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah
bahasa kamu.”

Perkhidmatan

● Guru di Allyne’s Grammar School di England Perkhidmatan
● Pembantu guru di Sekolah Tinggi Melaka (1912)
● Pengetua di Kolej Melayu Melaka (1914)
● Pengetua pertama di Sultan Idris Training College (SITC) (1922)

Sumbangan

● Menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di SITC bersama dengan Za’ba
dan dijadikan sebuah jabatan.

● Mementingkan pemberian ilmu kepada orang Melayu dengan menerbitkan
buku bacaan umum melalui Pejabat Karang Mengarang Sumbangan.

● Menulis buku tentang bahasa, Kitab Pelita Mengarang, bersama dengan
Mohd Hashim Haji Talib (1923).

● Antara buku bidang lain tulisannya ialah Kitab Pedoman Guru Penggal 1
dan 2 (1926), Kitab Hisab I, II, III, IV (1926), Kitab Ilmu Geometri (1930),
dan Melawat ke Eropah (1935).

Nik Safiah Karim

MONDAY ● OCTOBER 2 ● 2021 NEWSPAPER CLIPPING STYLE FOR HISTORY CLASS EDITION Nº 001

Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim

● Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 17
Disember 1939.

● Beliau pernah menjadi pensyarah di Fakulti Sastera

dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
● Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka.
● Beliau juga pernah Presiden Persatuan Linguistik

Malaysia selama 18 tahun. Kini, beliau menjadi
Penasihat bagi persatuan tersebut.
● Kepakaran beliau adalah dalam bidang tatabahasa
dan sosiolinguistik.

Peranan Nik Safiah Karim

❏ Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka
sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Di sini beliau terus menabur berbakti dalam perjuangan
mengutuhkan bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh dunia. Ini dilihat dari
perlantikan beliau selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa
Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM).

❏ Beliau merupakan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Kepakaran beliau
telah menjadikan beliau pakar rujuk bahasa yang sering dijemput.

❏ Memandangkan kegigihan beliau ini maka tidaklah beliau adalah salah seorang pengasas Persatuan
Linguistik Malaysia dan pernah menjadi Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat
persatuan tersebut. Kegigihan Datuk Dr. Nik yang tidak pernah mengira penat amatlah disegani ramai.

❏ Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan bintang. Pada tahun 1989 beliau
dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN). Seterusnya pada tahun 1995 beliau menerima
kurniaan Johan Mangku Negara (JMN). Manakala pada tahun 1997 beliau telah dikurniakan Johan
Panglima Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk.

Peranan Nik Safiah Karim

❏ Beliau juga telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon bagi kecemerlangan
dalam bidang pendidikan sebagai Ibu Ilmuwan pada 1995. Kecemerlangan yang berjaya dicapai juga
menjadi kebanggaan sekolah beliau. Dalam Perayaan sempena 50 Tahun Maktab Perempuan
Melayu/Kolej Tunku Kurshiah pada 1997 beliau telah dianugerahkan wanita cemerlang.

❏ Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim juga telah banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dan
penyertaan dalam persidangan samada mengenai isu wanita maupun isu bahasa. Beliau telah
menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah
sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya.

❏ Sejak kebelakangan ini, beliau telah berganding bahu bersama Dr. Rokiah Talib dalam penulisan biografi
wanita tanahair. Tindakan ini amat bermakna kerana merupakan satu inisiatif wanita menulis mengenai
sumbangan wanita. Beliau juga telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah mengenai
isu bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (yang ditulis bersama tiga orang ahli
bahasa yang lain) dan Bahasa Malaysia Syntax.

Pemikiran Nik Safiah Karim

● Pemikiran Nik Safiah Karim boleh ditunjukkan melalui personaliti beliau.
Personaliti beliau telah menyerlah dengan keindahan budi pekerti, santun peribadi
dan pandai menghargai orang tua. Sebagai bukti, beliau tidak lupa mengirimkan
sebahagian wang gaji kepada orang tuanya setiap bulan. Maka slogan “Budi
Bahasa Budaya Kita” yang dicipta beliau telah menjadi ikutan generasi kini dalam
memupuk nilai-nilai murni serta semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan.

● Selain itu, Nik Safiah Karim juga menekankan bidang morfologi. Misalnya, Nik
Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur
, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

Contoh Karya Sastera:

Tatabahasa Dewan Bahasa Melayu
(Edisi Ketiga) 2008 Syntax 1978

Awang Sariyan

Awang Sariyan

● Beliau Lahir pada 20 Oktober
1953.

● Dilahirkan di Kampung
Rambah dan dibesarkan di
Kampung Teluk Kerang.

● Beliau adalah seorang ahli
bahasa Malaysia yang
terkenal.

Peranan Awang Sariyan

● Beliau banyak menulis rencana bimbingan bahasa Melayu untuk pelajar, serta
mengarang puluhan buku panduan bahasa, buku ilmiah, buku umum, dan kamus.

● Dalam seminar bahasanya, beliau sering membentangkan kertas kerja dan hasil
penyelidikannya.

● Dalam perancangan bahasa terdapat dua aspek utama, iaitu perancangan taraf bahasa
dan perancangan korpus bahasa.

● Beliau banyak menyumbang dalam sektor perkhidmatan awam dan sektor badan bukan
kerajaan.

● Awang Sariyan menjadi Pengarah Jabatan Bahasa melaksanakan idealismenya dalam
perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi
dan bahasa ilmu.

Peranan Awang Sariyan

● Dalam jabatan yang dipimpinnya, iaitu Jabatan Bahasa DBP terdapat tujuh Bahagian, tiga
daripadanya berkaitan dengan pembinaan bahasa, iaitu Bahagian Peristilahan, Bahagian
Perkamusan dan Bahagian Penyelidikan Bahasa, manakala empat pula berkaitan dengan
pengembangan bahasa, iaitu Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Bahagian
Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Bahagian Bahasa Melayu Antarabangsa dan
Bahagian Penerbitan Bahasa.

● Beliau menggerakkan upaya pengembangan bahasa kebangsaan melalui slogan “Gerak
Gempur Bahasa” di satu sisi dan slogan “Dakwah Bahasa” di sisi lain.

Peranan Awang Sariyan

● Beliau menggunakan slogan “Gerak Gempur Bahasa” di satu sisi dan slogan “Dakwah
Bahasa” di sisi lain untuk menggerakkan upaya pengembangan bahasa
kebangsaan.Gerak gempur bahasa dilaksanakan bagi menerobos bidang-bidang
penguatkuasaan bahasa kebangsaan seperti di tempat awam, di media massa, dalam
jentera pentadbiran dan sebagainya, manakala dakwah bahasa dilaksanakan untuk
mengimbau pelbagai pihak yang perlu didekati dengan hikmah seperti sektor swasta
yang tidak tertakluk pada Dasar Bahasa Kebangsaan.

● Dalam perancangan korpus bahasa, beliau berperanan merumuskan atau membakukan
tatabahasa dan sebutan.

● Antara buku tatabahasa tulisannya yang pernah dijadikan asas oleh pendidik dan pelajar
termasuk Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia Kunci Bahasa Malaysia dan
Ceritera Bahasa.

Peranan Awang Sariyan

● Di Kementerian Pendidikan Malaysia pula, beliau mewakili Persatuan Linguistik Malaysia
dalam penyusunan buku pedoman sebutan baku beserta kaset terbitan Bahagian
Teknologi Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

● Buku Sebutan Baku dan Ejaan Rumi yang dihasilkannya dijadikan rujukan kepada guru
dan pelajar, termasuk guru dan pelajar bahasa Melayu di Singapura dan di Brunei
Darussalam.

● Beliau juga banyak memberi ceramah tentang penggunaan bahasa yang baik dan
berkesan, penulisan yang berkesan, pengucapan awam dan penghasilan pelbagai bentuk
tulisan seperti laporan, teks ucapan, minit mesyuarat, kertas projek, rencana, buku dan
sebagainya.

● Beliau juga banyak ceramah motivasi akademik kepada pelajar di seluruh negara,
khususnya bimbingan teknik belajar dan strategi menghadapi peperiksaan.

Pemikiran Awang Sariyan

● Awang Sariyan menyeru anggota masyarakat agar menggunakan bahasa yang
teratur dan berkesan, iaitu yang berasaskan sistem bahasa dalam penulisan dan
pengucapan rasmi.

● Dalam hal penggunaan bahasa rasmi, beliau amat kuat menekankan bentuk
bahasa yang baku, baik dalam aspek ejaan, peristilahan, pemilihan kata, sebutan,
tatabahasa dan laras bahasa.

● Beliau juga banyak membincangkan Isu bahasa rojak dan isu bahasa slanga.
Isu-isu yang dinyatakan telah merendahkan nilai bahasa Melayu dan menjadikan
bahasa Melayu kehilangan darjat serta citra sebagai bahasa budaya tinggi.

R.O Winstedt

● Richard Olaf Winstedt juga dikenali
sebagai R. O. Winstedt.

● Beliau merupakan pakar pengkaji dari
Timur Inggeris dan pentadbir koloni
dengan kemahiran Malaya British.

Sumbangan

Bahasa Kesusasteraan Pendidikan

Beliau memberi sumbangan dalam Beliau menghasilkan buku Beliau telah meneliti dan membuat
penyusunan kamus bahasa Melayu. sastera yang bertajuk “A History kajian selidik tentang pendidikan
Misalnya, beliau telah menghasilkan of Classical Malay Literature.” vernakular. Selain itu, beliau juga
2 buah kamus iaitu A Practical Beliau juga menyunting Hikayat membuat laporan yang
Modern Malay-English Dictionary Bayan Budiman, Misa Melayu mengemukakan cadangan tentang
(1952) dan An Unabridged English dan Hikayat Anggun Cik Tunggal. bidang pelajaran. Beliau juga
Dictionary (1958). Selain itu, beliau Tambahan pula, karya-karya membantu menubuhkan Maktab
juga menghasilkan kamus yang popular yang lain seperti The Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim
berjudul Dictionary of Colloquial Malay Magician, A simple Malay pada tahun 1922 . Penubuhan maktab
Malay. Selain daripada penyusunan Reader, Malay Proverbs dan The tersebut bertujuan untuk melahirkan
kamus, beliau telah menyusun Malays: A Cultural History telah tenaga pengajar Melayu yang
tatabahasa Melayu berdasarkan dua disunting oleh beliau. berpendidikan tinggi dan beracuan
buah buku, iaitu Sejarah Melayu dan Inggeris. Bukan itu sahaja, beliau juga
Hikayat Abdullah. Kandungan buku menghasilkan buku yang berkaitan
itu meliputi semua aspek bahasa dan dengan pendidikan. Contohnya,
tidak terhad kepada tatabahasa. Education in Malay (1923) dan The
Educational System in Malaya (1931).

Pemikiran

Pemikiran beliau boleh ditunjukkan melalui karya hasil beliau iaitu The
Malays: A Cultural History. Winstedt berpandangan bahawa
keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu merangkumi sistem
kepercayaan, budaya, bahasa, sosial dan kesusasteraan dari
pengaruh Hinduisme dan Islam. Karya ini membincangkan tentang
kehidupan masyarakat Melayu di Tanah Melayu dan menceritakan
tentang cara terbentuknya sistem kepercayaan dari pengaruh Hindu
sehingga tibanya Islam.


Click to View FlipBook Version