The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA - RUJUKAN PEMOHON DAN PENYEWA DARIPADA AGENSI KERAJAAN, SYARIKAT MILIKAN LADA, BADAN BERKANUN, GLC DAN SWASTA - MULAI 12 JANUARI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lembaga Pembangunan Langkawi, 2023-12-10 19:55:22

GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA - RUJUKAN PEMOHON DAN PENYEWA DARIPADA AGENSI KERAJAAN, SYARIKAT MILIKAN LADA, BADAN BERKANUN, GLC DAN SWASTA - MULAI 12 JANUARI 2023

GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA - RUJUKAN PEMOHON DAN PENYEWA DARIPADA AGENSI KERAJAAN, SYARIKAT MILIKAN LADA, BADAN BERKANUN, GLC DAN SWASTA - MULAI 12 JANUARI 2023

30 Kandungan dari Arahan Ketua Pegawai Eksekutif LADA Bil. 1 Tahun 2023: Garis Panduan Pengurusan Rumah Sewa LADA yang berkuat kuasa 12 Januari 2023 untuk rujukan pemohon dan penyewa daripada pegawai kerajaan, badan berkanun, syarikat milikan LADA, syarikat bersekutu LADA, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA2 KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1. TUJUAN 4 2. LATAR BELAKANG. 4 3. TAKRIFAN 4 4. OBJEKTIF 5 5. RUJUKAN 5 6. PEMAKAIAN 6 7. SYARAT-SYARAT AM KELAYAKAN MENDUDUKI RUMAH SEWA LADA 6 8. JENIS – JENIS PERMOHONAN 7 8.1 Permohonan Baharu 7 8.2 Permohonan Pertukaran Rumah 7 8.3 Pelanjutan/Penyambungan Tempoh Sewaan 7 8.4 Penamatan 8 9. TERMA DAN SYARAT TAWARAN 9.1 Kaedah Penawaran Sewaan 12 10. 9.2 Terma-terma Tawaran 9.3 Carta Alir Proses Tawaran Sewaan (LAMPIRAN F) 9.4 Carta Alir Proses Penamatan Sewaan (LAMPIRAN J) LAMPIRAN A – Senarai Ketua Jabatan Kerajaan di Langkawi 13 16 17 18 11. LAMPIRAN B - Borang Permohonan Rumah Sewa 21 12. LAMPIRAN D – Borang Penamatan Sewaan 23 13. LAMPIRAN E – Kadar Sewaan Taman Perumahan LADA Taman Desa Permata Taman Seri Berlian 24 25 Taman Kenari 26 Taman Nilam 27 Perumahan LADA Di PT1346, Kilim, Langkawi 28 Taman Pantai Kok, Langkawi 29 14. LAMPIRAN F - Carta Alir Proses Tawaran Sewaan 30 15. LAMPIRAN G – Borang Pemeriksaan Rumah 32 16. LAMPIRAN H – Akuan Serahan Kunci 35


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA3 17. LAMPIRAN I - Borang Aduan Kerosakan 36 18. LAMPIRAN J - Carta Alir Proses Penamatan Sewaan 38


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA4 1. TUJUAN Garis Panduan Pengurusan Rumah Sewa LADA ini bertujuan menjadi panduan kepada semua pemohon dan penyewa rumah sewa LADA mengenai pengurusan sewaan rumah LADA. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Garis Panduan sedia ada telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Produk Komersial dan Fasiliti (JKPF) Bil.1/2019. Garis Panduan ini telah diguna pakai bermula pada 1 Mac 2019 sebagai rujukan kepada Unit Pengurusan Aset (SPA) dalam mempertimbangkan permohonan sewaan rumah LADA. 2.2 Garis Panduan tersebut juga turut digunakan sebagai rujukan penyewa berkaitan maklumat, kemudahan serta syarat-syarat menduduki rumah sewa LADA. 2.3 Semakan Pertama Garis Panduan sedia ada telah diluluskan pada 19 Februari 2020. Manakala semakan kali kedua telah dilaksanakan melalui Mesyuarat JKPF Bil. 4/2021 seiring dengan keperluan dan kesesuaian semasa. 2.4 Selaras dengan penerbitan Arahan Ketua Pegawai Eksekutif (AKPE) LADA Bilangan 11 Tahun 2021: Garis Panduan Penetapan Format Penulisan Arahan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, dokumen pekeliling dalaman (garis panduan, manual, prosedur, polisi dan tatacara) hendaklah diterbitkan dalam format AKPE. 2.5 Selain itu, Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersekali Perjanjian Sewaan (sebagai arahan pentadbiran LADA dari masa ke masa) dan Dasar Strategik Pelaburan Dan Pengurusan Aset (DSPPA) LADA 2022-2030 yang telah diluluskan penggunaannya melalui Mesyuarat Jemaah Pengarah LADA Bil. 2/2022. 3. TAKRIFAN 3.1 Cukai merujuk kepada cukai tanah yang dikenakan oleh Pejabat Tanah Langkawi, dan/atau cukai taksiran atau cukai bantu kadar yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan. 3.2 Denda merujuk kepada sejumlah wang yang mesti dibayar kerana telah melakukan apa-apa kesalahan berdasarkan peruntukan Pihak Berkuasa Tempatan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA5 3.3 Keluarga merujuk kepada pasangan penyewa, anak-anak kandung/tiri/angkat (yang berdaftar) serta ibu bapa penyewa dan ibu bapa pasangan. 3.4 Ketua Jabatan ialah pegawai kerajaan yang tersenarai di LAMPIRAN A, Garis Panduan Pengurusan Rumah Sewa LADA. 3.5 Ketua Pegawai Eksekutif ialah Pengurus Besar berdasarkan definisi Akta LADA 1990 (Akta 423). 3.6 Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah individu yang disenaraikan dalam kategori OKU di laman sesawang www.jkm.gov.my. 3.7 Pegawai merujuk mana-mana individu yang bekerja di mana-mana jabatan/agensi Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bekerja di Langkawi sahaja. 3.8 Pengurusan Tertinggi ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan). 3.9 Senarai Menunggu ialah senarai permohonan bagi rumah sewa LADA untuk kategori selain pegawai LADA dan Ketua Jabatan. 4. OBJEKTIF 4.1 Menjelaskan mengenai prosedur pengurusan rumah sewa kepada pemohon, penyewa dan unit/bahagian yang terlibat dalam proses penawaran, urusan perjanjian dan penamatan. 4.2 Memastikan ketelusan dalam pengendalian urusan penyewaan rumah milik LADA terjamin. 4.3 Mengelakkan berlaku salah guna kuasa dalam pengurusan rumah sewa LADA yang akan menjejaskan imej LADA. 5. RUJUKAN 5.1 Garis Panduan Rumah Sewa LADA yang diluluskan melalui Mesyuarat JKPF Bil.1/2019 dan telah diguna pakai bermula pada 1 Mac 2019. 5.2 DSPPA LADA 2022-2030 yang diluluskan melalui Mesyuarat Jemaah Pengarah LADA Bil. 2/2022 dan berkuat kuasa pada 18 Ogos 2022.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA6 5.3 LADA-PK(U-PS)-03: Prosedur Pengurusan Sewaan Rumah LADA (Standard MS ISO 9001:2008) 6. PEMAKAIAN Garis Panduan ini terpakai kepada pemohon dan penyewa rumah LADA yang terdiri daripada pegawai kerajaan, badan berkanun, syarikat milikan LADA, syarikat bersekutu LADA, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta, serta dibaca sebagai arahan semasa dengan perjanjian sewaan yang berkuat kuasa. Warga kerja LADA yang ingin memohon atau telah menyewa rumah LADA dimohon merujuk AKPE LADA Bil. 1 Tahun 2023. 7. SYARAT-SYARAT AM KELAYAKAN MENDUDUKI RUMAH SEWA LADA 7.1 Rumah sewa LADA disediakan untuk pegawai kerajaan, badan berkanun, syarikat milikan LADA, syarikat bersekutu LADA, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang berkhidmat di Langkawi sahaja. 7.2 Bayaran rumah sewa LADA wajib melalui potongan gaji dan perlu mendapat pengesahan potongan gaji oleh jabatan/syarikat; 7.3 Cadangan bayaran sewa rumah melalui auto-debit atau standing instruction (SI) bagi kes-kes tertentu perlu mendapat kelulusan Mesyuarat JKPF atau Ketua Pegawai Eksekutif; 7.4 Pemohon dan pasangan tidak ditawarkan kuarters jabatan/syarikat; 7.5 Keutamaan kepada pegawai LADA dan Ketua Jabatan di Langkawi (seperti di LAMPIRAN A) dengan tawaran rumah secara terus tertakluk kepada kesediaan rumah dan tidak boleh memilih unit atau taman perumahan. 7.6 Pemohon perlu mengikut giliran dengan konsep ‘First Come First Serve’.Tawaran adalah tertakluk kepada ketersediaan rumah dan tidak boleh mememilih unit atau taman perumahan. 7.7 Rumah sewa hendaklah didiami sendiri oleh penyewa yang sah sepertimana tawaran asal, iaitu sama ada bersama penyewa bersama/ keluarga sepertimana yang terkandung dalam borang permohonan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA7 8. JENIS-JENIS PERMOHONAN 8.1 Permohonan Baharu 8.1.1 Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Borang Permohonan Rumah Sewa LADA (LAMPIRAN B) yang boleh dicapai di Laman Sesawang Rasmi LADA atau melalui pautan berikut: https://www.lada.gov.my/wpcontent/uploads/2020/08/borangrumahsewa.pdf dan menghantar ke Seksyen Pengurusan Aset LADA di Aras 1, Kompleks LADA atau secara e-mel kepada [email protected]. 8.1.2 Permohonan kali pertama oleh pegawai LADA dan ketua jabatan akan diberi keutamaan. 8.2 Permohonan Pertukaran Rumah 8.2.1 Permohonan pertukaran rumah boleh dipertimbangkan berdasarkan justifikasi yang munasabah oleh pihak penyewa dan kelulusan adalah tertakluk kepada pihak LADA. 2.2.2 Permohonan pertukaran rumah oleh penyewa perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Produk Komersial dan Fasiliti (JKPF). 2.2.3 Jika terdapat lebih daripada satu (1) permohonan pertukaran bagi rumah yang sama, undian hendaklah dibuat oleh ahli mesyuarat berdasarkan justifikasi serta merit kelayakan. 8.3 Pelanjutan/Penyambungan Tempoh Sewaan 8.3.1 Penyewa sedia ada adalah dibolehkan untuk memohon pelanjutan tempoh sewaan. Penyewa hendaklah memohon pelanjutan tersebut melalui satu (1) surat permohonan yang dihantar kepada pihak LADA di dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan dari tarikh perjanjian sewaan semasa tamat. 8.3.2 Permohonan pelanjutan sewaan hanya akan dipertimbangkan bagi permohonan oleh penyewa yang tidak mempunyai sebarang isu berkenaan sewaan sahaja. 8.3.3 Selain dari perkara 8.3.1, permohonan pelanjutan ini akan dibawa ke Mesyuarat JKPF LADA untuk pertimbangan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA8 8.3.4 Sebagai tambahan, pelanjutan bagi penyewa yang ditukarkan ke luar Langkawi atau pencen atau tamat kontrak, pertimbangan kelulusan adalah seperti berikut: - Pelanjutan sehingga 3 bulan : TKPE(P) - Pelanjutan melebihi 3 bulan : JKPF/KPE 8.3.5 Pelanjutan ini adalah tidak terpakai kepada penyewa yang telah bermastautin dan bekerja di luar Langkawi ketika permohonan lanjutan dikemukakan kepada LADA. 8.4 Penamatan 8.4.1 Penamatan (Secara Sukarela) i. Penyewa sedia ada boleh menamatkan sewaan rumah sewa LADA pada bila-bila masa sahaja selepas enam (6) bulan dari tempoh sewaan pertama. ii. Pihak Penyewa hendaklah melengkapkan Borang Penamatan (LADA-PK(U-PS)-03/04) sepertimana (LAMPIRAN D) yang boleh dicapai di Laman Sesawang Rasmi LADA atau melalui pautan berikut: https://www.lada.gov.my/wpcontent/uploads/2020/11/BORANG-PENAMATANRUMAH-SEWA.pdf; dan pihak penyewa hendaklah memastikan bahawa tiada sebarang tunggakan sewaan mahupun bil - bil utiliti yang masih berbaki sewaktu proses penamatan penyewaan. iii. Pihak Penyewa juga hendaklah menamatkan akaun utiliti dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan salinan dokumen penamatan tersebut hendaklah dilampirkan bersekali bersama Borang Penamatan. iv. LADA berhak mengambil deposit sewaan sekiranya berlaku keingkaran penyewa dalam menyelesaikan tunggakan sewaan/ bil utiliti. v. Pihak penyewa hendaklah mengemukakan surat tuntutan deposit bersama resit asal deposit/ akuan sumpah berkanun (sekiranya resit deposit asal hilang) dan LADA akan melaksanakan tindakan pemulangan deposit dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh LADA menerima dokumen tuntutan deposit tersebut. Jumlah pemulangan deposit adalah tertakluk kepada perkara 8.4.2 (iii). vi. Carta alir proses penamatan sepertimana Lampiran J.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA9 8.4.2 Penamatan (oleh LADA) - Pelanggaran Syarat Perjanjian Sewaan oleh Penyewa i. LADA boleh menamatkan perjanjian sewaan di antara Penyewa dan LADA sekiranya LADA mendapati bahawa Penyewa telah melanggar mana-mana terma perjanjian sewaan yang telah ditandatangani di antara pihak LADA dan pihak Penyewa dengan memberikan notis penamatan kepada pihak Penyewa. ii. Hal ini adalah termasuk kegagalan Penyewa untuk menjelaskan jumlah tunggakan sewaan sehingga Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM 2,000) ke atas ATAU Penyewa gagal untuk menjelaskan jumlah tunggakan sewaan selama tiga (3) bulan (yang mana terdahulu). iii. Surat peringatan tunggakan bayaran akan dikeluarkan oleh pihak LADA kepada pihak Penyewa sebanyak tiga (3) kali dan sekiranya pihak Penyewa masih gagal untuk membuat sebarang bayaran tunggakan sepertimana tempoh yang telah dinyatakan di dalam notis terakhir maka tindakan penamatan oleh LADA akan dijalankan ke atas premis sewaan tersebut. iv. LADA juga boleh menamatkan perjanjian dengan penyewa yang didapati tidak menduduki atau meninggalkan rumah sewa tersebut untuk tempoh 60 hari secara berturut-turut. v. LADA berhak mengambil deposit sewaan sekiranya berlaku keingkaran penyewa dalam menyelesaikan tunggakan sewaan/ bil utiliti. vi. Pihak penyewa hendaklah mengemukakan surat tuntutan deposit bersama resit asal deposit/ akuan sumpah berkanun (sekiranya resit deposit asal hilang) dan LADA akan melaksanakan tindakan pemulangan deposit dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh LADA menerima dokumen tuntutan deposit tersebut. Jumlah pemulangan deposit adalah tertakluk kepada perkara 8.4.2 (iii). vii. Carta alir proses penamatan sepertimana Lampiran J.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA10 8.4.3 Penamatan (dengan arahan LADA) - Pegawai / Penyewa berpindah ke luar Langkawi i. Berdasarkan situasi atau keadaan penyewa sedia ada mendapat arahan penempatan pekerjaan ke luar Langkawi, adalah menjadi tanggungjawab Penyewa sedia ada atau majikan penyewa tersebut ataupun Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan (BSMKP) bagi premis sewaan yang melibatkan pegawai LADA) untuk memaklumkan secara bertulis kepada Seksyen Pengurusan Aset (SPA) akan isu pertukaran/perpindahan pegawai ke luar Langkawi sekurangkurangnya TIGA (3) BULAN sebelum pegawai tersebut menamatkan perkhidmatannya di LANGKAWI. ii. Sebarang dokumentasi ataupun proses penamatan utiliti dan serahan kunci hendaklah diselesaikan oleh penyewa sebelum premis sewaan itu diserahkan kembali kepada pihak LADA. iii. LADA berhak mengambil deposit sewaan sekiranya berlaku keingkaran penyewa dalam menyelesaikan tunggakan sewaan/ bil utiliti. iv. Pihak penyewa hendaklah mengemukakan surat tuntutan deposit bersama resit asal deposit/ akuan sumpah berkanun (sekiranya resit deposit asal hilang) dan LADA akan melaksanakan tindakan pemulangan deposit dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh LADA menerima dokumen tuntutan deposit tersebut. Jumlah pemulangan deposit adalah tertakluk kepada perkara 8.4.2 (iii). v. Sekiranya penyewa telah berpindah keluar, rumah penyewa adalah tidak boleh ‘diwariskan’ kepada orang lain. Tindakan milikan kosong akan dilaksanakan sekiranya perkara ini berlaku. vi. LADA boleh membenarkan pasangan / keluarga penyewa yang tertera seperti dalam borang permohonan penyewaan / tawaran asal yang dikemukakan menyambung sewaan dengan perjanjian baharu dengan kadar sewaan mengikut kategori kerja pasangan / keluarga penyewa dengan syarat bekerja di Langkawi. vii. Carta alir proses penamatan sepertimana Lampiran J.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA11 8.4.4 Penamatan Secara Automatik - Pegawai bersara i. Penyewaan akan ditamatkan dengan serta – merta sekiranya didapati penyewa sedia ada telah bersara. Rumah sewaan tersebut tidak boleh diwariskan kepada sesiapa jua. ii. Sekiranya penyewa ingin melanjutkan tempoh sewaan atas sebab mengambil masa untuk perpindahan ke rumah lain dan sebagainya, penyewa hendaklah mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh sewaan kepada LADA tidak kurang daripada tiga (3) bulan dari tarikh persaraan. Tempoh pelanjutan yang dibenarkan (tettakluk kepada kelulusan LADA) adalah tidak lebih daripada tiga (3) bulan. Kadar sewaan adalah berdasarkan kadar swasta sepanjang tempoh lanjutan. iii. Penyewa hendaklah menjelaskan segala tunggakan yang berkaitan dengan premis tersebut sebelum menyerahkan premis sewaan tersebut kepada LADA. iv. Premis tersebut mestilah bebas daripada segala tunggakan sama ada tunggakan sewaan, bil - bil utiliti atau apa – apa sahaja bayaran yang berkaitan. v. Penyewa hendaklah menyerahkan kunci premis sewaan pada hari terakhir Penyewa bekerja sebelum bersara. vi. Pemeriksaan rumah akan dijalankan oleh LADA sejurus pihak LADA menerima notis penamatan. vii. Pemohon mengisi Borang Penamatan dengan lengkap (LAMPIRAN D). viii. LADA berhak mengambil deposit sewaan sekiranya berlaku keingkaran penyewa dalam menyelesaikan tunggakan sewaan/ bil utiliti. ix. Pihak penyewa hendaklah mengemukakan surat tuntutan deposit bersama resit asal deposit/ akuan sumpah berkanun (sekiranya resit deposit asal hilang) dan LADA akan melaksanakan tindakan pemulangan deposit dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh LADA menerima dokumen tuntutan deposit tersebut. Jumlah pemulangan deposit adalah tertakluk kepada perkara 8.4.2 (iii). x. Carta alir proses penamatan sepertimana Lampiran J.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA12 9. TERMA DAN SYARAT TAWARAN 9.1 Kaedah Penawaran Sewaan 9.1.1 Kaedah 1: Tawaran Terus (Pegawai LADA/ Ketua Jabatan Agensi Kerajaan) i. Pegawai LADA serta Ketua Jabatan Agensi Kerajaan di Langkawi (LAMPIRAN A) diberi keistimewaan untuk menyewa rumah LADA melalui tawaran terus dan ia adalah tertakluk kepada ketersediaan rumah yang dimohon. 9.1.2 Kaedah 2: Sistem Giliran berdasarkan Senarai Menunggu (Pegawai Kerajaan/Badan Berkanun/Syarikat Milikan LADA/Syarikat Bersekutu LADA/GLC/Swasta berkhidmat di Langkawi) i. Penawaran sewaan bagi kesemua permohonan daripada pegawai kerajaan, badan berkanun, syarikat milikan LADA, syarikat bersekutu LADA, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang berkhidmat di Langkawi perlu mengikut senarai menunggu. ii. Pemohon boleh menyemak angka giliran pemohon di Laman Sesawang Rasmi LADA seperti di pautan berikut: https://www.lada.gov.my/pengurusan-sewaan/ iii. Penawaran sewaan akan dimaklumkan oleh SPA sekiranya ada kekosongan rumah. a. Pegawai kerajaan, badan berkanun, syarikat milikan LADA, syarikat bersekutu LADA dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) boleh ditawarkan di manamana rumah yang sedia diduduki di Taman Desa Permata, Taman Seri Berlian, Taman Kenari, Perumahan LADA di Kilim dan Taman Pantai Kok. b. Manakala, pegawai syarikat swasta boleh ditawarkan di mana-mana rumah yang sedia diduduki terhad di Taman Kenari, Perumahan LADA di Kilim dan Taman Pantai Kok sahaja. iv. Setelah pemakluman kepada pemohon dilaksanakan oleh LADA, tempoh untuk pemohon menangguhkan penerimaan tawaran rumah hanyalah selama satu (1) minggu dari tempoh pemakluman.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA13 v. Pemohon perlu memohon semula kepada LADA untuk dimasukkan semula dalam senarai menunggu sekiranya penangguhan dibuat melebihi satu (1) minggu. vi. Rumah yang akan ditawarkan adalah berdasarkan kekosongan di taman perumahan yang terlibat. Pemohon tidak dibenarkan untuk memilih unit/aras dan taman perumahan. vii. LADA berhak untuk menawarkan rumah kepada pemohon seterusnya berdasarkan senarai menunggu sekiranya pemohon yang berjaya menangguhkan penerimaan sewaan lebih daripada tempoh satu (1) minggu atau menolak rumah yang ditawarkan. 9.1.3 Kaedah 3: Tawaran Sewaan Secara Kontrak (Syarikat Subsidiari LADA) i. Pihak syarikat hendaklah mengemukakan surat permohonan sewaan bagi kakitangan di bawahnya kepada LADA. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada budi bicara LADA. ii. Pihak syarikat hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam surat tawaran, perjanjian dan termaterma serta peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa sama ada secara surat-menyurat, arahan pentadbiran yang dipanjangkan kepada syarikat/penyewa taman perumahan LADA atau medium lain yang bersesuaian. iii. Pihak syarikat hendaklah membayar sewaan rumah kepada LADA secara bulanan, selewat-lewatnya pada tujuh (7) hari bulan dan boleh mengenakan potongan gaji kepada kakitangan syarikat yang menyewa rumah tersebut. 9.2 Terma-terma Tawaran 9.2.1 Kadar Sewaan i. Penetapan kadar sewaan rumah sewa LADA adalah mengikut kadar yang dicadangkan oleh KPE LADA setelah semakan dan


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA14 rujukan dibuat kepada penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). ii. Penetapan kadar sewaan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan Jemaah Pengarah LADA. iii. Kadar sewaan perumahan LADA adalah seperti LAMPIRAN E. 9.2.2 Pendahuluan Sewaan i. Bakal penyewa diwajibkan membayar pendahuluan sewa sebanyak dua (2) bulan kadar sewaan. ii. Pendahuluan sewaan ini perlu dijelaskan sebelum perjanjian sewaan ditandatangani. 9.2.3 Deposit Sewaan i. Penetapan deposit sewaan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA. ii. Penyewa daripada pegawai kerajaan, badan berkanun, syarikat milikan LADA, syarikat bersekutu LADA, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta diwajibkan membayar deposit sewaan sebanyak dua (2) bulan kadar sewaan. iii. Deposit sewaan tidak akan dikembalikan sekiranya tempoh sewaan kurang daripada enam (6) bulan. iv. Namun demikian, sekiranya penyewa boleh mengemukakan alasan yang munasabah dan diluluskan oleh JKPF atau KPE LADA, deposit boleh dikembalikan. v. Deposit sewaan ini perlu dijelaskan sebelum perjanjian sewaan ditandatangani. vi. Deposit sewaan akan digunakan untuk kos-kos pembaikan dan dismantling cost bagi kes-kes yang melibatkan penambahan struktur tanpa kebenaran dan mana-mana kegunaan deposit tersebut yang berkaitan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA15 9.2.4 Deposit Utiliti i. Penetapan deposit utiliti perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA. ii. Penyewa daripada pegawai kerajaan, badan berkanun, syarikat milikan LADA, syarikat bersekutu LADA, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta diwajibkan membayar deposit utiliti sebanyak Ringgit Malaysia Empat Ratus (RM400). iii. Deposit utiliti tidak akan dikembalikan sekiranya tempoh sewaan kurang daripada enam (6) bulan. iv. Namun demikian, sekiranya penyewa boleh mengemukakan alasan yang munasabah dan diluluskan oleh JKPF atau KPE LADA, deposit boleh dikembalikan. v. Deposit utiliti ini perlu dijelaskan sebelum perjanjian sewaan ditandatangani. 9.2.5 Cukai i. Cukai tanah dan cukai taksiran atau cukai bantu kadar bagi rumah sewa milik LADA adalah di bawah tanggungan pihak LADA. ii. Pihak Penyewa adalah bertanggungan untuk membayar apaapa sahaja cukai dan/atau denda berkaitan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disebabkan oleh pengubahsuaian atau penambahan struktur rumah yang dibuat oleh penyewa tanpa kelulusan LADA. 9.2.6 Aduan Kerosakan i. Penyewa boleh membuat aduan kerosakan rumah melalui Borang Aduan Kerosakan Rumah sepertimana Lampiran Iyang boleh dicapai di Laman Sesawang Rasmi LADA atau melalui pautan berikut: https://www.lada.gov.my/wp-content/uploads/2021/12/BorangAduan-LADA.PK_.S.05.1-Rev06.pdf ;dan menghantar borang yang telah lengkap diisi ke Seksyen Pengurusan Aset, Bahagian Sumber Manusia Dan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Kompleks LADA.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA16 ii. Jenis kerosakan yang akan dibaiki LADA hanyalah kerosakan kecil sahaja dan LADA tidak akan membaik pulih kerosakan wear and tear yang disebabkan oleh kegunaan harian. Penyewa hendaklah mematuhi skop penggantian kerosakan semasa dan selepas tempoh sewaan sepertimana di dalam perjanjian rumah sewa LADA. (Rujukan Perjanjian Rumah Sewa LADA dan Senarai Kerosakan di Rumah Sewa Semasa dan Selepas Tempoh Sewaan yang Tidak Ditanggung oleh LADA). 9.2.7 Perjanjian Sewaan i. Penyewa dikehendaki mematuhi perjanjian sewaan dan arahan semasa daripada LADA. ii. Perjanjian akan disediakan oleh pihak LADA setelah menerima salinan Surat Setuju Terima (SST) daripada pihak penyewa. iii. Kos duti setem bagi perjanjian sewaan tersebut adalah di bawah tanggungan Penyewa 9.3 Carta Alir Proses Tawaran Sewaan (LAMPIRAN F) i. Penawaran rumah perlu mengikut Prosedur ISO Pengurusan Rumah Sewa LADA (LADA-PK(U-PS)-03). ii. Surat tawaran akan dikeluarkan bersama-sama Borang Setuju Terima kepada pemohon yang tiba angka giliran. iii. Pemeriksaan rumah akan dijalankan oleh Seksyen Pengurusan Aset (SPA) dan Bahagian Kejuruteraan Teknikal LADA dan pemohon sebelum surat tawaran dikeluarkan dengan menggunakan borang LADA-PK(U-PS)-03/03 (LAMPIRAN G)iv. Pemohon yang ditawarkan perlu melengkapkan Borang Setuju Terima dan kembalikan ke SPA LADA dalam tempoh 14 hari. v. Penyewa perlu membayar kesemua deposit yang berkaitan seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran secara elektronik ke akaun LADA (02066011176606 – BANK ISLAM (M) BHD.) dan bukti pembayaran perlu die-melkan kepada Bahagian Kewangan LADA ([email protected]). vi. Penyewa hadir ke SPA LADA untuk menandatangani perjanjian sewaan.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA17 vii. Perjanjian kemudiannya perlu dimatikan setem dalam tempoh 14 hari bekerja. viii. Penyewa akan diberikan borang serahan kunci rumah dan borang aduan kerosakan LADA-PK(U-PS)-03/02 (LAMPIRAN H) dan LADA-PK(S)-05/01 (LAMPIRAN I). 9.4 Carta Alir Proses Penamatan Sewaan (LAMPIRAN J) i. Pemohon mengisi Borang Penamatan dengan lengkap LADAPK(U-PS)-03/04.(LAMPIRAN D). ii. SPA menerima Borang Penamatan. iii. SPA menyemak Borang Penamatan dan dokumen-dokumen berkaitan. Jika lengkap, borang akan diproses, jika tidak ianya akan dikembalikan kepada pemohon untuk dilengkapkan. iv. SPA membuat penamatan sewaan melalui Sistem Pengurusan Sewaan. v. SPA bersama Unit Penyelenggaraan melaksanakan pemeriksaan premis bersama penyewa/wakil. Penyewa/Wakil dikehendaki menyerahkan kunci rumah kepada SPA semasa pemeriksaan premis. vi. Pemulangan Deposit a) Deposit dipulangkan kepada penyewa jika keadaan premis dalam keadaan baik. b) Resit asal perlu dikemukakan untuk tujuan pemulangan deposit. Namun jika hilang, penyewa dikehendaki membuat akuan bersumpah untuk simpanan LADA. c) Deposit tidak dipulangkan dan caj kerosakan dikenakan kepada penyewa jika ada kerosakan/tunggakan bayaran/premis kotor. vii. Lebihan Bayaran a) Bahagian Kewangan akan memaklumkan SPA sekiranya terdapat angka negatif dalam akaun sewaan penyewa. b) SPA akan memaklumkan penyewa untuk membuat permohonan lebihan bayaran secara e-mel atau surat. c) SPA memaklumkan Bahagian Kewangan melalui memo untuk melaksanakan pembayaran kepada penyewa.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA18 LAMPIRAN A SENARAI KETUA JABATAN KERAJAAN DI LANGKAWI BIL. JABATAN JAWATAN 1 Pejabat Daerah Langkawi Pegawai Daerah Langkawi 2 Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Ketua Pegawai Eksekutif 3 Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan 4 Pejabat Tanah Langkawi Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) 5 Mahkamah Majistret Langkawi Majistret 6 Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi Ketua Polis Daerah Langkawi 7 Hospital Sultanah Maliha Pengarah Hospital Sultanah Maliha 8 Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi Pegawai Pendidikan Daerah 9 Jabatan Pengairan dan Saliran Langkawi Jurutera Daerah 10 Jabatan Kerja Raya Jurutera Daerah 11 Pasukan Gerakan Marin Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin PDRM 12 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pengarah Maritim Wilayah Utara/ Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi 13 Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Langkawi Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasa Trafik IPD Langkawi 14 Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Komandan 15 Jabatan Penjara Malaysia Pengarah Akademi Koreksional Malaysia 16 Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ketua Kastam Daerah Langkawi 17 Jabatan Laut Langkawi, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia Pegawai Laut Kanan 18 Pejabat Pertanian Daerah Pegawai Pertanian Daerah Langkawi 19 Pejabat Agama Daerah Pegawai Agama Daerah Langkawi 20 Mahkamah Syariah Hakim Syarie 21 Balai Bomba dan Penyelamat Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Langkawi 22 Pejabat JPJ Ketua Cawangan JPJ Langkawi 23 Pejabat Belia dan Sukan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi 24 MARDI Langkawi Pengurus Stesen MARDI Langkawi 25 Pejabat KEMAS Penyelia Kanan KEMAS Daerah Langkawi 27 Pejabat Veterinar Daerah Pegawai Veterinar Langkawi 28 Pejabat KWSP Ketua Cawangan KSWP Langkawi


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA19 29 Jabatan Bantuan Guaman Penolong Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Langkawi 30 Pejabat MARA Langkawi Pegawai MARA Daerah Langkawi 31 Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Pengurus 32 Kompleks Kraf Pengarah Kompleks Kraf Langkawi 33 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri Pegawai Perpaduan Daerah Langkawi 34 Lembaga Pertubuhan Peladang Pengurus Besar 35 Kem Wawasan Negara Langkawi Ketua Kem 36 LKIM Daerah Langkawi Pegawai LKIM Daerah Langkawi 37 Jabatan Perhilitan Langkawi Ketua Perhilitan Daerah Langkawi 38 FAMA Langkawi Pegawai FAMA Daerah Langkawi 39 Markas Wilayah Laut 3 Panglima Wilayah Laut 3 40 Jabatan Penyiaran Timbalan Pengarah Penyiaran Langkawi 41 Lembaga Tabung Haji Pengurus Daerah Lembaga Tabung Haji Langkawi 42 Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Penilai Daerah JPPH Langkawi 43 Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia Langkawi Penolong Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Langkawi 44 Jabatan Imigresen Malaysia Ketua Imigresen Langkawi 45 KPDNHEP Langkawi Pegawai KPDNHEP Langkawi 46 SPRM Langkawi Penolong Pengarah SPRM Langkawi 47 AADK Langkawi Ketua Pegawai AADK Langkawi 48 Pejabat Penerangan Pegawai Penerangan Daerah Langkawi 49 Jabatan Muzium Malaysia Pegawai Tadbir, Galeria Perdana 50 Pejabat Pendaftaran Daerah Pegawai Pendaftaran Daerah Langkawi 51 Jabatan Alam Sekitar Ketua Cawangan 52 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi Pegawai Pertahanan Awam Daerah 53 Pejabat Kesihatan Daerah Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi 54 Pejabat Pergigian Daerah Langkawi Pegawai Pergigian Daerah Langkawi 55 PERKESO Langkawi Pengurus PERKESO Langkawi 56 Pejabat Pos Daerah Langkawi Pengurus Pos Malaysia Cawangan Langkawi 57 Pejabat Hutan Daerah Langkawi Pegawai Hutan Daerah Langkawi 58 RELA Daerah Langkawi Pegawai RELA Daerah Langkawi 59 Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Pegawai Pembangunan Zon 1 Langkawi 60 PUSPAKOM Langkawi Ketua Cawangan PUSPAKOM Langkawi


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA20 61 Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Pengurus Cawangan Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 62 LHDNM Langkawi Pegawai Eksekutif LHDNM Langkawi 63 Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negera, Kementerian Sains & Inovasi Pegawai Penyelidik 64 Pusat Penerangan Pelancongan Langkawi Pengurus Pusat Penerangan Pelancongan Langkawi 65 Pejabat Tenaga Kerja Langkawi Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan 66 Pejabat Perikanan Daerah Langkawi Ketua Daerah Perikanan Langkawi 67 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Penolong Pegawai Penguatkuasa MAQIS 68 Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kedah, Pejabat Operasi Langkawi Ketua Pejabat Operasi Langkawi 69 Pejabat RISDA Daerah Langkawi Penolong Pegawai Pertanian 70 SSM Langkawi Ketua Seksyen Operasi SSM Langkawi 71 Pejabat Meteorologi Langkawi, Jabatan Meteorologi Malaysia Penolong Pegawai Meteorologi 72 Yayasan Amanah Saham Anak Langkawi Pengurus Besar 73 Malaysia Airport Berhad Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa 74 Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pengurus Cawangan Langkawi 75 Syarikat TM Point Pengurus 76 Syarikat Air Darul Aman (SADA) Pengurus Daerah Langkawi (SADA) 77 Indah Water Konsortium Sdn Bhd Head of Officer 78 Mahkamah Majistret Timbalan Pendakwa Raya (Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kedah) 79 Mahkamah Sesyen Timbalan Pendakwa Raya (Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kedah) 80 Mahkamah Sesyen Hakim


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA21 LAMPIRAN B


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA22 Bil. 1 Pejabat : Rumah : H/Phone : ** Waris terdekat adalah ibubapa kandung, saudara kandung, bapa/emak saudara, sepupu, ipar duai dan tidak semestinya tinggal di Langkawi PENGAKUAN PEMOHON : Saya mengaku segala butiran dan keterangan yang diberikan adalah betul dan benar. Pihak LADA berhak menolak permohonan ini sekiranya keterangan yang diberikan adalah palsu. Tandatangan : Tarikh : PENGAKUAN SAKSI : Saya mengesahkan segala bantuan butiran yang diberikan oleh pemohon adalah betul dan benar Tandatangan : Nama : Tarikh : Alamat : No. Telefon : ( P ) ( R ) ( H/P ) Permohonan ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN Gambar (Pemohon & Suami @ Isteri / Rakan) Salinan Kad Pengenalan (Pemohon & Suami @ Isteri / Rakan) ( _____________________________ ) Surat Pengesahan Oleh Majikan (Pemohon) b.p Lembaga Pembangunan Langkawi Surat Pengesahan Potongan Gaji Oleh Majikan Tandatangan dan cop Pegawai Salinan Surat Nikah / Sijil Cerai (Jika Berkaitan) Salinan Penyata Gaji Terbaru (Pemohon) Tarikh kelulusan : * Potong dan tandakan ( x ) pada kotak yang berkenaan Catatan : Pihak Lembaga berhak menolak permohonan yang tidak dilengkapi dokumen-dokumen yang diperlukan TINGKAT 1 KOMPLEKS LADA, PETI SURAT 60, PERSIARAN PUTRA, 07000 KUAH, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN. TEL : 04-9600600/700 FAKS : 04-9600839 Senarai Semak DokumenKEGUNAAN PEJABAT No. TelefonWaris Terdekat ** Nama & Alamat Pertalian


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA23 LAMPIRAN D


*KADAR SEWAAN Kategori Rumah RumaJenis PanKadar CadangAras Kadar Kerajaan/Syarikat Milikan LADA/SyarikaBersekutu LADA(RM) 1 300 2 270 3 240 *Kelulusan Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA B


24 LAMPIRAN E TAMAN DESA PERMATA ah Kosong ngsapuri gan Baharu at Kadar Swasta / GLC (RM) 340 300 260 Bil. 1 Tahun 2022


*KADAR SEWAANKategori Rumah RumaJenis PanKadar CadangAras Kadar Kerajaan/Syarikat Milikan LADA/SyarikatBersekutu LADA(RM) 1 300 2 270 3 240 4 200 *Kelulusan Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA B


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA25 N TAMAN SERI BERLIAN ah Kosong ngsapuri gan Baharu t Kadar Swasta / GLC (RM) 340 300 260 220 Bil. 1 Tahun 2022


*KADAR SEWAKategori Rumah RumaJenis PanKadar CadangAras Kadar Kerajaan/Syarikat Milikan LADA/SyarikaBersekutu LADA(RM) 1 360 2 330 3 300 4 270 *Kelulusan Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA B


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA26 AAN TAMAN KENARI ah Kosong ngsapuri gan Baharu at Kadar Swasta / GLC (RM) 550 500 450 400 Bil. 1 Tahun 2022


*KADAR SEWAKategori Rumah Rumah KosonTempoh Sewaan Bulanan Jenis Rumah CADANGAN KADAR BAHARU Kadar Kerajaan/Syarikat Milikan LADA/ Syarikat Bersekutu LADA (RM) 390 Kadar Swasta / GLC (RM) 500 *Kelulusan Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA B


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA27 AAN TAMAN NILAM ng Rumah Berperabot Rumah Tamu Bulanan Harian MingguanBulananTeres 1 Tingkat 450 100 420 1,680 650 180 756 1,944 Bil. 1 Tahun 2022


*KADAR SEWAAN PERUMAHKategori Rumah RumJenis Rumah Banglo 2 Tingkat Kadar Kerajaan/Syarikat Milikan LADA (RM) 1,040 Kadar Swasta / GLC (RM) 1,400 *Kelulusan Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA B


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA28 HAN LADA DI PT1346, KILIM, LANGKAWI mah Kosong (Sewaan Bulanan) Semi-D 2 Tingkat Teres 1 Tingkat 830 375 900 500 Bil. 3 Tahun 2021


*KADAR SEWAAN TKategori Rumah Aras / Tempoh Sewaan Aras G Jenis Rumah A B Kadar Kerajaan/Syarikat Milikan LADA (RM) 375 300 Kadar Swasta / GLC (RM) 500 400 *Kelulusan Jawatankuasa Kewangan Lembaga Pengarah LADA B


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA29 TAMAN PANTAI KOK, LANGKAWI Rumah Kosong Aras 1 Aras 2 Aras 3 A B A B A B 335 260 295 220 - 180 460 360 420 320 - 280 Bil. 4 Tahun 2021


30 LAMPIRAN FCarta Alir Proses Tawaran Sewaan Penerangan Carta Alir Proses Tanggungjawab 1. Penawaran rumah perlu mengikuti Prosedur ISO Pengurusan Rumah Sewa LADA. (LADA-PL(U-PS)-03) SPA 2. Surat tawaran akan di keluarkan bersama-sama Borang Setuju Terima kepada pemohon yang tiba angka giliran. SPA 3. Pemeriksaan rumah akan dijalankan oleh Unit Perumahan dan Aset Alih LADA. SPA 4. Pemohon yang ditawarkan perlu melengkapkan Borang Setuju Terima dan kembalikan ke Unit Sewaan LADA di dalam tempoh 7 hari. PEMOHON Penawaran Rumah Sewa LADA Surat tawaran dikeluarkan Pemeriksaan rumah akan dijalankan Pemohon perlu melengkapkan Borang


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA31 Penerangan Carta Alir Proses Tanggungjawab5. Penyewa perlu membayar sejumlah deposit sewaan dan utiliti seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran di Kaunter Kewangan. PEMOHON 6. Penyewa hadir ke Unit Perumahan dan Aset Alih untuk menandatangani perjanjian sewaan. Perjanjian kemudianya akan dimatikan setem dalam tempoh 14 hari bekerja. PEMOHON 7 Penyewa diberikan borang serahan kunci rumah dan borang serahan aduan kerosakan LADA-PK (U-PS)-03/02 dan LADA-PK (S)-05/01. SPA & PEMOHON Penyewa perlu membayar deposit sewaan dan utiliti Penyewa hadir ke Unit SPA Penyewa diberikan borang serahan kunci rumah


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA32 LAMPIRAN G


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA33 Bilik Tidur Kedua Ada Tiada Lantai Soket Elektrik : Tingkap : Karpet : Dinding : Pintu : Lampu : Almari Bilik Tidur Ketiga Ada Tiada Lantai Soket Elektrik : Tingkap : Karpet : Dinding : Pintu : Lampu : Almari Bilik Tidur (Lain-lain) Ada Tiada Lantai Soket Elektrik : Tingkap : Karpet : Dinding : Pintu : Lampu : Almari Bilik Air Kedua (Luar) Ada Tiada Kemasan Lantai : Shower : Kepala Paip : Sinki : Mangkuk Tandas : Tangki Flush : Kebocoran : Pintu : Lampu : Dapur Ada Tiada Kemasan Lantai : Kabinet Dapur : Paip Sinki : Soket Elektrik : Balkoni Dapur : Pintu : Lampu :


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA34 (Pegawai P&P Sekyen Pengurusan Aset) Tahap kebersihan keseluruhan rumah : Baik Memuaskan Tidak Memuaskan Air ( Ada/Tiada) Eletrik (Ada/Tiada) T/tangan Pemeriksa : Nama Pemeriksa : Tarikh : T/tangan Penyewa : Nama Penyewa : Tarikh : Disahkan oleh: T/tangan : Nama : Tarikh : LADA-PK(U-PS)-03/03


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA35 LAMPIRAN H LADA-PK(U-PS)-03/02 LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LANGKAWI DEVELOPMENT AUTHORITY) AKUAN SERAHAN KUNCI Nama No.Kad Pengenalan No. Telefon Alamat Kuantiti Kunci Taman (Tandakan (X) ) No.Rumah Taman Desa Permata Taman Sri Berlian Taman Nilam Taman Medan Berjaya Taman Kenari Chogm Villa Taman Pantai Kok Perumahan Kilim PENGAKUAN PENERIMA Yang bertandatangan di bawah ini dengan mengakui telah menerima kunci sepertimana yang tercatat di atas. …………………………………………. Tarikh : KEGUNAAN PEJABAT Disahkan Oleh: ……………………………………………………………….. b.p Lembaga Pembangunan Langkawi


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA36 LAMPIRAN I


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA37


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA38 LAMPIRAN J Carta Alir Proses Penamatan Sewaan Penerangan Carta Alir Proses Tanggungjawab 1 Pemohon mengisi Borang Penamatan dengan lengkap. LADA-PK(U-PS)-03/04) Pemohon 2. SPA menerima Borang Penamatan SPA 3. SPA menyemak Borang Penamatann dan dokumendokumen berkaitan. Jika lengkap, borang akan diproses, jika tidak ianya akan dikembalikan kepada pemohon untuk dilengkapkan. SPA 4. SPA membuat penamatan sewaan balaididalam Sisem Pengurusan Sewaan SPA Tidak Ya Pemohon mengisi borang Terima borang Lengkap? Penamatan di dalam sistem Tenancy


GARIS PANDUAN PENGURUSAN RUMAH SEWA LADA39 5. SPA bersama Unit Penyelenggaraan melaksanakan pemeriksaan premis, Penyewa menyerah kunci rumah semasa pemeriksaan. SPA dan Unit Penyelenggaraan 6. Pemulangan Deposit a) Deposit dipulangkan kepada penyewa jika keadaan premis dalam keadaan baik. b) Resit asal perlu dikemukakan untuk tujuan pemulangan deposit. Namun jika hilang, penyewa dikehendaki membuat akuan bersumpah untuk simpanan LADA. c) Deposit tidak dipulangkan dan caj kerosakan dikenakan kepada penyewa. SPA dan Bahagian Kewangan 7. Lebihan Bayaran a) Bahagian Kewangan akan memaklumkan SPA sekiranya terdapat angka negatif dalam akaun sewaan penyewa. b) SPA akan memaklumkan penyewa untuk membuat permohonan lebihan bayaran secara e-mel atau surat. c) SPA memaklumkan Bahagian Kewangan melalui memo untuk melaksanakan pembayaran kepada penyewa. Pemeriksaan premis Pemulangan Deposit Ya Tidak Deposit tidak dipulangkan dan caj kerosakan dikenakan Peulangan Lebihan Bayaran Ya Tidak Tiada lebihan bayaran


Click to View FlipBook Version