Ruj. Kami : SMKKB.100-12/2 ( ) Tarikh : 19 DISEMBER 2023 Kepada : Ibu Bapa/ Penjaga, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong Baru, Kuala Lumpur Tuan/ Puan, MAKLUMAN CUTI BERGILIR SEMPENA PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2023 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan murid-murid Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan 2 akan hadir ke sekolah secara bergilir mengikut ketetapan tarikh berikut bagi memberi laluan kepada Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Peperiksaan SPM tahun 2023: Tarikh Hari Kelas dicutikan 08.01.2024 Isnin Semua murid Tingkatan 1 09.01.2024 Selasa Semua murid Tingkatan 2 10.01.2024 Rabu Semua murid Tingkatan 1 11.01.2024 Khamis Semua murid Tingkatan 2 17.01.2024 Rabu Semua murid Tingkatan 2 18.01.2024 Khamis Semua murid Tingkatan 1 22.01.2024 Isnin Tingkatan TP1, TP2 dan semua Tingkatan 1 23.01.2024 Selasa Semua murid Tingkatan 2 24.01.2024 Rabu Tingkatan TP1, TP2 dan semua murid Tingkatan 1 26.01.2024 Jumaat Semua murid Tingkatan 2 3. Berikut adalah tarikh Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Peperiksaan SPM tahun 2023 mengikut ketetapan berikut: TARIKH HARI PEPERIKSAAN SPM 08.01.2024 hingga 11.01.2024 Selasa hingga Khamis Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2023 17.01.2024 hingga 26.01.2024 Rabu hingga Jumaat Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2023 4. Kerjasama serta perhatian tuan/puan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (LOK CHEE WAI) Pengetua, SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPONG BARU JALAN HELANG, KEPONG BARU 52100 KUALA LUMPUR Telefon : 03-62743287 Faks : 03-62736593 Email : [email protected]