The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin Canang Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi Pertama 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mr Z, 2021-06-29 11:34:48

Canang Nazir 2021 Edisi Pertama

Buletin Canang Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi Pertama 2021

Keywords: eCanang

Aktiviti JN Sabah

Cawangan Tawau Jumaat
Tazkirah

Program Tazkirah Jumaat anjuran Jemaah Nazir Cawangan Tawau (JNCT) merupakan program yang AKTIVITI JEMAAH NAZIR NEGERI
dijalankan pada hari Jumaat serta disampaikan oleh Ustaz Mohammad bin Otham (Nazir Pendidikan
Islam JNCT). Program Tazkirah Jumaat bukan hanya dilaksanakan di peringkat dalaman, tetapi turut
melibatkan Jemaah Nazir Sabah, Jemaah Nazir Cawangan Sandakan dan Jemaah Nazir Cawangan
Keningau. Program Tazkirah Jumaat anjuran JNCT juga telah dianjurkan dengan melibatkan warga
pelbagai jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan

Cawangan Tawau PENGURUSAN SPK JNCT 2021
BENGKEL

Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
JNCT telah dilaksanakan bermula pada 23
April 2021 yang melibatkan keseluruhan
warga JNCT. Bengkel SPK disampaikan
oleh Penyelaras SPK JNCT, Encik Sabhani
Amat. Bengkel SPK ini bukan hanya
dilaksanakan secara one off, tetapi telah
dilaksanakan sebanyak empat kali bagi
tujuan perbincangan, perkembangan terkini
perubahan SPK dan bimbingan prosedur
pengisian yang dilaksanakan melalui
aplikasi Google Meet.

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 51

AKTIVITI JEMAAH NAZIR NEGERI Aktiviti JN Kedah

Lawatan KNS ke JNN Kedah
pada 16 Mac 2021
Majlis Bacaan Puisi

sempena Dekad Bahasa Kebangsaan
8 April 2021

52 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Aktiviti JN Kedah AKTIVITI JEMAAH NAZIR NEGERI

Kolaboratif JNN Kedah dan PPD
Pembugaran dan Pemantapan SKPMg2

30 Mac 2021

Taklimat Profiling dan Siasatan Aduan
25 Mac 2021

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 53

AKTIVITI JEMAAH NAZIR NEGERI Aktiviti JN Kelantan

Lawatan KNS ke JNN Kelantan
pada 21 Mac 2021

Kolaboratif bersama Muafakat Guru Cemerlang
(MGC) Kelantan
1 Mac 2021

JNN Kelantan dengan kerjasama JPN
Kelantan dan MGCK telah merancang
Program Persediaan Menjadi Guru
Cemerlang, beberapa siri aktiviti akan
dilaksanakan di bawah program ini.
Program ini dilaksanakan bagi tujuan
berkongsi maklumat berkaitan Guru
Cemerlang (GC) kepada semua guru yang
berpotensi dan berminat untuk memohon
sebagai GC, selain meningkatkan
kompetensi kemahiran PdP guru di
Kelantan. Matlamat akhirnya adalah
menjadikan semua guru di Kelantan
cemerlang dalam pelaksanaan PdP. Aktiviti pertama yang dilaksanakan dalam program ini ialah
Taklimat Persediaan Permohonan Guru Cemerlang yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Izhab Bin
Hj.Ismail (Penyelaras GC JNN Kelantan) melalui Google Meet yang telah dilaksanakan pada 01
Mac 2021. Pelaksanaan aktiviti ini adalah dengan kerjasama USTP PPD Kota Bharu dan MGCK.
Sebagai kesinambungan daripada aktiviti tersebut, satu bengkel berkaitan persediaan menjadi GC
telah dilaksanakan pada 11 April 2021 di Dewan Sri Tunjung JPN Kelantan.

54 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Aktiviti JN Kelantan

JNN Kelantan bersama Komuniti Setempat
13 Mac 2021

Pelaksanaan aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan ukwah di samping dapat menggalakkan AKTIVITI JEMAAH NAZIR NEGERI
aktiviti riadah yang dapat menjana fizikal, minda dan emosi yang sihat serta positif dalam kalangan
warga JNN Kelantan. Aktiviti ini juga merupakan salah satu komitmen mesra masyarakat JNN
Kelantan yang bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama dengan komuniti setempat bagi
mewujudkan persekitaran yang bersih serta ceria. Siri pertama aktiviti ini ialah Program Gotong
Royong dan Rekreasi Luar di Bukit Panau, Tanah Merah. Selain warga JNN Kelantan (16 orang)
program ini turut disertai oleh Persatuan Semut Merah (merupakan persatuan sekumpulan
pasangan suami isteri di Daerah Tanah Merah yang bergiat aktif dalam aktiviti seperti menunggang
motosikal, mendaki bukit dan pelbagai aktiviti riadah untuk mengisi masa lapang). Aktiviti bermula
pada jam 7 pagi dan tamat pada jam 12 tengahari.

Majlis Persaraan Tuan Haji Mohd. Zarir bin
Ab. Rahman dan Puan Aida Suzana binti

Kamaruddin
1 Jun 20021

Majlis ini diadakan pada 31 Mei 2021 sempena persaraan dua orang
Nazir Kanan, yang bersara pada 01 Jun 2021. Tuan Haji Mohd
Zarir bin Ab. Rahman merupakan nazir beropsyen Kejuruteraan
dan telah berkhidmat selama 18 tahun di JN. Beliau mula dilantik
sebagai nazir sekolah pada tahun 2003 dan di tempatkan di JN
Ibu Pejabat. Pada akhir tahun 2004 beliau bertukar ke JNN Negeri
Kelantan.
Puan Aida Suzanna bt Kamaruddin merupakan nazir beropsyen
Bahasa Inggeris. Beliau telah berkhidmat di JN selama 13 tahun.
JNN Kelantan kehilangan dua orang nazir berpengalaman dan
pegawai yang komited dalam melaksanakan tugas. Semua warga
JNN Kelantan sama ada yang bertugas di pejabat atau yang bertugas di rumah mengikuti majlis
melalui aplikasi Google Meet.

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 55

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Puisi Lalat
Oleh:

Azmi bin Roslan
Jemaah Nazir Negeri Pahang

sseitneglgaahthemrhLpeiananlcgaaugrtilaitdupjueinmlktgeeekkerranbupjamaanmnuganhlhaainngmaisaakmanpaanh
jijik

jorok
kotor
tiadatlealsrahaselnuddijmeddaicdpmleaspipeiepkiieaaskm“stlantrana-raihaidagjmatllliesauhiaznshnkleet-sigaieksnnjIrDi‘mgdukluaideaaspzauntmieb-hiauerayhaurriianbal.malaitiinaanpnsnmcliwbaaamyisup”kalmtanaeaearkt’usrneilimlaalbaatli

56 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN HASIL NUKILAN WARGA JN

Hadirmu Covid -19
Siti RuzanaOblienht:i Ab Ghani

Unit Sains Sosial,
Sektor Penaziran Kurikulum

KGeDraiTntgieadapTamhHiikdssuaadtadmekiyistaradaempkaprmuuhptlauCitudetokdatdvaaktiiilhpddaka-adme1lkaca9sutn,daenginrud,agnan,dngagan,ng.,
Di deDMsikaeu,nTrdyMueiewnbmagHaunpsakduiidtajstukiil,raaaadmmnmikugoradoutCkiannnoigundmvginitdneage-gt1rkrdtop9eeapeh,knorianddlniauat,afprainasc.nae,nla,han,

MenRHAyidaunTMNanmitLYHaaiHeyaAhhabdamanamdianaaknadduangnbmynilongraaarpgaamaawiHabisnahhssusauaaanisetynjkdCpkiinuaka,ati-aojdnrieajnamtravbgmnematinyadauaraaijiesrs-kilkkCn1imneksiaegdot9umiauunnivi,tpmndabaiuptdainuneadpka-n,nr,ne1astduypai9tnanriian,,,a,ign.,ik.,ai,

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 57

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Disposisi Pemikiran:
Satu Keperluan Nazir Sekolah Menghadapi ‘Uncertainty’

Oleh:
Dr. Sivapakkiam a/p Ramasamy
USS, SPK, Jemaah Nazir, KPM

Salsali, Tajvidi dan Ghiyasvandian, (2013) mentakrifkan disposisi
pemikiran sebagai kecenderungan dan motivasi dalaman (intrinsik)
seseorang individu untuk menggunakan pemikirannya bagi
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Disposisi
bermaksud kecenderungan dan ciri-ciri peribadi yang ditunjukkan
dalam menghadapi sesuatu situasi. Menurut (Ghadi, Bakar &
Njie (2015), disposisi pemikiran dilihat sebagai sikap terhadap
pemikiran. Ia merangkumi konsisten kesediaan, motivasi,
kecenderungan dan niat untuk terlibat dalam proses pemikiran
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Terdapat
tujuh ciri yang disyaratkan dalam Teori Disposisi Pemikiran oleh
Tishman, Jay dan Perkins (1995) iaitu berpengetahuan luas dan
mencabar, kecenderungan meneroka dalam penyelesaian masalah,
membina pemahaman jelas, keupayaan membentuk pelan pemikiran

strategik, ketelitian dalam memberi maklumat, membuat rasionalisasi
dan memiliki kemahiran metakognitif.
Seperti yang diketahui umum, dunia dikejutkan dengan penularan
wabak COVID-19 sejak tahun 2020 yang menyebabkan pelbagai
perkara dalam rutin seharian berubah. Justeru, timbul pelbagai situasi

uncertainty iaitu ketidakpastian keadaan atau keadaan yang tidak menentu dalam kehidupan seharian. Situasi
ini juga dapat dilihat dalam dunia pendidikan. Proses pembelajaran dan pengajaran yang dahulunya berlaku
secara bersemuka kini bertukar ke alam maya untuk memastikan kesinambungan pembelajaran.
Dalam konteks penaziran, seseorang nazir sekolah
perlu memiliki ciri-ciri disposisi pemikiran sebagai
asas menghadapi situasi uncertainty bagi memastikan
kualiti pendidikan di negara ini sentiasa terjamin. Jadual
berikut menunjukkan contoh disposisi pemikiran yang
boleh dipraktikkan oleh seseorang nazir sekolah dalam
menghadapi situasi uncertainty.

58 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN

Ciri - ciri disposisi Tindakan nazir sekolah HASIL NUKILAN WARGA JN
pemikiran
Banyak membaca dan menambah ilmu dalam bidang mata pelajaran
Berpengetahuan luas dan khususnya dan ilmu pendidikan global secara amnya. Sebagai nazir sekolah,
mencabar kita perlu mengetahui pelbagai pendekatan PdP secara dalam talian, luar
talian dan luar kawasan sebagai langkah persediaan membimbing guru.
Kecenderungan Meneroka kepelbagaian pendekatan pemeriksaan yang membantu pihak
meneroka dalam sekolah. Sentiasa bersedia dengan idea yang kreatif dan inovatif dalam
penyelesaian masalah membantu organisasi menyelesaikan masalah.
Membina pemahaman Mengatur pelbagai sesi taklimat/kursus/bimbingan bersama pihak sekolah
jelas dalam melaksanakan PdPR dengan berkesan dan ahli lain dalam organisasi
Keupayaan membentuk bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan.
pelan pemikiran Berupaya mengaplikasikan teori 5P dengan sistematik iaitu perancangan,
strategik pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan. Setiap nazir
Ketelitian dalam sekolah dapat membentuk pelan strategik bagi membantu organisasi untuk
memberi maklumat menghadapi cabaran baharu (uncertainty)
Bertindak sebagai pakar rujuk kepada pihak sekolah dalam melaksanakan
Membuat rasionalisasi PdPR. Nazir sekolah perlu sentiasa mengikuti penyebaran maklumat semasa
Memiliki kemahiran dan meneliti kesahan maklumat sebelum disebarkan kepada mana-mana
metakognitif pihak terlibat.
Berupaya mempertahankan keputusan atau idea yang diutarakan dan
menunjukkan keyakinan dalam membuat rasionalisasi.
Kesedaran mengenai cara pemikiran dan sentiasa menilai keberkesanan
terhadap proses pemeriksaan yang telah berlaku. Kesedaran metakognitif
akan dapat meningkatkan kemahiran merancang, memantau dan menilai
dengan mantap.

Secara kesimpulannya, disposisi pemikiran merupakan satu keperluan utama yang perlu dimiliki oleh setiap
nazir sekolah. Memandangkan nazir sekolah adalah individu yang secara langsung berperanan menjadi
rakan pembimbing kepada guru, maka pemikiran yang tinggi ialah satu kemahiran utama dan disposisi
pemikiran mengikut situasi juga menjadi satu keperluan. Situasi uncertainty dapat ditangani dengan mudah
hanya dengan memiliki disposisi pemikiran yang mantap.

“The world as we have created it is a process of our thinking. It cannot be changed without changing
our thinking.”
- Albert Einstein

Dr. Sivapakkiam a/p Ramasamy
USS, SPK, Jemaah Nazir, KPM

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 59

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Konsep Kraf Kerja (Job Crafting)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran

di Rumah (PdPR)
Oleh:

Dr. Hashimah binti Md Yusoff
UPIM, Jemaah Nazir, KPM

Pengenalan
Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan langsung kepada sistem pendidikan di Malaysia. Penularan
wabak yang sukar dibendung ini telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil
keputusan untuk menutup semua sekolah di negara ini. Justeru, bagi memastikan kelangsungan pembelajaran
murid, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diperkenalkan. Inisiatif ini bertepatan dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menetapkan setiap pelajar perlu mendapat
akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah versi 1 dan versi 2 juga diperkenalkan untuk membantu guru
melaksanakan PdPR sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.
Guru dan PdPR
Akibat pandemik ini, sistem pendidikan Malaysia telah berubah dan banyak bergantung kepada kaedah
virtual (Mohd Fairuz Jafar, et.al, 2020). Komponen yang paling terkesan dengan perubahan mod pengajaran
ini adalah guru. Situasi pandemik Covid-19 telah menjadi push factor kepada golongan guru untuk
meningkatkan pengetahuan digital mereka dalam menjayakan PdPR. Guru perlu lebih berinovasi dan
kreatif untuk membangunkan pedagogi digital selain mahir memindahkan bahan pembelajaran secara
fizikal ke ruang maya dalam usaha mentafsir dan melaksanakan kurikulum.
Tidak dapat dinafikan, PdPR telah menyebabkan sebahagian guru menghadapi kesukaran dan mengalami
tekanan emosi. Tuntutan kerja (job demand) dan perubahan medium pengajaran yang drastik menyebabkan
mereka tidak mempunyai persediaan mental dan fizikal yang cukup bagi menghadapi pengajaran norma
baharu ini. Faktor usia, kurang berkemahiran dalam teknologi maklumat dan terlalu lama menggunakan
kaedah pengajaran konvensional menambah lagi kegusaran mereka untuk melaksanakan PdPR. Profesor
Rohani Abdul Ghani (2021) dalam artikelnya yang bertajuk ‘Pandemik Covid 19 dan norma baharu dalam
Pendidikan di Malaysia’ mengatakan bahawa tuntutan melaksanakan pengajaran menggunakan platform
dan aplikasi media sosial menjadi penyumbang kepada kemerosotan minat guru untuk mengendalikan
pengajaran atas talian.
Pegawai Pendidikan Daerah Lipis, Amin Nollah Lateh berkata, guru menghadapi kesukaran untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ketika negara berdepan dengan pandemik. Justeru guru perlu
mahir mengimbangi emosi mereka dengan baik dalam menghadapi pelbagai masalah dan rintangan (Harian
Metro, 8 Oktober, 2020). Ini bermakna, pelaksanaan PdPR sememangnya memberi kesan dan tekanan
kepada sebahagian guru. Senario ini boleh membawa impak negatif kepada tugas pendidik, keluarga dan
organisasi keseluruhannya jika tidak ditangani dengan bijak oleh guru.

60 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN HASIL NUKILAN WARGA JN

Usaha KPM untuk merealisasikan PdPR atas talian
Mengubah sesuatu yang biasa dilakukan sememangnya bukan perkara yang mudah. Menyedari hakikat ini,
KPM telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu guru-guru merealisasikan pelaksanaan PdPR.
Antaranya KPM telah memperkenalkan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) iaitu
pelantar pendidikan yang menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan secara digital. Pelantar ini tersedia
dengan pautan kepada Google Classroom, Microsoft Teams, Buku Teks Digital, EduwebTV dan CikgooTube.
Selain itu, terdapat juga pautan aplikasi gamifikasi yang dapat membantu pengajaran guru iaitu Microsoft
Minecraft Education Edition.
KPM juga menyediakan pelbagai kursus dalam bentuk webinar dan bengkel secara dalam talian bagi
meningkatkan kemahiran guru menggunakan pelantar pembelajaran digital dan membina bahan pengajaran.
Kursus dalam talian ini boleh dilayari melalui laman sesawang Sistem Pengurusan Latihan Kementerian
Pendidikan Malaysia (SPLKPM) seperti Digital Classroom Malaysia, eDidik Malaysia, Cikgu Get Certificate
(CGE), Gegar Digital Learning Malaysia (GDL), CikgooTube dan Akademi Youtuber. Selain itu, KPM turut
bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk slot program TV Pendidikan melalui
saluran RTM Okey, ASTRO Tutor TV dan yang terbaharu adalah DidikTV yang dikendalikan dengan usaha
sama Media Prima Berhad.
Semua usaha yang dilaksanakan oleh KPM dilihat sangat baik dan tepat pada masanya, tetapi semua ini
tidak akan memberi sebarang impak sekiranya guru tidak berinisiatif untuk mengambil manfaat dan
menggunakannya. Guru tidak mempunyai pilihan melainkan bersedia untuk berubah dan turut sama dalam
arus semasa yang tidak dapat dijangka ini (uncertainty). Kejayaan PdPR sangat bergantung kepada inisiatif,
kemahuan dan kesediaan guru untuk melaksanakannya. Justeru penulisan ini akan melihat bagaimana konsep
Kraf Kerja membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan guru (burnout) dalam menghadapi pengajaran
norma baharu ini.
Konsep Kraf Kerja (Job Crafting)
Kraf kerja (KK) adalah terjemahan daripada frasa bahasa Inggeris Job Crafting. KK dipromosikan oleh
Wrzesniewski & Dutton (2001) membawa konsep melakukan perubahan atau modifikasi terhadap aspek
yang terdapat dalam pekerjaan dengan tujuan meningkatkan pencapaian, kesesuaian, keperluan dan
kemampuan dalam pekerjaan. Petrou (2016) mengatakan bahawa Kraf Kerja boleh dijadikan alat dan cara
untuk menjayakan sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi “...as a tool used by employees in order to
respond and cope with implemented organizational change”. Terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa
KK dapat meningkatkan daya tahan (resilience) seseorang pekerja (Wingerden et.al.,2019). Justeru, konsep
KK adalah perubahan yang dilakukan oleh seseorang terhadap cara kerjanya dalam usaha mengurangkan
tekanan dan mencapai keberhasilan kerja (work engagement) yang maksimum.
Konsep Kraf Kerja dalam PdPR
Kraf Kerja mempunyai hubungan yang sangat signifikan untuk menjayakan sesuatu perubahan seiring
dengan keperluan dan tuntutan sesebuah organisasi. KK juga telah dibuktikan sesuai untuk diaplikasikan
dalam banyak bidang pekerjaan termasuk Pendidikan (Leana et.al, 2009; Hashimah et.al. 2019). Terdapat tiga
konsep asas bagi KK iaitu kraf kognitif, kraf tugasan dan kraf hubungan. Penulisan ini akan melihat konsep
KK yang sesuai diadaptasi dalam PdPR.

Dr. Hashimah Md Yusoff
UPIM, Jemaah Nazir, KPM

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 61

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

i. Pendekatan Kraf Kognitif (Cognitive Craft)
Kraf kognitif berlaku apabila seseorang pekerja itu mengubah cara dia melihat pekerjaannya mengikut
perspektif yang lebih sesuai dan selesa. Seseorang pekerja mempunyai banyak pilihan untuk mengubah cara
melihat pekerjaannya. Setiap pilihan yang dibuat akan menentukan tanggapan, perasaan dan tindakannya
terhadap pekerjaan tersebut (Wrzesniewski & Dutton, 2001). Begitu juga bagi seseorang guru, cara dia
menanggapi tugasnya akan mempengaruhi perasaan dan tindakannya ketika menyampaikan pengajaran.
Guru boleh melakukan kraf kognitif dengan melihat tanggungjawabnya dalam ruang lingkup yang lebih
besar bagi mengatasi stres, kelesuan dan tekanan dalam proses melaksanakan PdPR. Mielke (2018) dalam
artikel beliau How Job Crafting Can Prevent Educator Burnout mengatakan guru-guru perlu berpindah
daripada melihat tujuan pekerjaan dalam konteks kepentingan individu kepada sudut pandang yang lebih
luas. Sehubungan itu, guru boleh mengubah cara pemikiran dan tanggapan mereka bahawa kesukaran
melaksanakan PdPR itu perlu dihadapi demi mendukung amanah dan tanggungjawab bagi memastikan
kelangsungan pembelajaran murid dapat diteruskan.
Seseorang itu boleh menukar cara berfikir secara relevan terhadap kerjanya yang boleh membina
kepercayaan bahawa tugasan itu mampu dilaksanakan seperti yang dikatakan oleh Wrzesniewski & Dutton
(2001) tentang kraf kognitif:
‘defined job crafting behavior as the process of employees redefining and reimagining their job designs in
personally meaningful ways’
Kraf kognitif yang berkonsepkan ‘mengubah persepsi terhadap sesuatu kerja’ akan memudahkan proses
percapaian objektif kerja. Secara tidak langsung, kraf kognitif dapat mengurangkan tekanan selain
meningkatkan kesediaan serta daya tahan seseorang guru agar lebih mudah melaksanakan PdPR dalam
situasi yang sangat mencabar ini.
ii. Pendekatan Kraf Tugasan (Task Craft)
Kraf tugasan membawa maksud seseorang pekerja mengubah pelaksanaan kerjanya (tugasan hakiki)
dengan cara menambah atau mengurangkan tugasan tertentu mengikut kesesuaian. Mielke (2018)
mengatakan bahawa kraf tugasan boleh diadaptasi dalam pelaksanaan kerja seseorang guru:
‘One of the main ways people change their interaction with their work is through task crafting: changing the
number, scope, or type of job tasks. For teachers, this means shifting the what and how of the work, such as
our curricula and other job assignments’
Ini bermakna seseorang guru yang melakukan kraf tugasan perlu berinisiatif untuk melakukan perubahan
dan penambahbaikan terhadap tugasnya. Jika dalam pengajaran bersemuka, guru membuat perancangan,
menyampaikan pengajaran dan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara berdepan dengan murid namun
dalam PdPR dalam talian, tuntutannya agak berbeza. Guru perlu membuat persediaan yang lebih rapi,
mahir menggunakan peranti, cekap mengakses laman sesawang dan perisian serta perlu membangunkan
bahan-bahan pembelajaran digital.

Dr. Hashimah Md Yusoff
UPIM, Jemaah Nazir, KPM

62 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN

Justeru, guru yang melakukan kraf tugasan akan lebih bersedia mengubah pendekatan pengajaran mereka,
menyertai kursus dan webinar untuk melengkapkan diri dengan ilmu digital, memastikan fasiliti pengajaran
mencukupi, berusaha meningkatkan kefahaman murid malah berani mencuba untuk melakukan apa sahaja
yang mampu bagi memastikan PdPR dapat dilaksanakan dengan berkesan.

iii. Pendekatan Kraf Hubungan (Relational Craft)
Kraf hubungan adalah peluasan hubungan yang dilakukan oleh seseorang pekerja dengan individu lain
dalam persekitaran kerjanya (Wrzesniewski & Dutton, 2001). Seseorang yang melakukan kraf hubungan
akan berhubung dengan sesiapa sahaja dalam persekitarannya bagi memenuhi keperluan kerjanya.

Pelaksanaan PdPR juga sangat memerlukan guru membina hubungan profesional dengan pelbagai HASIL NUKILAN WARGA JN
pihak. Guru perlu membina hubungan yang rapat terutama dengan ibu bapa kerana mereka adalah entiti
paling berperanan dalam memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka di rumah. PdPR juga
memerlukan guru berhubung rapat dengan ketua kampung atau ketua komuniti jika pengajaran dijalankan
dalam mod luar kawasan (off-site). Malah, dalam situasi tertentu, guru perlu berhubung dengan pengawal
keselamatan di sekolah sekiranya pondok pengawal dijadikan stesen penyerahan dan pengambilan bahan
pembelajaran.

Perhubungan dan perkongsian tanggungjawab antara guru, ibu bapa dan komuniti ini sangat perlu bagi
menjayakan PdPR. Objektif PdPR akan lebih mudah dicapai sekiranya guru melakukan kraf hubungan,
iaitu bersedia untuk membina hubungan profesional dengan individu lain yang berkaitan dengan kerjanya.

Kesimpulan
Covid-19 telah mengubah landskap sistem pendidikan Malaysia yang berteraskan sekolah dan bilik darjah
kepada pembelajaran di rumah. Perubahan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan dan tekanan kepada
guru. Konsep Kraf Kerja wajar diambilkira sebagai pemboleh ubah yang boleh membantu guru-guru
melaksanakan PdPR dengan jayanya.

RUJUKAN
Boleh layari di sini.

Dr. Hashimah Md Yusoff
UPIM, Jemaah Nazir, KPM

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 63

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Leadership
Oleh:

Thava Rajan a/l Subramaniam
KPP Unit Institusi Pendidikan Cemerlang,SPIP
MEANING OF LEADERSHIP

Leadership can be described by reference to two core functions. One function is providing direction; the
other is exercising influence. Whatever else leaders do, they provide direction and exercising influence.
This does not imply oversimplification. Each of these two leadership functions can be carried out in different
ways, and the various modes of practice linked to the functions distinguish may “models” of leadership.
LEADERSHIP IN EDUCATION
The instructional leadership model is perhaps the most well known in educational field. The instructional
leadership concept implies a focus on classroom practice. The main underlying assumption is that instruction
will improve if leaders provide detailed feedback to teachers, including suggestions for change. It follows that
leaders must have the time, the knowledge, and the consultative skills needed to provide teachers-in all
the relevant grade levels and subject areas-with valid, useful advice about their instructional practices. The
other adjectives purporting to capture something uniquely important about the instructional leadership are
learning leadership, constructivist leadership, and change leadership

Adopted from: Investigating the Links to Improve Student Learning
(Karen Seashore Louis)-Thava’s Collections

…during the time of pandemic…My Favorite Tech Tools
These have been the most helpful tools in adapting our teaching to a completely online setting:
Loom – screen casting made very simple
FlipGrid – students create quick videos in response to your prompts
Parlay Ideas – robust discussion boards; these are a mainstay in our regular classroom
Zoom – great for class meeting and real time discussions
Turnitin – online grading with QuickMarks has been a huge boon while at home
Microsoft Teams – this one had the steepest learning curve for me (teachers), but can use it for
chatting with students or quick homework checks

64 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN

Improving Your English Communication Skills
Oleh:

Zainuddin bin Jamiaan
UBK, SPK, JN Ibu Pejabat Putrajaya

Writing and speaking in English as a non-native speaker especially for Malaysian has its problems.
Grammatical errors come in many different ways and can easily confuse and obscure meaning. Some
common errors are with prepositions, subject verb agreement, tenses, punctuation, spelling and other parts
of speech.

Here are some of the common mistakes:

1. sPhroesuelndtbceounstiendu. ous tense cannot be used for pragmatic situations such as this. Simple present tense

ICnocrorrercetc:t:IIhaamvehfaovuinr gsifsoteurrssainstdertsharneedbtrhorteheebrsro. thers. HASIL NUKILAN WARGA JN

2. Do not should not be used after the subject pronoun (He, She, It).

CInocrorrercetc:t:HHeeddooens ontoht ahvaevea acacra. r.

3. WH questions

I(CnAocnrorsrewrceetcr:t()(:AQ(nQust“euowYsedteesiasroty,)ino.”iws)n“eB)N“ah“oIrTaserootwafodftdioacbyraeakyoniisnafdfignhwco.et”ootridtskhaitneyhrgeoer.rdeTa?noy”o?d”wayOe Rare“Anroetwweowrkoirnkging today?”

4. The helping verb ‘did’ is followed by the present tense of the verb and not the past tense form.

ICnocrorrercetc:t:HHeeddiiddnnoottwwrrioteteththeeteteststlalaststwweeeekk. .

5. ftaTornhaldleionnmw”oeaetdna“ndbwiy“nabgl‘ukyo”p.ff’l.itEghhveet”nv. eHprrboowcfeoesvpseeiro,inswateolscmdaonannmaogatkes.ea‘yCth“oibspyee’wrirsaolfrko.”lW,loaeswcietadinsbstyhayteh““ebfopyorctea”prwo”,sh“itibciyohnbiis‘kwbeie”t,ihn“’,bgaynubdsuends”e,tvo“ebrtyravel

ICnocrorrercetc: t: II ccaannnnoott ccooppee wupithwtihthistphrisespsruerses.ure.

ISCWnoocimrtohrreeracoetlfcl:ttt:hhIIeeccmaaammbaoreeevt:teoo, owofffhfiiycceedobonywfwoeaomltko.arkeI wmailsktatkoethwehoilfeficsep.eaking in English? There are many reasons why.

1. lsmofNTLsaruuhayonoaccrsemgtkcstkueeieeenmosslnjafosffgoilf,cbtuepuuls.meerolgplnaapyheurccpllcotlevyiiohro.ncoreccgmtf.auomaPbonnnurrvoidaetletiacheyigrtnseiryoctra.teueomTtrrosehtmpnishedtegeiaelanuitaakmigebsci..naiieEltWlvgiatrsetyroitirtororythuronwostcsirutrmmeuoitltfraeaeien.vdtnePogbeotcreuiioaatnngwcbphEptueeirncelvooaengoprnlccylitueasahmnhbnfercuaaaomillaklamlstoeoroiytowiehmbnvwseueprayeirrolotyadeouslcsnsbuitoogebpouuclweyanaeicoutflartoulsunyerfr.aidnuosKlledEfsynldnftiob-otigcwrfdlfcooieiiosnanrfhmfdefgii.ncedmtuncheelunetyincotlnoeaiucntrteahogxtweuepuoasrsrogeelesudtsnh, de
2.

3.

MzAseotainsrtetcha,hekliefekosne”r.difEto.ovrferetyxhoaenmdepaelyevewdnihsnycauwtsiseviensghspooeuualdrkefkrieseledmpaookfneexmsppieesrattakikisnees,g.siTonhmiEnentkigmalibeshos ?uwtWeited!loEl vsfeiomnrgpwelythetthnoewsraeiyg,ah“rteEwvineorroydounranecdoMmmafkuoersstt
So, it is normal if we make mistake when a foreign language like English.

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 65

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Penaziran Era Digital –
Cabaran dan Peluang

Oleh:
Aieshah Ithnin
Sektor Standard dan Jaminan Kualiti

Jemaah Nazir (JN) ialah sebuah institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah wujud
sejak bulan Oktober 1956. Kewujudannya yang mendokong Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) telah sedia maklum oleh semua warga pendidikan lebih-lebih lagi dalam
kalangan guru di sekolah. Fungsi utama JN yang sering kali disalah erti oleh pelbagai
pihak tidak pernah melelahkan warganya dalam melaksanakan amanah yang
didokong. Setiap tahun, JN melaksanakan tanggungjawabnya untuk menghasilkan
laporan dan menyerahkannya kepada YB Menteri Pendidikan. Laporan ini secara
tidak langsung akan memberikan impak kepada warga KPM. Namun, semenjak awal
penubuhan JN sehingga kini, JN masih mengamalkan proses kerja yang sama iaitu
secara fizikal atau penghasilan dokumen bercetak.
Pada 18 Mac 2020, negara Malaysia telah melalui fasa pertama Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang telah menghadkan semua jenis pergerakan termasuklah
bidang pekerjaan. Kesannya, semua warga kerja industri sama ada penjawat awam mahupun pekerja swasta
berhadapan dengan cabaran bekerja dalam norma baharu bagi memastikan kelangsungan operasi jabatan atau
syarikat dapat diteruskan.

Pandemik Covid.19
The world has vaulted five years forward in consumer and business digital adoption in around eight weeks.
- McKinsey
Namun di sini, timbul beberapa cabaran yang perlu diatasi. Bersediakah warga JN dengan persekitaran pekerjaan
norma baharu ini berbanding persekitaran sedia ada? Beberapa persoalan berikut perlu diperhalusi.

• Adakah warga JN terlatih untuk menggunakan teknologi sedia ada atau terkini yang terlibat
dalam perubahan ini?

• Adakah peralatan teknologi yang dimiliki oleh warga JN seperti komputer riba dan pelan data
internet boleh menyokong perubahan ini?

• Adakah warga JN jelas dengan tahap keselamatan yang perlu diamalkan dalam persekitaran
baharu ini?

• Apakah medium/pelantar yang akan digunakan bagi menghasilkan laporan/dapatan JN?
Berdasarkan persoalan yang timbul ini, adakah JN bersedia untuk turut serta mengubah cara kerja sedia ada
kepada bentuk baharu iaitu pendigitalan penaziran? Hal ini perlu dipertimbangkan secara lebih kritikal dengan
mengambil kira transformasi pendidikan sedia ada yang melibatkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) yang sedang berlaku di sekolah.

66 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN HASIL NUKILAN WARGA JN

Perkara yang perlu dibincangkan bagi menyahut cabaran tersebut ialah:
1. Sumber manusia - Menyediakan program latihan yang intensif dari semasa ke semasa kepada
semua pegawai JN tentang pengoperasian kerja yang bersifat digital. Ia perlu dilaksanakan secara
berterusan bukan secara one-off memandangkan bidang teknologi adalah bersifat evolving,
perubahan berlaku setiap hari
2. Peralatan Teknologi - Membekalkan perkakasan komputer yang terkini sekurang-kurangnya
tiga tahun kebelakang. Membenarkan tuntutan pembayaran penggunaan talian internet
kepada semua nazir sekolah (NS) kerana penggunaan pelan data persendirian bukanlah suatu
keadaan yang boleh dianggap sebagai kebiasaan yang harus diterima jika pegawai perlu bekerja
sepenuhnya di luar pejabat.
3. Medium/Pelantar Penulisan Laporan - Menetapkan/membangunkan medium/pelantar yang
bersesuaian bagi tujuan penyediaan pelaporan secara maya seterusnya menyimpannya dalam
bentuk digital.
4. Kerahsiaan dan Keselamatan Laporan/Dapatan JN - Menyediakan dokumen tatacara
pengendalian dokumen digital fokus kepada kerja buat JN supaya kerahsiaan dan keselamatan
dokumen/NS terpelihara.

Memetik kata-kata John C. Maxwell dalam bukunya yang berjudul Leader Shift, “You
cannot be the same, think the same, and act the same if you hope to be successful in a
world that does not remain the same” memberi gambaran bahawa transformasi cara
kerja yang diharapkan dalam JN tidak akan berjaya jika ia hanya bergantung kepada
arahan di peringkat pentadbiran. Ia perlu disokong dengan semua perkara yang
dihuraikan di atas. Oleh itu, sebelum JN melangkah ke arah pendigitalan penaziran,
adakah JN telah lengkap bersedia?

Aieshah Ithnin
Sektor Standard dan Jaminan Kualiti

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 67

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Medium mesyuarat dalam talian sepanjang pandemik COVID-19
Oleh:

Mujahidah binti Zaira Azlan
Sektor Data dan Teknologi Maklumat

Wabak COVID-19 yang meletus di Malaysia pada awal Februari 2020 bukan sahaja
mengubah gaya hidup masyarakat, tetapi juga membawa perubahan besar pada
gaya hidup yang mengoptimumkan penggunaan teknologi. Sebelum meletusnya wabak
COVID-19 dan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia ini,
mesyuarat dalam talian telah dilaksanakan di kebanyakan organisasi.
Mesyuarat secara bersemuka semasa pelaksanaan PKP tidak dapat dilaksanakan
lagi seperti sebelumnya. Kebanyakan organisasi perlu mengoptimumkan kemahiran
penggunaan teknologi yang sedia ada atau yang masih baharu seperti penggunaan
Microsoft Teams, Google Meet, Zoom, Cisco Webex dan sebagainya. Jemaah Nazir (JN)
Putrajaya juga menitik beratkan tentang kelebihan pelaksanaan mesyuarat dalam talian,
di mana kehadiran ahli mesyuarat adalah lebih ramai. Mesyuarat dalam talian adalah
fleksibel dan boleh disertai oleh ahli mesyuarat dari kediaman masing-masing sepanjang
pandemik ini dengan mengekalkan keselamatan ahli daripada sebarang jangkitan.
Perkongsian bahan mesyuarat, agenda penting dan idea dapat dilaksanakan seperti biasa
sepanjang mesyuarat atas talian.
Selain itu, mesyuarat dalam talian boleh diadakan pada bila-bila masa yang sesuai selagi
terdapat capaian internet dengan kelajuan yang bersesuaian mengikut keperluan. Sesi
mesyuarat juga boleh direkodkan sebagai rujukan dan hasil rakaman boleh dijadikan
sebagai minit mesyuarat dalam bentuk digital. Capaian utama medium pelaksanaan
mesyuarat sering diadakan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Teams dan Google
Meet. Secara amnya, pilihan aplikasi dan pautan ini mempunyai kelebihan dan ciri-ciri
yang tersendiri.
Sehingga kini, Google Meet mempunyai 700 ulasan dan penilaian 4.6 bintang daripada
5 bintang manakala Microsoft Teams mempunyai 485 ulasan dan penilaian 4.5 bintang
daripada 5 bintang di mana ulasan dan penilaian ini diberikan oleh pengguna-pengguna
aplikasi tersebut yang menitikberatkan tentang persamaan dan perbezaan antara pilihan
perisian yang difokuskan pada ciri, kemudahan penggunaan, perkhidmatan pelanggan
dan nilai pasaran.

68 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN HASIL NUKILAN WARGA JN

• Microsoft Teams merupakan penyelesaian persidangan video yang optimum,
iaitu disatukan dengan produk Microsoft yang lain seperti Skype, Outlook
dan Office. Fungsi persidangan video yang mudah ini menjadi pilihan 44 juta
pengguna setiap hari.

• Aplikasi ini mempunyai interface di mana ia mudah digunakan untuk
berkolaborasi dengan kumpulan yang besar.

• Antara ciri-ciri utama aplikasi ini ialah:
i. Screen sharing
ii. Scheduling Options
iii. Custom backgrounds
iv. Together mode’ with a shred background
v. Instant file sharing and real time editing
vi. Virtual waiting rooms
vii. Video recording

• Tidak seperti Microsoft Teams, Google Meet (sebelumnya Hangouts) adalah
satu-satunya penyelesaian persidangan video, dengan lebih daripada 100 juta
pengguna setiap hari.

• Aplikasi ini disatukan dengan produk Google Workspace termasuk Gmail dan
Google Drive menjadikan ia mudah digunakan.

• Antara ciri-ciri utama aplikasi ini ialah:
• Live captions
• Optional hardware for conference room support
• Custom layouts and screen settings
• Screen sharing
• Live chats
• Integration with Google and Microsoft Office Calendars
• Encryption and Security features.

Mujahidah Binti Zaira Azlan
Sektor Data dan Teknologi Maklumat

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 69

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Sekadar Perkongsian :
WhatsApp vs Telegram Signal

Oleh:
Normie Azura binti Abdul Jamil
Sektor Data dan Teknologi Maklumat

70 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN

HASIL NUKILAN WARGA JN

Normie Azura binti Abdul Jamil
Sektor Data dan Teknologi Maklumat

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 71

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Normie Azura binti Abdul Jamil
Sektor Data dan Teknologi Maklumat

72 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN

Budaya Cemerlang dalam Penaziran HASIL NUKILAN WARGA JN

Oleh:
Marina binti Ismail

JNN Pahang

W Badan Kecil Mampu Bawa Beban Berat
alaupun badan semut bersaiz kecil, namun dia mampu mengangkat beban
makanan lebih 50 kali berat badannya. Begitulah juga dalam urusan kerja
kita sebagai nazir sekolah, kita sebenarnya mampu menanggung beban tugasan
kerja kita dan menyelesaikannya satu demi satu dengan mendahulukan yang lebih
utama yang memerlukan tindakan yang segera.

A Saling Mengenali dan Menyayangi
pabila semut bertemu rakannya, mereka akan berhenti seketika dan saling
menegur. Begitu juga dengan nazir sekolah, kita akan saling menyapa dan
bertegur antara satu sama lain. Kita akan menegur rakan kita dengan berhemah
sekiranya mereka melakukan sebarang kesilapan sama ada dalam tugasan
pengurusan atau penaziran.

S Rela Berkorban
emut sanggup berkorban untuk rakannya demi memenuhi keinginan ketuanya.
Begitulah juga dengan kita sebagai nazir sekolah, sanggup memberi kerjasama
dan berkorban sesama kita bagi memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan
kepada kita.

S Mendahulukan Kepentingan Organisasi
emut mengutamakan kepentingan bersama mendapatkan makanan untuk
‘permaisuri’ mereka. Begitu juga nazir sekolah, melaksanakan tugasan yang
diamanahkan dengan lebih mengutamakan kepentingan organisasi daripada
kepentingan peribadi.

R Rela Berbahagi dan Bersyukur
ezeki yang diperoleh dibahagikan kepada rakan dan sentiasa bersyukur.
Begitu juga dengan kita, dalam bidang penaziran, rezeki penganugerahan atau
pengiktirafan yang diperoleh hasil kerja tungkus lumus, dikongsi dan dibahagikan
sebahagiannya dengan rakan yang lain sebagai tanda syukur kepada Illahi.

S Bersatu Teguh Bercerai Roboh
emut bekerja dalam kumpulan kerana ia memberi lebih kekuatan berbanding
individu. Begitu juga dalam penaziran, nama Jemaah Nazir mempunyai
kekuatannya yang tersendiri iaitu melaksanakan tugasan berdasarkan arahan ketua.
Jemaah memberi kekuatan dalam menghadapi setiap rintangan yang ada. Tidak
pernah berpecah belah.

K Bekerja Dengan Penuh Disiplin
ita biasa melihat deretan ratusan semut berjalan dalam satu baris dengan penuh
disiplin untuk bekerja. Begitu juga dengan kita, sebagai nazir sekolah bekerja
dengan penuh disiplin dan melaksanakan tugasan berdasarkan diskripsi kerja untuk
jawatan yang disandang dengan baik serta memenuhi sasaran kerja.

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 73

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Cerita Tentang Gergasi yang Tumbang
Oleh:

Dayang Rositer binti Awang Ibrahim
Jemaah Nazir Negeri Kelantan

Cerita yang akan dikongsikan ini adalah kisah sebenar tentang tumbangnya
beberapa syarikat gergasi berkaitan komunikasi. Ceritanya panjang, namun
dirumuskan supaya mudah untuk difahami. Cerita ini dijadikan perkongsian bukan
bertujuan untuk memaparkan keburukan/ kelemahan mana-mana pihak, tetapi
moral of the story cerita ini boleh dijadikan teladan dan ingatan pada kita tentang
sikap dan tindakan kita apabila berdepan atau menangani sesuatu perubahan.
Rasanya semua orang tahu dan mungkin pernah mengguna telefon mudah alih

berjenama Nokia. Sekitar tahun 1998 hingga awal tahun 2000 (lebih
kurang) jenama Nokia merupakan jenama yang berprestij tinggi dan terkenal. Ketika

itu, pasaran telefon bimbit Nokia menguasai dunia, baik pasaran rendah, menengah
mahupun pasaran premium. Pelbagai produk Nokia yang dilancarkan amat
dinanti-nantikan oleh semua peminat telefon bimbit. Antara produk yang
popular ialah Nokia Comunicator. Hampir semua golongan kelas menengah
di seluruh dunia memiliki telefon bimbit Nokia Communicator. Melalui
Nokia Comunicator (yang mengguna sistem operasi Symbian), pengguna

boleh menaip dengan keyboard, mengirim e-mel elektronik, malahan dapat
mengirim dokumen dalam bentuk faks.

Namun, menjelang sekitar awal 2000, pasaran telefon bimbit Nokia mula mendapat persaingan, apabila
semakin ramai beralih minat kepada telefon pintar yang menggunakan sistem iOS dan
Android. Ketika itu, beberapa syarikat, seperti sebuah syarikat dari Kanada, RIM
(Research In Motion Ltd) mengeluarkan Black Berry; syarikat telefon
bimbit dari Amerika Syarikat, Apple, mengeluarkan iPhone dan iPad
dengan sistem operasi iOS. Google pula memperkenalkan sistem operasi
Android yang digunakan dalam pelbagai telefon pintar jenama-jenama seperti
Samsung dan LG. Manakala Nokia, tetap degil mempertahankan sistem
operasi Symbian (yang diguna pakai dalam produknya), sedangkan sistem tersebut
dianggap kurang dinamik ketika itu.

Dalam enam tahun terakhir, penjualan Nokia menurun 40 peratus. Saham Nokia
jatuh hingga lebih dari 80 peratus pada tahun-tahun berikutnya. Namun, para
pegawai atasan Nokia menganggap penurunan jualan produk Nokia ini hanya
sementara. Hakikatnya, sejak itu Nokia tidak pernah lagi bangkit menikmati
kejayaan. Hingga akhirnya, gergasi perusahaan internet, Microsoft, sebuah syarikat
yang berasal Finland ini mengambil alih Nokia pada September 2013 dengan nilai
USD 7.2 billion. Ini adalah jalan penghujung bagi Nokia dan mulai Oktober 2014, Nokia
telah lenyap dari zaman kegemilangannya.

74 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN

Selain kisah Nokia, telefon pintar Black Berry juga mempunyai kisah tersendiri. HASIL NUKILAN WARGA JN
Black Berry OS suatu ketika dahulu yang terkenal dengan BBM dan physical
keyboard untuk tujuan permesejan yang releven ketika itu, mulai pudar sekitar
tahun 2011, sehingga sekarang namanya seolah-olah tidak pernah muncul dan
tidak lagi menjadi sebutan dalam dunia peranti komunikasi. Jenama yang pernah
gah itu, siapa sangka statistik dalam tahun 2019 melaporkan cuma terdapat 0%
pengguna smartphone yang menggunakan Black Berry OS.
Begitu juga kisahnya, dengan Microsoft. Microsoft merupakan syarikat gergasi yang terkenal dalam
menyediakan perkhidmatan perisian untuk komputer mahu pun laptop. Semua orang sedia maklum,
dalam bidang perkomputeran, Microsoft sangat berjaya dan mendominasi sehingga 90
peratus pasaran dunia tetapi syarikat tersebut gagal untuk membawa kejayaan tersebut
ke telefon pintar. Microsoft menetapkan syarat tertentu yang perlu diikuti oleh
pengeluar lain, jika mereka ingin menggunakan perisian daripada Microsoft.
Microsoft juga turut mengenakan lesen yang perlu dibayar oleh pengeluar peranti
untuk menggunakan perisian yang dibangunkan olehnya. Hal ini, menyebabkan
pengeluar lain tidak lagi begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan
pihak Microsoft.
Paparan cerita ringkas kejayaan dan kegagalan syarikat gergasi dunia dalam bidang
teknologi dan komunikasi di atas, hanya satu antara berjuta cerita yang boleh
dijadikan teladan pada kita tentang kesanggupan, kesungguhan dan ketabahan
mendepani perubahan. Kehebatan kita suatu ketika dahulu bukanlah syarat utama
kita akan tetap relevan pada masa sekarang jika kita tidak mempunyai strategi
anjakan pradigma yang bersesuaian dengan perubahan dan keperluan semasa.

Arus globalisasi yang melatari dunia kini, mengajak kita untuk menjadi lebih
proaktif dan peka, agar kita tidak tewas.Kalau gergasi boleh tewas, siapalah kita.
Biar pun banyak cabaran dan kesukaran yang akan kita hadapi dalam mendepani
dan menangani perubahan, namun percayalah, seperti sepotong ayat dalam
Surah Asy Syarh (surah ke 94 ayat 8) yang bermaksud “maka sesungguhnya bersama
kesulitan ada kemudahan”.
Sumber Rujukan/ Bacaan :
1. Adam Lanshinsky. 2012. Inside Apple. John Murray Publisher : United State
2. John Wood. 2011.Leaving Microsoft To Change The World. PTS Publishing
House: Selangor
3. Fred Vogelstein. 2013. Dogfight: How Apple and Google Went to War and
Started a Revolution. Sarah Crichton Book : New York
4. Mohamad Rizky Allawy. “Kumpulan Kejadian Penting Dalam Sejarah
Perkembangan Smartphone” dalam Laman TechNAsia, 8 Mac 2016

Dayang Rositer Binti Awang Ibrahim
Jemaah Nazir Negeri Kelantan

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 75

HASIL NUKILAN WARGA JN Hasil Nukilan Warga JN

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian:
Isu dan Cabaran dalam Pelaksanaannya
Oleh:
Ashotha Krishnan
Jemaah Nazir Negeri Selangor

Pada awal tahun 2020, seluruh dunia telah dilanda dengan
Pandemik COVID-19 yang juga dikenali sebagai wabak
koronavirus. Penularan wabak penyakit ini bukan sahaja memberi
kesan kepada ekonomi secara global malah memberi impak yang
besar pada keseluruhan sistem pendidikan negara kita sendiri.
Salah satu yang boleh dilihat ialah perubahan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) iaitu dari kaedah PdP secara bersemuka kepada
PdP secara dalam talian.
Pelbagai kaedah secara pembelajaran teradun (Blended Learning)
iaitu dalam talian (online) mula dilaksanakan. Konsep blended
learning bermaksud pencampuran model pembelajaran konvensional dengan belajar secara dalam
talian (Hussin, Siraj, Darusalam, & Mohd Salleh, 2015) dan juga merangkumi penggunaan teknologi
multimedia, CD ROM video penstriman (video-streaming), kelas virtual, voicemail, e-mel dan
teleconference, animasi teks atas talian dan video penstriman (video-streaming) (Thorne, 2003).
Dewasa ini, aplikasi Google Classroom merupakan satu aplikasi yang paling popular dan mudah diakses
oleh guru dan murid, iaitu digunakan sebagai satu platform pusat sehentian (One Stop Centre) untuk

memberi informasi kelas, muat naik nota kelas, muat naik tugasan kelas, kuiz dan
medium perbincangan serta pembentangan hasil kerja murid. Aplikasi Google
Classroom sering digunakan kerana tidak melibatkan sebarang kos dan mudah
dikendalikan (Ventayen, Estira, De Guzman, Cabaluna, & Espinosa, 2018).
Berdasarkan pemerhatian penulis, pada peringkat awal proses perubahan
struktur pengajaran ini berlaku kebanyakan guru belum dapat menyesuaikan
perubahan ini dengan baik. Hal ini kerana para guru belum bersedia untuk
berubah dari kaedah PdP bersemuka kepada kaedah PdP dalam talian. Namun, hasil kerjasama semua
pihak telah berjaya meyakinkan para guru untuk melaksanakan pdp corak
baharu dengan lebih baik dan bersistem.
Namun demikian, antara isu yang dikenal pasti bagi PdP dalam talian ialah
kekangan peralatan ICT seperti kamera video (Webcam), microfon, dan
pembesar suara (speaker). Hasil dapatan ini disokong oleh kajian Hashim,
Mohd Nasri, dan Mustafa (2016) yang menyatakan bahawa cabaran dari aspek
kekangan infrastruktur dilihat sebagai cabaran utama dalam melaksanakan PdP
secara dalam talian.

76 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN HASIL NUKILAN WARGA JN

Selain itu, guru yang masih belum mahir atau tidak mempunyai kemahiran untuk mengendali peralatan
ICT juga menyebabkan kelancaran penyampaian isi pengajaran terganggu dan menjadi kurang berkesan.
Dari segi cabaran yang dihadapi oleh murid semasa menjalankan PdP dalam talian ialah mereka
menyatakan bahawa terdapat terlalu banyak perbezaan dalam talian kaedah pembelajaran. Terutama

murid-murid yang mengikuti subjek Sains, Kimia, Fizik, Biologi
dan Reka Bentuk dan Teknologi yang berkaitan teori iaitu sebanyak
(60%) dan amali (40%). Justeru, apabila PdP dalam talian dijalankan,
murid tidak dapat menjalankan amali seperti yang sepatutnya.
Cabaran kedua adalah akses internet yang tidak stabil dan sukar
diakses. Pernyataan ini disokong oleh Abdul Karim (2020) dan
Bernama (2020) dan Zulkifli, Hamzah, dan Abdul Razak (2020),
hasil dapatan menunjukkan bahawa sumber liputan internet/
wifi menjadi halangan utama proses e-pembelajaran dengan
menggunakan Massive Open Online Courses (MOOC) walaupun
pelajar sangat bermotivasi untuk belajar secara dalam talian.
Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian merupakan satu kaedah alternatif untuk mengajar pelajar
dalam situasi pendemik. Pihak pentadbir dan guru perlu mengkaji semula permasalahan tersebut dan
membuat perancangan atau strategi bagi memastikan PdP dijalankan dengan lebih berkesan. Tugas
guru pada masa kini lebih mencabar. Kementerian Pendidikan Malaysia yakin bahawa tema hari guru
“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”, ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta
murid seterusnya membentuk masyarakat yang lebih berilmu.

Ashotha Krishnan
Jemaah Nazir Negeri Selangor

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 77

Hasil Nukilan Warga JN

Komunikasi Berkesan :
Kebersamaan dalam Perbezaan
Tonggak Organisasi Cemerlang

Oleh:
Dr. Mohd Azuri bin Shaari
Jemaah Nazir Negeri Pahang

HASIL NUKILAN WARGA JN “Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan
keturunan yang lemah di belakang mereka, yang mereka khuatirkan terhadap (kesejahteraannya)
Nya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka berbicara

dengan tutur kata yang benar (qaulan sadida)”. (Al-Quran: Surah An Nisa ayat 9).
“Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang paling keras (gemar) dalam

berbantah-bantahan”. (HR Bukhari, 2277).

sesebuah organisasi Komunikasi merupakan proses yang penting dalam kehidupan
manusia untuk melahirkan pendapat dan perasaan kepada
seseorang. Di dalam organisasi, komunikasi memainkan
peranan yang sangat penting dalam memastikan
perjalanan sesebuah organisasi supaya dapat berjalan
dengan lancar dan tanpa komunikasi yang berkesan,
penyampaian maklumat yang benar dan tepat tidak
mungkin dapat disampaikan kepada ahli-ahlinya. Menurut
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2005), kemahiran
berkomunikasi memainkan peranan penting dalam
kehidupan manusia. Manakala Zawiyah (2009) pula
menjelaskan komunikasi bukan sahaja melibatkan
percakapan dan penulisan tetapi juga pembacaan dan
proses mendengar. Oleh itu komunikasi adalah aktiviti
utama yang berlaku dalam sesebuah organisasi dan kejayaan
bergantung kepada kerja sepasukan yang berada di dalamnya.

Komunikasi kepimpinan merupakan kebolehan untuk mempengaruhi orang bawahan dan melibatkan
penggunaan kuasa dalam kalangan pemimpin di sesebuah organisasi. Komunikasi kepimpinan
adalah antara pemangkin utama kepada proses merancang dan membentuk perancangan strategik
pembangunan modal insan sesebuah organisasi. Kegagalan pihak atasan dalam membentuk
perancangan strategik yang mantap akan membawa kepada kegagalan dalam melahirkan
kakitangan yang bersikap proaktif, berfikiran prolifik, berdaya saing, kreatif dan berinovatif.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2003), ketelusan penyebaran maklumat yang betul dan
berguna dilihat sebagai satu isu penting dalam organisasi. Saluran komunikasi yang jelas, persekitaran
yang kondusif, keakraban hubungan antara ahli dalam organisasi merupakan antara faktor yang
menjayakan komunikasi kepimpinan itu sendiri. Oleh itu, komunikasi dalam organisasi dilihat
sangat penting dari sudut pendekatan hubungan antara manusia kerana maklumat yang tepat sangat
diperlukan oleh ketua di sesebuah organisasi dalam membuat keputusan atau menyelesaikan konflik.
Manakala bagi pekerja pula, maklumat yang tepat diperlukan untuk membantu mereka melaksanakan
tugas-tugas dengan lebih baik dan berkesan. Perkara ini turut disokong oleh S.O. Oluga (2010) yang
menyatakan, penyaluran mesej yang berkesan antara manusia dan mudah difahami akan memberi
tindak balas yang berkesan dan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk hasil kerja yang berkualiti.

78 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

Hasil Nukilan Warga JN HASIL NUKILAN WARGA JN

Orang yang bijak seharusnya menyedari tentang perbezaan individu kerana boleh dilihat menerusi
cara hidup, karakter dan pola pemikiran umpamanya melalui percakapan, cara berjalan dan
berpakaian dalam kalangan kita. Hal ini kita tidak dapat nafikan bahawa dalam dunia, tiada antara
kita yang sama secara total, hatta kembar seiras sekalipun pasti mempunyai perbezaan. H a l
yang demikian menjadikan manusia itu unik dengan perbezaan antara satu sama lain.
Sebagai contoh, seorang ayah mendidik anak dengan pendekatan yang tegas, sedangkan
ibu pula sangat berlemah lembut, tetapi matlamat ayah dan ibu sama iaitu ingin
mendidik anak menjadi anak yang baik serta berguna di masa hadapan nanti.
Seyogia, marilah kita semua bersama-sama secara kolektif bersatu hati, bersatu
pemikiran dan bersatu matlamat dalam membangunkan organisasi kita ke satu tahap
yang lebih baik, tinggi dan menjadi contoh kebanggaan dan inspirasi kepada lain-lain
organisasi bersandarkan kepada prinsip pemahaman berkaitan komunikasi berkesan
dan perbezaan individu. InsyaAllah hidup kita pasti akan lebih bahagia tanpa perlu
merendahkan-rendahkan pihak lain kerana tidak akan membawa apa-apa kebaikan ibarat
pepatah Melayu lama “menang jadi arang, kalah jadi abu”, amalan “cah keting” dan Game
of Thrones juga perlu dielakkan dalam organisasi. Selamat meneruskan kecemerlangan
organisasi serta kebijaksanaan kita dalam bertoleransi dan menyesuaikan diri dalam
pelbagai keadaan adalah kunci kejayaan kepada falsafah “Kebersamaan Dalam Perbezaan”.

Dr. Mohd Azuri bin Shaari
Jemaah Nazir Negeri Pahang

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 79

WWAARRGGAA JJNN YYAANNGG BBEERRSSAARRAA

80 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 80

WARGA JN YANG BERSARA

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 81

WARGA JN YANG BERSARA

82 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

WARGA JN BERTUKAR KELUAR

BIL NAMA PENEMPATAN BAHARU TARIKH PEGAWAI
KUAT / AKP
1 ENCIK ZULKIFLI BIN PEMANDU KENDERAAN KUASA
MOHD NOR BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN AKP
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 11.01.2021

2 ENCIK MOHD NAZRI SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(2) 08.03.2021 PEGAWAI
BIWN MD SAAD GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

3 PUAN SALPARINA BINTI SMK PERMATANG RAWA 15.03.2021 PEGAWAI
SAIDIN PENOLONG PEGAWAI TADBIR
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN
4 ENCIK MOHD SHAHRIR 12.04.2021 AKP
BIN MOHD ZABAIDI TEMPATAN
PEMBANTU TADBIR (P/O)
5 CIK NOOR ZARINA 26.04.2021 AKP
BINTI ISHAK JABATAN PENDIDIKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
6 PUAN NAZMIYANI BINTI 26.04.2021 AKP
MOHD NOR PEMBANTU TADBIR (P/O)
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
7 MARSITA BINTI 26.04.2021 AKP
MUSTANIR PEMBANTU TADBIR (P/O)
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
8 ENCIK MUHAMMAD 26.04.2021 AKP
ALFIE BIN AZIZAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
9 PUAN SITI SA'ADIAH 01.05.2021 PEGAWAI
BINTI ABOD BERCUTI TANPA GAJI MENGIKUT SUAMI
(3 TAHUN)
10 PUAN LATIFA BINTI A 03.05.2021 PEGAWAI
KADIR PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SK SRI MELANTA JAYA, SABAH
11 ENCIK AAMANU BIN 01.06.2021 PEGAWAI
IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK PUCHONG UTAMA (1)
12 CIK SITI AMINAH BINTI PENOLONG AKAUNTAN 01.06.2021 AKP
ABDUL RANI
KEMENTERIAN LUAR NEGERI

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 83

WWAARRGGAA BBAAHHAARRUU JJNN

BIL NAMA PENEMPATAN BAHARU TARIKH PEGAWAI
KUAT / AKP
PENOLONG PENAGARH KUASA
UNIT BAHASA DAN KESUSASTERAAN
1 ENCIK MOHAMAD NASIR 04.01.2021 PEGAWAI
BIN ABD AZIZ SEKTOR PENAZIRAN KURIKULUM
JEMPAEAMHBANNAZTIUROPPUETRRAASJIAYA
2 ENCIK ZULHISHAM BIN SUB UNIT NAIK PANGKAT 04.01.2021 AKP
MUSTAPA UNIT SUMBER MANUSIA
SEKTOR PENGURUSAN
3 ENCIK MOHD FAIRUZ BIN JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA 11.01.2021 PEGAWAI
SULIMAN NAZIR SEKOLAH 11.01.2021 PEGAWAI
11.01.2021 PEGAWAI
4 PUAN MA CHEE LEONG JEMAAH NAZIR NEGERI SABAH
NAZIR SEKOLAH
5 ENCIK AUDREY HONG
WAN JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK
NAZIR SEKOLAH
6 ENCIK ZULKIFLI BIN 11.01.2021 AKP
ABDUL RONI JEMAAH NAZIR CAWANGAN MIRI
PEMANDU KENDERAAN
7 PUAN HASNI BINTI SUB UNIT PENTADBIRAN 11.01.2021 AKP
BAKHTIAR
UNIT PENTADBIRAN DAN LATIHAN
8 PUAN SITI SARAH BINTI SEKTOR PENGURUSAN 11.01.2021 AKP
ABDULLAH ADI
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
PUAN SHARIFAH KETUA PEMBANTU TADBIR 29.01.2021 PEGAWAI
9 SHAHADANIA BINTI
UNIT ASET 23.02.2021 AKP
SYED HASSANN SEKTOR PENGURUSAN
PUAN FATIN NUR JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
10 AMALINA BINTI WAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
MOHAMAD HAMBALI
SUB UNIT AKAUN
11 ENCIK NOOR AZLAN UNIT KEWANGAN 23.02.2021 AKP
BIN MUSTAPA SEKTOR PENGURUSAN
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
12 PUAN SITI RUZANA PENOLONG PENAGARH 15.03.2021 PEGAWAI
BINTI AB. GHANI SEKTOR DASAR DAN PERANCANGAN
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
13 ENCIK AB AZIZ BIN AB 15.03.2021 PEGAWAI
SAMAD PEMBANTU TADBIR
JEMAAH NAZIR WP KUALA LUMPUR

PEMANDU
JEMAAH NAZIR NEGERI SELANGOR

PENOLONG PENGARAH
UNIT SAINS SOSIAL

SEKTOR PENAZIRAN KURIKULUM
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
PENOLONG PENGARAH

UNIT INSTITUSI PENDIDIKAN CEMERLANG
SEKTOR PENAZIRAN INSTITUSI PENDIDIKAN

JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA

84 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 84

WARGA BAHARU JN

BIL NAMA PENEMPATAN BAHARU TARIKH PEGAWAI
KUAT / AKP
NAZIR SEKOLAH KUASA
JEMAAH NAZIR CAWANGAN SANDAKAN
15 ENCIK MOHD RIDZWAN 15.03.2021 PEGAWAI
BIN AWANG NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR NEGERI SABAH
14 DR. NOR JANNAH BINTI 15.03.2021 PEGAWAI
HASSAN NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR NEGERI MELAKA
16 PUAN NOR SUHAILA 15.03.2021 PEGAWAI
BINTI ABDUL PENOLONG PENGARAH
UNIT PEMANTAPAN INSTITUSI PENDIDIKAN
PUAN SHARIFAH SEKTOR PENAZIRAN HEM DAN KOKURIKULUM 15.03.2021 PEGAWAI
17 NAWIRAH BINTI SYED
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
HASSAN PENOLONG PENGARAH

18 ENCIK AHMAD HAZIM UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT 01.04.2021 PEGAWAI
BIN MUSTAFFA SEKTOR DATA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

19 PUAN ROHAYA BINTI JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA 12.04.2021 AKP
RAMLI PENOLONG PEGAWAI TADBIR KANAN

20 PUAN NOR HAZILAH UNIT ASET 12.04.2021 AKP
BINTI HAMDAN SEKTOR PENGURUSAN 12.04.2021 AKP
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA 12.04.2021 AKP
21 ENCIK MOHAMMAD PEMBANTU TADBIR (P/O)
AHZAM BIN ABDULLAH JEMAAH NAZIR NEGERI TERENGGANU
PEMBANTU OPERASI
22 ENCIK NAZRUL BIN JEMAAH NAZIR NEGERI KELANTAN
SAMAT PEMBANTU OPERASI
JEMAAH NAZIR NEGERI SABAH
23 PUAN ARNIZA BINTI PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) 26.04.2021 AKP
CHE ARIS
SUB UNIT AKAUN
24 PUAN KASZURAIDA UNIT KEWANGAN 26.04.2021 AKP
BINTI KASA MAIDIN SEKTOR PENGURUSAN
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
25 PUAN ROHANI BINTI PEMBANTU TADBIR (P/O) 26.04.2021 AKP
ABDULLAH SUB UNIT PERJAWATAN
UNIT SUMBER MANUSIA
26 PUAN ZAMILAH BINTI SEKTOR PENGURUSAN 26.04.2021 AKP
ALI JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
PEMBANTU TADBIR (P/O)
SUB UNIT NAIK PANGKAT
UNIT SUMBER MANUSIA
SEKTOR PENGURUSAN
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA
PEMBANTU TADBIR (P/O)
SUB UNIT PERJAWATAN
UNIT SUMBER MANUSIA
SEKTOR PENGURUSAN
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA

HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia 85

WARGA BAHARU JN

BIL NAMA PENEMPATAN BAHARU TARIKH PEGAWAI
KUAT / AKP
NAZIR SEKOLAH KUASA
JEMAAH NAZIR NEGERI PERAK
27 PUAN RODIAH BINTI 03.05.2021 PEGAWAI
ABDUL WAHID NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK
28 ENCIK MOHAMAD 24.05.2021 PEGAWAI
YAZID BIN AHMAD NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK
29 YBRS. DR. TEO ANAK 24.05.2021 PEGAWAI
JUIN NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK
30 ENCIK ZAINURI BIN 24.05.2021 PEGAWAI
ZAINAL ABIDIN NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS
31 ENCIK MAT NASIR BIN 24.05.2021 PEGAWAI
MOHD JUSOH NAZIR SEKOLAH
JEMAAH NAZIR NEGERI PERLIS
32 ENCIK KHAIRUL HAKIMI 24.05.2021 PEGAWAI
BIN ISMAIL PENOLONG AKAUNTAN
SUB UNIT AKAUN
32 ENCIK WAN MOHD UNIT KEWANGAN 01.06.2021 AKP
JASNI BIN WAN NGAH
SEKTOR PENGURUSAN
33 ENCIK MOHD FISHA JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA 14.06.2021 PEGAWAI
HAFIZ BIN ABIDIN
PENOLONG PENGARAH
UNIT TEKNIK VOKASIONAL
SEKTOR PENAZIRAN SEKOLAH
JEMAAH NAZIR PUTRAJAYA

86 HakciptaTerpelihara JemaahNazir,KementerianPendidikanMalaysia

JN

CANANG nazirEdisi Pertama

SEKALUNG PENGHARGAAN
DAN

TERIMA KASIH
KEPADA

SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT

Penaung
TUAN HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN

Penasihat
DR.SHARIFAH FETOM BINTI SYED ZAIN

Sidang Redaksi
UTV

PN.MAIZATUL SHABANU BINTI ABDUL PATAH

EN.SELVENDRAN A/L ANGAMUTHU

PN.JUNIZA BINTI JUBRI

PN.DAYANG SURYATI BINTI ABANG
IBRAHIM

EN. MOHD FISHA HAFIZ BIN ABIDIN

Penyumbang Bahan
UNIT UBK, USM, USS & UPIM (SPK)

NAZIR IBU PEJABAT, NEGERI DAN CAWANGAN


Click to View FlipBook Version