The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wahidanaz95, 2022-05-27 11:12:24

MESYUARAT AGUNG PIBG SKPU 2022

MESYUARAT AGUNG PUIBG SKPU 2022

1

Sekapur Sireh

GURU BESAR SK PUCHONG UTAMA
EN. MOHAMED SALEM BIN FAZAL DEEN
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada tuan-puan ahli
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Puchong Utama kerana sudi meluangkan ma-
sa menunaikan tanggungjawab menyertai Mesyuarat Agung tahunan kali ke 22 pagi
ini.Terima kasih tidak terhingga kepada AJK pelaksana kerana sekali lagi berjaya
menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang
amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain.
Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik kepada semua ibu
bapa bersua muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan
lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Tahun 2020 dan 2021 yang kita telah lalui banyak membawa kenangan, cabaran, pen-
galaman kepada semua peringkat masyarakat. Penularan wabak Covid -19 yang melan-
da seluruh dunia telah merubah kebiasaan semua orang tidak terkecuali bagi sektor pen-
didikan. Bagi pihak pentadbiran sekolah,ribuan terima kasih tidak terhingga atas pema-
haman serta kerjasama semua pihak khasnya PIBG dalam mendepani cabaran
menghadapi masalah penularan pandemic Covid -19.
Alhamdulillah pada tahun ini, kita kembali dengan kehidupan normal di mana semua
sektor telah dibuka sepenuhnya termasuk sektor pendidikan. Oleh itu, banyak program
tahunan yang telah dirancang oleh pihak sekolah akan kita laksanakan. Pada kesem-
patan ini, saya ingin meminta kerjasama ibu bapa agar sentiasa peka dengan maklumat
serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah. Adalah menjadi harapan saya
agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu sekolah mening-
katkan prestasi sekolah. Mencapai kejayaan seperi yang diimpikan bukan sesuatu yang
mudah, pastinya memerlukan pengorbanan dan komitmen kedua-dua pihak. Pihak
sekolah dan ibu bapa perlu bersama-sama menyumbang tenaga, kewangan dan idea
demi perkembangan dan kejayaan anak-anak .
Akhirnya, saya berharap agar permuafakatan dan kerjasama yang baik semua pihak
bagi memastikan penyampaian dan kecemerlangan berterusan anak-anak serta sekolah
berada pada tahap yang membanggakan. Sekian terima kasih

2

2

Seulas Pinang

YDP PIBG SK PUCHONG UTAMA
EN. ZAIDI BIN IDRUS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
kemesraan buat semua.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kehadrat
ilahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi
bertemu dalam Mesyuarat Agung persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG) kali ke 22 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih kepada barisan AJK PIBG dan barisan ibu bapa yang telah sama -sama bekerja
serta berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua
AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi
memacu kecemerlangan pelajar.

PIBG sekolah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di
sekolah. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang
tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, Kita sebagai ibu bapa perlu menyokong
segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan guru-guru khasnya. Elakkan sikap
mencari salah dan menuding jari. Sekiranya ada sebarang masalah kita berbincang dan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Sesungguhnya, mesyuarat Agung PIBG amat
bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan men-
cari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak masing-masing.

Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang
dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu, tampil memberi sum-
bangan membantu pihak sekolah bagi mencapai kecemerlangan Pendidikan anak–anak
kita. Di samping itu, marilah kita sama-sama menjelaskan sumbangan PIBG untuk mem-
bantu pihak sekolah memacu kecemerlangan anak-anak SKPU.

Dalam keadaan sekarang, saya amat berharap supaya ibu bapa dapat memantau
kesihatan anak-anak, memastikan anak-anak mematuhi SOP, menjaga kebersihan diri dan
makan makanan yang berkhasiat supaya mereka sihat, cergas dan bijak.

Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang baru dilantik sesi
2022/2023 bersikap proaktif dalam merangka dan melaksanakan program PIBG yang
mampu menjana kecemerlangan Sk Puchong Utama.
Sekian, terima kasih

3

3

Isi Kandungan

BIL PERKARA M/S
1. KATA ALUAN GURU BESAR
2. KATA ALUAN YDP PIBG 2
3. ATURCARA MAJLIS 3
4. SURAT PANGGILAN MESYUARAT 5
5. JAWATANKUASA KERJA MESY AGUNG PIBG 6
6. MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 20 TAHUN 2020 8
7. LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2020 12

8. USUL MESYUARAT AGUNG PIBG 16
9. SENARAI AJK PIBG TAHUN 2020
10. SENARAI AJK PIBG TAHUN 2021 18
11. LAMPIRAN: 21
12. CATATAN, PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH 22
23
36

4

4

Atur cara Majlis

MASA ATUR CARA

8.00 PAGI ➢ KETIBAAN IBU BAPA / GURU

8.30 PAGI PENDAFTARAN GURU, IBU BAPA DAN PENJAGA
➢ KETIBAAN GURU BESAR
➢ NYANYIAN LAGU NEGARAKU
➢ BACAAN DOA
➢ UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
➢ UCAPAN PERASMIAN

9.15 PAGI ➢ MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22
➢ MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT

YANG LALU
➢ MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN

PENYATA KEWANGAN 2021
➢ PERBAHASAN USUL
➢ PEMBUBARAN JAWATANKUASA 2021/2022
➢ PENYAMPAIAN CENDERAMATA BARISAN

JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022
➢ PEMILIHAN JAWATANKUASA BARU 2022/2023
➢ MEMPERKENALKAN BARISAN JAWATANKUASA PIBG

SESI 2022/2023

12.00 ➢ PENANGGUHAN MESYUARAT
TENGAH
HARI 5

57

Surat Panggilan

6

6

Borang Pernyataan
Usul

7

77

Jawatankuasa Kerja

PENASIHAT : En Mohamed Salem B Fazal Deen
PENGERUSI : En. Zaidi Bin Idris
N/PENGERUSI : Pn. Azfa Nor Hazirah Binti Ali Nor Piah
SETIAUSAHA : Pn. Nor Fazlin Izzatie Binti Jamaluddin
BENDAHARI : En. Mohd Hasren Bin Yunos

SAMBUTAN DAN PROTOKOL PENDAFTARAN
En. Nazrullah Bin Mohd Nor Pn. Soh Seok Yew
Pn. Noor Saliza Binti Shah Mainan

JEMPUTAN/ BUKU PROGRAM /
Pn. Mardiana Bt Jamel
Cik Wahidatul Hannan Binti Nazari

JURUACARA MAJLIS KAWALAN LALU LINTAS/ PARKING
Pn. Nur Zakiyah Hazirah Binti Mohd Zamruzi En. Ahmad Salimi Bin Mohd Najib

PENYEDIAAN TEKS
Pn. Norliza Binti Salim
Pn. Norzalina Binti Mohd Nordin

CENDERAMATA / SIJL AJK PENYAMBUT TETAMU
Pn. Fatin Nadia Bt Masri Pn. Jayanthe A/P Sree Raman
Pn. Siti Nazuhah Binti Mohd Yusof
Pn. Siti Zubaidah Binti Mat Zain
Cik Nur Kamilia Bt Mohd Kassim

SIARAYA GOODIES BAG TETAMU
En. Mohd Ruziman Bin Ab Hadzi Pn. Nur Farihah Binti Kamaruddin
En. Azri Bin Sarmani

BANNER
Pn. Nurbaiti Bt Said
En. Sheikh Abu Bakar Bin Sheikh Abdullah
Mohd Fazli Nizam Bin Aziz @ Ab Aziz

MULTIMEDIA BACAAN DOA
Cik Nur Ainaa Binti Abd Rashid En. Mahzan B Abd Mutalib

8

8

Jawatankuasa Kerja

FOTOGRAFI DOKUMENTASI
Pn. Wee Hiang Yong (K) Pn. Nurul Izwana Binti Abdul Jamil (K)

PENCATAT MINIT PERSIAPAN TEMPAT (SELEPAS MAJLIS)
Pn. Mawar Murni Binti Che Hanapi
En. Muhammad Naqiuddin Bin
Nazim

PENGIRA UNDI Bapa)
En. Mohamed Sharizan Bin Mohamed

PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM MAJLIS : KESELAMATAN / PERTOLONGAN CEMAS
27.5.2022 – JUMAAT PAGI) Pn. Revaty A/P Vizian
En. Mohd Rowa Bin Salleh
KEBERSIHAN
(Ajk Ibu Bapa)

Pn. Fadzilah Binti Muhamad Pn. Noor Zuraida Binti Idris

KEBERSIHAN 9
Pn. Feti Saznita Binti Mohd Tajuddin
9

Minit Mesyuarat Agung

Tarikh SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA
Masa JALAN PU 12/1, TAMAN PUCHONG UTAMA,
Tempat
Kehadiran 47100 PUCHONG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 21 TAHUN 2021

: 24 APRIL 2021 (SABTU)
: 08:30 PAGI
: DEWAN MBSJ PUCHONG UTAMA
: 157 orang (62 ibu bapa dan 95 orang guru) Rujuk lampiran

UCAPAN PENGERUSI
1.1 YDP PIBG mengucapkan tahniah dan syabas atas kehadiran semua ibu
bapa dan guru. Beliau memaklumkan bahawa bendahari PIBG bagi sesi 2020
telah berpindah dan laporan kewangan akan dibentangkan oleh naib benda-
hari PIBG sesi 2020.

Makluman
UCAPAN GURU BESAR
2.1 Guru Besar selaku penasihat PIBG mengucapkan tahniah dan syabas
atas kehadiran semua ibu bapa dan guru. Beliau mengharapkan mesyuarat
akan berjalan dengan tertib dan sebarang pertanyaan akan dijawab oleh pihak
yang sepatutnya.

Makluman
2.2 Guru Besar memaklumkan bahawa maklumat terkini berkenaan dengan
sesi persekolahan akan diwar-warkan kepada ibu bapa melalui aplikasi
Whatsapp dan Telegram.

Makluman
PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT:
3.1 Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke
20.

10

10

Minit Mesyuarat Agung

PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 2020
4.1 Naib bendahari PIBG meminta semua ahli mesyuarat merujuk Laporan
Kewangan di dalam buku program untuk makluman berkenaan kewangan
PIBG 2020.
Pengesahan laporan kewangan : Pn. Hazanidah binti Zainal Abidin
Sokongan : En. Tengku Hazmin Hanum bin Tengku
Hamzah
Makluman

4.2 YDP PIBG memaklumkan bahawa kutipan sumbangan PIBG pada tahun
lepas adalah sebanyak 60% sahaja bagi setiap kelas dan mengharapkan
pada tahun ini kutipan meningkat kepada 80% setiap kelas.

Makluman

4.3 YDP PIBG memaklumkan bahawa segala cek atau kenyataan penge-
luaran wang dari akaun persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh
Bendahari dan Yang Dipertua atau Bendahari dan Setiausaha. Maklumat
akaun persatuan adalah seperti berikut:

Nama bank : Hong Leong Bank
No akaun : 27000005682

Makluman

PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL – USUL
5.1. AKADEMIK
Usul - En Mohd Shahrol bin Mohamed Nassarudin memberi cadangan supa-
ya menjalankan senaman regangan selaman 30 minit sebelum sesi PdPc
dijalankan.

Jawapan - Penolong Kanan PPKI SKPU memaklumkan bahawa cadangan
tersebut akan dipertimbangkan mengikut keadaan. Beliau menyatakan baha-
wa senaman tidak semestinya dijalankan selama 30 minit malah, 5 minit te-
lah mencukupi kerana mengambil kira keupayaan murid-murid.

Makluman

11

11

Minit Mesyuarat Agung

5.2 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
Usul – En. Ibrahim mencadangkan agar terdapat kemudahan tandas
duduk di setiap tandas murid.
Jawapan – YDP PIBG menyatakan bahawa penambahbaikan dan penye-
lenggaraan dijalankan setiap tahun dan akan mempertimbangkan setiap
tandas murid dilengkapi dengan satu tandas duduk. Beliau turut me-
maklumkan bahawa setakat ini, tiada kerosakan berkenaan dengan tandas
murid kerana setiap awal tahun sebelum sekolah dibuka, tandas berada
dalam keadaan baik. Hanya selak pintu mahupun daun pintu yang perlu
diberi perhatian.

Makluman
5.3 HAL-HAL LAIN
5.3.1 KEBERSIHAN
Usul – Pn. Rosmawati binti Razali mengutarakan isu sampah sarap di luar
kawasan sekolah lalu mencadangkan pihak sekolah menyediakan tong
sampah.
Jawapan - Guru Besar SKPU menjelaskan bahawa sampah sarap yang
berada di luar kawasan sekolah merupakan tanggungjawab Majlis Banda-
raya Subang Jaya (MBSJ). Walau bagaimanapun, guru-guru akan senti-
asa mengingatkan murid-murid agar tidak membuang sampah merata-rata
dan menyimpan dahulu sampah tersebut di dalam poket masing-masing.

Makluman
SESI SOALAN TERBUKA
6.1 INFRASTRUKTUR
Soalan – Pn. Rosmawati binti Razali bertanya mengenai ‘quotation’ yang
diperlukan untuk pembelian kerusi dan meja.
Jawapan – YDP PIBG memaklumkan bahawa tiada ‘quotation’ yang
dikeluarkan. Kos yang kurang daripada RM 10,000 tidak perlu keluarkan
‘quotation’ dan sekiranya lebih dari RM 10,000, dua atau lebih ‘quotation’
akan diambil dan akan pilih yang terbaik.

Makluman
12

12

Minit Mesyuarat Agung

6.2 AKADEMIK
Soalan – Pn. Aniza Zahiyah binti Abdul Manaf bertanya berkenaan penanda
aras untuk murid-murid dinilai dan memohon pencerahan berkenaan cara
bagaimana murid dinilai.
Jawapan – Penolong Kanan Pentadbiran SKPU menerangkan bahawa murid-
murid tahap 1 akan mengikuti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara formatif.
Manakala, murid-murid tahap 2 pula akan menjalani penilaian secara formatif
dan sumatif. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa kehadiran murid-murid ke
sekolah amatlah diharapkan untuk penilaian PBD yang dijalankan mengikut
kemahiran.

Makluman
6.3 INFORMASI SEKOLAH
Soalan – Pn. Nurull Hedayu binti Hassim bertanyakan mengenai saluran yang
tepat untuk mengetahui secara formal berkenaan makluman tentang hal
sekolah dan beliau mencadangkan untuk diwujudkan laman web rasmi bagi
memuat naik sebarang aktiviti sekolah dan takwim tahunan sekolah.
Jawapan – Guru Besar SKPU memaklumkan bahawa sekolah mempunyai
Telegram rasmi untuk sekolah salurkan makluman (Komunikasi Satu Hala) dan
Whatsapp untuk komunikasi dua hala.

Makluman
6.4 KOKURIKULUM
Soalan – Pn. Nurazlinawati binti Abdul Satar mencadangkan agar kokurikulum
dimasukkan di dalam jadual persekolahan.
Jawapan - Guru Besar SKPU bersetuju dengan cadangan tersebut dan memo-
hon agar ibu bapa sebulat suara bersetuju untuk memasukkan kokurikulum di
dalam jadual persekolahan. Dapatan undian mendapati majoriti ibu bapa ber-
setuju.

Makluman

13

13

Minit Mesyuarat Agung

PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020
7.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK kerana telah
memberi kerjasama. YDP memohon maaf jika terdapat sebarang keku-
rangan dan kekhilafan sepanjang tahun 2020. Beliau membubarkan barisan
AJK PIBG sesi 2020 dan pemilihan AJK PIBG 2021 akan dilakukan pada hari
ini.

Makluman
PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021
8.1 Guru Besar dilantik sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan
mesyuarat.
8.2 Pemilihan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021. Setelah dibuka pencalo-
nan, keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:
YANG DIPERTUA - EN. ZAIDI BIN IDRIS

Cadangan – Pn. Azfa Nor Hazirah binti Ali Nor Piah
Sokongan – Pn. Nik Zuraidah binti Nik Wil
NAIB YANG DIPERTUA - PN. AZFA NOR HAZIRAH BT ALI NOR PIAH
Cadangan – Pn. Rohaiza binti Mohd Yusoff
Sokongan – Pn. Narosidah binti Basirun
SETIAUSAHA PIBG – CIK NOR FAZLIN IZZATIE BINTI JAMALUDDIN
Cadangan – Pn. Azlinawati binti Abdul Satar
Sokongan – En. Muhamad Akmal bin Jamaluddin
BENDAHARI PIBG – EN MOHD HASREN BIN YUNOS
Cadangan – Pn. Azlinawati binti Abdul Satar
Sokongan – En. Muhamad Akmal bin Jamaluddin
EN. NORKAHAR BIN HASHIM
Cadangan - Pn. Suhairina bin Hashim
Sokongan - Pn. Zuraina binti Mat Zain

14

14

Minit Mesyuarat Agung

AJK GURU:
PN. NURUL HAZWANI BINTI NGAH
PN. NUR FARIHAH BINTI KAMARUDDIN
AHMAD SALIMI BIN MOHD NAJIB
PN. KOGILA A/P AYAMANY
PN. YASMIN BINTI YASSIN
Cadangan – Pn. Azlinawati binti Abdul Satar
Sokongan – En. Muhamad Akmal bin Jamaluddin

JURUAUDIT SEKOLAH (GURU):
SOH SEOK YEW
Cadangan – Pn. Azlinawati binti Abdul Satar
Sokongan – En. Muhamad Akmal bin Jamaluddin

JURUAUDIT SEKOLAH (IBU BAPA):
EN. SYUKRI AZWAN BIN BAHROM
Cadangan – Pn. Rohaiza binti Mohd Yusoff
Sokongan - Pn. Nurazlinawati Binti Abdul Satar
Makluman

UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 YDP mengucapkan rasa syukur dan terima kasih atas lantikan sebagai
YDP PIBG bagi sesi 2021 ini dan berjanji akan cuba melakukan yang terbaik
untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.

9.2 YDP berharap agar dapat bekerjasama dengan semua ahli jawatankuasa
PIBG yang baru.

9.3 YDP mengharapkan sumbangan PIBG akan bertambah pada tahun 2021
dan turut menyatakan bahawa sumbangan boleh diberikan melalui pem-
bayaran ‘online’ mahupun guru kelas.

9.4 Guru Besar SKPU berharap agar ahli jawatankuasa yang baru dilantik
dapat menjalankan tugas dengan lebih baik untuk tahun 2021 bagi memasti-
kan kecemerlangan sekolah terus meningkat.

9.5 Mesyuarat Agung PIBG kali-21 ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh: 15
Setiausaha Mesyuarat Agung PIBG 21/2021
Tarikh: 30 APRIL 2021

15

Laporan Kewangan

16

16

Laporan Kewangan

17

17

Usul Mesyuarat Agung
2022

18

18

Usul Mesyuarat Agung
2022

19

19

Usul Mesyuarat
Agung

20

20

Senarai Ajk Pibg 2021

SENARAI AJK PIBG TAHUN 2021 SK PUCHONG UTAMA

PENASIHAT : EN. MOHAMED SALEM BIN FAZAL DEEN
YANG DIPERTUA : EN. ZAIDI BIN IDRIS
NAIB YANG DIPERTUA : PN. AZFA NOR HAZIRAH BT ALI NOR PIAH
SETIAUSAHA PIBG : PN. NOR FAZLIN IZZATIE BINTI JAMALUDDIN
BENDAHARI PIBG : EN MOHD HASREN BIN YUNOS

AHLI JAWATANKUASA GURU : PN. NURUL HAZWANI BINTI NGAH
: PN. NUR FARIHAH BINTI KAMARUDDIN
: AHMAD SALIMI BIN MOHD NAJIB
: PN. KOGILA A/P AYAMANY
: PN. YASMIN BINTI YASSIN

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA : PN. FETI SAZNITA BINTI MOHD TAJUDDIN
: PN. ROHAIZA BINTI MOHD YUSOF
: EN. MOHD FAHMI BIN MOHD KAMRAN
: EN. AZHARI BIN HJ AMIR
: EN. NORKAHAR BIN HASHIM

JURUAUDIT 1 (GURU) : SOH SEOK YEW
JURUAUDIT 2 (IBU BAPA) : EN. SYUKRI AZWAN BIN BAHROM

21

21

Senarai Ajk Pibg 2022

PENASIHAT : EN. MOHAMED SALEM BIN FAZAL DEEN
YANG DIPERTUA : __________________________________
NAIB YANG DIPERTUA : __________________________________
SETIAUSAHA PIBG : PN. NOOR FARHANA ELEENA BINTI CHE LEH
BENDAHARI PIBG : CIK SITI FARAH NADIA BINTI MOHAMAD NASIR

AHLI JAWATANKUASA GURU : PN. SUHANNA BINTI ABDUL KADIR
: EN. MOHAMED SHARIZAN BIN MOHAMED HUSAIN
: PN. MUNIRAH BINTI MOHMAD ASRI
: PN. NOOR SALIZA BINTI SHAH MAINAN
: CIK NUR KAMILIA BINTI MOHD KASSIM

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA : ________________________________
: ________________________________
: ________________________________
: ________________________________
: ________________________________

JURUAUDIT 1 (GURU) : EN. WAN MUHD MUIZZUDDIN BIN WAN IBRAHIM
JURUAUDIT 2 (IBU BAPA) : ________________________________

22

22

Lampiran

23

23

Lampiran

24

24

Lampiran

25

25

Lampiran

26

26

Lampiran

27

27

Lampiran

28

28

Lampiran

29

29

Lampiran

30

30

Lampiran

31

31

Lampiran

32

32

Lampiran

33

33

Lampiran

34

34

Lampiran

35

35

TERIMA KASIH

36


Click to View FlipBook Version