SOROTAN AKTIVITI ISU 5 EDISI MEI 2023 PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA (NCDRC) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 KATA ALUAN PENGARAH Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Sorotan Aktiviti NCDRC bertujuan menyampaikan maklumat kepada warga UPSI dan komuniti tentang aktiviti atau program yang telah dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI sepanjang Mei 2023. Pihak NCDRC juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak pada masa akan datang demi kecemerlangan bersama. Terima kasih. PROF. MADYA DR. MAZLINA CHE MUSTAFA PENGARAH, NCDRC
SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 1 SIDANG EDITOR PROF. MADYA DR. NORAZILAWATI ABDULLAH TIMBALAN PENGARAH, NCDRC PROF. MADYA DR. MAZLINA CHE MUSTAFA PENGARAH, NCDRC PROF. MADYA DR. ABDUL HALIM MASNAN PENYELARAS, NCDRC PN. NUR ASYIKIN ISMAIL SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI, NCDRC Penasihat Penasihat Ketua Editor Editor
SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 1 11 Mei 2023 - NCDRC telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak Strasys Solutions Sdn. Bhd. (consultancy services). 5 Mei 2023 - Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) telah menerima lawatan dan mengadakan pameran produk sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 9 Mei 2023 - NCDRC telah menerima kunjungan dan lawatan daripada pihak Faber Castell Sdn Bhd, Mrs. Crystal Sio, Mrs. Annee Koh dan Mrs. Janice Ho.
SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 23 Mei 2023 - Pihak NCDRC yang diwakili oleh Pengarah, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa dan Penyelaras, Dr. Iylia Dayana Shamsudin telah mengadakan lawatan dan perbincangan kerjasama strategik dengan Pro-Landscape Structure Sdn. Bhd. bertempat di Sungai Buloh, Selangor. Terima kasih kepada pihak Pro-Landscape, Ybrs. Ts. Dr. Zarak Shaifuddin Zamrah kerana sudi menerima kunjungan daripada NCDRC UPSI. 18 Mei 2023 - Pihak NCDRC telah mengadakan Program Townhall, Pengurusan Penyakit Bawaan Titisan Cecair dan Sambutan Riang Raya Aidilfitri Taska Tadika NCDRC. Ceramah Pengurusan Penyakit Bawaan Titisan Cecair (Droplet) telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Normaskinah Yahya, Pegawai Epidimiologi Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, YBrs. Dr. Shahnul Kamal Sidek, Pakar Perubatan Kesihatan keluarga Klinik Kesihatan Tanjong Malim dan PPKP Cik Shreena Meru, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit kesihatan Daerah Mualim serta Moderator Program, YBrs. Dr. Syafiq bin Shahruddin, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UPSI.
SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 21-24 Mei 2023 - Lawatan kerja dan perbincangan jaringan kerjasama strategik NCDRC, UPSI yang diwakili oleh Timbalan Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah dan Dr. Masayu Dzainudin dengan Department Of Social Welfare And Development (DSWD) Filipina, Philipine Normal University (PNU) dan Bagong Diwa Elementary School, Filipina. Semoga dengan kerjasama ini kualiti pendidikan awal kanak-kanak di kedua-dua negara dapat diperluaskan di persada negara ASEAN melalui potensi kerjasama membangunkan Pendidikan Awal Kanakkanak. 24 Mei 2023 - Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah naungan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan Program Guruku Bintangku bagi meraikan semua pendidik dan pembantu guru Taska Tadika NCDRC yang bertempat di Dewan Jauhar NCDRC. Antara aktiviti menarik adalah seperti senamrobik, sukaneka, nyanyian dan persembahan tarian daripada pelajar kumpulan Rentak Tari.
SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 30 Mei 2023 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan (MoA) bersama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dan Durioo Sdn. Bhd. bertempat di Dewan Jauhar, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC). UPSI dihadiri oleh Profesor Dato' Dr. Md Amin bin Md Taff,Naib Canselor UPSI, YBrs. Prof. Ts. Dr. Suriani Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Profesor Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), YBrs. En. Helmi Zaifura Abdul Rahman, Pendaftar dan Ybrs. Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, Pengarah NCDRC UPSI. Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dan pihak UPSI berharap agar sokongan padu yang diberikan oleh USAS, YPKDT dan juga Durioo Sdn. Bhd. terhadap pelbagai usaha dan inisiatif dapat memartabatkan pendidikan awal kanakkanak demi pembangunan modal insan negara pada masa akan datang. 26 Mei 2023 - Program Penjagaan Pergigian / Aktiviti Memberus Gigi Harian kepada kanak-kanak Taska & Tadika NCDRC telah disampaikan oleh Dr. Nizamuddin Pardan (Pusat Pengajian Sains Pergigian) yang sedang menjalankan Program Penempatan Elektif di NCDRC. Terima kasih kepada Dr. Nizam di atas perkongsian dan semoga kanak-kanak dapat mempraktikkan cara penjagaan gigi dengan betul.
SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 31 Mei 2023 - Sekitar lawatan pendidik Taska & Tadika NCDRC ke kilang Faber Castell Sdn Bhd, Subang Jaya Selangor di mana pendidik berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana cara pen dan pemadam dihasilkan. Selain itu, pihak Faber Castell juga telah berkongsi ilmu teknik pengajaran secara kreatif melalui 'Credit Notes Creation Workshop'. Terima kasih kepada pihak Faber Castell Sdn Bhd kerana sudi menjemput NCDRC UPSI mengadakan lawatan ke kilang. 30 Mei 2023 - Sekitar pameran produk inovasi sempena Majlis MoU & MoA UPSI dan Agensi Luar yang terdiri daripada NCDRC, Fakulti Sains & Matematik (FSMT), Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) dan Fakulti Komputeran Dan Meta-Teknologi (META) UPSI. Terima kasih kepada semua pempamer yang terlibat dalam memberikan sokongan kepada NCDRC dan UPSI.
Unit Penerbitan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak. 015-4879 7137 www.ncdrc.edu.my [email protected] NCDRC UPSI Page ncdrc_upsi06 NCDRC UPSI ncdrc