The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCDRC UPSI, 2021-08-15 21:30:42

Modul Terokai Dunia Cetak

Modul Terokai Dunia Cetak

Modul Terokai Dunia Cetak

Penulis:
Fatin Amirah Mohamad Khairi

Nurul Izzati Ahmad Ehsan
Hamah Latha Sumnade
Shafawati Atikah Shapiee
Bavithira Egambaram

Penasihat:
Dr. Juppri Bacotang

Modul Terokai Dunia Cetak

Edisi Pertama 2021
© Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 2021
Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Negara.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Tel: 015-4879 7137
Laman sesawang: ncdrc.upsi.edu.my
E-mel: [email protected], [email protected]
E-ISBN: 978-967-2484-22-6

Prakata

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Modul Terokai Dunia Cetak dapat
diterbitkan dengan jayanya.

Saya selaku penasihat bagi penerbitan modul ini mengucapkan tahniah kepada pelajar Sarjana
Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak), Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan S ultan Idris
(UPSI) kerana telah berjaya menulis modul ini. Penerbitan modul ini merupakan salah satu tugasan bagi
kursus KAB60204 Perkembangan Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-kanak bagi Semester 2 Sesi
2020/2021 (M20 2). Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-kanak Negara, UPSI kerana sudi menerbitkan modul ini.

Modul ini bertujuan memperkenalkan kepada ibu bapa berkaitan kesedaran cetak yang merangkumi
konsep cetak dan cetak persekitaran. Modul ini mengandungi pelbagai cadangan aktiviti untuk dilaksanakan
oleh ibu bapa bersama dengan kanak-kanak. Modul ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada ibu
bapa mahupun pendidik untuk membantu perkembangan kesedaran cetak kanak-kanak.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. “Selamat menelaah ilmu.”

Dr. Juppri Bacotang
Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

i

Isi Kandungan Muka Surat
1
Perkara 4
Definisi Kesedaran Cetak 6
Kepentingan Konsep Cetak 7
Fokus 1 (Cetak Persekitaran) 10
13
• Aktiviti 1: Jom Kenali Logo Restoran 16
• Aktiviti 2: Kenali Tandas Jantina
• Aktiviti 3: Traffic Light
• Aktiviti 4 : Jom Terokai Logo Produk Makanan

ii

Isi Kandungan Muka Surat
19
Perkara 20
Fokus 2 (Konsep Cetak: Fungsi Cetak) 22
24
• Aktiviti 5: Mari Bercerita
• Aktiviti 6: Makanan Sihat Saya 27
• Aktiviti 7: Kolaj Tanda Tandas
Fokus 3 (Konsep Cetak: Penerokaan Bahan Bercetak, Fungsi Buku, 28
Kefahaman Bergambar) 31
• Aktiviti 8: Jom Menerokai Buku 34
• Aktiviti 9: Jom Kenal Buku sama Bobo!
• Aktiviti 10: Jom Cari Gambar

iii

“Asas perkembangan literasi bermula
dengan pengalaman awal kanak-kanak

tentang cetak.”

• Kesedaran cetak sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak
berumur 2+ tahun dan ke atas.

iv

“Kesedaran cetak merangkumi cetak
persekitaran, konsep cetak dan
perkataan bertulis.”

(Vukelich, 2018)

v

Cetak

“Cetak ialah cap (tanda/huruf) yang terdapat pada
kertas, kain atau pada objek yang lain.”

1

Kesedaran Cetak

“Kemampuan kanak-kanak mengenali simbol, tanda,
logo, dan teks di persekitaran.”

2

Definisi

Konsep Cetak Pemahaman kanak-kanak tentang asas dan
kegunaan cetak, pemahaman ciri-ciri dan bahagian
buku, hubungan antara bunyi dengan huruf, dan
mengetahui fungsi cetakan.

Cetak Cetak persekitaran merujuk kepada simbol, tanda,
Persekitaran logo, atau gambar yang terdapat di sekeliling kanak-
kanak.

3

Kepentingan

• Asas kepada literasi terutamanya bagi kemahiran

membaca kanak-kanak.

• Persekitaran dan perkembangan bahasa

mempengaruhi penguasaan konsep cetak dan
cetak persekitaran kanak-kanak.

4

Komponen:
Konsep Cetak
Cetak Persekitaran

01

Fokus:

Cetak Persekitaran

(Simbol / Logo / Huruf)

6

Aktiviti 1: Jom Kenal Logo Restoran

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak dapat ● Kertas mahjung.
mengecam simbol restoran. ● Logo kad imbasan seperti

● Kanak-kanak dapat KFC, Pizza Hut,
meneroka simbol restoran. Starbucks.

7

Langkah-langkah Aktiviti

1 Kanak-kanak dibahagikan kepada pasangan untuk bermain permainan Tic Tac
Toe.

2 Kanak-kanak memilih logo, contohnya Pizza Hut, kemudian giliran pasangannya
untuk memilih logo lain, contohnya KFC.

3 Salah seorang kanak-kanak menjadi pemenang apabila tiga kotak dalam satu
barisan menegak atau melintang mempunyai kumpulan logo yang sama.

8

Lampiran

9

Aktiviti 2: Kenali Tandas Jantina

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak dapat ● Simbol tandas lelaki dan
mengelaskan barangan tandas perempuan.
mengikut kesesuaian jantina.
● Bahan maujud berkaitan
● Kanak-kanak dapat menyebut barangan lelaki dan
jenis jantina dengan melihat barangan perempuan.
simbol.

10

Langkah-langkah Aktiviti

1 Kanak-kanak diminta untuk mengelaskan barang keperluan lelaki dengan
barang keperluan perempuan.

2 Kanak-kanak perlu memilih salah satu bahan maujud, contohnya gincu kemudian
tampal pada simbol pintu tandas yang betul.

3 Aktiviti ini diteruskan sehingga kedua-dua pintu tandas lelaki dan tandas
perempuan dipenuhi dengan barang keperluan mengikut jantina.

11

Lampiran

12

Aktiviti 3: Traffic Light

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak dapat menyebut ● Model traffic light digital.
simbol / tanda lampu isyarat. ● Peta jalan raya.
● Model bas sekolah.
● Kanak-kanak dapat
memegang model bas dan
bertindak mengikut warna
lampu isyarat.

13

Langkah-langkah Aktiviti

1 Kanak-kanak berdiri di atas peta jalan raya sambil memegang model bas dan
menyanyi lagu “The Wheel On The Bus” sambil melihat tanda lampu isyarat.

2 Kanak-kanak diminta mematuhi lampu isyarat semasa menaiki model bas.

Sekiranya, lampu isyarat menunjukkan warna merah (kanak-kanak perlu
3 berhenti), warna kuning (kanak-kanak perlu bersedia untuk berhenti /

memperlahankan pergerakan), dan warna hijau (kanak-kanak perlu bergerak).

14

Lampiran

15

Aktiviti 4: Jom Terokai Logo Produk Makanan

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak dapat meneroka ● Bekas atau plastik yang
simbol / logo pada bekas / mempunyai simbol atau
plastik makanan. logo makanan seperti
Adabi, Maggi, Milo,
● Kanak-kanak dapat Gardenia, Auntie Ann,
mengecam huruf dengan Ayamas, Big Apple,
melihat pada bekas / plastik Dunkin Donut, Cadbury.
makanan.

16

Langkah-langkah Aktiviti

1 Ibu bapa / Pendidik melukis empat bahagian, dan setiap satu bahagian mewakili
huruf A, B, C, dan D.

2 Kanak-kanak mengecam huruf A pada bekas / plastik makanan yang dimulakan
dengan huruf A, contohnya Adabi dan ditampalkan pada bahagian huruf A.

3 Aktiviti ini diteruskan sehingga kanak-kanak dapat mengisi tiga hingga empat
simbol / logo makanan pada setiap huruf.

17

Lampiran

18

02

Fokus:

Konsep Cetak

(Fungsi Cetak)

19

Aktiviti 5: Mari Bercerita

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak boleh ● Gambar simbol
menjelaskan fungsi gambar “Dilarang Merokok”.
dengan baik.

● Kanak-kanak boleh menyebut
perkataan dengan jelas.

20

Langkah-langkah Aktiviti

1 Menunjukkan gambar simbol “Dilarang Merokok” kepada kanak-
kanak.

2 Menceritakan fungsi gambar “Dilarang Merokok” kepada kanak-
kanak.

3 Menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita semula fungsi
simbol yang ditunjukkan.

21

Aktiviti 6: Makanan Sihat Saya

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak boleh ● Gambar logo makanan
mengasingkan logo berkhasiat.
makanan berkhasiat dan
logo makanan tidak ● Gambar logo makanan
berkhasiat. tidak berkhasiat.

● Kanak-kanak boleh
menyebut perkataan
dengan jelas.

22

Langkah-langkah Aktiviti

Menunjukkan gambar logo makanan berkhasiat dan logo makanan tidak
1 berkhasiat serta menerangkan setiap fungsi logo makanan kepada kanak-

kanak.

Menanyakan soalan kepada kanak-kanak dan menggalakkan kanak-kanak
menyebut logo makanan yang ditanya, iaitu;
2
(i) Manakah logo makanan berkhasiat / makanan tidak berkhasiat?
(ii) Sebutkan logo makanan berkhasiat / makanan tidak berkhasiat?

3 Meminta dan menggalakkan kanak-kanak mengasingkan logo makanan
berkhasiat dengan makanan tidak berkhasiat di atas kertas yang disediakan.

23

Aktiviti 7: Kolaj Tanda Tandas

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak boleh ● Gambar simbol tanda
membezakan fungsi antara lelaki dan perempuan.
tandas lelaki dengan
tandas perempuan. ● Kertas warna.
● Gam
● Kanak-kanak boleh
menampal kolaj mengikut
kreativiti.

24

Langkah-langkah Aktiviti

1 Menerangkan fungsi simbol tandas lelaki dan simbol tandas perempuan kepada
kanak-kanak.

Kanak-kanak membuat aktiviti kolaj dengan mengikut langkah berikut;

2 (i) Melekatkan gam di atas kertas warna dan menampalkan di atas logo tandas
lelaki dan tandas perempuan.

(ii) Membuat aktiviti kolaj mengikut kreativiti sendiri.

3 Selepas melakukan aktiviti kolaj, kanak-kanak bercerita fungsi simbol tandas
lelaki dan simbol tandas perempuan.

25

Lampiran

26

03

Fokus:

Konsep Cetak

(Penerokaan Bahan Bercetak,
Fungsi Buku, Kefahaman Bergambar)

27

Aktiviti 8: Jom Menerokai Buku

Objektif Bahan-bahan
● Buku cerita.
● Kanak-kanak dapat meneroka
buku cerita dengan bebas.

● Kanak-kanak dapat membuka
helaian muka buku cerita satu
persatu.

28

Langkah-langkah Aktiviti

1 Menunjuk dan memperkenalkan buku cerita kepada kanak-kanak.

Menerangkan cara menerokai dan menjaga buku cerita kepada kanak-kanak,
iaitu;

2 (i) Memegang buku cerita dengan betul dan tidak terbalik.
(ii) Membuka helaian muka surat buku satu demi satu dengan cermat.
(iii) Melihat gambar dan perkataan yang terdapat dalam buku ceita.

3 Menggalakkan kanak-kanak untuk menerokai buku cerita sambil membuka
helaian muka surat buku cerita dengan bimbingan ibu bapa / pendidik.

29

Lampiran

30

Aktiviti 9: Jom Kenal Buku sama Bobo!

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak dapat menyebut ● Buku cerita.
bahagian buku (tajuk buku, ● Puppet tangan.
kulit depan dan kulit
belakang) dengan betul.

● Kanak-kanak boleh bercerita
dengan puppet “Bobo” untuk
meneroka bahagian buku
cerita.

31

Langkah-langkah Aktiviti

1 Menunjuk dan memperkenalkan buku cerita dan puppet tangan “Bobo” kepada kanak-kanak.

Menggunakan “Bobo” untuk memperkenalkan fungsi buku, iaitu tajuk, kulit depan dan kulit
belakang, contohnya;

(i) Bobo: “Nak dengar cerita?”

2 (ii) Bobo: “Bobo hendak membaca buku ceita ini, tapi Bobo hendak membaca
tajuk buku ini dahulu.”

(iii) Bobo: “ Ini kulit depan buku. Apa gambar yang ada pada kulit depan buku

ini?”

(iv) Bobo: “Ini kulit belakang buku. Apa gambar yang ada pada kulit belakang

buku ini?”

3 Kanak-kanak menunjuk dan menyebut bahagian buku, iaitu tajuk, kulit depan dan kulit
belakang.

32

Lampiran

Puppet tangan Bahagian tajuk, kulit depan, dan
“Bobo”. kulit belakang buku cerita.

33

Aktiviti 10: Jom Cari Gambar!

Objektif Bahan-bahan

● Kanak-kanak dapat ● Kotak makanan.
menunjukkan gambar dan ● Kertas A4.
cetak yang terdapat pada ● Gam
kotak makanan. ● Gunting

● Kanak-kanak dapat
mengasingkan gambar
dengan cetak tulisan.

34

Langkah-langkah Aktiviti

1 Ibu bapa / pendidik menunjukkan dan menerangkan gambar dan cetak tulisan
pada kotak makanan kepada kanak-kanak.

2 Kanak-kanak menunjukkan gambar dan cetak tulisan yang terdapat pada kotak
makanan.

3 Kanak-kanak menggunting gambar dan cetakan tulisan yang terdapat pada
kotak makanan dengan bimbingan ibu bapa / pendidik.

4 Kanak-kanak mengasingkan gambar dengan cetak tulisan di kertas A4.

35

Lampiran

Gambar dan cetak tulisan Mengasingkan gambar dengan cetak
pada kotak makanan. tulisan.

36

Penutup

Semoga modul ini dapat memberi
pendedahan awal berkaitan

kesedaran cetak kepada kanak-
kanak, dan seterusnya dapat

menanamkan asas kemahiran 3M
(membaca, menulis dan mengira)

kepada kanak-kanak.

37

Sekian

Terima
Kasih

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
includingicons by Flaticon and infographics & images by Freepik

38

Modul Terokai Dunia Cetak

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Kompleks NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

015-48797137 | ncdrc.upsi.edu.my | [email protected]
NCDRC UPSI Page

NCDRC UPSI


Click to View FlipBook Version