The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCDRC UPSI, 2021-08-15 21:27:11

Modul Anak Bijak Cakap

Modul Anak Bijak Cakap

Modul Anak Bijak Cakap

Penulis:

☆ Intan Djelita Ali Hanafiah ☆ Norliza Zakaria ☆ Siti Rushliyana Rusli ☆
☆ Stephanie Wong Tuong Jieh ☆ Suzana Ahmad ☆

☆ Dr. JuPpepnraisBihaacto:tang ☆

Modul Anak Bijak Cakap

Edisi Pertama 2021
© Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 2021

Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara.

Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Tel: 015-4879 7137
Laman sesawang: ncdrc.upsi.edu.my
E-mel: [email protected], [email protected]

E-ISBN: 978-967-2484-21-9

2

Isi Kandungan

Perkara Muka Perkara Muka
Surat Surat
Prakata Cabaran Troli 25-27
Pengenalan 4 Telefon Karat 28-30
Definisi Bahasa Lisan 6 Sumi Kata 31-35
Senarai Aktiviti 7 Mari Dengar Cerita 36-39
Jom Main Boneka 8 Cita-cita Saya 40-42
Rama-rama dan 9-13 Pak Mamat Ada Kebun 43-49
Kempompong 14-19 Pukul Berapa Datuk 50-52
Emosi Saya Harimau?
20-24 3

Prakata

Setinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Modul Anak Bijak Cakap dapat diterbitkan
dengan jayanya.

Saya selaku penasihat bagi penerbitan modul ini mengucapkan tahniah kepada pelajar Sarjana
Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak), Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) kerana telah berjaya menulis modul ini. Penerbitan modul ini merupakan salah satu tugasan bagi
kursus KAB60204 Perkembangan Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-kanak bagi Semester 2 Sesi
2020/2021 (M202). Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-kanak Negara, UPSI kerana sudi menerbitkan modul ini.

Modul ini dibina bagi membolehkan ibu bapa dan pendidik membantu kanak-kanak menguasai
bahasa lisan dengan baik. Cadangan aktiviti disusun mengikut aras kebolehan kanak-kanak bermula
daripada aktiviti yang mudah kepada aktiviti yang sukar. Modul ini mempunyai keluwesan di mana
cadangan aktiviti boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian latar belakang kanak-kanak.
Persekitaran yang kondusif dan cara serta bimbingan yang positif dapat membantu kanak-kanak menguasai
bahasa lisan.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. “Selamat menelaah ilmu.”

Dr. Juppri Bacotang
Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

4

Pengenalan

Ibu bapa dan penjaga, adalah sumber utama dalam pembangunan bahasa kanak-
kanak. Ibu bapa menunjukkan contoh perbualan, memberitahu perkataan yang
tidak diketahuinya serta menyokong pertuturan kanak-kanak. Sejak kecil lagi,
kanak-kanak bertindak balas dengan bunyi-bunyi di sekelilingnya dengan cara
meniru bunyi dan suara yang terdapat di sekitarnya. Bunyi-bunyi ini termasuklah
perbualan, nyanyian dan penceritaan atau bacaan buku cerita oleh ibu bapa dan
penjaga.

Melalui cara inilah kanak-kanak mula bertutur bahasa pertama mereka dan
kosa kata mereka semakin berkembang apabila mereka membesar. Pertuturan
merupakan asas kepada pemerolehan bahasa dan seterusnya menguasai proses
pembacaan.

Modul Anak Bijak Cakap dibangunkan untuk memberi panduan kepada ibu
bapa mengenai aktiviti rangsangan yang boleh dibuat bersama kanak-kanak
untuk membantu perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.

5

Panduan Penggunaan
Modul A-B-C

Tentukan Jenis Tentukan Umur Anak
Aktiviti
Tentukan umur supaya
Pilih jenis aktiviti yang aktiviti bersesuaian dengan
mahu dilakukan, contoh: umur dan perkembangan
menyanyi, dan seni kraf. anak.

Rujuk Senarai Aktiviti

Pilih aktiviti dalam senarai
aktiviti.

6

Definisi Bahasa Lisan

❓Tahukah anda mendengar dan bertutur adalah dua komponen bahasa

lisan?

❓ Bagaimana mahu kembangkan bahasa lisan anak-anak?
✓ Sebut perkataan atau ayat dengan betul.
✓ Dengar dan faham pertuturan dengan baik.
✓ Suarakan kehendak dan perasaan.
✓ Guna ayat yang tersusun.
✓ Bina keyakinan dan kepercayaan diri.
✓ Beri pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak.
✓ Pelbagaikan aktiviti.

7

Senarai Aktiviti

Jom Main 2 Rama-rama dan 3 4
Boneka Kepompong Emosi Saya Cabaran Troli

Aktiviti Seni & Kraf Aktiviti Awal Sains Aktiviti Bercerita & Aktiviti Luar Rumah
Menyanyi
Untuk 2 tahun ke atas. Untuk 2 tahun ke atas. Untuk 3 tahun ke atas.
Untuk 3 tahun ke atas.
5 6 8
Telefon Karat Sumi Kata 7 Mari Dengar Cita-cita Saya
Cerita
Aktiviti Bermain Aktiviti Fizikal Aktiviti Teka Lakonan
Aktiviti Bercerita
Untuk 3 tahun ke atas. Untuk 3 tahun ke atas. Untuk 3 tahun ke atas.
Untuk 3 tahun ke atas.

9 Pak Mamat 10 Pukul Berapa
Ada Kebun Datuk Harimau?

Aktiviti Nyanyian Aktiviti Awal Matematik

Untuk 2 tahun ke atas. Untuk 2 tahun ke atas.

8

Aktiviti 1

Jom Main Boneka

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 2 tahun ke atas.

9

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar, bertutur, dan
motor halus.
Jenis aktiviti:
Seni kraf dan nyanyian.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Sebut nama-nama jari dengan

betul.
2. Sebut nama ahli keluarga dengan

betul.

10

Bahan-bahan

1. Template boneka: https://bit.ly/3jHcMnL
atau imbas QRCode.

2. Gam atau pita pelekat.

3. Gunting

Nota: Imbas QRCode

Ibu bapa boleh guna juga gambar ahli
keluarga.

Ibu bapa juga boleh menggunakan boneka
jari yang dijual di pasaran.

11

Langkah-langkah Aktiviti

Memperkenalkan Membuat boneka.
nama-nama jari.

1. Letak tangan di belakang. 1. Sebutkan peralatan yang digunakan
2. Sambil menyanyi, keluarkan tangan dan
tunjukkan jari yang betul. untuk membuat boneka.
2. Minta anak-anak menyebut dan
3. Sembunyikan semula tangan. mengulang.
4. Ulang sampai semua nama jari dipanggil. 3. Sebut nama jari sewaktu lekatkan
boneka. Contoh: “Lekat gambar ini, di
Memperkenalkan ibu jari. Mana ibu jari?”
ahli keluarga.

1. Letak tangan di belakang.
2. Sambil menyanyi, keluarkan tangan dan

tunjukkan ahli keluarga yang betul.
3. Ulang sampai semua ahli keluarga

dipanggil.

12

Lirik Lagu Mana Ibu?

Memperkenalkan Imbas QRCode Memperkenalkan
anggota jari. ahli keluarga.

Ibu jari , ibu jari, di mana? Imbas QRCode
Di sini, di sini, apa khabarmu?
Jari bapa, jari bapa, di mana?
Di sini, di sini, gembira.

Jari telunjuk, jari telunjuk, di mana? Jari ibu, jari ibu, di mana?
Di sini, di sini, apa khabarmu? Di sini, di sini, gembira.

Jari tengah, jari tengah, di mana? Jari adik, jari adik, di mana?
Di sini, di sini, apa khabarmu? Di sini, di sini, gembira.

Jari manis, jari manis, di mana? Jari kakak, jari kakak, di mana?
Di sini, di sini, apa khabarmu? Di sini, di sini, gembira.

Jari kelingking , jari kelingking , di mana? Jari bayi, jari bayi, di mana?
Di sini, di sini, apa khabarmu? Di sini, di sini, gembira.

https://youtu.be/8l0w6gYimRM https://youtu.be/iy7QZa1DobU 13

Aktiviti 2

Rama-rama dan
Kepompong

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 2 tahun ke atas.

14

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar, bertutur, dan
motor halus.
Jenis aktiviti:
Seni kraf, awal sains dan nyanyian.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Sebut dan susun peringkat kitaran

hidup rama-rama dengan betul.
2. Bercerita tentang pengalaman

melihat dengan rama-rama.
3. Sebut arah dan kenal arah kiri dan

kanan dengan betul.

15

Bahan-bahan

1. Dua (2) cawan plastik yang
jernih.

2. Satu (1) kertas berwarna.
3. Gam
4. Gambar kitaran:

https://bit.ly/3jPnQiL atau
imbas QRCode.
5. Gunting

Imbas QRCode

16

Langkah-langkah Aktiviti

Cetak gambar. Susun Cawan dan gambar.

1. Cetak gambar kitaran rama-rama. 1. Lekatkan gambar dalam cawan
2. Gunting ikut garisan. pertama.

2. Lekatkan kertas berwarna
dalam cawan kedua.

3. Susun cawan seperti gambar di
bawah.

17

Langkah-langkah Aktiviti

Perkenalkan kitaran.

1. Pusing cawan dan minta anak-
anak sebut nama kitaran: Telur,
ulat, kempompong, dan rama-
rama.

2. Sebut arah pusingan (kiri dan
kanan) dan minta kanak-kanak
sebut sambil memusing.

Dengar lagu “Rama-rama” ================➔ (https://www.youtube.com/watch?v=UiF-1r0tqag) 18

Lagu Rama-rama

Jom nyanyi. Dari ulat jadi kepompong,
Ulat hidup dalam gelongsong,
Jom Nyanyi lagu kitaran rama- Sampai masa kepompong pecah,
rama dengan anak-anak? pom!!!
Jadi rama-rama yang indah.
Imbas QRCode Rama-rama terbang merata,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama.

Dengar lagu Rama-rama =========➔ https://youtu.be/UiF-1r0tqag 19

Aktiviti 3

Emosi Saya

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 3 tahun keatas.

20

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar, bertutur, dan
fizikal.
Jenis aktiviti:
Berbual, bercerita, dan menyanyi.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Kenal dan sebut jenis emosi dengan

betul.
2. Kenal dan kongsi emosi diri

menggunakan perkataan.
3. Faham emosi orang sekeliling.
4. Rasa empati pada orang lain.

21

Emosi Saya

Terdapat tiga jenis aktiviti yang dapat boleh dijalankan untuk membantu
kanak-kanak mengenal dan menyebut jenis-jenis emosi.

Berikan Situasi & Melalui Cerita Melalui Nyanyian
Cara Meluahkan Teladan

Perasaan 1. Pilih buku cerita teladan 1. Nyanyi lagu berbagai
yang sesuai. emosi menggunakan
1. Beri contoh emosi. irama Hockey-Pockey.
2. Kongsi cara 2. Perkenalkan emosi
dalam cerita. Contoh: 2. Buat mimik muka dan
luahkan emosi “Kesian itik yang hodoh aksi mengikut nama
menggunakan tu. Semua itik tak suka emosi.
perkataan. Contoh: dia. Mesti sedih kan?
“Ibu, saya sedih
sebab ibu Tip: Tip:
marahkan saya”. Cadangan buku cerita - Itik Yang Anak-anak akan cepat
Hodoh, Pemotong Kayu Yang Jujur, mengingat sesuatu jika aktiviti
Bawang Putih Bawang Merah dijalankan menyeronokkan!

22

Cara Mengajar Kanak-kanak

tentang Emosi

Kanak-kanak ada emosi tetapi masih dalam proses
mengenal emosi dan belajar cara meluahkannya.
Bantu mereka!

Beri Senario Luahkan Perasaan

1. Beri contoh situasi. 1. Bincang tentang emosi kanak-
2. Bantu kanak-kanak kenal pasti kanak.

emosi yang terhasil. 2. Bantu kanak-kanak bertindak
balas dan pilih perkataan untuk
Contoh: luahkan perasaan.
1. “Kalau, Aiman dapat hadiah, Aiman rasa
Contoh:
apa? Suka kan?” “Bila dapat hadiah, Aiman 1. “Terima kasih, Aiman gembira”.
gembira”. 2. “Ina sedih, ibu.”
2. “Kalau Ina kena marah, Ina rasa apa? 3. “Adik, janganlah koyakkan kertas abang.
Sedih?” “Ya, kalau Ina kena marah, Ina
sedih.” Abang tak suka. Jangan buat lagi tau.”
3. “Kalau adik koyak kertas Aiden, Aiden rasa
apa? “Aiden tak suka. Geram!”. “Ye, kalau 23
orang rosakkan barang kita, kita geram. Itu
rasa marah”. “Ye, Aiden rasa marah.”

Lagu Emosi Saya

Cik Gembira masuk, Cik Gembira keluar
Cik Gembira masuk dan bergoyang-goyang
Lakukan hokey pokey dan berpusing-pusing

Mari kita berpusing

NOTA:

1. Nyanyi dan menari menggunakan irama Hockey-Pockey
2. Ulang rangkap dengan emosi yang lain.
3. Ganti Cik Marah dengan Cik Sedih, Cik Takut, Cik Terkejut, Cik

Malu, Cik Kelakar, Cik Letih, Cik Geram, Cik Mengantuk dan lain
lain).

4. Lakonkan emosi setiap kali menyebut nama emosi itu.

Dengar lagu Hockey-Pockey ===========➔ Imbas QRCode 24
https://youtu.be/1J0b6HKT2nw

Aktiviti 4

Cabaran Troli

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 3 tahun ke atas.

25

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar, bertutur, dan
awal matematik.
Jenis aktiviti:
Aktiviti luar rumah.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Kenal dan ingat perkataan baru

dengan betul.
2. Dengar dan ambil barang dengan

betul.
3. Sebut bilangan barang dengan betul.
4. Beri gambaran barang yang diminta

dengan betul.

26

Langkah-langkah
Aktiviti

Dalam aktiviti ini, terdapat beberapa sub-aktiviti yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa:
1. Minta anak letakkan barang ke dalam troli. Guna ayat yang betul

“Laila, tolong masukkan tin ini ke dalam troli? Terima kasih, Laila.”
2. Minta anak bantu ambilkan barang ke dalam troli. Guna ayat yang

betul.
“Noh, tolong ambilkan kotak yang berwarna biru tu? Terima kasih, Noh.”
3. Minta anak-anak kirakan barang dengan kuat.
“Ali, tolong mama masukkan lima tomato di dalam plastik? Terima
kasih, Ali”.
4. Minta kanak-kanak gambarkan barang di dalam troli.
“Ah Kit, apa warna tudung botol ni?” “Apa jenama minuman ni?”, “Botol
ini botol plastic atau kaca?”

27

Aktiviti 5

Telefon Karat

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 3 tahun ke atas.

28

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar dan bertutur.
Jenis aktiviti:
Aktiviti permainan.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Kenal dan ingat perkataan baru

dengan betul.
2. Dengar dan ulang perkataan dengan

betul.
3. Faham dan ikut arahan dengan betul.

29

Langkah-langkah
Aktiviti

Bahagi Kumpulan Pemilihan Ketua B i sik-bisik!! Buka Rahsia
Bahagi kepada Setiap
dua kumpulan. kumpulan 1. Ketua kumpulan 1. Orang terakhir
lantik seorang bisikkan arahan dedahkan ayat
ketua. kepada orang yang didengarnya.
sebelah. 2. Ketua kumpulan
2. Arahan sahkan pesanan.
disampaikan 3. Ahli keluarga lain
sampai orang menjadi ketua.
yang terakhir. 4. Ulang permainan.

NOTA: Ibu bapa boleh membuat telefon karat menggunakan cawan kertas atau tin yang dilekatkan
talinya.

Aktiviti ini juga boleh dilaksanakan dengan hanya main bisik-bisik.

30

Aktiviti 6

Sumi Kata

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 3 tahun ke atas.

31

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar dan fizikal.
Jenis aktiviti:
Aktiviti fizikal.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Dengar dan ikut arahan dengan

betul.
2. Bezakan arahan yang mesti diikut

dengan yang tidak perlu diikut.
3. Dengar dan sebut kosa kata baru

(kata kerja) dengan betul.
Nota: Permainan ini merupakan adaptasi
daripada permainan “Simon Says”

32

Bahan-bahan

Nota

1. Cetak carta arahan. Imbas QRCode.
2. Pastikan bermain di tempat yang

selamat.

Imbas QRCode

33

Cara Pelaksanaan

Penerangan Sumi Kata….!! Bukan Sumi ?

Terangkan cara Beri arahan. Sekiranya bukan nama
bermain kepada Contohnya, “Sumi kata, Sumi yang memberi
kanak-kanak. pegang hidung”. Kanak- arahan, sebagai contoh,
kanak perlu ikut arahan “Mama kata, pegang
Sumi. rambut”, atau “pegang
lutut” (tanpa sebut
Sumi) anak itu akan
tersingkir dari
permainan.

34

Carta Arahan

Sumi kata Sentuh kepala Tepuk tangan Gosok perut

Hentak kaki Sentuh siku Bagi `high-five` Pegang Duduk Imbas QRCode
hidung

Berdiri M enari Angkat tangan Tutup mata Tepuk lutut

Kepak macam Peluk badan Dua tangan Tapak tangan Sumi tak kata!
ayam atas kepala bersentuh T e rke luar!

Untuk mendapatkan carta arahan, sila tekan https://bit.ly/2V2NiXB 35
link =====➔

Aktiviti 7

Mari Dengar Cerita

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 3 tahun ke atas.

36

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar dan bertutur.
Jenis aktiviti:
Aktiviti membaca bersama.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Dengar dan sebut perkataan baru

dengan betul.
2. Kenal dan sebut abjad dengan tepat.
3. Cerita semula buku yang dibaca

dengan baik.

37

Peringatan

1. Pilih buku yang sesuai dengan
kanak-kanak.
○ < 1 tahun – buku yang ada
tekstur.
○ 2-3 tahun – buku bergambar.

2. Pastikan panjang cerita bersesuaian
dengan umur.

Nota:

Bercerita atau membaca buku cerita adalah
satu aktiviti yang telah terbukti untuk
meningkatkan kosa kata kanak-kanak (Ninio,
1983).

38

Langkah-langkah Aktiviti

1. Duduk dengan selesa. 5. Ingat balik.

Pilih tempat yang Soal jawab dan minta
selesa. kanak-kanak cerita

2. Buku pilihan. 3. Masa ditentukan. semula.

Pilih buku yang sesuai ikut Pilih masa yang sesuai 4. Lakonkan aksi
umur kanak-kanak. dan tenang.
Guna suara menarik
dan lakonkan
semula cerita.

39

Aktiviti 8

Cita-cita Saya

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 3 tahun ke atas.

40

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar dan bertutur.
Jenis aktiviti:
Aktiviti teka lakonan.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Dengar dan sebut jenis pekerjaan.
2. Fikir dan sebut cita-cita bila dewasa

nanti.
3. Padankan uniform dengan jenis

pekerjaan.

Gambar-gambar pekerjaan. Imbas QRCode 41
https://bit.ly/3ykpFrY

Langkah-langkah Aktiviti

1. Cetak gambar. 5. Ingat balik.

Cetak gambar jenis-jenis Terangkan jenis
pekerjaan atau gunting dari pekerjaan jika kanak-
akhbar atau majalah. kanak tidak tahu.

2. Masukkan dalam 3. Undian
kotak.
1. Ambil salah satu 4. Teka jawapan.
Letak gambar ke dalam
kotak. gambar dari kotak. 1. Kanak-kanak teka
2. Buat lakonan tentang
jenis pekerjaan.
gambar yang diambil. 2. Ulang Langkah 3.

42

Aktiviti 9

Pak Mamat Ada
Kebun

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 2 tahun ke atas.

43

Objektif Aktiviti

Fokus perkembangan:
Kemahiran mendengar dan bertutur.
Jenis aktiviti:
Aktiviti nyanyian.
Aktiviti ini membantu kanak-kanak:
1. Dengar dan sebut nama dan bunyi

haiwan dengan betul.
2. Dengar dan sebut nama sayur-

sayuran dengan betul.

44

Tahukah anda?

1. Menyanyi adalah aktiviti berkesan kanak-kanak belajar perkataan
baharu.

2. Ayat yang berulang membantu kanak-kanak mengingat.
3. Menyanyi sambil membuat aksi membolehkan kanak-kanak lebih

faham makna perkataan.

45

Lagu Pak Mamat Ada
Kebun (Haiwan)

Pak Mamat ada kebun , yi ya yi ya oh
Di kebunnya banyak ayam, yi ya yi ya oh
Dengan cik cik ni dan cik cik tu, Pak Mamat ada kebun , yi ya yi ya oh
Di kebunnya banyak burung, yi ya yi ya oh
Cik ni cik tu, cik cik cik cik,
Pak Mamat ada kebun , yi ya yi ya oh Dengan twik twik ni dan twik twik tu,
Twik ni twik tu, twik twik twik twik,
Dengan kuek kuek ni dan kuek kuek tu,
Kuek ni kuek tu, kuek kuek kuek kuek,
Dengan cik cik ni dan cik cik tu,
Pak Mamat ada kebun , yi ya yi ya oh Cik ni cik tu, cik cik cik cik ,
Di kebunnya banyak itik, yi ya yi ya oh Pak Mamat ada kebun , yi ya yi ya oh
Dengan kuek kuek ni dan kuek kuek tu,
Kuek ni kuek tu, kuek kuek kuek kuek,
Dengan cik cik ni dan cik cik tu,
Cik ni cik tu, cik cik cik cik,
Pak Mamat ada kebun , yi ya yi ya oh
Imbas QRCode

Pautan lagu============➔ https://youtu.be/BEJU2fdMLUY 46

Lagu Pak Mamat Ada
Kebun (Haiwan)

Pak Mamat ada kebun , yi ya yi ya oh
Di kebunnya banyak kucing, yi ya yi ya oh
Dengan miau miau ni dan miau miau tu,
Miau ni miau tu, miau miau miau miau,
Dengan twik twik ni dan twik twik tu,
Twik ni twik tu, twik twik twik twik,
Dengan kuek kuek ni dan kuek kuek tu,
Kuek ni kuek tu, kuek kuek kuek kuek,
Dengan cik cik ni dan cik cik tu,
Cik ni cik tu, cik cik cik cik ,
Pak Mamat ada kebun , yi ya yi ya oh

Imbas QRCode

Pautan lagu============➔ https://youtu.be/BEJU2fdMLUY 47

Lagu Pak Mamat Ada
Kebun Sayur

Pak Mamat ada kebun , la la la la la,
Di kebunnya banyak sayur, la la la la la,
Ada kangkong, ada terung, cili dan juga bendi
Pak Mamat ada kebun , la la la la la,

Pak Mamat ada kebun , la la la la la,
Di kebunnya banyak sayur, la la la la la,
Ada sawi, ada kubis, bayam dan juga timun,
Ada kangkong, ada terung, cili dan juga bendi
Pak Mamat ada kebun , la la la la la,

Imbas QRCode

Pautan lagu============➔ https://youtu.be/m5R8hNADGmY 48

Lagu Pak Mamat Ada
Kebun Sayur

Pak Mamat ada kebun , la la la la la,
Di kebunnya banyak sayur, la la la la la,
Ada lobak, ada peria, kacang panjang dan petola,
Ada sawi, ada kubis, bayam dan juga timun,
Ada kangkong, ada terung, cili dan juga bendi
Pak Mamat ada kebun , la la la la la,

Imbas QRCode

Pautan lagu============➔ https://youtu.be/m5R8hNADGmY 49

Aktiviti 10

Pukul Berapa Datuk
Harimau?

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak
berusia 3 tahun ke atas.

50


Click to View FlipBook Version