The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCDRC UPSI, 2021-08-15 21:31:44

Modul Bacaan Fonologi

Modul Bacaan Fonologi

Modul Bacaan Fonologi

Penulis:
Abdul Fatah Fadzil Asman
Nur Hazwani Abdul Wahi

Nura Zafirah Zailan
Nurul Shahida Mohd Inderam

Nur Syakira Baharudin

Penasihat:
Dr. Juppri Bacotang

Modul Bacaan Fonologi

Edisi Pertama 2021
© Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 2021

Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga
pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, serta rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.

Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Tel: 015-4879 7137
Laman sesawang: ncdrc.upsi.edu.my
E-mel: [email protected], [email protected]

E-ISBN: 978-967-2484-23-3

Prakata

Setinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Modul Bacaan Fonologi dapat diterbitkan dengan
jayanya.

Saya selaku penasihat bagi penerbitan modul ini mengucapkan tahniah kepada pelajar Sarjana Pendidikan
(Pendidikan Awal Kanak-kanak), Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah
berjaya menulis modul ini. Penerbitan modul ini merupakan salah satu tugasan bagi kursus KAB60204 Perkembangan
Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-kanak bagi Semester 2 Sesi 2020/2021 (M202) . Saya juga mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, UPSI kerana sudi menerbitkan modul ini.

Modul ini dibina bagi membolehkan ibu bapa dan pendidik membantu kanak-kanak menguasai kesedaran fonologi
dengan baik. Cadangan aktiviti disusun mengikut aras kebolehan kanak-kanak bermula daripada aktiviti yang mudah
kepada aktiviti yang sukar. Modul ini mempunyai keluwesan di mana cadangan aktiviti boleh diubahsuai mengikut
keperluan dan kesesuaian latar belakang kanak-kanak. Persekitaran yang kondusif dan cara serta bimbingan yang
positif dapat membantu kanak-kanak menguasai kesedaran fonologi.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. “Selamat menelaah ilmu.”

Dr. Juppri Bacotang
Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

ISI KANDUNGAN Muka Surat
1
Bil. Perkara 2
1 Pendahuluan 2
2 Objektif 3
3 Sasaran 5
4 Pengenalan 7
5 Senarai Aktiviti 8
6 Permainan 1: Dam Ular 9
7 Permainan 2: Kad Memori 10
8 Permainan 3: Huruf Penutup Botol 12
9 Permainan 4: Penyepit Baju
10 Permainan 5: Plasticine Clay

ISI KANDUNGAN Muka Surat
13
Bil. Perkara 15

11 Permainan 6: Memancing Huruf 16

12 Permainan Interaktif 1: 17
Partners in Rhyme by Turtle Diary
19
13 Permainan Interaktif 2:
Rhyme Time by PBS Kids 22

14 Permainan Interaktif 3: 23
Wonder Red’s Rhyme Racer by PBS Kids

15 Mari Mengenal Fonik 1:
Ants on the Apple Phonics Song

16 Mari Mengenal Fonik 2:
Abu Ada Ayam

17 Mari Mengenal Fonik 3:
Kanak Kanak ABC- Kenali Fonik

Pendahuluan

Pengalaman pembelajaran di kelas yang menggembirakan dapat menyuntik perspektif positif kepada kanak-kanak
sebagai persediaan untuk memasuki alam pendidikan formal dan mengharungi cabaran dalam arus pendidikan
sepanjang hayat. Pengalaman yang diperolehi oleh kanak-kanak pada peringkat awal akan mempengaruhi keseluruhan
perkembangan pembelajaran seperti fizikal, intelek, bahasa, sosial, emosi dan nilai. Pada usia awal, kanak-kanak dapat
meneroka dan berinteraksi dengan persekitaran mereka dan cenderung dengan apa yang mereka dapat ketika
bermain. Awal kanak-kanak adalah kanak-kanak yang umur antara 0 hingga 6 tahun yang berada pada tahap
pertumbuhan dalam semua aspek perkembangannya yang baik perlu dilakukan.

Pengalaman ketika mereka bermain juga berperanan bagi membantu perkembangan bahasa dan literasi kanak-
kanak. Semasa bermain, kanak-kanak belajar untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain, mengambil giliran, bercakap
mengenai topik tertentu, berbual tentang hal peribadi dengan rakan, percakapan antara pengikut dan pemimpin, dan
berlaku pelbagai bentuk pertukaran kosa kata. Pemahaman kosa kata berlaku dengan lebih mudah semasa permainan
fizikal kerana kosa kata tersebut boleh digambarkan melalui tindakan atau perbuatan semasa mereka bermain.
Sebenarnya, peluang untuk kanak-kanak mengembangkan bahasa dan komunikasi boleh berlaku semasa bermain di
dalam mahupun di luar kelas.

Oleh hal yang demikian, modul aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah disediakan bagi membantu ibu bapa

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah sebagai salah satu alternatif norma baharu. Ibu bapa

berperanan sangat penting sebagai tenaga pengajar yang paling dekat dengan kanak-kanak di rumah dan perlu

memastikan modul ini dilaksanakan bersama-sama kanak-kanak. 1

Objektif

Sebagai bahan sokongan aktiviti pembelajaran di rumah sepanjang tempoh PKP
agar kanak-kanak tidak keciciran dalam pembelajaran.

Membantu kanak-kanak menguasai kesedaran fonologi dengan lebih baik.

Ibu bapa dapat meluangkan masa dengan melakukan aktivti bersama anak-anak.

Ibu bapa dapat melihat perkembangan Bahasa dan Komunikasi anak-anak.

Sasaran

Modul ini disasarkan kepada kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas dalam
meningkatkan kesedaran fonologi mereka.

2

Pengenalan

Kemahiran literasi awal merupakan kemahiran yang perlu kanak-kanak kuasai di peringkat
awal usia sebelum kanak-kanak belajar membaca dan menulis. Kemahiran literasi awal
atau kemahiran pramenulis atau pramembaca perlu didedahkan kepada seawal usia kerana
ianya merupakan perkara asas sebelum penguasaan kemahiran-kemahiran yang lain.

Antara kemahiran literasi awal yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak adalah
dengan berkomunikasi, menyebut kosa kata yang mudah, menambah bilangan perkataan
yang perlu dikuasai, memahami cerita, tulisan awal, kesedaran fonologi, mendengar dan
bertutur serta peningkatan dalam minat membaca dan menulis.

Modul Bacaan Fonologi ini memfokuskan kesedaran fonologi yang merupakan

keupayaan mendengar dan kepekaan terhadap bunyi bahasa yang ditutur sehingga kanak-

kanak mampu untuk memanipulasi bunyi yang disebut supaya menjadi perkataan yang

bermakna. Antara kesedaran fonologi yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah fonik

dan fonem. 3

Fonik Fonem

Bermaksud ‘bunyi’. Fonem ialah unit fonologi minimum yang ada dalam sistem
linguistik serta boleh dimanipulasi dalam unit berbeza
Kaedah fonik menggabungkan bunyi semasa dengan makna. Ini bermakna definisi fonem boleh
membaca tanpa menyebut nama huruf diformulasikan mengikut kedudukan yang dimiliki fonem
tersebut. dalam satu perkataan.

Contoh : A mempunyai bunyi /a/ Contoh

B mempunyai bunyi /beh/

4

Permainan
Permainan Interaktif
Mari Menyanyi

5

6

Permainan 1: Bahan-bahan:
Dam Ular • Dadu gergasi.
• Tikar yang mempunyai corak atau huruf A – Z.

* Jika sukar untuk mendapatkan dam ular yang
besar, ibu bapa boleh membuat dam ular ini
menjadi lebih kecil. Anda hanya tinggal perlu cetak
dam ular dan mula bermain bersama anak-anak.

Dam ular merupakan satu permainan yang sangat popular Cara Pelaksanaan:
dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, dam ular sering 1. Pemain pertama perlu membaling dadu untuk
dikaitkan dengan nombor. Tetapi untuk permainan ini, dam
ular dapat diubah daripada menggunakan nombor kepada mendapatkan nombor.
menggunakan huruf atau abjad. Ibu bapa boleh meminta 2. Seterusnya, pemain perlu bergerak di setiap kotak
anak-anak untuk menyebut satu per satu huruf yang
diperolehi. Permainan ini akan menjadi sangat menarik mengikut bilangan dadu yang dibaling.
disamping dapat membantu anak-anak untuk menyebut dan 3. Apabila bilangan berhenti di kotak yang terakhir,
mengenal huruf.
pemain dikehendaki untuk menyebut huruf dan gambar
dengan kuat.
4. Pemain seterusnya perlu mengulangi cara bermain yang
sama sehingga pemain berjaya menghabiskan sehingga
ke hujung kotak.

Sumber: Pinterest

7

Permainan 2: Bahan-bahan:
Kad Memori
• Kertas A4.
• Plastik laminate.
• Gunting

Cara Penyediaan:
Ibu bapa perlu cetak flash card, gunting gambar dan abjad mengikut
garisan, dan laminate gambar tersebut.

Ingatan manusia sangat penting untuk Cara Pelaksanaan:
seseorang menyimpan segala kenangan 1. Pemain perlu menyusun kad secara rawak dan terbalik.
dan memori dalam kehidupan. 2. Bahagikan kad kepada dua, iaitu kad huruf dan kad gambar.
Permainan “kad memori” ini dapat 3. Pemain perlu membuka satu kad huruf dan satu kad gambar
membantu anak-anak anda untuk
menajamkan ingatan terhadap sesuatu mengikut huruf yang ditunjukan.
perkara. Dalam masa yang sama, anak- 4. Sekiranya kad gambar tidak sepadan dengan kad huruf yang
anak anda dapat belajar menyebut
huruf dan memadankan bunyi huruf diambil, pemain perlu meletakkan semula ditempat asal dan
dengan gambar objek. menutupnya semula.
5. Pemain seterusnya perlu mengulang cara bermain yang sama dengan
mengambil kad yang berbeza.
6. Pemain perlu mencari kad yang sama dan ulang sehingga kad
tersebut habis dibuka.

Sumber: Pinterest

8

Permainan 3: Apabila anak-anak sudah mahir dengan aktiviti ini, anda boleh
Huruf Penutup Botol teruskan dengan aktiviti lain seperti:
1. Mencipta perkataan daripada nama mereka sendiri.
Aktiviti ini sangat ‘versatile’ dan boleh digunakan 2. Menyusun huruf vokal.
untuk mengenal pasti huruf menjadi perkataan. 3. Membuat perkataan mudah yang lain, seperti Mama,
Mulakan dengan beberapa abjad terlebih dahulu
sebelum anda menambahkan huruf-huruf lain yang Papa, saya, adik, abang, dan sebagainya.
boleh membentuk perkataan. 4. Memilih huruf daripada tajuk utama akhbar atau majalah

Bahan-bahan: lama.
• Penutup botol (26 x 2 untuk koleksi penuh). 5. Menyusun penutup botol mengikut susunan abjad yang
• Kertas
• Pita pelekat ‘double-sided’. betul.
• Gunting Sumber: Pinterest

9

Permainan 4: Bahan-bahan:
Penyepit Baju
• Kertas A4.
• Plastik laminate.
• Sepit baju.

Cara Pelaksanaan:

1. Scan QR code dan print Flashcard.
2. Potong mengikut abjad dan digalakkan untuk laminate

supaya boleh digunakan untuk jangka masa Panjang.
3. Beli sekurang-kurangnya 26 sepit baju. Pastikan sepit yang

digunakan tidak terlalu ketat dan mampu untuk dipegang
dan digunakan oleh kanak-kanak.
4. Minta kanak-kanak untuk menyepit huruf di kotak kecil
yang bertepatan dengan huruf di kotak besar.

Sumber: Pinterest

10

Aktiviti Mengenal Nama

Bahan-bahan:

• Penyepit baju kayu.
• Pen marker berwarna hitam (atau warna kegemaran anak anda).
• Kad yang bertulis nama anak.

Cara Pelaksanaan:

1. Tulis huruf pada setiap penyepit baju tersebut (tak perlu tulis semua huruf, tetapi
pastikan huruf-huruf tersebut cukup untuk membuat nama anak).

2. Tunjukkan kad nama anak.
3. Biarkan anak memilih dan mengepit huruf yang betul pada kad tersebut, untuk

mengeja namanya sendiri.
4. Bila anak sudah boleh menguasai namanya sendiri, ibu bapa boleh memberikan kad

dengan perkataan yang lain pula, dan mengulangi aktiviti yang sama.

* Permainan mudah ini boleh membantu anak mengeja nama, pengenalan huruf, dan
mengasah motor halus mereka.

11

Permainan 5: Plasticine Clay Cara Pelaksanaan:
1. Menyediakan bahan seperti flash card dan plasticine
Bahan-bahan:
• Flash card. clay.
• Plasticine clay. 2. Memilih salah satu flash card untuk anak-anak
Cara Penyediaan:
• Cetak flash card, gunting huruf dan membentuk perkataan.
3. Beri arahan kepada anak-anak untuk membentuk
laminate gambar tersebut.
perkataan.
4. Berikan sokongan agar anak-anak dapat menyiapkan

perkataan dengan baik.
5. Setelah perkataan siap, ibu bapa boleh menyuruh anak-

anak untuk menyebut perkataan tersebut.
6. Ibu bapa juga boleh meminta anak-anak membentuk suku

kata dengan menggunakan bahan yang sama.

Sumber: Rina Azrina, Majalah Pa&Ma

12

Permainan 6: Bahan-bahan:
Memancing Huruf • Flash card.
• Mainan alat memancing.
• Mangkuk
• Paper clip.
• Magnet

Cara Penyediaan:
• Cetak flash card, gunting huruf dan laminate gambar.
• Menyediakan bahan seperti flash card, mainan alat memancing,

mangkuk, paper clip dan magnet.

Cara Pelaksanaan:

1. Melekatkan magnet pada mainan alat memancing dengan kemas.
2. Melekatkan paper clip pada flash card.
3. Meletakkan flash card di dalam mangkuk.
4. Kanak-kanak memancing huruf di dalam mangkuk.
5. Memberikan sokongan agar kanak-kanak dapat memancing

perkataan dengan baik.
6. Setelah perkataan dapat dipancing, kanak-kanak menyebut

perkataan tersebut.

Sumber: Rina Azrina, Majalah Pa&Ma

13

14

Permainan Interaktif 1:

Partners in Rhyme by Turtle Diary

This game from the ‘Turtle Diary’ website is designed for
preschool children but could be used with slightly older kids.
In the game, kids have to match pairs of rhyming words
correctly. It’s easy to play and there are lots of examples.

Scan on the QR code below to access the game.

Credit: PBS Kids 15

Permainan Interaktif 2: Rhyme Time by PBS Kids

PBS Kids have produced another fun animated rhyming game called Rhyme Time with a Sesame Street
character for pre-schoolers. All the words are narrated with pictures, so the game can be played by
children who haven’t learned to read yet.

.Scan on the QR code below to access the game

Credit: PBS Kids 16

Permainan Interaktif 3:

Wonder Red’s Rhyme Racer by PBS Kids

This game provides a choice of easy or hard words. The easy
option contains CVC word families.

The hard words are a bit more advanced than some of
the others on this page. It’s designed for kids who can
already read more complex words such as ‘boat’ or ‘cake’.

However, the words are narrated in both the easy and
hard versions so it would be possible to do this game with a
child who isn’t a strong reader.

Scan on the QR code below to access the game.

Credit: PBS Kids 17

18

Ants on the apple 1. Ants on the Apple Phonics Song Goats are giggling
a, a, a g, g, g
Dolls are dancing
Ants on the apple d, d, d Goats are giggling
a, a, a g, g, g
Dolls are dancing
Ants on the apple d, d, d Goats are giggling
a, a, a g, g, g
Dolls are dancing
"a" is the sound of "A" d, d, d "g" is the sound of "G"

Balls are bouncing "d" is the sound of "D" Helicopters hovering
b, b, b h, h, h
Elegant elephant
Balls are bouncing e, e, e Helicopters hovering
b, b, b h, h, h
Elegant elephant
Balls are bouncing e, e, e Helicopters hovering
b, b, b h, h, h
Elegant elephant
"b" is the sound of "B" e, e, e "h" is the sound of "H"

"e" is the sound of "E

Caterpillar coughing Five flamingoes Indian itching
c, c, c f, f, f i, i, i

Caterpillar coughing Five flamingoes Indian itching
c, c, c f, f, f i, i, i

Caterpillar coughing Five flamingoes Indian itching
c, c, c i, i, i
f, f, f
"c" is the sound of "C" "i" is the sound of "I"
"f" is the sound of "F"

19

Jelly beans jumping Monkeys are munching Popcorn is popping
j, j, j m, m, m p, p, p

Jelly beans jumping Monkeys are munching Popcorn is popping
j, j, j m, m, m p, p, p

Jelly beans jumping Monkeys are munching Popcorn is popping
j, j, j m, m, m p, p, p

"j" is the sound of "J" "m" is the sound of "M" "p" is the sound of "P"

King kicked a kettle Nuts in a nutshell Queen waiting quietly
k, k, k n, n, n q, q, q

King kicked a kettle Nuts in a nutshell Queen waiting quietly
k, k, k n, n, n q, q, q

King kicked a kettle Nuts in a nutshell Queen waiting quietly
k, k, k n, n, n q, q, q

"k" is the sound of "K" "n" is the sound of "N" "q" is the sound of "Q"

Lions licking lollipop Orange octopus Rats are running
l, l, l o, o, o r, r, r

Lions licking lollipop Old orange octopus Rats are running
l, l, l o, o, o r, r, r

Lions licking lollipop Orange octopus Rats are running
l, l, l o, o, o r, r, r

"l" is the sound of "L" "o" is the sound of "O" "r" is the sound of "R"

20

Sausages are sizzling Violent volcanoes Yak is yawning
s, s, s v, v, v y, y, y

Sausages are sizzling Violent volcanoes Yak is yawning
s, s, s v, v, v y, y, y

Sausages are sizzling Violent volcanoes Yak is yawning
s, s, s v, v, v y, y, y

"s" is the sound of "S" "v" is the sound of "V" "y" is the sound of "Y

Tiger on tip-toes Wibble wobble walrus Zig-zag zebra
t, t, t w, w, w z, z, z

Tiger on tip-toes Wibble wobble walrus Zig-zag zebra
t, t, t w, w, w z, z, z

Tiger on tip-toes Wibble wobble walrus Zig-zag zebra
t, t, t w, w, w z, z, z

"t" is the sound of "T" "w" is the sound of "W" "z" is the sound of "Z"

Up umbrellas Fox in a box
u, u, u ks, ks, ks

Up umbrellas Fox in a box
u, u, u ks, ks, ks

Up umbrellas Fox in a box
u, u, u ks, ks, ks

"u" is the sound of "U" "ks" is the sound of "X"

Credit: AbcHat Scan QR code for song. 21

2. Abu Ada Ayam Gigi Gani goyang g,g,g,g,g Mimi makan maggi m,m,m,m,m Tuti tembak tembak t,t,t,t,t
Gigi Gani goyang g,g,g,g,g Mimi makan maggi m,m,m,m,m Tuti tembak tembak t,t,t,t,t
Abu ada ayam a,a,a,a,a Gigi Gani goyang g,g,g,g,g Mimi makan maggi m,m,m,m,m Tuti tembak tembak t,t,t,t,t
Abu ada ayam a,a,a,a,a
Abu ada ayam a,a,a,a,a g,g,g,g,g m,m,m,m,m t,t,t,t,t

a,a,a,a,a

Bobo main bola b,b,b,b,b Hari-hari hujan h,h,h,h,h Nani nangis nangis n,n,n,n,n Ular usik ulat u,u,u,u,u
Bobo main bola b,b,b,b,b Hari-hari hujan h,h,h,h,h Nani nangis nangis n,n,n,n,n Ular usik ulat u,u,u,u,u
Bobo main bola b,b,b,b,b Hari-hari hujan h,h,h,h,h Nani nangis nangis n,n,n,n,n Ular usik ulat u,u,u,u,u

b,b,b,b,b h,h,h,h,h n,n,n,n,n u,u,u,u,u

Cumi cuci cermin c,c,c,c,c Itik ikut ibu i,i,i,i,i Oji jual oren o,o,o,o,o Vivi bawa van v,v,v,v,v
Cumi cuci cermin c,c,c,c,c Itik ikut ibu i,i,i,i,i Oji jual oren o,o,o,o,o Vivi bawa van v,v,v,v,v
Cumi cuci cermin c,c,c,c,c Itik ikut ibu i,i,i,i,i Oji jual oren o,o,o,o,o Vivi bawa van v,v,v,v,v

c,c,c,c,c i,i,i,i,i, o,o,o,o,o v,v,v,v,v

Debar dada didi d,d,d,d,d Jalan jengkit-jengkit j,j,j,j,j Papa paku papan p,p,p,p,p Wani bawa wisel w,w,w,w,w
Debar dada didi d,d,d,d,d Jalan jengkit-jengkit j,j,j,j,j Papa paku papan p,p,p,p,p Wani bawa wisel w,w,w,w,w
Debar dada didi d,d,d,d,d Jalan jengkit-jengkit j,j,j,j,j Papa paku papan p,p,p,p,p Wani bawa wisel w,w,w,w,w

d,d,d,d,d j,j,j,j,j p,p,p,p,p w ,w ,w,w,w

Enam ekor enggang e,e,e,e,e Kakak ku ketawa k,k,k,k,k Rani ronda ronda r,r,r,r,r Yaya main yoyo y,y,y,y,y Imbas kod QR
Enam ekor enggang e,e,e,e,e Kakak ku ketawa k,k,k,k,k Rani ronda ronda r,r,r,r,r Yaya main yoyo y,y,y,y,y untuk lagu.
Enam ekor enggang e,e,e,e,e Kakak ku ketawa k,k,k,k,k Rani ronda ronda r,r,r,r,r Yaya main yoyo y,y,y,y,y
Kredit:
e,e,e,e,e k,k,k,k,k r,r,r,r,r y,y,y,y,y Nik Eliani Nik
Nawi & Othman
Fifi naik feri f,f,f,f,f Lili nyanyi lagu l,l,l,l,l Sani hisap susu s,s,s,s,s Zirafah dalam zoo z,z,z,z,z Ahamad
Fifi naik feri f,f,f,f,f Lili nyanyi lagu l,l,l,l,l Sani hisap susu s,s,s,s,s Zirafah dalam zoo z,z,z,z,z
Fifi naik feri f,f,f,f,f Lili nyanyi lagu l,l,l,l,l Sani hisap susu s,s,s,s,s Zirafah dalam zoo z,z,z,z,z 22

f,f,f,f,f l,l,l,l,l s,s,s,s,s z,z,z,z,z

3. Kanak Kanak ABC- Kenali Fonik

A,a,a Ayam

B,b,b Badak F,f,f Feri

C,c,c Ceri G,g,g Gajah K,k,k Ketam
L,l,l Lampu
D,d,d Donut H,h,h Harimau M,m,m Monyet P,p,p Payung
N,n,n Nasi
E,e,e Epal I,i,i Itik O,o,o Oren Q,q,q Quran U,u,u Ular

J,j,j Jerung R,r,r Rakit V,v,v Van

S,s,s Siput W,w,w Wisel Imbas kod QR
T,t,t Tupai X,x,x Xilofon untuk lagu.
Y,y,y Yo-yo
Kredit:
Riang Ria TV

Z,z,z Zirafah 23

PENUTUP

Sebagai ibu bapa, peranan kita adalah untuk bercakap dengan jelas agar
kanak-kanak dapat mempelajari pertuturan yang jelas. Jika kanak-kanak tidak
dapat menyebut perkataan atau sebutan dengan betul, dapatkan penilaian dan
rawatan dari terapis pertuturan-bahasa. Masalah sebutan biasanya boleh
diatasi dan ini akan membantu kanak-kanak untuk bertutur dengan lebih jelas
kerana mempunyai konsep bunyi bahasa yang kukuh. Hal ini membantu dalam
penguasaan bunyi bahasa untuk bacaan.

Perkembangan bahasa yang baik bukan setakat untuk berkomunikasi
sahaja, malah merupakan asas kepada kemahiran membaca dan menulis juga.
Sebagai ibu bapa, peranan kita adalah untuk menjadi teladan yang baik serta
memupuk kemahiran bahasa agar kanak-kanak membesar dengan kemahiran
komunikasi, membaca dan menulis yang cemerlang.

24

Terima kasih.

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, infographics & images by Freepik

Please keep this slide for attribution

Modul Bacaan Fonologi

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Kompleks NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

015-48797137 | ncdrc.upsi.edu.my | [email protected]

NCDRC UPSI Page

NCDRC UPSI


Click to View FlipBook Version