Bil. 10 (Jan. - April 2020)
SIDANG EDITOR Sekapur Sireh
Bil. 10, (Jan. - April
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
2020)
Penasihat: Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan
Pencipta Alam kerana dengan izinNya, Pusat
Dr. Mazlina Che Mustafa Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
(NCDRC) dapat menemui anda menerusi Buletin
Ketua Editor: NCDRC, Bil. 10, Jan. - April 2020.
Dr. Juppri Bacotang Tahniah dan syabas diucapkan kepada
Sidang Editor dan semua warga NCDRC yang
Editor: terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menerbitkan buletin ini secara berkala. Penerbitan
Pn. Nur Asyikin Ismail buletin ini dapat memberi publisiti terhadap segala
aktiviti yang melibatkan warga NCDRC. Ini
Editor Grafik: menyerlahkan lagi idea, pencapaian, kreativiti,
dedikasi, dan kerjasama yang sangat baik oleh
Cik Nur Syafiqah warga NCDRC.
Zainodin
Semoga dengan adanya buletin ini dapat
1 menjadi platform untuk berkongsi ilmu, pengetahuan,
pengalaman, dan kepakaran kepada warga UPSI,
ibu bapa, dan masyarakat terutamanya dalam
aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
Justeru itu, selaku Menanggung Tugas Pengarah
NCDRC, saya menyokong usaha murni ini sebagai
salah satu cara untuk meningkatkan lagi imej
NCDRC dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
sebagai “Universiti No. 1 Pendidikan”.
Sekian, terima kasih.
Menanggung Tugas Pengarah
NCDRC, UPSI
Dr. Mazlina Che Mustafa
Bicara Ketua Editor KANDUNGAN
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Perkara Muka
Surat
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan Sekapur Sireh
limpah kurniaNya, Buletin NCDRC, Bil. 10, Januari-April 1
2020 dapat diterbitkan dengan jayanya. Ini merupakan Bicara Ketua Editor 2
edisi pertama bagi tahun 2020 yang menampilkan rekaan 3
baharu yang lebih elegan dan menarik. Anugerah /
Pencapaian 4-11
Buletin ini diterbitkan untuk menyampaikan maklumat
kepada warga UPSI, ibu bapa, dan masyarakat tentang Unit Jangkauan & 12-13
program atau aktiviti NCDRC yang telah dilaksanakan Khidmat Komuniti 14-23
sepanjang tempoh Januari hingga April 2020. Buletin ini 24-31
juga merangkumi perkongsian aktiviti pengajaran dan Unit Penyelidikan & 32-37
pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh pendidik di Pengkomersialan 38-49
NCDRC.
Taska PERMATA UPSI 50
Seiring dengan keadaan semasa iaitu penularan
wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia, Tadika Bitara UPSI 51
kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Oleh itu, perkongsian aktiviti yang Unit Penerbitan
terdapat dalam buletin ini boleh dilaksanakan oleh ibu
bapa bersama anak-anak di rumah. Semoga wabak ini Edisi Khas: COVID-19
dapat dibendung dengan sepenuhnya, dan kita perlu
bersedia dengan pembudayaan amalan “Norma Baharu”. Makluman berkaitan
Staf NCDRC
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin
mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak; Salam Ramadhan
1441H/2020M
Kini, Ramadhan telah kembali,
Namun, bukan seperti dulu lagi,
Ramadhan tetap dirai dan dihayati,
Ramadhan sentiasa di hati dan dinanti.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua warga
NCDRC yang menyumbangkan artikel dan informasi untuk
tatapan para pembaca. Semoga usaha ini dapat
diteruskan dan dijadikan sebagai tradisi ilmu untuk
perkongsian dan manfaat bersama. Selamat menelaah
ilmu.
Ketua Editor 2
Buletin NCDRC
Dr. Juppri Bacotang
Sekalung Tahniah !
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019
Universiti Pendidikan Sultan Idris
9 Mac 2020: Tahniah diucapkan kepada staf NCDRC yang menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019, UPSI. Semoga terus berjaya dan melakar
kecemerlangan pada masa akan datang.
[Gambar dari kiri: Pn. Rozita Md Rosly, Pn. Shahaniza Shamsuddin, Prof. Madya. Dr.
Bahbibi Rahmatullah, Prof. Dr. Suriani Abu Bakar (TNCPI, UPSI), Pn. Nurul Husmi
Sulaiman dan En. Zuhal Saari]
3
4
14 Januari 2020: Lawatan daripada Kolej Universiti Varitas (KUV), Petaling Jaya yang turut
disertai oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Nagarajah Lee, Naib Canselor KUV.
19-20 Februari 2020: NCDRC telah menerima kunjungan daripada pihak Erasmus Staff Mobility
from ELTE, Budapest, Hungary iaitu Mdm. Marianna Pinter. Beliau berkesempatan memberi
bengkel (Training of Trainers) kepada pendidik Taska & Tadika NCDRC.
21 Februari 2020: Lawatan daripada Tashkent Region Chirchik State Pedagogical Institute,
Uzbekistan yang turut diiringi oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Suriani Abu Bakar (TNCPI, UPSI).
5 Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
15 Januari 2020: Lawatan daripada Universitas Sebelas Maret, Indonesia.
23 Januari 2020: Lawatan daripada Cybernatics International College of
Technology, Kuala Lumpur.
4 Februari 2020: Lawatan daripada Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Bestari
Jaya, Selangor.
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti 6
30 Januari 2020: NCDRC telah menerima kunjungan rasmi daripada Y. Bhg. Prof.
Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Bin Mohd Zain, Pengarah Bahagian Perancangan
Kecemerlangan IPT (BKPI), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sempena Sesi Ramah Mesra Pengarah BKPI bersama penyelidik
UPSI. Kunjungan dan lawatan ini bertujuan meninjau fasiliti dan amalan terbaik
yang dipraktikan oleh NCDRC dalam aspek asuhan dan pendidikan kanak-kanak.
Lawatan ini turut disertai oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Suriani Abu Bakar (TNCPI, UPSI).
7 Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
17 Januari 2020: NCDRC telah melaksanakan Sesi Taklimat Kesedaran Ibu Bapa yang bertajuk
Penyakit Berjangkit dalam Kalangan Kanak-kanak: Sedar dan Ambil Tahu. Taklimat tersebut
disampaikan oleh Dr. Norziha Abdul Hamid, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan, UPSI.
29 Februari -1 Mac 2020: Kursus Pediatric First Aid, Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) and
Automated External Defibrillator (AED) telah diadakan khusus bagi pendidik dan pembantu guru di
NCDRC. Kursus ini melatih peserta untuk memberi pertolongan atau bantuan awal bagi sebarang
kes kecemasan.
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti 8
10 Februari 2020: Program "Fun Learning by Stations" dianjurkan oleh pelajar
Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia. Program ini
melibatkan kanak-kanak Tadika Bitara NCDRC sebagai peserta. Kanak-kanak dapat
membuat pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Semoga kanak-kanak
mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan ini.
9 Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
11 Februari 2020: Kursus Training of Trainers (TOT) STEM–STEAM (Science,
Technology, Engineering, Art, & Mathematics) telah diadakan di Dewan Jauhar
NCDRC yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob. Peserta
terdiri daripada pendidik Taska dan Tadika NCDRC dan komuniti luar. Pada akhir
kursus ini, para peserta mempelajari:
Modul PdPc STEM yang mudah untuk dilaksanakan kepada kanak-kanak
mengikut fasa-fasa pembelajaran yang ditetapkan.
Pendekatan yang menyeronokkan untuk memberi pengalaman terus yang
merangsang sikap saintifik dan kemahiran Abad ke-21 kanak-kanak seperti
bertanya, membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), membina kemahiran
berkomunikasi, bekerjasama, berimaginasi dan mereka cipta.
Pembelajaran melalui projek yang membiasakan kanak-kanak untuk bekerja
secara berpasukan untuk menyelesaikan masalah.
Konsep setiap modul/projek STEM yang selaras dengan Standard Pembelajaran
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti 10
11 Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
To intensify and diversify
research related to the
development, education
and child care in
Malaysia.
Various topics involving children from 0-18
years old, such as:
Children’s Learning.
Gifted Children.
Special Needs.
Music & Arts.
Technology.
12
9 Mac 2020: Pihak NCDRC telah dilantik untuk menjalankan pemantauan
kualiti Wise Start UPSI Child Care Centre di Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN), Bangi dan Cyberjaya secara berkala.
Bagi bulan Mac 2020, pendidik NCDRC, iaitu En. Mohamad Nor Zakuan
Abdul Rashid dan Pn. Nursyazwani Ismail telah mewakili NCDRC untuk
menjalankan pemantauan tersebut. Melalui pemantauan ini, ia dapat menjamin
kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh taska tersebut dalam aspek
kurikulum, kemudahan, pengurusan, keselamatan dan kesihatan kanak-kanak.
13 Unit Penyelidikan & Pengkomersialan
Offers a comprehensive approach to care and early
education for children under the age of 4 years.
14
Aktiviti membaca buku cerita pop-up yang bertajuk “Mr. Lummy Lion and His Friends” dijalankan
terhadap bayi dalam kumpulan kecil secara berpasangan.
Langkah-langkah Aktiviti:
1. Memastikan bayi berada dalam keadaan selesa, ceria dan bersedia.
2. Memulakan aktiviti dengan berbual bersama bayi dan menyanyikan lagu “Two Little Tiger”.
3. Menunjukkan kulit buku cerita dan menggerakan puppet harimau yang terdapat dalam buku
tersebut.
4. Bayi memberi respon dengan mengagah dan cuba mengapai puppet harimau tersebut.
5. Bayi mendengar bacaan buku cerita daripada pendidik dengan menyebut beberapa kali
nama nama haiwan yang terdapat dalam buku cerita.
6. Bayi melihat gambar dan memegang buku cerita.
7. Memuji bayi kerana memberi respon terhadap aktiviti yang dijalankan.
Kelas: Baby Rose
Cikgu Naziroh PG Izzati PG Mira
PG Erma PG Nurul PG Jannah
* PG (Pembantu Guru)
15 Taska PERMATA UPSI
Salah satu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak ialah
koordinasi mata-tangan (hand-eye coordination). Koordinasi mata-tangan ialah
proses yang melibatkan mata menyelaras aktiviti tangan. Apabila mata melihat
sesuatu, isyarat maklumat dihantar dengan pantas ke otak, tafsirkan tindakan dan
terus menghantar isyarat untuk tangan bertindak.
Salah satu aktiviti koordinasi mata-tangan adalah cotton ball painting. Aktiviti
cotton ball painting dapat membantu meningkatkan perkembangan motor halus
kanak-kanak.
Langkah-langkah Aktiviti:
1. Memperkenalkan nama warna kepada kanak-kanak.
2. Kanak-kanak menyebut nama warna dalam
dwibahasa.
3. Kanak-kanak menyepit cotton ball dengan penyepit
baju.
4. Kanak-kanak menyelup cotton ball dengan warna air.
5. Kanak-kanak membuat lakaran bebas.
Kelas: 1 Daisy
Cikgu Jagath PG Zuzila
PG Ayu PG Najwa
Taska PERMATA UPSI * PG (Pembantu Guru)
16
Aktiviti Little Chef merupakan aktiviti penyediaan makanan oleh kanak-kanak
dengan bimbingan pendidik. Aktiviti ini dapat dapat meningkatkan kemahiran
motor halus dan koordinasi fizikal kanak-kanak. Selain itu kanak-kanak
kebiasaannya lebih menggemari makanan yang disediakan oleh mereka sendiri.
Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran berdikari, keyakinan diri, dan rasa
bertanggungjawab.
Pada kali ini, aktiviti Little Chef bagi kelas 2 Dahlia ialah The Most Amazing
Chocolate Doughnuts.
Kanak-kanak diberi bahan-bahan yang
diperlukan untuk menghasilkan doh donut
seperti tepung, planta, air dan susu. Kanak-
kanak menghasilkan dan menguli doh dengan
bantuan pendidik. Pendidik kemudiannya
menggoreng donut yang dihasilkan oleh kanak-
kanak.
Kanak-kanak diminta untuk menghias donut
yang telah digoreng mengikut kreativiti mereka
sendiri. Bahan utama untuk dekorasi ialah coklat
dan bahan sampingan seperti nestum, coklat rice
dan coklat chips.
Donut yang telah siap dihasilkan oleh kanak-kanak.
Kelas: 2 Dahlia
Cikgu Aniyah PG Azura PG Sarah PG Syahadat
* PG (Pembantu Guru)
17 Taska PERMATA UPSI
Adakah anda tahu bahawa kemahiran mendengar dan
memahami arahan untuk kanak-kanak adalah sangat penting?
Kemahiran Mendengar Antara perkembangan bahasa
• Mendengar merupakan kemahiran
yang perlu dikuasai oleh
pertama yang dikuasai oleh kanak-kanak.
• Kanak-kanak menguasai bahasa kanak-kanak berumur tiga
daripada perkara yang didengar dan tahun, ialah:
dialami di sekelilingnya, dan cuba meniru
serta menuturkannya berulang kali. • Mengenali objek.
• Persekitaran yang baik dapat membantu
penguasaan bahasa kanak-kanak yang • Mengikut arahan sesuai
baik.
dengan umur mereka.
Kemahiran Memahami Arahan mengikut
Umur Kanak-kanak • Memahami perkara yang
• 1 Tahun: mula memahami arahan yang didengar
mudah.
• Membina kemahiran literasi
• 2 Tahun: memahami lebih banyak objek,
arahan dan gambar. awal.
• 2 hingga 3 Tahun: mula menggunakan • Memahami maksud
memori dan belajar memahami arahan
yang mempunyai dua langkah. perkataan dan ayat
• 3 hingga 4 Tahun: semakin mahir dalam semasa bercakap dan
memahami maklumat, dapat memahami
hampir 1500 perkataan, dan mula membaca.
memahami lebih banyak perkara
berkaitan konsep seperti preposisi, warna • Lebih mudah belajar
dan jantina.
membaca dan menulis.
• Lebih mudah memahami
apa yang dibaca.
Taska PERMATA UPSI 18
Cara-cara untuk Melatih Kemahiran
Mendengar Memahami Arahan
Minta anak-anak mengulangi apa yang
telah diperkatakan kepada mereka.
Amalkan arahan dalam bentuk
permainan.
Membacakan buku cerita dan meminta
kanak-kanak meramal pengakhiran
cerita.
Meminta setiap kanak-kanak dalam
kumpulan kecil untuk menambah cerita
(empat hingga lima ayat).
Meneka bunyi yang didengar atau
membuat bunyi semasa mata kanak-
kanak ditutup.
Permainan mengikut arahan seperti
“Simon Says”
Permainan “telefon rosak”, bertepuk
tangan atau mengulangi puisi yang di
bacakan.
Perkembangan bahasa yang
baik bukan setakat untuk
berkomunikasi, malah
merupakan asas kepada
kemahiran membaca dan
menulis. Orang dewasa
terutamanya ibu bapa dan Kelas: 3 Azalea
pendidik perlu menjadi
teladan yang baik, dan
memupuk kemahiran bahasa
agar kanak-kanak membesar
dengan kemahiran bahasa Cikgu Mimi PG Farah PG Atikah
dan literasi yang baik.
* PG (Pembantu Guru)
19 Taska PERMATA UPSI
Aktiviti menanam pokok melibatkan kanak-kanak
untuk menggembur tanah, meletakan biji benih ke
dalam tanah, dan menyiram air pada biji benih
yang ditanam. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak
dapat;
Belajar mengenai tekstur tanah (kering dan
lembab).
Perbezaan biji benih (kecil dan besar).
Perbezaan warna tanah (coklat dan hitam).
Menggunakan deria bau iaitu dengan menghidu
bau tanah yang kering dan bau tanah yang
telah basah.
Kelas: 3 Iris
Cikgu Azura PG Radziah PG Ashikin
Taska PERMATA UPSI * PG (Pembantu Guru)
20
Eksperimen ini sangat menarik bagi kanak-
kanak untuk belajar mengenai sains.
Kanak-kanak membuat pemerhatian
dengan menggunakan kesemua deria.
Tindak balas kimia antara cuka dengan
soda bikarbonat menghasilkan gas karbon
dioksida. Udara atau gas ini akan
membuatkan belon mengembang dengan
sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan belon magik ialah:
• Belon
• 1 sudu teh soda bikarbonat.
• Botol mineral kosong.
• 5 sudu besar cuka.
• Corong air.
Langkah-langkah Aktiviti:
1. Kanak-kanak memasukkan 5 sudu besar cuka ke dalam botol mineral dengan
bimbingan
2. Kanak-kanak memasukkan 1 sudu teh bikarbonat ke dalam belon
menggunakan corong air dengan bimbingan.
3. Kanak-kanak memasukkan mulut belon ke muncung botol dengan bimbingan.
4. Kanak-kanak menggoyangkan botol air secara perlahan agar soda
bikarbonat yang terdapat di dalam belon jatuh ke dalam cuka.
5. Lihat perubahan yang berlaku pada belon tersebut.
21 Taska PERMATA UPSI
Melalui aktiviti ini,
kanak-kanak belajar
meneroka dan meramal
perkara yang akan
berlaku. Ini dapat
membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran
berfikir dan memberi
peluang kepada kanak-
kanak untuk membuat
kesimpulan dan
menyatakan perasaan
mereka mengenai
eksperimen yang
dijalankan.
Kelas: 4 Rafflesia
Cikgu Rozita PG Hashimah PG Syira
Taska PERMATA UPSI * PG (Pembantu Guru)
22
Aktiviti menghasilkan bantal comel ini dapat menerapkan beberapa elemen
perkembangan untuk kanak-kanak, iaitu:
1. Mengerakkan dan menguatkan otot jari serta pergelanggan tangan kanak-
kanak semasa aktiviti menggunakan kapas.
2. Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak dalam
menyelesaikan masalah (kanak-kanak perlu menggumpal dan memampatkan
kapas terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam sarung bantal.
3. Mengenal bantal sendiri melalui tulisan nama kanak-kanak di bantal yang
dihasilkan oleh mereka.
Kelas: 4 Tulip
Cikgu Zakuan PG Melati PG Noorashikin
* PG (Pembantu Guru)
23 Taska PERMATA UPSI
Early childhood education for children aged 4-6 years
to develop social, intellectual, physical, spiritual and
aesthetic skills.
24
Melalui aktiviti Jambatan Kertas, kanak-kanak dapat;
1. Meningkatkan kemahiran imbangan dan daya
fokus.
2. Menanam sikap percaya antara satu sama lain.
3. Bekerjasama berpandukan komunikasi dua hala.
4. Menyemai sikap bersabar serta tidak putus asa.
Kanak-kanak perlu mengimbangi bola pingpong di atas surat khabar supaya tidak
jatuh selama satu minit. Jika bola pingpong jatuh daripada surat khabar, kumpulan
tersebut perlu keluar daripada permainan. Aktiviti ini diteruskan sehingga tinggal
sebuah kumpulan sahaja dan diumumkan sebagai pemenang!
Aktiviti ini juga boleh dipelbagaikan dengan mengimbangi bola pingpong di atas
surat khabar tanpa jatuh, dan;
1. Mengangkat suratkhabar dari paras lutut ke paras perut atau bahu.
2. Berjalan mengiring 10 langkah ke kanan atau ke kiri.
3. “Pass baton” dengan kumpulan lain.
4. Mengimbangi seberapa banyak bola pingpong dalam tempoh masa tertentu.
Bahan aktiviti:
• Bola pingpong.
• Surat khabar.
Kelas: 5 Aster
Cikgu Zatil PPG Aziema
* PG (Pembantu Guru)
25 Tadika Bitara UPSI
Konsep Belajar melalui Bermain Kanak-kanak bermain Role
Kanak-kanak dan permainan ibarat kuku Play (Mini Café).
dengan isi. Bermain dapat menimbulkan
perasaan gembira dan menarik minat kanak- Kanak-kanak bermain
kanak menyertai aktiviti pembelajaran yang dengan memegang rakan
dijalankan di kelas mahupun di luar kelas. yang lain sambil melalui
Bermain merupakan satu aktiviti semula jadi dan jalan raya.
keperluan kanak-kanak terutamanya dari umur
bayi sehingga berumur enam tahun.
NCDRC menerapkan dua konsep utama
pembelajaran kepada kanak-kanak, iaitu
Learning through Play dan OECIL through Projects.
Kedua-dua konsep ini menekankan konsep
pembelajaran yang menyeronokkan dengan
memberi fokus kepada Children’s Inquiry melalui
bermain dan penyiasatan yang mereka lakukan.
Permainan Role Play semasa
Aktiviti Free Flow Play
Role play merupakan cara kanak-kanak belajar
melalui imaginasi. Kanak-kanak melakonkan
watak-watak berdasarkan pengalaman mereka
dengan orang dewasa. Aktiviti ini tidak perlu
dirancang dan tidak berstruktur. Kanak-kanak
bebas untuk menginterpretasikan alam orang
dewasa.
Permainan ini merupakan aktiviti
pembelajaran yang dilakukan tanpa disedari
olehibu bapa atau guru bahawa mereka telah
mempelajari sesuatu yang boleh dipraktikkan
dalam kehidupan mereka.
Tadika Bitara UPSI 26
Kemahiran Sosial dalam
Belajar melalui Bermain
Kemahiran sosial sangat penting untuk
membantu menerapkan personaliti kanak-
kanak yang baik. Pendidik perlu merancang
aktiviti untuk kanak-kanak yang dapat
menyepadukan kemahiran sosial dalam
belajar melalui bermain.
Kanak-kanak melakukan aktiviti belajar
melalui bermain untuk mengenal warna lampu
isyarat dan bahaya yang terdapat di jalan
raya. Aktiviti ini dapat memupuk kemahiran
sosial seperti bekerjasama, bertolak-ansur,
bantu-membantu, dan saling menghormati.
Belajar Huruf melalui Bermain Kelas: 5 Jasmine
Aktiviti mengenal secara latih tubi dan
pengulangan menyebabkan kanak- Cikgu Husmi PG Shaza
kanak berasa bosan dan rumit.
* *PGPG(P(ePmembabnatnutuGGuruur)u)
Ini kerana bukan semua kanak-
kanak berminat dengan simbol dan Tadika Bitara UPSI
bahan bacaan seperti huruf. Justeru
itu, pendidik perlu kreatif untuk
menarik minat kanak-kanak dalam
pembelajaran mengenal huruf.
Melalui bermain, kanak-kanak
mengenal huruf dalam gambar yang
diperoleh secara berkumpulan
sebelum mendapatkan kad huruf dan
menyusun menjadi perkataan
bermakna.
27
Sweety Cookies merupakan aktiviti memasak yang tercetus daripada idea kanak-
kanak sendiri. Antara kebaikan aktiviti ini kepada kanak-kanak, ialah;
1. Kanak-kanak berasa sangat suka dan seronok.
2. Kanak-kanak berasa lebih dihargai.
3. Menambah keyakinan diri kanak-kanak (contoh: memasukkan dan menyukat
tepung mengikut kuantiti bahan yang diperlukan).
4. Melatih kanak-kanak kreatif dan berimaginasi (contoh: menghias biskut
mengikut citarasa sendiri).
5. Pembelajaran menyeronokkan akan memberikan persekitaran yang menarik.
6. Mewujudkan suasana santai dan bermakna yang dapat menarik minat kanak-
kanak mempelajari sesuatu benda yang baru.
Kelas: 5 Orkid
Cikgu Norelme PG Waheedah
Tadika Bitara UPSI **PPGG((PPeemmbbaannttuuGGuurruu))
28
Fasa kedua dalam pendekatan projek sangat membantu kanak-kanak untuk
membuat ramalan dan berfikir pada aras yang lebih tinggi. Melalui aktiviti
penerokaan dan mengumpul soalan, kanak-kanak sangat teruja dan ingin
mengetahui makanan yang dimakan oleh siput.
Pada kebiasaannya, kanak-kanak mengetahui siput memakan dedaun hijau
yang terdapat pada pokok di sekitar kawasan tadika. Walau bagaimanapun,
terdapat inkuiri daripada kanak-kanak bahawa siput juga boleh memakan
makanan lain selain daun. Jom kita tengok apa yang dimakan oleh siput.
Kelas: 6 Hibiscus
“Ooh, rupanya siput makan brokoli, pisang Cikgu Noraida PG Zulaikha
dan salad. Mulut siput kecil, siput makan
perlahan-lahan. Kawan-kawan siput tak * PG (Pembantu Guru)
makan lobak merah.”
Tadika Bitara UPSI
29
Pada waktu petang, tadika menyediakan ruang kepada kanak-kanak untuk
mendekatkan diri dengan agama seperti solat berjemaah. Ini dapat memberikan
pengalaman yang sebenar kepada kanak-kanak untuk mengambil wudhuk,
tatacara dan pergerakan solat, dan bacaan dalam solat. Semoga amalan yang
diajar ini dapat menjadikan kanak-kanak sebagai seorang Ulul Albab.
Kelas: 6 Carnation
Cikgu Syazwani PG Maziah
Tadika Bitara UPSI * PG (Pembantu Guru)
30
Setelah belajar menambah dan menolak wang di dalam kelas, kanak-kanak telah
dibawa ke mesin vending untuk melakukan simulasi membeli makanan dan minuman.
Kanak-kanak diberi peluang untuk memilih makanan dan minuman yang
dikehendaki dan melakukan operasi tambah dan tolak dengan bimbingan pendidik.
Selepas melakukan simulasi, kanak-kanak diberi peluang untuk menikmati
makanan dan minuman yang telah dibeli. Selain daripada tujuan pembelajaran,
aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran sosial kanak-kanak.
Kelas: 6 Lavender
Kanak-kanak
menunjukkan makanan
dan minuman yang
telah dibeli.
Cikgu Sharizad PG Sahira
* PG (Pembantu Guru)
31 Tadika Bitara UPSI
32
33 Unit Penerbitan
Format Penulisan 34
· Tajuk Artikel (Bahasa Melayu)
· Nama Penulis
· Alamat Penuh
· Emel
· Abstrak (Bahasa Melayu)
· Kata Kunci
· Abstract (Bahasa Inggeris)
· Keywords
· Pengenalan
· Metodologi
· Dapatan Kajian
· Perbincangan dan Implikasi Kajian
· Kesimpulan
· Penghargaan
· Rujukan (Mengikut Format APA - 5 Tahun Terkini)
Panduan dan penghantaran artikel adalah melalui website:
http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK
Writing Format
· Tittle
· Author Name
· Full Address
· Email
· Abstract & Keywords
· Introduction
· Methodology
· Results
· Discussion and Implications
· Conclusion
· Acknowledgement
· References (American Psychological Association (APA)
Article submission is through the official website:
http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ
Unit Penerbitan
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
International Journal of Early Childhood Education & Care
Jilid 1 Volume 1/2/3
1 Buku: 1 Buku:
RM 5.00 RM 5.00
Modul Pendekatan Projek
1 Buku:
RM20.00
1 Set: RM35.00
* Selagi stok masih ada.
35 Unit Penerbitan
Buku Cerita Upin & Ipin
* Sesuai untuk bacaan kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun.
Unit Penerbitan 1 Buku: RM2.00
* Tajuk buku
bergantung pada
baki stok.
36
15 Januari 2020: NCDRC telah dijemput
untuk mengadakan pameran sempena Sesi
Meja Bulat Hala Tuju dan Ekosistem
Penyelidikan Pendidikan yang bertempat
di E-Learning UPSI. Pihak NCDRC telah
mempamerkan bahan dan pengenalan
mengenai Project Approach serta buku-
buku hasil terbitan NCDRC.
17 Februari 2020: NCDRC telah
menyertai pembentangan, pameran dan
jualan buku sempena Program Advokasi
Menangani Masalah Bantut dalam
Kalangan Kanak-kanak bawah Umur Lima
Tahun, anjuran Bahagian Pemakanan KKM
@ Institut Kanser Negara di Putrajaya.
2 Mac 2020: NCDRC telah dijemput
sebagai pempamer bagi pameran dan
jualan hasil penerbitan NCDRC sempena
program National Psychology Student’s
Symposium anjuran Persatuan Psikologi
UPSI bertempat di Fakulti Pembangunan
Manusia (FPM), UPSI.
5 Mac 2020: NCDRC telah menghadiri
Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak yang
disampaikan oleh Pn. Kaw Choon Ean
daripada Majlis Buku Kanak-kanak dan
Remaja (MBBY), anjuran Pejabat Karang
Mengarang, UPSI.
37 Unit Penerbitan
38
39 Edisi Khas: COVID-19
Edisi Khas: COVID-19 40
41 Edisi Khas: COVID-19
Edisi Khas: COVID-19 42
43 Edisi Khas: COVID-19
Edisi Khas: COVID-19 44
45 Edisi Khas: COVID-19
Penularan wabak COVID-19 di seluruh
dunia bukan sahaja memberi kesan
kepada orang dewasa, malah kepada
kanak-kanak. Dunia kanak-kanak yang
penuh dengan aktiviti bermain,
meneroka dan bersosial menjadi terhad
dan mereka hanya perlu berada di
dalam rumah sahaja.
Begitu juga dengan sesi
persekolahan mereka di taska dan di
tadika, perlu dihentikan sepanjang
tempoh PKP yang telah ditetapkan
untuk membantu membendung
penularan wabak ini. Masyarakat
diminta bekerjasama dengan Justeru itu, penggunaan alat teknologi
dan komunikasi (ICT) menjadi medium utama
menjalankan aktiviti dan tugas hakiki untuk membantu pendidik dan ibu bapa
menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak
hanya dari rumah sahaja bagi sepanjang tempoh PKP. Penggunaan ICT
dapat membantu ibu bapa mengisi masa
membantu melambatkan serta lapang kanak-kanak di rumah.
membendung penyebaran wabak ini. Pendidik perlu menyalurkan bahan
aktiviti melalui video, lembaran kerja dan
Pendidik juga turut terkesan dalam infografik melalui WhatsApp dan membina
memastikan aktiviti pengajaran dan Google Drive.
perkembangan kanak-kanak terus
berjalan.
Edisi Khas: COVID-19 46
Berkongsi Resipi Masakan
47 Edisi Khas: COVID-19
Menghasilkan Kraf
Edisi Khas: COVID-19 48
Belajar melalui Bermain & Menonton Video Covid-19
Disediakan oleh:
Cikgu Husmi
49 Edisi Khas: COVID-19