14 Jun 2021: Bengkel Penulisan Proposal (Bab Pengenalan)
Penceramah: YBrs. Dr. Nurul Fadly Habidin, UPSI
15 Jun 2021: Bengkel Pembinaan Modul/Model
Penceramah: YBrs. Dr. Nor Tutiaini Ab. Wahid, UiTM
16 Jun 2021: Bengkel Pengenalan Pendekatan Kualitatif
Penceramah: YBrs. Prof. Madya Dr. Noor Aini Ahmad, UPSI
Unit Pascasiswazah 47
17 Jun 2021: Bengkel Rasch Model
Penceramah: YBrs. Dr. Bambang Sumintono, UM
18 Jun 2021: Bengkel Penulisan Artikel
Penceramah: YBrs. Dr. Juppri Bacotang, UPSI
19 Jun 2021: Bengkel Pembinaan Item
Penceramah: YBrs. Ts. Dr. Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, UKM
Unit Pascasiswazah 48
To intensify and diversify
research related to the
development, education
and child care in
Malaysia.
Various topics involving children from 0-18
years old, such as:
Children’s Learning.
Gifted Children.
Special Needs.
Music & Arts.
Technology.
49
Unit Penyelidikan Strategik & Penarafan 50
ncdc.upsi.edu.my
[scan here]
51
Unit Sistem Data & IT 52
53
PROGRAM TAHUNAN
TASKA dan TADIKA BITARA NCDRC UPSI telah menyambut Sambutan Hari
Kemerdekaan pada bulan Ogos yang lalu. Program Sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat TASKA dan TADIKA ini telah dilaksanakan pada 23-26 Ogos 2021 secara atas
talian. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk dan menyemai
semangat patriotism dan jati diri serta menambah rasa tanggungjawab kepada
Negara dalam diri kanak-kanak. Selain itu, program ini dirancang bertujuan untuk
mewujudkan semangat kasih sayang kanak-kanak kepada negara melalui aktiviti-
aktiviti yang menggalakkan kreativiti mereka dalam menjayakan pertandingan yang
dipertandingkan. Selain itu, program Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 ini bertujuan
untuk mengeratkan kerjasama antara pendidik, pembantu guru dan ibu bapa dalam
memupuk semangat cintakan negara kepada kanak-kanak taska tadika NCDRC.
AKTIVITI DAN MAJLIS PERASMIAN
Terdapat lima aktiviti yang menarik dipertandingkan
melalui sambutan Kemerdekaan yang diadakan pada
tahun ini. Antara pertandingan yang dipertandingkan
dalam Program Sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 Taska
Tadika NCDRC adalah Family Potret Merdeka, Rona
Malaysia, Peragaan Perwira Cilik, Laungan Deklamasi Sajak
Patriotisme dan Projek Jalur Gemilang. Majlis perasmian
dan penutupan akan dijalankan pada 15 September yang
dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa,
Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara NCDRC.
54
Pertandingan : Fashion Show
SEMANGAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN
PANDEMIK COVID-19
Seperti mana yang diketahui, Pandemik Covid-19 banyak
memberi kesan yang mendalam terhadap proses
perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya program
Sambutan Hari Kemerdekaan secara atas talian ini, Ibu bapa
dapat bersama-sama melibatkan diri dalam mencipta
momen-momen indah bersama anak-anak mereka walaupun
berada di rumah. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun
ini disambut dengan meriah melalui penyertaan dan
sokongan daripada kanak-kanak dan ibu bapa.
“Kanak-kanak
menjayakan Program
Merdeka bersama ibu
bapa.”
PENYERTAAN KANAK-KANAK
Pertandingan yang dipertandingkan telah menerima 85 penyertaan Pertandingan : , Laungan Deklamasi Sajak
dari kanak-kanak TASKA dan TADIKA. Sebanyak 6 penyertaan Patriotisme
menyertai pertandingan mereka cipta Jalur Gemilang, 22 kanak-
kanak menyertai pertandingan Peragaan Perwira Cilik. 12 kanak-
kanak mendebatkan diri dalam pertandingan Laungan Merdeka, 20
penyertaan ibu bapa dan kanak-kanak dalam pertandingan Klik
Merdeka (Family Potret), dan seramai 25 penyertaan untuk
pertandingan Rona Malaysia. Diharapkan agar, semangat
patriotisme dan sayang akan negara tidak akan lupus dan terus
berkobar dalam diri kita, rakyat Malaysia bermula dari peringkat awal.
Disediakan Oleh: 55
Pengarah Program Sambutan Kemerdekaan
Taska dan TADIKA NCDRC 2021
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 56
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 57
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 58
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 59
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 60
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 61
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 62
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 63
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 64
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 65
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 66
Unit Perkembangan Kanak-Kanak 67
Offers a comprehensive approach to care and
early education for children under the age of 4
years.
68
Oobleck : Bancuhan air dan tepung
Sensory play adalah aktiviti yang meransang dan membantu
perkembangan deria sama ada deria sentuh, bau, rasa,
penglihatan ataupun pendengaran. Contoh paling senang adalah
bermain oobleck.
Aktiviti oobleck adalah baik untuk perkembangan sensori bayi. Ia
membolehkan bayi meneroka deria mereka dalam persekitaran
yang terkawal dan selamat. Kelebihan aktiviti oobleck adalah
meningkatkan keyakinan, mengajar bayi self-control, meningkatkan
daya kreativiti dan imaginasi serta membina kemahiran fizikal.
Aktiviti oobleck juga dapat membantu membina kemahiran fizikal
bayi seperti koordinasi, stabiliti dan juga motor halus.
PG Waheedah PG Afini Cikgu Naziroh PG Dayana PG Zumirah
* PG (Pembantu Guru)
Taska PERMATA UPSI 69
KELAS: 1 DAISY
Cikgu Nursyazwani PG Izzati PG Melati PG Jannah
* PG (Pembantu Guru)
Taska PERMATA UPSI 70
Aktiviti Animal Tunnel merupakan satu aktiviti yang boleh
dilaksanakan untuk memberi kefahaman kepada kanak-
kanak tentang jarak dan ruang. Kanak-kanak seawal usia dua
tahun boleh diperkenalkan tentang jarak dan ruang secara
asas dan ringkas. Aktiviti yang dicadangkan oleh pendidik
kepada ibu bapa untuk dilaksanakan dirumah bersama
kanak-kanak adalah aktiviti Animal Tunnel. Melalui aktiviti
Animal Tunnel ini kanak-kanak boleh mempelajari tentang
konsep dekat atau jauh dan ruang luas dan sempit.
Aktiviti yang dilaksanakan merupakan aktiviti perkembangan
dan pembelajaran di rumah dimana guru menghantar video
dan poster aktiviti sebagai rujukan dan panduan
perlaksanaan kepada ibu bapa.
Taska PERMATA UPSI 71
Kanak-kanak menghasilkan Animal Tunnel menggunakan kotak
terpakai dengan bantuan dan bimbingan daripada ibu bapa
mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.
Kanak-kanak melaksanakan aktiviti bersama ibu bapa menggunakan
bola-bola yang disediakan. Kanak-kanak meleretkan bola ke dalam
Animal Tunnel dengan jarak yang berbeza mengikut ketetapan jarak
oleh ibu bapa.
Kelas: 2 Dahlia
Cikgu Aniyah PG Atikah 72
* PG (Pembantu Guru)
Taska PERMATA UPSI
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di
rumah (PdPR) anak-anak 3 Azalea
bersama ibu bapa.
PANDEMIK COVID-19 dan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)
membuatkan kita ‘dipaksa’ dan
‘terpaksa’ keluar daripada zon selesa
dan rutin harian. Jika sebelum ini, rutin
hidup dilalui dengan cara yang
‘normal’, kini banyak aktiviti yang
terpaksa ditukar mod, kaedah dan
caranya, seterusnya menjadi ‘normal
baharu’.
Bagi anak-anak kelas 3 Azalea
pembelajaran menggunakan kaedah
Pdpr berlangsung setiap hari dengan
pelbagai aktiviti menarik melibatkan 6
bidang perkembangan kanak-kanak
(Kreativiti dan Estetika, Fizikal, Sahsiah,
sosioemosi dan Kerohanian,Deria dan
Pemahaman Dunia Persekitaran,Awal
Matematik dan Pemikiran Logik dan
Bahasa,Komunikasi dan Literasi Awal).
Aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak
mendapat bimbingan dan penglibatan
sepenuhnya dari ibu bapa.Tahniah
kepada anak-anak dan juga Ibu bapa!
Jom lihat beberapa aktiviti yang
dijalankan oleh anak-anak bersama ibu
bapa di rumah.
Taska PERMATA UPSI 73
Secantik Beruang Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa dalam
pembelajaran anak-anak
1)Meningkatkan Keyakinan diri kanak-
kanak
Penglibatan ibu bapa akan meningkatkan
keyakinan diri anak-anak terutamanya
dari segi komunikasi,bergaul dengan
rakan-rakan dan guru.Keyakinan diri yang
ada pada kanak-kanak akan membantu
dalam pembentukan personaliti individu
mereka.
2)Ibu bapa mengetahui tahap
perkembangan kanak-kanak
Penglibatan ibu bapa bersama aktiviti
dengan anak-anak memudahkan ibu
bapa memahami konsep sebenar
pengajaran dan secara tidak langsung
dapat mengetahui tahap perkembangan
anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh
membimbing anak-anak untuk mencapai
kemahiran yang sesuai dengan umur
mereka.
3)Kanak-kanak dapat melihat peranan
yang bebeza daripada ibu bapa iaitu
berperanan sebagai guru.
Kanak-kanak akan mempelajari bahawa
ibu bapa mereka juga boleh menjadi
guru,bukan sahaja disekolah malah
dirumah.Pelbagai peranan yang dilihat
pada ibu bapa ini membantu
memberikan keyakinan pada kanak-
kanak untuk menyertai aktiviti di sekolah
dan dirumah
Kelas: 3 Azalea
PG Aziema Cikgu Mimi PG Hamira
74
Taska PERMATA UPSI
Colourfull Sticks ini merupakan aktivti yang meransang
perkembangan awal matematik dan pemikiran logik. Kanak-kanak 3
Iris dapat mengenal warna dan boleh mengasingkan kayu mengikut
warna yang sama.
Kelas: 3 Iris
PG Sarah Cikgu Azura PG Ayu
* PG (Pembantu Guru)
Taska PERMATA UPSI 75
Dalam aktiviti membina Istana Idaman ini, kanak-kanak dapat menerapkan
perkembangan sains dan matematk. Terdapat pelbagai warna mengikut
bentuk yang bersesuaian. Kanak-kanak juga dapat mengenal bentuk dan
warna mengikut pada kesesuaian istana yang mereka bina mengikut
kreativiti masing-masing. Dapat dilihat disini terdapat hasil binaan kanak-
kanak yang menarik mengikut kreativiti kanak-kanak sendiri. Disini juga,
kanak-kanak akan dapat menceritakan kepada ibu ayah tentang binaan
dan bahagian-bahagian yang mereka hasilkan.
Kelas: 4 Tulip
PG Syaza
Cikgu PG Izni
Zakuan
PG Najwa 76
Taska PERMATA UPSI
1. Kanak-kanak telah diberikan roti, pisang, chocolate
chip dan piping chocolate.
2. Kanak-kanak memotong pisang menjadi bentuk
bulat untuk membuat mata.
3. Kanak-kanak menggunakan chocolate chip dan piping chocolate
untuk membuat hiasan ‘Toast Face Decoration’.
4. Kanak-kanak memotong mengikut kreativiti
mereka.
Taska PERMATA UPSI 77
Sempena menyambut Aidilfitri pada bulan Mei
lalu, 4 Raflesia telah membuat kuih raya yang
paling mudah disediakan iaitu Cornflakes Madu.
Jom tengok cara membuat Cornflakes madu
kawan-kawan !
Cara-cara :
1. Kanak-kanak menggaulkan cornflakes yang
telah dimasukkan 3 sudu madu dan ¼
buttercup di dalam bekas menggunakan sudu.
2. Setelah siap, kanak-kanak akan memasukkan
cornflakes ke dalam acuan, menghias sprinkles
di atasnya dan menyusun dI atas bekas yang
telah disediakan.
3. Biskut cornflakes madu yang telah siap disusun
dimasukkan ke dalam oven untuk dibakar.
4. Setelah selesai, kanak-kanak memasukkan biskut
ke dalam balang yang disediakan untuk dibawa
pulang ke rumah.
Kelas: 4 Rafflesia
PG Zuzila Cikgu Rozita PG Azura 78
Taska PERMATA UPSI
Early childhood education for children aged 4-6 years
to develop social, intellectual, physical, spiritual and
aesthetic skills.
79
PdPR vs Pentaksiran TADIKA BITARA
Covid..oh..covid..anak-anak mula merindui suasana persekolahan dan kawan-
kawan. Sesi pembelajaran secara maya tidak menghalang pendidik TADIKA BITARA
untuk melaksanakan proses pentaksiran berkaitan perkembangan dan tahap
penguasaan kanak-kanak sepanjang semester 1 berlangsung. Walaupun anak-anak
melalui proses pembelajaran di rumah bersama cikgu mama dan cikgu papa,
alhamdulillah proses pentaksiran secara atas talian berjaya dilaksanakan. Proses
pentaksiran ini dilaksanakan secara individu, kumpulan kecil dan juga keseluruhan
kelas.Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua ibubapa yang banyak
membantu melancarkan proses PdPR yang berlangsung. Tahniah kepada semua
pendidik NCDRC.
80
Tadika BITARA UPSI
Pendedahan nombor pada seawal usia kanak- kanak adalah perlu
kerana ianya memainkan peranan penting dalam penguasaan
pembelajaran Matematik Awal.
Melalui pembelajaran aktiviti
Sarang Nombor ini, kanak-
kanak boleh menyebut dan
menulis nombor dengan betul.
Selain itu, ia dapat melatih
kanak-kanak untuk mengecam
bentuk nombor secara rawak
dan memanfaatkan
penggunaan bahan kitar
semula dalam aktiviti.
81
Tadika BITARA UPSI
Mengapakah Matematik penting kepada kanak-kanak?
Merangsang kemahiran berfikir dan menggalakan pemikiran yang fleksibel.
Menyediakan kemahiran penting dalam kehidupan seharian seperti
menyelesaikan masalah, mengukur, membina kemahiran kesedaran ruang,
memahami bentuk serta penggunaanya dan banyak lagi .
Menjalinkan hubungan dengan nombor dan dapat bercakap mengenai
Matematik sebagai bahasa.
Membina kemahiran asas sebelum ke peringkat seterusnya. Cth : Sekolah rendah
dan menengah.
Membina keyakinan dan keberanian.
Kelas: 5 Aster
Cikgu Zatil PG Ashikin
* PG (Pembantu Guru) 82
Tadika BITARA UPSI
Tunjang: Sains dan Teknologi (let’s
Explore)
Objektif:
Di akhir pembelajaran kanak-kanak
dapat meramal tindakan bahan-bahan
penyiasatan yang digunakan.
Lemon Volcano merupakan satu
tugasan yang dilakukan oleh kanak-
kanak bersama dengan ibu bapa
adalah aktiviti penyiasatan. Aktiviti ini
adalah aktiviti Awal Sains (SA) di mana
kanak-kanak dibimbing untuk meramal
apa yang akan berlaku apabila
penyiasatan di lakukan dan adakah
kanak-kanak dapat membuat perkaitan
dengan pengalaman sedia ada
mereka dalam kehidupan seharian.
Bahan-bahan :
1. Buah lemon
2. Cuka
3. Soda Bikarbonat
4. Pewarna makanan
83
Tadika BITARA UPSI
Kanak-kanak dapat belajar
memahami sebatian dua bahan
yang menghasilkan bahan dengan
menggunakan natrium
berkarbonat / soda penaik yang
bertindak balas dengan asid
dalam jus lemon untuk membentuk
gas karbon dioksida. Kanak-kanak
telah dibimbing dengan membuat
ramalan dan pemerhatian dengan
melakukan aktiviti “Lemon
Volcano”. Walaupun konsep ini
sukar untuk difahami oleh kanak
pada usia ini, namun mereka sedar
bahawa alam persekitaran mereka
ada perkaitan di antara satu
dengan yang lain.
Kelas: 5 Jasmine
Cikgu Husmi PG Maziah
*PG (Pembantu Guru)
84
Tadika BITARA UPSI
Seronoknya belajar wang adalah merupakan salah satu aktivti PdPR
bagi kelas 5 Orkid. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat belajar
mengecam mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang
kertas dengan melukis semula wang kertas Malaysia. Objektif
pembelajaran dapat dicapai walaupun pendidik dan kanak-kanak
mengunakan platform pembelajaran secara atas talian.
Kelas: 5 Orkid
Cikgu Norelme
PG Noorashikin
* PG (Pembantu Guru)
85
Tadika BITARA UPSI
Aktiviti hands on dan kreativiti tidak dapat dipisahkan dengan dunia kanak-
kanak. Melalui aktiviti kreativiti yang dilakukan bukan sahaja membantu
meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak malahan dapat membantu
meningkat perkembangan emosi kanak-kanak. PdPR atas talian. Adakah
kanak-kanak tidak boleh berimaginasi dan menghasilkan aktiviti mengikut
kreativiti mereka sendiri?
Kelas: 6 Hibiscus
Walaupun halangan untuk melakukan aktiviti bersemuka Cikgu Noraida
bersama guru dan rakan-rakan sekelas, dengan
bimbingan dan bantuan ibubbapa di rumah kanak- PG Farah
kanak juga boleh berimaginasi dan berkreativiti dengan * PG (Pembantu Guru)
baik..tahniah di ucapkan kepada ibu bapa yang
menjadi guru kepada anak-anak di rumah sepanjang
tempoh PdPR berlangsung. Ibu bapa juga tidak kurang
hebatnya menjadi guru seni kepada anak-anak
melakukan aktiviti kreativiti bersama-sama.
86
Tadika BITARA UPSI
Perkongsian Aktiviti PdPR kelas 6 carnation pada kali ini adalah aktiviti
eksperimen menghasilkan penapis air.. Kanak-kanak gembira apabila
dapat bertemu dengan rakan-rakan dan guru-guru walaupun secara
maya. Pelbagai cerita dikongsi oleh kanak-kanak sebelum PdPR
bermula. PdPR ekseperimen penapis air berjalan dengan lancar atas
bantuan Ibu bapa juga. Tahniah anak-anak 6 Carnation kerana
bersemangat mengikuti aktiviti PdPR setiap hari. Awesome!!!Excellent!!!
Pendidik menyediakan
bahan-bahan untuk
menjalankan eksperimen
sebelum PdPR online
bermula.
Kanak-kanak bersoaljawab
dan membuat pemerhatian
semasa pendidik
menunjukkan proses
menghasilkan eksperimen
penapis air.
87
Tadika BITARA UPSI
Ibu bapa menghantar gambar hasil kerja kanak-kanak dan mereka juga
menjalankan ekspemen ini bersama ibu dan bapa dirumah. Terima kasih anak-
anak 6 Carnation dan Ibu Bapa.
Kelas: 6 Carnation
Cikgu Syazira PG Syahadat
* PG (Pembantu Guru)
88
Tadika BITARA UPSI
Pandemik COVID19 tidak menghalang kanak-kanak 6 Lavender untuk menyertai
lawatan ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia dan di luar negara. Antara
lawatan virtual yang dijalankan adalah di Aquaria, Zoo, Dairy Farm, Lego Factory,
Poultry Farm dan Jurassic Park the Ride. Lawatan secara maya ini dilakukan supaya
kanak-kanak mendapat pengetahuan yang baharu dan tidak melupakan dunia
luar yang sangat menyeronokkan.
Kanak-kanak diterangkan mengenai Ketam Kanak-kanak diterangkan mengenai Sotong
Labah-labah di Aquaria,KLCC Kurita di Aquaria,KLCC
Kanak-kanak diterangkan mengenai proses Kanak-kanak melihat dinosaur sewaktu
memberi makanan kepada lembu di Dairy Farm menyertai Jurassic Park, The Ride
Kanak-kanak melihat sekumpulan buaya di Zoo Gambar kanak-kanak sewaktu menyertai lawatan
ke Lego Factory.
Kelas: 6 Lavender
Cikgu Sharizad PG Hashimah 89
Tadika BITARA UPSI
Info Tambahan 90
Info Tambahan 91
Info Tambahan 92
Info Tambahan 93
Info Tambahan 94
Info Tambahan 95
Info Tambahan 96