The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCDRC UPSI, 2023-10-01 01:37:07

SOROTAN AKTIVITI NCDRC SEPTEMBER 2023

SOROTAN AKTIVITI NCDRC SEPTEMBER 2023

SOROTAN AKTIVITI ISU 9 EDISI SEPTEMBER 2023 PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA (NCDRC) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 KATA ALUAN PENGARAH Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Sorotan Aktiviti NCDRC bertujuan menyampaikan maklumat kepada warga UPSI dan komuniti tentang aktiviti atau program yang telah dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI sepanjang September 2023. Pihak NCDRC juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak pada masa akan datang demi kecemerlangan bersama. Terima kasih. PROF. MADYA DR. MAZLINA CHE MUSTAFA PENGARAH, NCDRC


7 September 2023 - NCDRC mewakili Daerah Muallim telah menerima Penghargaan Fasiliti Mesra Penyusuan Susu Ibu sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Sirajuddin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perak bertempat di RTC Gopeng, Perak. SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 1 8-10 September 2023 : NCDRC sebagai penyelia latihan telah melaksanakan Kursus Pendidikan STEAM Anak Genius Negara Siri 3 kepada pendidik di bawah Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia yang disertai seramai 33 orang pendidik GENIUS bertempat di Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.


SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 13 September 2023 - Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 66 Taska Tadika NCDRC. Majlis disambut meriah oleh kanak-kanak Taska dan Tadika dengan nyanyian lagu Negaraku, perarakan dan gimik, persembahan sajak dan nyanyian lagu kemerdekaan bersama pendidik NCDRC. 13 September 2023 – Unit Sistem Data dan Maklumat NCDRC telah melaksanakan pameran Malaysia Psychometric Inventory for Care and Education (MySCREEN) kepada delegasi-delegasi Universiti Australia sempena Program Australian Familiarization Visit ke UPSI.


14 September 2023 - Guru-guru pelatih program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI yang menjalankan latihan mengajar di NCDRC telah menganjurkan Program Kids Playland: Fun Learning dengan melibatkan seramai 92 orang kanak-kanak di Taska NCDRC. SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 14 September 2023 - NCDRC telah menerima kunjungan daripada Pro-Landscape Structure Sdn. Bhd Sg. Buloh bagi kerjasama strategik taman permainan kanakkanak di Taska Tadika NCDRC. Terima kasih kerana berkunjung ke NCDRC UPSI. 14 September 2023 - NCDRC telah menerima kunjungan dari Mr. Ravi dan Mr. Petri Karjalainen daripada Finland - Founder @ Finnish Education Solutions Sdn Bhd bagi melihat fasiliti dan perkhidmatan yang terdapat di Taska Tadika NCDRC.Terima kasih kerana berkunjung ke NCDRC UPSI.


SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 20 September 2023 – Program Rabu Qalbu : Pertandingan Sukan Rakyat anjuran NCDRC (Portfolio TNCPI) bertempat di Dewan Jauhar NCDRC. Antara sukan yang telah diadakan adalah Congkak, Carom, Dam Ular, Batu Seremban dan Musical Chair. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah silaturahim antara kakitangan. 22 September 2023 - NCDRC selaku penganjur majlis pada bulan September di Majlis Portfolio TNC (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI Bermunajat. Bacaan yassin dan doa telah diketuai oleh Encik Mohamad Nor Zakuan bin Abdul Rashid, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan NCDRC. Semoga dengan program bacaan Yaasin ini diberkati dan dapat mengeratkan ukhuwah.


SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 30 September 2023 - NCDRC telah mengadakan Pertandingan Pakaian Beragam dengan Tema Warna Jalur Gemilang bertempat di Pasar Budaya UPSI sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Maulidur Rasul peringkat UPSI anjuran Institut Peradaban Melayu (IPM), UPSI. Lebih daripada 50 orang kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 9 tahun tampil memperagakan busana masing-masing yang direka dengan idea-idea kreatif dan penuh warna warni. 29 September 2023 - Solar System Exhibition Solar System Exhibition Programme telah diadakan oleh guru pelatih pendidikan awal kanak-kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang melibatkan kanak-kanak seawal bayi sehingga enam tahun di Blok D, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Kanakkanak dibawa ke setiap stesen yang melibatkan aktiviti sensori dan perkembangan psikomotor kanak-kanak yang diintegrasikan dengan konsep pembelajaran alam semesta.


SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2


Unit Penerbitan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak. 015-4879 7137 www.ncdrc.edu.my [email protected] NCDRC UPSI Page ncdrc_upsi06 NCDRC UPSI ncdrc


Click to View FlipBook Version