Bil. 9
Disember 2019
Sidang Editor Sekapur Sireh
Bil. 9, Disember 2019
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Penasihat:
Prof. Madya Dr. Bahbibi Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan
Pencipta Alam kerana dengan izinNya, Pusat
Rahmatullah Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
(NCDRC) dapat menemui anda menerusi Buletin
Ketua Editor: NCDRC, Bil. 9, Disember 2019.
Dr. Juppri Bacotang
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang
Editor Grafik: Editor dan semua warga NCDRC yang terlibat
Cik Nur Syafiqah Zainodin secara langsung atau tidak langsung dalam
menerbitkan buletin ini secara berkala. Penerbitan
Editor: buletin ini dapat memberi publisiti terhadap segala
Pn. Nur Asyikin Ismail aktiviti yang melibatkan warga NCDRC. Ini
menyerlahkan lagi idea, pencapaian, kreativiti,
dedikasi, dan kerjasama yang sangat baik oleh
warga NCDRC.
Semoga dengan adanya buletin ini dapat menjadi
platform untuk berkongsi ilmu, pengetahuan,
pengalaman, dan kepakaran kepada warga UPSI,
ibu bapa, dan masyarakat terutamanya dalam
aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak.
Justeru itu, selaku Pengarah NCDRC, saya
menyokong usaha murni ini sebagai salah satu cara
untuk meningkatkan lagi imej NCDRC dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai “Universiti No.
1 Pendidikan”.
Sekian, terima kasih.
Hak Cipta Terpelihara Prof. Madya Dr. Bahbibi Rahmatullah
Pengarah
1 NCDRC UPSI
Bicara Ketua Editor ISI KANDUNGAN 1
2
Assalamualaikum WBT dan salam Sekapur Sireh
sejahtera. 3
Bicara Ketua Editor
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi 4
kerana dengan limpah kurniaNya, Buletin Anugerah/ Pencapaian 8-
NCDRC, Bil. 9, Disember 2019 dapat • PECIPTA 2019
diterbitkan dengan jayanya. 12
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
Buletin ini diterbitkan untuk menyampaikan • Lawatan Sambil Belajar 13
maklumat kepada warga UPSI, ibu bapa, • Lawatan Penanda Aras 14
dan masyarakat tentang program atau 15
aktiviti NCDRC yang telah dilaksanakan Unit Pascasiswazah 16
sepanjang tempoh September hingga • Majlis Penutup & Refleksi
Disember 2019. Selain itu, buletin ini • Hari Kemasukan Pelajar Baharu 17
merangkumi perkongsian pendekatan • Mesyuarat Pembentangan Proposal
pengajaran dan pembelajaran yang telah 18
dilaksanakan oleh pendidik di TASKA Unit Penyelidikan & Pengkomersilan 19
PERMATA UPSI, dan di TADIKA Bitara UPSI, • Training of Trainers (TOT) 20
NCDRC. • Junior Science Camp 2019 21
• Penutup Junior Science Camp 2019 22
Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan • Majlis Penyampaian Sijil Wise Start 23
terima kasih kepada semua warga NCDRC
yang menyumbangkan artikel dan Tahukah Anda? : Karies Gigi Susu 24
informasi untuk tatapan para pembaca.
Semoga usaha ini dapat diteruskan dan TASKA PERMATA UPSI 25
dijadikan sebagai tradisi ilmu untuk • Nature Walk & Story Time 27
perkongsian dan manfaat bersama. • Kelebihan Nature Walk 28
• Chef ‘Cupcake’ 29
Akhir sekali, saya mewakili Sidang Editor • Muzium Zoologi 30
memohon maaf jika terdapat kekurangan • Lepidoptera Insecta 31
dan kelemahan dalam penerbitan buletin • Lawatan ke Kilang Coklat Beryl’s 32
ini. Selamat menelaah ilmu. 34
Tahukah Anda? : Menggalakkan Anak Bercakap 36
Sekian, terima kasih. 37
TADIKA Bitara UPSI
• Majlis Penyerahan Sijil Kecemerlangan 38
• Little Chef (Cucur Labu)
• Project Approach (Apron) 39
• Pizza vs Yis
• Kebersihan & Keselamatan di Dapur 40
• Apa itu Yis? 41
• The Salted Egg 41
• Projek Selembut Sutera 42
• Cotton Pyjamas Lavender 43
• Nature Outbound
Tahukah Anda? : Sakit Sebab Influenza
Unit Pangkalan Data (NCDC)
• Pembentangan Laporan KRI
Unit Penerbitan
• Children Learning Centre (CLC)
• Pameran & Jualan Buku
• Bengkel Penulisan Jurnal
• Penghantaran Artikel Jurnal
• Jualan Penghabisan Stok Buku
Hak Cipta Terpelihara
Dr. Juppri Bacotang 2
Ketua Editor
Buletin NCDRC
Anugerah / Pencapaian
Sekalung Tahniah !
22-23 September 2019: Tahniah diucapkan kepada wakil
NCDRC kerana telah berjaya memenangi pingat perak (Kit
dan Modul Taska [email protected]) sempena International
Conference and Exposion on Inventions by Institutions of Higher
Learning (PECIPTA 2019) bertempat di Universiti Tun Hussien
Onn (UTHM), Johor. Syabas dan semoga terus maju jaya.
3
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
6 September 2019: NCDRC telah menerima lawatan sambil belajar
daripada pelajar dan pensyarah Kolej Felcra. Kg Gajah, Perak.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan oleh pelajar
Kolej Felcra bersama kanak-kanak Tadika Bitara UPSI, NCDRC bagi
meningkatkan kemahiran dalam aspek mental dan fizikal .
4
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
22 Oktober 2019: NCDRC telah menerima lawatan sambil
belajar daripada Tabika Kemas Felda Sg. Behrang. Kanak-
kanak telah mempelajari cara menghasilkan tapai pulut yang
dikenadalikan oleh Pembantu Penyediaan Makanan dan guru di
Kids Kitchen, NCDRC. Selain itu, kanak-kanak melakar dan
menyenaraikan nama bahan yang perlu digunakan dalam
menghasilkan tapai pulut.
5
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
Kanak-kanak sedang menghasilkan art craft “Magic Galaxy Crystal Ball”
dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pendidik NCDRC.
Kanak-kanak sedang menghasilkan art craft bertemakan haiwan, dan
aktiviti mewarna hasil lukisan.
6
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
11 November 2019: Lawatan sambil belajar oleh kanak-kanak dari
Taska Al-Amin, Putrajaya. NCDRC telah memberikan peluang dan
ruang kepada pendidik dan kanak-kanak daripada taska tersebut
untuk menggunakan fasiliti dan kemudahan yang terdapat di NCDRC .
7
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
11 September 2019: Lawatan daripada Universitas Sriwijaya, Indonesia.
11 September 2019: Lawatan penanda aras untuk tujuan pengkomersilan daripada wakil
UiTM Puncak Alam, Selangor.
18 September 2019: Kunjungan daripada delegasi Bahagian Pemakanan, Jabatan
Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membentangkan dapatan berkaitan
masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak yang diperolehi daripada National Child Data
Center (NCDC), NCDRC. 8
Penanda Aras
19 September 2019: Lawatan daripada Unit Taska, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan
(MBPJ), Petaling Jaya, Selangor.
27 September 2019: Lawatan daripada pelajar dan pensyarah Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM), Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
2 Oktober 2019: Kunjungan delegasi dan perkongsian kepakaran daripada Cawangan
Bahasa Ibunda, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Singapura. Delegasi terdiri daripada Pakar Peneraju Bahasa Melayu, Penolong
Pengarah Bahasa Melayu dan Pegawai Perancang Kurikulum.
9
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
15 Oktober 2019: Lawatan kerja lapangan sempena Program Studi Pendidikan Anak Usia
Dini (PAUD) daripada Universitas Semarang, Indonesia.
29 Oktober 2019: Lawatan daripada Delegasi Sarjana Institut Agama Islam Negeri (IAIN)
Batu Sangkar, Indonesia.
12 November 2019: Lawatan daripada Malay Language Centre of Singapore (MLCS).
10
Penanda Aras
7 November 2019: Lawatan daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP).
13 November 2019: Lawatan daripada pengusaha dan pendidik Persatuan Tadika Islam
Malaysia Utara (PERTIM).
15 November 2019: Lawatan daripada guru prasekolah PPD Kuala Muda Yan, Kedah.
11
Unit Jangkauan & Khidmat Komuniti
Program Kesedaran Komuniti Kesihatan Mental
dalam Kalangan Kanak-kanak
30 November 2019: Program Kesedaran Komuniti Kesihatan Mental dalam Kalangan
Kanak-kanak bertemakan “Ibu Bapa Minda Cemerlang, Anak-anak Jiwa Gemilang”
merupakan program kerjasama dantara Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) dengan
NCDRC. Program ini merangkumi ceramah interaktif kepada ibu bapa mengenai isu
stress dan kesihatan mental kanak-kanak, aktiviti mewarna dan bercerita, saringan
psikologi, teknik relaksasi, booth jualan dan sesi soal jawab bersama pakar psikologi.
Unit Pascasiswazah
6 September 2019: Wakil NCDRC telah 7 September 2019: Hari kemasukan &
menghadiri Majlis Penutup & Sesi Refleksi sesi taklimat bagi pelajar baharu
bagi Program Latihan Mengajar Program Pengajian Siswazah NCDRC,
Antarabangsa 2019 bertempat di Sem. 1 Sesi 2019/2020.
PULAMI, UPSI.
5 & 7 November 2019: Mesyuarat pembentangan proposal program Doktor Falsafah yang
terdiri daripada pelajar pascasiswazah antarabangsa, NCDRC.
12
Unit Penyelidikan & Pengkomersialan
26-28 Disember 2019: Junior Science Camp 2019 merupakan program
kerjasama antara NCDRC dengan Pusat [email protected] Negara. Program
ini melibatkan fasilitator dalam kalangan staf NCDRC. Mereka telah
menghadiri Training of Trainer (TOT) selama tiga hari yang dikendalikan
oleh Pn. Ong Sy Ing (wakil daripada pihak Pusat [email protected] Negara).
"Coming
together is a
beginning,
staying together
is progress,
and working
together is
success."
13
Unit Penyelidikan & Pengkomersialan
30 November - 1 Disember 2019: Junior Science Camp 2019 telah diadakan di
NCDRC dengan kerjasama Pusat [email protected] Negara. Objektif utama
program ini adalah bagi memupuk minat terhadap sains dalam kalangan kanak-
kanak berumur empat hingga enam tahun dari seluruh Malaysia. Peserta yang
terlibat merupakan kanak-kanak yang dipilih berdasarkan Ujian Saringan Online
(PCIS) yang telah diadakan pada September hingga Oktober 2019.
Sepanjang tiga hari program ini, kanak-kanak meneroka pelbagai aktiviti-aktiviti
menarik berdasarkan lima jenis modul iaitu
I am a Scientist
I am a Natural Scientist
I am a Chemist
I am an Engineer
I am a Forensic Scientist
14
Unit Penyelidikan & Pengkomersialan
2 Disember 2019: Majlis penutup dan penyampaian sijil Junior Science Camp
2019 telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dr. Noraisah bt Spahat, Setiausaha
Bahagian Genius, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah dihadiri
oleh ibu bapa serta keluarga kanak-kanak.
15
Unit Penyelidikan dan Pengkomersilan
17 Disember 2019: Wise Start UPSI Childcare Centre buat julung kalinya
telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil & Anugerah 2019. Majlis ini
bertujuan meraikan kanak-kanak, ibu bapa dan pendidik di kedua-dua
buah cawangan, iaitu di LHDN Cyberjaya dan Akademi Percukaian Malaysia
Bangi. NCDRC berperanan sebagai penasihat bagi aspek kualiti guru dan
kualiti pengajaran dan pembelajaran (melalui program latihan, pemantapan
professionalism, pemantauan kualiti, dan pakar rujuk).
16
Info Tambahan
17
TASKA PERMATA UPSI
Baby Nature Walk & Story Time
Rose
I’m a learning baby!
Cikgu Rozita
PG PG PG PG PG
Izzati Mira Erma Azura Nurul
*PG – Pembantu Guru
18
Kelebihan ‘Nature Walk’
Nature Walk (meneroka alam semula jadi) merupakan salah satu kaedah pembelajaran
yang berkesan kerana dapat memberikan kanak-kanak pengalaman secara langsung.
Aktiviti ini juga dapat melibatkan penggunaan kelima-lima deria iaitu penglihatan,
sentuhan ,rasa, bau dan pendengaran. Penglibatan kanak-kanak semasa aktiviti ini
dapat memupuk daya pemerhatian, imaginasi dan kreativiti mereka dengan baik.
Kepentingan Nature Walk untuk kanak-kanak:
1) Sebagai senaman bagi mengelakkan obesiti dan untuk membakar
kalori dalam kalangan kanak-kanak.
2) Mendapat cahaya matahari dan menikmati udara segar.
3) Memperolehi 3E (Explore, Experiment, Experience).
4) Meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak dalam aspek
fizikal, bahasa, matematik, kreativiti, deria, estetika, sosioemosi, dan
kerohanian.
5) Mewujudkan dan mengembangkan sifat ingin tahu kanak-kanak.
6) Meningkatkan penguasaan proses sains melalui aktiviti prasains di luar
bilik darjah.
7) Menumpukan perkembangan fizikal (melompat, berlari, merangkak,
berputar, dan memanjat).
8) Menumpukan perkembangan sosioemosi, sahsiah diri, dan kerohanian
(berkongsi, bergilir-gilir, memahami peraturan permainan, bertolak
ansur, dan mematuhi arahan).
9) Kepekaan kepada dunia persekitaran (menghargai keindahan alam
semulajadi, mendengar bunyi-bunyian kehidupan alam, dan merasa
atau menyentuh pelbagai tekstur).
10) Meningkatkan perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
kanak-kanak melalui interkasi dengan rakan sebaya, dan orang
dewasa.
11) Membina sikap sayang terhadap alam sekitar dan menjaga
kelestarian alam sekitar dalam diri kanak-kanak.
19
Chef ‘Cupcake’ TASKA PERMATA UPSI
Dahlia
Kanak-kanak berumur dua tahun sangat PG Cikgu PG
menyukai sesuatu benda yang baharu kerana Sarah Zakuan Jannah
dapat menarik perhatian dan semangat ingin
tahu mereka terhadap sesuatu. Oleh itu, kanak- *PG – Pembantu Guru
kanak kelas 2 Dahlia telah menjalankan aktiviti
untuk menghasilkan ‘cupcake’. Kanak-kanak
sangat teruja dan seronok untuk melakukan
aktiviti tersebut.
Kanak-kanak dapat mencuba sendiri untuk
membuat ‘cupcake’ dengan menggunakan bahan
sebenar seperti tepung, serbuk pewarna, susu,
dan ketulan coklat.
Malah ada kanak-
kanak yang
menceritakan
kepada pendidik
bahawa mereka
pernah
menghasilkan
‘cupcake’ bersama
ibu mereka di
rumah.
Melalui aktiviti ini,
kanak-kanak dapat
memupuk sifat
yakin diri,
bekerjasama, dan
kreatif.
20
TASKA PERMATA UPSI
Muzium Zoologi
Cikgu Shazira Azalea
Kanak-kanak telah melawat ke Muzium PG Farah PG Atikah
Zoologi sempena Pameran Lepidoptera
Insecta di Fakulti Sains dan Matematik, *PG – Pembantu Guru
Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Pameran
tersebut memaparkan koleksi rama-rama dan
kupu-kupu yang khususnya terdapat di Perak.
Melalui lawatan ini, kanak-kanak dapat mengetahui perbezaan
antara rama-rama dengan Kupu-kupu.
Kupu-kupu dan rama-rama adalah sejenis serangga yang terbang
daripada kategori Order Lepidoptera. Kebanyakan kupu-kupu
mempunyai kepak dengan warna yang terang dan menarik.
Rama-rama atau Moth, biasanya mempunyai warna fizikal yang
lebih pudar dan kurang menarik berbanding kupu-kupu.
21
TASKA PERMATA UPSI
Lepidoptera Insecta
Tulip Cikgu
Naziroh
*PG – Pembantu Guru PG PG
Melati Noorashikin
Pada 5 Disember 2019 yang lalu, kanak kanak
dari kelas 4 Tulip telah berpeluang untuk 22
menyaksikan pelbagai jenis spesis rama-rama
dan kupu kupu di Pameran Lepidoptera Insecta
anjuran Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan
Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lawatan ini terdiri daripada 18 orang kanak
kanak dan empat orang guru pengiring.
Kehadiran kami telah disambut oleh pegawai-
pegawai yang bertugas antaranya Puan Marina
bt Kamarulzaman.
Kanak-kanak berpeluang melihat pelbagai
jenis rama-rama dan kupu kupu yang melebihi
3000 spesis. Kanak-kanak sangat teruja apabila
berpeluang melihat kitaran hidup rama-rama dan
kupu kupu. Puan Marina banyak menjawab soalan
yang dikemukakan oleh kanak-kanak sepanjang
lawatan ini berlangsung. Banyak maklumat yang
dikongsi oleh pegawai-pegawai yang bertugas
kepada kanak-kanak semasa melihat pameran ini.
Selain daripada kupu kupu dan rama rama,
terdapat juga serangga lain yang terut
dipamerkan, antaranya adalah spesis pepatung,
lebah, kumbang, dan ikan. Kanak-kanak juga
berpeluang melihat haiwan yang diawet seperti
helang, burung, monyet, dan beberapa jenis ikan.
Terima kasih kepada semua staf Jabatan
Biologi yang terlibat kerana sudi menerima
kunjungan dari kelas 4 Tulip.
TASKA PERMATA UPSI
Lawatan ke Kilang
Coklat Beryl’s
Kanak-kanak kelas 4 Rafflesia telah mengikuti Cikgu Mimi Rafflesia
Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Coklat Beryl’s di
Seri Kembangan, Shah Alam, Selangor. Lawatan PG PG
ini disertai oleh 16 orang kanak-kanak dan empat Syira Hashimah
orang guru pengiring. Kanak-kanak diperkenalkan
dengan sejarah penemuan dan kegunaan koko di *PG – Pembantu Guru
Malaysia melalui tayangan video.
Seterusnya, kanak-kanak di bawa melawat
muzium coklat dan menerokai cara penghasilan
coklat dari dahulu hingga sekarang. Kanak-kanak
juga dapat melihat replika serta peralatan yang
digunakan untuk menghasilkan coklat. Setelah
selesai aktiviti melawat, kanak-kanak diberi
peluang untuk merasa coklat.
23
Info Tambahan
24
TADIKA Bitara UPSI
Majlis Penyerahan Sijil Kecemerlangan
Kanak-kanak Tadika Bitara UPSI, NCDRC
9 November 2019: Majlis Penyerahan Sijil Kecemerlangan Kanak-kanak
Tadika Bitara UPSI, NCDRC bagi kanak-kanak berumur enam tahun julung
kalinya telah diadakan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP),
UPSI yang telah dihadiri oleh ibu bapa dan tetamu kehormat. Selain itu,
kanak-kanak lima tahun juga tidak melepaskan peluang dalam mengadakan
persembahan berkonsepkan tema tradisional ini dengan jayanya.
25
TADIKA Bitara UPSI
Congratulations!
This is the beginning..you are the star in making..shine on!
26
TADIKA Bitara UPSI
Little Chef
(Cucur Labu)
Orkid Cikgu
Nursyazwani
PG Sedapnya! Anda pernah makan cucur labu? Kanak-kanak
Waheedah kelas 5 Orkid mempunyai resipi untuk menu ini. Mereka
telah membuat cucur labu dengan bimbingan pendidik.
*PG – Pembantu Guru
Cucur labu baik untuk kanak-kanak kerana ianya
sihat dan berkhasiat, dan mudah untuk disediakan.
Cucur Labu
Bahan-bahan:
1. Labu
2. Tepung unbleach
3. Mentega
4. Garam
5. Minyak
Cara membuat:
Perhatian: 1. Rebus labu
sehingga masak.
Pastikan peralatan tajam disimpan di tempat yang 2. Lenyekkan labu
selamat. sehingga hancur.
3. Masukkan
Minyak yang panas harus disejukkan dahulu sebelum mentega, tepung
dimasukkan ke dalam bekas. dan secubit garam.
4. Gaul sebati.
Sebelum meninggalkan dapur masak, pastikan cuci 5. Goreng di dalam
peralatan dapur dan disimpan dengan kemas ditempat minyak yang panas.
yang betul.
27
Project Approach TADIKA Bitara UPSI
Fasa 3: Kemuncak Projek
(Apron)
Cikgu Noraida
Setelah memulakan projek hampir tiga bulan, akhirnya kanak- Aster
kanak sampai pada penghujung projek, iaitu Fasa 3: Kemuncak
Projek. Setiap kanak-kanak perlu memberikan idea tentang hasil
akhir yang akan dihasilkan.
Dengan berbekalkan pengalaman pembelajaran sepanjang
projek dijalankan dalam Fasa 1 dan Fasa 2, kanak-kanak perlu PG
berbincang dan memutuskan hasil akhir yang akan dibina oleh Norshaza
mereka. Pada Fasa 3, hasil akhir projek boleh terdiri daripada *PG – Pembantu Guru
hasil individu atau hasil kumpulan kelas.
Bagi kelas 5 Aster,
kanak-kanak telah
memilih untuk
menghasilkan apron.
Aktiviti ini
melibatkan
kerjasama daripada
ibu bapa untuk
menyiapkannya.
Ibu bapa perlu
membantu kanak-
kanak membuat
apron seperti mana
Ibu bapa bekerjasama dengan anak untuk menyiapkan apron. yang anak-anak
mereka inginkan.
Akhir sekali, kanak-
kanak memakai
apron yang telah
mereka siapkan,
sangat kreatif dan
menarik.
28
TADIKA Bitara UPSI
Pizza VS Yis
*PG – Pembantu Guru
Jasmine Cikgu PG
Sharizad Aziema
Cikgu, jom kita buat pizza, nak tak?, kata Adriana yang merupakan salah seorang
kanak-kanak dari kelas 5 Jasmine. Setelah itu, guru melakukan perbincangan
dengan kanak-kanak mengenai bahan untuk membuat pizza, antaranya ialah
tepung, air, mentega, pisang, sosej, sos, bawang dan nenas. Kanak-kanak
menunjukkan minat dan terlibat ketika proses memasak pizza seperti
mencampurkan bahan, menguli doh, mencanai doh dan menghias pizza.
Ketika guru mencampurkan yis dengan air suam dan gula, kanak-kanak mula
mengutarakan soalan mengenai yis, mengapa perlu mencampurkan gula dan air
suam bersama yis? Selain itu, kanak-kanak dapat melihat perbezaan doh yang
dicampur yis dengan doh tanpa dicampur dengan yis.
Perbezaan doh pizza yang Bahan untuk menghias pizza
diletakkan yis dan tanpa yis.
Kanak-kanak sedang menguli
doh pizza.
Kanak-kanak sedang menghias Kanak-kanak sedang menikmati
pizza. pizza yang telah siap.
29
TADIKA Bitara UPSI
Perkongsian Ilmu
Kebersihan & keselamatan di dapur
Jasmine Cikgu PG
Sharizad Aziema
kelas 5 Jasmine telah menjemput pakar, iaitu Chef. Zuhal untuk menerangkan
tentang pemakaian atau uniform yang sesuai ketika berada di dapur. Chef. Zuhal
yang lengkap dengan berpakaian uniform tukang masak telah menerangkan satu
persatu nama pakaian serta fungsinya.
Selain itu, kanak-kanak telah diberi penerangan mengenai kebersihan dan
keselamatan di dapur yang penting untuk kehidupan seharian.
Chef. Zuhal sedang Kanak-kanak sedang menyoal
nama pakaian serta tujuan yang
menerangkan mengenai terdapat pada pakaian Chef. Pakaian lengkap bagi seorang
Zuhal. tukang masak.
kebersihan dan keselamatan
di dapur.
Kanak-
kanak 5
Jasmine
bergambar
bersama
Chef.
Zuhal.
30
TADIKA Bitara UPSI Apa itu yis?
Rentetan proses membuat pizza yang dijalankan, kanak-kanak telah
mengutarakan persoalan mengenai yis, seperti ‘Apa itu yis?’, dan ‘Yis diperbuat
daripada apa?’.
Oleh itu, Pn. Aziema telah dijemput sebagai pakar untuk menerangkan
mengenai spesimen yis kepada kanak-kanak. Kanak-kanak dari kelas 5 Jasmine
teruja membuat penyiasatan mengenai yis, dan Pn. Aziema telah menerangkan
mengenai tujuan penggunaan yis, pertunasan yis dan menunjukkan spesimen yis
melalui mikroskop. Selain itu, kanak-kanak diberi peluang untuk melakar
bentuk-bentuk yis berdasarkan pemahaman mereka.
Kanak-kanak sedang melihat spesimen yis Pakar sedang menerangkan mengenai
dengan menggunakan mikroskop. pertunasan yis.
Kanak-kanak menyentuh yis untuk merasai Lakaran specimen yis yang telah dilukis oleh
teksturnya. kanak-kanak.
31
TADIKA Bitara UPSI
The Salted Egg
Cikgu Zatil PG
Zulaikha
Hibiscus
*PG – Pembantu Guru
Aktiviti ini bermula apabila kanak-
kanak kelas 6 Hibiscus ingin
mengetahui proses menghasilkan telur
masin.
Telur
masin ialah telur yang diawet dengan
menggunakan garam bagi mengekalkan
ketahanannya. Jenis telur masin yang
paling popular adalah telur itik kerana
kuningnya yang lebih besar. Namun
begitu, telur ayam juga boleh dijadikan
telur masin.
• Melalui aktiviti ini, kanak-kanak memperolehi pengalaman
bermakna dan pengetahuan baharu seperti proses telur masin
berlaku, bekerja sebagai satu pasukan, serta menjana
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
• Di samping itu, ia dapat meningkatkan perasaan ingin tahu dan
keyakinan dalam diri kanak-kanak.
32
Bahan bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan telur masin
adalah:
• 10 biji telur itik (bersihkan)
• 10 sudu besar garam kasar (1
sudu bagi setiap biji telur)
• 2 liter air atau secukupnya.
Selepas 10 hari, telur masin Langkah-langkah:
boleh direbus dan sedia untuk • Masak garam dengan air
dimakan. Sedapnya!
sehingga garam hancur dan
33 biarkan ianya sejuk.
• Setelah sejuk, air garam
dituang ke dalam bekas yang
telah dimasukkan telur
sehingga telur tenggelam.
• Biarkan selama 10 hari, telur
masin sedia untuk digunakan
(direbus utnuk dimakan).
Nota: Jemur dulu telur
dalam 1 hingga 2 hari supaya
telur masin yang terhasil
lebih sedap dan gebu.
Sumber:
http://www.aziekitchen.com/2017/0
4/cara-membuat-telur-masin-
sendiri-yang.html
TADIKA Bitara UPSI Projek Selembut
Sutera
Carnation Cikgu Husmi
PG Sahira
*PG – Pembantu Guru
Setelah empat bulan menjalankan penyiasatan berkaitan “Cikgu,
dengan keselamatan, kanak-kanak didapati berminat
dengan “madu”. Kanak-kanak berbincang sesama mereka bunga boleh
bagaimana bunga boleh menghasilkan madu? Namun, ada
kanak-kanak yang memberikan pendapat dengan keluarkan
menyatakan “Madu dihasilkan oleh lebah di dalam madu ke?”
rumahnya.”. Pendidik telah menjemput pakar untuk
memberikan penerangan tentang bagaimana madu
dihasilkan.
Persiapan pameran akhir
Projek Selembut Sutera.
Kanak-kanak bersama pakar yang banyak Ibu bapa juga menghadiri
membantu kanak-kanak menjawab pameran yang diadakan.
persoalan yang timbul.
Kanak-kanak diberi peluang Kanak-kanak memerhati bekas Kanak-kanak sedang menyedut
untuk menyentuh rumah lebah. sarang lebah. madu lebah ke dalam bekas.
34
Jom kawan-
kawan kita
buat losyen
tangan dan
badan
daripada
madu lebah!
Kanak-kanak mencari bahan dan mengenal pasti cara dan bahan untuk
menghasilkan losyen.
Bahan-bahan keperluan untuk Kanak-kanak menggunakan Kanak-kanak memasukkan
menghasilkan losyen madu sudu untuk mendapatkan jel minyak zaitun ke dalam bekas
lebah. pokok lidah buaya. yang dipanaskan di atas air
yang mendidih.
Kanak-kanak memasukkan Kanak-kanak menanti beeswax larut bersama
beeswax untuk dicampurkan minyak zaitun dan boleh digunakan sebagai
losyen tangan dan badan.
dengan minyak zaitun.
35
TADIKA Bitara UPSI Cotton Pyjamas
Cikgu Lavender
Norelme
Cotton Pyjamas Lavender merupakan projek akhir
Lavender bagi kelas 6 Lavender untuk pendekatan projek.
Setelah empat bulan kanak-kanak dan pendidik
PG Maziah meneroka, menjalankan aktiviti dan melakukan
penyiasatan dalam tema peralatan di rumah,
mereka memilih Cotton Pyjamas sebagai projek
akhir mereka. Idea menghasilkan Cotton Pyjamas
timbul apabila kanak-kanak membuat penyiasatan
tentang konsep penyerapan pada kain.
Oleh itu, pendidik menjemput seorang pakar bagi menjawab beberapa
persoalan yang ditujukan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak bersoal jawab secara aktif
semasa pakar datang ke dalam kelas. Kanak-kanak sangat seronok dengan aktiviti
yang dijalankan. kanak-kanak melakar idea dan berkongsi idea tentang projek akhir
yang ingin mereka lakukan. Mereka juga melukis bahan yang digunakan untuk
membina projek mereka. Setelah selesai menyenaraikan bahan untuk menghasilkan
projek, mereka bersama-sama menghasilkan Cotton Pyjamas.
Kanak-kanak mengambil masa hampir dua minggu untuk menyiapkan Cotton
Pyjamas. Pameran akhir bagi projek ini dijalankan sebelum tamat sesi persekolahan.
Akhirnya, penerokaan kanak-kanak mengenai topik peralatan di rumah dapat
dilaksanakan dengan mendalam menerusi inisiatif kanak-kanak yang dibantu oleh
pendidik.
*PG – Pembantu Guru Good job Lavender! Keep it up... 36
TADIKA Bitara UPSI
Nature Outbound
Pada 14 November 2019, kanak-kanak Tadika Bitara UPSI, NCDRC telah
terlibat dengan aktiviti "Nature Outbound" yang dikendalikan oleh
pendidik NCDRC bersama pelajar program Sarjana Pendidikan
(Pendidikan wal Kanak-Kanak) daripada Fakulti Pembangunan Manusia,
UPSI. Kanak-kanak begitu teruja untuk mencuba sesuatu yang baharu
dan dapat meningkatkan pengetahuan am mengenai persekitaran luar.
Antara aktiviti menarik
yang telah dijalankan ialah:
1. Ice Breaking (Senaman)
2. Outdoor Cooking
(Memasak sup sayur)
3. Basic 1st Aid
(Mengenalpasti bahan dan
ubat-ubatan yang terdapat
di dalam kotak kecemasan
dan simulasi)
4. Setting Up Camp
(Membina khemah)
5. Amazing Flora ('Nature
Walk' sambil mengutip
daun/bunga dan membuat
kolaj alam semulajadi)
6. Observing Insect
(Menangkap serangga,
membuat penilaian dan
menyatakan ciri-ciri)
37
Info Tambahan
38
Unit Pangkalan Data Kanak-kanak (NCDC)
Pembentangan Laporan Kajian Khazanah Research Institute (KRI)
Pada 3 Oktober 2019, NCDRC telah mendapat jemputan untuk menghadiri
pembentangan oleh Khazanah Research Institute (KRI) di Mercu UEM, Kuala Lumpur.
Pembentangan ini diadakan sempena penerbitan laporan KRI yang bertajuk “Time to
Care: Gender Inequality, Unpaid Care Work and Time Use Survey”. Sebahagian
daripada penulisan laporan ini, telah menggunakan data umum yang terdapat
dalam sistem Pangkalan Data Kanak-kanak Kebangsaan (NCDC), NCDRC.
NCDRC sangat berbesar hati di atas kepercayaan yang diberikan ini sebagai
pusat rujukan bagi penyelidikan berkaitan kanak-kanak di Malaysia, dan turut
menyumbang kepada laporan berimpak tinggi yang dihasilkan oleh KRI.
Pada 24 November 2019, sesi perbincangan buku garis panduan penggunaan
sistem NCDC bersama pihak Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
(YPKT) telah dijalankan yang dipengerusikan oleh Pengarah YPKT, Tn. Hj. Wan
Mohd Zaki. Buku ini akan menjadi panduan kepada semua pendidik TASKA
PERMATA YPKT dalam memastikan data dalam sistem NCDC sentiasa lengkap,
tepat dan dikemaskini.
39
Unit Penerbitan
40
Unit Penerbitan
Jualan Buku NCDRC @ Pesta Buku UPSI
25-28 September 2019: NCDRC telah mengadakan jualan buku sempena
Pesta Buku UPSI 2019 di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI. Antara buku yang
dijual oleh NCDRC ialah Modul Pendekatan Projek (Projek Buih Sabun dan
Projek Mulberi), Buku Cerita Upin & Ipin dan Jurnal Pendidikan Awal Kanak-
kanak.
Pameran dan Jualan Buku @ International Conference on
STEM
27 November 2019: NCDRC telah mendapat jemputan mengadakan pameran
serta jualan buku sempena International Conference on STEM di Kompleks
Akademik, UPSI.
Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Penyelidik ECCE
11 November 2019: Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Penyelidik ECCE bersama
Editor Jurnal Cakerawala Pendidikan (Scopus) oleh Y.Bhg. Dr. Endah Retnowati
daripada Universiti Negeri Yogyakarta, Indonesia.
41
Unit Penerbitan
Jemputan Penghantaran Artikel
Jurnal Terbitan NCDRC
A. Format Penulisan
· Tajuk Artikel (Bahasa Melayu)
· Nama Penulis
· Alamat Penuh
· Emel
· Abstrak (Bahasa Melayu)
· Kata Kunci
· Abstract (Bahasa Inggeris)
· Keywords
· Pengenalan
· Metodologi
· Dapatan Kajian
· Perbincangan dan Implikasi Kajian
· Kesimpulan
· Penghargaan
· Rujukan (Mengikut Format APA - 5 Tahun Terkini)
Panduan dan penghantaran artikel adalah melalui website:
http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK
B. Writing Format
· Tittle
· Author Name
· Full Address
· Email
· Abstract & Keywords
· Introduction
· Methodology
· Results
· Discussion and Implications
· Conclusion
· Acknowledgement
· References (American Psychological Association (APA)
Article submission is through the official website:
http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SAECJ
42
Unit Penerbitan
Jualan Penghabisan Stok
Buku Terbitan NCDRC
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan & Antarabangsa
Jilid 1 Volume
1/2/3
1 Buku –
RM 5.00 1 Buku –
RM 5.00
Buku Cerita Upin & Ipin
* Sesuai untuk bacaan kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun.
1 Buku -
RM2.00
* Tajuk buku
bergantung
pada baki stok.
Buku Pendekatan Projek Sebarang pertanyaan,
tempahan atau pembelian
1 Buku -
RM20.00 sila hubungi:
1 Set Unit Penerbitan
RM35.00 Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-
kanak Negara (NCDRC)
015-48797137
[email protected]
www.ncdrc.upsi.edu.my
43 Selagi stok masih ada!!!
Unit Penerbitan
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Kompleks NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Proton City, 35900 Tanjung Malim, Perak.
015 4879 7129
ncdrc.upsi.edu.my
[email protected]