The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCDRC UPSI, 2021-08-16 20:36:00

Modul Tulisan Pertama Saya

Modul Tulisan Pertama Saya

Modul Tulisan Pertama Saya

Penulis:

☆ Ummu Afifah Md Taha ☆ Sitti Aidah Nurhaybir ☆ Nur Syahirah Ismail
☆ Nur Umairah Imanina Bakhary ☆ Rose Ateeka Ruslim

Penasihat:

Dr. Juppri Bacotang

Modul Tulisan Pertama Saya

Edisi Pertama 2021
© Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 2021
Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga
pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar, serta rakaman dan sebagainya tanpa
kebenaran bertulis daripada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.
Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Tel: 015-4879 7137
Laman sesawang: ncdrc.upsi.edu.my
E-mel: [email protected], [email protected]
E-ISBN: 978-967-2484-26-4

Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat
1 Prakata i
2 Pengenalan ii
3 Objektif iii
4 Konsep Aktiviti iv
5 Modul Pelaksanaan Modul
6 Aktiviti 1: Memindahkan Objek 1-3
7 Aktiviti 2: Menyepit Mangkuk 4-5
8 Aktiviti 3: Puzzle Emosi 6-8
9 Aktiviti 4: Origami Kucing 9-11
10 Aktiviti 5: Mari Bermain Doh 12-13
14-15

Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat
11 Aktiviti 6: Menulis Di Pasir 16-17

12 Aktiviti 7: Saya Suka Makan 18-20

13 Aktiviti 8: Bunga Yang Indah 21-22

14 Aktiviti 9: Dot Dot Dot 23-24

15 Aktiviti 10: ‘B’ Untuk Biru 25-27

Prakata

Setinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Modul Tulisan Pertama Saya dapat diterbitkan
dengan jayanya.

Saya selaku penasihat bagi penerbitan modul ini mengucapkan tahniah kepada pelajar Sarjana
Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak), Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) kerana telah berjaya menulis modul ini. Penerbitan modul ini merupakan salah satu tugasan bagi kursus
KAB60204 Perkembangan Kemahiran Bahasa dan Literasi Kanak-kanak bagi Semester 2 Sesi 2020/2021
(M202). Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara, UPSI kerana sudi menerbitkan modul ini.

Modul ini dibina bagi membolehkan ibu bapa dan pendidik membantu kanak-kanak menguasai bahasa
lisan dengan baik. Cadangan aktiviti disusun mengikut aras kebolehan kanak-kanak bermula daripada aktiviti
yang mudah kepada aktiviti yang sukar. Modul ini mempunyai keluwesan di mana cadangan aktiviti boleh
diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian latar belakang kanak-kanak. Persekitaran yang kondusif dan
cara serta bimbingan yang positif dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa lisan.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. “Selamat menelaah ilmu.”

Dr. Juppri Bacotang i
Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

Pengenalan

Modul Tulisan Pertama Saya diterbitkan untuk untuk membantu
ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti untuk membantu
perkembangan tulisan awal kanak-kanak.

Modul ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang boleh
dilakukan oleh ibu bapa bersama anak di rumah, disamping
memberikan idea baharu kepada ibu bapa untuk menambah
baik aktiviti yang telah sedia ada.

Modul ini diharapkan dapat membantu ibu bapa untuk

memahami tahap perkembangan anak dan seterusnya mampu

mendidik anak untuk mendapat pendidikan terbaik dari ibu

bapa di rumah. ii

Memberikan idea kepada ibu
bapa melaksanakan aktiviti
tulisan awal kepada anak di
rumah.

Objektif Membantu perkembangan motor
halus kanak-kanak supaya dapat
iii menulis dengan baik.

Memberi kanak-kanak kebebasan
untuk melakukan aktiviti dengan
bimbingan daripada ibu bapa.
Meningkatkan keyakinan dan
minat kanak-kanak terhadap
aktiviti tulisan awal.

Konsep Aktiviti

Aktiviti yang disediakan dalam Modul Tulisan Pertama Saya sesuai

dilaksanakan terhadap kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun sebagai

persediaan untuk memasuki prasekolah. Pendidikan prasekolah bertujuan

menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,

menguasai asas kemahiran dan memupuk nilai positif sebelum mereka

melangkah ke alam sekolah rendah.

Oleh itu, konsep pembelajaran ‘belajar sambil bermain’ sangat

sesuai untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak kerana fitrah kanak-kanak

ini sentiasa ingin bermain. Secara tidak lansung, aktiviti dalam modul ini

yang menggunakan konsep ‘belajar sambil bermain’ dapat membantu

ibu bapa melaksanakan aktiviti tulisan awal terhadap kanak-kanak dari

rumah.

Semoga modul ini dapat dijadikan panduan kepada ibu bapa untuk

memberi pendedahan awal tentang konsep tulisan awal terhadap kanak-

kanak.

iv

Manual
Pelaksanaan

Modul

1

Modul Tulisan Pertama Saya mengandungi 10 aktiviti yang disediakan dalam bentuk panduan
dan gambar supaya mudah dilaksanakan oleh ibu bapa dan pendidik kepada kanak-kanak.

Antara panduan pelaksanaan bagi setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini adalah
seperti berikut;
1) Setiap aktiviti merupakan cadangan awal daripada penulis. Pelaksanaan aktiviti

bergantung kepada tahap perkembangan dan kesesuaian aktiviti terhadap kanak-kanak.
2) Aktiviti dilaksanakan dalam keadaan kanak-kanak selesa dan santai. Masa aktiviti

dilaksanakan adalah fleksibel dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.
3) Kebiasaannya, masa pelaksanaan aktiviti adalah antara 20 hingga 30 minit sahaja.
4) Modul ini dirancang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.
5) Pelaksanaan aktiviti melibatkan kanak-kanak dengan bimbingan daripada ibu bapa.
6) Pelaksanaan aktiviti tidak semestinya dalam keadaan formal. Modul ini dirancang untuk

pembelajaran secara tidak formal di rumah.
7) Ibu bapa atau pendidik boleh mengubahsuai aktiviti berdasarkan kreativiti sendiri dan

mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.

2

Komponen Fokus Aktiviti
Tulisan Awal
1. Aktiviti Memindahkan Objek

Kemahiran motor halus. 2. Aktiviti Menyepit Mangkuk
3. Aktiviti Puzzle Emosi

4. Aktiviti Origami Kucing
Membina / menulis nama sendiri. 5. Aktiviti Mari Bermain Doh

Menulis huruf. 6. Aktiviti Menulis di Pasir
Meniru tulisan /gambar. 7. Aktiviti Saya Suka Makan

Menggunakan alat tulis. 8. Aktiviti Bunga yang Indah
9. Aktiviti Dot Dot Dot

Teknik menulis 10. Aktiviti “b” untuk Biru
(mengetahui titik mula, arah dan
kedudukan tulisan).

3

1. Aktiviti
Memindahkan Objek

Objektif: Bahan:
• Mangkuk
1. Kanak-kanak dapat memindahkan • Batu
batu menggunakan sudu dengan
bimbingan ibu bapa. • Sudu

2. Kanak-kanak dapat memegang
sudu dengan cara yang betul
dengan bimbingan ibu bapa.

4

Langkah-langkah Aktiviti

1. Sediakan dua mangkuk (1 mangkuk berisi batu dan sudu.)
2. Menggunakan tiga jari untuk memegang sudu.
3. Cedok batu dan pindahkan ke dalam mangkuk yang kosong.
4. Ulang langkah tersebut sehingga habis memindahkan batu.

• Aktiviti ini dapat menguatkan otot tangan dan membantu anak
memegang pensel dengan betul.

5

2. Aktiviti Menyepit Mangkuk

Objektif:

Kanak-kanak dapat menyepit mangkuk dengan
bimbingan ibu bapa.

Penyepit Mangkuk

6

Langkah-langkah Aktiviti:

1. Sediakan mangkuk dan
penyepit baju.

2. Gunakan tiga jari untuk
menyepit.

7

3. Sepitkan pada mangkuk.

4. Ulang langkah sehingga
selesai.

8

3. Aktiviti Puzzle Emosi

Objektif:

1. Kanak-kanak dapat melengkapkan

puzzle emosi dengan bimbingan ibu

bapa.

2. Kanak-kanak dapat meniru emosi

puzzle yang dilengkapkan Bahan:
• Kad emosi
menggunakan mimik muka dengan
puzzle.
bimbingan ibu bapa.
9

Langkah-langkah Aktiviti

1. Buka lagu tentang emosi dan menyanyi bersama
kanak-kanak.

2. Buat emosi seperti gembira, marah, sedih, terkejut

dan sebut ‘I’m happy’ sambil membuat emosi
tersebut (I’m happy, I’m sad, I’m angry, I’m shock).
3. Keluarkan puzzle dari bingkai dan susun puzzle

bersama kanak-kanak.

4. Setelah selesai satu puzzle emosi, minta kanak-

kanak buat mimik emosi tersebut.
5. Bantu kanak-kanak sehingga menyiapkan semua

puzzle emosi.

10

Puzzle Emosi 11

4. Aktiviti Origami Kucing

Langkah-langkah Aktviti:

O bj ektif: 1. Sediakan beberapa gambar haiwan
Kanak-kanak dapat peliharaan untuk diperkenalkan kepada
membuat origami kanak-kanak.
kucing menggunakan
2. Berikan sehelai kertas origami, dan ikuti
kertas dengan langkah-langkah membuat origami
bimbingan ibu bapa.

Bahan-bahan: kucing.
3. Sediakan pensil dan bimbing anak lukis
• Kertas warna.
• Origami mata, hidung, mulut dan misai kucing.
• Pensil warna.
• Gambar haiwan 12

peliharaan.

Langkah-langkah Origami Kucing
1 23

45 6

13

5. Aktiviti Mari Bermain Doh

Kanak-kanak dapat membentuk doh mengikut huruf
nama mereka dengan bimbingan ibu bapa.

Kanak-kanak dapat menulis nama mereka (berdasarkan
bentuk doh) yang telah dibuat dengan bimbingan ibu-
bapa.

Bahan-bahan:

Doh Nama Pensil Kertas 14

Langkah-langkah Aktiviti: Scan untuk lagu (a,b,c).

1. Tulis nama kanak-kanak di papan tanda. 15
2. Kanak-kanak menyebut huruf nama

mereka.
3. Berikan sehelai kertas yang ditulis nama

kanak-kanak.
4. Tunjukkan cara membentuk huruf

menggunakan doh.
5. Kanak-kanak membentuk doh mengikut

huruf nama mereka.
6. Berikan sehelai kertas dan pensil, kanak-

kanak menulis nama mereka berdasarkan
doh yang telah mereka siapkan.
7. Menyanyi lagu (a,b,c) bersama anak.

6. Aktiviti Menulis di Pasir

Kanak-kanak dapat menulis huruf vokal (a,e,i,o,u)
di pasir menggunakan jari dengan bimbingan ibu
bapa.

Kanak-kanak dapat membunyikan huruf vokal
(a,e,i,o,u) dengan jelas dengan bimbingan ibu bapa.

Bahan-bahan:

Pasir Pensil Kad Imbasan Lembaran Kerja

16

Langkah-langkah Aktiviti: Scan untuk lagu vokal (a,e,i,o,u).

1. Menyanyi lagu huruf vokal (a,e,i,o,u) 17
Bersama kanak-kanak.

2. Menerangkan huruf vokal (a,e,i,o,u)
menggunakan kad imbasan.

3. Membimbing kanak-kanak menulis
huruf vokal (a,e,i,o,u) di pasir.

4. Berikan lembaran garisan putus dan
pensil.

5. Bimbing kanak-kanak menyambung
garisan putus-putus huruf vokal
(a,e,i,o,u) dalam lembaran kerja.

7. Aktiviti Saya Suka Makan

Kanak-kanak dapat memegang pensil warna
dengan cara yang betul.

Kanak-kanak boleh mendengar arahan yang
diberikan oleh ibu bapa dengan baik.

Bahan-bahan:

Buah & Sayur Pensil Warna Kertas

18

Langkah- 1. Menyebut nama buah-buahan dan
langkah sayur-sayuran.
Aktiviti
2. Menerangkan ciri-ciri buah dan
sayur yang ditunjukkan.

3. Mula menyambung garisan putus-
putus dalam lembaran kerja.

4. Kanak-kanak mewarnakan gambar
dalam lembaran kerja.

5. Menyebut nama objek dalam
lembaran kerja.

19

Scan untuk lembaran kerja.

20

8. Aktiviti Bunga yang Indah

Kanak-kanak dapat membuat capan tapak tangan
menggunakan warna air dengan bimbingan ibu bapa.

Kanak-kanak dapat menyebut nama warna seperti
merah, kuning dan hijau dengan baik.

Bahan-bahan:

Kotak Warna air 21

Langkah-langkah Aktiviti:

1. Menyanyi lagu bunga raya sambil menari. LIRIK LAGU BUNGA RAYA
2. Menerangkan ciri-ciri bunga raya. Bunga raya, bunga raya
3. Mewarnakan kotak bunga raya menggunakan
Ada lima kelopak, ada lima kelopak
warna air dengan jari. Hijau, kuning dan merah
4. Mempamerkan hasil kerja kanak-kanak. Warnanya indah
5. Menyanyikan semula lagu bunga raya sambil La La La La La
Bunga raya, bunga raya
menari.
Ada lima kelopak, ada lima kelopak
Hijau, kuning dan merah
Warnanya indah
La La La La La
La La La La La

22

9. Aktiviti Dot Dot Dot

Bahan-bahan: Objektif: 1. Berikan sehelai lembaran dot dot
Pensil warna. Kanak-kanak dapat yang telah dicetak dan warna yang
Lembaran dot-dot. menyambungkan dot terdapat pada lembaran tersebut.
dot mengikut warna
2. Soal kanak-kanak tentang warna yang
yang betul. terdapat pada lembaran tersebut.
Kanak-kanak mengambil warna yang
sama dengan warna dot yang disebut.

3. Bimbing anak untuk memegang
pensil dengan betul.

5) Bimbing anak menyambung dot-dot
mengikut warna yang sama. 23

Lembaran Dot Dot Dot Hasil Aktiviti

24

10. Aktiviti “b” untuk Biru

Objektif: Kanak-kanak dapat melekatkan tali mengikut arah huruf ‘b’
dengan bimbingan ibu bapa.

Bahan-bahan:
Kad huruf ‘b’, tali warna biru & gam.

Langkah-langkah aktiviti

1. Mulakan dengan bermain “cari barang berwarna biru”.

2. Sediakan bahan aktiviti dan berikan kad huruf ‘b’.

3. Tunjukkanarah menulis huruf ‘b’.

4. Letakkan gam pada huruf ‘b’ dan lekatkan tali warna biru di atas gam sambil

mengikut arah yang diberikan.

5. Bimbing anak melakukanaktivitisehingga selesai. 25

b bunga

biru baju

26

Kad huruf ‘b’. Kad huruf ‘b’ Melekat tali Hasil aktiviti.
dengan arah. mengikut arah.
27



Modul Tulisan Pertama Saya

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Kompleks NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

015-48797137 | ncdrc.upsi.edu.my | [email protected]
NCDRC UPSI Page
NCDRC UPSI


Click to View FlipBook Version