The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NCDRC UPSI, 2021-08-15 21:33:51

Modul Seronoknya Tul-A

Modul Seronoknya Tul-A

Modul Seronoknya Tul-A

Penulis:
Fatimatuz Zahraq Yeop
Saidatul Aisyah Khairuddin

Nurfarhana Nasoha
Muhamad Zainal Azri Zulkipli
Siti Nadhirah Mohd Shamshuddin

Penasihat:
Dr. Juppri Bacotang

Modul Seronoknya Tul-A

Edisi Pertama 2021
© Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara 2021

Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar, serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Negara.

Diterbitkan di Malaysia oleh
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Tel: 015-4879 7137
Laman sesawang: ncdrc.upsi.edu.my
E-mel: [email protected], [email protected]

E-ISBN: 978-967-2484-25-7

ISI KANDUNGAN

No. Nama Aktiviti Muka Surat

1 Prakata i ii
2 Getah Lilit Saya 1-4
3 Sarang Labah-labah 5-9
4 Garisan Jahitan 10-12
5 Seni Dot Huruf 13-19
6 Pom Pom Si Bulat Kecil 20-28
7 Papan Pelbagai Guna 27-30
8 Rak Telur Huruf 31-34
9 Kraf Sensori Surih Nama 35-38
10 Hutanku 39-42
11 Beg Uncang Saya 43-46
12 Penutup 47

PRAKATA i

Setinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, Modul Seronoknya Tul-A dapat diterbitkan dengan jayanya.

Saya selaku penasihat bagi penerbitan modul ini mengucapkan tahniah kepada pelajar Sarjana Pendidikan
(Pendidikan Awal Kanak-kanak), Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana telah berjaya
menulis modul ini. Penerbitan modul ini merupakan salah satu tugasan bagi kursus KAB60204 Perkembangan Kemahiran
Bahasa dan Literasi Kanak-kanak bagi Semester 2 Sesi 2020/2021 (M202). Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, UPSI kerana sudi menerbitkan modul ini.

Modul ini disediakan bagi memudahkan ibu bapa dan pendidik menjalankan aktiviti tulisan awal kepada kanak-kanak.
Kemahiran tulisan awal boleh dipupuk oleh ibu bapa dan pendidik sejak daripada kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun.
Kanak-kanak lebih suka belajar melalui aktiviti yang menarik dan pelbagai. Mereka mudah memahami konsep tulisan awal
sekiranya dilaksanakan dengan cara yang seronok dan menghiburkan.

Namun begitu, kemungkinan ibu bapa atau pendidik menganggap aktiviti menulis hanya melibatkan penggunaan
pensil dan kertas. Hakikat sebenarnya, kanak-kanak perlu mempunyai koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menulis.
Justeru itu, modul ini direka dengan aktiviti yang bukan sahaja menarik dan menyeronokkan, malah membantu
perkembangan koordinasi mata dan tangan sekaligus membantu kanak-kanak menulis dengan baik.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua. “Selamat menelaah ilmu.”

Dr. Juppri Bacotang
Pensyarah Kanan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI

Aktiviti 1:
Getah Lilit

Saya

1

Getah Lilit Saya

Fokus:
Kemahiran motor halus (kekuatan jari jemari).

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Menggunakan kekuatan jari jemari dengan

menarik getah.

Umur Kanak-kanak:
2 hingga 5 tahun.

2

Bahan: Cara Penyediaan:

• Kotak 1. Sediakan bekas berisi getah berwarna warni.
• Getah 2. Sediakan papan lapik daripada kotak terpakai.
• Bekas 3. Susun penutup botol dengan susunan yang
• Penutup botol.
• Gam teratur.
4. Gam setiap penutup botol di atas papan kotak

yang disediakan supaya tidak bergerak.

3

Cara Pelaksanaan:

1. Ambil getah dan tarik sekuat yang mungkin untuk
memasukkan getah ke dalam lingkungan dua biji penutup
botol.

2. Biarkan kreativiti kanak-kanak untuk meletakkan getah ke
atas penutup botol samada secara melintang atau
menegak.

4

Aktiviti 2:
Sarang

Labah-labah

5

Sarang Labah-labah

Fokus:
Kemahiran motor halus (menguatkan otot
tangan untuk memegang).

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Melakukan koordinasi mata dan tangan.
● Mengambil objek menggunakan

penyepit.

Umur Kanak-kanak:
3 hingga 5 tahun.

6

Bahan: Cara Penyediaan:

• Raga plastic. 1. Membina model labah-labah daripada penutup
• Tali berwarna/reben. botol sebagai badan dan gamkan dawai berbulu
• Penutup botol. untuk menjadi kakinya.
• Dawai berbulu.
• Penyepit makanan. 2. Membina ikatan reben secara bersilang-silang
pada raga, dan pastikan jaringan web tidak terlalu
rapat dan jauh, supaya kanak-kanak boleh
menarik model labah-labah keluar dari dalam
raga.

7

Cara Pelaksanaan:

1. Tarik labah-labah keluar dari dalam raga menggunakan
penyepit.

2. Latih kanak-kanak untuk fokus dan menggenggam dengan
kuat penyepit supaya labah-labah tidak jatuh semula ke
dalam bakul.

3. Boleh melakukan aktiviti nyanyian bersama-sama kanak-
kanak melalui lagu “Inci Wincy Spider” atau lagu “Satu
Labah-labah” untuk menambahkan kosa kata melalui lagu,
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain, serta
menimbulkan rasa seronok ketika melakukan aktiviti.

8

Aktiviti 3:
Garisan
Jahitan

9

Garisan Jahitan

Fokus:
Kemahiran motor halus (menggerakkan otot
tangan).

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Memasukkan tali ke lubang yang betul.
● Membuat garisan menggunakan tali.

Umur kanak-kanak:
3 hingga 5 tahun.

10

Bahan: Cara Penyediaan:

• Kotak 1. Potong kotak berbentuk segi empat sama.
• Tali 2. Buat pelbagai jenis garisan pada kotak.
• Penebuk lubang. 3. Tebuk lubang pada garisan.
• Pen marker. 4. Potong tali mengikut panjang garisan yang
• Gunting
dibuat.

11

Cara Pelaksanaan:

1. Masukkan tali pada lubang untuk membentuk
pelbagai garisan.

2. Pastikan tali dimasukkan bermula dari lubang
pertama hingga akhir.

3. Pastikan tiada lubang yang tercicir.

12

Aktiviti 4:
Seni Dot

Huruf

13

Seni Dot Huruf

Fokus:
Kemahiran Mengengam

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Genggam botol gam dengan betul.
● Meletakkan gam pada dot mengikut

bentuk huruf dan objek.

Umur Kanak-kanak:
2 hingga 4 tahun

14

Bahan: Cara Penyediaan:

• Lembaran kerja. 1. Masukkan pewarna ke dalam gam dan
• Gam campurkan.
• Pewarna
2. Mencetak lembaran kerja.

15

Cara Pelaksanaan:

1. Letakkan gam pada dot di lembaran kerja.
2. Pastikan gam diletak pada dot mengikut arah tulis dengan betul.

16

Lampiran

17

Lampiran

18

Lampiran

19

Aktiviti 5:
Pom Pom Si
Bulat Kecil

20

Pom Pom Si Bulat Kecil

Fokus:
Koordinasi mata dan tangan serta kekuatan otot
tangan.

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Menyepit pom pom dengan betul.
● Menyusun pom pom dalam bulatan

Umur Kanak-kanak:
3 hingga 5 tahun.

21

Bahan: Cara Penyediaan:

• Kertas 1. Sediakan pom pom dan pensel.
• Pom pom 2. Mencetak lembaran kerja.
• Penyepit
• Pensel

22

Cara Pelaksanaan:

1. Pindahkan pom pom ke tapak yang disediakan menggunakan penyepit
satu persatu dengan betul.

2. Susun pom pom mengikut turutan.
3. Selesaikan bahagian atas diikuti bahagian bawah sehingga selesai.

23

Lampiran

24

Lampiran

25

Lampiran

26

Aktiviti 6:
Papan
Pelbagai
Guna

27

Papan Pelbagai Guna

Fokus:
Contengan awal.

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Melakukan contengan awal.
● Meniru bentuk dan garisan dengan baik.

Umur Kanak-kanak:
2 hingga 5 tahun.

28

Bahan: Cara Penyediaan:

• Kadbod hitam. 1. Buat pelbagai garisan, bentuk atau huruf pada
• Pen penanda. kertas warna.
• Plastik
• Pita pelekat. 2. Masukkan kertas putih ke dalam plastik.
• Kertas putih. 3. Lekatkan plastik di atas kadbod hitam.
• Kertas warna. 4. Lekatkan kertas warna pelbagai garisan, bentuk

atau huruf di bahagian atas plastik.

29

Cara Pelaksanaan:

1. Lakukan contengan di atas permukaan plastik
menggunakan pen penanda.

2. Pastikan contengan mengikut contoh yang
diberikan pada kertas warna.

3. Ulang contengan sehingga permukaan plastik
penuh.

30

Aktiviti 7:
Rak Telur

Huruf

31

Rak Telur Huruf

Fokus:
Menyebut dan memadankan huruf.

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Mengenal huruf ‘a’ hingga ‘z’ dengan betul.
● Memadankan huruf ‘a’ hingga ‘z’ dengan

tepat.

Umur Kanak-kanak:
4 hingga 6 tahun.

32

Bahan: Cara Penyediaan:

• Bekas telur. 1. Sediakan satu bekas telur dan 26 biji batu saiz
• 26 batu saiz kecil. kecil.
• Pen penanda.
2. Tulis huruf a hingga z di ruang dalam bekas telur
menggunakan pen penanda.

3. Tulis juga huruf a hingga z pada batu kecil.

33

Cara Pelaksanaan:

1. Ambil satu batu kecil dan letakkan batu
tersebut ke dalam bekas telur mengikut huruf
yang tertera.

2. Mulakan daripada huruf a hingga z.
3. Selesaikan baris atas terlebih dahulu sehingga

tamat.

34

Aktiviti 8:
Kraf Sensori
Surih Nama

35

Kraf Sensori Surih Nama

Fokus:
Menyurih nama sendiri.

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Menyurih nama dengan betul.
● Menggerakkan tangan untuk menyurih.

Umur Kanak-kanak:
4 hingga 6 tahun.

36

Bahan: Cara Penyediaan:

• Kad manila. 1. Potong kad manila berbentuk segi empat
• Kertas A4. tepat.
• Gam tembak.
• Warna krayon. 2. Tulis nama kanak-kanak pada kad manila
• Gunting yang telah dipotong.
• Pelekat

37

Cara Pelaksanaan:

1. Surih nama kanak-kanak dengan gam tembak
di kad manila (dipantau oleh ibu bapa).

2. Tunggu sehingga gam kering.
3. Ambil kertas A4 yang telah dipotong

kemudian lekatkan di atas kad manila
menggunakan pelekat.
4. Gosok permukaan kertas menggunakan
warna krayon.
5. Nama kanak-kanak akan muncul secara
“magik”.
6. Soal jawab boleh dilakukan berkenaan huruf
yang terdapat pada nama mereka untuk
memperkenalkan huruf-huruf tersebut.

38

Aktiviti 9:
Hutanku

39

Hutanku

Fokus:
Membentuk huruf.

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Membentuk huruf dengan betul.
● Mengikut arah penulisan yang betul.

Umur Kanak-kanak:
4 hingga 6 tahun.

40

Bahan: Cara Penyediaan:

• Ranting kayu. 1. Pergi keluar ke kawasan halaman rumah.
• Daun 2. Cari bahan yang boleh membentuk huruf
• Batang kayu.
• Kelopak bunga. seperti ranting kayu, daun, batang pokok,
• Kertas A4. kelopak bunga, dan sebagainya.

41

Cara Pelaksanaan:

1. Susun bahan yang diambil di
persekitaran rumah di atas sehelai
kertas putih.

2. Susun sehingga menbentuk huruf.
3. Susun mengikut urutan yang sama

seperti menulis.

42

Aktiviti 10:
Beg Uncang

Saya

43

Beg Uncang Saya

Fokus:
Kemahiran menulis menggunakan deria sentuh.

Objektif:
Kanak-kanak dapat;
● Melakukan aktiviti menulis menggunakan

jari.
● Menggerakkan jari mengikut arah menulis

yang betul.

Umur Kanak-kanak:
4 hingga 6 tahun.

44

Bahan: Cara Penyediaan:

• Plastik zip. 1. Masukkan air dan pewarna ke dalam tepung.
• Tepung 2. Kacau tepung, pewarna dan air hingga sebati.
• Pewarna makanan. 3. Masukkan adunan tepung ke dalam plastik zip.
• Air

45

Cara Pelaksanaan:

1. Bentuk huruf atau perkataan pada beg
uncang menggunakan jari.

2. Pastikan jari digerakkan mengikut arah
tulis yang betul.

3. Mulakan dari kanan ke kiri.

46


Click to View FlipBook Version