SOROTAN AKTIVITI ISU 1 EDISI JANUARI 2024 PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA (NCDRC) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2024 KATA ALUAN PENGARAH Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Sorotan Aktiviti NCDRC bertujuan menyampaikan maklumat kepada warga UPSI dan komuniti tentang aktiviti atau program yang telah dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) UPSI sepanjang Januari 2024. Pihak NCDRC juga sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak pada masa akan datang demi kecemerlangan bersama. Terima kasih. PROF. MADYA DR. MAZLINA CHE MUSTAFA PENGARAH, NCDRC
5 hingga 7 Januari 2024 - Pihak NCDRC telah mengadakan Mesyuarat Pemantapan Pentadbiran & Pengurusan NCDRC bertempat di Hotel Travelodge Ipoh. Mesyuarat bertujuan memperkemaskan lagi pengurusan bagi setiap unit di NCDRC. SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2024 1 9 Januari 2024 - Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YB Dato' Salbiah Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
11 Januari 2024 – Sesi perkongsian Ilmu : Asas Barista Bersama Chef Zuhal, NCDRC. Sesi perkongsian ilmu adalah program yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kakitangan. Adelia Beilin (2021) menyatakan bahawa "Knowledge sharing in the workplace can increase productivity, social interaction, and trust among the team" SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 2 12 Januari 2024 – Majlis Amanat Pengarah dan Majlis Penghargaan Kakitangan NCDRC. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Dr. Iylia Dayana binti Shamsudin, Puan Khatijah binti Abu Yahaya, Muhammad Fatkhurrozak Bin Sokhipul Hadi dan Norsakinah binti Khalil Aznan diatas sumbangan dan khidmat bakti selama berada di NCDRC dan semoga cemerlang dalam apa jua bidang yang dilakukan.
15 hingga 16 Januari 2024 - Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah mengadakan BECE Industrial Engagement Programme bersama dengan Albukhary International University (AIU). Fokus utama program ini adalah untuk memberi pendedahan melalui sesi perkongsian ilmu dan membantu pelajar-pelajar AIU dan UPSI untuk mengenal pasti laluan kerjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 3
SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 4 19 Januari hingga 21 Januari 2024 - Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah mengadakan Mesyuarat Modul Pemakanan Bersama Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 18 Januari 2024 - Kunjungan dari SUK Perak dan GPMS ke NCDRC : Perbincangan lebih berfokus kepada kolaborasi NCDRC bersama SUK Perak dan GPMS untuk program khidmat sosial membantu Kanak-kanak Menguasai 2M (Menulis dan Membaca).
SOROTAN AKTIVITI NCDRC 2023 7
Unit Penerbitan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak. 015-4879 7137 www.ncdrc.edu.my [email protected] NCDRC UPSI Page ncdrc_upsi06 NCDRC UPSI ncdrc