The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tarikh : 21 Jun 2021
Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SKSK
Perasmi : Tuan Haji Rahiman bin Garip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by k.syakirasalimin, 2022-06-20 12:11:22

Buku Program MAT PIBG Kali Ke-45

Tarikh : 21 Jun 2021
Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SKSK
Perasmi : Tuan Haji Rahiman bin Garip

Keywords: buku program PIBG SKSK kali ke-45,buku program pibg sksk 2022

1

KATA ALU-ALUAN

GURU BESAR SK SAGIL KAMPONG

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana telah diberi peluang
untuk terus hidup di muka bumi ini dan seterusnya melaksanakan tugas yang
diamanahkan kepada kita dengan jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.
Sesungguhnya tahun 2022 merupakan tahun yang sangat dinantikan oleh
semua warga sekolah setelah menyaksikan pelbagai cabaran dan dugaan yang
terpaksa ditempuhi dalam menangani ancaman pendemik Corona Virus atau
COVID19 pada tahun 2021. Bermula daripada pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang menyebabkan semua institusi
pendidikan termasuk sekolah terpaksa ditutup dan pelbagai arahan
pelaksanaan operasi standard (SOP) yang perlu dilaksanakan setelah
pengoperasian sekolah dimulakan semula amat menuntut kepada kesabaran,
kepatuhan dan komitmen semua pihak.
Dalam pada itu, antara cabaran yang utama bagi guru-guru juga adalah untuk
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh
pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP). Dengan pelbagai kekangan yang
dihadapi oleh guru, murid dan ibu bapa seperti ketiadaan peranti atau peralatan yang
sesuai, masalah capaian internet, kesukaran pengurusan jadual pembelajaran di rumah,
kesukaran pihak ibu bapa untuk memberikan bimbingan kepada anak-anak dan pelbagai
lagi kekangan yang dihadapi sememangnya diakui memberi kesan terhadap tahap
penguasaan pembelajaran murid-murid.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah berkat usaha dan komitmen semua guru, staf, ibu
bapa, murid dan semua pihak yang berkaitan, pengoperasian sekolah setelah murid
kembali semula ke sekolah dapat dilaksanakan mengikut SOP dan garis panduan yang
ditetapkan. Sesi PdPR juga turut dapat dilaksanakan secara aktif setelah jadual PdPR yang
lebih fleksibel dikeluarkan oleh pihak sekolah. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua guru dan ibu bapa yang telah sama-sama berusaha bagi memastikan
kelangsungan pembelajaran anak-anak dapat diteruskan walaupun dalam keadaan yang
sangat sukar.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian.
Setiap sekolah pastinya mempunyai visi, misi dan matlamat strategik yang ingin
direalisasikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk itu, pasukan
kerja yang terdiri daripada barisan pentadir, guru, anggota kumpulan pelaksana
(AKP), staf perkhidmatan sekolah dan dibantu dengan ahli jawatankuasa PIBG
mempunyai peranan yang sangat besar dalam merealisasikan kualiti kemenjadian
murid dan akhirnya dapat membentuk budaya kerja sekolah berkualiti.
Dalam pada itu, untuk makluman semua warga pendidikan dan ibu bapa,
kita kini berada dalam Gelombang 3 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) iaitu bagi fasa akhir bermula 2021-2025. Dengan

2

pelaksanaan PPPM yang telah pun dimulakan sejak 2013, gelombang 3 ini
merupakan kemuncak kepada pelan itu sendiri yang sudah tentunya dapat
memberikan impak kepada pembangunan sistem pendidikan di negara
kita.

Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru
besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu,
pihak KPM akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan
operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi
pembangunan kecemerlangan profesional setiap modal insan dalam
organisasi.

Tahun 2021 berlalu sudah,
Menyimpan kenangan mengukir kejayaan;
Tahun 2022 melangkah gagah,
Cabaran ditempuhi melangkah ke hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan warga SK Sagil Kampong sekalian,

Tahun 2022 sudah pasti merupakan tahun yang sangat mencabar bagi semua pihak
terutamanya bagi memastikan anak-anak SK Sagil Kampong tidak ketinggalan dalam
pelajaran sekali gus memastikan defisit pendidikan tidak berlaku. Untuk itu, saya percaya
setiap guru di SKSK sedar akan cabaran ini dan telah mula membuat pelbagai
perancangan untuk memastikan setiap murid dapat meneruskan pembelajaran seperti
yang dihasratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi menyokong
pelaksanaan usaha ini, pihak sekolah akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha
dan inisiatif untuk menjayakan matlamat strategik sekolah dan bidang fokus yang dikenal
pasti selaras dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA dan program peningkatan yang telah
disediakan dalam Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS).

Akhir sekali, besarlah harapan saya agar semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP),
staf, ibu bapa, murid-murid, PIBG dan semua pihak yang berkaitan dapat bersama-sama
berganding bahu bagi terus memacu kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong.
Dalam pada itu, cabaran yang bakal ditempuh dalam fasa peralihan pendemik COVID-19
ke fasa endemik sudah pasti memerlukan komitmen semua warga sekolah dan ibu bapa
untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa dan garis panduan pengoperasian sekolah yang ditetapkan. Ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas segala idea dan usaha yang telah
disumbangkan. Teruskan usaha demi kejayaan agama, bangsa dan tanah air yang kita
cintai ini. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati warga SK Sagil Kampong dan seterusnya
menempatkan diri kita dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

‘SKSK WAY FORWARD’
Sekolahku SEJAHTERA, Memacu Transformasi

Sekian, terima kasih.
Daripada;
Cikgu Muhammad Hafifi bin Radzuwan,
Guru Besar SK Sagil Kampong,
Tangkak, Johor

3

KATA ALU-ALUAN

YDP PIBG SK SAGIL KAMPONG

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Bersyukur saya kepada Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita
sama-sama berkumpul pada petang ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG Kali ke-45 SK Sagil Kampong. Saya amat berbesar hati dan
berterima kasih atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita pada
tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi
sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini
untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan
anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun
sahsiah diri.

Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK
yang diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah
sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG.
Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap
ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat
berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal
kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini. Walaupun PIBG
beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan membolehkan
kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak
kita.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada
pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan
akan dicapai. Justeru, setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha
gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada anak-anak kami. Harapan kami
sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang
lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah ke-jayaan masa depan. Akhir kata saya
menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk menya-lurkan idea-idea yang
bernas mahupun tenaga untuk digembeleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya
sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang.

Sekian. Terima kasih.
En Arifuddin bin Wagiman

4

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG

SKSK KALI KE-45

2.00 PETANG : PENDAFTARAN IBUBAPA
2.15 PETANG
2.30 PETANG : KETIBAAN TETAMU VIP

: LAGU BANGSA JOHOR
: LAGU NEGARAKU
: PERSEMBAHAN MURID
I) NYANYIAN - PROUD OF YOU
: BACAAN DOA

2.50 PETANG : UCAPAN GURU BESAR
3.00 PETANG
3.10 PETANG : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
3.30 PETANG : UCAPAN PERASMI
3.35 PETANG : GIMIK PELANCARAN ‘1 KELAS 1 TV’
3.45 PETANG : PERSEMBAHAN MURID - MEDLEY SYAIR & SAJAK
: ANUGERAH KHAS PENGLIBATAN AKTIF IBU BAPA
: CABUTAN BERTUAH ( ROUND 1 )
: CENDERAHATI PERASMI

4.00 PETANG : KUDAPAN/REHAT
4.15 PETANG
5.30 PETANG : MESYUARAT AGUNG PIBG SKSK KALI KE- 45

: CABUTAN BERTUAH ( ROUND 2 )
: PENYERAHAN WANG BANTUAN BAPJ
: BERSURAI

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lepas.
3. Hal-hal berbangkit
4. Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG sesi 2021.
5. Membentang dan meluluskan laporan kewangan PIBG berakhir Mei 2022.
6. Pembubaran AJK PIBG 2021/2022 dan perlantikan AJK baharu sesi 2022/2023
7. Pembentangan dan perbincangan usul
8. Ucapan Penangguhan YDP PIBG
9. Hal-hal lain
10. Besurai

5

JAWATANKUASA PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG

SK SAGIL KAMPONG TAHUN 2022
KALI KE-45

Penasihat : En. Muhammad Hafifi bin Radzuwan
Pengerusi : En. Arifuddin Bin Wagiman
N.Pengerusi : En. Suyar Bin Basir
Setiausaha : Pn. Nur Anisza bt Md Dali
Bendahari : En. Md Mustahir bin Mawlana

Persiapan Tempat / Backdrop / Sambutan / Protokol Teknikal / Multimedia
Pentas En. Maksom bin Hassan
Pn. Norkhuda bt A Wahab Cik Kheirounne Fathirra bt Abdul
En. Maksom bin Hassan En. Ahmad Nazri bin Talib Rasid
En. Yuzaimi bin Yunos En. Sukri Bin Abdullah
En. Azmi bin Md.Yassin
En Muhidzir bin Ahmad Pengacara Majlis Dokumentasi /Rakaman
En. Md Mustahir bin Mawlana Peristiwa
Pn. Azila bt Abd Rahman Pn. Uminurain bt Yusuf Pn Idayatul Hashima bt
Pn. Rosliza bt Razali En. Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Ibrahim
Pn. Musliza bt Musa Subari Pn Rohana bt Md Noh
Pn. Nurhazleen bt Rosli
Cabutan bertuah dan Cenderahati Pencatat Minit
Gimik Pelancaran Pn Yusnita bt Arbain Cik Kheirounne Fathirra binti
Pn.Suhaida Binti Othman Abdul Rasid
Cik Nurul Atikah bt Ishak Pn. Dafizah bt Razali Pn Norjuwita bt Hassan
Pn. Jazimah bt Ibrahim AJK PIBG

Jamuan dan Hidangan PA Sistem / Siaraya / Iklan Pendaftaran
Pn. Siti Halawiah bt Buang En. Baharil Ihzal bin Baharudin Pn. Nismawati Binti Pawzi
Pn. Hjh. Maziah bt Mohamad En. Zurai Asyran bin Mahbob Cik Nurul Atikah bt Ishak
Pn. Raerzyyah bt Zakaria En Abu Saifuddin bin Abu Hanifah Cik Yasantha Devi
Pn. Darul Rizah bt Hj Hamat Pn Hjh Khoirussyakiroh
Pn. Radiyah bt Baharum
Persembahan Murid
Buku Program Pn. Jazimah bt Ibrahim
Pn. Hjh Khorussyakiroh bt Hj
Salimin
Pn. Nur Anisza bt Md Dali

Bacaan Doa
En. Mohd Fakhrurrazi bin
Mohd Subari

6

SENARAI JAWATANKUASA PIBG
SK SAGIL KAMPONG
SESI 2021/2022

Ex-Oficio : Encik Muhammad Hafifi bin Radzuwan
Yang Dipertua : Encik Arifudin bin Wagiman
Naib Yang Dipertua : Encik Suyar bin Basir
Setiausaha : Pn Nur Anisza bt Md Dali
Bendahari : Encik Md Mustahir bin Mawlana

AJK (IBU BAPA)

1. Tn Hj Mohamad Nor bin Othman ( Sagil Pt 3 )
2. En Mohd Tolib bin Sungot ( Sagil Pt 3 )
3. En Ahmad Zamzuri ( Sagil Pt 3 )
4. Puan Dayang Suhana bt Mokhtar ( Sagil Pt 3 )
5. En Mohd Haffis bin Mohd Yusoff ( Sagil Pt 2 )
6. En Ramli bin Sinon ( Sagil Pt 2 )
7. Puan Suraya bt Md Said ( Sagil Pt 1 )
8. Pn Rohayati bt Muhamad ( Pekan Sagil )
9. Pn Siti Laila bt Surip ( Taman Sri Jaya Sagil )
10. Pn Shazila bt Md Razali ( Taman Ledang )
11. Pn Zaliha bt Hussein ( Taman Warisan )
12. En Azman bin Azhari ( Kampung Melayu Raya )
13. En Hairol Arifin bin Mohd Yusof ( ILP Sagil )

AJK (GURU)

1. En Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Subari

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. En Mohd Lawi bin Rabu
2. En Abu Saifuddin bin Abu Hanifah

7

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN
SK SAGIL KAMPONG 2022

BIL NAMA JAWATAN
1 En Muhammad Hafifi bin Radzuwan GURU BESAR
2 Pn Norkhuda binti A Wahab GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
3 En Ahmad Nazri bin Talib GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
4 En Sukri bin Abdullah

BIL NAMA JAWATAN BIL NAMA JAWATAN
19 Pn Nur Anisza binti Md.Dali GURU
5 En Muhidzir bin Ahmad GURU 20 Pn Jazimah binti Ibrahim GURU
21 Pn Yusnita binti Arbain GURU
6 En Azmi bin Md Yassin GURU 22 Pn Rosliza binti Razali GURU
23 Pn Radiyah binti Baharum GURU
7 En Maksom bin Hassan GURU 24 Pn Siti Halawiah binti Buang GURU
25 Pn Norjuwita binti Hassan GURU
8 En Mohd Fakhrurrazi bin M. Subari GURU 26 Pn Azila binti Abd Rahman GURU
27 Pn Khoirussyakiroh binti Salimin GURU
9 En Zurai Asyran bin Mahbob GURU 28 Pn Suhaida binti Othman GURU

10 En Md Mustahir bin Mawlana GURU 29 Pn Dafizah bt Razali GURU

11 En Baharil Ihzal bin Baharudin GURU 30 Pn Uminurain bt Yusuf GURU
31 Cik Yasantha Devi GURU
12 En Yuzaimi bin Yunos GURU 32 Cik Nurul Atikah bt Ishak GURU
13 Pn Raerzyyah binti Zakaria GURU
14 Pn Maziah binti Mohamed GURU

Cik Kheirounne Fathirra Abdul GURU
15
GURU
Rasid
16 Pn Idayatul Hashima bt Ibrahim

17 Pn Darul Rizah binti Hj Hamat GURU

18 Pn Nismawati binti Pawzi GURU

BIL NAMA JAWATAN
1 Pn Rohana binti Md Noh PEMBANTU TADBIR
2 En Azman bin Parman PEMBANTU AM PEJABAT
3 Pn Norhazleen bin M. Rosley PPM PENDIDIKAN KHAS
4 Pn Musliza binti Musa PPM PRA SEKOLAH

8

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-44
SEKOLAH KEBANGSAAN SAGIL KAMPONG

Tarikh : 23 OKTOBER 2021

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 malam

Tempat : Kediaman masing-masing

Kehadiran : 126 orang

Perasmian oleh : Encik Norizan bin Azali

A. PERJALANAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

1. BACAAN DOA
1.1. Dibacakan oleh Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Subari.

2. UCAPAN YDP PIBG (EN. ARIFUDDIN BIN WAGIMAN)
2.1. Mengalukan-alukan kehadiran perasmi, barisan pentadbir
sekolah, guru-guru, AJK PIBG dan ibu bapa.
2.2. Berkongsi tentang asal usul nama Sagil Kampong dan kadar
vaksinasi warga sekolah lebih 90%.
2.3. Memaklumkan bahawa PdPR berjalan dengan lancar. Tugasan offline
diberikan secara berkala oleh guru-guru di mana ibu bapa akan mengambil
bahan PdP di pondok pengawal sekolah.
2.4. Menyuarakan cabaran utama yang dihadapi oleh kebanyakan warga
SK Sagil Kampong adalah talian internet yang kurang stabil. Namun, PdPR
online tetap ada dijalankan semampunya.
2.5. Menyeru semua ibu bapa untuk sentiasa memberikan kerjasama dan
sokongan kepada pihak sekolah dalam menempuh cabaran pembelajaran
di era pandemik Covid-19 ini.

3. UCAPAN GURU BESAR (TN. HJ. ABDUL GHANI BIN IBRAHIM)
3.1. Mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Norizan bin Azali di
atas kesudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung tahun ini.
3.2. Mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG SKSK kerana dapat
menjayakan Mesyuarat Agung ini dan berharap agar jawatankuasa
PIBG dapat terus merancang program yang lebih cemerlang demi
kemenjadian anak-anak Sagil.

9

3.3. Mengucapkan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang dapat
hadir secara maya pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 ini.

3.4. Menyuarakan penghargaan kepada YDP PIBG yang sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi dan turut sama menjayakan
aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Contohnya, Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-43 yang lepas berjaya dijalankan sebelum PKP.

3.5. Memaklumkan bahawa program sukan dan kokurikulum tetap
berjaya dijalankan secara dalam talian dan menerima penglibatan
yang aktif daripada semua murid SK Sagil Kampong.

3.6. Memaklumkan tentang pembangunan fizikal sekolah untuk tahun
2021.

3.6.1. Pembinaan 4 buah tandas, menurap jalan di bahagian depan
sehingga ke kawasan parkir kereta dan susur gajah bernilai
RM100,000

3.6.2. Penambahan ruang dapur basur bagi kedua-dua rumah guru
bernilai RM20,000

3.6.3. Dua lagi projek yang dipohon iaitu penambahbaikan bangunan
kantin (RM100,000) dan menaiktaraf sebuah lagi kelas untuk
Pendidikan Khas (RM100,000)

3.7. Berkongsi tentang pendekatan PdPR yang dijalankan oleh guru
mengikut kesesuaian iaitu secara online, offline mahupun off-site.

3.8. Menghargai pengorbanan guru-guru, ibu bapa dan semua murid dari
segi peranti, masa, tenaga, buah fikiran dan komitmen yang sangat
baik dalam menjayakan PdPR.

3.9. Memaklumkan bahawa sesi pembelajaran 2021 telah dilanjutkan
sehingga Feb 2022 dan pembukaan sekolah (PdP bersemuka) adalah
secara berfasa.
3.9.1. Kelas Pendidikan Khas bermula 10 Oktober yang lalu.
3.9.2. Pra Sekolah – 24 Oktober
3.9.3. Murid Tahap 1 - 7 November
3.9.4. Murid Tahap 2 – 21 November
3.9.5. Namun, semua tertakluk kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia mengikut pengumuman dari semasa ke semasa
melalui JPN Johor dan PPD Tangkak

10

3.10. Menegaskan bahawa semua pihak perlu mematuhi SOP dan
peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
3.10.1. Pengambilan suhu di pintu masuk
3.10.2. Pemakaian pelitup muka
3.10.3. Penggunaan pensanitasi tangan
3.10.4. Pematuhan penjarakan sosial
3.10.5. Tiada aktiviti yang melibatkan perhimpunan

3.11. Makluman awal tentang Pentaksiran Akhir Tahun yang akan
dijalankan pada Januari 2022.

3.12. Memberitahu tentang program Food Bank dan sumbangan kepada
keluarga murid yang memerlukan dalam bentuk barang keperluan dan
juga wang.
3.12.1. Unit PPKI telah memberi sumbangan tablet kepada 2 orang
murid Pendidikan Khas
3.12.2. Syarikat Hijrah juga menyumbangkan peranti kepada 5 orang
murid.

3.13. Memaklumkan bahawa seramai 6 orang guru yang akan bersara pada
tahun 2022.

3.14 Meminta kerjasama semua pihak terutamanya ibu bapa untuk
bersama-sama membantu sekolah mencapai kejayaan pada masa
akan datang. Penglibatan komuniti dalam setiap program yang
dirancang juga amat dialu-alukan di era pandemik Covid-19 ini.

4. UCAPAN PERASMI (EN. NORIZAN BIN AZALI)
4.1. Berbesar hati kerana diundang untuk merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG ini dan kagum dengan kehadiran lebih daripada 100 orang
walaupun diadakan secara dalam talian.
4.2. Mengucapkan tahniah atas peratus vaksinasi warga SK Sagil
menghampiri kadar 100%.
4.3. Memaklumkan tentang peranan PIBKS- Penglibatan Ibu Bapa,
Komuniti dan Swasta.
4.3.1. Ia wujud sejak 2013 bagi membantu melaksanakan program
yang dirancang oleh KPM
4.3.2. Misi “memperkasakan 2021” di bawah gelombang ke-3

11

4.3.3. Melibatkan ibu bapa (PIBG), komuniti (masyarakat yang tiada
anak bersekolah di tempat tersebut) dan swasta (peniaga di
kawasan sekitar sama ada kecil-kecilan mahupun pengusaha
kilang tempatan)

4.4. Mengucapkan syabas atas usaha Guru Besar dan YDP PIBG kerana
beruntung masih mendapat peruntukan yang agak besar bagi tambah
baik pembangunan fizikal sekolah di era pandemik ini.

4.5 Menyeru ibu bapa agar membantu pihak sekolah dalam meningkatkan
pembangunan sahsiah dan amaliah murid. Guru-guru telah cuba
sedaya upaya memberikan yang terbaik dalam memenuhi tuntutan
PdPR bagi kecemerlangan akademik murid.

4.6. Memandangkan sekolah akan dibuka tidak lama lagi, ibu bapa
disarankan untuk menggalakkan anak-anak bangun awal,
menunaikan solat Subuh serta mematuhi SOP yang ditetapkan.

4.7. Bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di sekolah terutamanya, ibu
bapa diingatkan agar sentiasa jujur dengan tahap kesihatan anak
masing-masing. Jika anak menunjukkan gejala wabak atau pun tidak
sihat, bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

4.8. Menyeru agar lebih ramai usahawan mahupun anak tempatan yang
berjaya untuk menyumbang kepada tabung PIBG khasnya bagi
membantu membeli peralatan belajar yang diperlukan seperti Smart
TV seperti yang dirancang.

4.9. Memohon maaf andai ada keterlanjuran kata dan mengucapkan jutaan
terima kasih atas usaha dan komitmen guru-guru yang bakal bersara
terutamanya barisan pentadbir SK Sagil Kampong.

12

B. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44

AGENDA 1
Membentang dan mengesah perjalanan mesyuarat dan minit Mesyuarat Agung
kali ke -44
1.1. Pn. Nur Anisza binti Md Dali, Setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat
Agung kali ke-43.
1.2. Pn. Zaliha binti Hussen mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut disahkan.
1.3. Cadangan disokong oleh En. Mohd Tolib bin Sungot.

AGENDA 2
Hal-hal berbangkit
2.1. Tn. Hj. Abdul Ghani bin Ibrahim memaklumkan bahawa kerja membaik pulih pagar
atau tembok sebelah balai raya tertangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

AGENDA 3
Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG dari April 2021 hingga
September 2021
3.1. Dibentangkan oleh bendahari PIBG, Ustaz Md Mustahir bin Mawlana.
3.2. En. Suyar bin Basir mencadangkan agar penyata kewangan tersebut disahkan.
3.3. Cadangan disokong sebulat suara.

AGENDA 4
Membahaskan usul-usul

4.1. En. Zamil bin Ramli mencadangkan agar pihak sekolah/PIBG mewujudkan
satu akaun khas bagi mengumpulkan dana untuk Program Infak Smart TV SK
Sagil Kampong

Respon 1 : Tn. Hj. Abdul Ghani, Guru Besar bersetuju dan berpendapat untuk
melibatkan alumni SK Sagil Kampong serta semua ahli PIBG.

Respon 2 : En. Arifuddin bin Wagiman, YDP PIBG mencadangkan pembelian
Smart TV ini secara berfasa bermula dengan kelas Tahun 6 dan
seterusnya.

13

4.2. En. Jafri bin Masod mengusulkan pengurangan yuran PIBG sebanyak 40%
Respon 1 : En. Arifuddin bin Wagiman, YDP PIBG menolak usul ini kerana En.
Jafri tidak menyertai Google Meet mesyuarat.

4.3. Pn. Cseetee Hameesa binti Marwah mencadangkan guru-guru subjek teras
khasnya untuk menggunakan Google Meet dengan lebih kerap berbanding
aplikasi Whatsapp dalam menjalankan PdPR dan pemberian tugasan

Respon 1 : Tn. Hj. Abdul Ghani, Guru Besar memaklumkan bahawa terdapat
3 kaedah PdPR iaitu secara online (menggunakan Google Meet, Zoom,
aplikasi Whatsapp, YouTube), offline (pemberian tugasan melalui buku
kerja/modul) dan offsite (sesi bersemuka khas). Semua guru berusaha
untuk menjayakan PdPR serta mengambil kira kekangan yang dihadapi
oleh murid (isu peranti,capaian internet). Justeru itu, ibu bapa
diharapkan agar turut sama membantu dalam memastikan anak-anak
tidak tercicir dan membuat latihan yang diberi.

AGENDA 5
Hal-hal lain

5.1. Guru Besar memaklumkan tentang Pentaksiran Kemasukan Sekolah
Khusus (PKSK) iaitu pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan
murid ke Tingkatan 1 ke Sekolah Khusus. Ibu bapa murid Tahun 6 digalakkan
untuk membuat permohonan anak mereka ke sekolah khas. Secara tidak
langsung, ia memberikan persekitaran pembelajaran yang berbeza dan
pengalaman yang lebih mencabar.

5.2. En. Arifuddin, YDP PIBG menyatakan jumlah kehadiran seramai 120 orang.
Beliau amat berbangga dengan komitmen ibu bapa dan penjaga khasnya
dalam menjayakan mesyuarat agung tahun ini walaupun hanya dapat
dijalankan secara dalam talian.

5.3. Ustazah Jazimah memaklumkan bahawa pemenang hadiah cabutan bertuah
boleh menuntut hadiah masing-masing di Dewan Ibnu Sina, SK Sagil
Kampong pada hari Ahad (31 Oktober 2021) mulai pukul 10.00 pagi.

5.4. Pn. Junainah binti Ahmad berbesar hati untuk menambah sebanyak 10 lagi
hadiah cabutan bertuah.

14

AGENDA 6
Ucapan penangguhan oleh En. Arifuddin bin Wagiman - YDP PIBG

6.1. Mengucapkan terima kasih atas komitmen semua AJK serta kerjasama dan
sokongan ibu bapa dalam usaha bersama mengunggulkan SK Sagil
Kampong.

6.2. Menggalakkan dan menyeru semua ibu bapa dan komuniti Sagil untuk
melibatkan diri secara aktif dalam setiap program yang dirancang oleh
PIBG dan pihak sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.05 malam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ………………………………….

( NUR ANISZA BINTI MD DALI ) ( ARIFUDDIN BIN WAGIMAN )
Setiausaha Yang Dipertua
PIBG SK SAGIL KAMPONG PIBG SK SAGIL KAMPONG
2021/2022

15

LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG
SK SAGIL KAMPONG BERAKHIR MEI 2022

TARIKH PENERIMAAN RM TARIKH PENGELUARAN RM
BAKI DI BAWA KE 29366.70
1036.00
DEPAN 70.00

5.1.2021 BELIAN KIPAS DINDING 10 000
25.1.2022 DEWAN 7 SET
SUMBANGAN 109.00
785.00
PERSARAAN CIKGU
KARIM 440
211
24.2.2022 BAYARAN MEJA DAN 1652.40
KERUSI KANTIN
828.00
16.3.2022 JUALAN BUKU AWAL 36650.00 20.3.2022 BAYARAN MODUL 315.00
TAHUN DAN PENTAKSIRAN 2000.00
20.3.2022
SUMBANGAN PIBG BELIAN BUKU TULIS 5158.00
21.3.2022 GARIS 1
21.3.2022 1500.00
BELANJA KEDAI BUKU 1330.00
22.3.2022 PHOTOSTAT MODUL 6465.00
TRANSISI TAHUN 1
BELIAN BUKU AKTIVITI 130.00
1895.00
30.3.2022 PENDAPATAN KEDAI 850.00 22.3.2022 BELIAN BUKU TULIS 1206.00
22.3.2022 BELIAN KERTAS A4 144.00
24.3.2022 SUMBANGAN MAJLIS 1264.00
PERSARAAN GURU
24.3.2022 36538.4
BESAR
BAYARAN BUKU KERJA

30.4.2022 PENDAPATAN KEDAI 1300.00 13.4.2022 SUMBANGAN
PERSARAAN GPK 1
21.4.2022 BAYARAN BUKU KERJA
26.4.2022 BAYAYAN T-SHIRT
SUKAN DAN KRMJ

31.5.2022 PENDAPATAN KEDAI 1780.00 12.5.2022 BELIAN BUKU PAFA
16.5.2022 JAMUAN HARI RAYA

19.5.2022 MURID
BELIAN KIPAS DEWAN
24.5.2022
6PCS
24.5.2022 BAYARAI BUKU AKTIVITI

JAWI TAHUN 1
BELIAN LENCANA DAN

TAG NAMA MURID

JUMLAH PENGELUARAN

16

BAKI BAWA HADAPAN 33408.1
69946.5
JUMLAH 69946.5
PENERIMAAN

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISEMAK OLEH,

….…………………………………….. …………………………………….. ……………………………….
( MD MUSTAHIR BIN MAWLANA ) ( MOHD LAWI BIN RABU ) ( ABU SAIFUDDIN B. ABU HANIFAH )
BENDAHARI PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
PIBG SK SAGIL KAMPONG

#SKSK WAY FORWARD

17

USUL DAN CADANGAN IBU BAPA / PENJAGA
MAT PIBG SKSK 2022

BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK USUL

1. ROZITA BT RAPIA GURU MENGADAKAN KELAS
M. AIMAN HAKIM BIN TAMBAHAN UNTUK PELAJAR.
HAZALI

( 6 UIA )

2. SYAHRUNNIZAN BIN MOHAMED AMSYAR ADIYAN SYAH 1. MINTA DICARI JALAN BAGAIMANA IBU
SENIN BAPA BOLEH MEMANTAU PERKEMBANGAN
( 6 UIA ) PEMBELAJARAN ANAK-ANAK SETIAP HARI
SEBAB KADANG-KADANG BILA IBU BAPA
MEMERIKSA BUKU TULIS/AKTIVITI ANAK-
ANAK SETIAP MALAM SEOLAH-OLAH TIADA
APA YANG DIPELAJARI DI SEKOLAH PADA
HARI BERKENAAN (MAKNANYA APA YANG
DIBUAT PADA HARI ISNIN TIADA TAMBAHAN
PENULISAN/AKTIVITI PADA SELASA DAN
RABU MISALNYA.)

2. MINTA MURID-MURID DIBERI KERJA
RUMAH TERUTAMANYA UNTUK DIBUAT PADA
HUJUNG MINGGU TERUTAMANYA BAGI MATA
PELAJARAN MATEMATIK DAN BAHASA
INGGERIS

3. NOR AZNI BIN MAZLAN HARRIZ IMAN KELAS TAHUN 1 DITEMPATKAN DI ARAS
(5 UTM) BAWAH.

18

SEKALUNG PENGHARGAAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sagil Kampong merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti yang
dirancangkan.

Tn Haji Rahiman bin Garip
Alumni SK Sagil Kampong
En Arifudin bin Wagiman
Yang DiPertua PIBG 2021/2022
En Muhammad Hafifi bin Radzuwan
Guru Besar SK Sagil Kampong

PERODUA SALES SDN.BHD
NADA WARISAN

ASMARA CARWASH
ANIQ & FARIEZ ENTERPRISE

AJK PIBG sesi 2021/2022

Warga Pendidik serta Kakitangan Sokongan
SK Sagil Kampong

Semoga Allah S.W.T
Meredhai dan Memberkati

Amalan Kita
di Dunia Dan Akhirat


Click to View FlipBook Version