KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA
JALAN ISTANA, 41000 KLANG, SELANGOR
BUKU PERATURAN DAN DISIPLIN
PANDUAN DAN PERATURAN DISIPLIN
KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA KLANG
Perkara 1: Peraturam am kolej
1.1 Semua pelajar kolej adalah tertakuk kepada Pekeliling - Pekeling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.2 Kehadiran ke kolej adalah WAJIB.
1.3 Pelajar wajib mengimbas kad matrik pada alat perakam kehadiran pada setiap
hari.
1.4 Waktu kehadiran pelajar diambil berdasarkan maklumat yang direkodkan
pada alat perakam kehadiran.
1.5 Pelajar wajib berada dalam perkarangan kolej sebelum jam 7.20 pagi setiap
hari.
1.6 Pelajar hanya dibenarkan berada di kawasan kantin dan tapak perhimpunan
sebelum perhimpunan bermula.
1.7 Pelajar perlu berada di tapak perhimpunan pada tepat jam 7.15 pagi.
1.8 Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke kolej oleh sebab-sebab yang tertentu
hendaklah membuktikan dengan mengemukakan surat dari doktor atau surat
tunjuk sebab daripada ibu bapa/ penjaga.
1.9 Pelajar hanya dibenarkan masuk ke kelas masing – masing selepas
perhimpunan tamat.
1.10 Pelajar hanya dibenarkan balik berdasarkan ketetapan dalam jadual waktu
kolej.
2
Perkara 2 : Pakaiaan Murid dan Penampilan diri
Pakaian dan penampilan diri pelajar Tingkatan Enam adalah tertakluk kepada :
2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2014 bertarikh 5 Dis 2014. Etika Pakaian
Murid Tingkatan Enam.
2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 (Potongan Rambut murid)
i. Pelajar lelaki tidak boleh berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah
seperti berikut :
a. Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan cuping dua
b. Di depan telinga
c. Di sebelah
: Rambut menutup garisan tengah dahi
d. Di atas : Rambut menutup kedua-dua telinga atau
sebahagiandaripadanya melebihi garisan
tengah hidung.
: Rambut lebih daripada 6 inci panjang.
ii. Pelajar lelaki tidak dibenar menyimpan misai dan janggut.
iii. Pelajar perempuan yang berambut panjang hendaklah mengikat rambut.
dengan kemas.
iv. Fesyen rambut pelajar hendaklah tidak keterlaluan seperti punk/skin head
atau berwarna.
2.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 9/2015.
Panduan Berkenaan Rambut dan Pemaikaian Steel Bangle (KARA) oleh
murid murid keturunan Sikh.
2.4 Pelajar tidak hadir PdP tetapi datang ke kolej untuk urusan rasmi dan bukan
rasmi hendaklah hendaklah sentiasa berpakaian smart kasual dan memakai
kasut bertutup atau memakai baju kemeja T berkolar kolej, trek bottom dan
kasut sukan atau pakaian yang bersesuaian mengikut aktiviti yang dijalankan
dengan kebenaran guru.
3
Perkara 3 : Kad Matrik Pelajar
3.1 Semua pelajar akan dibekalkan kad matrik pelajar dengan bayaran
ditanggung oleh pelajar sendiri.
3.2 Pelajar dikehendaki mengimbas kad matrik pada alat perakam kehadiran
setiap hari.
3.3 Sekiranya pelajar tidak membawa kad matrik atau telah kehilangan kad
matrik, hendaklah merekodkan nama, tarikh dan masa ke dalam fail yang
disediakan oleh biro kad matrik di pintu pagar kolej.
3.4 Semua pelajar dikehendaki memakai dan mempamerkan kad matrik pelajar
semasa berada di kawasan kolej.
3.5 Kad matrik pelajar tidak boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau di
ubahsuai dan tidak boleh mempunyai nama dalam bentuk samaran.
3.6 Kad matrik pelajar TIDAK boleh dipindah milik.
3.7 Kad matrik hendaklah dipakai dengan mempamerkan bahagian hadapan.
3.8 Kad matrik pelajar yang hilang / rosak mesti dilaporkan kepada penyelaras
biro kawalan kad matrik, unit disiplin kolej.
3.9 Kos untuk mendapatkan kad matrik baharu adalah ditanggung oleh pelajar.
4
Perkara 4 : Kehadiran
4.1 Pelajar wajib hadir ke kolej pada setiap hari.
4.2 Pelajar wajib menghadiri kelas / kuliah, tutorial,amali, kerja kursus,
kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej. Pelajar yang tidak hadir ke
kolej tanpa sebab akan diambil tindakan seperti berikut:
Surat Amaran Hari tidak hadir berturut-turut Hari tidak hadir bukan berturut-turut
Amaran Pertama Pada hari ketiga (3) Pada hari ke 10 (10)
Amaran Kedua 7 hari selepas amaran pertama (10) 10 hari selepas amaran pertama (20)
Amaran Terakhir 7 hari selepas amaran kedua (17) 20 hari selepas amaran kedua (40)
Pembatalan Nama 14 hari selepas amaran pertama (31) 20 hari selepas amaran pertama (60)
4.3 Pelajar bertanggungjawab menepati masa ketika menghadiri kuliah, tutorial,
amali, kerja kursus dan kokurikulum dan semua aktiviti rasmi kolej.
Perkara 5 : Penglibatan Pelajar dalam Persatuan/ Badan/ Pertubuhan/Kumpulan
dan Parti Politik
Berdasarkan Peraturan Ordinan Pelajaran 1957: Peraturan Pelajaran
(DisiplinSekolah)1959. Perkara 7
Perbuatan-Perbuatan Yang Dilarang:
5.1 Pelajar-pelajar di bawah umur 21 tahun dilarang mengambil bahagian dalam
aktiviti politik.
5.2 Berkempen untuk mendapatkan undi
5.3 Berpidato
5.4 Menghalang sebarang perhimpunan orang ramai
5.5 Mengedar/menyebarkan risalah politik
5.6 Mengganggu/menghalang sebarang mesyuarat politik
5.7 Mengambil bahagian dalam mesyuarat.
5
Perkara 6 : Menjemput Penceramah Luar/ Agensi
Kelab/ persatuan/ badan beruniform pelajar yang ingin menjemput penceramah luar
hendaklah mengikut peraturan berikut :
6.1 Kebenaran daripada Pengetua hendaklah diperoleh terlebih dahulu sekiranya
penceramah yang terdiri daripada pegawai/kakitangan di Kementerian jabatan
kerajaan dan Institusi pendidikan /pengajian tinggi yang diiktiraf oleh
kerajaan.
6.2 Sekiranya penceramah bukan daripada Kementerian Pendidikan, kelulusan
mesti diperoleh terlebih dahulu daripada Pengarah JPN.
6.3 Perkara yang menjadi tajuk dan isi ceramah hendaklah perkara-perkara yang
bersesuaian dengan tujuan dan objektif kelab/ persatuan yang menjemput dan
tidak bercanggah dengan peraturan Kementerian Pendidikan dan undang-
undang Negara.
6.4 Semasa ceramah/syarahan diadakan, guru yang berkenaan mesti hadir
bersama-sama dan laporan hendaklah didokumentasikan.
Perkara 7 : Larangan Merokok dan Larangan Penggunaan Rokok Elektronik
Atau Vape di Kolej.
Pelajar DILARANG menghisap rokok atau rokok elektronik, vape di mana-mana
kawasan kolej. Pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin jika melanggar peraturan
tersebut dan tertakluk kepada :
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1997 Hukuman ke Atas Murid Menghisap
Rokok
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1997. Sekolah sebagai Kawsan Larangan
Merokok
iii. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 17/2015. Larangan
Penggunaan Rokok Elektronok atau Vape Di Sekolah.
6
Perkara 8 : Penggunaan Gajet Elektronik
8.1 Penggunaan gajet elektronik merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi pelajar Tingkatan Enam, khususnya dalam menyiapkan
kerja kursus dan sebagai rujukan sumber disebabkan ketiadaan buku teks.
8.2 Penggunaan gajet elektronik seperti telefon bimbit, i-pad, tablet, chrome book,
komputer riba dan note book) di dalam kelas semasa pdpc, di tapak
perhimpunan dan dalam kawasan kolej adalah tertakluk kepada kebenaran
daripada guru.
8.3 Jika tiada kebenaran daripada guru, gajet elektronik hendaklah sentiasa
disimpan di dalam saku ataupun di dalam beg sepanjang masa pelajar berada
di dalam kawasan kolej.
8.4 Kebenaran penggunaan gajet elektronik adalah tertakluk kepada :
a. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan gajet
elektronik tersebut.
b. Setiap pelajar bertanggungjawab untuk menggunakan gajet elektronik
dengan betul dan beretika dengan kebenaran guru sahaja.
c. Penggunaan earphone adalah dilarang sama sekali dalam kawasan
kolej. Pelajar yang ingkar peraturan ini, earphone mereka akan
dirampas dan dilupuskan dengan serta merta tanpa sebarang penjelasan.
d. Tidak dibenarkan mengecas gajet elektronik di soket dinding kolej.
7
Perkara 9 : Media sosial
9.1 Kini, penggunaan media sosial tidak dapat dielakkan dalam kehidupan
seharian kita. Oleh itu, pelajar dinasihatkan menggunakan pelbagai medial
sosial seperti facebook, whatsapp, telegram, instagram, blogspot dan
sebagainya dengan bertanggungjawab dan beretika.
9.2 Pelajar dinasihatkan supaya tidak membuat rakaman gambar dan video di
dalam kawasan kolej dan program/aktiviti di luar kawasan kolej yang
melibatkan pelajar-pelajar dan warga kolej
9.3 Pelajar juga dilarang memuat naik sebarang gambar, video dan informasi
berkaitan KTESI ke dalam internet dan media sosial tanpa kebenaran
bertulis daripada pengetua.
9.4 Sekiranya pelajar didapati terlibat dengan kes seperi buli, memiliki bahan
lucah, pemerasan gangguan seksual yang melibatkan internet dan media
sosial, kes ini akan dirujuk dan diserahkan kepada pihak polis untuk
tindakan selanjutnya.
Perkara 10 : Lalu lintas di dalam kolej
10.1 Pelajar Tingkatan Enam yang memandu dan menunggang kenderaan
bermotor WAJIB memiliki lesen memandu dan mematuhi peraturan lalu
lintas Malaysia.
10.2 Kenderaan yang dibawa hendaklah mematuhi spesifikasi kenderaan bermotor
yang ditetapkan dalam undang-undang negara.
10.3 Penyediaan parkir kenderaan bermotor bergantung pada pihak pengurusan
kolej.
10.4 Pastikan kenderaan yang diparkir tidak menghalang lalu lintas kenderaan lain.
10.5 Keselamatan kenderaan bermotor ialah tanggungjawab masing-masing.
8
10.6 Pelajar hendaklah meletakkan topi keledar ditempat parkir kenderaan sahaja.
Perkara 11 : Perhimpunan pagi di kolej
11.1 Perhimpunan rasmi diadakan setiap hari Isnin dan perhimpunan berkala
diadakan secara bergilir hari mengikut bulan.
11.2 Pelajar diwajibkan berada di tapak perhimpunan pada jam 7.15 pagi sebelum
perhimpunan bermula.
Perkara 12 : Keberadaan pelajar dalam kawasan kolej
12.1 Pelajar WAJIB berada di dalam kelas sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran.
12.2 Pelajar hanya dibenarkan berada di perpustakaan dan kantin sehingga jam
4.30 petang selepas tamat sesi pembelajaran pada setiap hari.
12.3 Selepas jam 4.30 petang pelajar hanya dibenarkan berada di tempat berehat
berhampiran pintu pagar utama kolej.
12.4 Semasa belajar, pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali dengan
kebenaran guru yang sedang mengajar.
12.5 Pelajar yang meninggalkan kelas atau kawasan kolej tanpa kebenaran
dianggap ponteng.
12.6 Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan atau minuman di kantin dan
koperasi pada waktu rehat sahaja.
12.7 Pelajar hendaklah makan dan minum di Kantin sahaja.
12.8 Pelajar tidak dibenarkan untuk membuat tempahan makanan melalui
penghantaran grab food, food panda dan sebagainya di dalam kawasan kolej.
12.9 Pelajar yang pergi ke Hospital hendaklah mendapatkan kebenaran Pengetua /
Penolong Kanan / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
12.10 Pelajar tidak dibenarkan membuat pengumuman dari kelas ke kelas kecuali
mendapat kebenaran daripada pentadbir kolej.
9
12.11 Pelajar yang hendak ke tandas/ tempat lain hendaklah mendapatkan
kebenaran guru.
12.12 Tidak dibenarkan berada di kawasan kolej pada masa cuti kolej kecuali
kenebaran pengetua.
Perkara 13 : Tatatertib kelas
13.1 Pelajar hendaklah berada didalam kelas jam 7.25 pagi sebelum waktu
pertama bermula setiap hari.
13.2 Pelajar hendaklah bangun memberikan salam/hormat sewaktu guru masuk
dan keluar kelas. Begitu juga waktu kedatangan pengetua/pelawat-pelawat
khas.
13.3 Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah di tanggungjawab kelas itu sendiri
dengan diawasi oleh Ketua Tingkatan/Penolong Ketua Tingkatan.
13.4 Ketua/Penolongnya dan semua pelajar bertanggungjawab ke atas segala alat-
alat kemudahan seperti meja, kerusi, papan tulis, almari, alat tulis, penyapu,
pemadam papan tulis, bakul sampah dan lain-lain lagi. Sekiranya barang-
barang tersebut hilang, hendaklah segera dilaporkan kepada guru kelas.
13.5 Sekiranya kelas ketiadaan guru, ketua/penolongnya bertanggungjawab ke
atas ketenteraman dan segera mendapat guru berkenaan atau penggantinya
dengan merujuk kepada jadual penggantian guru.
13.6 Ketua kelas hendaklah bertanggungjawab ke atas buku kawalan kelas dengan
mengambil dan memulangkan buku kawalan kelas ke pejabat kolej setiap
hari.
Perkara 14 : Budi Pekerti/Kelakuan
14.1 Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan sikap sopan-santun serta
berbudi bahasa kepada rakan/guru/masyarakat persekitaran kolej agar dapat
menjaga nama baik kolej.
14.2 Pelajar dilarang membawa dan mendengar radio atau alat muzik di kawasan
kolej kecuali untuk tujuan pembelajaran dengan mendapat kebenaran guru.
14.3 Pelajar-pelajar hendaklah mengelakkan diri dari bersubahat/merahsiakan
akan sebarang kegiatan jahat yang mereka lihat/ketahui di kawasan kolej.
10
14.4 Pelajar-pelajar haruslah menepati masa dan tidak cuai dan dilarang
berkeliaran di kawasan kolej.
14.5 Pelajar dilarang mengambil/menggunakan sebarang alat/benda milik kolej
atau pelajar lain tanpa kebenaran. Jika meminjam hendaklah dikembalikan
pada masa yang dijanjikan.
14.6 Membuat fitnah kepada guru-guru atau pelajar lain merupakan satu
kesalahan disiplin kategori berat.
14.7 Pelajar ditegah dari menggunakan kata-kata kesat/lucah. Pelajar juga ditegah
menulis perkataan/melukis gambar lucah.
14.8 Pelajar-pelajar haruslah sentiasa menghormati semua guru.
14.9 Adalah menjadi satu kesalahan jika mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
14.10 Menipu yang melibatkan wang/kepercayaan merupakan satu kesalahan,
pelajar mestilah berlaku jujur dan ikhlas.
14.11 Pelajar yang ponteng kelas/kolej/perhimpunan/ujian/peperiksaan boleh
dikenakan tindakan tataterbib.
Perkara 15 : Keselamatan barang peribadi.
15.1 Keselamatan barangan peribadi adalah tanggungjawab diri sendiri. Pihak
kolej tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barang peribadi,
wang dan barang kemas dan lain-lain yang di bawa oleh pelajar.
15.2 Pelajar dinasihatkan supaya hanya membawa wang perbelanjaan dalam
jumlah yang kecil untuk kegunaan harian.
15.3 Pelajar juga dinasihatkan supaya tidak memakai barangan kemas.
Perkara 16 : Peperiksaan
16.1 Pelajar perlu patuhi peraturan yang ditetapkan oleh unit peperiksaan KTESI
dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
11
16.2 Pelajar diingatkan jangan sekali-kali meniru atau membenarkan jawapan
ditiru dalam peperiksaan dalaman kolej dan peperiksaan awam seperti Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia.
16.2 Sekiranya calon meniru dalam peperiksaan, ini akan mengakibatkan
keputusan peperiksaan calon dibatalkan dan tidak dibenarkan untuk
mengambil peperiksaan tersebut lagi.
Perkara 17 : Lain – Lain Larangan
17.1 Pelajar-pelajar dilarang menulis surat kepada kedutaan-kedutaan/badan yang
diiktiraf sebagai Blok Komunis di dalam/luar negeri.
17.2 Pelajar-pelajar yang menjadi ahli/menyertai aktiviti badan luar, hendaklah
mendapat kebenaran Pengetua.
17.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyertai sebarang bentuk pertandingan
ratu cantik/fesyen.
17.4 Pelajar-pelajar ditegah bermain permainan pin table, video game dan
permainan-permainan seumpamanya. Membawa ke kolej segala jenis
permainan elektronik merupakan kesalahan dari segi peraturan disiplin kolej.
17.5 Pelajar-pelajar dilarang bermain bunga api atau mercun di dalam dan
berhampiran perkarangan kolej. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan
dikenakan tindakan disiplin yang setimpal.
Perkara 18 : Penggunaan Tandas
18.1 Pelajar dinasihatkan menggunakan tandas di blok masing-masing atau tandas
yang paling hampir dengan kelas mereka.
18.2 Setiap kelas dengan kebenaran guru, hanya 1 orang pelajar lelaki dan 2
orang pelajar perempuan sahaja dibenarkan keluar ke tandas pada satu-satu
masa.
12
Perkara 19 : Lain-lain kesalahan
19.1 Bising/ Menggangu kelas
19.2 Bergaduh/Bertumbuk
19.3 Menipu/ Bercakap Bohong
19.4 Keluar kelas tanpa kebenaran
19.5 Membeli/ menyimpan barang-barang yang dicuri
19.6 Mengeluarkan kata-kata lucah, melukis atau menulis perkara-perkara yang
dianggap lucah
19.7 Cuba untuk melakukan kesalahan berat
19.8 Bersubahat dalam sebarang kesalahan
19.9 Mengubah markah yang diperolehi dalam sesuatu peperiksaan/ujian.
19.10 Tidak menepati masa
19.11 Menulis surat cinta
19.12 Datang lewat ke kolej
19.13 Membeli dari penjaja luar pada waktu kolej
19.14 Tidak menunjukkan semangat kekitaan/sayangkan kolej
Perkara 20 : Perincian Kesalahan Berat, Sederhana dan Ringan
a. KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang
memabukkan/mengkhayalkan.
5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas murid.
7. Biadab terhadap guru/pengawas/murid.
8. Memeras ugut guru/pengawas/murid.
9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau rakaman
dan multimedia terlarang.
13
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru/murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki/perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah/guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala
(tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
b. KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
c. KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
14
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan dan minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air/elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja
rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Perkara 21 : Melanggar Disiplin dan Hukumannya
21.1 Tujuan memberikan hukuman adalah untuk mencegah berlakunya
perbuatan salah laku dan perbuatan melanggar disiplin.
21.2 Sekiranya pelajar melakukan kesalahan murid boleh diambil tindakan
sehingga ke peringkat gantung dan buang kolej mengikut Ordinan
Pelajaran 1957. Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959.
Perkara 22: Menjatuhkan Hukuman
22.1 Pelajar yang melanggar peraturan disiplin kolej boleh dikenakan tindakan
seperti yang terkandung dalam Peraturan Ordinan Pelajaran 1957:
Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah)1959
22.2 Dalam kes kes tertentu, Pengetua boleh menggunakan budi bicara dalam
menentukan hukuman yang akan diambil.
15
Perkara 23 : Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
23.1 Amalan baik yang dizahirkan atau dilakukan oleh pelajar akan direkodkan
dari semasa ke semasa oleh semua guru kolej berdasarkan kriteria berikut :
a. Menzahirkan mana-mana amalan baik
b. Sukarela membantu guru
c. Sukarela melapor kes salah laku
d. Membantu melaksanakan kerja-kerja landskap/taman
e. Membantu mengemas / menyusunatur bilik-bilik khas
f. Membersih kawasan / bilik khas
g. Kerja-kerja mengecat
h. Menyertai aktiviti luar dibawah bimbingan dan kaunseling.
23.2 Segala kes salah laku juga direkodkan dari semasa ke semasa.
23.3 Surat amaran akan dikeluarkan mengikut kes salah laku.
23.4 Kategori dan perincian kes salah laku SSDM adalah seperti berikut :
KATEGORI KES PERINCIAN KES
Tingkah Laku 1. Berjudi
Jenayah 2. Mencuri
3. Mengancam/memukul/mencederakan guru
Buli 4. Mengancam/memukul/mencederakan kakitangan
Rokok 5. Mengancam/memukul/mencederakan murid
6. Peras ugut
7. Gangsterisme
8. Penglibatan dalam politik
9. Bergaduh
1. Buli bahasa
2. Buli fizikal
3. Buli isyarat
4. Buli perhubungan
1. Memililki dan menyimpan
2. Membekal dan menawarkan
3. Menjual dan mengedarkan
4. Menghisap
16
Ponteng 1. Ponteng sekolah
2. Ponteng kelas
Tingkah laku lucah 3. Ponteng aktiviti kokurikulum
4. Ponteng ujian / peperiksaan
Tingkah laku 5. Ponteng prep
kurang sopan / 6. Ponteng asrama
biadap 7. Ponteng acara rasmi sekolah
8. Ponteng perhimpunan
Kesalahan 1. Bercumbuan
vandalisme 2. Berkhalwat
3. Bawa bahan lucah
Tingkah laku tidak 4. Mengedarkan bahan lucah
amanah 5. Mengintai
6. Menggunakan kata / perbuatan lucah
7. Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah
8. Menonton vcd / filem lucah
9. Memluk murid lain jantina
10.Berdua – duaan yang menimbulkan syak
1. Biadap kepada guru
2. Biadap kepada kakitangan
3. Biadap kepada tetamu
4. Berkelakuan kasar kepada murid
5. Berbahasa kesat / kasar kepada murid
6. Meminum / membeli / menyimpan / mengedarkan
minuman yang memabukkan
7. Membuang sampah merata-rata
8. Ingkar arahan guru
9. Ingkar arahan pengawas
10.Meludah ditempat yang tidak sepatutnya
1. Merosakkan harta benda sekolah
2. Merosakkan harta benda asrama
3. Merosakkan harta benda kantin
4. Merosakkan harta bendaperalatan bilik-bilik khas
5. Merosakkan tanaman tumbuhan / tanaman hiasan
6. Menconteng dinding bangunan sekolah
7. Menconteng dinding bangunan asrama
8. Merosak / megoyak buku SPBT
9. Merosakkan peralatan sukan
10.Merosakkan kenderaan guru besar / pengetua/ guru /
kakitangan
11.Merosakkan harta / kenderaan murid
1. Pecah amanah
2. Berbohong
3. Tidak bertanggungjawab
4. Tidak jujur
17
Kenakalan 1. Menunggang motosikal dalam kawasan sekolah
2. Masuk tandas berlainan jantina
Tingkah laku tidak 3. Sengaja membunyikan loceng kecemasan
pentingkan masa 4. Menggangu semasa pengajaran dan pembelajaran
Kekemasan diri 5. Tidak ikut giliran / berebut-rebut/ bertolak-tolak
6. Membawa / bermain mercun
Penglibatan politik 7. Mengubah suai pendawaian elektrik
Kes khas 8. Keluar kawasan sekolah / asrama tanpa kebenaran
9. Bermain dalam dorm
10.Melanggar peraturan asrama
1. Lewat ke sekolah
2. Lewat ke perhimpunan
3. Lewat masuk kelas
4. Lewat dating aktiviti luar kelas / kokurikulum
5. Lewat masuk / balik ke asrama
1. Berkuku panjang
2. Mewarna kuku / berinai
3. Berambut panjang
4. Rambut berfesyen
5. Bermisai / berjanggut
6. Memakai pakaian tidak mengikut peraturan
7. Pakai barang kemas
8. Bertatoo
9. Mencukur bulu kening
10.Memakai alat solek
1. Penglibatan dalam perhimpunan / perarakan politik
2. Merayu undi dalam pilihanraya
3. Menyebar penulisan / dokumen / propaganda politik
1. Penyalahgunaan dadah / inhalan
2. Memiliki/menyimpan bahan berkaitan dadah/inhalan
3. Membekal/menawarkan bahan berkaitan
dadah/inhalan
4. Menjual / mengedar bahan berkaitan dadah/inhalan
5. Menghisap/
menyuntik/menyedut/meminum/menghidu bahan
berkaitan dadah/inhalan
6. Menghidu bahan-bahan inhalan
7. Bertatoo
8. Mencedarakan diri sendiri
9. Cubaan membunuh diri
10.Terjun bangunan
11.Penyalahgunaan racun
12.Hamil
13.Lumba haram
14.Kemalangan dalam sekolah
18
15.Lari dari rumah
16.Ajaran sesat / militant
17.Membunuh diri
Perkara 24 : Sijil Berhenti
24.1 Kolei Tingkatan Enam Sri Istana menggunapakai sepenuhnya status sahsiah
SSDM untuk pemberian sijil berhenti.
24.2 Sekiranya pelajar mendapat status terpuji, amat baik dan baik dalam SSDM,
maka bahagian kelakuan dalam sijil berhenti akan dicatatkan seperti mana
status sahsiah dalam SSDM.
24.3 Tetapi, sekiranya status sahsiah pelajar dalam SSDM memaparkan perlukan
perhatian dan Perlukan perhatian serius maka bahagian kelakuan dalam sijil
berhenti akan di catatkan memuaskan.
PENGGUNAAN STATUS SAHSIAH SSDM DALAM SIJIL BERHENTI
STATUS SAHSIAH SSDM SIJIL BERHENTI (KELAKUAN)
Terpuji Terpuji
Amat baik Amat baik
Baik Baik
Perlukan perhatian Memuaskan
Perlukan perhatian serius Memuaskan
19
AKUJANJI PELAJAR
AKUJANJI PENERIMAAN PERATURAN AM PELAJAR
KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA
Bahawasanya saya…………………………..No Kad Pengenalan………………………… sebagai
pelajar kolej Tingkatan Enam Sri Istana dengan sepenuh kerelaan BERJANJI :
MENGAMALKAN PRINSIP PRINSIP RUKUN NEGARA.
MENGGUNAKAN PELUANG DENGAN SEPENUHNYA UNTUK MENINGGIKAN
TARAF AKADEMIK, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN.
MEMATUHI UNDANG UNDANG DAN SEGALA PERATURAN DENGAN
SEPENUHNYA.
MENJAGA DAN MEMELIHARA NAMA BAIK KOLEJ, MENGHORMATI
KAKITANGAN AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK.
MENGHORMATI TATASUSILA BERDASARKAN AGAMA DAN BERSOPAN
SANTUN DARI SEGI KELAKUAN DAN PAKAIAN SERTA SAHSIAH DAN RUPA
DIRI.
TIDAK TERLIBAT DENGAN MANA MANA AKTIVITI YANG BOLEH
MENYEBABKAN DISABIT KESALAHAN DENGAN MELANGGAR UNDANG
UNDANG MALAYSIA DAN SEKALIGUS MELIBATKAN PIHAK KETIGA YANG
BOLEH MENJEJASKAN NAMA BAIK KOLEJ, AGAMA SERTA NEGARA.
SAYA JUGA BERJANJI BAHAWA PIHAK KOLEJ BOLEH MENGENAKAN
TINDAKAN DAN HUKUMAN YANG SEWAJARNYA JIKA SAYA MELAKUKAN
SEBARANG KESALAHAN SEPERTI TERMAKTUB DALAM PERATURAN KOLEJ.
Pelajar Saksi (Ibu/Bapa/Penjaga)
Tandatangan : ___________________ Tandatangan :____________________
Nama :___________________ Nama :____________________
NO.KP :___________________ No. KP :____________________
Tarikh :___________________ Tarikh :____________________
20