The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsoldusif, 2022-07-15 02:48:37

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN PENULISAN

KREATIF - MENULIS ESEI
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

1.0 PENGENALAN

Esei merupakan karangan pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk
berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif
melalui penulisan esei mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa
Melayu.

2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni
dan kreatif.

2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya
tiga (3) esei terbaik pada peringkat negeri akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan
menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di
sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

5.2 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu (1) esei sahaja.

5.3 Setiap esei mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang
penyertaan yang tidak lengkap.

5.4 Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana
penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya plagiat
atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

5.5 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyentuh
sensitiviti bangsa/kaum dan agama mana-mana pihak.

5.6 Tema bagi setiap kategori pada peringkat negeri akan ditentukan oleh JPN
masing-masing. Manakala tema bagi setiap kategori pada kebangsaan
akan diberikan oleh pihak KPM dalam masa dua (2) minggu sebelum
pertandingan.

5.7 Format penulisan esei:
5.7.1 Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang penyataan
maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang penyertaan.

5.7.2 Esei mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman, bersaiz
14 dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja.

5.7.3 Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk portable
document format (pdf) kepada pihak penganjur mengikut kaedah
yang telah ditetapkan.

5.7.4 Had perkataan mengikut kategori pertandingan:

i. Sekolah rendah : 250 hingga 350 patah perkataan

ii. Sekolah menengah rendah : 400 hingga 500 patah perkataan

iii. Sekolah menengah atas : 750 hingga 1,000 patah perkataan
iv. Tingkatan enam : 1,000 hingga 1,300 patah

5.8 Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat
pertandingan setelah dihantar.
3

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

5.9 Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang
memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.

5.12 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 ASPEK PEMARKAHAN

6.1 Butiran penilaian adalah seperti berikut: 50 markah
50 markah
6.1.1 Isi Kandungan 100 markah
6.1.2 Bahasa

Jumlah

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Peringkat negeri dan kebangsaan dinilai oleh tiga (3) orang hakim
termasuk ketua hakim.

7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

7.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

7.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep KPM.

7.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Naib Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Keempat : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Kelima : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan

4

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

9.0 TINDAKAN
Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang
telah ditetapkan dalam kertas konsep.

10.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan
yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas
sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian
memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

5

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI

TAHUN 2022

A. MAKLUMAT PESERTA : Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap/Tingkatan :
Tajuk :
Pautan esei :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :
No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA
Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan guru :
besar/pengetua

Cap sekolah :
No. telefon
:
6

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN PENULISAN

KREATIF MBMMBI –
MENULIS ESEI
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan

7

BORANG M
PERTANDINGAN PENULISAN KRE

BAHASA MELAYU PERINGKAT
Kategori : SEKOLAH RENDAH / MENENGAH R

ISI KANDUNGAN (50 MARKAH)

PESERTA MEMENUHI IDEA HURAIAN CONTOH AYAT TA

SYARAT PENEGAS

(10) (8) (16) (8) (8)

MEMENUHI SYARAT : Berpandukan kertas konsep yang telah diedarkan Ta
Ga
Idea yang relevan mengikut tugasan Ke
Huraian : wacana , logik , pemerengganan dan format yang sesuai. Ke
Contoh yang sesuai dengan idea dan tajuk
Ayat penegas yang meyakinkan bertepatan dengan pemilihan idea

___________________________________ __________________
Nama Hakim Tandatangan H

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

MARKAH
EATIF MBMMBI - MENULIS ESEI
T KEBANGSAAN TAHUN 2022
RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6

BAHASA (50 MARKAH) JUMLAH
MARKAH
ATABAHASA GAYA KEINDAHAN KEBERKESANAN
(100)
BAHASA BAHASA

(20) (10) (10) (10)

atabahasa : pelbagai jenis kata yang luas & tepat serta ayat yang gramatis
aya Bahasa : pelbagai laras & ragam bahasa sesuai dengan tugasan
eindahan Bahasa : ungkapan, peribahasa dan mutiara kata yang menarik
eberkesanan : Pemilihan idea dan bahasa yang mengesankan

___________ ________________
Hakim Tarikh

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI

TAHUN 2022

Giliran Peserta Markah Peserta Kedudukan Catatan

Tandatangan:...................................... Nama Hakim :.........................................

3

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI

TAHUN 2022

KEDUDUKAN PESERTA

Giliran Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Agregat/ Keputusan
Peserta Purata Panel Hakim

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Tandatangan

Tandatangan :..................................... Nama Ketua Hakim :...............................

4

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI 2022

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS ESEI

TAHUN 2022

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA / NAMA PESERTA / NEGERI
JOHAN

NAIB JOHAN
KETIGA

KEEMPAT
KELIMA

HAKIM PENGESAHAN TANDATANGAN
HAKIM 1 NAMA
HAKIM 2
HAKIM 3

Disahkan oleh,

........................................................................
()

Nama Ketua Hakim

5


Click to View FlipBook Version