The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1217-15-qatrunnada, 2021-11-06 13:15:55

GWCP1042

gwcp1042

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
GWCP1042 WACANA PENULISAN

NAMA PELAJAR : NUR’AISYAH BINTI KAMARUDDIN
ANGKA GILIRAN : 202129310138
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030314100360
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA1
KOD DAN NAMA KURSUS : GWCP1042 WACANA PENULISAN
NAMA PENSYARAH : DR ZURAIDA BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 21 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka
Surat
Borang Maklum Balas Kerja Kursus
1
1.0 PENGHARGAAN
2
2.0 TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF 3
UNTUK PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
2. 1 PENDAHULUAN 3
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 4
4
2.1 Gajet yang mencukupi 4
2.2 Capaian rangkain internet yang stabil dan data yang 5
6
mencukupi
2.3 Pembelajaran regulasi kendiri ( SLR) 7
3.0 PENUTUP 8

4.0 BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : NUR’AISYAH BINTI KAMARUDDIN Angka Giliran: 2021292310138
Kod: GWCP1042 Nama Kursus: PENULISAN AKADEMIK
Pensyarah : PN. ZURAIDA BINTI TALIB

Tarikh Hantar : 6 NOVEMBER 2021 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 7 November 2021

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

1

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta
nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya
menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah subjek GWCP1042 saya,
Pn. Zuraida Binti Talib yang banyak membantu dan membimbing saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini.

Rakan-rakan yang memberi sokongan dan tunjuk ajar dan sudi berkongsi ilmu
dengan saya. Tanpa kalian, sudah pasti saya tidak dapat menyiapkannya pada
waktu yang ditetapkan.

Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya, Kamaruddin Bin Mohd
Ali serta Norazah Binti Salleh yang sedikti sebanyak membantu memberi idea dan
ruang saya menyiapkan tugasan ini.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

2

2.0 TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK

PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Oleh:
NUR’AISYAH BINTI KAMARUDDIN

PENDIDIKAN ISLAM

2.1 PENDAHULUAN

Dewasa kini, institusi pendidikan telah melaksanakan pembelajaran secara dalam
talian atau nama lainnya, e-pembelajaran bagi memastikan pelajar dapat
memperoleh ilmu dengan cara yang lebih efektif. Lebih-lebih lagi apabila negara kita
dilanda wabak COVID-19 pada awal tahun 2020 yang membawa seribu satu
perubahan kepada kehidupan masyarakat. Bagi membendung penularan wabak,
pembelajaran secara atas talian merupakan suatu keperluan. Apakah itu
pembelajaran dalam talian? Pembelajaran dalam talian didefinisikan sebagai
penggunaan internet untuk mencapai bahan pembelajaran; untuk berinteraksi
dengan kandungan, pengurus kursus atau pengajar dan pelajar-pelajar lain untuk
mendapatkan sokongan semasa proses pembelajaran untuk mendapatkan
pengetahuan. ( Ally, 2008 ).Institut Pendidikan Guru ( IPG) pula ialah pusat melatih
bakal-bakal guru yang bakal berkhidmat untuk negara. Pembelajaran dalam talian
sememangnya digunakan semasa sesi pembelajaran di IPG. Malah, bukan sahaja di
IPG malah di seluruh institusi pendidikan di seluruh dunia juga sudah mula
melaksanakan pembelajaran secara dalam talian sejak pandemik COVID-19
melanda. Persoalannya, apakah cara-cara pembelajaran dalam talian yang efektif
khususnya bagi pelajar -pelajar di Institut Pendidikan Guru? Jadi dalam penulisan ini,
saya akan menjawab persoalan diatas dan memberikan cadangan buat bakal-bakal
guru di luar sana.

3

LATAR BELAKANG PERBINCANGAN

2.1 Peranti eletronik yang mencukupi

Sebanyak 36 peratus pelajar daripa 900 ribu pelajar yang tidak mempunyai
sebarang peranti elektronik (Radzi Jidin, 2020) Ini menyukarkan sesi pengajaran dan
pembelajaran antara guru dan pelajar. Pembelajaran secara dalam talian sudah
semestinya memerlukan peranti elektronik yang mencukupi seperti komputer riba,
telefon pintar dan sebagainya. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberi
bantuan dalam bentuk wang mahupun sokongan kepada anak-anak untuk membeli
gajet yang berguna buat anak-anak. Namun, sudah semestinya ada sesetengah
pelajar yang bukan daripada keluarga yang berkemampuan. Antara faktor pelajar
tidak boleh fokus dalam pembelajaran adalah disebabkan tidak mempunyai gajet
(Berita Harian, 2021). Disebabkan itu, Menteri Pengajian Tinggi , YB Dato’ Dr Noraini
Ahmad telah mengumumkan Bantuan Komputer Riba dan Internet Percuma untuk
pelajar B40 pada 30 Oktober yang lepas ( Jawatan Malaysia, 2020 ). Jadi, pelajar
yang tidak berkemampuan dan layak menerima bantuan, mereka akan dapat
bantuan peranti elektronik yang mencukupi dan dapat menjadikan pembelajaran
dalam talian lebih efektif. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk menjadikan
pembelajaran dalam talian lebih berkesan iaitu mempunyai gajet yang mencukupi .

2.1 Capaian rangkaian internet yang stabil dan data yang mencukupi

Pembelajaran dalam talian sudah semestinya perlu menggunakan rangkaian
internet yang stabil dan data yang banyak. Ini kerana pelajar akan menggunakan
aplikasi pembelajaran seperti Google Classroom, Google Meet dan sebagainya
sewaktu sesi pembelajaran. Justeru itu, kedua-dua medium ini amat penting bagi
mencapai pembelajaran dalam talian yang efektif. Bagi mereka yang tinggal di
kawasan pedalaman, mereka pasti mengalami masalah yang lebih besar lebih-lebih
lagi dalam mendapat rangkaian internet yang stabil. Mereka akan menjadi lebih tidak
fokus di dalam kelas apabila internet mereka perlahan dan tidak mencukupi. Bukan
setakat sukar untuk mencari maklumat di dalam internet malah tidak boleh

4

menjalankan pembelajaran dalam talian secara langsung hanya disebabkan
kekurangan data dan internet. Ada sesetengah pelajar yang kurang berkemampuan
dan tinggal di kawasan pedalaman perlu menjalankan satu inisiatif dengan memanjat
pokok demi mendapatkan rangkaian internet untuk mengikuti pembelajaran dalam
talian agar proses pembelajaran mereka tidak terganggu ( Berita harian, 2020)
Disebabkan itu, bagi memastikan pelajar dapat menjalankan pembelajaran dalam
talian dengan lebih baik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
memperuntukkan sebanyak RM24 juta bagi Bantuan Pelan Data kepada 396,396
pelajar dari kategori B40 (Berita Harian, 2020) Jadi, pelajar yang tidak
berkemampuan dan layak menerima bantuan, mereka akan dapat bantuan data
internet yang mencukupi dan dapat menjadikan pembelajaran dalam talian lebih
efektif. Kesimpulannya, data internet yang mencukupi merupakan antara cara-cara
untuk mendapatkan pembelajaran dalam talian dapat berlangsung dengan baik.

2.3 Pembelajaran regulasi kendiri

Pembelajaran regulasi kendiri adalah pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk
mencapai objektif pembelajaran ( Pintrich, 1995 ). Kaedah pembelajaran ini dapat
melatih pelajar untuk menyediakan semua maklumat agar dapat memperoleh ilmu
sendiri.Bukan setakat itu sahaja, namun kaedah ini dapat melatih pelajar untuk lebih
berdikari.Pelajar perlu berusaha sendiri dan membuat jadual pembelajaran sendiri.
Ini dapat menjadikan sesi pembelajaran dan ulangkaji mereka lebih efektif. Selain itu,
pelajar juga dapat melakukan latihan secara kendiri dengan melakukan kuiz yang
boleh dilakuakn sendiri secara online. Kini, terdapat banyak aplikasi kuiz yang boleh
meningkatkan kemahiran dan ilmu pelajar seperti Kahoot,Quizizz dan banyak lagi.
Dengan kaedah ini, pelajar dapat menilai sendiri kelemahandan kelebihan masing-
masing mengikut subjek dalam kuiz tersebut. Kaedah regulasi kendiri juga memupuk
pelajar agar mencari info mengenai sesuatu topik atau tajuk sebelum memulakan
sesi pembelajaran. Jadi, benarlah bahawa pembejalaran regulasi kendiri merupakan
antara cara pembelajaran dalam talian yang lebih efektif.

5

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pelbagai cara yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan
pembelajaran secara dalam talian yang lebih efektif seperti mempunyai peranti
elektronik yang mencukupi seterusnya mempunyai capaian internet yang maksimum
dan stabil. Selain itu, persekitaran yang kondusif serta pembelajaram regulasi sendiri.
Semua pihak perlu berganding bahu dalam memastikan setiap pelajar mempunyai
semua keperluan diatas dan mendapat perhatian yang secukupnya agar tidak ada
seorang pelajar pun yang tertinggal dalam pelajaran. Pembelajaran secara dalam
talian memerlukan komitmen yang tinggi dan sudah pasti pelajar kita dapat bersedia
dengan cabaran di masa akan datang andai mereka perlu menggunakan teknologi
terkini yang bertambah maju seiring dengan perkembangan pesat zaman moden ini
kerana mereka sudah dilatih dan dididik untuk berdikari dan berusaha untuk mencari
penyelesaian sendiri sepanjang pembelajaran secara dalam talian dijalankan.

6

4.0 BIBLIOGRAFI

Aswadi Alias. ( 2020, Oktober 31). KPT peruntuk RM24 juta bantuan pelan
data untuk pelajar IPT B40. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/748271/kpt-
peruntuk-rm24-juta-bantuan-pelan-data-untuk-pelajar-ipt-b40

Berita Harian Online. ( 2021, 18 Januari ). Capaian internet, pemilikan internet
merupakan punca Pdpr kurang berkesan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/777434/capaian-
internet-pemilikan-gajet-antara-punca-pdpr-kurang-berkesan

Naqiuddin Md Mansor. ( 2020, 31 May). Fungsi aplikasi quizziz dalam
memperkasa pembelajaran dalam talian. Alhijrah
Online.https://alhijrahnews.com/aplikasi-quizizz-ke-arah-
memperkasakan-pembelajaran-dalam-talian/

Noor Salleh,( 2018) , Seronoknya Pengajian Tinggi Pembelajaran Terbuka
dan Jarak Jauh (Penerbit USM). Penerbit Universiti Sains
Malaysia.https://books.google.com.my/books?id=tZaWDwAAQBAJ&p
rintsec=frontcover&dq=maksud+pembelajaran+secara+dalam+talian&
hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=maksud%20pembelajaran%
20secara%20dalam%20talian&f=false
Rumah cari capaian internet. Berita Harian Online.
https://apel.oum.edu.my/blog/2020-07-28-pendidikan-jarak-jauh-apa-
yang-anda-perlu-tahu/

Safuri Kamaruddin. (2020, November 15). Terpaksa Panjat Pokok, bumbung
rumah cari capaian internet. Berita Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/754432/terpaksa
-panjat-pokok-bumbung-rumah-cari-capaian-internet

Rosinah Edinin. (2015) Kemahiran Belajar. Pelangi Profesional Publishing
Sdn Bhd.

7

LAMPIRAN
8

9


Click to View FlipBook Version