DDEEBBAARRAANN MMAAJJLLIISS KKOONNVVOOKKEESSYYEENN KKEE--3355 KKIIAANN TTEERRAASSAA TINTA KASIH e - M AJALA H E D ISI J U L A I 2 0 2 3 DDIIMMEENNSSII KKIINNII CCAABBAARRAANN HHIIDDUUPP DDII BBAANNDDAARR J U L A I 2 0 2 3 TTOOKKOOHH BBUULLAANN IINNII:: TTAANN SSRRII DR. JJEEMMIILLAAHH MMAAHHMMOOOODD KKAANNSSEERR EELLYYAANNAA BBEERRAAKKHHIIRR SAJAK: SANG PENCIPTA
Tinta Editor Sidang Redaksi MUKA SURAT ii i Berita Semasa 3-4 Debaran Majlis Konvokesyen Ke-35 Kian Terasa Usaha Pertama Oleh SEFB Sediakan Tuala Wanita Di UUM Berita Terkini 5-6 Semangat GotongRoyong Eratkan Ukhuwah Berita Kemanusiaan 7 I S I K A N D U N G A N I S I K A N D U N G A N
Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood Heliza Helmi Tokoh Kemanusiaan MUKA SURAT 8-9 Cabaran Hidup Di Bandar Kisah Kemanusiaan 10-11 Kanser Elyana Berakhir Cerita Lanjutan 12-13 Sajak Sang Pencipta Ruang Kreatif 14 I S I K A N D U N G A N I S I K A N D U N G A N
SIDANG REDAKSI Farah Nazurah Binti Zulkifli 278464 Ornrakwee Suvanptum 280806 Sri Nur Farhana Binti Che Ani 281727 Ketua Editor Adilya Adriana Binti Zainul Abidin 289599 Siti Nur Izzati Binti Fauzi 279576 S B L M 1 0 2 3 | i
Tinta Editor Ketua Editor: Adilya Adriana Binti Zainul Abidin Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya, emajalah Tinta Kasih telah berjaya diterbitkan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang secara tidak langsung menyumbang tenaga dalam menghasilkan e-majalah ini. Berkat kerjasama dan penat lelah semua individu yang terlibat, akhirnya e-majalah Tinta Kasih dapat diterbitkan. Penerbitan e-majalah Tinta Kasih ini dilihat lebih menarik dengan adanya perkara-perkara yang berkaitan dengan kemanusiaan ini contohnya tentang isu semasa dan berita dalam aspek kemanusiaan. Sebagai ahli sidang redaksi, peluang sebegini dapat membantu saya untuk mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal yang berkaitan dengan penerbitan e-majalah. Segala ilmu pengetahuan berkaitan suntingan dan rekaan grafik dalam sesebuah majalah secara tidak langsung dapat dipelajari. Pengalaman ini sangat bermakna bagi kami semua untuk kegunaan pada masa hadapan. Harapan saya agar semua pembaca e-majalah KEMANUSIAAN berpuas hati dengan hasil yang telah diterbitkan ini dan dapat menjadikan e-majalah Tinta Kasih sebagai rujukan pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili pihak sidang redaksi yang lain ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan emajalah Tinta Kasih ini. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku sepanjang penerbitan e-majalah ini dijalankan. Sekian, terima kasih. S B L M 1 0 2 3 | i i
BERITA SEMASA Disediakan Oleh Ornrakwee Suvanptum Julai, 2023 "Sebagai tindak balas kepada bencana alam yang melanda Myanmar, Thailand menghantar bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa yang terjejas akibat taufan Mocha. Dalam tindakan solidariti dan keprihatinan terhadap negara jiran, Thailand menghantar bantuan berupa khemah, selimut, tuala, ubat-ubatan, makanan kering, dan pelbagai barangan bantuan lain yang sangat diperlukan.." THAILAND MEMBANTU MYANMAR MENGHADAPI DAMPAK SIKLON MOCHA: SOLIDARITI TETANGGA DALAM TINDAKAN KEMANUSIAAN Sumbangan Kemanusiaan Thailand Kepada Mangsa Siklon di Myanmar BANGKOK: Siklon Mocha telah menyebabkan kerosakan yang ketara di Myanmar, dengan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas mereka terancam. Dalam menghadapi situasi sukar ini, Thailand menunjukkan keprihatinan dan solidaritinya dengan menghantar bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan ke rantau yang terjejas. Bantuan itu tiba di Lapangan Terbang Mingaladon, Yangon, selepas dua penerbangan khas Tentera Udara Diraja Thailand. Sumbangan itu termasuk keperluan asas seperti khemah untuk perlindungan sementara, selimut dan tuala untuk kehangatan, ubat-ubatan untuk rawatan perubatan, makanan kering untuk keperluan pemakanan, dan pelbagai barangan bantuan lain. Sumbangan itu diserahkan kepada Menteri Luar Myanmar, U Than Swe, Menteri Kebajikan Masyarakat Wilayah Yangon, U Aung Win Thein serta beberapa wakil lain oleh Duta Besar Thailand ke Myanmar, Mongkol Visitstump. Pelbagai sektor di Thailand, baik dari sektor awam dan swasta, menyumbang kepada usaha ini. Persatuan Palang Merah, Lembaga Perdagangan dan Perdagangan, PTT Exploration and Production (PTTEP), SCG, dan Kesatuan Persahabatan Thailand-Myanmar, bekerjasama untuk menyediakan bantuan kemanusiaan yang berkesan. Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat dan kerajaan Myanmar, sambil menyatakan harapannya agar negara itu dapat mengatasi kesukaran ketika ini. Beliau menekankan bahawa Thailand bersedia untuk memberikan bantuan lanjut mengikut keperluan yang baru muncul. Sumber gambar oleh Bernama S B L M 1 0 2 3 | 3
KUALA LUMPUR: Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau melahirkan rasa gembira apabila mengumumkan peruntukan penting itu dalam ucapan ulang tahun BSMM yang berlangsung di ibu negara. Dalam pengumuman beliau, Perdana Menteri telah menyampaikan butiran penetapan tersebut. Pertama, RM1 juta setahun diperuntukkan kepada 999 perkhidmatan ambulans kecemasan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Selain itu, RM1 juta juga akan diperuntukkan bagi persediaan bencana melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan RM1 juta lagi akan disalurkan kepada pembangunan kapasiti di ibu pejabat BSMM dan negeri-negeri. Perdana Menteri menekankan kepentingan penyediaan dan tindak balas bencana serta membina keupayaan organisasi untuk memberikan sokongan yang lebih berkesan. Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menekankan peranan penting BSMM sebagai sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk mempromosikan masyarakat yang adil dan bermaruah. Beliau menghargai semangat sukarelawan BSMM dan menekankan kepentingan dedikasi dan semangat berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan. Dalam konteks ini, BSMM terus memberikan bantuan pasca bencana dan pandemik, termasuk bantuan berupa bakul makanan kepada mereka yang memerlukan. Beliau juga berharap program-program ini dapat dicapai oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama, atau etnik. Matlamat program ini adalah untuk membentuk masyarakat Malaysia yang penyayang. Pendekatan ini selaras dengan konsep Madani Malaysia yang bermatlamat untuk mewujudkan sebuah negara yang mampan, makmur, inovatif, hormat menghormati dan berasaskan kepercayaan. Perdana Menteri Umumkan Peruntukan RM3 Juta untuk Menguatkan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) D Julai, 2023 isediakan Oleh Ornrakwee Suvanptum 'BSMM juga terus menyantuni projek pasca bencana dan pandemik sehingga kini seperti bantuan bakul makanan kepada golongan yang memerlukan" kata Dato' Seri Anwar Ibrahim Gambar Bernama S B L M 1 0 2 3 | 4
DEBARAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 KIAN TERASA KUBANG PASU – Debaran Majlis Konvokesyen kali ke35 kini kian terasa apabila tarikh majlis sudah semakin menghampiri. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada graduan - graduan yang bakal bergraduasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bakal bertempat di Dewan Mu’adzam Shah. Katanya lagi, seramai 136 orang sekretariat dan ahli jawatankuasa terdiri daripada pelajar-pelajar UUM yang akan menggalas tugas dan bertanggungjawab serta bersedia dari segi mental dan fizikal bagi pelaksanaan Peskon ke-35 kali ini. Katanya lagi, tapak jualan dan khemah akan disediakan kepada peniaga-peniaga dan pelajar yang ingin membuat jualan oleh pihak pengurusan Peskon. Tambahan lagi, pihak Peskon ke 35 kali ini berusaha untuk menaikkan semua platform yang berupaya membuka peluang kepada pelajar-pelajar UUM menunjukkan bakat dan mengaktifkan diri sepanjang program berlangsung. Ibu bapa, mahasiswa mahasiswi serta komuniti setempat dijemput hadir untuk meraikan graduan-graduan UUM selain memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen kali ke-35 dan Peskon kali ini. Pengarah Peskon ke-35, Emina Kulasic berkata terdapat pelbagai aktiviti yang bersifat holistik yang akan dilangsungkan sepanjang Peskon ke35 seperti acara sukan, kesenian dan kebudayaan, keusahawanan dan sebagainya. Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga menggalakkan pelajar-pelajar UUM untuk turut serta dalam bidang keusahawanan dengan membuat jualan seterusnya memberikan satu titik permulaan kepada pelajar dalam menjadi usahawan yang berjaya. UUM akan meraikan graduan-graduan pada Majlis Konvokesyen UUM ke-35 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Julai ini. Segala persiapan untuk melangsungkan majlis ini sudah dipersiapkan dalam memastikan segala aturan yang dibuat berjalan dengan lancar. Pengarah Pesta Konvokesyen ke-35 (Peskon ke-35), Aqimi Rafuad berkata, pada masa yang sama Peskon ke-35 juga akan diadakan selari dengan berlangsungnya Majlis Konvokesyen dan berlangsung selama tujuh hari. Tujuan Peskom ke-35 ini diadakan adalah untuk meraikan graduangraduan UUM yang telah bertungkus-lumus dalam mendapatkan sekalung ijazah selain ingin memeriahkan majlis yang bakal dilaksanakan. JULAI 2023 BERITA TERKINI DISEDIAKAN OLEH FARAH NAZURAH ZULKIFLI (278464) S B L M 1 0 2 3 | 5
USAHA PERTAMA OLEH SEFB SEDIAKAN TUALA WANITA DI UUM BERITA TERKINI “Penyediaan bank tuala wanita ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan, mendorong kesetaraan jantina selain mencipta persekitaran yang baik dalam kalangan komuniti di SEFB. KUBANG PASU – Perasmian SEFB Sanitary Pad Bank dijalankan pada 4 Julai 2023 yang dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Universiti Utara Malaysia (UUM). Setiausaha Pentadbiran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SEFB, Khausalya berkata, idea penyediaan pad bank ini adalah berdasarkan cetusan sendiri untuk membantu golongan pelajar perempuan di UUM terutama bagi pelajar yang tidak berkemampuan untuk membeli tuala wanita. Katanya, dia ingin membantu pelajar perempuan di UUM bagi mengatasi masalah kewangan dan kebersihan ketika membeli tuala wanita sewaktu datang bulan. Dari kiri; Khausalya, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) SEFB, Dr Zalina Zainal dan Yang Dipertua MPP UUM, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman ketika perasmian SEFB Sanitary Pad Bank pada 4 Julai lalu. Disediakan oleh: Farah Nazurah Binti Zulkifli (278464) JULAI 2023 Katanya lagi, lebih dari 60 pek tuala wanita dari pelbagai jenama akan ditambah dan ditempatkan di Student Lounge Melur SEFB bagi memudahkan pelajar mendapatkan tuala wanita tersebut. Katanya lagi, lebih dari 60 pek tuala wanita dari pelbagai jenama akan ditambah dan ditempatkan di Student Lounge Melur SEFB bagi memudahkan pelajar mendapatkan tuala wanita tersebut. Walaupun lokasi yang ditempatkan tersebut agak umum namun tujuan untuk memecahkan stigma masyarakat kepada khalayak ramai bahawa tuala wanita ini merupakan satu keperluan yang utama kepada pelajar perempuan. Beliau berharap dengan wujudnya program SEFB Sanitary Pad Bank akan menjadi ikutan di pusat pengajian mahupun pusat tanggungjawab di UUM sebagai kemudahan kepada golongan wanita yang memerlukan, secara tidak langsung memanfaatkan kepada masyarakat secara lebih luas. S B L M 1 0 2 3 | 6
Gambar oleh: Muqris Shah Zainol Penyampaian cenderahati Gotong-royong dalam masjid Penyediaan bahan untuk memasak SEMANGAT GOTONG-ROYONG ERATKAN UKHUWAH Disediakan Oleh: Farah Nazurah Zulkifli JULAI 2023 BERITA KEMANUSIAAN Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya adalah gotong-royong membersihkan perkarangan Pusat Islam dan Masjid Sultan Badlishah, gotong-royong membersihkan kawasan dalam masjid, memasak dan mengedarkan bubur lambuk. Sepanjang program berlangsung, semua peserta juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas masingmasing bagi melancarkan semua aktiviti yang dirancang. Program ini dijayakan dengan kerjasama daripada Pusat Islam dan komuniti setempat yang hadir memeriahkan program. Tidak juga dilupakan kepada semua peserta Pembangunan Masyarakat IV yang terlibat secara langsung atau tidak langsung daripada mula hingga ke akhir pelaksanaan program. SINTOK: Gabungan kerjasama seramai 62 orang peserta yang terdiri daripada kelas kursus Pembangunan Masyarakat IV bersama dengan beberapa orang staf Pusat Islam dan Masjid Sultan Badlishah merealisasikan program Tautan Kasih Eratkan Ukhuwah Bersama Komuniti Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, yang dijalankan pada 8 Julai 2023 yang bertempat di Masjid Sultan Badlishah, UUM. Program yang berteraskan gotongroyong ini bukan sahaja mampu mendidik peserta dalam menerapkan nilai sivik dan jati diri ia juga bertujuan untuk meningkatkan semangat gotong-royong dalam kalangan peserta untuk menggembleng tenaga dalam menceriakan kawasan masjid. Pelaksanaan program ini berupaya untuk mewujudkan suasana yang mampu mengeratkan ukhuwah sesama peserta dengan komuniti setempat. Turut dihadiri jurulatih Pembangunan Masyarakat IV, Prof. Dr. Hussin Abdullah dan staf Pusat Islam, Ustaz Ahmad Zabadi Mokhtar yang bertanggungjawab untuk memantau aktiviti memasak bubur lambuk bersama dengan pesertapeserta Pembangunan Masyarakat IV. Seiring dengan ucapan penutupan oleh jurulatih Prof. Dr. Hussin Abdullah mengatakan bahawa program ini dilihat berpotensi untuk diteruskan pada masa hadapan kerana beliau berpendapat program sebegini mampu memupuk semangat kerjasama yang tinggi dalam golongan pelajar bagi menyelesaikan dan menjayakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. S B L M 1 0 2 3 | 7
. Dr Jemilah merupakan bekas pelajar Sekolah Perempuan Assunta, Petaling Jaya dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya memperolehi Sarjana dalam bidang obstetrik dan ginekologi pada tahun 1986. Beliau juga menjadi ahli Persatuan Obstetrik DiRaja UK pada tahun 1991. Beliau pernah menjadi fellow Kolej Di Raja Obstetrik dan Ginekologi Uk pada tahun 2004. Sekembalinya ke Malaysia, beliau terus dilantik sebagai perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Kuala Lumpur dan berkhidmat sebagai pensyarah Obstetrik dan Ginekologi di Falkulti Perubatan UKM sehingga tahun 1995. Tan Sri Dr Jemilah Mahmood telah mengangkat kerja-kerja kemanusiaan dan khidmat sukarela menjadi suatu komitmen yang menyeluruh dan mengatasi sempadan geografi. Melalui pertubuhan MERCY Malaysia, kerja-kerja sukarela yang dilakukannya memberikan tumpuan kepada pelarian mangsa perang dan mangsa bencana alam.Dr Jemilah menjadi model "Doktor Tanpa Sempadan". Biarpun wajahnya nampak lembut, tetapi hatinya waja bertenaga, tidak mengenal erti putus asa. Melalui MERCY, beliau bersama-sama menjalankan khidmat kemanusian bagi memberi harapan kepada mangsa-mangsa bencana dan mereka yang mengalami trauma. Pada tahun 2008, beliau menjadi salah seorang daripada 16 orang yang terpilih sebagai penasihat kumpulan kepada Central Emergency Response Fund. Beliau mengetui delegasi MERCY Malaysia untuk memberi bantuan kemanusiaan bukan hanya dalam bentuk bantuan makanan, pakaian tetapi juga khidmat perubatan, malahan mendirikan klinik dan sekolah. Jasa beliau sangat besar sehingga secara tidak langsung telah mengharumkan nama negara di mata dunia. Tan Sri Dr Jemilah dan delegasi MERCY Malaysia antara yang paling banyak menyumbang dan menabur bakti di wilayah Acheh Darul salam yang teruk dilanda bencana alam Tsunami, dengan mendirikan pusat Kesihatan, Pusat Perlindungan Awam dan memperbaiki banyak prasarana yang musnah. Sepanjang penglibatan di wilayah yang dilanda bencana itu, MERCY Malaysia berjaya menyelesaikan projek pembangunan dan pemulihan berjumlah RM18.5juta. MERCY Malaysia telah bergerak secara aktif bermula dari menghantar bantuan kemanusiaan di Kosova dan Turki pada tahun yang sama dan terus berkembang sehingga kini. Berkat kesungguhan dan kesabaran beliau dalam menerajui organisasi ini, MERCY Malaysia mampu bergerak seiring dengan kemajuan yang diinginkan. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood Sumber: Internet Sumber: Internet TOKOH KEMANUSIAAN Disediakan Oleh Adilya Adriana Binti Zainul Abidin 289599 S B L M 1 0 2 3 | 8
Nama Nur Heliza binti Helmi sudah tidak asing lagi dalam misi kemanusiaan dan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia mahupun luar negara sehingga pernah dilantik sebagai ikon untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini. Heliza Helmi, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5, yang kini bergiat aktif dalam misi-misi kemanusiaan dan kegiatan amal di Malaysia mahupun serata dunia. Usahanya memperjuangkan umat Islam yang tertindas nyata membuka mata Muslim Volunteer Malaysia – (MVM) untuk memlih beliau sebagai ikon MVM. Antara aktiviti dan kegiatan amal bersama MVM ialah dalam majlis Iftar MVM With Syrian Children di Sekolah Jasmine As-Sham yang berpusat di Setia Wangsa. Heliza sempat menghiburkan anak-anak pelarian dari Syria itu dengan menyanyikan mereka lagu dan memberikan hadiah kepada kanak-kanak yang lahir pada bulan tersebut. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam program MVM yang lain iaitu program Pure Heart pada November 2016 yang lalu. Program tersebut adalah untuk meraikan keluarga-keluarga asnaf yang kurang bernasib baik dan memberikan mereka bantuan makanan asas pada setiap bulan dengan tenagatenaga muda. Beliau sempat berkongsi kisah-kisah menarik, dan memberi semangat kepada para asnaf yang hadir sehingga mereka tersentuh hati. Sesungguhnya dari hati yang ikhlas memberi akan sampai kepada hati yang ikhlas menerima. Kehadiran Heliza Helmi pada Pure Heart kali itu sangat memberikan kesan yang mendalam kepada semua hadirin. Tidak hanya bersama MVM, dalam kesibukan sebagai selebriti, Heliza turut juga bergiat aktif dalam membantu rakyat-rakyat Islam yang kurang bernasib baik di luar negara, baik dari segi penyebaran maklumat, kempen sumbangan, mahupun dalam misi bantuan kemanusiaan. Antara kegiatan bantuan luar negara yang beliau pernah terlibat ialah Himpunan Solidariti Selamatkan Aleppo apabila bekerjasama dengan Muslim Care Malaysia, menyebarkan kempen-kempen bantuan Aman Palestin dan turut menyebarkan maklumat berkenaan bantuan tajaan kepada Muslim Volunteer Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Syria baru-baru ini. Sumber: Internet Sumber: Internet TOKOH KEMANUSIAAN HELIZA HELMI Disediakan Oleh Adilya Adriana Binti Zainul Abidin 289599 S B L M 1 0 2 3 | 9
CABARAN HIDUP DI BANDAR Dimensi kini Disediakan Oleh Siti Nur Izzati binti Fauzi (279576) Kos Hidup di Bandar Kenaikan harga barang dan kos sara hidup sama ada di bandar dan di luar bandar akan terus menjadi cabaran sepanjang tahun terutama sekali ditahun 2023. Impak kadar inflasi ini pastinya akan memberi tekanan kepada kehidupan rakyat. Kos untuk hidup di bandar besar semakin meningkat seiring dengan lonjakan peningkatan harga barang dan purata gaji dan upah berbanding beberapa tahun sebelumnya. Harga barangan utama telah dinaikkan dan diberi kelulusan misalnya harga petroleum yang menjeaskan kenaikan harga barangan lain. Kesan rantaian ini terus berlaku. Kos sara hidup yang meningkat itu tidak lagi dibuktikan secara saintifik melalui data yang dikutip menggunakan kaedah dan dianalisis secara sistematik dan perbandingan dalam pelbagai bentuk, pola dan struktur. Misalnya bandar dan luar bandar; golongan profesional dan bukan profesional; pekerja swasta dan awam dan sebagainya. Semua ini tidak ditunjukkan dengan jelas melalui kajian menyeluruh perbandingan dalam tempoh tertentu. Menjalani kehidupan di bandar yang segalanya perlukan wang yang banyak, berlakunya proses pembentukan ruang bandar yang menggambarkan pelbagai transformasi dan transisi sedang berlaku, iaitu kuasa dan pandang dunia. Peranan NGO, wakil masyarakat dan komuniti setempat termasuk pesara amat dialu-alukan di dalam memberikan pandangan melalui perspektif ini. Penggerak dan pengguna yang berubah secara serentak dan beriringan harus memikirkan kehadapan agar ekonomI dapat diselamatkan. Julai, 2023 KISAH KEMANUSIAAN S B L M 1 0 2 3 | 1 0
BERI KESAN KEPADA RAKYAT Di sediakan oleh: Si t i Nur I z zat i bint i Fauz i (279576) Sumber: Harian Met ro K E N A I K A N O P R Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebenarnya memberi bebanan kepada pelbagai pihak keseluruhan termasuk peminjam, perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) dan pengguna. Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, kos perniagaan juga meningkat apabila kadar OPR dinaikkan terutama mereka yang menjalankan perniagaan melalui pinjaman bank dan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada pengguna. Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan kenaikan OPR bukan tindakan kejam dan juga menjelaskan keputusan kenaikan OPR terbabit bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak tinggi dan menjadi tidak terkawal dan memyebabkan kenaikan harga barag terhadap pengguna. Menurutnya, walaupun BNM menyatakan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti pra-pandemik Covid-19 iaitu pada 7 Mei 2019, namun situasi sebenar sekarang tidak banyak beza dengan situasi semasa Covid-19 Bahkan situasi kini lebih mencabar jika dibandingkan semasa Covid-19 disebabkan kenaikan harga barang dan kos sara hidup mencanak mendadak ditambah kenaikan OPR, maka ia menambah beban sedia ada. Dalam masa sama pula diteruskan kenaikan OPR dalam keadaan harga barangan dan kos sara hidup tidak menunjukkan tanda menurun Oleh itu, BNM harus mempertimbangkan untuk mengkaji sebaiknya kesan kenaikan OPR ini dan bagaimana ia benar-benar mengawal kadar inflasi negara dan tidak membebankan rakyat dan industri. J U L A I | 2 1 S B L M 1 0 2 3 | 1 1
KANSER ELYANA BERAKHIR CERITA LANJUTAN S B L M 1 0 2 3 | 1 2
Menurut Elyana, dia bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya melawan penyakit ini membuahkan hasil. “Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!! Kanser saya hilang!!!! Alhamdulillah, berkat doa kak dan semua rakyat Malaysia. Sama-sama doakan kak Elyana sehingga sepenuhnya,” Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. Pada Disember tahun lalu, Elyana atau nama penuhnya, Erneelya Elyana Emrizal mengumumkan berita gembira apabila disahkan bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya sejak 12 tahun lalu. Elyana yang menempuh dugaan kanser limfoma sepanjang 10 tahun berharap kisahnya itu dapat memberikan inspirasi kepada orang lain. Sebagai bekas pesakit kanser limfoma, Elyana menerusi segmen “Kesah Kanserku” turut berkongsi pelbagai aktiviti kehidupan sehariannya dalam bentuk vlog. Sekitar Disember tahun 2020, Elyana memaklumkan kanser itu telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha. Disediakan Oleh Sri Nur Farhana Binti Che Ani 281727 S B L M 1 0 2 3 | 1 3
Sajak : S A N G P E N C I P T A Di s e tia p la n g k a h k u, Tersasar jauh aku se n diri, Di bumi ini ku berjalan, Tanpa arah dan tujuan, Air mataku menitis laj u dis e tia p p e rj ala n a n, Ku kesatny a n y a s e n diri t a n p a a d a y a n g p e d uli. Ketika k u tid a k m e m a h a mi a p a e r ti kehidupan, Ketika ku jatuh tersungkur di tanah, Mana ilmu yang kau janjikan? Mana nasihat yang kau sampaikan? Ku perlukan kekuatan untuk hari yang mendatang, Sungguh aku kecewa dengan realiti ini. Mengenalmu wahai sang pencipta, Sungguh ia anugerah terindah, Ku mengadu padamu segala jahat dan kejamnya dunia, Kerna ku yakin setiap pasti ada jalan disebalik ujian, Untukku insan kerdil yang penuh dengan dosa ini, Akan ku bangkit demi sebuah perjuangan hidup, Akan ku sematkan imanku sedalamnya demiMu Tuhan, Agar ku menjadi sebaik-baik insan dunia akhirat. Disediakan oleh Siti Nur Izzati binti Fauzi (279576) S B L M 1 0 2 3 | 1 4