FAKTOR
MATEMATIK
FAKTOR , NOMBOR PERDANA , FAKTOR
PERDANA
FAKTOR
-Faktor bagi suatu nombor ialah nombor yang boleh membahagi
nombor itu dengan tepat.
-Menyenaraikan Faktor - Faktor Bagi Suatu Nombor.
Perhatikan 15/3=5.
Diadapati 15 boleh dibahagi tepat dengan 3.
Maka , nombor 3 dan 5 ialah faktor bagi 15.
Contoh: Senaraikan Semua Faktor Bagi 18.
1x18=18
2x9=18
3x6=18
Jadi , faktor bagi 18 ialah 1,2,3,6,9, dan 18.
NOMBOR PERDANA
-Nombor perdana ialah nombor bulat yang hanya boleh dibahagi
tepat dengan diri sendiri dan 1.
-Nombor 2,3,5, dan 7 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan diri
sendiri. Nombor - nombor tersebut disebut sebagai nombor
perdana.
Contoh 1:23
23 ialah nombor perdana kerana hanya boleh dibahagi tepat
dengan 1 dan 23.
Contoh 2:57
57 bukan nombor perdana kerana boleh dibahagi tepat dengan
1,3,19, dan 57.
FAKTOR PERDANA
-Faktor perdana bagi suatu nombor bulat ialah faktor nombor itu
yang juga nombor perdana.
Mencari Faktor - Faktor Perdana Bagi Suatu Nombor.
Contoh :Senaraikan sequa faktor bagi 84.
Kedah menyanaraikan semua faktor :-
-Faktor bagi 84:1,2,3,4,,6,7,12,14,21,28,42, dan 84.
-Cari nombor perdana di antara nombor - nombor tersebut.
Maka , faktor perdana bagi 84 ialah 2,3 dan 7.