KAJIAN KES
TAJUK:
PAHLAWAN KEBANGGAANKU
MAT SALLEH
NAMA MURID: THAQIF ISYRAF BIN MOHD AMIN
KELAS : 5 WAWASAN
PERNYATAAN MASALAH
Menentang penjajahan Inggeris di Sabah.
OBJEKTIF KAJIAN
Menyatakan tokoh dan sebab penentangan.
Menghuraikan peristiwa penentangan.
Menghuraikan kesan dan pengajaran.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya gunakan ialah secara bertulis dan
pemerhatian dari sumber-sumber rujukun seperti internet dan buku
teks.
HASIL DAPATAN
1.0 Pendahuluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya telah dapat menyiapkan
kajian kes ini.
Sekalung penghargaan buat Cikgu Hashimah iaitu cikgu sejarah kelas 5
Wawasan atas tunjuk ajar dan panduan, kawan-kawan dan keluarga
yang membantu.
Pahlawan tempatan bermaksud perjuangan pemimpin tempatan
menentang British. Mereka ini telah berjuang untuk membebaskan kita
dari jajahan British. Perjuangan mereka sangat banyak, rela berkorban
untuk tanahair tercinta.
2.0 Latar Belakang Tokoh
Nama sebenar Mat Salleh ialah Datu Mat Salleh. Beliau merupakan
pejuang Sabah yang terkenal.
Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya iaitu Datu Balu
berkahwin dengan suku Bajau,Inanam. Mat Salleh ialah anak kedua
dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu.
Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan
Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal
daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung
di Pengalaban, Paitan.
3.0 Sebab Penentangan
Datu Mat Salleh mengambil alih tugas bapanya, Datu Balu sebagai
ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Pada masa itu,
tahun 1894 perbelanjaan pentadbiran daripada pungutan cukai ke atas
pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut. Inggeris tidak senang
dengan tindakan Mat Salleh itu.
4.0 Peristiwa Penentangan
Pihak inggeris telah menyerang Mat Salleh di Jambongan serta
memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896
hingga 1897.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan
Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni
Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan
pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat
Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun
yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen
Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897,
Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan
banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai
serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi
menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih
besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota
pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar,
Tambunan.
Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan
bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata,
makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan
untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan
kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur
Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah
peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang
bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat
Salleh itu. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah
ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1
Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah
mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran
Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900.
5.0 Penutup
Kesimpulannya pahlawan tempatan ini banyak memberi sumbangan
kepada tanahair dan negeri masing-masing. Bagi rakyat tempatan, Mat
Salleh merupakan pejuang kemerdekaan dan pahlawan yang berani.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sentiasa menjaga negara
kita daripada ancaman luar yang boleh memecahbelahkan rakyat yang
berbilang kaum. Bersatu padulah dan sentiasa mengamalkan sikap
saling hormat menghormati walaupun berbeza agama, bangsa dan
budaya.
Sumber Rujukan
1.Buku teks Sejarah Tahun 5
2.https://tokohtokohpejuangsabah.tumblr.com/post/107699238563/padu
ka-mat-salleh
3. http://dhayalannaidu.blogspot.com/p/sejarah-mat-salleh.html