The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Esther Martha, 2022-03-20 21:18:22

BMMB1104 Tugasan 1 Kerja kursus

BMMB1104 Tugasan 1 Kerja kursus

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU)

NAMA PELAJAR : ESTHER MARTHA ANAK MEREKUS

ANGKA GILIRAN : 2021022310115

NO. KAD PENGENALAN : 030825-13-0692
KUMPULAN/ UNIT
KOD DAN NAMA KURSUS : PPRBMM2-5

NAMA PENSYARAH : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
TARIKH HANTAR
: PUAN SELINA BTE AHMAD
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS : 21 MAC 2022
DARIPADA PENSYARAH
:

2

Isi Kandungan

Bil. Perkara Muka Surat

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM 4
KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI, PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM 7
PANTUN-PANTUN TRADISIONAL MELAYU

4.0 RUMUSAN 9

5.0 RUJUKAN 10

3

1.0 PENGENALAN

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya ialah bahasa.
Maksud perkataan sastera yang berasal daripada bahasa Sanskrit adalah kitab suci. Sastera
bermula daripada tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.
Menurut Danziger dan Jahnson (1983), sastera ditakrifkan sebagai seni yang menggunakan
kata-kata sama ada lisan atau bukan lisan. Menurut Ismail Hussein (1998), kesusasteraan
pula merangkumi aspek-aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif.
Kesusasteraan juga merupakan bentuk seni yang disampaikan melalui bahasa yang indah,
halus serta menarik dan memberi kesan kepada pembaca dan penonton. Menurut Abu Bakar
Hamid (1997), kesusasteraan merupakan kegiatan seni yang bersifat intelektual hasil
daripada gabungan kepuasan intelek dan estetik.

4

2.0 KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Sastera merupakan ungkapan sopan yang lahir daripada perasaan yang mendalam serta
sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa manakala kesusasteraan
ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa.
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu. Dalam konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan
karya asal yang tertulis menggunakan bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan
kehalusan yang berbentuk novel, cerpen, sajak, prosa atau puisi tradisional untuk
mengimbangkan sifat intelek, rohani, emosi, jasmani dan memaparkan nilai kemanusiaan dan
citra masyarakat. Kesusasteraan Melayu mampu memberi kesan penghayatan kepada
pembaca. Hal ini demikian, karya sastera berbeza daripada hasil penulisan akademik kerana
tidak mempunyai variasi keindahan bahasa dan tidak menarik minat pembaca untuk
membaca. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan berintegrasi dalam
kehidupan seharian mereka. Dalam kata lain, sastera merupakan salah satu medium hiburan
untuk masyarakat Melayu tradisional. Sastera juga merupakan ekspresi fikiran dan inspirasi
kehidupan manusia yang diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah.

Rajah 1

Empat Unsur alam Sastera

Bentuk Isi
kandungan

Ekspresi Bahasa

Sastera mengandungi beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan
peradaban sesuatu masyarakat selain daripada mempamerkan sikap dan pandangan
pengarangnya. Sastera dapat diungkap dalam pelbagai bentuk seperti bunyi-bunyian. Isi
kandungan sastera juga dianggap sebagai ungkapan peribadi seseorang individu yang
berupa pengalaman, pemikiran, perasaan dan idea dalam suatu bentuk gambaran konkrit

5
yang membangkitkan keperibadian melalui bahasa. Seterusnya, unsur ekspresi yang
berupaya mengeluarkan sesuatu dari dalam diri manusia. Unsur bahasa merupakan bahan
utama bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.

Rajah 2
Fungsi Kesusasteraan Melayu

Hiburan

Dakwah Fungsi Pendidikan
kesuasteraan

Melayu

Kritikan
sosial

Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun
temurun sejak dahulu lagi. Sastera Melayu merupakan salah satu medium hiburan untuk
masyarakat Melayu tradisional. Menurut Kamus Dewan (2017), hiburan adalah sesuatu
perbuatan atau benda untuk menghiburkan hati. Hiburan merupakan persembahan atau
kegiatan yang telah direka bentuk untuk memberi penghayatan dan nikmat kepada penonton
atau pembaca. Contohnya, cerita kanak-kanak, cerita rakyat, puisi, syair dan pantun
merupakan karya yang berupaya untuk menghiburkan hati masyrakat tradisional. Ia
merupakan salah satu hiburan untuk menghilangkan penat lelah mereka bekerja. Masyarakat
zaman dahulu, tidak mempunyai gajet seperti masyrakat zaman moden yang kini. Oleh itu,
pelbagai cerita lisan diciptakan dalam bentuk seni untuk menarik perhatian khalayaknya dan
untuk mengisi masa lapang serta menghilangkan kebosanan masyarakat dahulu.

Seterusnya, menurut Aripin Said (1996), fungsi kesusasteraan Melayu juga mengandungi
aspek nilai pendidikan. Contohnya, sastera Melayu memberi pengajaran, nasihat atau
pesanan kepada masyarakat. Fungsi ini dapat menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan
yang dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran dan menerapkan
nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat. Contoh karya sastera yang banyak menyingkap
tentang nilai-nilai murni dalam kehidupan ialah seperti seloka Pak Pandir dan Pantun Nasihat.

6

Karya-karya ini menjadi rujukan kepada masyarakat dahulu dalam menjalani kehidupan
harian. Selain itu, cerita rakyat seperti Si Tanggang juga memberi pengajaran kepada
masyarakat. Contohnya, mengajar anak-anak untuk tidak derhaka kepada ibu bapa.

Kritikan sosial juga merupakan fungsi kesusasteraan Melayu yang merujuk kepada satu
bentuk komunikasi dalam masyrakat yang berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan
sesuatu cerita dalam sistem bermasyarakat. Kritikan sosial adalah salah satu tindakan dalam
membanding, mengamati dan menilai sesautu perkembangan tentang kesan baik atau buruk
yang perlu ada dalam masyarakat. Kritikan sosial berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan
protes. Ia juga untuk menyindir kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat tidak kira
lapisan seperti cerita Hang Tuah yang menceritakan tentang kisah sosial masyarakat
golongan istana. Seterusnya, fungsi sastera Melayu dari aspek dakwah pula adalah sebagai
proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia. Agama Islam juga menyanjung
tinggi kesusasteraan Melayu. Melalui dakwah, ia dapat menyampaikan pesan-pesan yang
hendak diberitahu kepada pembaca melalui metafora dan simbol-simbol yang ada dalam
kehidupan. Contohnya, gurindam dua belas adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang
pentingnya beragama.

7

3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI, PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN-
PANTUN TRADISIONAL MELAYU

Menurut Kamus Dewan (2017) pantun merupakan puisi lama yang biasanya terdiri
daripada empat baris dalam setiap rangkap. Menurut Wan Abd. Kadir (1996), menyatakan
bahawa pantun memiliki dua bahagian utama iaitu sebagai pembayang dan dua bahagian
terakhir adalah maksud.

Rajah 3

Pantun Rangkap Pertama

Cedok air dengan baldi,

Cedok nasi dengan senduk,

Baik dibawa resmi padi,

Semakin berisi semakin tunduk.

2
Pantun ini merupakan pantun nasihat. Menurut Kamus Dewan (2017) pantun ini
bermaksud tidak sombong dan sentiasa rendah diri. Maksud pada pantun ini menyatakan
bahawa setinggi manapun kedudukSaenmaaktainubjearwisai tsaenmakkitian,tsuenmduakk. in itu kita merendahkan diri
seperti padi yang semakin berisi semakin tunduk kerana hidup di dunia ini ibarat roda
kadangkala di atas kadangkala di bawah. Melalui maksud pantun ini juga dapat dilihat bahawa
cara orang Melayu memberikan nasihat kepada orang yang mempunyai keududukan dan
jawatan yang tinggi agar hidup jangan terlalu mendongak ke langit, sesekali kita juga perlu
tunduk memandang ke bumi kerana semua orang juga bermula dari bawah untuk
mendapatkan jawatan tersebut. Ketika menjadi orang yang mempunyai jawatan yang tinggi,
kita haruslah tidak sombong agar orang lain akan menghormati kita. Pencipta pantun juga
menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu dahulu yang mencedok air menggunakan
baldi untuk mengambil air di sungai.

8

Rajah 4
Pantun Rangkap Kedua

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Pantun ini dicipta untuk menyatakan bahawa masyarakat yang berbudi bahasa akan
dipandang tinggi kerana bahasa yang digunakan menunjukkan identiti seseorang individu dan
sesuatu bangsa tersebut. Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata
agar dipandang mulia oleh orang ramai. Menurut Mazlan Nordin (1996), bahasa menjelaskan
asal usul seseorang tersebut. Pantun tersebut disokong dengan kata-kata Melayu lama iaitu
daripada buah kenal pohonnya yang bermaksud bahasa yang baik, indah dan betul hanya
akan lahir daripada penutur yang berbudi bahasa. Pencipta pantun juga menggambarkan
kehidupan masyarakat Melayu dahulu yang menggunakan sampan untuk ke sesuatu tempat.
Rajah 5
Pantun Rangkap Ketiga

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Melalui pantun ini dapat dilihat minda dan pemikiran orang Melayu tentang pendidikan.
Pantun ini menceritakan tentang sumbangan dan usaha para guru yang mengajar dan setia.
Jelas di dalam pantun ini menggambarkan kesungguhan seseorang dalam mencari ilmu perlu
diajar oleh seorang guru yang baik dan bijak. Jika menuntut ilmu tanpa berguru yang baik
atau hanya sambil lewa maka ilmu tersebut dituntut tetapi tidak bermanfaat dan tidak
berfaedah untuk sesiapa. Rusa berbelang kaki yang dinyatakan di dalam rangkap pantun
menunjukkan sejenis haiwan belalang.

9

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu telah wujud lama dalam masyarakat Melayu

bersama-sama bangsa Melayu sendiri. Oleh itu, kesusasteraan Melayu haruslah
dipertahankan agar dapat dinikmati oleh generasi muda pada masa akan datang dan
mendapat kebaikan seperti masyarakat tradisional.

1088 patah perkataan

10

5.0 RUJUKAN
Abu Bakar Hamid. (1997). Keusasteraan Moden. Diskusi Sastera Jilid II. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Aripin Said. (1996). Prosa Warisan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein. (1998). Sastera dan masyarakat. Pustaka Zakry Abadi.
Kamus Dewan. (2017). Ed. Ke-4. Dewan Bahasa dan Pustaka.
M.K Danziger & W.S Jahnson. (1983). Pengenalan Kritikan Sastera. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mazlan Nordin. (1996). Bahasa Melayu : Apa Sudah Jadi ?. PTS Professional.
Wan Abd. Kadir. (1996). Seni dan Budaya dalam Kreativiti Pantun. Folk Poetry, Malay.


Click to View FlipBook Version