The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Program Seni dan Budaya Melayu 2021
IPGK Perempuan Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faiqah13-482, 2021-09-10 15:16:45

KOMPILASI PERIBAHASA MELAYU

Program Seni dan Budaya Melayu 2021
IPGK Perempuan Melayu

Keywords: Peribahasa

IPGK PEREMPUAN MELAYU

KOMPILASI
PERIBAHASA

MELAYU

NUR FAIQAH BINTI MAZLAN
BAHASA MELAYU

PISMP BM3 JUN 2020

PERIBAHASA MELAYU

Daki dunia Anjing diberi makan
nasi, bilakan kenyang
Maksud:


Harta dunia yang tidak dapat
dibawa mati. Maksud:


Sia-sia memberikan nasihat yang
baik kepada orang jahat.
Ayat contoh:


Kita haruslah sentiasa beringat
untuk menambah amalan dan Ayat contoh:
ilmu agama kerana daki dunia
Puan Hidayah sudah lelah untuk
tidak membawa kesejahteraan di menasihati Haziq dan Sani agar
akhirat. tidak membuli rakan yang lain
namun perangai mereka tetap
Ayam di kepuk mati sama malah semakin teruk kerana
kelaparan, itik di air anjing diberi makan nasi, bilakan

mesti kehausan kenyang.

Maksud: Bagai ikan di luar
belat
Menderita kesusahan meskipun
banyak wang atau berpangkat Maksud:

tinggi. Tidak diperlukan, terbuang,

terpinggir.


Ayat contoh:
Ayat contoh:
Walaupun Amirah hidup senang
dengan harta dan kerjayanya Damia berasa dirinya bagai ikan di
yang hebat, dia ibarat ayam di luar belat kerana ibu bapanya
kepuk mati kelaparan, itik di air sentiasa sibuk dengan kerjaya
kehausan kerana dia mengalami masing-masing.
kemurungan dan kegelisahan.

PERIBAHASA MELAYU

Ibarat papan sayung

Maksud: Orang yang kurang sempurna kerana
kecatatan atau kelainan upaya.
Ayat contoh: Walaupun Suhaila ibarat papan sayung,
dia sangat rajin bekerja demi mencari wang.

Laut yang ditimba akan kering

Maksud: Harta yang banyak akan habis juga jika
dibelanjakan.
Ayat contoh: Kita mestilah sedar bahawa laut yang
ditimba akan kering. Oleh itu, rancangkan perbelanjaan
secara berhemah supaya kita tidak menyesal di hari tua.

Bagai cincin dengan permata

Maksud: sama padan, cocok benar, bagai pinang dibelah
dua.
Ayat contoh: Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan
Najwa dan Faiz memuji mereka dan menyatakan bahawa
mereka bagai cincin dengan permata.

Masa itu emas

Maksud: Masa sangat berharga.
Ayat contoh: Jika guru sesuatu mata pelaajran tidak
hadir ke sekolah atas urusan peribadi, Mila akan
menggunakan peluang ini untuk melaksanakan latihan
subjek Matematik kerana baginya, masa itu emas.

PERIBAHASA
MELAYU

Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk




Maksud: Sebulat hati untuk melakukan sesuatu dan tidak akan menyesal.
Ayat contoh: Nurin bertekad untuk meneruskan pengajian di Institut
Pendidikan Guru bagi mencapai impian menjadi seorang guru kerana dia mati
tidak menyesal, luka tidak akan menyiuk.

Musang berbulu ayam



Maksud: Orang jahat menyamar sebagai orang baik.
Ayat contoh: Saya tidak menyangka bahawa lelaki yang lemah-lembut
itu adalah musang berbulu ayam setelah dia ditangkap menyamun
rumah warga emas di hujung kampung.

Patah sayap bertongkat paruh



Maksud: Tidak putus harapan dan terus berikhtiar.
Ayat contoh: Walaupun hilang punca pendapatan akibat pandemik,
Muiz patah sayap bertongkat paruh apabila dia bertindak berniaga
masakan panas dan air secara kecil-kecilan di rumah.

Enau mencari sigai




Maksud: Perempuan mendapatkan lelaki.
Ayat contoh: Sikap Atikah yang berani menegur dan memulakan
perbubungan dengan Ahmad yang telah disukainya sejak sekian
lama adalah seperti enau mencari sigai.

Seperti labah-labah kasihkan telurnya

Maksud: Kasih sayang atau cinta yang mendalam.
Ayat Contoh: Sesungguhnya, ibu bapa menjaga dan mendidik kita seperti
labah-labah kasihkan telurnya. Oleh itu, balaslah jasa mereka selagi
bernyawa.

Tangkai jering

Maksud: Kedekut.
Ayat contoh: Ali dikenali sebagai tangkai jering dalam keluarga kerana berkira
dan jarang-jarang memberikan duit kepada adik-adiknya.

Tiada patah yang tak tempang

Maksud: Pergaduhan atau perselisihan yang meninggalkan bekas atau
perasaan tidak baik.
Ayat Contoh: Pergaduhan mulut yang berlaku antara Syafiqah dan Huda telah
menyebabkan hubungan mereka menjadi janggal dan tidak akrab kerana tiada
patah yang tak tempang.

Garam jatuh ke air

Maksud: Cepat faham (nasihat dan sebagainya).
Ayat Contoh: Cikgu Ain menegur murid-murid yang bising di dalam kelas.
Ibarat garam jatuh ke air, mereka segera memperlahankan suara dan
duduk di tempat duduk masing-masing.

PERIBAHASA
MELAYU

Umpama lebah membuang sengat




Maksud: Orang yang meninggalkan
sikap suka mengata dan mengeji.




Ayat contoh: Umpama lebah membuang
sengat, Mak Leha telah insaf dan

berusaha mengelakkan diri daripada
mengumpat dan mengata orang lain.

Umpama biawak bercabang lidah

Maksud: Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai
perkatannya.

Ayat contoh: Zulaika tidak gemar berbual dengan Asyikin
kerana rakannya itu umpama biawak bercabang lidah
menyebabkan jalan cerita yang disampaikan berlebih-lebihan.

Air besar batu bersibak




Maksud: Perselisihan yang besar akan mencerai-beraikan
persahabatan atau persaudaraan (perhubungan).

Ayat contoh: Salah faham yang berlaku antara Ahmad dan Izzati
telah menyebabkan hubungan pertunangan mereka putus di
tengah jalan. Benarlah kata peribahasa, air besar batu bersibak.

Bagai kaca terhempas ke batu




Maksud: Sangat sedih.

Ayat contoh: Perasaan Puan Liana bagai kaca terhempas ke

batu setelah mendapat berita bahawa anaknya meninggal

dunia akibat virus Covid-19.

Sekian,
terima kasih.

BAHASA JIWA BANGSA


Click to View FlipBook Version