DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB3083)
MESEJ DAN UNSUR
DIDIK HIBUR
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. FARAH NABILAH BINTI ABD RAHIM
2. NURUL HANIS BINTI ADAM
3. NUR FAIQAH BINTI MAZLAN
4. NURSYAHIRAH BINTI ARZAMI
5. MIRZA AFIQAH BINTI MOHD ZULKAFLI
DEFINISI MESEJ
● Mesej merupakan buah fikiran pengarang yang diolah dalam
karya kreatif.
● Mesej juga dikatakan sebagai sesuatu yang lahir dari sifat
pengarang yang menginginkan pembacanya menerima dan
menjadikan amalan sepanjang hidup.
● Pemilihan kata dan jalan cerita amat penting bagi membolehkan
mesej disampaikan dengan jelas dan tepat.
● Pemilihan kata hendaklah bersesuaian dengan unsur mesej bagi
menyerlahkan pemikiran pengarang.
CONTOH UNSUR MESEJ DALAM DRAMA
● Penyampaian mesej dalam drama kanak-kanak perlulah jelas dan nyata.
● Pemilihan kata yang mudah membolehkan mesej disampaikan dan
difahami oleh murid dengan lebih mudah
● Sebagai contoh, drama kanak-kanak bertajuk ‘Siapakah Pencuri’ karya
Rohana Abd Jalil. Mesej yang hendak disampaikan berdasarkan cerita
tersebut ialah setiap makhluk perlu berbuat baik terhadap makhluk lain.
● Pemilihan kata serta jalan cerita yang digunakan dalam skrip drama
tersebut memudahkan kanak-kanak untuk faham dan secara tidak
langsung membolehkan mesej disampaikan dengan tepat.
KESAN PENERIMAAN MESEJ DARIPADA DRAMA
KEPADA MASYARAKAT
Golongan muda seperti kanak-kanak Mesej yang baik dan positif dalam
dan remaja mudah terpengaruh dengan drama yang mengandungi jalan
aksi negatif yang ditayangkan kerana cerita berunsur nilai murni,
sesetengah daripada mereka mungkin pengajaran, dakwah, sindiran untuk
tidak melihat mesej positif dan menyedarkan dan lain-lain lagi akan
pengajaran yang disampaikan malah memberikan masyarakat pendidikan,
menjadikan aksi negatif yang dilihat kesedaran, dan pemikiran yang baik
dalam drama sebagai perkara baharu dan sejahtera, iaitu sentiasa
untuk dicuba.Misalnya, drama tentang melakukan kebaikan dan
buli dan mat rempit. meninggalkan keburukan.
DEFINISI BAGI UNSUR DIDIK HIBUR
● Didik hibur merupakan unsur yang diterapkan dalam penulisan skrip
yang menyediakan situasi yang lebih menyeronokkan dan menarik.
● Didik hibur mengutamakan penggunaan kreativiti dalam seni dan
mengasimilasikannya dalam skrip yang dihasilkan.
● Antara ciri-ciri unsur didik hibur ialah:
- Mempunyai unsur kelakar, kecindan dan estetik
- Melibatkan bahasa indah dan bahasa gerak badan
Contoh Unsur Didik Hibur dalam Penulisan Skrip
● Nyanyian: Pemilihan lagu dan melodi yang bersesuaian dengan skrip
● Contoh nyanyian dalam penulisan skrip dapat dilihat dalam drama ‘The Bullies at
Sam’s Cafe’ karya Stuart Ardern.
● Watak-watak menyanyikan lagu ‘Sam’s Cafe’ sebagai pembuka drama dan
membuatkan babak tersebut kelihatan lebih menyeronokkan dan menarik.
Contoh Puisi yang sesuai dalam Drama
● Puisi “Aku Ingin” oleh Djoko Damono:
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu.
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.
Contoh unsur didik hibur dalam penulisan skrip
● Bahasa indah: bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup
penting bagi sesebuah drama.
● Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan
mudah difahami supaya berkesan kepada penonton.
● Dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan
lagi perwatakannya, tetapi pastikan pembaca dan penonton dapat memahami
dialek tersebut.
● Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar
menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa
penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.
Contoh unsur didik hibur dalam penulisan skrip
● Bahasa badan: sebahagian daripada proses komunikasi yang menunjukkan reaksi
sama ada positif/negatif.
● Perwatakan watak mestilah menarik dan penggunaan bahasa yang sesuai.
Apabila watak menggabungkan penggunaan bahasa badan dalam lakonan,
penonton akan melihat suasana drama lebih hidup.
● Emosi juga mempengaruhi bahasa badan. Pelakon yang pandai mengawal emosi
selari dengan pementasan secara keseluruhannya akan mempengaruhi
keberkesanan drama.
● Contoh: dalam drama animasi “Upin & Ipin”, watak Upin dan Ipin mempamerkan
riak muka ketakutan apabila dimarahi oleh watak Kak Ros.
Implikasi Unsur Didik Hibur dalam Drama
● Mewujudkan unsur kecindan dalam drama yang dipentaskan.
Hal ini akan menarik minat penonton untuk menikmati
pementasan drama dengan seronok.
● Meningkatkan mutu drama kerana mampu menyampaikan mesej
drama yang bermakna dengan lebih santai.
● Melatih pelakon untuk menghiburkan penonton dengan
pelbagai kaedah yang sesuai.
● Dapat mendedahkan pengetahuan sastera kepada penonton
seperti dengan penerapan puisi, dan pantun dalam drama yang
dipentaskan.
● Pendekatan yang sesuai untuk penonton dari pelbagai
peringkat usia.
Sekian,
terima kasih.