The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PB PEDAGOGI PENGAJIAN AL-QURAN & HADIS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurmursyidahmohdzaki, 2023-11-06 10:46:49

PENTAKSIRAN BERTERUSAN PIMK3273

PB PEDAGOGI PENGAJIAN AL-QURAN & HADIS

Keywords: PB

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK 2023 Program: PISMP Nama Pelajar: Kod: PIMK3273 Semester / Tahun: Semester 2 Tahun 1 Ambilan: Jun 2021 Kumpulan: PA1, PA2, PA3, PA4 Nama Kursus: Pedagogi Pendidikan al-Quran dan Hadis Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Ujian 17.09.2023 27.09.2023 2: Penghasilan Produk 10.10.2023 2.11.2023 2. Persembahan 29.10.2023 12.11.2023 Hasil Pembelajaran Kursus (HPK): Pada akhir kursus ini pelajar boleh: 1. Menganalisis kurikulum, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran al-Quran dan Hadis sekolah rendah berdasarkan kurikulum semasa (C4, HPP2, KKG4). 2. Menghasilkan perancangan pengajaran harian, pengurusan refleksi dan bahan sumber pengajaran (C6, A4, HPP2, HPP6, KKG5, KMD2). 3. Melaksanakan pengajaran mikro dalam bidang Pendidikan al-Quran dan Hadis (P2, HPP3). Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan: Pelajar akan dapat: 1. Menganalisis kurikulum, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran al-Quran dan Hadis sekolah rendah berdasarkan kurikulum semasa. 2. Menghasilkan perancangan pengajaran harian, pengurusan refleksi dan bahan sumber pengajaran. 3. Melaksanakan pengajaran mikro dalam bidang Pendidikan al-Quran dan Hadis.


Stimulus: Pendidikan Al-Quran adalah sebahagian daripada kurikulum Pendidikan Islam.Oleh itu usaha berterusan dalam penguasaan dan peningkatan dalam aspek tilawah al-Quran, hafazan, kefahaman ayat dan tajwid perlulah dipertingkatkan dalam usaha untuk melahirkan guru pendidikan al-Quran yang memiliki pengetahuan yang kukuh tentang pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan al-Quran. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses membolehkan seseorang individu iaitu pelajar memperolehi dan menggunakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran tertentu secara berterusan. Justeru, sebagai guru pendidikan al-Quran perlu mengambil kira faktor penggunaan strategi, kaedah dan teknik penyampaian pengajaran yang sesuai dan dapat menarik perhatian dan merangsang minat pelajar sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Guru perlu melakukan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sebaiknya agar hasil pembelajaran dapat dicapai dengan tepat. Berdasarkan kenyataan di atas, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: TUGASAN 1: Penghasilan Produk(Tugasan Individu) 50% Perancangan pengajaran merupakan suatu keperluan bagi guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kerana guru terlebih dahulu telah memahami dan menilai semua aspek yang akan dilaksanakan ketika pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang rapi dan tersusun sudah pasti dapat membantu pelajar menerima dan memahami isi pengajaran seterusnya membantu guru mencapai hasil pembelajaran yang telah dirancang. Berdasarkan keyataan di atas, pelajar secara individu dikehendaki menghasilkan penulisan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan al-Quran dan Hadis, penghasilan Bahan sumber pengajaran serta penulisan refleksi. Penulisan RPH mestilah disertakan dengan penghasilan bahan sumber pengajaran yang sesuai berdasarkan tajuk dalam bidang al-Quran yang telah dipilih. Arahan Pelaksanaan Tugasan 1 1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. 3. Anda dikehendaki menulis Rancangan Pengajaran Harian, menyediakan BBM serta penulisan refleksi pengajaran. 4. Wajaran markah bagi penulisan RPH ialah 30%. Manakala, wajaran markah bagi penghasilan bahan sumber ialah 10% dan penulisan refleksi pengajaran pula ialah sebanyak 10%. 5. Format penulisan RPH adalah seperti berikut : 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 3.2 Font Jawi Biasa 3.3 Saiz huruf jawi 18 3.4 Langkau 1.5 baris 6. Tulisan rumi atau nombor jika ada hendaklah menggunakan tulisan rumi Arial font 12.


Tugasan 2: Persembahan (Tugasan Individu) 30% Pelajar secara individu dikehendaki membuat pembentangan mikro pengajaran pendidikan al-Quran. Pembentangan pengajaran mestilah berpandukan perancangan dalam penulisan RPH yang telah dihasilkan serta disokong oleh bahan sumber pengajaran. Arahan Pelaksanaan Tugasan 2 1. Melaksanakan pengajaran mikro pendidikan al-Quran dan hadis secara individu. 2. Pelaksanaan pengajaran mikro mestilah berpandukan perancangan dalam penulisan RPH yang telah dihasilkan. 3. Pelaksanaan pengajaran mikro mestilah disokong oleh bahan sumber/BBM pengajaran. 4. Simulasi pengajaran mikro bagi setiap kemahiran hendaklah mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan dalam RPH. Tugasan 3:Ujian (Tugasan Individu) 20% Menjawab soalan Kuiz – 20 soalan objektif berkaitan kurikulum Pendidikan al-Quran dan Hadis serta strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran al-Quran dan Hadis. Arahan Pelaksanaan Tugasan 3 1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat. Arahan Pelaksanaan Secara Umum 1. Tugasan mesti dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. 2. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred anda. 3. Amalan plagiat adalah dilarang. Jika didapati hasil tugasan adalah plagiat, tugasan baru akan diberikan dan pelajar hanya akan mendapat markah lulus. 4. Borang salah laku akan dikeluarkan jika pelajar tidak menghantar tugasan mengikut tarikh serahan. 5. Tugasan 1 membawa markah 20%, Tugasan 2 membawa markah 50%, dan Tugasan 3 membawa markah 30%. 6. Markah keseluruhan kerja kursus ialah 100%. Disediakan oleh : (DR.RUHAYATI BINTI RAMLY) Pensyarah / Penyelaras Kursus Disemak oleh : (TN HJ. MOHAMAD ANUAR BIN HAYAN) Pakar Bidang (SME) Disahkan oleh: (EN. SALAHUDDIN BIN MD NOR) Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam, IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.


Click to View FlipBook Version