The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Faizal Harun, 2024-02-01 23:02:58

SD26

SD26

www.desatera.com.my fb/desatera.official Desatera Suara Tahun Kecemerlangan PP18134/04/2013(033480) VOL : 02/2023 MAJALAH RASMI DESATERA SDN. BHD.


Suara Desatera 2 Dato’ paduka feizal nor nurbi Ad sint nihil quo quod eligendi ex beatae autem id deserunt enim est deleniti quia. Eum consectetur quia quo consectetur dignissimos aut earum ipsum ea delectus eius qui placeat necessitatibus et aliquid quisquam et neque omnis. Ad sint nihil quo quod eligendi ex beatae autem id deserunt enim est deleniti quia. Eum consectetur quia qconsectetur dignissimos aut earum ipsum ea delectus eius qui placeat. Lorem ipsum dolor sit amet. Aut omnis natus sit doloremque beatae a dolores voluptate. Ad sint nihil quo quod eligendi ex beatae autem id deserunt enim est deleniti quia. Eum consectetur quia quo consectetur dignissimos aut earum ipsum ea delectus eius qui placeat necessitatibus et aliquid quisquam et neque omnis. Non quaerat necessitatibus eum nulla omnis qui vitae tempora ut consequatur sapiente cum autem ipsam hic dolor dignissimos sit laudantium veniam. Aut magnam deserunt eum ducimus suscipit sit numquam repellat aut ipsa quasi est repellendus amet aut rerum autem? Et totam error aut laboriosam corrupti ab laudantium ipsa eos molestiae praesentium aut quisquam nihil hic quam quasi quo possimus eaque! At iste quibusdam eos quis voluptas ea quaerat voluptas ut enim odit id alias nostrum non eius tenetur non dignissimos sequi. Sed impedit velit et adipisci nostrum et consequatur quam eum alias veritatis qui iste molestias sit nisi inventore. Lorem ipsum dolor sit amet. Aut omnis natus sit doloremque beatae a dolores voluptate. Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum dan salam sejahtera… Bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi kita berjaya menerbitkan majalah yang menjadi tanda ingatan buat warga DESATERA iaitu SD26 VOL 2 2023. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah diberikan kepada pasukan Sidang Redaksi, kerana berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang cukup bermakna ini. Menerusi majalah ini jugalah tercatatnya segala coretan suka duka warga kerja untuk dijadikan kenangkenangan. Sebagai ketua editor SD26, mewakili Pasukan Sidang Redaksi ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan majalah ini, sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang sebaliknya datang darikelemahan diri saya sendiri.. Noor Hayati Othman Ketua Editor Ketua Pegawai Eksekutif Sekapur Sirih Suara Desatera 26 Penerbit Hj Sharrifuddin Ahmad Taff Penasihat Eksekutif Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi Penolong Penasihat Eksekutif Abdul Karim Yusof Ketua Editor Noor Hayati Othman Setiausaha Intan Noor Aiza Pereka Bentuk Foto, Grafik & Pereka Kreatif Ali Basyir Yusoff Mohamad Bokhti Baktiar Sidang Redaksi Nazrina Liyana Nasir Nor Hanani Mohamed Mazni Abd Manan


Suara Desatera 3 06 35 TAHUN KUMPULAN DEWINA BRAHIMS 04 KUNJUNG HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Isi Kandungan 21 THE HRD ASIA AWARDS 2023 23 SUMBANGAN ZAKAT 2023 12 KURSUS KETERAMPILAN KEPEMIMPINAN XPDC Hati Kampung 3 Johor Baharu Kampung Tenglu Laut, Mersing Pada 26 Ogos 2023 sehingga 28 Ogos 2023, seramai 50 peserta dan 350 penduduk Kampung Tenglu Laut Mersing telah memeriahkan Program XPDC Hati Kampung bagi edisi ke- 3 di Kampung Tanglu Laut Mersing, Johor Bahru. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Nur Fatin Dato’ Seri Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Dewina dan Nor Hayati Abdullah, Pegawai Pelancongan Kanan Tourism Malaysia Wilayah Selatan. Sepanjang program 3 hari itu berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya ialah acara sukan rakyat, persembahan kesenian Johor seperti tarian Zapin dan Ghazal, kenduri bersama penduduk kampung dan merewang menyediakan hidangan. Malah persembahan busker turut menghiasi program pada malam pertama XPDC. Bukan itu sahaja, golongan Asnaf juga diraikan dengan menerima bantuan dari pengurusan Brahim’s Outdoor. Berita Kumpulan


Suara Desatera 4 Berita Majlis Doa Selamat Kumpulan 35 Tahun Kumpulan Dewina Brahims


Suara Desatera 5 Berita Desatera Mesyuarat Prestasi Perkhidmatan Katering Zon tengah dan Selatan 22 Jun 2023 – Satu Mesyuarat Prestasi Penswastaan Perkhidmatan Katering (PPK) ATM bagi Pangkalan/Unit TUDM Zon Tengah dan Selatan telah diadakan di Forest City Hotel, Johor Bahru. Mesyuarat yang berlangsung selama 2 hari itu telah dihadiri oleh Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan beliau diiringi oleh En. Ghazali Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan dan En. Abdul Karim Yusoff, Ketua Pegawai Operasi. Intipati mesyuarat ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung Prestasi Penswastaan Perkhidmatan Katering (PPK) ATM yang melibatkan aspek Pengurusan Sajian dan Pengurusan Perkhidmatan agar selari dengan perjanjian kontrak yang telah ditetapkan. Mesyuarat ini telah melibatkan Pangkalan Udara (PU) Jugra, INSMAT Kinrara dan SKN 323 TUDM Bukit Lunchu. Antara yang turut serta menghadiri mesyuarat ini adalah En. Mohd Narizul Mohd Nasir, Pengurus Wilayah Tengah, En. Saharudin Salleh, Pengurus Wilayah Selatan, Puan Zainon Taib, Pengurus Jabatan Perancangan Menu, En. Shahuri Daud, Pengurus Jabatan Pengurusan Prestasi serta En. Muhamad Said Norbik, Pengurus Outlet TUDM Kinrara, En. Khairul Hisham Shahar, Pengurus Outlet TUDM Jugra dan En. Saiful Wazzan, Pengurus Outlet TUDM Bukit Lunchu. Pembukaan Outlet Komersial Baharu Ibupejabat KWSP, Kwasa Damansara Ibu pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dahulunya bertempat di jalan Raja Laut, Kuala Lumpur secara rasminya berpindah ke Menara KWSP di Kwasa Damansara.


Suara Desatera 6 Berita Desatera PEJABAT panglima logistik tentera darat 09 Ogos 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, YBhg Dato Paduka Feizal Nor Nurbi telah hadir ke Pejabat Panglima Logistik Tentera Darat bagi tujuan memberi kunjungan hormat kepada YBhg. Mejar Jeneral Hj. Azelan bin Abu Bakar. PEJABAT panglima latihan tentera darat 14 Jun 2023 - Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Marzuki Hj Mokhtar telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi di Markas Latihan Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson Negeri Sembilan, Beliau telah diiringi oleh En. Zanal Abidin Mohd Nor, Pengurus Wilayah dan Pn. Rosnah Amir, Pengurus Outlet PUSASDA. Kunjungan hormat adalah bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada Mejar Jeneral Datuk Marzuki Hj Mokhtar atas pemakaian pangkat sebagai Pegawai Kanan Tentera Darat dan Serah Terima Tugas Panglima Latihan Tentera Darat. Kunjungan ini diluangkan masa bersama dengan makan tengahari dan penyerahan cenderahati dari Desatera Sdn Bhd kepada beliau. Kunjung Hormat PEJABAT PANGLIMA TENTERa darat ke-29 06 Julai 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi telah mengadakan satu kunjungan hormat kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman. Kunjung hormat itu bersempena untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau di atas pelantikan sebagai Panglima Tentera Darat yang ke – 29. Beliau telah menggantikan YBhg. Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang telah menamatkan perkhidmatan beliau setelah hampir 43 tahun berkhidmat.


Suara Desatera 7 Berita Desatera PEJABAT PANGLIMA TENTERa darat ke-30 09 Oktober 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi telah mengadakan satu pertemuan khas bersama YBhg. Jeneral Datuk Muhammad Hafizudeain bin Jantan di Pejabat Panglima Tentera Darat di Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan Kuala Lumpur. Pertemuan tersebut bertujuan memberi kunjungan hormat dan mengucapkan tahniah kepada beliau di atas pelantikan sebagai Panglima Tentera Darat. Pelantikan kenaikkan pangkat beliau dibuat bagi menggantikan YBhg. Jeneral Tan Sri Datuk Mohammad Ab. Rahman. Beliau yakin pelantikan YBhg. Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain sebagai PTD baharu berupaya membawa Tentera Darat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. PEJABAT Ketua Pengarah Bpkp 10 Ogos 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi telah hadir ke Pejabat Bahagian Perkhidmatan Kejuteraan Pertahanan (BPKP), Markas Angkatan Tentera Malaysia, Wisma Pertahanan Kuala Lumpur bagi tujuan memberi kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah BPKP iaitu YBhg. Brig. Jeneral Ir. Thevendran CS Maniam. Kunjung hormat itu adalah untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada YBhg. Brig. Jeneral Ir. Thevendram di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuteraan Pertahanan yang baharu berkuatkuasa pada 03 Mei 2023 yang lalu. Kunjung Hormat PEJABAT panglima 21ggk 22 Ogos 2023 - YBhg. Mejar Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas telah menerima satu kunjung hormat oleh Dato’ Paduka Feizal Nor Nurbi, Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd di Pejabat Panglima 21 Grup Gerak Khas. Tujuan kunjung hormat ini adalah sebagai salam pengerat silaturahim diantara pihak Desatera dan Markas 21 Gerup Gerak Khas. Turut hadir En. Saharuddin Md Salleh, Pengurus Wilayah dan En. Hamizan Haron, Pengurus Outlet bagi mengiringi lawatan tersebut.


Suara Desatera 8 Desatera Majlis Korban Sana-Sini PERINGKAT masjid as-suhada kem terendak peringkat tentera darat Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban adalah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan yang istimewa ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S dalam memenuhi perintah Allah SWT. Hari Raya Korban juga bertujuan untuk mengikis kelekaan umat Islam terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau kesanggupan mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT. Salah satu keistimewaan Hari Raya Korban adalah ibadat korban. Pada 27 dan 28 Jun 2023, Desatera Sdn. Bhd. telah menyumbangkan 10 ekor lembu kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sumbangan Lembu Korban Angkatan Tentera kepada Darat


Suara Desatera 9 Desatera Majlis Korban Sana-Sini PERINGKAT MARKAS MEDAN BARAT TD PERINGKAT MARKAS PLDTD untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha. Sumbangan lembu korban tersebut telah disampaikan kepada: Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD) Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur – serahan kepada wakil Peg Log 1 RAMD Kapt. Ridwan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur - serahan kepada wakil PMBTD KS RAJD Lt Kol Anuar di PPRAMD. Markas Pusat Islam Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Kuala Lumpur. 11 Bgd dan 4 Rejimen KPTD Kem Sungai Buloh, Selangor (2 ekor) Markas 12 Briged (95HAT) Kem Wardieburn, Kuala Lumpur (1 ekor) – serahan kepada Mej Raizalan Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (TRADOC) Kem Segenting Port Dickson, Negeri Sembilan . Markas 3 Division Kem Terendak, Melaka. Keprihatinan Syarikat menyumbang lembu bagi korban adalah bertujuan berkongsi rezeki bersama para anggota tentera. Ibadah korban merupakan amalan yang dituntut bagi yang berkemampuan. Semoga ibadah ini diberkati dan dirahmati Allah SWT dan ganjaran pahala kepada mereka yang telah menyempurnakan ibadah korban tersebut.


Suara Desatera 10 Desatera Sana-Sini Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera ke-21 27 Ogos 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang bakal menamatkan perkhidmatan selepas lebih 43 tahun bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah diraikan dalam satu Istiadat Perbarisan Penghargaan oleh Tentera Darat bertempat di dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sg. Besi disini. Pada tengaharinya pula, satu Majlis Jamuan Makan Tengahari sempena perbarisan tersebut telah diadakan di Dewan Dato’ Jamil Ahmad. Pihak syarikat Desatera turut terlibat dalam menyediakan dan menyajikan makanan minuman kepada xxxx pax di dalam majlis tersebut. Majlis jamuan ini berjalan lanc ar dengan kerjasama daripada Pengurus Outlet KL dan Selangor serta krew-krew lain yang terlibat. Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera ke-22 23 Oktober 2023 - Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Perutusan Perintah Ulungnya sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-22 dalam satu perbarisan yang bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sg. Besi. Turut hadir menyaksikan perbarisan ini adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan. Pihak Desatera Sdn Bhd telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan makan tengahari untuk majlis perbarisan tersebut. Seramai xx orang staf yang telah terlibat dalam persediaan untuk menghidangkan hidangan sepanjang majlis makan itu selain turut dibantu oleh Team Banquet dari Kuala Lumpur dan Melaka. Maklumbalas yang diterima adalah sangat memberangsangkan setelah berakhirnya majlis itu.


Suara Desatera 11 Desatera Sana-Sini 04 Oktober 2023 – Satu Perbarisan Istiadat Penganugerahan Panjipanji Rejimen Batalion ke23 Rejimen Askar Melayu Diraja telah diadakan di Kem Perdana Sungai Besi disini. Dalam majlis tersebut Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengurniakan panji rejimen tersebut. Turut mengiringi baginda Panglima Angkatan Tentera Melaysia Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan. Desatera Sdn Bhd juga terlibat secara sepenuhnya dalam penyajian Jamuan Majlis Makan Tengahari sempena perbarisan tersebut yang dihadiri lebih kurang SEJUTA orang tetamu di Dewan Dato’ Jamil Ahmad. Jamuan Makan Tengahari Penganugerahan Panji-panji Rejimen Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja 31 Oktober 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Perbarisan Perintah Ulung PTD Ke-30 bertempat di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi sekaligus menjadikan beliau sebagai pemerintah tertinggi Tentera Darat (TD). Bersempena majlis perbarisan tersebut, satu jamuan telah diadakan dan syarikat Desatera telah terlibat dalam penyediaan dan penyajian makanan dan minuman untuk seramai xxx pax bertempat di Dewan Dato’ Jamil Ahmad disini. Perbarisan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat ke-30


Suara Desatera 12 Kursus Keterampilan Kepemimpinan Desatera Pulau Pinang Program yang ulung kali dianjurkan ini dikhususkan buat semua Pengurus Jabatan, Pengurus Wilayah dan Pihak Pengurusan Atasan Desatera Sdn Bhd pada 15 Jun - 18 Jun 2023 yang bertempat di Shangri-La Golden Sands, Penang. Manakala satu lagi program untuk staff Eksekutif dan Pegawai Desatera pada 29 September - 2 Oktober 2023 di ERYA, Suria Cherating Resort, Pahang. Kedua-dua program ini adalah di bawah kelolaan Unit Latihan Jabatan Pengurusan Prestasi (JPP). Kepimpinan merupakan satu elemen yang penting dalam sesuatu kejayaan organisasi. Pemimpin hendaklah berupaya membina kemantapan diri dalam aspek ASP iaitu Attitude (sikap), Skill (Kemahiran) dan Knowledge (Pengetahuan). Program ini dirancang khusus untuk memperkuat kapabiliti kepemimpinan para pemimpin dalam sesuatu organisasi yang bertujuan meningkatkan kualiti dan efektiviti mereka dalam menghadapi dunia perniagaan yang kompleks. Mereka akan didedahkan dengan berbagai konsep, prinsip dan strategi kepemimpinan yang efektif, termasuk komunikasi yang baik, membuat keputusan yang bijak, menghadapi konflik dan membina pengembangan tim melalui nilai etika yang kuat dan tanggungjawab sosial yang baik. Di antara pengisian Program Kepimpinan ini ialah cabaran “OTAK vs MINDA”, di mana aktiviti ini adalah untuk merangsang kebolehan kognitif para peserta. Sesi interaktif ini meneroka keseimbangan antara pemikiran analitikal (OTAK) dan pemikiran kreatif (MINDA). Melalui siri latihan teka-teki yang mencabar minda, peserta dapat belajar memanfaatkan potensi penuh kebolehan berfikir di luar kotak pemikiran biasa mereka, di


Suara Desatera 13 Kursus Keterampilan Kepemimpinan Desatera Cherating, Pahang samping memupuk pendekatan holistik untuk menyelesaikan masalah. “Berfikir Aras Tinggi” atau Pemikiran Aras Tinggi merupakan antara komponen penting dalam program ini. Fasilitator membimbing peserta melalui perbincangan dan kajian kes yang menimbulkan pemikiran, mencabar mereka untuk menganalisis situasi yang kompleks, membuat keputusan strategik dan berfikir secara kritis tentang senario kepimpinan. Para peserta juga akan mengalami berbagai metod pengajaran dan pembelajaran seperti pelatihan, simulasi, perbincangan kelompok, mentoring dan evaluasi kerja bagi memperluas jaringan professional mereka. Aktiviti simulasi adalah peserta terlibat dalam senario dunia sebenar, menggunakan pengetahuan yang diperoleh semasa program kepada situasi praktikal. Simulasi ini termasuk latihan pengurusan krisis, cabaran membuat keputusan dan senario perancangan strategik, semuanya dijalankan dengan latar belakang Shangri-La Golden Sands Pulau Pinang yang menakjubkan. Selain itu, tujuan program ini dapat mempertingkatkan kemahiran dalam mencapai kefahaman pengurusan dan penyeliaan operasi. Yang penting, peserta dapat kemahiran yang ditekankan dalam keterampilan kepemimpinan iaitu: Kemahiran Ability, Growth, Knowledge, Competence, Learning, Training dan Experience. Hasil daripada program seumpama ini dapat mewujudkan kemantapan kepimpinan dalam diri bagi membantu meningkatkan pencapaian organisasi, mewujudkan suasana kerja yang menyokong ke arah pencapaian misi, visi dan objektif organisasi, mempertingkatkan imej diri, keterampilan seorang pemimpin dan dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang strategic dan berwawasan.


2020 serahan kuih raya kepada atm 2021 LAWATAN GOC 4DIV MEJ JEN DATO YA’COB 2021 SUMBANGAN CSR KEPADA JABATAN KDN 2021 PENYERAHAN SUMBANGAN PELITUP MUKA DI PEJABAT KOMANDAN PULAPOT 2019 badminton PIALA DATO’ PADUKA 2021 SUMBANGAN PELITUP MUKA DI PEJABAT KOMANDAN PULAPOT 2021 CSR MALBATT 860 kotak Sehati Box dan 900 keping pelitup muka 2021 CS2021 SUMBANGAN PELITUP M2017 BANTUAN BANJIR PULAU PINANG 2023 BANTUAN BENCANA TURKIYE 2019 MAJLIS NAIKTARALANDASAN ELEKTRIK KTM 2019 PEMBERIAN BUBUR LAMBUK DI HQ 2018 BRAHIMSLYMPIC 2019 RUMAH TERBUKA HARI RAYA BRAHIMS 2021 LAWATAN MENTERI KAPERTAHANAN KE UPNM 2021 SUMBANGAN PELITUP MUKA 2018 BOWLING DESATERA VS 73BN KP TERENDAK 2023 PERASMIAN LADANG INTEGRASI TD “Greed, for lack of a better word, is good.” -ALI2021 PEMBERIAN sehati box DI HQ 2021 majlis sumbangan sehati box DI kem perdana sg besi 2019 perasmian pembukaan kafe randau rasa ukm bangi 2020 PEMBERIAN kuih raya dan hand sanitizer di bip 2019 pengiktirafan sijil bess bagi kem pusasda 2020 sumbangan alat tulis kepada kontijen malbatt 2019 LAWATAN LIMA LANGKAWI 2021 PEMBERIAN sehati box DI HQ 2021 penyerahan Sumbangan Face Mask DI HOSPITAL SULTAN MIZAN 2021 PEMBERIAN sehati box DI OUTLET 2021 DSB TREASURE HUNT BARISAN PIHAK PENGURDESATERA 2021 CUBAAN PUAN INTAN MENGGANTUNG BANNER JAWATAN KOSONG Suara Desatera 14


Desatera SR PENJARA SG UDANG MUKA 2019 ETS@DESATERA 2017 EKS SUMAN PROTECTOR 2017 HALAL WORKSHOP 2019 FORUM PERDANA 4DIV 2018 MAJLIS RAMAH MESRA MENTERI PERTAHANAN DI KEM KEMENTAH 2021 LAWATAN KSU KEMENTERIAN PERTAHANAN F M2017 BANTUAN TAUFAN 2021 CSR ‘FRUIT BASKET’ TEMBIN 2017 LABUAN INDUSTRY ANNUAL DINNER ANAN 2017 MALAYSIA BUSINESS AWARDS 2020 PEMASANGAN STIKER DAPUR BRAHIMS DI LORI OP1 2019 SUMBANGAN TABUNG PAHLAWAN RM200,000.00 DESATERA berasal dari dua perkataan Melayu iaitu ‘DESA’ dan ‘TENTERA’ yang bermaksud perkampungan tentera. Desatera Sdn Bhd merupakan anak syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1996. Kontrak pertama penswastaan telah ditandatangani antara Desatera dan kerajaan Malaysia pada tahun 1999 melalui Projek Perintis. 2020 MAJLIS PERYAMPAIAN PENGIKTIRAFAN SIJIL BeSS & TRUST MYCATERING 2021 majlis makan tengahari anjuran Desatera Sdn Bhd bersama Panglima 4 Divisyen ali.. Suara Desatera 15 RUSAN 2023 SUMBANGAN ‘CSR’ KEPADA TABUNG STAY ATM 2023 SUMBANGAN TABUNG ZAKAT YAYASAN VETERAN ATM 2018 SUMBANGAN KURMA KEPADA JABATAN ARAH KP


Suara Desatera Suara Desatera 16 Desatera Makan Malam Sana-Sini bekas Putera MTD dan UPNM Majlis Jamuan Serah Terima Tugas Panglima Logistik Tentera Darat 10 June 2023 - Majlis Makan Malam Perpisahan Tahunan Kadet-kadet UPNM dan MTD (Old Putra) merupakan acara yang dinanti-nantikan, dimana ianya menghimpunkan graduan dan bakal pegawai daripada pelbagai perkhidmatan. Majlis ini berfungsi sebagai platform untuk menghargai pencapaian kumpulan graduan dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka ketika mereka memulakan perjalanan sebagai pegawai bertauliah. Desatera Sdn Bhd bertanggungjawab sepenuhnya dalam penyajian makanan ketika majlis itu berlangsung dimana ia melibatkan seramai lebih xxx hadirin. 08 Ogos 2023 - Majlis Serah Terima Tugas PL TD telah berlangsung di Wisma Perwira Ordnans. Mej Jen Dato’ Hj Rusni Saad menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada PLTD baharu iaitu Mej Jen Hj Azelan Abu Bakar dengan bersaksikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman. Beliau berharap Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD) sentiasa bersedia pada sebilang masa dalam menyediakan bantuan logistik bagi menyokong operasi Tentera Darat (TD) serta menitipkan pesanan untuk terus mengekalkan budaya pelaksanaan kerja berdasarkan dasar dan polisi bagi membentuk warga kerja profesional dan berintegriti.(sumber: Berita TDM) Antara yang hadir, Timbalan PLTD, Brig Jen Hj Abdul Jalil Hj Ramli dan pegawai-pegawai kanan TD.


Suara Desatera 17 Desatera Majlis Tamat Latihan Perajurit Sana-Sini Perajurit Lelaki 196-22 Majlis Ramah Mesra Warga Kem Sg Buloh bersama Menteri Pertahanan 24 Jun 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Sri Mohammad bin Ab Rahman telah menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 196/2022 yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson. Seramai 2063 Perajurit Muda berjaya mengharungi Latihan Asas Ketenteraan di PUSASDA yang bermula sejak 31 Disember 2022 hingga 24 Jun 2023. Syarikat Desatera telah dipertanggungjawabkan dalam penyediaan dan penyajian makanan serta minuman pada majlis ini sebanyak 5000 pax. Majlis berjalan lancar dengan turut dibantu oleh Team Banquet dari Kuala Lumpur dan Melaka. 27 Jun 2023 - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan telah meluangkan masa dalam Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pertahanan Bersama Warga Kem Sungai Buloh.


Suara Desatera 18 Desatera Lawatan Pemantauan Sana-Sini 05 September 2023 - Satu lawatan pemantauan dan Mesyuarat Perkembangan Prestasi Penswastaan Perkhidmatan Katering (PPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Zon Utara- Timur dan Zon Tengah – Selatan telah dilaksanakan di Kompleks Sajian Markas 1 Briged, Kem Rasah dan Kem PUSASDA, Negeri Sembilan. Lawatan ini telah dijalankan oleh pihak Bahagian Industri Pertahanan (BIP), MINDEF bersama-sama dengan Unit Kerjasama Swasta (UKAS) dan Bahagian Logistik Pertahanan (BLP), MK ATM. Lawatan tersebut telah diiringi oleh En. Zanal Abidin Mohd Nor, Pengurus Wilayah dan Pn. Rosnah Amir, Pengurus Outlet PUSASDA. Lawatan ini adalah bertujuan memantau pematuhan piawaian dari aspek pengurusan sajian di setiap outlet, kebersihan dewan makan dan dapur serta pengurusan setor. Hasil dari pemantauan ini dijalankan, secara keseluruhannya pihak BIP berpuas hati dengan pematuhan yang telah dijalankan oleh pihak operasi Desatera Sdn Bhd. Prestasi Perkidmatan Katering Kem Pusasda Lawatan Bahagian Industri Pertahanan 06 September 2023 – satu Kem Sg Besi lawatan oleh Bahagian Industri Pertahanan (BIP), Kementerian Pertahanan telah dijalankan di Kompleks Sajian UPNM, MTD dan 1RAMD, Kem Perdana Sungai Besi. Lawatan tersebut yang dihadiri oleh pegawaipegawai BIP telah diiringi oleh En. Zanal Abidin Mohd Nor, selaku Pengurus Wilayah dan En. Mohd Faisal Abd Rahman, selaku Pengurus Outlet Kem Perdana Sungai Besi. Lawatan yang dijalankan adalah bertujuan untuk pemantauan prestasi perkhidmatan katering pihak kontraktor agar selari dan menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian. Hasil dari pemantauan yang dijalankan, didapati tiada komen daripada pihak BIP malah mereka berpuas hati dengan prestasi dan kebersihan dewan makan, dapur dan setor.


Suara Desatera 19 Desatera Sana-Sini KPI


Suara Desatera 20 Journal Halal Audit Pensijilan MyTrust Catering dan Bess Kem Pulada Audit Prestasi Perkhidmatan Katering Kem Pusasda


Suara Desatera 21 Desatera Sana-Sini The Asia HRD Awards adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu atau organisasi yang mempunyai pengaruh luar biasa dan mereka yang telah menyumbang kepada kemajuan dalam bidang pembangunan manusia serta telah memberi kesan kepada masyarakat, bidang perniagaan dan komuniti. Anugerah ini disampaikan dalam 5 kategori - Pencapaian Sepanjang Hayat, Sumbangan kepada Masyarakat, Sumbangan kepada Organisasi, Sumbangan kepada Komuniti Sumber Manusia, Movers and Shakers. Bagi tahun ini, The Asia HRD Awards 2023 telah diadakan di University of Cyberjaya (UOC), syarikat Desatera Sdn Bhd sekali lagi telah terlibat secara sepenuhnya dalam penyediaan dan penyajian hidangan bagi 300 tetamu yang yang hadir. 29 September 2023 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah mengiringi Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dalam menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat Siri 197/23 dan Wanita Siri 48/23 yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson. Seramai 1013 Perajurit Muda yang terdiri daripada 661 lelaki dan 352 wanita telah berjaya mengharungi Latihan Asas Ketenteraan di PUSASDA yang bermula sejak 27 Mac - 23 September 2023 Syarikat Desatera telah dipertanggungjawabkan dalam penyediaan dan penyajian makanan serta minuman pada majlis ini sebanyak 5000 pax. Majlis berjalan lancar dengan kerjasama daripada Tim Banquet Desatera. The Asia HRD Awards 2023 Majlis Tamat Latihan Perajurit Perajurit Lelaki 197/23 dan Wanita 48/23


pusat pungutan zakat lembaga zakat selangor wilayah persekutuan majlis agama islam negeri sembilan zakat melaka JAWATAKUASA ZAKAT & FITRAH NEGERI JOHOR Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan dengan tujuan diperniagakan. Sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. Desatera Sdn Bhd seperti tahun-tahun sebelumnya tidak 2023 Sumbangan Desatera Zakat ketinggalan dalam menunaikan tanggungjawab dengan membuat pembayaran zakat kepada pusat –pusat pungutan zakat mengikut negeri yang terlibat. Pembayaran sebanyak RM100 ribu telah diagihkan masing-masig kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Lembaga Zakat Selangor dan Jawatankuasa Zakat & Fitrah Negeri Johor. Pihak syarikat berharapkan dengan menunaikan kewajipan ini, kiranya sedikit sebanyak dapat membantu golongan masyarakat yang memerlukan. “Wahai orangorang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 267) Suara Desatera 22


Suara Desatera 23 Suara Desatera 23 19 Januari 2024 - Pengarah Eksekutif Desatera Sdn Bhd, Tn. Hj Sharriffudin Ahmad Taff diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Paduka Nor Feizal Nurbi dan Brigedier Jeneral (B) Baharudin Che Din telah hadir ke Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia bagi penyerahan sumbangan Zakat Perniagaan bagi tahun 2023. Sumbangan zakat yang berjumlah RM100,000 itu diserahkan atas nama Tabung Zakat Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Sumbangan ini telah diterima oleh YBhg. Mejar Jeneral Zabery Jefry bin Hj Darus selaku Ketua Pengarah JHEV ATM. Bayaran zakat perniagaan tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif DESATERA dalam menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan secara amnya dan menyantuni asnaf dikalangan anggota ATM secara khususnya. Berita Desatera Sumbangan Zakat Perniagaan 2023 Tabung Hal Ehwal Veteran ATM Tambahnya, usaha itu juga merupakan salah satu daripada nilai teras syarikat sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi asnaf. Semoga sumbangan zakat yang diberikan ini dapat menyantuni halhal kebajikan anggota ATM dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.


Penerbit : Desatera Sdn Bhd (414847-M) Lot 9 & 11, Jalan P/9B Kawasan Perusahaan Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan Dicetak Oleh : Firdaus Press Sdn Bhd (986966-A) No.28, Jalan PBS 14/4, Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan


Click to View FlipBook Version