TUJUAN PERTOLONGAN
CEMAS
Membantu menyelamatkan
nyawa mangsa.
Mengelakkan mangsa dari
kecederaan yang lebih teruk.
Membantu mengurangkan
kesakitan atau kesengsaraan
mangsa.
TUGAS-TUGAS AHLI
PERTOLONGAN CEMAS
Menyelamatkan mangsa secara permulihan
pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
,terhenti menahan pendarahan dan
.mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan
Membalut luka dengan kain yang bersih supaya
.dapat mengelakkan dari jangkitan kuman
Memberi sokongan di bahagian yang cedera
terutamanya patah dengan tuap atau anduh
supaya bahagian yang cedera berkeadaan
.tetap dan tidak bergerak
.Elak mangsa dari mengalami renjatan
Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa
.berada dalam keadaan tenang
Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan
.perubatan
PEMBALUT
(BANDAGES)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain
pembalut digunakan semasa
menjalankan rawatan mangsa
kemalangan. Antara jenis-jenis
pembalut yang digunakan ialah:-
Pembalut tiga segi (triangular
bandage).
Pembalut lebar (broad bandage).
Pembalut panjang (narrow
bandage).
Pembalut gulung (rollar
bandage).
Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan
kain yang sangat penting di
dalam pertolongan cemas kerana
ia boleh digunakan untuk pelbagai
kegunaan. Kain anduh yang baik
berukuran 1 meter x 1.4 meter.
KEGUNAAN
KAIN ANDUH
Mengampu bahagian yang cedera
atau patah.
Menghenti atau menahan
pendarahan.
Menetapkan bahagian yang cedera.
Dapat digunakan sebagai pengipas.
Menutup tempat yang luka atau
cedera.
Sebagai pengelap atau karung
tuaman sejuk.
JENIS-JENIS ANDUH
Anduh besar (large arm sling)
Mengampu bahagian anggota atas yang luka atau
cedera.
Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Anduh tiga segi (triangular sling)
Menahan pendarahan anggota atas.
Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang
skapula.
Mengampu anggota atas yang cedera.
Anduh kecil (small arm sling)
Mengampu kecederaan di bahagian bahu.
Mengampu tulang klavikal yang cedera.
Mengampu anggota atas yang cedera.
Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
Mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami
patah tulang klavikal.
ANDUH BESAR
ANDUH TIGA SEGI
ANDUH KECIL
ANDUH LENGAN DAN LEHER
RANCANGAN SESI LATIHAN UNIT
BERUNIFORM PANDU PUTERI
Unit Beruniform : Pandu Puteri
Hari/Tarikh : 17 Mac 2021
Masa : 2.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Padang sekolah
Bilangan Ahli : 34
Tajuk : Tangga Emas
Aktiviti : Mencari harta karun
Objektif : Pada akhir sesi perjumpaan, murid
dapat :
Mengeratkan silaturrahim dan semangat
berpasukan antara ahli Pandu Puteri.
Melahirkan murid yang berupaya untuk
mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
Meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap peserta.
Nilai : Kerjasama, keyakinan
diri, derdisiplin, tidak mudah
putus asa
Peralatan/Bahan Sumber (BS) :
Buku rekod kehadiran
Bkoukkuurliokgulkuomk
umruikruidlum
Buku Panduan Asas Pandu
Puteri
PERMULAAN
·Guru meminta murid berkumpul
di dalam kelas sekolah untuk
merekod kehadiran murid.
Setelah itu, guru meminta murid
untuk bergerak ke padang
sekolah untuk menjalankan
aktiviti mencari harta karun.
Guru memeriksa pakaian
uniform Pandu Puteri lengkap
murid.
Guru meminta murid untuk
berdiri mengikut kumpulan iaitu
Melur, Teratai, Kenanga,
Kesidang, Siantan dan Cempaka.
Guru memberikan penerangan
dan peratura-peraturan
pertandingan mencari harta
karun.
LANGKAH 1
·Check Point 1 (Murid diberikan
sampul)
Setiap kumpulan akan
dibekalkan kuiz untuk
dilengkapkan.
Setelah selesai menjawab soalan
kuiz, murid akan beredar ke
Check Point 2.
Jawapan hendaklah diserahkan
kepada guru.
LANGKAH 2
Menyenaraikan bahan yang
digunakan untuk ujian deria rasa.
Murid dikehendaki merasa
dengan lidah bahan bahan/serbuk
yang disediakan itu bergilir-gilir.
Kemudian mereka boleh
berbincang dan menuliskan
jawapan
Kunyit, garam, gula, lada, bunga
cengkih dan cili sos
LANGKAH 3
·Check Point 3
Murid dikehendaki mencari
klu di dalam pinggan yang
berisi tepung
Murid dikehendaki untuk
meniup tepung secara
bergilir-gilir untuk mencari
klu berkenaan.
Setiap kumpulan akan
mendapat hanya satu klu.
Klu berupa sebuah peta yang
menunjukkan tanda (x) di
mana murid perlu mencari
harta karun di tempat yang
berkenaan.
LANGKAH 4
·Check Point 4
Membaca peta yang
dibekalkan.
Murid mencari jalan
berdasarkan klu yang
diberi.
Satu peta kasar yang
menunjukkan tempat
sesuatu objek
disembunyikan
diletakkan di kawasan
padang
PENUTUP
Guru mengumumkan
pemenang pertandingan
mencari harta karun.
Guru menyampaikan hadiah
bagi kumpulan yang telah
memenangi pertandingan
mencari harta karun.
Guru membuat kesimpulan
tentang aktiviti hari ini.
Guru memilih murid untuk
membuat refleksi pada aktiviti
yang telah dijalankan hari ini.
KEPIMPINAN
Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan
barisan pemimpin untuk mendidik dan
memimpin ahli wanita dan dewasa. Barisan
pemimpin dikategorikan mengikut peningkatan
seperti yang berikut :
Pemimpin Tidak Berwaran
Seorang pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti kursus
Prawaran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu
Puteri
Pemimpin boleh memakai lencana pelantikan pelantikan
pemimpin.
Pemimpin yang telah menguruskan pasukan sekurang-
kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau
Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran.
Pemimpin Berwaran
Pemimpin berwaran boleh menguji
Pandu Puteri Tunas sehingga Calit
Emas serta Pandu Puteri Remaja
atau Pandu Puteri Renjer sehingga
Kelas Dua.
Pemimpin berwaran digalakkan
mengikuti kursus lanjutan supaya
boleh menguji Pandu Puteri Tunas
sehingga Anugerah Tunas
Harapan Ketua Pesuruhjaya serta
Pandu Puteri Remaja atau Pandu
Puteri Renjer Kelas Satu sehingga
ke peringkat Pandu Puteri Raja.
Pemimpin berwaran seterusnya
boleh melayakkan diri dan
memperoleh Mutiara 1, Mutiara 11,
Mutiara 111 dan Mutiara IV.
JALUR GEMILANG
MAKSUD NAMA JALUR GEMILANG
1. Jalur
Menggambarkan Bendera yang
mempunyai 14 jalur merah dan putih
Lambang jalur pada Bendera
menggambarkan satu haluan yang
lurus, hala tuju yang sama dan arah
yang sama yang dianuti oleh rakyat
negara ini dari Perlis hingga ke Sabah
dalam menuju kegemilangan bangsa
dan negara
2. Gemilang
Bermaksud bercahaya, terang-
benderang dan cemerlang
Ianya memberi pengertian bahawa
jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan
rakyat Malaysia dalam mengharungi
apa bidang kehidupan sekali pun sama
ada di dalam atau di luar negara
Kesungguhan, kegigihan dan
kesanggupan rakyat untuk menaikkan
imej negara, sesungguhnya sentiasa
mendapat petunjuk dan pedoman
yang terang lagi jelas
Maksud Warna Pada
Bendera Jal
ur Genilang
Biru
Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri
daripada berbilang kaum di negara ini seperti
Melayu, Cina, India
Merah
Warna merah menunjukkan keberanian dan
kesediaan dalam mengharungi segala jenis
cabaran demi negara yang tercinta
Putih
Melambangkan kesucian dan keluhuran hati
rakyat dalam mengangkat nama negara ke
persada dunia
Kuning
Warna kuning melambangkan warna Diraja,
secara khususnya menggambarkan kedaulatan
Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan
Maksud
Lambang Pada
Jalur Gemilang
BULAN DAN BINTANG
MENGGAMBARKAN AGAMA
ISLAM SEBAGAI AGAMA
PERSEKUTUAN NEGARA
BINTANG PECAH 14
MENUNJUKKAN PERPADUAN 13
BUAH NEGERI DAN 1 WILAYAH
PERSEKUTUAN
14 JALUR
14 JALUR BERWARNA MERAH
DAN PUTIH YANG SAMA LEBAR
MENGGAMBARKAN 13 BUAH
NEGERI ANGGOTA DAN SEBUAH
WILAYAH PERSEKUTUAN YANG
MEMILIKI KEANGGOTAAN YANG
SAMA DALAM NEGARA
MALAYSIA
13 BUAH
NEGERI DI
MALAYSIA
Johor
Kedah
Kelantan
Perlis
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Pahang
Terengganu
Sabah Sarawak
WILAYAH
PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur
Pulau Labuan
Putrajaya
REFLEKSI
Syukur ke hadrat Ilahi, sepanjang saya belajar
subjek MPU 3062 iaitu Kokurikulum - Unit
Beruniform semester inidengan selengkapnya
mengikuttarikh yang telah ditetapkan. Saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada para pensyarah Persatuan
Pandu Puteri yang telah mengajar dan banyak
membantu saya dan rakan-rakan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaranserta aktiviti-aktiviti
yangdijalankan.Secara jujurnya, kursus ini banyak
memberi impak yang positif kepada saya dalam
menambahkan ilmu pengetahuan yang baru
serta dapat menjadikan saya sebagai seorang
bakal guru yang berwibawa melalui
kesemuaaktiviti yang dijalankan sepanjang
semester ini.Kursus ini juga membantu saya
untuk melengkapkan diri sendiri dengan pelbagai
bidang ilmu terutamanya dalam bidang kegiatan
kokurikulum sebagai persediaan untuk
melangkah kaki ke dunia pendidikan yang
sebenar.
REFLEKSI
Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan
sepanjang semester ini bermula.Antaranya ialah
pertandingan poster, Perkhemahan Online, Pandemik
Plastic Rush dan sebagainya.Aktiviti perkhemahan
online dijalankan sebagai cara alternatif disebabkan
pandemik COVID-19.Sepanjang aktiviti ini dijalankan,
saya peroleh banyak pengalaman berharga untuk
saya berkongsi dengan rakan-rakan dan anak murid
saya nanti. Melalui aktiviti perkhemahan online
yang diadakan dari 1 September hingga 4 September
2021, saya berupaya memantapkan pengetahuan
dan kemahiranpengurusan unit beruniform untuk
membolehkan saya menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang guru penasihat di sekolah kelak.
REFLEKSI
Selain itu, saya juga berpeluang menguruskan
aktiviti perkhemahan unit beruniform,
meningkatkan jati diri dan merapatkan
silaturahim dalam kalangan murid, guru lebih-
lebih lagi dalam Persatuan Pandu Puteri.Banyak
tugasan yang menarik diberikan sepanjang
perkhemahan online antaranya ialah kawad
kaki, pembinaan gajet, masakan, ujian ikatan
dan simpulan serta video ujian pertolongan
cemas.Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan
online walaupun tidak dapat melaksanakannya
Bersama ahli Pandu Puteri lain secara
bersemuka, tetapi ia berjaya mencapai
objektifnya dan memberi peluang kepada saya
dan rakan-rakan untuk saling tolong-menolong
dan bekerjasama dalam melakukan semua kerja
yang ditugaskan.
RUJUKAN
https://pdfslide.tips/documents/sej
arah-pandu-puteri-di-dunia.html
https://pdfslide.tips/documents/sej
arah-pandu-puteri-di-dunia.html
https://www.academia.edu/5862
707/Sejarah_Penubuhan_Pandu_
Puteri
https://dokumen.tips/documents/p
p-pandu-puteri-1.html
SEKIAN