The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU23012 (EFOLIO) - SAINS TEKNOLOGI & ICT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by btrsyaanuar03, 2022-05-22 10:37:29

MPU23012 - SAINS TEKNOLOGI & ICT

MPU23012 (EFOLIO) - SAINS TEKNOLOGI & ICT

E-book >
sains &
teknologi
dalam islam

MPU 23012 –
PENGAJIAN ISLAM

Auditors 02 Nur Aliya Insyirah Binti
Norazilam
Nur Ardiana Batriesya
26DAT21F1007
01 Binti Anuar
26DAT21F1004

03 Raja Rosmaizatulnisha 04 Sofea Iwana Binti
Binti Raja Ruslan Yusoff

26DAT21F1009 26DAT21F1017

Tables of content

❖Pengenalan kepada sains & teknologi dalam Islam
❖Peranan ict terhadap perkembangan dakwah dalam era globalisasi
❖Kesan dan cabaran dunia siber dalam pembentukan akhlak masyarakat
❖Penyalahgunaan ict : pandangan islam terhadapnya & cara untuk

mengatasinya
❖Kesan pengabaian sains teknologi kepada umat islam
❖Etika islam berkaitan sains teknologi & ict
❖Penutup

Pengenalan kepada sains teknologi & ICT

Sains dari segi bahasa berasal daripada perkataan scientia dalam Bahasa Latin yang membawa
maksud kepada ilmu pengetahuan. Secara amnya, ilmu sains bukan sahaja bermaksud satu

disiplin ilmu yang berkaitan dengan fenomena alam fizikal, malah merujuk kepada satu kaedah
memperoleh ilmu itu iaitu melalui eksperimen dan pembuktian empirical. Maka dengan itu, sains

menolak penjelasan melalui unsur ghaib yang tidak boleh dibuktikan secara empirical.

Teknologi pula merujuk kepada cara penyelesaian kepada masalah sebenar manusia melalui
kemajuan dan penggunaan peralatan, bahan-bahan, jentera, maklumat, dan sebagainya. Hal ini

bermakna teknologi lebih merujuk kepada cara penggunaan dan pengetahuan peralatan dan
kemahiran manusia. Sejarah teknologi bermula seawal sejarah manusia itu sendiri. Manusia
terawal telahpun menggunakan pelbagai peralatan untuk menyelesaikan masalah hidup mereka
seperti alat pemburuan, pertanian, pemahatan, dan sebagainya. Setelah itu, peralatan yang
digunakan oleh manusia menjadi semakin kompleks dan ilmu pengetahuan tentangnya juga
semakin berkembang. Himpunan ilmu pengetahuan tentang teknik penciptaan peralatan dan
kegunaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal hidup manusia inilah yang akhirnya

berkembang menjadi satu disiplin ilmu teknologi seperti yang kita ketahui sekarang.

Pengenalan kepada sains teknologi & ICT

Ict pula merujuk kepada penggunaan teknologi dalam mengurus, mengguna dan memproses
maklumat. Secara tepatnya, ict berkait rapat dengan penggunaan computer elektronik dan
perisian untuk memindah, menyimpan, memelihara, memproses dan memadankan maklumat.
Bagi masyarakat pula, ict lebih difahami sebagai kemahiran memanfaatkan dan menggunakan

internet untuk tujuan mencari, memindah, menyimpan dan memadankan maklumat.

Berdasarkan definisi ketiga-tiga bidang tersebut, jelaslah bahawa ketiga-tiganya merupakan
pengetahuan dan kemahiran yang sangat penting bagi semua manusia, termasuklah masyarakat

Islam.
Contoh yang sesuai ialah al-Quran. Walaupun al-Quran bukan buku sains, tetapi ada terselitnya

banyak maklumat sains di dalamnya. Umpamanya, al-Quran menjelaskan secara terperinci
tentang permulaan kejadian manusia dari peringkat embrio semasa di dalam rahim ibunya.

—Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dari tanah lembut. Kemudian Kami
jadikannya setitik sperma pada tempat yang tetap (rahim), kemudian Kami jadikan

sperma itu sesuatu yang bergantungan dan seterusnya menjadi mudghagh
(seketul ketumbuhan). Mudghah ini pula seterusnya Kami jadikan tulang dan
kemudiannya Kami litupi tulang tersebut dengan daging kemudian Kami jadikannya

makhluk yang berbeza…”

Surah al-Mu’minun: (12-14)

Internet ialah rangkaian computer Peranan ICT terhadap
yang berhubung menerusi pelbagai perkembangan dakwah
rangkaian. Rangkaian internet
terbesar dinamakan sebagai internet. dalam era
Internet merupakan rangkaian jaringan
maklumat terbesar di dunia. Rangkaian
ini membolehkan komunikasi dua hala
dan pertukaran maklumat
berlangsung. Antara pautan internet
yang paling popular ialah Facebook,
Twitter, Whatsapp , Instagram, Google
Youtube dan lain-lain.

Facebook

Facebook merupakan laman sosial yang diminati ramai dan
merupakan paling ramai pengguna di dunia iaitu berjumlah kira-
kira 838 juta pengguna. Facebook mempunyai aplikasi-aplikasi
yang pelbagai seperti chatting, update status , share, video,
comment, group, page dan sebagainya. Ini dapat memudahkan
pengguna untuk berinteraksi dengan pengguna yang lain
contohnya dapat berjumpa dengan kawan lama yang mana telah
terputus hubungan. Oleh itu, sebagai pendakwah perlulah
mengambil inisiatif untuk memanfaatkan sebaiknya facebook
untuk gerak kerja dakwah. Antara inisiatif yang amat wajar
dilakukan oleh pendakwah ialah berkongsi segala ilmu berkaitan
Islam. Selain itu, para da’I juga dapat menghidupkan usrah alam
maya dengan menciptakan satu group chat. Hal ini kerana, dapat
lebih mendekati dan mengenali hati para penonton serta dapat
berbincang dengan lebih mendalam tentang hal agama islam yang
berkait dengan isu semasa.

Youtube

Youtube merupakan laman perkongsian video yang popular untuk
memuat naik, menonton dan berkongsi video. Terdapat satu
artikel menyatakan bahawa sebanyak 65000 video dimuat naik
dan 1 juta tontonan pada setiap hari. Fenomena artis mahupun
ustaz selebriti kelahiran melalui Youtube makin popular dalam
kalangan masyarakat kini. Sebagai contoh, Ustaz Azhar Idrus dan
Ustaz Don Danial yang mana jumlah penonton videonya mencecah
ratusan ribu. Ini adalah satu petanda positif buat para pendakwah
untuk terus memanfaatkan sebaik mungkin Youtube untuk
menyebarluaskan Islam. Namun, kreativiti menghasilkan video
hiburan islamik seperti nasyid, qasidah, dan sebagainya boleh juga
dimuatnaik dalam youtube untuk kita tonjolkan bahawa islam
tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur asalkan mengikut
garis panduan yang telah disyariatkan.

Media sosial lain

Kesan & cabaran dunia siber dalam
pembentukan akhlak masyarakat

Kebenaran tentang sesuatu maklumat

• Maklumat yang tepat dan benar adalah penting terutamanya jika ianya mempunyai unsur-
unsur keagamaan atau sensitiviti perkauman yang perlu dipastikan kebenarannya. Selain itu,
pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan untuk menyebarkan berita palsu
sehingga memperdayakan orang lain. Hal ini memberi cabaran untuk masyarakat mencari
maklumat yang sahih. Oleh itu, seorang yang ingin mencari maklumat perlulah merujuk kepada
sumber yang betul bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan.

• Kesannya, dari perbuatan sia-sia ini manusia akan mudah mempercayai maklumat yang
diperolehi dari internet dan akan menyebabkan seseorang menyebarkan berita yang palsu akan
kebenarannya.

Kesan & cabaran dunia siber dalam
pembentukan akhlak masyarakat

Penyebaran fitnah dan gosip

• Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang
sering dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi
tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah ini tersebar di laman
web, internet, sms dan media lain. Hal ini akan mencabar etika dan tatasusila hidup
masyarakat dan negara.

• Walaubagaimanapun, menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah sangat
besar dan memberi impak yang negatif jika ianya melibatkan orang yang terdekat dan di
sekeliling kita. Kesannya, fitnah akan menyebabkan maruah dan kedudukan seseorang individu
serta keluarganya tercemar.

Kesan & cabaran dunia siber dalam
pembentukan akhlak masyarakat

Permasalahan remaja

• Ict merupakan minat yang utama bagi bagi seorang remaja terutamanya teknologi internet dan
alat komunikasi yang akan mendorong mereka menghabiskan masa di cybercafe, dan telefon
bimbit. Pihak berkuasa dan orang ramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat
internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Misalnya, ramai pelajar yang
ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku yang diberikan, meminjam wang rakan-rakan
bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri semata-mata untuk mendapatkan wang.
Dengan itu, ibu bapa merupakan pemimpin kepada anak-anak mereka kerana mereka
hendaklah diberikan tumpuan dan perhatian.

• Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber café, tidak mendapat perhatian
yang secukupnya daripada ahli keluarga dan menyebabkan masalah gejala sosial di kalangan
remaja. Oleh itu, kerajaan juga terpaksa masuk campur dan bertindak mengawal aktiviti
kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

Penyalahgunaan ICT

Pada zaman kini terlalu banyak penyalahgunaan ict terutamanya
golongan remaja dan peringkat umur daripada 12-30 tahun, antara
beberapa isu yang dapat dikemukakan adalah mereka menggunakan

teknologi ini untuk melayari laman web pornografi atau mereka
memasukkan gambar yang tidak bermoral atau lucah ke dalam media

sosial yang ada. Perkara ini dilihat mudah diperoleh oleh golongan
remaja yang telah terdedah kepada banyak perkara negative tanpa
kawalan dan pengawasan. Sekiranya perkara ini tidak dapat dikawal,
ia akan memberikan kesan yang besar kepada psikologi dan tindak-
tanduk remaja sekaligus membawa kepada permasalahan moral yang

lebih besar. Antara kesan yang dapat dilihat daripada
penyalahgunaan ini adalah peningkatan remaja dengan seks luar
nikah dan mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak
langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk
seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi. Sebagai
umat islam, kita perlu mengatasi perkara begini supaya tidak menjadi
berlarutan, jadi yang harus memainkan peranan adalah ibu bapa.

Penyalahgunaan ICT

Ibu bapa perlu memantau kelakuan anak-anak, memastikan telefon
bimbit mereka tidak melayari laman web pornografi, melihat dengan
siapa mereka bergaul di media sosial, sentiasa menasihati anak-anak

dan jangan mengabaikan mereka. Remaja umur 12-17 tahun telah
banyak membuat kes seperti melakukan seks dan melahirkan anak.
Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa tidak memberikan
sepenuh perhatian terhadap kelakuan dan tindakan yang dilakukan

oleh anak mereka semasa dirumah mahupun di luar rumah.

Impak pengabaian teknologi
kepada umat Islam

Umat islam akan menjadi lemah jika mereka menjadi
pengguna dan bukanlah pencipta. Umat islam juga terpaksa
belajar ilmu sains dan teknologi dari barat. Majoriti ciptaan
sains barat banyak yang melalaikan dan sains yang
digunakan adalah bertenang dengan cara yang telah
ditetapkan oleh syariat. Ini akan menjadikan umat islam
lemah sehingga tidak dapat mempertahankan diri dari
serangan barat dan mengharapkan barat untuk
mempertahankan negara islam.

Pada suatu masa dahulu, umat islam amat menguasai bidang
sains dan Ketika itu sains islam menguasai dunia. Ahli sains
adalah manusia yang kamil iaitu menguasai ilmu fardhu ain
dan fardhu kifayah-ulama’ saintis.

Impak pengabaian teknologi
kepada umat Islam

Kesan sosial daripada impak pengabaian ini adalah maruah
umat islam akan jatuh seterusnya dakwah islam tidak dapat
disebarkan dengan meluas. Selain itu, umat islam akan
menjadi mundur dan ketinggalan. Oleh itu, sebagai umat
islam perlu belajar ilmu sains dan teknologi dan ict supaya
umat islam tidak dapat ditindas dan dapat menyebarkan ilmu
dakwah.

Etika Islam berkaitan sains teknologi ICT

Memenuhi Berlaku adil dalam Tidak merosakkan Mengutamakan
tanggungjawab memenuhi dan kepentingan
akhlak yang telah
ditentukan garis tanggungjawab, memusnahkan awam dan tidak
panduannya oleh memelihara alam melakukan

syari’ah keindahan dan pembaziran dalam
menjaga keaslian mengeksploitasi
alam semulajadi
sumber tabi’ii

Penutup

Ketika masyarakat Barat masih lagi hidup zaman kegelapan pada abad-
abad pertengahan, umat Islam telah mencapai zaman kegemilangan sains
dan teknologi hasil ciptaan dan pemikiran para saintis Muslim.
Bagaimanapun, akibat kealpaan umat Islam selepas itu, penguasaan
mereka terhadap ilmu pengetahuan tersebut mulai merosot dan akhirnya
ilmu pengetahuan mereka dipindahkan kepada masyarakat Barat. Hasil
sumbangan dan pemikiran cerdik pandai Islam inilah yang akhirnya
memberi sumbangan kepada kemunculan dan kegemilangan tamadun
Barat seperti yang kita saksikan hari ini. Dengan itu, menjadi tugas para
saintis Muslim pada hari ini untuk bekerja keras untuk mengembalikan
keagungan tamadun Islam seperti yang pernah dinikmati dahulu.
Tumpuan yang serius mesti diberikan oleh masyarakat Islam untuk
mengembalikan keagungan sains dan teknologi Islam. Mempelajari ilmu
sains, teknologi dan ICT sehingga boleh dimanfaatkan oleh orang lain
merupakan fardu kifayah bagi semua umat Islam.

Thankyou

‫كلمات‬


Click to View FlipBook Version